PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for November 2018


Petang-petang ini kita belajaq sedikit perubatan tradisional ringan dari bahan-bahan masakan yang terdapat di dapur anda

Kaum Ibu mainkan peranan sgt penting untuk kesihatan keluarga. Harap Ayah…hmmm…tlg bawak pii jumpa doktor dan bayaq duit bolehlah. Sebagai suri rumah anda janganlah buat mcm itu…ubat-ubatan moden ini bukan tak baik tapi kebanyakan ubatan moden ini mengandungi dadah utk pulih segera dan juga diperbuat dari bahan kimia berunsurkan asid.

Dulu klinik atau farmasi swasta ini…. sikit-sikit bagi anti-biotik untuk pesakit…baru-baru ini mereka sedar anti-biotik ini tidak baik untuk tubuh manusia..kerana anti-biotik utk membunuh kuman di tubuh badan ini, pandai pulak boleh disesuaikan diri dan akan lali dengan anti-biotik ini.

Lama kelaman anti-biotik yang diberikan untuk pesakit dengan dos biasa ini tidak berfungsi melawan kuman ditubuh badan..sehingga doktor kena berikan dos anti-biotik yang terkuat sekali…anti-biotik terkuat ini pulak akan menjadikan kuman-kuman menjadi “super kuman”.atau digelar “super bucks”..akhir sekali tidak ada dos anti-biotik yg mampu melawan kuman-kuman superman ini.

Dengan sebab inilah sekarang ubatan anti-biotik dilarang dibekalkan oleh farmasi swasta dan perlukan pengesahan dari doktor perubatan terlebih dahulu.

Perubatan menggunakan herba semulajadi ini adalah amalan untuk menghindarkan penyakit. Ia bukan ubatan moden yang merawat penyakit dengan segera. Ramai kurang faham tentang ini Kalau dah kena penyakit baik jumpa doktor dan ambil ubatan moden. Perubatan tradisional menggunakan herba ini adalah bertujuan, “Mencegah Lebih Baik Dari Merawat”. – Prevention Better Than Cure.

Cara Menyediakan Air Lemuju / Ajwain / Carom / Omam Thanni.

Biji lemuju atau Carom Seed / Omam ini mempunyai rasa dan aroma sama dengan rempah masakan barat “Thyme”. Kerana kedua bahan masakan ini mengandungi bahan “Thymol”. Minuman air “omam” ini adalah minuman perubatan bagi semua isi keluarga India pada suatu masa dulu. Malangnya ramai dari kalangan orang muda keturunan India di negara kita…tidak kenal pun bahan masakan ini.

Bahan Masakan ini biasanya digunakan dalam masakan ringan seperti muruku, Poori, rasam atau kachori. Biji lemuju ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk sistem pernafasan dan juga penghadaman.

Kebaikan air biji lemuju ialah:

1. Merawat perut kita bila makanan tidak hadam (sebu) penyakit angin (wind).

2. Menhindarkan bau busuk dari pernafasan kerana thymol mampu membunuh bakteria yang biasanya tidak dapat dihapuskan oleh ubatan lain.

3. Baik untuk batuk dan selsema kerana perubahan cuaca.

4. Merawat cirit-birit disebabkan suhu persekitaran yang tinggi..

5. Merawat penyakit gusi dan meredakan sakit gigi dan telingga.

6. Ada yang kata “air ini boleh kuruskan badan” tapi mamak haji kurang yakin..kerana kakak-kakak mamak haji yg amalkan minuman ini tak ada tanda kurus badan tapi bertambah adalah…

Cara menyediakan air lemuju sangat mudah:

1. Ambil satu sudu besar biji lemuju dan 1 cawan air.
2. Goreng kering biji lemuju ini dgn api dapur sedrhana sehingga letup-letup biji.
3. Masukkan air secawan dalam kuali dan didihkan selama 5-10 minit.
4. Biarkan dia semalaman dan tapis airnya esok dan terus minum sebelum mengambil sarapan.

Nota:

  1. Air lemuju yang dijual dlm botol ..yang kelihatan air kristal itu menggunakan hablur kristal Thymol atau garam thymol yea…cuma guna 1gm serbuk kristal ini boleh dapatkan 5 atau 6 botol air thymol.
  2. biji omam ini rempah yg amat murah…tanya saja dikedai mamak itu…”Omam” pasti mereka kenal…beli dalam RM1-2 sudah cukup banyak…
  3. kalau beli air thymol di kedai mamak (siap untuk minum) dlm 375ml cuma dlm RM1.50 kot?….kalau tak sanggup minum..gunakan utk berkumuh setiap pagi…kalau selalu sgt sakit gigi atau sakit telingga…ia sama rasa seperti bahan kumuh “listerine Ori”..cuma namanya org putih pasti mahal sikit.
Advertisements

Dalam dimana-mana organisasi perniagaan memang ada SOP ini. Dalam bahasa Melayu kita boleh gelar, Sistem Operasi Perniagaan yang standard. Ia bukan saja penting untuk restoren anda itu beroperasi dengan lancar tetapi ia juga boleh membantu untuk mengembangkan perniagaaan anda. Manalah tahu satu hari nanti anda akan memiliki lebih dari atau berpuluh restoren. Untuk mengawal semua restoren dibawah satu sistem memang perlukan SOP yang baik. Tapi anda kena ingat yea…bukan semua perniagaan dapat manfaat dari SOP ini. Bagi permulaan anda tak perlulah buat SOP yang canggih dan setebal kitab. SOP ini sebenarnya terpulang pada anda sebagai pemilik restoren, atau pengurus yang menguruskan restoren anda itu. Biasanya SOP ini begitu manfaat untuk organisasi yang besar dimana pekerja dan pengurusan menjalankan tugasan harian dengan bersistematik. Kalau anda mulakan perniagaan restoren dengan anda sebagai pengurus dan aka tukang masak dan isteri anda sebagai cashier dan anak-anak sebagai pelayan…SOP apa pun payah nak menjadi.

Bagaimana pun jika anda rasa SOP itu penting untuk kemajuan perniagaan anda untuk masa depan …eloklah buat satu…Mamak haji cuma bagi kerangka yang perlu ada dalam SOP itu.

  1. Pengenalan.
  2. Keselamatan Makanan.
  3. Kebersihan Premis Restoren.
  4. Perkhidmatan Pelangan.
  5. Kualiti Produk/masakan.
  6. Keselamatan Di Tempat Kerja.
  7. Pengenalan Peralatan.
  8. Pemasaran / Marketing.
  9. Pengurusan Pekerja / Human Resources.
  10. Lain-lain penerangan penting seperti penggunaan  “Point Of Sales System atau POS, Cara strategi pemasaran seperti memahami keperluan pelangan atau penyelidikan pemasaran.

Kalau takat nak tulis panjang mengenai keselamatan makanan…di negara kita, ia adalah salah satu syarat untuk menjadi pekerja dipremi makanan perlu menghadiri kursus, “pengendalian makanan”. Premis kebersihan restoren “jabatan kesihatan” ditempat anda akan memberikan maklumat lengkap. Takat perkhidmatan pelangan itu..kita ini orang yang sopan-santun.

Kualiti produk itu penting sangat, kerana setiap masakan anda untuk dijual perlu ada “standard” yang betul dan sama (rasa, hidangan, kuanti dan kualiti masakan kena sama). Dengan itu sebelum anda buka restoren kena adakan “Kitab resipi di dapur”.Mamak haji dalam posting lepas telah banyak ceritakan tentang “Kitchen Bible” ini.

 


Nasihat untuk peniaga dari Mamak Haji.
Niat berniaga adalah baik dan pintu rezeki anda akan dibuka seluas-luas oleh Allah s.w.t. insyallah. Bagi Mamak haji paling utama dalam apa jua perniagaan adalah Nawaithu itu. Tanamkan nawaithu itu sebagai motivasi dalam perniagaan yang sekian mencabar sekarang.

Tanya diri anda, Kenapa saya perlu berniaga?.Apakah ia bertujuan membantu keluarga saya?. atau tinggalkan sesuatu untuk anak-anak sebagai warisan?…atau jual perniagaan itu untuk memperolih keuntungan? atau mencari kebebasan diri dari dibelengu oleh orang lain…

Keluarga adalah sumber rezeki kita dan pelangan kita pulak pembawa masuk rezeki kepada kita. Sekiranya apa saja kita membantu meringankan beban hidup orang lain, sudah pasti Allah SWT juga akan meringankan beban kita.Dalam bahasa Inggeris ini digelar ’empathy”. Empathy inilah perlu ditanam dalam hati setiap peniaga.

Insya Allah suatu hari nanti sekiranya anda jadi jutawan …ia cuma kurniaan keberkatan Allah sebagaii kesenangan berlebihan diberi peluang mendapatkan pahala yang lebih sebagai bonus yang bertujuan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan. Kekayaan dunia ini cuma satu amanah dari DIA.

Walau pun Ilmu atau kekayaan besar mana pun diperolihi oleh anda, sekiranya ia tidak membantu orang yang memerlukan ia Ilmu dan kekayaan dunia ini tidak berguna. Niat memulakan perniagaan dari hati anda itu adalah titipan ilham dari Allah SWT. Kita cuma mengiktizamkan niat itu dengan segala ilmu yang perlu dipelajari.

Ilmu perniagaan boleh dipelajari…modal perniagaan boleh dicari…pekerja terbaik boleh diupah tetapi rezeki dari perniagaan tetap dimiliki Allah…ia bukan bergantung semata-mata dari Ilmu atau pengalaman. .Perkara rezeki ini jangan lupa semasa baru mulakan perniagaan. Inilah matlamat perniagaan seorang Muslim yang Mukmin.

Harap janganlah lakukan benda-benda kurafat seperti cari bomoh…perkara kurafat ini menjadi tapi untuk sementara dan ia cuma permainan syaitan untuk memesongkan pendirian iman kita. Perkara kurafat seperti ini akan mengakibatkan pintu rezeki tetap akan tertutup. Jauhkanlah diri dari mencari Short-cut bertemankan syaitan dan Iblis ini…niscaya anda jatuh dalam gaung kehinaan didunia dan diakhirat kelak.



Mamak haji mohon maaf kerana lama tak update blog ini dan mohon maaf juga ke atas bertimbun e-mail yang tak jawab atau dibalas…banyak juga mamak haji nak lakukan untuk anda semua, apakan daya dengan diri ini sibuk dengan face book dan umur yang semakin lanjut ini….yang penyakit kejar. Bila dah tua ini kita cepat penat….

Mamak haji turut ikut dalam perubahan media…dari Blog ke Media sosial. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Di media sosial seperti Fb kita dapat interaksi dgn cepat dan mudah tetapi kekurangannya kerap kali posting-posting seperti bahan ilmiah akan hilang atau sukar untuk rujuk.

Disebabkan ini mamak haji ingin jadikan blog sebagai bahan rujukan ilmiah masakan dan Face Book sebagai bahan rujukan resipi. Sahabat-sahabat boleh rujuk di kedua platfom nanti….Mohon doa anda semua untuk mamak haji terus menyumbangkan pengalaman dan nasihat dalam dunia masakan ini…Insya Allah.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 7,501,520 hits
November 2018
I S R K J S A
« Dis    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Advertisements