PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESPI: AYAM MASAK PAPRIK.

Posted on: Januari 10, 2015


AYAM PAPRIK

AYAM PAPRIK

Assalamualaikum jom kita pekena menu masakan jalanan Thai yang popular sama dgn Tom Yam, “Paprik Ayam”…dlm bahasa Thai disebut, Gai Pad Prik“. Maksud: GAO = Ayam, PAD = Goreng, PRIK = Cili. Respi ini dikira sebagai 2 in 1. Sayur dan daging atau ayam. Jadi sayur tak perlu dalam menu hidangan. Jimat masa dan wang.

RESPI: AYAM MASAK PAPRIK.
bahan-bahan perlukan:
– 1 kg isi ayam yang terbaik bahagian dada. Bersihkan potong sais ikut suka.
– 3 ulas bawang putih, diketuk kupas dan dicincang halus.
– 1/2 inci halia di racik halus (saiz btg mancis).
– 3 atau 4 ulas bawang merah kecil Thai – dihiris.
– 1 btg serai diketuk diperdunya.
– 4 sudu besar cili kering kisar.
– 3-4 helai daun limau purut, keluarkan urat daun tengah.
– 5 tangkai cili padi merah di ketuk.
– sedikit brocolli, kacang panjang, carrot dan jagung muda. Elok buat proses “bleaching” – direbus asing-asing dgn garam dan minyak masak.Di toskan air dan simpan tepi.
– 2 sudu besar minyak masak untuk menumis.
– Gula dan garam (sos ikan) secukup rasa.

Cara Buat Sos Paprik:
– 3 sudu besar sos cili.
– 2 sudu besar sos tomato.
– 2 sudu besar kicap manis.
– 1 sudu besar sos tiram.

Cara Menyediakan:

1. Peramkan potongan ayam dengan sos kicap ikan (utk kemasinan, satu atau dua ulas bawang putih diketuk, kicap manis 2 sudu besar, sedikit serbuk lada putih dan perasa makanan / 1 kiub stok ayam maggi segera, 1 sudu besar tepung beras, dan satu sudu besar minyak masak.Peram selama 30-40 minit.Goreng (jangan garing sgt) dan ketepikan.

2. Panasakan kuali, masukkan minyak masak dan mula panas, masukkan masukkan serai, diikuti dgn hirisan bawang putih, hirisan halia. Bila aroma naik, masukkan hirisan bawang. Bila bawang mula bertukar warna kepada kuning keemasan, masukkan cili kisar dan tumis seperti sambal tumis. Bila sambal anda pecah minyak (minyak akan timbul keliling sambal, masukkan sedikit gula dan kacau rata..

3. Masukkan cili padi, daun limau purut dan ketulan ayam yang telah goreng tadi. Masukkan sayuran-sayuran dan sedikit garam atau kicap sos ikan. Kacau rata cuma untuk 1 atau 2 minit kerana semuanya telah masak awal.

4. Masukkan sos yang telah sediakan dan kacau sebati dengan ayam dan sayuran cuma 1-2 minit saja. Kepekatan kuah boleh tentukan dengan masa masak terakhir ini. Rasa garam. Kalu kurang boleh lah tambah sedikit kicap sos ikan. Makan dengan nasi putih beras wangi thai yg panas – pasti sgt menyelerakan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,882,759 hits
Januari 2015
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031