PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Disember 10th, 2014


RESPI DAGING MASAK MERAH:

RESPI DAGING MASAK MERAH ‘ALA THAI

RESPI DAGING MASAK MERAH:
Mula sekali rebus daging dengan sedikit warna merah..nak merah sgt pun boleh. Kalau rebus biasa makan masa 1 jam lebih kalau guna pressure cooker sat je..dlm 1/2 jam. Air rebusan jgn pulak buang..buat stok.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 1/2 kg daging.
– 2 cawan air rebusan daging.

Untuk Dikisar dan Tumis:
– 2 biji bawang labu merah sederhana besar.
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 2 sudu besar cili kisar.
– 2 batang serai dihiris.

Bahan-bahan untuk penyediaan sos.
– 1/4 cawan sos tomato.
– 3 sudu besar sos cili.
– 2 sudu besar sos tiram.
– 1 sudu kecil sos kicap ikan.
– 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
– 3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
– 1 sudu kecil gula, garam secukup rasa.
– 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air. Kalau kuah nak banyak

Untuk hiasan:
– 2 biji bawang labu sederhana besar dipotong wedges / bulat.
– 1 tangkai cili hijau/merah / cili padi.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging yg telah rebus empuk, dihiris.
2. Masukkan minyak dalam kuali panas, tumis bahan kisaran sehingga pecah minyak sama seperti sambal tumis.
3. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Sekiranya kuah nak banyak sikit masukkan stok daging. bila mendidih tambah air bancuhan jagung.
4. Masukkan daun limau purut, hirisan bawang, tomoto atau apa saja anda suka sayuran seperti lada benggala juga boleh.
5. Masukkan jus limau, rasa manis ( kalau pedas tambah gula), asin (tambah sos kicap ikan) dan keasaman, Bila semua ok..keluarkan dan hidang. Mudah.


RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM - LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM – LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM – LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

Bahan-Bahan Diperlukkan:
– Labu Manis dalam 500gm.
– 2 biji kentang agak besar.
– 1 helai daun salam India (daun beriani) potong dua.
– 3 biji buah pelaga, 1 keping kayu manis dan 5 kuntum cengkih.
– 1 biji bawang labu merah besar dihiris halus.
– 1 sudu besar pes halia bawang putih.
– 1 tangkai cili hijau di hiris.
– 2 sudu kecil serbuk kunyit.
– 1 sudu besar serbuk cili. (kalau pedas tambah 1 sudu kecil lagi).
– 2 biji buah tomato di potong kiub.
– 1 sudu kecil gula pasir.
– 1/2 sudu kecil garam masala.
– 2-3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.
– Sedikit daun ketumbar untuk taburkan diatas hidangan.

CARA MENYEDIAKAN:
1. kupas kulit labu manis, bersihkan bijinya dengan sudu, potong dadu dengan kepingan agak 1″ atau 1 1/2 inci. Basuh dan toskan.
2. Kupas kulit kentang, potong kiub agak sedikit kecil dari potongan labu manis kerana labu lebih cepat masak dari kentang.
3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali, bila panas layukan potongan kentang dalam kuali. Tabur sedikit garam. Biarkan gorengan kentang keperangan sedikit selama 4-5 minit dalam api dapur yang sedehana. Bila siap keluarkan. lakukan sama juga pada potongan labu manis.
4. Panaskan kembali kuali dan masukkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar. Bila minyak panas masukkan daun salam India (Indian Bay Leaf), di ikuti dengan kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Bila mula kelaurkan aroma, masukkan hirisan bawang, tumis sehingga warna hirisan bawang bertukar warna kepada kuning kemasan, masukkan pes hali bawang putih, sekira melekit dikuali tambah sedikit air, masukkan hirisan cili hijau. Sentiasa kacau sebatian ini semasa tumisan.
5. Masukkan tomato, masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili. kacau sebati dalam 1-2 minit atau pecah minyak.Kawal api dapur takut hangus.
6. Masukkan pula labu dan kentang. Adunkan sebati dengan rempah. Masukkan 1/2 ke 1 cawan air supaya labu dan kentang masak secukup. Tutup denga tudung supaya labu dan kentang cepat masak. Air jangan masukkan sekali kalau kering sgt baru tambah. Masa masak terpulang pada saiz yg disediakan biasanya dalam 9-10 minit dah siap empuk. Tambah garam secukup rasa. Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar. Hidangan ini sangat sesuai juga makan bersama dengan roti nan, tosei atau capati. Sentiasa mencuba yang baru dalam dunia masakkan akan ceriakan hidup anda.

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,662 hits
Disember 2014
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.