PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESPI: MEE HUN SUP UTARA (BIHOON / MIEHUN).

Posted on: November 18, 2014


Mee Hoon Sup Utara

Mee Hoon Sup Utara

Mamak Haji hadapi sedikit masalah ejaan ini..bila di rujuk kamus dewan ejaannya “miehoon”..jadi kita gunakan ejaan ini. Lagi pun minta maaflah dah lama tinggalkan sekolah..Bahasa Melayu sentiasa berubah, dulu digelar “Bahasa Kebangsaan”. Masa itu Zaman Khir Johari, bila menterinya tukaq digelar pulak “Bahasa Malaysia”..tukaq lagi menteri ..Tukaq jadi, “Bahasa Melayu”..akan dtg tukaq lagi yg jadi menteri menjadi perdana menteri tukaq apa pulak? “Bahasa Satu Malaysia”??…lantak pii depa lah…

RESPI: SUP MIEHUN (BIHOON / MEE HOON) UTARA:

Penyediaan: Bihoon.

Bahan-Bahan Di Perlukan:
– 1 paket mee hoon (400gm).
– 1 sudu kecil Serbuk kunyit atau Pewarna Kuning Telur.

Cara Menyediakan:
1. Rendam mee hoon dalam sebuah bekas selama 15-20 minit dengan sedikit serbuk kunyit. Serbuk kunyit kita beli sekarang banyak masalah dengan bau yg tidak menyenangkan dan warnanya bukan-bukan. Maka lebih baik gunakan pewarna kuning telur, Biar warna kuningnya lembut sedikit dari warna garang. Sebenarnya warna kuning digunakan utk menutup kelemahan buatan mee hoon yang warnanya malap birat dari putih melepak. Kebanyakan pembuatan Mee hoon ini diperbuat dari beras yang kualiti yang paling rendah sekarang.
2. Masak air panas dalam periok, bila air mendidih masukkan mee hoon yang rendam tadi di toskan dan masukkan ke dalam air mendidih selama 10 minit. Bila agak bee hoon masak 3/4 bahagian, keluarkan dan masukkan dlm sebuah bekas yang mengandungi air sejuk (paip) utk matikan haba mee hoon, Bila mee hoon agak sejuk toskan dan letak dlm penapis.

Penyediaan Mee Hun

Penyediaan Mee Hun

3. Mee hoon telah toskan dari air, titiskan sedikit minyak masak (kalau minyak olive lagi terbaik) dan gemburkan mee hoon supaya tak melekat atau pun berserabut. Ini memudahkan utk menyediakan hidangan di mangkok satu persatu dan juga lapisan minyak itu untuk mengelak dari Mee hoon telah masak itu cepat kering. Mee hoon yg telah masak bila biarkan lama dlm cuaca panas sekeliling akan cepat kering dan menjadi keras kembali kerana sifat semula jadi tepung beras (khas utk peniaga).

2 : Penyediaan Sup.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Untuk buat stok Daging:

  • 1kg Tulang Lembu bhg. lutut dan tulang (Gear Box).
  • 1/2 kg is daging lembu sektul.
  • 1 biji bawang merah labu sederhana besar dibuang kulit dan ptg pangkah diatas.
  • 1 btg celery dihiris serong, 1 btg karot dihiris tebal sikit, 1 inci halia diketuk.

Untuk Tumis Sup:

  • 1 sudu besar pes halia bawang putih/3 biji bawang putih dan 1″ halia ditumbuk lumat.
  • 1 biji bawang besar dikisar halus.
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 1 kpg kayu manis 2 inci panjang.
  • 5 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. (sagai 2 sdb biji ketumbar dan kisar halus).
    Nota: Kalau anda pening sgt dgn rempah-rempah di atas beli “serbuk rempah Sup Adabi” guna 2 sudu besar bersama dgn rempah korma Adabi 1 sudu besar..settle masalah)..untuk rempah kayu manis dan lain-lain, guna satu bungkusan “sup bunjut Adabi” lagi. Bagi yang berniaga jangan ambil short-cut ini..sediakan sup rempah anda sendiri dengan adunan rempah yg mamak haji sebutkan. Nak kurang atau nak lebih terpulang pada anda. Kalau takat niaga nak guna rempah ready made jangan yea.
    Cara Penyediaan Sup:
    Pengenalan:
    Kesedapan apa saja sup tergantung pada cara penyediaan asas sup atau digelar “broth” atau “stok”. Ramai yg malas ambil jln pintas tetapi ia bukan cara masak sup yang betul. Sup yg terbaik terpulang pada teknik memasak bukan bahan-bahan yg anda adunkan. Sup perlu sediakan dgn bahan-bahan perasa yang minima. Ada juga tambah lengkuas, serai dan juga daun limau. Itu nak buat tom yam. Tujuan guna tulang dalam sup ini ialah kita nak tukarkan collagen yang terdapat dlm tulang menjadi lecithin. Lecithin ialah pemekat kuah sup. Bukan saja-saja nak guna tulang dlm respi ini. Teknik masak masak utk sup ini ialah cara renehan (simmering) dan masa renehan penting.

1. Basuh tulang-tulang ini bersihkan dari darah atau kotoran. Daging lembu seketul itu kalau bekas kecil boleh potong ketulan besar. Masukkan dalam sebuah bekas kalau dapat “stok pot” lagi baik. Masak sup ini perlu dalam sikit periok dan tebal. Masukkan air 3/4 tinggi dari paras tulang dan daging.
2. Bawang, karot dan celery dan bawang labu masukkan sekali. Bahan-bahan ini untuk menyedapkan lagi stok anda. Jangan masukkan garam kerana ia keraskan lagi daging anda dan tindak balas kimia garam ke atas collagen akan membantutkan penghasilan lecithin.
3. Bila air mula didih, permukaan di atas air akan timbul bueh dan darah dari daging. Ceduk dgn senduk dan hindarkan ini. Benda yg timbul ini akan menyebabkan sup anda kurang jernih dan berkeladak. Kecilkan api dapur mulakan renehan. Renehan bermaksud gelumbung air kecil dan wujud dari permukaan bawah air. Renehan perlu bertutup supaya keharuman asli daging tidak hilang. Renehan perlu minima 2 jam hingga maksima 4 jam.
4. Selepas renehan asingkan ketulan daging, tulang dan bahan pewangi seperti karot dan celery. Kita cuma perlukan air, tulang dan daging. Tapis air hasil renehan. Daging yg telah rebus kita perlu dihiriskan taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih simpan asing utk dibubuh atas hidangan nanti.
5. Bersihkan bekas sup tadi, panaskan dan masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan rempah, kayu manis, buah pelaga, cengkis, b,lawang, bila haruman rempah mula keluar masukan pes halia bawang putih, biarkan untuk bawang putih keluarkan harum, masukkan air kisar bawang, biarkan air bawang ini sejat dan bertukar warna kuning keemasan.
6. Kecilkan api dapur dan masukan serbuk rempah-rempah jitan putih, serbuk ketumbar dan lada hitam (kalau guna rempah adabi masa inilah masukkan). Bila rempah mula keluarkan haruma, masukan air stok daging dan bersama tulang masukkan. tinggikan api dapur.
7. Masukkan garam, dan serbuk perasa kalau sukar nak tinggalkan Pak Aji ini kalau tak nak masukkan sedikit gula. Bila sup mula mendidih kecil api dapur dan letakan kembali keadaan reneh. Sup yang sedap sentiasa kena panas.
8. Sup anda telah selesai. kini kita ke sambal kicap dan sambal merah pulak..sabar yea.

3. Penyediaan Sambal Pedas Merah.

Bahan-Bahan Diperlukan:

SAMBAL MERAH

SAMBAL MERAH

  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat..
  • 1 biji bawang merah labu sederhana besar – dikisar.
  • 2 sudu besar gula – mamak haji guna gula pasir je.
  • 1 sudu kecil jus asam jawa pekat.
  • Minyak masak untuk tumis.
  • 1/2 cawan serbuk cili / 1 cwn cili kisar.
    Cara Menyediakan:
    1. Kalau guna serbuk cili, jadikan pes dulu dengan adun air supaya tidak terbakar dlm minyak jadi hitam. Kalau guna cili kering kisar ia seperti sambal tumis je.
    2. Panasakan kuali, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bawang putih, bila mula keluarkan aroma wangi, masukkan pes serbuk cili, bila agak telah garing sedikit (jgn terbakar pulak nanti pahit).
    3. Masukkan air kisaran bawang dan biarkan cili masak. kalu mengegak sgt kecilkan api dapur. Masukkan jus asam jawa. kacau sebati.
    4. Bila sambal mula pecah minyak masukkan gula dan garam. Kacau sebati lagi. Kalau pekat sangat boleh tambah air asam jawa sedikit. Masak sampai pecah minyak atau minyak mula timbul sekeliling sambal. Rasa garam, manis dan masam secukup. Tmabah lah patut kalau rasanya tak cukup.
    5. Sambal ini untuk tambah rasa pedas, manis dan masam itu saja tujuannya. Selamat mencuba yea..hidangan mee hoon sup ini ..dgn daun sup+daun bawang, bawang goreng dan juga kalau rajin goreng takua / tauhu potong dadu kecil. Daging hirisan jgn lupa. 

 

Advertisements

1 Response to "RESPI: MEE HUN SUP UTARA (BIHOON / MIEHUN)."

sedap meyelerakan pedas meletop

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,210 hits
November 2014
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: