PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Disember 1st, 2014


TEKNIK MASAK SOSEJ BETUL

TEKNIK MASAK SOSEJ BETUL

Assalamualaikum…hari ini “grill” sosej bersama sos bolognese ( sos buatan sendiri)…hahaha. Walau pun kita tahu sosej bukanlah makanan yg sihat kerana diperbuat dari hasil kisaran daging dgn lemak. Sepatutnya lemak diantara 20-40 peratus tetapi kdg kala lebih dari 50% pun ada dijual. Walau mcm mana pun sosej ini sukar kita nak pisahkan dari makanan kegemaran kita..Mat Salleh pun cakap je itu dan ini..mereka pun sukar juga nak tinggalkan sosej ini dlm kehidupan seharian, Masakan sosej ini walau pun mudah tapi nak dapatkan hasil yg terbaik sukar juga. Adakala rebus dan digoreng sosej ini kerepot, meletop, terbelah dan tak masak dalam dan berbagai masalah. Sekira tak tahu teknik masak memang payah terutama kalau kita nak “grill” dihalaman rumah…Jgn ketawa ..sosej ini ialah matrix yg dikaitkan dgn protein daging. Jadi anda kena faham sains sosej ini kalau nak tahu teknik masak yg betul…

sebelum tutup kedai sosej ini..mamak haji nak berikan sedikit teknik masak sosej ini untuk keadaan cantik ..ramai yg takut masak sosej dgn keadaan asal kerana takut jadi kerepot, pecah dan lain-lain..maka dihiris melintang atau tegak tambah dlm gorengan sayur-sayuran. Cara masak sosej yg terbaik ialah degan “poaching” merebus dengan api dapur yang lembut. Cara menggunakan air sebagai pengalir haba dalam masakan ada tiga cara:

1.Boiling/mendidihkan

2. Simmering/merenehkan

3. Paoching / merebus lembut.

Ketiga-tiga proses ini di namakan “merebus” jugak.Simmering/reneh banyak kali dah terang..Poaching ialah teknik masak menggunakan haba lembab melalui air sebagai pangalir haba. Apa beza di antara rebus melalui boiling atau simmering ialah suhu airnya rendah di antara 71-82C. Cara ini sesuai masak telur pecah, isi ayam, ikan atau buah-buahan kerana tidak akan meleraikan struktur fizikal dan rasa bahan yang masak. Dlm sosej yang perbuat dari ¬†gabungan lemak dan daging tidak dileraikan atau dengan kata lain “protein” tidak dipaksa tarek terlalu banyak atau langsung tidak ada perubahan protein.¬†Cara masakan poaching ini akan mengekalkan keadaan fizikal dan rasa makanan itu. Dalam peroses rebusan cara paoching ini..tindakan maillard tidak berlaku..ingat lagi apa itu tindakan maillard?. Sosej yang dimasak cara poaching ini tidak akan mengubah struktur kulit luar sosej kerana kelembabpan yang terdapat dalam sosej tidak akan menghasilkan wap/steam yang menyebabkan kulit sosej merekah atau mengecut.

CARA MASAK SOSEJ:

Cara masak ialah..cari bekas yg besar yg sesuai, masukkan air ais / cold water . Tenggelamkan sosej dan masak dalam suhu 65-70 C. selama 20-30 minit. Keluarkan dan tos sosej. Biarkan sosej sejuk dalam masa 15 minit. Biasanya sosej yg telah masak akan bertukar warna dari pink ke keputihan sedikit. MAKA DALAM TEKNIK MASAKAN SOSEJ INI YANG PENTING IALAH SUHU…walau pun goreng, grill, baked, barbeque atau bercasserole yg penting suhu masakan.

 


KEBAIKAN KARI UNTUK KESIHATAN

KEBAIKAN KARI UNTUK KESIHATAN

Hari ini makan tengah hari menu utama Kari ayam, ikan curut goreng bersambal belacan Indonesia / sambal pedas..dan tinggal acar limau nipis mamak ori..hehehe!. Semalam baca sebuah atikal mengenai kari ini, KARI TAJAMKAN FIKIRAN,”bagi mereka yg banyak makan kari sebelum ini memang bertuah kerana terbaru, ia mendapati boleh menajamkan fikiran terutamanya kepada golongan berusia.Rempah seperti ketumbar dan kunyit dipercayai bersifat antioksidan dan anti radang. Obat anti radang mampu menghalang penyakit alzheimer dan melindungi kesan sakit perut, hati, paru-paru, buah pinggang bagi mereka yg berusia. Penyakit ini kurang dikalangan warga Negara India yg berusia berbanding dgn warga berusia dari Amerika.

Label:

PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

Hari ini mamak haji berfikir tentang sahabat-sahabat mamak haji yg berminat berniaga dalam bidang makanan. Dlm perniagaan yang penting bukan apa yang kita boleh buat (produk) tetapi bagaimana kita nak jual produk kita. Perkembangan teknologi telah perbolehkan peniaga menggunakan internet dalam perniagaan utk memperluaskan lagi dlm pasaran global.Hari ini semua syarikat perniagaan mempunyai halaman web tetapi malangnya web yg digunakan oleh syarikat tempatan tidak banyak sgt menepati keperluan pelangan tempatan.
Perniagaan di Internet semakin popular dan mula diterima oleh masyarakat tempatan tetapi kesannya masih kurang memuaskan.

Perniagaan di Internet atau E-Dagang atau e- perniagaan dibahagikan 4 jenis.1) perniagaan dengan perniagaan 2) perniagaan dgn pelangan 3) perniagaan dgn kerajaan 4) pelangan dgn pelangan.
Isu penghalang bagi perniagaan ini yang pelangan tidak minat ialah keselamatan atau sekuriti kerana perniagaan melalui on-line ini memerlukkan maklumat-maklumat tertentu seperti no.kad kredit. Pelangan biasanya rasa risau bila data peribadi yg diberikan adakah selamat dari capaian atau pengubahsuain oleh pihak yg tidak tanggung-jawab. Jika pelangan tidak yakin terhadap keselamatan yg diberikan oleh peniaga on-line maka pelangan akan jauhkan diri dari penggunaan perniagaan on-line. Peranti keselamatan yang teguh dengan kod rahsia diperlukan utk meningkatkan lagi kepercayaan pelangan. Sekiranya peniaga on-line boleh bekalkan satu cara pelindung kpd pengguna on-line kemungkinan perniagaan on-line akan maju di negara kita.

Masalah hackers menjadi masalah utama perniagaan on-line tidak diminati oleh pengguna. Pencerobohan hackers ke dlm web-site perniagaan on-line bukan yg baru. Kalau hackers boleh keluarkan wang berjuta dari mesin ATM bank..ia bukan perkara mustahil hackers boleh menceroboh web on-line anda utk dapatkan maklumat kad kredit pelangan yg berurusan dgn pembelian.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,659 hits
Disember 2014
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.