PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

MEE SEGERA BERSAMA SUP AYAM BERCENDWAN:

Posted on: Januari 19, 2015


a sup ayam dan cendawan

a sup ayam dan cendawan

brands essence of chicken

brands essence of chicken

Assaalamualaikum..Jom kita pekena mee segera. SUP AYAM BERCENDWAN: Jemu dengan nasi dan lauk. Lama tak pekena “sup ayam bersama mee segera” ini khas untuk orang tue yang lemah, pesakit yang baru pulih dan ibu-ibu masih dalam pantang.

RESPI: SUP AYAM BERCENDAWAN BERSAMA MEE SEGERA:
Bahan-Bahan yang diperlukan:
– 75gm mee segera (1 bungkus).
– 2 sudu besar minyak masak.
– 2 sudu kecil halia dihiris halus.
– 4 biji bawang merah dihiris halus.
– 1 ketul ayam bahagian dada (fillet). hiriskan, masukkan sedikit garam, serbuk lada putih dan lumurkan dgn sedikit minyak dan peramkan 10-15 minit.
– 100 gm cendawan butang dalam tin dihiris.
– 2 sudu besar “Brands essence of Chicken” – Sari ayam Brands.
– 1 sudu besar kicap manis.

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali., masukkan hirisan halia,hirisan bawang, hirisan ayam. Goreng dalam keadaan api tinggi dlm 4-5 minit atau sehingga warna isi ayam itu berubah.
2. Masukkan 2 sudu pati ayam ‘Brands’ bersama 2 cawan air, mendidihkan. Masukkan mee segera dan kacau sebati. Perlahankan api dapur dan reneh selama 2 -3 sehingga mee segera lembut. Masukkan kicap manis dan kacau serata. Siap untuk hidangan.

NOTA:

1. Jangan terkejut pasal mamak haji gunakan saripati Ayam atau Cjcken of Essence ini..sebenarnya saripati ayam ini adalah dicipta oleh tukang masak di dapur bukan ahli kimia atau pakar farmasi. Saripati ayam ini ialah, “Chicken Consomme’ “.  Dalam lain kita cuma kenal Nama Chicken consomme ini ialah jenama terkenal, “Brand’s Essence of chicken’. Pengasas jenama terkenal ini ialah seorang Tukang Masak Istana Di Raja England Buckingham Palace. Pada tahun 1835 apabila Raja England jatuh sakit, Chef ini cuba memulihkan kesihatan raja England dengan cipta sup ini yang bebas dari lemak dan cepat hadam. Maka jenis sup yg terlintas difikiran ia lah sup Consomme’ ini. Selepas cef ini bersara, dia komersialkan sup consomme’ ini dgn nama, “Brands Essence of Chicken”.

2. Apa itu sup Chicken Consomme’?. Tahu chicken stok kan?..dah banyak kali menulis mengenai chicken stok ini. Consomme’ ini diperbuat dari chicken stok..untuk jadikan lebih jernih dan kurang lemak. Consomme’ ini wujud dlm kurun ke-16. “Consomme'” dlm bahasa Perancis bermakna – “Habis”. Secara tradisi consomme’ diperbuat dgn dicampurkan putih telur dalam stok ayam direbus berjam-jam. Putih telur dijadikan sebagai rakit untuk kutip segala benda asing pepejal kecil yang terdapat dalam stok ayam yg biasanya geladakkan sup stok ayam ini. Bila pepejal ini dapat dikelaurkan maka kita boleh dapat satu sup yg lebih jernih dan kekuningan emas yg sangat lazat. Cara buat consomme’ ini bukan mudah yea..pasal itu mudah gunakan Brands chicken essence ini.

3.Di zaman moden ini, apa mamak haji tahu ..’

chicken consomme’ ini dibuat dgn cepat dgn menggunakan, ” methycellulose F50″ kalau tak salah..Methyl ini kalau dipanaskan jadi gel..kalau ia dibancuh..jadi bueh gel yg mampu menarik semua benda asing dlm stok bila didihkan..penegetahuan mamak haji mengenai kegunaan bahan ini masih kurang cuba anda mengaji tentang ini..mana tau boleh hasilkan Chicken of essence keluaran bumiputra. insya allah.

2 Respons to "MEE SEGERA BERSAMA SUP AYAM BERCENDWAN:"

Assalamualaikum Mamak Haji….boleh saya dapatkan e-mail dan no telefon mamak haji….saya nak rujuk pasal resipi masakan….ini e-mail saya….papadania@yahoo.com

cari mamak haji kat FB…paling mudah utk interaksi..e-mail mamak haji” mohd.roslan99@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,179 hits
Januari 2015
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: