PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘BAKING’ Category


KEK PISANG

                                          KEK PISANG

KEK PISANG

                                          KEK PISANG

KEK PISANG:

Bahan-bahan diperlukan:

– 5 biji pisang emas yang ranum (bila lenyek 1 cawan).

– 5 biji telur atau 1 cawan penuh telur setelah dipecahkan.

– 1 cawan gual pasir (tak guna gula kastor..gula sekarang mcm gula kastor).

– 1 cawan minyak felda ( mamak haji guna 1/2 cwn majerin felda dicairkan+ 1/2 cawan minyak masak felda..agak suam-suam baru diadunkan).

– 1cawan + 1/4 cawan tepung gandum yang telah ayak.

– 1 sudu kecil baking powder.

– 1 sudu kecil baking soda.

– 1 sudu besar jus lemon (mamak haji tak guna).

– 1 sudu kecil essen vanilla (mamak haji tak guna…nak haruman pisang).

– 1/4 sudu kecil garam.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven pada suhu 160C..dengan loyang yang disapu majerin.

2. Putar gula + telur + minyak dalam 4-5 minit (sampai gula cair). Putar ini ada lah utk kita masukkan udara dalam adunan ini. Jangan terlalu lama dan jangan terlalu cepat.

3. Masukkan pisang dan kacau dengan tangan. Masukan sedikit demi sedikit tepung yang telah diadunkan bersama baking powder dan soda dan juga telah diayak. Masukkan garam dan adunkan rata dengan senduk kayu je.

4. Kalau nak masukkan essen vanila dan jus lemon masukkan dan kacau rata. Keluarkan loyang dan isikan 3/4 bhg dan bakar dalam suhu 150C selama 45-1 jam ditengah oven. Sekiranya kramel terlalu cepat dibhg atas..kurangkan suhu..pandai-pandai lah adjust suhu oven anda utk pertama kali..lain kali dah senang.

5. Mamak haji guna loyang bersaiz 9″ X 5″ X 11/2″….anda boleh guna loyang 9″ X 4″ X 3″ – Panjang X Lebar X Dalam…

TIP-TIP MENYEDIAKAN KEK PISANG:

Ini komen-komen dari Fb dan juga tip berguna:

  1. Guna suhu atas bawah ye Mamak Haji…sye budak baru belajar..heee?. both heaters bawah dan atas yea..Noora Zie La..tak apa tanya saja..
  2. Klau ada poppy seed, blh cmput sikit. Kek nmpak cantik, ada bintik2 hitam. Poppy seed ada jual kat kedai bakery.
  3. Adunan tu dibiarkan sekejap,baru dpt naik gebu dan lembut.
  4. Saya xguna pisang emas guna pisang berangan kerana kek akan nampak jalur2 halus yg cantik pisang mesti masak ranum kupas pisang tu simpan dulu satu hari biarkan saja kat luar baru guna ….itu cara saya …..hihi,
  5. saya suka boh jus lemon ckit dlm kek pisang.sedap n ada kelainan…
  6. Klu sy uncle lps blander pisang sy bia tkena angin..nnt dia kehitaman…bru color kek cntk…
  7. Resepi kek pisang saya guna sour cream atau yogurt Mamak Haji..tp mmg rasanya lain dr kek pisang biasa..sedap ,wangi dan lembab..
  8. Buat kek pisang pakai dua jenis.. pisang emas dan pisang berangan.

SELAMAT MENCUBA.

Advertisements

SERBA SEDIKIT TENTANG BAHAN PENGEMULSI: GELATIN.

Sebelum kita belajar menggunakan gelatin dlm penyediaan masakan kita perlu tahu serba sedikit tentang gelatin ini. Perkataan “Gelatine” atau “Gelatin”, diceduk dari perkataan Latin, “Gelatus” yang membawa maksud, “liat atau sejuk beku”. No.E bagi gelatin ialah E441. No.ini perlu ingat kerana kebanyakan produk diual pasaran sekarang cuma tertulis no.E ini untuk kelirukan pengguna. Gelatin ialah  bentuk collagen yang telah di hydrolisis yang tidak bersongsangan – tidak boleh berbalik. Proses hidrolisis ialah reaksi kimia memecahkan molikul menjadikan hiderogen dan bahan baru hidrooksida. Gelatin biasanya dihasilkan melalui proses separa hrdrolisis dari kulit, tulang dan ligamen (urat) dari haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, ayam, ikan dan khinzir. Khinzir adalah haiwan yang banyak kandungan peptides dan protein di bahagian kulit yang membuatkan pilihan utama dibarat yang bukan beragama Islam. Dalam Makanan kosher Yahudi dan Islam gelatin dari babi ini di haramkan. Islam juga sangat sensitif dengan bahan dari haiwan ternak yang tidak sembelih mengikut syarie Islam. sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Maka sentiasa awas dari produk-produk gelatin ini.

Gelatin dalam kegunaan masakan biasanya berbentuk kepingan jernih, hablur atau serbuk. Ada juga gelatin segera yang perlu di adunkan dengan air sebelum digunakan. Sifat gelatin ia mudah cair dalam air panas dalam minima 35 darjah C dan jadi keadaan, “gel” dalam keadaan sejuk minima 4 darjah C. Gelatin sukar cair dalam air sejuk. Gelatin adalah amat peka kepada perubahan suhu. Gelatin boleh cair dalam suhu panas tubuh manusia (gel kapsul) tetapi terpulang pada kualiti dan kepekatan gelatin tersebut.

Gelatin berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi (emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan lagi zat dalam produk. Sifat gelatin fleksibel untuk membentuk lapisan nipis yang berelastik, membentuk selaput lapisan filem yang lut-sinar, kukuh dan kuat.

Kini, “Gelatin Bovine” (gelatin dari lembu) dan “Gelatin Porcine” (gelatin dari khinzir) cuba dielakan oleh pengguna di sebabkan keagamaan dan juga penyakit menular yang bahaya, maka gelatin hasil dari ikan dan sayuran menjadi pemilihan walau pun gelatin jenis ini mahal dari gelatin hasil dari kulit khinzir yang murah tetapi iman itu lebih berharga. Lewat ini “Halal Gelatin” menjadi pilihan di negara-negara yang majoriti penduduknya orang Islam. Banyak sayrikat ditubuhkan untuk menghasilkan “Gelatin Halal” yang masih lagi pengeluaran terhad untuk kaum muslimin seluruh dunia.

Kegunaan Gelatin yang serba boleh ini, banyak membantu dalam inovasi dalam produk makanan seperti,  Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah, Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), Puding, kek dan pai, Gummi jelli, Pastil berperisa,Yogurt, keju, Margerine dan butter, Ais-krim,Pencuci mulut segera,Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat dalam Industri kertas bahan kilat kertas pun guna gelatin. Dalam industri seperti gel kapsul, ubat gigi, dalam industri kosmetik (digelar “hydrolyzed Collagen“), minyak wangi, sabun, pelembut basuhan pakaian, krim untuk tubuh badan, tangan atau kaki. Banyak lagi senarai ini.

soalan-soalan Lazim mengenai Gelatin:

1. Apa beza agar-agar dengan gelatin?

Agar-agar kena mendidihkan ..tetapi gelatin jgn sekali pii didihkan pulak. mendidihkan gelatin musnahkan keupayaan untuk set, dgn itu gelatin kalau boleh gunakan suhu yg rendah (ke atas 38C maksud mamak haji kalau 40 C ok).cuma pansakan sekejap saja utk larutkan gelatine dlm air.

2. Masa setting untuk Gelatin.

Setting gelatin yg standard 3 sudu kecil serbuk gelatin dgn 500ml ..masa setting ini perlu whisk atau pukul larutan gelatin ini untuk dapatkan hasil yg gebu.

3. Bagaimana guna gelatin untuk masakan?.

Cara Gunakan serbuk Gelatin..1/4 cawan yg diisi air ais utk 10 gm gelatin, ditaburkan sedikit demi sedikit serbuk gelatin dipermukaan air, Biarkan selama 5-10 minit utk gelatin larut. Jangan lupa masukkan dlm peti sejuk larutan supaya ia menjadi jelly dan seterusnya digunakan dlm respi anda.

4. Apa beza tekstur agar-agar dan gelatin?.

tekstur agar-agar dan gelatine tak akan sama..kalau guna gelatine..texture dia krim..agar-agar texture dia liat…formula untuk keraskan agar-agar…1 sudu besar serbuk agar-agar dengan 1 cawan cecair (liquid). agar-agar 1 sudu kecil sama dgn 8 sudu kecil gelatin..nampak tak kerasnya agar-agar.

5. Bagaimana tentukan Gelatin itu halal?.

Di pasaran gelatin global, terdapat sebanyak 70 peratus gelatin diperbuat dari kulit babi. Di Malaysia, banyak produk gelatin sudah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM seperti produk “Syarikat HalalGel” dan “Hagecaps” sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak. AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA…

 


 

ROTI BUN SARDIN

ROTI BUN SARDIN

RESEPI: BUN BERINTI SARDIN (TUNA) BERMAYONIS:

Jom kita tengok resepi..mamak haji terus ke resepi..kalau ada soalan bubuh pii kat comment nanti mamak haji balas..kalau segan bertanya email..kalau segan juga mai kat Fb.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 sudu besar Yis kering segera.
  • 2 sudu besar air suam.
  • 1/2 cawan susu dutch lady penuh krim (beli kotak kecik je).
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 2 dan 1/4 cawan tepung berprotin tinggi.
  • 1 biji telur telah dipukul.
  • 1/4 cawan gula pasir.

Untuk hiasan di atas..bagi wangi, daun kering oregano (Flake) dan 1 biji telur ambil putih telur.

Bahan-Bahan Untuk Inti bun:

  • 1 tin sardin..cari yang paling murah..biasanya yang murah itu ikan dalamnya besar. Basuh kuah dia buang tulang jadikan Flake..
  • 1/2 cawan celery dihiris halus..beli sebatang dah cukup kat pasar.
  • 3 sudu besar mayonis..mamak pakai mayonis buatan mamak sendiri.
  • 1 biji bawang labu besar..di dadukan halus.
  • 1 sudu kecil mustard kalau ada ok..tak ada tak apa.
  • 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa masin anda.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada.
  • 1 biji cili merah buang bijinya.

Cara menyediakan inti:
Panaskan kuali masuk minya satu sudu besar..goreng bawang layu, masukan semua bahan lain kecuali mayonis. Goreng. Bila sejuk masukkan mayonis dan kacau. Kalau lebih simpan dan esok buat sandwich.

CARA MENYEDIAKAN DOH ROTI BUN:

1. Cairkan 1 sudu besar yis dengan 2 sudu besar air suam , 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung. Kacau serata supaya semua dia adun dengan baik. Biarkan selama 10 minit.

2. Didihkan susu dan biarkan ia menjadi suam / yang kepanasan boleh rasa dengan jari. Masukkan 1/4 cawan gula, 1/2 cawan minyak dan garam. Adun campuran ini sehingga larut dan bentuk satu larutan. Bila gula telah larut masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit sehingga anda perolehi satu pes yang yang licin kilat yang tidak bergentel.

3. Masukkan 1 biji telur yang pukul, yis dan kacau sebati. Masukkan tepung yang baki dengan sedikit demi sedikit untuk jadikan doh.

4. Doh tadi melekit sapuan sedikit teung di kedua tapak tangan anda dan buat ulian. Uli dengan tapak tangan tekan ke bawah doh. Uli selama 10 minit. Ada akan dapat doh yang licin permukaan. Boleh tambah sedikit tepung masa ulian ini.

5. Biarkan doh rehat selama 1 jam dengan di tutup dengan kain yang lembab. Biarkan doh naik 2 kali size asalnya.

6. Bila doh dah naik selepas 1 jam, leper kembali ke asa dengan tekan lembut dengan tapak tangan pada doh tadi dan mula membahagikan doh kepada size yang dikehendaki dengan sama-rata. Mamak haji buat 10 biji bola.

7. Seperti isi inti pau, leperkan bola doh tadi dan isi inti dan bulatkan kembali. Taburkan Daun kering oregano di atas permukaan doh yang telah isi inti.

8. Membiarkan selama 20 minit.

9. Panaskan oven pada 200 darjah C.

10. Susun bun yang perlu di bakar di atas bekas pembakar dengan lapik dengan kertas minyak baking. Kita tak mahu keras sangat di bahagian bawah bun nanti. Set suhu oven 200C dan selama 10 minit.

11. Bila permukaan bun mula bertukar warna perang, keluarkan tray dan sapu putih telur di permukaan bun. Dan masukkan kembali selama 2 minit dengan menggunakan pembakaran bawah oven. WASSALAM.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,346,917 hits
November 2017
I S R K J S A
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.