RESIPI: NASI GORENG NENAS ‘ALA THAI.
Posted Ogos 12, 2015
on:- Dalam: Resepi Antara Bangsa
- 1 Comment
RESIPI: NASI GORENG NENAS ‘ALA THAI.
Bahan-Bahan Diperlukan:
– 2 cawan nasi.
– 8 ekor udang besar sedikit,
– 2 biji telur ayam.
– 4 sudu besar bawang labu merah dihiris dadu.
– 1 sudu besar kicap cair.
– 1 sudu kecil sos ikan.
– 1 sudu kecil gula.
– 1 sudu kecil serbuk kari ikan.
– 1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
– 1/2 cawan nenas dipotong kiub.
– 1/2 cawan hirisan tomato dibuang biji.
– sedikit gajus digoreng tanpa garam.
– sedikit hirisan daun ketumbar / daun bawang untuk hiasan di atas.
– 1 sudu besar pes nam Phrik Pao – kalau tak ada masukkan sedikit belacan bakar.
– 3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.
Cara Menyediakan:
1. 4 ekor udang biarkan kepala dan ekor. Buang kulit udang tengah dan belah isinya dan keluarkan urat tunjang. 4 ekor udang lagi buang kepalanya dan kulit badan dan potong kecil. Goreng udang ini dalam minyak panas 2-3 minit. Keluarkan dan asingkan. Isi udang juga perlu goreng dan asingkan.
2.Gunakan minyak gorengan udang tadi. Kalau kurang tambahkan sedikit minyak. Pukul dua biji telur dgn secubit garam dan masukkan dalam minyak panas. Kacau serata dan biar sehingga masak. Keluarkan telur goreng hancur dan asingkan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan bawang dihiris dadu. Goreng bawang sehingga layu,masukkan nasi diikuti dengan telur dan isi udang yang siap goreng (4 ekor udang penuh goreng itu cuma hiasan diatas nasi).
4. Masukkan semua bahan-bahan kicap cair., sos ikan, gula , serbuk kari ikan. serbuk lada putih, nenas, hirisan tomato, dan gajus digoreng
5.Goreng nasi 3 – 5 minit dan keluarkan dari kuali dan hidangkan dengan udang, Hidang dengan hirisan daun ketumbar / daun bawang, timun dan cili merah. Selamat mencuba.
1 | Kamisah Shah Burkhart
Ogos 12, 2015 pada 11:07 pm
Assalamualaikum Mamak Haji.
Resepi yang Mamak Haji turunkan di blog ini sangat bagus. Mak Long sentiasa mengikuti tulisan enteri walaupun inilah kali pertama membuat enteri.