PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

BERHENTI KERJA MAKAN GAJI DAN INGIN BERNIAGA?.

Posted on: Januari 10, 2016


Dalam keadaan ekonomi yang tak tentu hala sekarang, harga barangan yang melambung tinggi, kos sara diri yang tinggi, nilai mata-wang Ringgit kita jatuh teruk berbanding dengan Dollar Amerika, reputasi negara tecelar akibat rasuah dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan telah banyak jatuhkan moral pekerja kakitangan awam. Ramai pekerja makan gaji sekarang ini menerima tekanan kerja yang tinggi dan akibatkan tekanan perasaan di tempat kerja yang berlebihan. Perkara seperti ini mungkin kita tidak kepedulian tetapi ia adalah salah satu sebab wujudkan kesan negatif terhadap semangat bekerja bagi pekerja awam dan swasta. Masalah di tempat kerja lebih merumitkan lagi dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga kerana harga barangan dan berbagai perkhidmatan awam juga telah naik  seperti GST, Tol dan baru lagi Ta’arif Elektrik. Maka ini akan tetap akan wujudkan kos sara hidup yang tinggi dibandar-bandar. Gaji yang diperolehi setiap akhir bulan tak cukup yang mana satu masa dulu masih berasa selesa. Kebosanan untuk bekerja mula pengaruhi semangat bekerja. Kewujudan tidak kepuasan hati sehingga tidak dapat bekerja dengan ikhlas lagi. Tidak ada jalan lain kecuali ingin berhenti kerja dan ingin mulakan perniagaan sendiri. Sebelum anda buat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri, mamak haji ingin berikan 6 soalan untuk anda jawab sendiri dengan jujur untuk menentukan anda layak atau tidak memulakan perniagaan sendiri.

1.MEMOTIVASI DIRI SENDIRI:

Bila anda digelar, “Usahawan” atau pun “Peniaga” (anda perlu mengetahui siapa usahawan dan siapa peniaga itu?.Usahawan lazim mencipta produk-produk atau perkhidmtan baru untuk keperluan pasaran yang kian maju dan sentiasa punyai idea-idea baru dan berinovasi dalam produk-produk yang dihasilkan. Makna, “peniaga”, pulak cuma beli dan menjual produk untuk dapatkan keuntungan perniagaan, contohnya seperti peniaga kedai runcit). Tak kira lah anda seorang usahawan atau peniaga, anda tetap jadi golongan peniaga. Bila menjadi peniaga anda akan seringkali rasa keeseorangan dan sunyi. Segala keputusan untuk perniagaan, perlu lakukan sesuatu atau pun anda bijak dalam menyelesaikan masalah dengan penuh kepercayaan diri anda sendiri.

Bila dah masuk dalam perniagaan, anda bukan boleh lagi tunggu arahan dari “boss” untuk lakukan sesuatu tindakan yang lazimnya untuk pekerja makan gaji. Ini berkenaan perniagaan anda sendiri, keputusan bakal yang anda kena buat berkenaan duit dari kocek anda sendiri bukan dari orang lain. Maka anda perlukan, “Motivasi Diri Sendiri” yang amat tinggi. Anda perlu selalu sanggup memotivasikan diri anda sendiri. Jika anda seorang yang suka tunggu arahan dari orang lain, tidak punyai motivasi yang tinggi dalam diri anda, baik lupakan jadi usahawan atau peniagaan. Teruskan makan gaji saja.

2.PENYEDIAAN KEWANGAN UNTUK KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA:

Sebelum anda bercadang untuk berkerja pekerjaan tetap yang bergaji dengan amalan akhir bulan, “cucuk kad di mesin ATM Bank, mesin itu akan keluarkan duit”.  Perbelanjaan bulanan untuk diri sendiri dan keluarga terlepas walau pun tak cukupi dengan makan gaji sekarang, sekurang-kurangnya anda selamat dari masalah kewangan. Tapi bila anda mula lompat masuk dalam bidang perniagaan sendiri,  jangan terlalu letak harapan anda dapat wang berlebihan berlipat kali ganda dari gaji makan gaji dulu. Dalam perniagaan sendiri ini, apa saja situasi keadaan bakal akan berlaku, kita sukar untuk mentafsirkan keadaan.

Bila kita berhenti kerja dari gaji tetap, anda perlu punyai perancangan  kewangan . Maksud mamak haji anda perlu punyai simpanan wang yang boleh digunakan untuk keadaan perlukan kewangan bila berlaku sesuatu pada diri anda atau ahli keluarga. Simpanan asas untuk kecemasan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pengurusan perancanga simpanan wang amat penting bagi yang ingin berhenti kerja. Jika perniagaan anda yang bakal ingin anda mencuba, perniagaan itu terdesak dalam krisis kewangan, adakah anda akan membuat pinjaman dari lintah darat durjana seperti “along?”.  Ini yang berlaku kepada ramai peniaga baru dan lama bumiputra dalam negara kita. Kebanyakan pinjaman wang dari along ini bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk perbelanjaan terdesak untuk kelaurga. Kalau untuk perniagaan kalau 20% bunga yang dikenakan along itu mampu bayar kerana keuntungan bersih perniagaan biasanya dari 23% – 40%. Ramai kawan-kawan mamak haji masih gunakan perkhidmatan along ini terutama peniaga perniagaan besi lusuh/buruk. Peniaga ini lebih minat pinjam dari along kerana keperluan wang tunai yang cepat. Tapi ramai lingkup dari yang berjaya bial beurusan dengan along ini.

Menguruskan simpanan wang ini perlu punyai daya kekuatan mengawal atau “willing power” yang kuat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman tentang pentingnya simpanan wang untuk waktu memerlukan terutama semasa kecemasan untuk diri dan keluarga.

Sebelum berhenti kerja makan gaji untuk menceburkan dalam perniagaan, segala hutang peribadi anda atau bakal nak berhutang perlu dikawal dari sekarang. Hutang ini adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai peniaga baru kita terjebak dalam masalah kewangan yang serius.. Uruskan hutang peribadi anda denagan cara yang terbaik sebelum berhenti bekerjaDari sekarang anda perlu minumkan berhutang dan hutang yang boleh dikawal. Masalah yang berat dalam menghadapi kehidupan normal adalah hutang. Jangan teruja sangat nak berhenti kerja dan mulakan perniagaan tanpa persediaan kewangan untuk diri dan keluarga semasa kecemasan. Orang boleh kata, “saya mulakan perniagaan dengan kocek kosong”, itu untuk dia, untuk kita ia mungkin bukan mudah untuk lakukan tanpa ada duit dalam kocek.

3.PENYEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL:

Sebagai usahawan atau peniaga, tekanan kehidupan akan menghantui kita sepanjang masa. Kesihatan amat perlu dijaga dalam menjalankan perniagaan, maka jagalah kesihatan yang baik sebelum memulakan perniagaan sendiri. Bila mula berniaga tekanan mental tetap akan berlaku pada setiap usahawan baru atau yang lama. Tekanan perniagaan akan menghantui kita datang dari segala sudut yang kita tidak tahu. Sekiranya anda seorang yang tidak boleh terima tekanan dan stress, anda harus fikir dua kali sebelum ingin menjadi usahawan/peniaga.

4. KEPENTINGAN KAJI SELIDIK PEMASARAN PERNIAGAAN:

Sebelum memulakan perniagaan anada, setiap perniagaan perlukan “kaji-selidik”, bila cakap saja kaji-selidik pemasaran untuk perniagaan yang anda bakal ceburi perlu dapatkan perkhidmatan syarikat survey yang profesional. Terus tergamam kerana takut fee yang dikenakan pasti mahal dan tak termampu kita. Kajiselidik pasaran kini begitu mudah dengan adanya internet dan juga sosial media. Kajiselidik pemasaran menerusi Internet ini khasnya dalam facebook seharusnya dilihat sebagai satu cara merevolusikan tatacara perniagaan kecil zaman sekarang. Banyak data anda boleh perolehi dengan hujung jari anda.

Contoh terbaik baru-baru ini keluar berita mengenai pelajar-pelajar dari Univerti awam, “hasil kaji selidik sebuah badan NGO… 3 dari 4 penuntut di IPTA tak mampu untuk makan hidangan yang baik. Ini dari kaji selidik yang dilakukan ke atas 25,632 penuntut dari 6 universiti awam. UTM, UM, UIA, UKM, UUM and Universiti Tun Hussein Onn. 57%. Ramai penuntut peruntukan RM5 sehari untuk makanan, 44 % bergantung dengan mee maggie cepat masak, 41 % cuma makan nasi kosong, kicap dan telur, 96% berkata dalam tekanan kewangan, 97% dari mereka ini gunakan bantuan kewangan dari kerajaan.” maka anda kena fikir dua kali sekiranya produk atau perkhidmatan anda berkaitan dengan pelangan penuntut universiti.

5.SEMANGAT BERJUANG:

Semangat berjuang ini adalah salah satu faktor yang penting dalam perniagaan walau pun bukanlah faktur yang boleh menjanjikan kejayaan perniagaan kita. Semangat berjuang kita perlukan bila kita tersungkur dalam perniagaan. Orang kata kita bersungkur itu adat dalam perniagaan. Biar kita tersungkur kehadapan bukan kebelakang. Kalau tersungkur tersembab muka, kita tahu apa yang menyebabkan kita jatuh. Kita jatuh untuk bangun kembali dan bukan tertiarap, yang bangunkan kembali itu ada lah “semangat berjuang” kita. Tanpa semangat ini tertiarap kita selamanya.

Perniagaabn ini sebenarnya seperti bangun pagi pergi ke medan perang, kerana menjalankan perniagaan ini kerja teruk, penat, memerlukkan kerja lebih masa  atau lebih banyak kekecewaan dari yang gembirakan. Ia bukan seperti makan gaji, pagi masuk petang balik kerja. Jadi uutuk melaksanakan ini anda perlukan semangat kental. Apa kah anda punyai semangat yang kental dan sedia untuk berjuang?.

6.MEMAJUKAN PERNIAGAAN:

Sekiranya bakal perniagaan yang anda ceburi itu, sekiranya maju akan menyeronokan. kalau tidak maju akan membosankan dan mungkin anda putus asa dan menyesal berhenti kerja makan gaji. Anda perlu ingat bila saja sesuatu jenis perniagaan maju, semua orang ingin tiru jual produk yang sama atau cara berniaga yang sama dari orang-orang yang yang telah berjaya dalam bidang itu. Contohnya jika anda selidik punya selidik pasaran, kawasan yang anda tidak ada peniaga nasi ayam, anda mulakan perniagaan nasi ayam> sertamerta perniagaan nasi ayam anda mendapat sambautan yang hangat dan perniagaan anda kian maju. Tetiba ramai peniaga baru akan membuka perniagaan nasi ayam dikawasan itu. Perkara seperti ini tidak boleh elak dalam setiap perniagaan.

Anda perlu yakin dengan rezeki. Ketentuan rezeki untuk hamba- hamba Allah tidak sama.  Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang., tetapi setiap orang ada rezeki Allah anugerahkan. Jadi jika anda ingin buat apa yang orang yang telah berjaya buat dalam perniagaan, jangan terlalu letak harapan anda juga boleh berjaya. Kemungkinan rezeki dia letak kat situ dan bukan untuk kita. Sekiranya anda ingin buat apa yang orang telah berjaya itu buat, pasti anda belum sedia untuk berniaga.

RUMUSAN:

Mamak Haji suka berniaga sendiri dan perniagaan seperti ini memberikan kepuasan dan kebebasan. kehidupan peniaga bukan mudah dan boleh jadi senang sekelip mata. Bila ingin mulakan perniagaan ini, jadilah orang yang jujur dengan diri sendiri untuk menjawab enam soalan di atas dan sebelum bersedia untuk berniaga. Jangan terburu dalam buat keputusan ikut hati dan perasaan yang tertekan dengan kemelut kewangan. Bidang perniagaan yang anda ingin menjalankan juga banyak mainkan peranan dalam menjawab soalan mamak haji di atas. Setaip orang kena ada impian. Impian perlu ada untuk majukan diri tetapi yang sukar ialah menjadikan impian itu menjadi kenyataan. Kalau terburu dalam impian dijadikan kenyataan, kadangkala impian itu menjadi mimpi buruk untuk kita. Maka rancanglah kehidupan masa depan anda betul-betul. Wassalam.

Advertisements

4 Respons to "BERHENTI KERJA MAKAN GAJI DAN INGIN BERNIAGA?."

betul ni kata abang mamak haji..bukan senang untuk berhenti kerja dan terus berniaga bermula dari kosong..saya sebagai seorang yg mkn gaji dan tengah plan untuk bhenti keja ucapkan terima kasih dengan nasihat mamak haji peringatan ni…

terima kasih di atas pesanan2 dan tips yang positive dari mamak haji..semoga mamak haji istiqomah menulis berkongsi ilmu..

mamak thank best sgt info ni..amat2 berguna..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,850,190 hits
Januari 2016
I S R K J S A
« Nov   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: