PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

TIP-TIP UNTUK GANDAKAN KUANTITI MASAKAN DARI RESIPI ASAL

Posted on: September 9, 2015


TIP-TIP UNTUK GANDAKAN KUANTITI MASAKAN DARI RESIPI ASAL:

Bila mana mamak haji posting sesuatu resipi baru, ramai sahabat-sahabat e-mail atau pun pm di Fb mohon resipi untuk 50 orang, 100 orang atau pun ada yang minta resipi untuk 2,000 orang dari resipi asal yg biasa nya untuk 10 orang. Ini lah maksud mengandakan resipi asal.

Tidak ada satu cara atau syarat khas untuk mengandakan resipi asal empunya tuan..cuma yang ada garis panduan yang perlu patuhi. Dengan sedikit matematik dan latihan anda boleh mengandakan resipi-resipi yang asal seberapa besar kuantiti yang anda perlukan. Jangan ingat gandakan resipi ini mudah dengan kali X 2 saja semua bahan-bahan….yang payah ialah bagaimana nak seimbangkan rasa, aroma dan warna dalam masakan berganda menggunakan resipi asal.

1. NASIHAT MAMAK HAJI: JANGAN MAIN SEMBORONO DENGAN RESIPI KEK, BISKUT ATAU ROTI. “DON’T MESS WITH DOUBLE YOUR BAKING RECIPE.” – kerana resipi baking ada lah seperti anda belajar sains kimia, keperatusan bahan-bahan digunakan ada lah kejayaan bagi sesuatu resipi itu. Bila kita gandakan resipi baking ia seperti peratusan bahan-bahan kita campak keluar..kalau resipi ganda itu tak menjadi jangan cari mamak haji OK.

2. Bila gandakan resipi, penumpuan utama yang perlu diberi perhatian ia lah
mengenai rasa, warna dan aroma rempah-rempah yang kita gunakan dalam resipi itu. Contoh seperti menggunakan 1 sudu besar serbuk cili dan 3 sudu besar serbuk cili ternyata akan berbeza, pertama dari segi rasa kepedasan, warna dan juga aroma nya. Bila bermain dengan rempah-rempah seperti serbuk jintan putih ia akan mengubah rasa resipi anda semuanya. Sama juga dengan serbuk lada hitam atau garam. Bila anda salah guna kuantiti anda tidak ada pilihan jalan keluar untuk mengundur. Dengan sebab ini, mamak haji galakan anda perlu masak dulu seperti dalam resipi asal dan dapatkan aroma, rasa dan warna dulu sebelum anda ingin mengandakan resipi itu. Bila anda masak dgn mengandakan resipi asal beri penumpuan pada rasa, aroma dan warna asal sesuatu resipi asal.
3. Bila mana anda ingin mengandakan resipi, sebagai contoh katakan 2 kali ganda…bahan masakan utama anda gandakan tetapi datang kepada bab rasa, aroma dan warna..mulakan dengan 11/2 (satu setengah) dan sedikit demi sedikit (1/4) tambah bahan-bahan seperti rempah dan garam ikut rasa dan aroma resipi asal.

4. Bila berkenaan minyak atau butter untuk tumis, pastikan periok belanga atau kuali anda di isi minyak cukup untuk tumisan seperti resipi asal. Biasanya perlu memenuhi permukaan bawah periok atau kuali (asas tumisan atau saute) Jangan minyak lebih sangat atau kurang.

5.Jangka Masa masak biasanya tak perlu lah kita gandakan..ia seperti masak nasi beriani untuk sepuluh org dan untuk 1000 masih tetap sama, tetapi yang penting ia lah haba panas dari dapur. Nilai kepanasan haba perlu sama untuk memasak nasi itu. Daging pun sama juga. Nilai haba panas daging itu masak dengan nilai kepanasan tertentu. Maka dapur yang digunakan perlu bersesuain dengan kuantiti. Kalau mamak haji selalunya gunakan jangka suhu cef (thermo meter) untuk dapatkan kepanasan haba yang betul nasi yg sedang masak…Kalau cef yang hebat-hebat pun guna thermometer, apa pulak kita segan nak guna?. Walau macam mana pun…bila gandakan resipi..sentiasa awasi dgn mata anda..mata anda ada lah alat pemerhati yg terbaik menentukan masak sempurna masakan..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,949,928 hits
September 2015
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: