PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESIPI: SOS TERIYAKI

Posted on: September 19, 2015


RESIPI SOS TERIYAKI:

SSOS TERIYAKI DISALUT DAGING BURGER

SOS TERIYAKI DISALUT DAGING BURGER

Masakkan “Teriyaki” ia lah satu cara menyediakan daging, ikan atau sayuran masakan ‘ala Jepun yang gunakan cara “braised” (braised bermakna cara menumis dulu dgn minyak sedikit supaya permukaan bahan masakan itu jadi brownish (tindakan maillard) untuk bangkitkan rasa unik..seterusnya kecilkan api dapur untuk renehan.

Bahan masakan itu perlu ditutup untuk menjadikan masakan itu basah. Sekiranya bahan masakan itu kering ditambah sos biasanya berasaskan sos kicap. Bahan-bahan asidik seperti cuka dan nenas yang mengandungi enzim ‘bromelain” digunakan untuk melembutkan daging. Resipi asalnya yang mengandungi bahan haram araq “mirin” untuk tujuan sama, kita boleh tukarkan dgn nenas dan cuka arab yg diperbuat dari masaman buah kurma boleh meningkatkan lagi rasa sos masakan teriyaki ini.

Bahan-bahan Diperlukan:

– 1 cawan nenas masak ranum segar dicincang.
– 1/2 cawan kicap pekat manis.
– 3 sudu besar gula perang (brown sugar) .
– 2 ulas bawang putih dicincang.
– 1 inci halia dicincang (20gm).
– 1/2 sudu kecil cuka.
– 1/2 sudu kecil minyak bijan.
– 1 sudu besar tepung jagung.
– 1 sudu besar air ais untuk bancuh tepung jagung.

Cara Penyediaan:

1. Dalam balang blender adunkan kicap, nenas, halia, bawang putih, gula perang, cuka arab, minyak bijan. Kisar semua bahan ini sehingga halus. Nenas akan meninggalkan hampas maka perlu ditapis sos ini.

2. Ambil sebuah cawan kecil bancuh tepung jagung dan air ais. Jadikan bancuhan ini tidak ada tepung bergentel.

3. Masukkan sos teriyaki yang telah tapis ke dalam kuali dan panaskan se hingga mendidih. Tutup api dapur dan masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sos ini sehingga semua kesan tepung jagung hilang dan kuah menjadi pekat.

4. Kalau nak buat burger samurai ‘ala McD’s daging ayam…ambil dada ayam, ketuk daging sampai ketebalan leper yang dikehendaki, gunting bulat size roti anda, bakar (grill) dengan marinate apa yg patut..selepas daging m masak, keluarkan dan celupkan daging bakar ayam dalam sos dan aturkan menjadi burger dengan tambah sayuran di atas roti burger. Selamat mencuba.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
September 2015
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: