PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESIPI: KUEH MANISAN “TULUMBA” (BIL XISHAAN)

Posted on: Mac 27, 2015


TULUMBA

TULUMBA

RESIPI: KUEH MANISAN “TULUMBA”.

Kueh Manisan Tulumba ini seumur dengan Empayar Islam Ottaman di Turki dan sampai kini paling popular di negara Turki.  Bentuk kueh ini seperti belimbing dan disalut dengan sira gula dan seakan kueh tradisional dari India Jelebi. Makna “tulumba” ini dalam Bahasa Turki, “Pam”…mungkin kueh ini dibuat cara pam menerusi piping bag dapat nama yang pelik begini..orang Turki memang pelik orangnya..walau pun sebahagian besar dalam benua asia tetapi lebih suka digelar orang Eropah. Kueh ini sangat popular di Iran digelar,”Bamiyeh” dan di Negara Mesir digelar, “Baladh Ash-Sham”. Kueh Tulumba ini perlu dilluar ranggup dan didalam lembut. Ada yg goreng kueh ini segaja dimasukkan minyak yg masuk sejuk supaya minyak meresap didalam dan di naikan suhu minyak sedikit demi sedikit untuk dapat luaran kueh ini garing. Ada yang gunakan baking powder untuk gandakan size tulumba masa gorengan untuk dapatkan garingan yang terbaik ada yang tidak gunakan. Ada tambah cuka untuk jadikan asidik doh untuk dapat rapuhan.  Jadi resipi yang mamak haji diberikan dari hasil mamak haji sendiri..dan kira sama dengan resipi-resipi yang lain.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 1/4 cawan (50gm) gula pasir untuk buat gula kramel.
  • 2 cawan (474ml) air.
  • 3 cawan (600gm) gula pasir – untuk buat sira gula.
  • 1 sudu besar jus lemon atau jus limau nipis.
  • 1 sudu kecil serbuk buah pelaga (kisar buah pelaga dan tapis- TIDAK MESTIKAN).

Cara Menyediakan Sira Gula:
1. Masukkan 1/4 cawan gula pasir ke dalam kuali panas sederhana.Gula ini utk jadi kramel..jadi jangan kacau biarkan ia cair dan bentuk warna keperangan..light brown.
2. Masukkan 2 cawan air (masa tuang air dalam gula panas..awas sedikit ye), Besarkan api dapur dan biarkan ia mendidih.
3. Bila air mendidih masukkan 3 cawan gula pasir.Biarkan mendidih selama 10-12 minit.
4. Masukkan serbuk buah pelaga dan kacau rata.
5. Pada minit terakhir masukkan jus lemon/limau. Tutup api dapur. Biarkan sira gula anda sejuk betul-betul sebelum tuang di atas kueh ini.

PENYEDIAAN DOH:

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum serba-guna
  • 2 cawan air.
  • 1/2 cawan susu.
  • 1/4 sudu kecil garam.
  • 2 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar tepung semolina (tepung suji).
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 3 biji telur.
  • 1 sudu besar essen vanilla.

Cara Menyediakan Doh:
1. Masukkan 2 cawan air dalam kuali yang panas di ikuti dengan 1/2 cawan susu, 1/3 cawan minyak masak, 1/4 sudu kecil garam. Sebatikan semua. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan tepung sedikit demi sediki kedalam air mendidih. Diikuti dengan tepung semolina dan jagung. Adun tepung dengan air dgn sudip kayu dengan cara cepat dan laju sedikit. Adunan ini memang melekit sikit. Jadikan doh yg sempurna. Masa yang diambil dalam 10-12 minit dan keadaan api dapur kecil.
3. Keluarkan bekas doh dari dapur dan sejukkan doh. Selepas doh sejukan masukan 3 biji telur satu persatu ke dalam doh dan uli eskata. Biasanya telur boleh masukkan dgn cara sapukan telur kepada dua belah tapak tangan dan uli.
4. Setelah telur telah sebati dengan doh, masukkan 1 sudu besar cuka dan uli. Selepas ulian masukkan pulak 1 sudu besar essen vanilla ke atas doh dan uli kali terakhir. Sekiranya semas ulian tangan anda melekit, guna tepung kering untuk ulian.
5. Isikan minyak dalam kuali untuk goreng. JANGAN PANASKAN MINYAK DULU. Masukkan doh tulumba dalam minyak sejuk, dan hidupkan api dapur dengan api sederhana. Naikan sedikit demi sedikt suhu minyak denag tinggikan api dapur sehingga medium. Api yg keras cepat hangus dan hasil tak ranggup.
6. Masukkan doh kedalam “piping bag” yg nozelnya “star/bintang”..selalunya guna utk kueh raya sempirit.
7. Tekan doh dan gunting size panjang yang diperlukan. Goreng sehingga hasil bertukar warna kepada ke oren..keluarkan. Tapis minyaknya dan masukkan dalam sira gula yang sejukkan tadi. Biarkan dalam 10 minit. Angkat dengan pengepit ..hindarkan lelehan gula yang berlebihan..dan hidangkan. Selamat mencuba.

Advertisements

2 Respons to "RESIPI: KUEH MANISAN “TULUMBA” (BIL XISHAAN)"

sudah d cuba sedap sangat tq for this resepi

ini dipanggil chuross kata orang sekarang

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,399,302 hits
Mac 2015
I S R K J S A
« Feb   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: