PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Berita 'am’ Category


PEMIKIRAN MISKIN VS PEMIKIRAN KEJAYAAN:
Bila anda menjalankan sesuatu perniagaan..ada dua bentuk pemikiran akan berkisar bila akhir tahun dan melangkah masuk ke tahun baru..Satu digelar ke arah, “pemikiran miskin”..di mana anda cuma berfikir bagaimana nak simpan hasil keuntungan perniagaan?. Ia seperti  masukkan wang dalam ASB atau pun simpan saja wang berlebihan dalam bank. ASB jadi pilihan ramai kerana risikonya langsung tidak ada kerana ia adalah projek kerajaan untuk kekalkan kuasa pemerintahan dengan tidak berikan orang Melayu berfikir panjang, Ia begitu mudah, cukup tahun ambil sejumlah bonus yang diberi dan pergi enjoy bercuti. Biar orang lain berfikir untuk kita, jangan banyak cakap dan diam. Pemikiran cukup mudah seperti ini digelar pemikiran miskin.

Orang Melayu bukan tak pandai berniaga, ramai yang pandai dan bijak dalam perniagaan cuma kelemahan orang Melayu ialah mentadbir urus kewangan dalam perniagaan. Wang pendapatan hasil dari perniagaan dianggap untuk berbelanja wal hal orang Cian anggap wang dari keuntungan perniagaan untuk melabur dan untuk perkembangkan perniagaan yang sedia ada.  Tiori duit, bagi kaum peniaga Tionghua..”duit buat duit”. Jadi mereka lebih Berjaya dari orang Melayu dalam perniagaan. Dari kedai menjual peralatan letrik mereka beraleh ke kilang membuat peralatan letrik. Tapi kita berdabik dada berniaga diwarung yang sama selama 30 tahun. Bila Majlis tempatan dating untuk roboh warung yang terletak diatas Tanah bukan milik dan menganggu lalu-lintas…gaduh dan bawa masuk parti politik sekali untuk mencari publisiti murahan.

Pemikiran yang kedua ia lah, “pemikiran ke arah kejayaan”.. ia bermaksud berfikir bagaimana boleh membesarkan modal perniagaan untuk melaksanakan idea-idea baru dan imiginasi kejayaan mutlak yang wujud dalam pemikiran anda..sekiranya anda berniaga makanan di tepi jalan, bermatlamat ingin dapatkan sebuah kedai kecil makan yg tidak dihambat oleh body-guard Majlis Tempatan lagi…dari kedai makan pulak anda ingin ke perniagaan restoren tahun depan…lepas itu dari restoren ke pemilik hotel..angan-angan ini bukan angan-angan Mat Jenin tapi anda dengan sekuat hati ingin jadikan ia kenyataan.

Kalau anda ke Pulau Pinang anda boleh lihat sendiri semua pemilik restoren dulu..tapi kini ada lah pemilik hotel tiga bintang seperti Nasi kandar Nasmir..Nasi Kandar Zubaidah…Nasi Kandar Pelita…Restoren Daun Pisang Ananda Bahawan..Hotel-hotel mereka tersergam indah…ada juga taukeh-taukeh kedai makan atau peniaga pasar malam orang melayu ramai yang jadi jutawan senyap..tapi sayang nya mereka ini cuma peniaga pemikiran yang kelas pertama mamak haji sebutkan tadi. Tidak kembangkan perniagaan masih dibelenggu pemikiran miskin dan menutup rezeki peniaga-peniaga baru yang ingin berniaga dengan lawan harga dengan peniaga yang baru nak hidup. Ini salah satu sebab peniaga yang baru ramai yang gagal ada lah dari kalangan orang Melayu.

Advertisements

Dalam keadaan ekonomi yang tak tentu hala sekarang, harga barangan yang melambung tinggi, kos sara diri yang tinggi, nilai mata-wang Ringgit kita jatuh teruk berbanding dengan Dollar Amerika, reputasi negara tecelar akibat rasuah dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan telah banyak jatuhkan moral pekerja kakitangan awam. Ramai pekerja makan gaji sekarang ini menerima tekanan kerja yang tinggi dan akibatkan tekanan perasaan di tempat kerja yang berlebihan. Perkara seperti ini mungkin kita tidak kepedulian tetapi ia adalah salah satu sebab wujudkan kesan negatif terhadap semangat bekerja bagi pekerja awam dan swasta. Masalah di tempat kerja lebih merumitkan lagi dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga kerana harga barangan dan berbagai perkhidmatan awam juga telah naik  seperti GST, Tol dan baru lagi Ta’arif Elektrik. Maka ini akan tetap akan wujudkan kos sara hidup yang tinggi dibandar-bandar. Gaji yang diperolehi setiap akhir bulan tak cukup yang mana satu masa dulu masih berasa selesa. Kebosanan untuk bekerja mula pengaruhi semangat bekerja. Kewujudan tidak kepuasan hati sehingga tidak dapat bekerja dengan ikhlas lagi. Tidak ada jalan lain kecuali ingin berhenti kerja dan ingin mulakan perniagaan sendiri. Sebelum anda buat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri, mamak haji ingin berikan 6 soalan untuk anda jawab sendiri dengan jujur untuk menentukan anda layak atau tidak memulakan perniagaan sendiri.

1.MEMOTIVASI DIRI SENDIRI:

Bila anda digelar, “Usahawan” atau pun “Peniaga” (anda perlu mengetahui siapa usahawan dan siapa peniaga itu?.Usahawan lazim mencipta produk-produk atau perkhidmtan baru untuk keperluan pasaran yang kian maju dan sentiasa punyai idea-idea baru dan berinovasi dalam produk-produk yang dihasilkan. Makna, “peniaga”, pulak cuma beli dan menjual produk untuk dapatkan keuntungan perniagaan, contohnya seperti peniaga kedai runcit). Tak kira lah anda seorang usahawan atau peniaga, anda tetap jadi golongan peniaga. Bila menjadi peniaga anda akan seringkali rasa keeseorangan dan sunyi. Segala keputusan untuk perniagaan, perlu lakukan sesuatu atau pun anda bijak dalam menyelesaikan masalah dengan penuh kepercayaan diri anda sendiri.

Bila dah masuk dalam perniagaan, anda bukan boleh lagi tunggu arahan dari “boss” untuk lakukan sesuatu tindakan yang lazimnya untuk pekerja makan gaji. Ini berkenaan perniagaan anda sendiri, keputusan bakal yang anda kena buat berkenaan duit dari kocek anda sendiri bukan dari orang lain. Maka anda perlukan, “Motivasi Diri Sendiri” yang amat tinggi. Anda perlu selalu sanggup memotivasikan diri anda sendiri. Jika anda seorang yang suka tunggu arahan dari orang lain, tidak punyai motivasi yang tinggi dalam diri anda, baik lupakan jadi usahawan atau peniagaan. Teruskan makan gaji saja.

2.PENYEDIAAN KEWANGAN UNTUK KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA:

Sebelum anda bercadang untuk berkerja pekerjaan tetap yang bergaji dengan amalan akhir bulan, “cucuk kad di mesin ATM Bank, mesin itu akan keluarkan duit”.  Perbelanjaan bulanan untuk diri sendiri dan keluarga terlepas walau pun tak cukupi dengan makan gaji sekarang, sekurang-kurangnya anda selamat dari masalah kewangan. Tapi bila anda mula lompat masuk dalam bidang perniagaan sendiri,  jangan terlalu letak harapan anda dapat wang berlebihan berlipat kali ganda dari gaji makan gaji dulu. Dalam perniagaan sendiri ini, apa saja situasi keadaan bakal akan berlaku, kita sukar untuk mentafsirkan keadaan.

Bila kita berhenti kerja dari gaji tetap, anda perlu punyai perancangan  kewangan . Maksud mamak haji anda perlu punyai simpanan wang yang boleh digunakan untuk keadaan perlukan kewangan bila berlaku sesuatu pada diri anda atau ahli keluarga. Simpanan asas untuk kecemasan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pengurusan perancanga simpanan wang amat penting bagi yang ingin berhenti kerja. Jika perniagaan anda yang bakal ingin anda mencuba, perniagaan itu terdesak dalam krisis kewangan, adakah anda akan membuat pinjaman dari lintah darat durjana seperti “along?”.  Ini yang berlaku kepada ramai peniaga baru dan lama bumiputra dalam negara kita. Kebanyakan pinjaman wang dari along ini bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk perbelanjaan terdesak untuk kelaurga. Kalau untuk perniagaan kalau 20% bunga yang dikenakan along itu mampu bayar kerana keuntungan bersih perniagaan biasanya dari 23% – 40%. Ramai kawan-kawan mamak haji masih gunakan perkhidmatan along ini terutama peniaga perniagaan besi lusuh/buruk. Peniaga ini lebih minat pinjam dari along kerana keperluan wang tunai yang cepat. Tapi ramai lingkup dari yang berjaya bial beurusan dengan along ini.

Menguruskan simpanan wang ini perlu punyai daya kekuatan mengawal atau “willing power” yang kuat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman tentang pentingnya simpanan wang untuk waktu memerlukan terutama semasa kecemasan untuk diri dan keluarga.

Sebelum berhenti kerja makan gaji untuk menceburkan dalam perniagaan, segala hutang peribadi anda atau bakal nak berhutang perlu dikawal dari sekarang. Hutang ini adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai peniaga baru kita terjebak dalam masalah kewangan yang serius.. Uruskan hutang peribadi anda denagan cara yang terbaik sebelum berhenti bekerjaDari sekarang anda perlu minumkan berhutang dan hutang yang boleh dikawal. Masalah yang berat dalam menghadapi kehidupan normal adalah hutang. Jangan teruja sangat nak berhenti kerja dan mulakan perniagaan tanpa persediaan kewangan untuk diri dan keluarga semasa kecemasan. Orang boleh kata, “saya mulakan perniagaan dengan kocek kosong”, itu untuk dia, untuk kita ia mungkin bukan mudah untuk lakukan tanpa ada duit dalam kocek.

3.PENYEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL:

Sebagai usahawan atau peniaga, tekanan kehidupan akan menghantui kita sepanjang masa. Kesihatan amat perlu dijaga dalam menjalankan perniagaan, maka jagalah kesihatan yang baik sebelum memulakan perniagaan sendiri. Bila mula berniaga tekanan mental tetap akan berlaku pada setiap usahawan baru atau yang lama. Tekanan perniagaan akan menghantui kita datang dari segala sudut yang kita tidak tahu. Sekiranya anda seorang yang tidak boleh terima tekanan dan stress, anda harus fikir dua kali sebelum ingin menjadi usahawan/peniaga.

4. KEPENTINGAN KAJI SELIDIK PEMASARAN PERNIAGAAN:

Sebelum memulakan perniagaan anada, setiap perniagaan perlukan “kaji-selidik”, bila cakap saja kaji-selidik pemasaran untuk perniagaan yang anda bakal ceburi perlu dapatkan perkhidmatan syarikat survey yang profesional. Terus tergamam kerana takut fee yang dikenakan pasti mahal dan tak termampu kita. Kajiselidik pasaran kini begitu mudah dengan adanya internet dan juga sosial media. Kajiselidik pemasaran menerusi Internet ini khasnya dalam facebook seharusnya dilihat sebagai satu cara merevolusikan tatacara perniagaan kecil zaman sekarang. Banyak data anda boleh perolehi dengan hujung jari anda.

Contoh terbaik baru-baru ini keluar berita mengenai pelajar-pelajar dari Univerti awam, “hasil kaji selidik sebuah badan NGO… 3 dari 4 penuntut di IPTA tak mampu untuk makan hidangan yang baik. Ini dari kaji selidik yang dilakukan ke atas 25,632 penuntut dari 6 universiti awam. UTM, UM, UIA, UKM, UUM and Universiti Tun Hussein Onn. 57%. Ramai penuntut peruntukan RM5 sehari untuk makanan, 44 % bergantung dengan mee maggie cepat masak, 41 % cuma makan nasi kosong, kicap dan telur, 96% berkata dalam tekanan kewangan, 97% dari mereka ini gunakan bantuan kewangan dari kerajaan.” maka anda kena fikir dua kali sekiranya produk atau perkhidmatan anda berkaitan dengan pelangan penuntut universiti.

5.SEMANGAT BERJUANG:

Semangat berjuang ini adalah salah satu faktor yang penting dalam perniagaan walau pun bukanlah faktur yang boleh menjanjikan kejayaan perniagaan kita. Semangat berjuang kita perlukan bila kita tersungkur dalam perniagaan. Orang kata kita bersungkur itu adat dalam perniagaan. Biar kita tersungkur kehadapan bukan kebelakang. Kalau tersungkur tersembab muka, kita tahu apa yang menyebabkan kita jatuh. Kita jatuh untuk bangun kembali dan bukan tertiarap, yang bangunkan kembali itu ada lah “semangat berjuang” kita. Tanpa semangat ini tertiarap kita selamanya.

Perniagaabn ini sebenarnya seperti bangun pagi pergi ke medan perang, kerana menjalankan perniagaan ini kerja teruk, penat, memerlukkan kerja lebih masa  atau lebih banyak kekecewaan dari yang gembirakan. Ia bukan seperti makan gaji, pagi masuk petang balik kerja. Jadi uutuk melaksanakan ini anda perlukan semangat kental. Apa kah anda punyai semangat yang kental dan sedia untuk berjuang?.

6.MEMAJUKAN PERNIAGAAN:

Sekiranya bakal perniagaan yang anda ceburi itu, sekiranya maju akan menyeronokan. kalau tidak maju akan membosankan dan mungkin anda putus asa dan menyesal berhenti kerja makan gaji. Anda perlu ingat bila saja sesuatu jenis perniagaan maju, semua orang ingin tiru jual produk yang sama atau cara berniaga yang sama dari orang-orang yang yang telah berjaya dalam bidang itu. Contohnya jika anda selidik punya selidik pasaran, kawasan yang anda tidak ada peniaga nasi ayam, anda mulakan perniagaan nasi ayam> sertamerta perniagaan nasi ayam anda mendapat sambautan yang hangat dan perniagaan anda kian maju. Tetiba ramai peniaga baru akan membuka perniagaan nasi ayam dikawasan itu. Perkara seperti ini tidak boleh elak dalam setiap perniagaan.

Anda perlu yakin dengan rezeki. Ketentuan rezeki untuk hamba- hamba Allah tidak sama.  Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang., tetapi setiap orang ada rezeki Allah anugerahkan. Jadi jika anda ingin buat apa yang orang yang telah berjaya buat dalam perniagaan, jangan terlalu letak harapan anda juga boleh berjaya. Kemungkinan rezeki dia letak kat situ dan bukan untuk kita. Sekiranya anda ingin buat apa yang orang telah berjaya itu buat, pasti anda belum sedia untuk berniaga.

RUMUSAN:

Mamak Haji suka berniaga sendiri dan perniagaan seperti ini memberikan kepuasan dan kebebasan. kehidupan peniaga bukan mudah dan boleh jadi senang sekelip mata. Bila ingin mulakan perniagaan ini, jadilah orang yang jujur dengan diri sendiri untuk menjawab enam soalan di atas dan sebelum bersedia untuk berniaga. Jangan terburu dalam buat keputusan ikut hati dan perasaan yang tertekan dengan kemelut kewangan. Bidang perniagaan yang anda ingin menjalankan juga banyak mainkan peranan dalam menjawab soalan mamak haji di atas. Setaip orang kena ada impian. Impian perlu ada untuk majukan diri tetapi yang sukar ialah menjadikan impian itu menjadi kenyataan. Kalau terburu dalam impian dijadikan kenyataan, kadangkala impian itu menjadi mimpi buruk untuk kita. Maka rancanglah kehidupan masa depan anda betul-betul. Wassalam.


Hari ini mamak haji layan e-mail-email yg berjumlah 260..hahaha!. Ada satu e-mail sgt tersentuh hati mamak haji..DAN SEMANGAT MAMAK HAJI KEMBALI LEBIH KUAT UNTUK MENERUSKAN TERUS TULIS DIBLOG INI . Terima Kasih tak terhingga kepada pengirim e-mail ini. Kita kongsi di sini..

As-salamualaikum wmwbt,

Terlebih dahulu sy nak ucap terima kasih yg tak trhgga di atas kesudian Mamak Haji memberi nasihat malah menaruh kepercayaan penuh kpd sy.

Sy setuju dgn nasihat Mamak Haji, hendaklah guna apa yg kita ada dulu. Apatah lagi pengusaha spt sy yg bermula dgn zero. Nak sebut ttg modal mmg sy takda, syukur la emak ada simpan perkakas2 memasak lama sy, maka dari situ sy bermula. Lgpun sy selalu mngikuti laman fb dan blog Mamak Haji yg menjadi pendorong moral dan semangat utk sy menjadi pengusaha dlm perniagaan ni.

Utk pengtahuan Mamak Haji sy sbnaq tiada pengalaman dlm perniagaan sendiri, cuma berbekalkan pengalaman bekerja di bberapa hotel & resort sbgai chef de partie selama hampir 15 tahun. Semasa bkerja dulu sy duduk di western cuisine shj, terus terang cakap masakan melayu atau tempatan sy byk ambik tips drp blog Mamak Haji.

Dari situ sy juga buat bbrapa experiment ttg menghasilkan rempah2 utk mendpt gulai kari yg baik, al-hamduliLLah tips Mamak Haji mmg berfaedah buat sy. Bgitu juga pelanggan2 amat berpuas hati dgn gaya gabungan masakan ala barat & tempatan. Skrg sy buka warung take away dpn sbuah kolej perubatan yg berbumbungkan kanvas lori utk berlindung dari paneh dan katering pula hanya kecil2an antara 100-250 org makan. Semua tu sy lakukan sorg diri krn takda pembantu, kot kalo ada katering sy mintak sepupu dok bantu tp stakat katering tu je la sbb sepupu ni ketua kampung.

Dulu ada la pembantu tp lama kelamaan dia plak nk jadi tokeh kita jatuh kuli dia, bgitu juga sy gajikan sorg pembantu masakan. Dlm penyediaan makanan sy agak perfectionist, sy tak boleh terima hat yg lebih kurang apatah lg yg cincai boncai. Ditegur byk kali pun masih tak brubah, babai la jwbnya. Tggal la sy sorg2.

Sy teringin nk blajaq personally dgn Mamak Haji cara nk buat pasemboq dan cendoi. Walopun dlm blog & fb Mamak Haji penah post tp personal touch tu yg sy nk cari hehehe. Sbb pasemboq di Ipoh ni takdak yg betui2 mcm di Penang. Mngkin di Ipoh takda mamak penang mai mniaga kot. Sy darah mamak penang tu ada la sbb tok dulu asai org Tg Bungah mai sini keja posman di pekan Parit, Perak.

Selepas berenti keja tahun 2006 dulu, sy penah buat bisnes tp takdak kena mngena dgn mknan langsung, kononnya dah jemu memasak. Sy ceburi bidang yg tak penah sy ketahui iaitu construction, konon nk jd kontraktor la tu. Sy ikut sorg kwn kontraktor ni malah byk juga keja2 sub-con dari dia. Dsbbkan trlalu ghairah nk jd kontraktor sy laburkan semua duit simpanan malah sy buat plak personal loan dgn bbrapa buah bank. Dlm setahun pertama prjalanan perniagaan agak memberangsangkan, bila nk msuk tahun kedua dah mula ada bibit2 nak kena seleweng. Bermula dgn XXXXX, sy dpt sub-con pasang langsir utk 150 buah bilik yg berharga RM300 ribu, tp XXXXXX bayar sy hanya RM70 ribu saja, diikuti lg bbrapa projek yg main-con pura2 gulung tikar pun ada. Sy tak dpt sesen pun ada tp modal dah kluar puluhan ribu. Lama kelamaan sy tak mampu nak bayar bank shgga bank failkan ke mahkamah. Pada tahun 2012 sy telah diisytiharkan muflis shgga la ke hari ini. Lama juga sy menyepikan diri, tak nak jumpa org mahupun sedara mara asyik berkurung diri di rmh. Isteri pulak tertekan dgn sikap sy yg mengalah. Bila duduk rmh mula la mngadap komputer siang & mlm, tu yg terserempak dgn blog Mamak Haji lalu sy ikuti scara senyap2. Lama kelamaan timbul dlm hati nak memasak semula tp sy mmg tak brapa reti dlm masakan melayu atau tmptn ni.

Dgn adanya blog Mamak Haji byk membantu memberi idea dan tips dlm penyediaan masakan melayu dan tmptan ni. Tahun lepas sy mencari sebuah van igt nk start berniaga kecil2an. Ada la sbiji van ni siap ada ngv semua tp di Grik Perak. Sy pun hbungi pemilik van tu dan turun ke Perak drp Shah Alam (rmh sy) utk mngambilnya. Setelah selesai urusniaga pembelian van trsbut sy mnginap di rmh emak 3-4 hari di Ipoh. Ketika sy bersiar di pekan Ipoh terserempak dgn kwn lama sama2 chef di Hotel XXXX, Shah Alam dulu. Dia la ni tangkap tender kantin sekolah2 dah hampir 9 tahun. Kebetulan salah satu kantinnya ada masalah tukang masak lalu dia minta sy bantu utk menggantikan tukang masaknya buat smentara waktu. Utk mencari pengalaman sy pun stuju tp biasa la gaji pekerja kantin skolah bukan la tggi. Dia bayar sy RM70 sehari sambil melatih pekerja2nya yg lain. Genap 3 bln di kantin sy pun bgtau pd kwn tu yg sy nak cuba brniaga sndiri pulak. Bermulanya sy berniaga sndiri dgn menumpang tapak Bazar Ramadan Stadium Perak di Ipoh.

Menu sy iaitu Nasi Beringin yg resepinya diambik drp blog Mamak Haji, cuma sy padankan dgn rendang ayam resepi ciptaan sy sendiri lalu sy namakan rendang ayam beringin hehehe. Al-hamduliLLah Nasi Beringin sy mndpt sambutan baik disamping rendang tok dan daging dendeng resepi emak & isteri. Malah Hari Raya pertama hgga keenam sy tak dpt beraya bersama anak isteri di Shah Alam sbb tempahan utk rmh terbuka drp pelanggan2 yg selalu membeli di Bazar Ramadan. Selepas habis musim perayaan sy cuba berniaga di tepi2 jln buka kanopi lipat tu tp sambutan kurang mnggalakkan sbb org tak kenal sy, lgpun nasi beringin suatu nama yg janggal di Ipoh ni. Seorg jiran tetangga di rmh sewa sy tu mengesyorkan supaya brniaga di dpn kolej tmpt dia mngajaq. Lalu sy mencuba nasib buka payung lipat dpn kolej di tgh paneh terik tghari. Al-hamduliLLah, ALLAH telah membuka jln rezeqi sy di situ shgga la ke hari ni. Menu jualan sy tidak terhad kpd nasi beringin, tomato dan nasi campoq smata2. Menu2 barat spt spaghetti ala bolognese, ala carbonara atau aglio e olio dan brbagai2 lg trmsuk chicken chop, slaw, mashed potato yg mnjadi kegemaran anak2 remaja masa kini. Maka drp situ la jugak dtgnya tmphan2 katering spt afternoon tea atau high tea bagi plajar, buffet atau informal dinner jugak. Cuma mslhnya sy terpaksa beli set pinggan, garfu, sudu, pisau semuanya.. tau2 je la makan set cara omputih ni semua kena ikut etiquette. Di Ipoh ni takda khidmad sewa set cara omputih ni.

Perniagaan sy al-hamduliLLah ada peningkatannya cuma sy tak dpt nk mnyimpan sbb ada untung ja beli brg, beli pinggan, beli sgala perkakas utk katering. Kadang tu trpaksa meminjam utk buat modal kalo ada katering dsbbkan takdanya simpanan, yg ada cuma modal pusingan harian saja. Mamak Haji ada sikit nasihat atau cara mcmana sy nak buat simpanan dlm masa yg sama sy kena membeli asset?

Ini la serba sdikit ttg diri dan perniagaan sy, dan berharap Mamak Haji boleh beri tunjuk ajaq dan nasihat bg org baru mcm sy ni. Segala jasa Mamak Haji sy tak mampu membalasnya cuma ALLAH Taala shj yg memberi segalanya.

Kalo Mamak Haji ada nk turun atau lalu Ipoh, sudi2 la hbgi sy di XXXXXXX
InsyaALLAH panjang umoq, kita brjumpa lg samada secara brsua muka mahupun di alam maya.

Wassalamualaikum wmwbt

XXXXXXXX


SERBA SEDIKIT TENTANG BAHAN PENGEMULSI: GELATIN.

Sebelum kita belajar menggunakan gelatin dlm penyediaan masakan kita perlu tahu serba sedikit tentang gelatin ini. Perkataan “Gelatine” atau “Gelatin”, diceduk dari perkataan Latin, “Gelatus” yang membawa maksud, “liat atau sejuk beku”. No.E bagi gelatin ialah E441. No.ini perlu ingat kerana kebanyakan produk diual pasaran sekarang cuma tertulis no.E ini untuk kelirukan pengguna. Gelatin ialah  bentuk collagen yang telah di hydrolisis yang tidak bersongsangan – tidak boleh berbalik. Proses hidrolisis ialah reaksi kimia memecahkan molikul menjadikan hiderogen dan bahan baru hidrooksida. Gelatin biasanya dihasilkan melalui proses separa hrdrolisis dari kulit, tulang dan ligamen (urat) dari haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, ayam, ikan dan khinzir. Khinzir adalah haiwan yang banyak kandungan peptides dan protein di bahagian kulit yang membuatkan pilihan utama dibarat yang bukan beragama Islam. Dalam Makanan kosher Yahudi dan Islam gelatin dari babi ini di haramkan. Islam juga sangat sensitif dengan bahan dari haiwan ternak yang tidak sembelih mengikut syarie Islam. sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Maka sentiasa awas dari produk-produk gelatin ini.

Gelatin dalam kegunaan masakan biasanya berbentuk kepingan jernih, hablur atau serbuk. Ada juga gelatin segera yang perlu di adunkan dengan air sebelum digunakan. Sifat gelatin ia mudah cair dalam air panas dalam minima 35 darjah C dan jadi keadaan, “gel” dalam keadaan sejuk minima 4 darjah C. Gelatin sukar cair dalam air sejuk. Gelatin adalah amat peka kepada perubahan suhu. Gelatin boleh cair dalam suhu panas tubuh manusia (gel kapsul) tetapi terpulang pada kualiti dan kepekatan gelatin tersebut.

Gelatin berfungsi sebagai bahan pengisi, pengemulsi (emulsifier), pengikat, pengendap dan mempertingkatkan lagi zat dalam produk. Sifat gelatin fleksibel untuk membentuk lapisan nipis yang berelastik, membentuk selaput lapisan filem yang lut-sinar, kukuh dan kuat.

Kini, “Gelatin Bovine” (gelatin dari lembu) dan “Gelatin Porcine” (gelatin dari khinzir) cuba dielakan oleh pengguna di sebabkan keagamaan dan juga penyakit menular yang bahaya, maka gelatin hasil dari ikan dan sayuran menjadi pemilihan walau pun gelatin jenis ini mahal dari gelatin hasil dari kulit khinzir yang murah tetapi iman itu lebih berharga. Lewat ini “Halal Gelatin” menjadi pilihan di negara-negara yang majoriti penduduknya orang Islam. Banyak sayrikat ditubuhkan untuk menghasilkan “Gelatin Halal” yang masih lagi pengeluaran terhad untuk kaum muslimin seluruh dunia.

Kegunaan Gelatin yang serba boleh ini, banyak membantu dalam inovasi dalam produk makanan seperti,  Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah, Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), Puding, kek dan pai, Gummi jelli, Pastil berperisa,Yogurt, keju, Margerine dan butter, Ais-krim,Pencuci mulut segera,Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat dalam Industri kertas bahan kilat kertas pun guna gelatin. Dalam industri seperti gel kapsul, ubat gigi, dalam industri kosmetik (digelar “hydrolyzed Collagen“), minyak wangi, sabun, pelembut basuhan pakaian, krim untuk tubuh badan, tangan atau kaki. Banyak lagi senarai ini.

soalan-soalan Lazim mengenai Gelatin:

1. Apa beza agar-agar dengan gelatin?

Agar-agar kena mendidihkan ..tetapi gelatin jgn sekali pii didihkan pulak. mendidihkan gelatin musnahkan keupayaan untuk set, dgn itu gelatin kalau boleh gunakan suhu yg rendah (ke atas 38C maksud mamak haji kalau 40 C ok).cuma pansakan sekejap saja utk larutkan gelatine dlm air.

2. Masa setting untuk Gelatin.

Setting gelatin yg standard 3 sudu kecil serbuk gelatin dgn 500ml ..masa setting ini perlu whisk atau pukul larutan gelatin ini untuk dapatkan hasil yg gebu.

3. Bagaimana guna gelatin untuk masakan?.

Cara Gunakan serbuk Gelatin..1/4 cawan yg diisi air ais utk 10 gm gelatin, ditaburkan sedikit demi sedikit serbuk gelatin dipermukaan air, Biarkan selama 5-10 minit utk gelatin larut. Jangan lupa masukkan dlm peti sejuk larutan supaya ia menjadi jelly dan seterusnya digunakan dlm respi anda.

4. Apa beza tekstur agar-agar dan gelatin?.

tekstur agar-agar dan gelatine tak akan sama..kalau guna gelatine..texture dia krim..agar-agar texture dia liat…formula untuk keraskan agar-agar…1 sudu besar serbuk agar-agar dengan 1 cawan cecair (liquid). agar-agar 1 sudu kecil sama dgn 8 sudu kecil gelatin..nampak tak kerasnya agar-agar.

5. Bagaimana tentukan Gelatin itu halal?.

Di pasaran gelatin global, terdapat sebanyak 70 peratus gelatin diperbuat dari kulit babi. Di Malaysia, banyak produk gelatin sudah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM seperti produk “Syarikat HalalGel” dan “Hagecaps” sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak. AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA…

 


BHG BOTOL GAS SERING MENGALAMI KEBOCORAN

BHG BOTOL GAS SERING MENGALAMI KEBOCORAN

Sama seperti tenaga elektrik, gas memasak atau Gas Petroleum Cecair (LPG) perlu dianggap sebagai utiliti berbahaya yang perlu dikendalikan dengan penuh berhati-hati. Kerajaan juga perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mesti ditangani dengan segera, dan memastikan semua tong gas dan aksesori yang dijual selamat untuk kegunaan. Apakah tanggungjawab yang harus dipikul oleh pengedar dan peruncit gas memasak yang dijual di dalam tong atau botol sebagaimana yang diketahui dalam industri? Siapakah yang bertanggungjawab memastikan tong gas yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat dan tidak bocor? Badan manakah yang memantau perkara ini?. Baca di sini: http://pengguna.org.my/…/765-keselamatan-penggunaan-tong-si…. .ramai tak minat baca dari baca respi..belajar masak ini bukan hanya belajar memasak saja..kalau ingin pandai dlm bidang masakan ini pertama kena tahu keselamatan dapur terutama dengan api masak yg kita gunakan. Tolong yea..hari ini cuba pereksa ada kah selinder gas anda tidak ada kebocoran..cuma perlukan span dan air sabun..ambil serius tentang ini..Ini gambar yg mamak haji katakan kebocoran sering berlaku pada botol gas masak anda..Mamak Haji sibuk ini bukan apa..bukan nak jual botol gas ini pun..risau tentang rumah sahabat-sahabat yang mamak haji sayang berlaku perkara tak diingini.kat Flet mami duduk sini dah tiga empat rumah terbakar kerana angkara gas bocor ini..hari Isnin lepas pun ada satu insiden…tanya ..”botol gas meletop!!!”..gas botol meletop kerana “backfire” dan tidak ambil peduli dan semuanya harap orang lain…


Mohon Maaf Zahir dan Batin

Mohon Maaf Zahir dan Batin

Erti sebuah Pesahabatan ialah bersimpati antara satu sama lain dan memperbetulkan kekurangan dan membahagi sama kelebihannya..gunakan ucapan yg baik dengan ikhlas hati. Persahabatan memperbaiki kebahagian dan kurangkan kedukaan dihati kerana kita sedia membahagikan kegembiraan dan kedukaan. Dalam blog ini selama 8 tahun ini mungkin mamak haji ada melukakan hati sahabat dengan tak sengaja, tutur kata mamak haji yang ikhlas kdg kala mungkin mengiris perasaan sahabat-sahabat..dengan Hari yang mulia ini mamak haji menyusun sepuluh jari mohon maaf dan ampun dengan seikhlas hati..Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat yang amat sayangi..


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2013 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 740,000 times in 2013. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 32 days for that many people to see it.

Click here to see the complete report.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,337,559 hits
November 2017
I S R K J S A
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.