PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for November 2015


APOM GULA HANGUS

APOM GULA HANGUS

RESIPI KUEH TRADISIONAL : KUEH APOM GULA HANGUS.
Mula- mula siapkan “karamel gula”.
– 1 cawan gula pasir.
– 1 cawan air panas.
– 2 sudu besar majerin Pelangi Felda.

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api dapur yg kecil (low). Masukkan gua pasir secawan. Biarkan gula hangus dgn perlahan. Tak perlu sgt semua gula hangus takat yg kita nak warna sudah memadai. Jangan gatal kacau pula..biarkan dia lebur sendiri.

2. Bila dapat warna yg kita kehendaki, masukkan 1 cawan air panas (atau gula dan air masak sekali pun boleh..sampai sira gula bertukar warna perang) Kita gunakan air panas utk elak cairan gula panas mercik tak tentu hala. Biar semua gula jadi cair dan menjadi sira gula. Kepekatan air sira gula perlu ambil berat.. Jangan cair sgt dan jangan pekat sangat..kalau air gula melelh tidak putus ok lah tu.
3. Semasa peringkat akhir masukkan 2 sudu besar majerin dan adunkan sekata dengan gula. majerin ini bantu matikan haba ..gula tak menjadi kristal. Macam kita buat butterscotch. Biarkan ia sejuk dalam suhu sekitar.

Kemudian kita buat Adunan Tepung / Batter:
– 2 biji telur besar kalau kecil guna 3 biji telur.
– 1/2 cawan minyak masak ( 8 sudu besar).
– 2 sudu besar susu pekat manis (tak bubuh pun tak apa..manis sgt).
– 1 1/2 cawan tepung gandum (mamak haji guna cuma 1 cwn saja).
– 1 sudu kecil baking soda bikarbonat.
– secubit baking powder.

CARA PENYEDIAAN:

a. Ambil sebuah bekas yang muat batter..masukkan telur dan kacau rata. tak perlu pukul sangat.

b. Masukkan 2 sudu besar susu pekat (kalau nak berlemak..tapi susu pekat sekarang gula je banyak). Kacau rata juga.

c. Masukkan minyak dan sebatikan.

d. Masukkan pulak gula hangus yang disediakan awal dan sebatikan dengan baik dengan bahan-bahan lain. Kalau nak masukkan 1 sudu kecil esen vanila boleh juga kalau nak wangi vanila. Kacau rata semua bahan-bahan itu.

e. Ambil 1 cawan tepung dan adunkan dengan baking soda dan secubit baking powder. Ayak tepung dan masukkan dalam bekas sedikit demi sedikit. Adun rata….batter telah siap.

CARA KUKUS

                                                 CARA KUKUS

Cara Kukus dengan cawan plastik:

1. Panaskan air dalam pengukus..bila air mendidih dan kelaurkan wap..aturkan cawan plastik ditempat kukus. Biarkan cup plastik itu panas sekejap..3-4 minit supaya tak melekat dan berair. Ia dlm keadaan tudung pengukus terbuka.

2.Masukkan batter dalam botol squash mcm botol sos cili plastik atau guna sudu makan pun boleh… Picitkan dan penuhkan 3/4 bhg paras cawan plastik. Tutup tudung pengukus. Kukus selama 15 minit..sebelum keluarkan apom yg telah masak biarkan ia terus dikukus 3-4 minit dlm keadaan tudung pengukus terbuka utk keringkan permukaan atas apom ini..Bila sejuk keluarkan apom dan hidangkan..selamat mencuba yea..anda akan perolehi 15-17 biji apom gula hangus yg sedap utk makan petang..

Advertisements

APOM BALIK

                                                          APOM BALIK

APOM BALIK

                                                       APOM BALIK

RESIPI APOM BALIK MAMAK HAJI:

Bahan-Bahan diperluakan untuk 10-12 keping:
– 2 biji telur saiz A.
– 80 gm gula pasir.
– 1 sudu kecil yis segera – Mauripan.
– 1/2 sudu kecil garam.
– 400 gm tepung gandum serba-guna.
– 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
– 1 sudu kecil esen vanilla.
– 3 sudu besar majerin / minyak masak.
– 450ml / 2 cawan – Air untuk bancuhan.

Cara Menyediakan:

1. Dalam sebuah bekas..masukkan 2 biji telur dan 80gm gula pasir dan garam. Pukul kembang adunan ini sehingga semua gula cair.

2. Masukkan 1 sudu kecil Yis segera dan adunkan rata. Rehatkan adunan selama 10 minit utk yis fermentasi. Masukkan 450 ml air kedalam adunan dan kacau rata.

3. Tepung gandum dan soda bikarbonat diadunkan sama dan ayak (sieve) tepung. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan itu. Pukul rata rata tepung supaya diadun dengan baik.

4. Biarkan adunan itu diperap selam 1 atau 2 jam. sebelum masukkan tepung dalam kuali apom balik tentukan adunan tepung dipukul rata.

5. Sebelum mula tuang adunan dlm kuali apom balik..tentukan kuali cukup panas dan juga teah disapu minyak dgn lapsian nipis. Gunakan belakang senduk utk membuatbentukan tepi apom balik.

6. Bila dituang adunan tepug…tentukan kuali apom balik ditutup sekejap sehingga gelumbung kecil wujud dipermukaan. Taburkan gula pasir, diikuti dgn kacang tanah goreng , jagung dan sedikit majerin.

7. Bila cukup masak ..lipat dua dan hidangkan “Apom Balik yg ranggup ditepi dan lembut sekali ditengah. Selamat Mencuba.

Label:

APOM PISANG

APOM PISANG

Petang ini buat kueh apom lagi..tapi kali “APOM PISANG”..kdg digelar juga kek kukus pisang. mamak haji suka kueh-kueh ini kerana mudah dan kos masakan yg murah..yg penting ia sedaaap…

RESIPI APOM PISANG:

Bahan-Bahan diperlukan:

– 4 biji pisang berangan ranum atau 7-8 biji pisang emas masak ranum.
– 4 biji telur (mamak tak nak spongy / nak agak kental tapi lembut guna 3 biji saja.
– 3/4 cawan gula kalau guna pisang emas..kalau pisang berangan guna 1 cawan gula.
– 3/4 cawan minyak masak.
– 2 cawan tepung gandum serba-guna.
– 1 sudu teh baking powder.
– 1 sudu teh Soda bikarbonat.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaulkan tepung gandum, baking powder dan soda sekata. Ayak tepung ini.

2. Pukul kembang telur bersama gula sehingga gula larut. Masukkan minyak dan pisang dan minyak masak – pukul untuk sebatikan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan atas. Ratakan adunan ini.

4. Panaskan alat pengukus dengan memansakan cup kecil diatas kukus..biar cup-cup ini panas sebelum masukkan adunan tepung untuk kukus.Ia bertujuan apom bila masak sennag dikeluarkan tanpa lekat.

5. Masukkan adunan tepung paras 3/4 dalam cup-cup ini. Tutup penutup kukus dan kukus selam 25-30 minit. Anda boleh perolehi lebih kurang 25 biji apom pisang yg sedap. Selamat Mencuba.


AYAM PENYET SURABAYA

                                          AYAM PENYET SURABAYA

RESIPI AYAM PENYET SURABAYA – MASAKAN JAWA TIMUR:

Bahan-Bahan yg diperlukan untuk rebusan / penyediaan ayam:
– 1 ekor ayam (1.8kg-2.0kg) dipotong 10 bahagian.
– 2 batang serai diketuk perdu nya:
– 2 inci lengkuas diketuk rata.
– 1 inci halia kupas kulit dan diketuk.
– 3 helai daun salam Indonesia.
– 2 helai daun limau purut yang dibuang tulang daun tengah.
– 2 sudu besar jus perahan limau nipis / lemon atau 1 sudu besar cuka.
– 1.5 liter air atau air takat tenggelamkan ketulan ayam.
– 1/2 cawan santan pekat. (tak pakai pun tak apa).

Bahan-Bahan perencah yang perlu dikisar / tumbuk halus untuk rebusan ayam:

– 7 ulas bawang putih:
– 2 inci kunyit hidup.
– 7 biji buah keras, disagai (goreng tanpa minyak).
– 1 sudu besar garam.
– 1 kiub stok ayam segera.

Cara buat rebusan ayam aroma:

1. Bersihkan ketulan ayam, toskan airnya. Masukan garam dan jus limau nipis atau cuka. Perapkan selam 30 minit. Ini bertujuan untuk menghindarkan bau hamis ayam (kalau ayam kampung) dan cuka boleh melembutkan daging ayam. Basuh bersih kembali ketulan ayam dan toskan.

2. Sediakan sebuah bekas yang menampung ketulan ayam. Masukkan 1.5 liter air dan didihkan air. Bila air mendidih masukan serai, lengkuas, halia,daun limau purut dan daun salam.

3. Masukkan juga perencah bawang putih, kunyit hidup, buah keras, garam dan kiub ayam segera yang telah kisar. Biarkan air mendidih dan masukkan ketulan ayam. Perlu juga ingat ketulan air sendiri akan mengeluarkan air/ jus ayam tambahan, maka jangan terlalu banyak air digunakan,

4. Biarkan air mendidih dan masukkan 1.2 cawan santan untuk tambahkan kemanisan ketulan ayam berlemak sedikit. Kalau fobia dgn santan tak perlu gunakan yea.

5. Bila air mendidih semula kecilkan api dapur dan bawa kepada rebusan renehan / simmering sehingga ketulan ayam masak sempurna dan bukan terlalu masak (hancur kecai pulak nanti).Keluarkan ketulan ayam dan toskan.

6. Bila dah sejuk goreng ayam sehingga garing. Angkat dan letakan sambal di atas daun pisang (atas papan pemotong) dan berikan tekanan / penyek dengan parang atau dengan piring yg leper. Perlu akukan masa ayam keadaan panas.Sedia untuk hidangan.

7. Air rebusan ayam tadi anda boleh tapis dan gunakan sebagai air untuk tanak nasi. Ia akan berikan aroma istimewa untuk nasi anda.

Resipi Sambal belacan ayam penyet:

– 8 biji bawang kecil merah.
– 5 ulas bawang putih.
– 15 biji cili padi berwarna merah /siam.
– 5 biji cili merah biasa.
– 2 biji tomato dipotong empat.
– 2 sudu kecil belacan atau belacan bakar 1″ X1″
– 1/2 sudu kecil garam.
– 1/2 sudu gula pasir.
– 4 sudu besar minyak.

Cara Penyediaan Sambal:

1. Panasakn kuali. masukkan minyak, bila minyak panas, masukkan bawang kecil, layukan. Bila keluar aroma angkat. Goreng dan layukan ikut urutan satu persatu diakhiri dengan belacan digoreng.

2. Bila bahan-bahan di atas sejuk, kisar halus dengan air sedikit. Hasil kisaran tadi masukkan dalam kuali yg ada baki minyak dan masak sehingga mendidih atau ikut kepekatan yang anda kehendaki. Sambal ini lebih harum dan sedap..tak perlu peras jus limau kasturi kerana kemasaman tomato memadai.


GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

                                GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

RESIPI: GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

Bahan- Bahan Diperlukan:
– 500gm daging lembu.
– 500ml santan atau hasil santan dari perahan 2 biji kelapa.
– 2 btg serai diketuk perdu.
– 5 helai daun salam Indonesia.
– 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah.
– 1 inci lengkuas dihiris tebal.
– 1 liter / 4 cawan air.
– 5 kuntum bunga cengkih.
– 1 keping kayu manis (1″ panjang).
– 3 biji buah pelaga
– 3 biji kentang dipotong dadu – digoreng hingga masak dan di asingkan.
– 1 batang karot dipotong dadu – digoreng hingga masak dan asingkan.
– Gula dan garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk perencah: Dikisar halus dengan sedikit air / pes.

– 5 – 6 tangkai cili masak biasa.
– 7 tangkai cili padi merah – ikut kepedasan anda perlukan.
– 6 biji bawang merah ros.
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 6 butir buah keras disagai dan ditumbuk.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil ketumbar.
– 1/2 sudu keci1 serbuk jintan putih.
– 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
– 1/2 sudu kecil serbuk biji buah pala. pecahkan rong dan tumbuk bijinya.
– Minyak masak secukup untuk menumis.

Cara-Cara Penyediaan Pes Tumisan.

Kisar halus semua bahan-bahan di atas. Panasakan kuali masukkan minyak masak secukup untuk menumis. Tumis pes atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbu disekeliling pes). Keluarkan dan asingkan.

CARA MASAK RESIPI INI:

1. Rebus daging sehingga masak / empuk. Air rebusan daging ditapi dan asingkan dan simpan.

2. Sukat air rebusan daging 1 liter kalau tak cukup tambah air. Masukkan dalam periok dan didihkan.

3. Masukkan 2 btg serai diketuk perdu, 5 helai daun salam Indonesia, 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah, 1 inci lengkuas dihiris tebal, 5 kuntum bunga cengkih, 1 keping kayu manis (1″ panjang) dan 3 biji buah pelaga. Biarkan air mendidih.Bila mendidih kecilkan api dapur dan reneh dalam dalam 15-20 minit.

4. Masukkan Pes yang telah tumis dan disediakan dalam air herba di atas, gaulkan rata dan biarkan dalam 10 minit. Masukkan santan dan daging yang telah rebus. Kacau rata.

5. Masukkan kentang goreng dan karot goreng yang telah disediakan. Kacau rata adunan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sekali-kala kacau rata adunan ini supaya santan tak bergentel dan pecah minyak.. Bila gulai mula mendidih matikan api dapur. Hidangan sedia utk dinikmati. Taburkan bawang goreng di atas hidangan anda.


RESEPI ROTI CAPATI:

ROTI CAPATI

ROTI CAPATI

Roti“, “Capati“,atau “Pulka“, adalah makanan ruji bagi penduduk di utara India bukan nya di Selatan. Di Selatan India masakan Thosai, Idli menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran orang Benggali, tetapi beggali tak suka sangat dengan “roti benggali” yang kita suka pulak. Nama roti benggali kerana yang buat dan jual dari suku kaum punjabi di negara kita. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa sangat sesuai untuk dicicah dengan sup kambing atau dalca.

Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

– 2 cawan tepung atta.

– 2 sudu besar minyak masak.

– 1 sudu besar yogurt (nestle natural) atau 2 sudu besar susu.

– 1 cawan Air suam kuku atau biasa. Sukatan kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya berat tepung 100gm airnya lebih kurang 50ml.

– 1/2 sudu kecil garam atau ikut kemasinan anda.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan masukkan garam dan kacau rata. Masukan air suam / sedikit demi sedikit dan masukkan yogurt sekali. Sebatikan tepung dengan air, anda akan dapat doh yang melekit pada tangan anda, Pada masa ini lah anda PERLU masukkan minyak masak 2 sudu besar pada doh ini. Minyak akan kurangkan kemelekitan doh. Boleh juga tambah sedikit minyak masa ulian pada tangan anda atau bekas uli. Uli selama 5 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan doh yang lembut. Doh yang lembut boleh diuji dengan cucuk jari anda pada doh ia tinggalkan bekas jari anda.

2. Ini penting! bila siap doh, simpan / perap doh dibungkus “plastic wrapper” atau dalam bag pelastik atau tutup bekas uli doh bersama doh yang telah uli dengan kain basah selama satu jam. Ini perlu untuk minyak bertindak ke atas “gluten” tepung untuk tidak lagi mengeraskan tapi bila rantaian yang lembut. Selepas 1 jam anda boleh rasa sendiri doh akan menjadi sangat lembut dari asal.

3. Bahagikan doh dan mula buat bebola sebesar buah lemon. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan roll menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit di tangan semasa membentuk bola,tapi jangan banyak sangat nanti jadi keras pulak.

4. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan tekapkan dalam bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk hindarkan tepung berlebihan (Ingat tambah tepung anda keraskan doh jadi guna paling minima.

5. Tempatkan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh telah leper itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 8 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Jangan tekan kuat sangat roller biarkan bergerak sendiri. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 8″. Sebelum anda leperkan satu lagi doh, sapukan senipis (dusting) tepung ke atas permukaan capati belum dibakar supaya kepingan itu tidak melekat pada permukaan kertas alas.

5. Panaskan kuali leper . Panaskan kuali leper dengan api keras dapur. Kulai kena betul-betul panas. Cara mengujinya ialah bila kita renjis air pada kuali leper panas itu..air renjisan kena sejat dengan 1 atau 2 saat saja. Ini penting yea. Roti yang bakar perlu cepat.

6. Sebelum masukkan capati yang belum bakar itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit di antara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati.

7. Bila permukaan atas capati kering saja , dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati itu dengan kain atau tisu kitchen towel supaya ia bakar rata. Dengan pantas terbalikan kembali..(masa kurang kurang dari 1 minit) . Anda boleh lihat permukaan ini telah masak. (kalau nak gelumbong boleh kenakan sedikit tekanan ke atas capati anda dengan kain tadi.

8. Bahagian yang telah masak, sapukan sedikit minyak / majerin atau Minyak sapi pada permukaan capati itu. Jangan terlalu banyak nanti capati anda berminyak pulak. Sekarang dengan cepat juga terbalikan permukaan bawah dan sapukan minyak juga. Keluarkan dan Capati anda telah siap.

9. Seluruh proses pembakaran yang mamak haji terangkan di atas tempuh masanya cuma 2-3 minit saja. Kena pantas bakar capati ini kuali leper akan menjadi cepat panas. Jangan sampai hangit atau terlalu masak kering, nanti capati anda menjadi biskut pulak.

Sebenarnya resepi capati ini sungguh mudah. Jangan terkejut dengan tulisan panjang lebar Mamak haji yang memberi penerangan dan tip-tip masak capati. “Practice make Perfect”. Sekali anda cuba…buat capati mcm baca ABCD…Kena cuba dulu…


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,401,089 hits
November 2015
I S R K J S A
« Okt   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.