PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Februari 2015


Speghetti Bologneese sauce

Speghetti Bologneese sauce

Resipi Sos Spaghetti Bologneese Mamak Haji:

Banyak cara buat sos ini..utk katering mamak haji pilih cara ini.Masalah besar semasa katering ialah..spagheeti yg kita hidangkan dlm display tray cepat berair..utk elakan ini..bila spaghetti ini telah di rendam air selepas masak utk matikan haba..toskan dan satu step mamak haji buat..panaskan kuali, masukkan butter dan goreng balik spaghetti dgn butter utk keringkan lagi air..supaya masa hidang tak berair. Ingat lagi cara buat sos barat ini..sos bolognesse ini tergolong dlm sos tomato yg tidak boleh gunakan pemekat tepung gandum atau roux yea.

4-6 org:

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 1 kg isi daging ayam dikiubkan kecil. Kalau ada perencah TACO diperapkan 1-2 jam.

    Speghetti Bologneese sauce dibotolkan

    Speghetti Bologneese sauce dibotolkan

  • 1- 1.5kg Tomato segar.
  • 1 biji bawang besar kuning.
  • 1 cawan puri tomato.
  • 1 sudu besar gula.
  • 3 ulas bawang putih dibelah dua..keluarkan pucuk dan diketuk.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
  • 1/2 cawan minyak zaiton.
  • 1 sudu besar serbuk oregano kering.
  • Garam secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. Kupas bawang dan potong hiris kiub halus.
2. Didihkan air dlm periok , bila iar didih masukkan tomato dan rebus dalam 3-5 minit. Kulit akan terkupas.Kelaurkan tos dan masukkan dalam air sejuk. Kupas kulit tomato dan buang bijinya. Kisar kasar / jadikan puri.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton, bila minyak panas masukkan bawang putih, layukan.
4. Masukkan hirisan bawang kuning, masak sehingga menjadi layu dan lembut.
5. Masukkan ketulan ayam yg perap tadi, goreng sehingga keras sedikit isinya (masa masak kuah supaya tidak hancur).
6. Masukkan puri tomato, masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk rempah. Masak kuahnya sehingga pekat (kepekatan sos tomato secara dihiderasikan kandungan air) selama 45 minit-2jam. Kuah yg pekat bila diceduk dan dituang tidak putus alirannya..dan terlekat dibelakang senduk menandakan kuah dah pekat. Selamat mencuba.


BRAISED CHICKEN

BRAISED CHICKEN

RESIPI: CHINESE BRAISED CHICKEN – AYAM BERKICAP MASAKAN ‘ALA CINA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1/2 ekor ayam dipotong 6-8 ketul dengan kulit ayam telah dihindarkan.
  • 1 cawan kicap manis – 250ml.
  • 2 keping bunga lawang/star annise.
  • 1 kpg kulit kayu manis.
  • 4 sudu besar gula.
  • 4 sudu besar cuka.
  • 1 inci halia dihiris bulat nipis.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1/2 sudu kecil cili flakes – (cili kering di buang biji dan digoreng kering dan dikisar kasar).
  • 1 sudu besar biji bijan digoreng kering untuk ditaburkan di atas hidangan.
  • 4 cawan/ 1liter air.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:
1. Adunkan 1 liter air dengan kicap, bunga lawang, kulit kayu manis, gula, cuka, halia, bawang putih dan cili flakes dalam kuali dan mendidihkan. Selepas didih kecilkan api dapur dan bawa kepada renehan (simmering) dengan ditutup tudung selama 5 minit.
2. Masukkan ketulan ayam. masih dalam renehan dan masak selama 45 minit atau sehingga ayam masak.
3. Di pingan hidangan letakan batang celery dan karot atau lain sayur hijau kekacang yang telah kukus. Letakan ketulan ayam di atas sayuran ini dan tuang kuahnya.
4. Taburkan bijan telah goreng ke atas hidangan anda. Jamu selera dengan nasi panas. Selamat mencuba.


ONION RING

ONION RING

“Onion Ring” atau Gelang Bawang Goreng bersalut tepung ranggup ini, resipi sangat mudah disediakan di rumah. Entah kenapa dia orang jual mahal mamak haji pun tak tahu. Cuma nama dia macam glamour dan ia menu barat kot?..Jom kita tengok resipi dia…

RESIPI ONION RING:

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 2 biji bawang kuning (Holland) yang besar, kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2″.. Pisahkan gelungnya satu persatu.
  • 1/2 cawan tepung jagung untuk salutan kering.

Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter) untuk digoreng.

ONION RING- SALUT HABUK ROTI

ONION RING- SALUT HABUK ROTI

 

  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil garam.*
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
  • 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 cawan tepung gandum serba-guna.
  • 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.

Cara Penyediaan:
1.Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sebuah bekas, diikuti dengan garam, serbuk cili, serbuk kasar lada hitam, serbuk bawang, serbuk bawang putih dan baking powder. Adunkan semua bahan, dan gaulkan sempurna semua bahan di atas dengan menggunakan “hand whisker atau pemukul telur tangan.

2. Masukkkan tepung dan diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan bancuh/ pukul dengan sekata (gunakan pemukul telur tangan). Bila dah siap..bungkuskan dengan bag plastik dan simpan di peti sejuk..sekurangnya 1 jam atau terbaik simpan semalaman.

Nota: Air yang digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (3/4 dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji guna air biasa saja.

Cara Goreng:
1. Panasakan kuali dan masukkan minyak secukup dalam 2 inci, Minyak perlu panas (350 darjah F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalam 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan gelang bawang ke dalam tepung jagung (salut nipis) , hindarkan tepung berlebihan terus masukkan dalam adunan tepung goreng yang telah sediakan. Hindarkan lelehan lebihan tepung adunan dan masukkan dalam minyak panas dengan berhati-hati.
3. Kepanasan minyak perlu di kawal selalu supaya suhunya tidak naik mendadak dan turun. Kalau terlalu panas kecilkan api dapur atau masukkan sedikit minyak baru. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak dengan menukar warna pada warna kuning keemasan sempurna. Keluarkan dan letak di atas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu di masukkan satu persatu gelang bawang dan jangan terlampau banyak masukkan bawang. Goreng batch by batch (dalam 4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan campuran sedikit garam dan serbuk lada putih. Boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dengan adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus, tapi biarkan serbuk roti rehat dalam 30 minit di atas grill tray untuk menyerap air adunan tepung dan kering permukaan habuk roti itu. Baru lah goreng yea..

7. Onion ring kena makan panas-panas. Guna serbuk roti boleh kekalkan lama sikit keranggupan. Kalau nak makan lambat, simpan dalam oven yg panas 200 Fdarjah atau 95 C supaya sentiasa ranggup. Selamat mencuba.

Label:

“taco” ialah masakan tradisional org Mexico untuk makan bersama dengan tortilla (sila lihat cara buat roti tortillas yang mudah di sini: http://wp.me/pf5pQ-kB )

tortilla dengan taco

tortilla dengan taco ayam goreng keringyang dihidangkan cara di lipat dua, di gulung atau berbentuk kon. Intinya pelbagai rasa, termasuk ayam dan daging cincang, sayuran, cheese di tambah dgn salsa, avocado, daun ketumbar, tomato, bawang atau lettuce (salad bulat). Untuk buat respi taco ini yang penting sekali ialah, “Perencah Rempah Taco atau Taco Seasoning” dan juga “Sos Taco” . Tanpa perencah rempah ini, sos taco anda tak jadi. Dan anda tidak dapat buat taco yang sempurna. 

RESPI : TORTILLAS TACO AYAM CINCANG BERSOS KERING.

Bahan-bahan diperlukkan:

  • 2 sudu besar minyak masak kalau minyak zaiton lagi terbaik.
  • 1 biji bawang holland/kuning dibelah dua dan hiris halus.
  • 2 biji lada bengala atau green capsicums dihiris halus memanjang.
  •  3 isi putih daging ayam bahagian dada potong memanjang/stripe 1 inci.
    Bawang, Lada Nemgala Ditumis

    Bawang, Lada Bengala D itumis

     

  •  2 sudu besar perencah taco. (*2)
  •  1 cawan sos taco yg telah disediakan. (*3)
  •  5 kpg roti tortillas.(*1)
  •  150gm mayonis.

Nota: Tanda “(*1), (*2), (*3)” ada lah nota cara penyediaan disertakan dibawah. Sila baca cara menyediakan di rumah sebelum anda cuba memasak respi ini.

Cara Penyediaan:
1. Masukkan 1 sudu besar minyak, bila minyak panas masukkan hirisan dan lada bengala hijau, dengan api dapur sederhana, layukan dlm 5 minit. Bila siap asingkan.
2. Masukkan baki minyak 1 sudu besar dlm kuali, bila panas masukkan daging ayam yg telah sediakan. Nota: mamak haji sarankan masukkan sedikit serbuk lada putih, garam dan sedikit minyak masak dan gaulkan rata dan peramkan dlm 30 minit. Minyak untuk da

Taco Seasoning  Buatan Di Rumah

Taco Seasoning Buatan Di Rumah

ging kisaran itu tak melekat kat kuali – kalau ada kuali tak melekat tak perlu guna minyak.
3. Bila minyak panas masukkan isi ayam dam masak dlm 4-5 minit. Masukkan bahan perencah atau perisa taco, bawang hirisan dan hirisan lada bengala. Adunkan serata dan goreng dlm masa 1 minit saja. Masukkan sos taco dan adunkan rata. Jika sos melekat kat kuali, kikiskan supaya tidak berkerak. kerak akan pahitkan. Kita nak buat kering yea. Ok inti anda siap.
4. Aturkan roti tortillas dan ambil inti taco ini dlm satu dan bubuh disebelah roti bersama dengan 1 sudu besar mayonis. Gulung atau lipat roti. Dah siap pun.

A: (*2) CARA PENYEDIAAN PERENCAH TACO:

BAHAN-BAHAN:

  • 1.4 cawan serbuk cili.
  • 1/4 cawan serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih / Garlic powder*. (sila lihat di bawah cara menyediakan sendiri
  • 1 sudu kecil daun kering kisar oregano.
  • 1 sudu kecil paprika.
  • 1/4 cawan garam.
  • 1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam.

Caranya:
Masukkan dalam botol tutup tudung dan goncang sehingga adunan ini sebati. Ia boleh simpan selama 6 bulan dengan botol yg tutup rapat kedap udara.

B. *Cara Buat Sendiri Serbuk Bawang Putih, Bawang Dan Halia – Garlic, onion and ginger powder.

Caranya:

Hiris halus bawang dan bawang putih. Masukkan dlm oven dalam suhu 75 darjah C. Bakar agak dalam 2 jam (sehingga menjadi rapuh) dan pecah kalau diramas dgn tangan. Kisar menggunakan anak blender. Bila siap biarkan ia berada dlm balang pengisar dlm 10 minit..utk kekalkan bau haruman bawang. impan dlm botol kedap udara. Kalau nak buat garam bawang putih / Garlic salt aau Onion salt ..1 bahagian serbuk bawang kepada 3 bahagian garam. Jadi lah dia garlic salt atau onion salt.

C: (*3) CARA PENYEDIAAN SOS TACO DI RUMAH.
Bila dah ada perencah taco kita terus ke sos taco.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 cawan sos tomato.
  • 1/4 cawan air.
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili (tambah 1 sudu kecil saja ..kitta suka pedas).
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar bawang kuning hirisan.
  • 1/2 sudu serbuk halia.
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih.
  • 1 sudu besar cuka.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1/2 paprika.
  • 1/2 sudu kecil gula.
  •  1/2 sudu kecil lada benggala merah ditumbuk – tak perlu sgt.

Cara Menyediakan Sos:
Adunkan semua dalam kuali dan masak hingga pekat dlm api dapur sederhana selama 15-20 minit.
NOTA: Sepatutnya  dah siap perencah taco, sos taco…baru menyediakan “tortillas ayam masak goreng kering”.

 


SERBA SEDIKIT TENTANG BAHAN PENGEMULSI: GELATIN.

Sebelum kita belajar menggunakan gelatin dlm penyediaan masakan kita perlu tahu serba sedikit tentang gelatin ini. Perkataan “Gelatine” atau “Gelatin”, diceduk dari perkataan Latin, “Gelatus” yang membawa maksud, “liat atau sejuk beku”. No.E bagi gelatin ialah E441. No.ini perlu ingat kerana kebanyakan produk diual pasaran sekarang cuma tertulis no.E ini untuk kelirukan pengguna. Gelatin ialah  bentuk collagen yang telah di hydrolisis yang tidak bersongsangan – tidak boleh berbalik. Proses hidrolisis ialah reaksi kimia memecahkan molikul menjadikan hiderogen dan bahan baru hidrooksida. Gelatin biasanya dihasilkan melalui proses separa hrdrolisis dari kulit, tulang dan ligamen (urat) dari haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, ayam, ikan dan khinzir. Khinzir adalah haiwan yang banyak kandungan peptides dan protein di bahagian kulit yang membuatkan pilihan utama dibarat yang bukan beragama Islam. Dalam Makanan kosher Yahudi dan Islam gelatin dari babi ini di haramkan. Islam juga sangat sensitif dengan bahan dari haiwan ternak yang tidak sembelih mengikut syarie Islam. sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Maka sentiasa awas dari produk-produk gelatin ini.

Gelatin dalam kegunaan masakan biasanya berbentuk kepingan jernih, hablur atau serbuk. Ada juga gelatin segera yang perlu di adunkan dengan air sebelum digunakan. Sifat gelatin ia mudah cair dalam air panas dalam minima 35 darjah C dan jadi keadaan, “gel” dalam keadaan sejuk minima 4 darjah C. Gelatin sukar cair dalam air sejuk. Gelatin adalah amat peka kepada perubahan suhu. Gelatin boleh cair dalam suhu panas tubuh manusia (gel kapsul) tetapi terpulang pada kualiti dan kepekatan gelatin tersebut.

Gelatin berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi (emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan lagi zat dalam produk. Sifat gelatin fleksibel untuk membentuk lapisan nipis yang berelastik, membentuk selaput lapisan filem yang lut-sinar, kukuh dan kuat.

Kini, “Gelatin Bovine” (gelatin dari lembu) dan “Gelatin Porcine” (gelatin dari khinzir) cuba dielakan oleh pengguna di sebabkan keagamaan dan juga penyakit menular yang bahaya, maka gelatin hasil dari ikan dan sayuran menjadi pemilihan walau pun gelatin jenis ini mahal dari gelatin hasil dari kulit khinzir yang murah tetapi iman itu lebih berharga. Lewat ini “Halal Gelatin” menjadi pilihan di negara-negara yang majoriti penduduknya orang Islam. Banyak sayrikat ditubuhkan untuk menghasilkan “Gelatin Halal” yang masih lagi pengeluaran terhad untuk kaum muslimin seluruh dunia.

Kegunaan Gelatin yang serba boleh ini, banyak membantu dalam inovasi dalam produk makanan seperti,  Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah, Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), Puding, kek dan pai, Gummi jelli, Pastil berperisa,Yogurt, keju, Margerine dan butter, Ais-krim,Pencuci mulut segera,Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat dalam Industri kertas bahan kilat kertas pun guna gelatin. Dalam industri seperti gel kapsul, ubat gigi, dalam industri kosmetik (digelar “hydrolyzed Collagen“), minyak wangi, sabun, pelembut basuhan pakaian, krim untuk tubuh badan, tangan atau kaki. Banyak lagi senarai ini.

soalan-soalan Lazim mengenai Gelatin:

1. Apa beza agar-agar dengan gelatin?

Agar-agar kena mendidihkan ..tetapi gelatin jgn sekali pii didihkan pulak. mendidihkan gelatin musnahkan keupayaan untuk set, dgn itu gelatin kalau boleh gunakan suhu yg rendah (ke atas 38C maksud mamak haji kalau 40 C ok).cuma pansakan sekejap saja utk larutkan gelatine dlm air.

2. Masa setting untuk Gelatin.

Setting gelatin yg standard 3 sudu kecil serbuk gelatin dgn 500ml ..masa setting ini perlu whisk atau pukul larutan gelatin ini untuk dapatkan hasil yg gebu.

3. Bagaimana guna gelatin untuk masakan?.

Cara Gunakan serbuk Gelatin..1/4 cawan yg diisi air ais utk 10 gm gelatin, ditaburkan sedikit demi sedikit serbuk gelatin dipermukaan air, Biarkan selama 5-10 minit utk gelatin larut. Jangan lupa masukkan dlm peti sejuk larutan supaya ia menjadi jelly dan seterusnya digunakan dlm respi anda.

4. Apa beza tekstur agar-agar dan gelatin?.

tekstur agar-agar dan gelatine tak akan sama..kalau guna gelatine..texture dia krim..agar-agar texture dia liat…formula untuk keraskan agar-agar…1 sudu besar serbuk agar-agar dengan 1 cawan cecair (liquid). agar-agar 1 sudu kecil sama dgn 8 sudu kecil gelatin..nampak tak kerasnya agar-agar.

5. Bagaimana tentukan Gelatin itu halal?.

Di pasaran gelatin global, terdapat sebanyak 70 peratus gelatin diperbuat dari kulit babi. Di Malaysia, banyak produk gelatin sudah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM seperti produk “Syarikat HalalGel” dan “Hagecaps” sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak. AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA…

 


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,113,590 hits
Februari 2015
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.