PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for November 6th, 2015


AYAM PENYET SURABAYA

                                          AYAM PENYET SURABAYA

RESIPI AYAM PENYET SURABAYA – MASAKAN JAWA TIMUR:

Bahan-Bahan yg diperlukan untuk rebusan / penyediaan ayam:
– 1 ekor ayam (1.8kg-2.0kg) dipotong 10 bahagian.
– 2 batang serai diketuk perdu nya:
– 2 inci lengkuas diketuk rata.
– 1 inci halia kupas kulit dan diketuk.
– 3 helai daun salam Indonesia.
– 2 helai daun limau purut yang dibuang tulang daun tengah.
– 2 sudu besar jus perahan limau nipis / lemon atau 1 sudu besar cuka.
– 1.5 liter air atau air takat tenggelamkan ketulan ayam.
– 1/2 cawan santan pekat. (tak pakai pun tak apa).

Bahan-Bahan perencah yang perlu dikisar / tumbuk halus untuk rebusan ayam:

– 7 ulas bawang putih:
– 2 inci kunyit hidup.
– 7 biji buah keras, disagai (goreng tanpa minyak).
– 1 sudu besar garam.
– 1 kiub stok ayam segera.

Cara buat rebusan ayam aroma:

1. Bersihkan ketulan ayam, toskan airnya. Masukan garam dan jus limau nipis atau cuka. Perapkan selam 30 minit. Ini bertujuan untuk menghindarkan bau hamis ayam (kalau ayam kampung) dan cuka boleh melembutkan daging ayam. Basuh bersih kembali ketulan ayam dan toskan.

2. Sediakan sebuah bekas yang menampung ketulan ayam. Masukkan 1.5 liter air dan didihkan air. Bila air mendidih masukan serai, lengkuas, halia,daun limau purut dan daun salam.

3. Masukkan juga perencah bawang putih, kunyit hidup, buah keras, garam dan kiub ayam segera yang telah kisar. Biarkan air mendidih dan masukkan ketulan ayam. Perlu juga ingat ketulan air sendiri akan mengeluarkan air/ jus ayam tambahan, maka jangan terlalu banyak air digunakan,

4. Biarkan air mendidih dan masukkan 1.2 cawan santan untuk tambahkan kemanisan ketulan ayam berlemak sedikit. Kalau fobia dgn santan tak perlu gunakan yea.

5. Bila air mendidih semula kecilkan api dapur dan bawa kepada rebusan renehan / simmering sehingga ketulan ayam masak sempurna dan bukan terlalu masak (hancur kecai pulak nanti).Keluarkan ketulan ayam dan toskan.

6. Bila dah sejuk goreng ayam sehingga garing. Angkat dan letakan sambal di atas daun pisang (atas papan pemotong) dan berikan tekanan / penyek dengan parang atau dengan piring yg leper. Perlu akukan masa ayam keadaan panas.Sedia untuk hidangan.

7. Air rebusan ayam tadi anda boleh tapis dan gunakan sebagai air untuk tanak nasi. Ia akan berikan aroma istimewa untuk nasi anda.

Resipi Sambal belacan ayam penyet:

– 8 biji bawang kecil merah.
– 5 ulas bawang putih.
– 15 biji cili padi berwarna merah /siam.
– 5 biji cili merah biasa.
– 2 biji tomato dipotong empat.
– 2 sudu kecil belacan atau belacan bakar 1″ X1″
– 1/2 sudu kecil garam.
– 1/2 sudu gula pasir.
– 4 sudu besar minyak.

Cara Penyediaan Sambal:

1. Panasakn kuali. masukkan minyak, bila minyak panas, masukkan bawang kecil, layukan. Bila keluar aroma angkat. Goreng dan layukan ikut urutan satu persatu diakhiri dengan belacan digoreng.

2. Bila bahan-bahan di atas sejuk, kisar halus dengan air sedikit. Hasil kisaran tadi masukkan dalam kuali yg ada baki minyak dan masak sehingga mendidih atau ikut kepekatan yang anda kehendaki. Sambal ini lebih harum dan sedap..tak perlu peras jus limau kasturi kerana kemasaman tomato memadai.

Advertisements

GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

                                GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

RESIPI: GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

Bahan- Bahan Diperlukan:
– 500gm daging lembu.
– 500ml santan atau hasil santan dari perahan 2 biji kelapa.
– 2 btg serai diketuk perdu.
– 5 helai daun salam Indonesia.
– 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah.
– 1 inci lengkuas dihiris tebal.
– 1 liter / 4 cawan air.
– 5 kuntum bunga cengkih.
– 1 keping kayu manis (1″ panjang).
– 3 biji buah pelaga
– 3 biji kentang dipotong dadu – digoreng hingga masak dan di asingkan.
– 1 batang karot dipotong dadu – digoreng hingga masak dan asingkan.
– Gula dan garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk perencah: Dikisar halus dengan sedikit air / pes.

– 5 – 6 tangkai cili masak biasa.
– 7 tangkai cili padi merah – ikut kepedasan anda perlukan.
– 6 biji bawang merah ros.
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 6 butir buah keras disagai dan ditumbuk.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil ketumbar.
– 1/2 sudu keci1 serbuk jintan putih.
– 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
– 1/2 sudu kecil serbuk biji buah pala. pecahkan rong dan tumbuk bijinya.
– Minyak masak secukup untuk menumis.

Cara-Cara Penyediaan Pes Tumisan.

Kisar halus semua bahan-bahan di atas. Panasakan kuali masukkan minyak masak secukup untuk menumis. Tumis pes atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbu disekeliling pes). Keluarkan dan asingkan.

CARA MASAK RESIPI INI:

1. Rebus daging sehingga masak / empuk. Air rebusan daging ditapi dan asingkan dan simpan.

2. Sukat air rebusan daging 1 liter kalau tak cukup tambah air. Masukkan dalam periok dan didihkan.

3. Masukkan 2 btg serai diketuk perdu, 5 helai daun salam Indonesia, 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah, 1 inci lengkuas dihiris tebal, 5 kuntum bunga cengkih, 1 keping kayu manis (1″ panjang) dan 3 biji buah pelaga. Biarkan air mendidih.Bila mendidih kecilkan api dapur dan reneh dalam dalam 15-20 minit.

4. Masukkan Pes yang telah tumis dan disediakan dalam air herba di atas, gaulkan rata dan biarkan dalam 10 minit. Masukkan santan dan daging yang telah rebus. Kacau rata.

5. Masukkan kentang goreng dan karot goreng yang telah disediakan. Kacau rata adunan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sekali-kala kacau rata adunan ini supaya santan tak bergentel dan pecah minyak.. Bila gulai mula mendidih matikan api dapur. Hidangan sedia utk dinikmati. Taburkan bawang goreng di atas hidangan anda.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 7,760,213 hits
November 2015
I S R K J S A
« Okt   Jan »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Advertisements