PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Jun 2015


RESIPI: ROTI PITA (PITA BREAD BUAT SENDIRI).

ROTI PITA

ROTI PITA

 

Bahan-bahan Diperlukan:
– 4 cawan tepung gandum (500gm).
– 1 sudu kecil yis segera.
– 2 sudu kecil gula.
– 1/4 sudu baking powder (tak semesti).
– 1 sudu kecil garam.

Cara membuat:
1. Sediakan larutan yis campuran dengan masukkan 1 sudu kecil yis segera ke dalam 1/2 cawan air suam kuku dan 2 sudu kecil gula (gula utk cepat aktifkan yis). Bancuh dan biarkan selama 10 minit. Pastikan yis berbueh dan kembang sedikit. Ini sekali gus ujian ke atas yis yg kita guna.

2. Adunkan baking powder dan garam dalam tepung. Buat kolam tengah di tepung dan tuangkan yis. Adunkan sekata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit 11/2 cawan air kedalam tepung dan mula menguli jadikan doh. Kalau doh melekit gunakan tepung gandum sapu ditapak tangan dan uli selama 10 minit, sehingga permukaan doh menjadi licin.

4. Sapukan tepung seluruh bahagian doh dan simpan dalam bekas yang boleh menampung kembangan 2 kali ganda selama 45 – 60 minit.

5. Keluarkan doh, dan tumbuk sekali untuk leperkan kembangan doh. Mula buat bebeola dalam 10 biji yg sama saiz. Sapukan tepung ke atas bebola dan simpan selama 10 minit bertutup.

6. Dan canai bebola doh itu jadikan roti dalam ukur keliling 8 inci. Panaskan kuali leper dan bakar. Bila gelumbung kecil timbul anda boleh terbalikan roti. Kalau nak roti gelumbung besar..beri tekanan sedikit dgn guna sudip pada gelumbung yg pertama..anda boleh nampak gelombung akan semakin besar. Bakar dengan suhu tinggi cuma perlukan 2-3 minit roti pita anda masak sempurna. Tentukan bakar seterusnya sebelum bakar bersihkan tepung berlebihan yg ada di kuali leper.Ini boleh elak roti anda jadi pahit.

7. Selalunya roti pita sgt makan dengan kari daging kambing atau lembu dan juga dal. Selamat mencuba.

ROTI PITA

ROTI PITA

ROTI PITA

ROTI PITA

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,113,567 hits
Jun 2015
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.