PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Kesihatan’ Category


BRAISED CHICKEN

BRAISED CHICKEN

RESIPI: CHINESE BRAISED CHICKEN – AYAM BERKICAP MASAKAN ‘ALA CINA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1/2 ekor ayam dipotong 6-8 ketul dengan kulit ayam telah dihindarkan.
  • 1 cawan kicap manis – 250ml.
  • 2 keping bunga lawang/star annise.
  • 1 kpg kulit kayu manis.
  • 4 sudu besar gula.
  • 4 sudu besar cuka.
  • 1 inci halia dihiris bulat nipis.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1/2 sudu kecil cili flakes – (cili kering di buang biji dan digoreng kering dan dikisar kasar).
  • 1 sudu besar biji bijan digoreng kering untuk ditaburkan di atas hidangan.
  • 4 cawan/ 1liter air.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:
1. Adunkan 1 liter air dengan kicap, bunga lawang, kulit kayu manis, gula, cuka, halia, bawang putih dan cili flakes dalam kuali dan mendidihkan. Selepas didih kecilkan api dapur dan bawa kepada renehan (simmering) dengan ditutup tudung selama 5 minit.
2. Masukkan ketulan ayam. masih dalam renehan dan masak selama 45 minit atau sehingga ayam masak.
3. Di pingan hidangan letakan batang celery dan karot atau lain sayur hijau kekacang yang telah kukus. Letakan ketulan ayam di atas sayuran ini dan tuang kuahnya.
4. Taburkan bijan telah goreng ke atas hidangan anda. Jamu selera dengan nasi panas. Selamat mencuba.


KEBAIKAN KARI UNTUK KESIHATAN

KEBAIKAN KARI UNTUK KESIHATAN

Hari ini makan tengah hari menu utama Kari ayam, ikan curut goreng bersambal belacan Indonesia / sambal pedas..dan tinggal acar limau nipis mamak ori..hehehe!. Semalam baca sebuah atikal mengenai kari ini, KARI TAJAMKAN FIKIRAN,”bagi mereka yg banyak makan kari sebelum ini memang bertuah kerana terbaru, ia mendapati boleh menajamkan fikiran terutamanya kepada golongan berusia.Rempah seperti ketumbar dan kunyit dipercayai bersifat antioksidan dan anti radang. Obat anti radang mampu menghalang penyakit alzheimer dan melindungi kesan sakit perut, hati, paru-paru, buah pinggang bagi mereka yg berusia. Penyakit ini kurang dikalangan warga Negara India yg berusia berbanding dgn warga berusia dari Amerika.

Label:

JAGUNG MANIS REBUS

JAGUNG MANIS REBUS

JAGUNG MANIS REBUS:

Jagung manis adalah kesukaan ramai orang kita. Jagung yang sedap perlu berlemak dan lembut isinya. Jagung juga di kategorikan dalam kumpulan sayur-sayuran kerana mengandungi zat Vitamin A, Magnesium dan Potassium. Dalam rebus jagung ramai dari kita buat silap, anggap jagung yang masak lama dalam air akan lembut. Tanggapan ini adalah salah. Jagung yang segar perlu masak cuma 10 minit saja. kalau jagung ini rebus lama hasilnya jagung jadi kering dan keras isinya kerana gula semUla jadi yang terdapat dalam jagung akan bertukar menjadi kanji. Dengan itu kemanisan asli jagung akan hilang dan menjadi keras isinya.

TIP-TIP MEREBUS JAGONG:

  • Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
    Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
  • Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
  • Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
  • Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
  • Kalau anda ada tanam jagung peting waktu awal pagi dan kalau simpan, simpan dipeti sejuk.

FISH BALL / BEBOLA IKAN

FISH BALL / BEBOLA IKAN

Ramai yang bertanya kenapa bebola ikan / fish ball atau bebola daging bakso kita buat sendiri tak sama seperti kita beli dari supermarket atau dipasar. Bebola ikan yang kita beli kental, boleh melantun, dan tak seputih melepak. kita pun cuba berbagai respi orang nak dapatkan bebola ikan/daging seperti kita beli, akhirnya masih gagal. Ingin tahu kenapa gagal?

kebanyakan kilang-kilang belakang rumah atau kecil  yang hasilkan bebola ikan ini atau pun meat ball ini sebenarnya tidak menghasilkan “surimi”. Apa itu surimi?. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemerosesan. Jadi kilang-kilang kecil ini sedia beli surimi ini dan buat fish ball atau meat ball ini.

KEGUNAAN “BORAX” DALAM INDUSTRI BEBOLA IKAN?

Ada juga kilang-kilang kecil ini nak jadikan fish ball mereka lebih putih dan cantik di adunkan pulak dengan bahan terlarang bahan kimia, ” borax” ..jadi product mereka cantik, putih melepak, kenyal dan lebih menarik.

KEGUNAAN ENZIM TRANSGLUTAMINE BEBOLA DAGING:

Ada juga kilang-kilang ini sekarang yang lebih moden dan bijak dalam produk mereka menggunakan enzime ” Transglutamine” untuk lebih kentalkan bebola ikan ini  atau pun bebola daging. Enzim Transglutamine ini atau EC 2.3.2.13 adalah “gam” daging atau protein. Enzim ini dihasilkan melalui proses “streptoverticilium Mobaraense” melalui fermetasi dari darah haiwan. Ada juga Syarikat Aji No Moto mengeluarkan produk ini dengan jenama commercial “ACTIVA” dikatakan enzime ini diperbuat daripada tumbuhan tapi mamak haji tak ada maklumat sejauh mana kebenarannya. Ramai juga bakery-bakery kini gunakan bahan enzim TRANSGLUTAMINE ini untuk kenyalkan roti. Banyak bahan muncul dlm era modennisasi masakan..awas-awas lah memilih makanan yang dijual terutamanya diimport ini…

CARA-CARA KENYALKAN DAGING UNTUK BEBEOLA DAGING “BAKSO”.

Untuk kenyalkan bebola daging, salah satu teknik nak bagi meatball lekat membulat dengan cantik, semasa beli daging tu basuh bersih-bersih, selepas tu bekukan dulu……seelok-eloknya daging berketul. Jangan guna daging yang dah dipotong kecik-kecil…..beli daging seketul basuh bersih2 lepas tu frozen jadikan beku mcm batu…..lepas tu baru potong kecik2 selalunya pakai mesin pemotong daging dalam bentuk kiub then baru kisar…..first kisar mata kasar lepas tu kisar mata halus…..make sure air daging tak keluar banyak sangat….sebab darah dari air daging nie sebenarnya akan dijadikan sebagai gam untuk melekatkan semua tekstur daging yang dah hancur……jgn sesekali basuh lak daging yang dah dikisar mmg tak akan lekat dah sampai bila2….kalau tidak ada mesin pemotong daging boleh juga lepas dah beli daging seketul tu basuh bersih2 potong kiub simpan bagi beku then baru kisar….selamat mencuba….

CURING DAN PROSES POLYMERASIKAN MYOSIN:

Perkara yang penting untuk membuat bebola ikan atau bebola daging BAKSO ialah “curing”. Apa itu curing?..Curing adalah tindakan kimia polymer dan proses engineering di mana mengeraskan produk dengan cara panaskan atau cara mengabungkan aditif. Sekiranya nak buat surimi ini bahan aditif yang penting ialah putih telur dan tepung kanji seperti ubi kentang, ubi kayu atau jagung. Dalam respi bebola bakso ini yg penting “Polymerasikan Myosin” bila direbus dgn air panas. Pemanasan ini mengentalkan bebola daging. Apa itu myosin?. Setiap sel  daging dipadatkan dengan filamen yang dibuat daripada dua protein yang digelar, “myosin” dan “Actin”. Untuk proses myosin kita perlukan urat daging atau “tendon”..tendon ini ialah yang mencantumkan muscle dam tulang..dimana boleh gerakan tulang..tendon ini ialah “collegen”. Maka adunkan tendon sekali semasa kisar daging akan berikan kekenyalan pada bebola daging anda..

Cuma mengharap lebih bayak produk ni dibuat dari syarikat org Islam. Sekarang banyak produk dilabel halal tetapi sejauh mana ia bersih Allahualam.


Salam, harap maaf sajalah , dah seminggu tak kirim posting, mamak haji masih tak sihat sangat. Bila duduk di rumah dapatlah berehat cukup dan juga perhatikan gelagat cucu yang bersekolah pagi yang begitu berat untuk menjamah makanan sarapan pagi. Lah ini ramai kanak-kanak dan orang dewasa tidak lagi minat untuk bersarapan pagi. Sarapan pagi bersama dengan keluarga sudah menjadi acara tahunan “pagi Hari raya”, bagi keluarga yang hempas pulas menyara hidup di bandar-bandar besar. Ibu yang biasanya dijadikan amah serba-guna atau “all in one” tidak lagi terdaya untuk menyiapkan sarapan pagi  atau makan tengah hari. Keutamaan menjaga dan menyara keluarga menjadi perkara utama. Kesihatan dan pendidikan anak-anak menjadi perkara kedua. Kita tidak boleh mempersalahkan semata-mata ibu bapa dalam hal ini.  Kejutan kebudayaan dan sosio-ekonomi ‘al kapatalis dan polisi kerajaan telah menjadikan kita sebegini rupa. Kita mulai tidak sabar mengejar waktu, di simpang lampu isyarat pemandu tak sabar, di jalan raya pemandu tak sabar, di restoren pelangan tidak sabar, di mana-mana saja orang dah mula tak sabar. Sampaikan hari pembuangan undi pun orang tak sabar lagi dah..hahaha.  Kita kejar masa tapi kita lupa masa juga kejar kita untuk hadihkan kepada tanah. Ada juga kejar tanah, tapi akhirnya di akan kecundang dengan tanah di kubur. Kita sudah lupa satu perkara ialah kasih sayang diantara kita. Ibu-bapa siang malam kerja ialah untuk kebahagian anak-anak. Kita bersuasah payah kerana sayangkan anak-anak kita jangan susah seperti kita. Kita berhuatang sana -sini bukan untk kita enjoy tapi menyara kelaurga dan bagi yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayang. Maka hidup kita yang dianggap bahagia kini, cuma hidup membayar hutang. Hutang air, hutang letrik, hutang rumah, hutang kenderaan, hutang telipon, hutang majlis tempatan, hutang kad kredit, hutang tol, hutang kepada PIBG sekolah, hutang kepada KWSP dan Perkeso, hutang penyelenggaraan rumah flet dan segala macam hutang telah menghantui kita sekarang. Dengan hidup seperti ini,takat seorang kerja untuk mneyara keluarga, basikal pun tak mampu beli. Nasib baik cukai jalan basikal lama telah dihapuskan, bila pemimpin Pulau Pinang seperti Tun Pak Lah menjadi PM, bagui juga dia hapuskan cukai jalan motor tapi lupa pada orang yang bawa beca keliling padangh kota, George Town Bandara raya yang pertama di Negara ini. Sebusuk-busuk Anwar semasa Menteri Kewangan pulak telah hapuskan lesen bayaran Telivisyen dan Radio. Tak perlulah orang kampung menyorokan Radio dalam bekas beras bila pegawai rtm berkunjung memeriksa lesen..hahaha!. Datang Dato Najib sebagai PM dihapuskan cukai PIBG sekolah , tapi aneh juga, di Pulau Pinang masih ada sekolah kutip yuran PIBG. Mungkin tak pihak sekolah tak mampu menyara dan menampung makanan untuk haiwan, burung dan ikan belaan di zoo kecil sekolah.  Tapi Tok Najib baguih juga beri BRIM sebanyak RM500.00, ramai dapat tukar talipon bimbit yang ada WiFi dan tukar tayar kereta. Orang bagi kita merasa. Seperti mamak haji katakan, orang politik akan mengambil berat hal rakyat yang miskin cuma bila kuasa politik mereka mula gugat, maka tak heranlah lawan janji dari parti pembangkang semakin rancak. Sekarang ini taukeh-taukeh restoren mamak di Pualau Pinang sibuk dengan “logo halal’ dari JAKIM. Dalam perebutan sap dapat cepat ini banyak juga ajen-ajen orang tengah sedang lobi. Bagi mamak-mamak ini siapa dapat “logo” ini kira mereka hebat tapi cara masaka Islam tidak pernah dapat perhatian. Tak lama lagi ada yang usulkan pengusha yang mohon lesen HALAL ini perlu mejalani kursus…hahaha!. Sama juga nak kahwin kena kursus dulu tapi  penceraian dalam keluarga Islam semakin meningkat. Kita ini pasal janji bukan manis lagi, kerana lidah mana ada tulang?. Kalau ada pun, ada yang dah buat sup lidah mamak penang. Mamak haji telah melencung lagi naik beca keliling padang kota pulak dah!.. Ok kita stop!. Bicara tentang sarapan pagi pulak.

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan. Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah – sumber copy dan paste dari Berita Harian 2 Julai, 2012. Baca kat sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksarapan_mindatumpul_/Article/index_htmlTentang ini kita boleh percaya Berita harian dan kita tabek hormat, tetapi kalau propaganda politik kita kena fikir dulu jangan buat kesimpulan ambil bulat-bulat…hahahaha!.

RESEPI ROTI TELUR:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 butir Telur Ayam.
  • 1/2 cawan susu (kotak susu full cream).
  • 1/4 sudu kecil atau 2-3 titis esin Vanilla.
  • 4 keping roti.
  • sedikit gula untuk ditabur di atas atau satu sudu besar madu.

CARA-CARA MEMASAK:

1. Dalam sebuah bekas masukkan telur dan susu. Pukul rata dengan gunakan garphu. Dalam pada itu panaskan kuali leper atau pun pan dengan api dapur yang kecil.

2. Celurkan di kedua-dua permukaan roti dengan campuran susu-telur yang telah disediakan. Gantungkan  kepingan roti yang telah dicelur dengan telur yang berlebihan dengan cucuk garpu pada kepingan roti tersebut.

3. Sebelum masukan roti kedalam kuali leper, masukkan 1 sudu kecil mentega atau majerin n ke dalam kuali.

4. Masukkan roti dan bakar kedua-dua bahagian sehingga warna keperangan yang anda kehendaki. Mamak Haji suka warna keemasan yang mengambil lebih masa dengan api dapur yang paling minima.

5. Setelah masak keluarkan dari dapur dan hidangkan dengan disapu madu atau gula halus di atas kepingan tadi.  Selamat mencuba.

Tip-Tip Masakan: Roti Telur Bakar.

a. Untuk susu 1/4 cawan kedah satu biji telur dan dua keping roti. Anda kira saja untuk isi keluaga.

b. Pewangi paling terbaik ialah berempah serbuk kayu manis atau Is buah pala kering dan di serbukkan. mat Dalleh panggil Nut Meg Powder.

c. Jangan masukkan gula dalam susu dan telur, ia akan hitamkan roti anda.

Wassalam.


Bila saja sebut sayur peria, tekak kita mula kembang dan terasa pahitnya sampai ke ulu hati…hahaha!. Peria yang  terdapat di pasar kita  ada dua jenis. Satu berasal dari negara cina yang permukaan luaran yang berkulit licin sedikit dan berkilat, warnanya kehijauan muda. Ia lebih besar dan panjang sehingga 20-30 cm. Jenis kedua ialah berasal dari India dan amat digemari di benua kecil India dan juga Asia Tenggara. Ia lebih pendek dan bersaiz kecil. Kulitnya bergerutu berwarna kehijaun pekat. Ia juga kadang-kala digelar “peria katak” kerana kulit yang sangat bergerutu. Peria katak ini lebih berasa pahit dari peria berasal dari negara Cina. Anda juga perlu tahu Peria sebenarnya sejenis sayuran yang amat berkhasiat dan mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis penyakit. Peria boleh dikategorikan tumbuhan perubatan yang kaya dengan nilai perubatan. Di India peria digunakan sebagai ubatan penyakit diabetes (kencing manis) dengan meluas. Peria juga boleh menyembuhkan penyakit dalam perut, mengurangkan kesakitan semasa haid untuk wanita, Di kerala, India telah terbukti peria boleh membunuh cel cancer buah dada supaya selnya tidak merebak. Di Okinawa negara Jepun yang menjadi makanan kesukaan peria orang tempatan telah dibuktikan mempunyai hayat hidup yang panjang berbeza  di tempat lain di negara Jepun. Kajian telah buktikan peria mempunyai peranan dalam amalan makanan penduduk Okinama. Peria juga digunakan dalam pembuatan ubat perancang keluarga, dengan itu peria boleh digunakan sebagai perancang keluarga. Mamak haji harap wanita kita mulai lah makan peria sekurang-kurang seminggu sekali, ia memberi banyak manfaat dari segi kesihatan untuk keluarga. Anak-Anak kita perlu di latih dari kecil untuk memakan peria ini.

RESEPI PERIA GORENG TELUR:

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2-3 biji Peria “Cina”. Dibasuh potong buang kedua hujungnya. Membelah dua memanjang buah peria. Buang semua biji-biji dan isi dalaman peria dengan menggunakan sudu. Hiriskan peria melintang tegak  setebal 5mm. Peria yang telah hiris perlu direndam dengan air garam untuk menghindarkan rasa pahit yang terlampau, sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan dan sedia untuk digoreng.
  • 2 biji  telur di pukul.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1-2 sudu besar (tbsp).
  • 2 ulas bawang putih dikupas kulit, diketuk dan dihiris (cincang).
  • 1/2 biji bawang labu dihiris halus.
  • 1/4 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk kasar.

CARA MENGORENG:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, bila minyak mulai panas, masukkan bawang putih di ikuti dengan hirisan bawang. Tak perlu garingkan, cuma layukan sudah memadai (kerana kita perlu layukan ula peria bersama bawang putih dengan bawang hirisan tadi akan garing bersama dengan hirisan peria).

2.  Masukkan hirisan peria (tentukan air telah ditoskan dan berada dalam keadaan kering) dalam kuuali dan layukan selama 1-2 minit. Renjiskan kicap cair atau kicap sos ikan untuk memasinkan sedikit (anda perlu tahu kita telah pun rendamkan peria dalam air garam). Teruskan goreng selama 1-2 minit lagi. Peria yang telah masak boleh ditentukan dengan tekan sudip pada hirisan peria ia akan putus dua dgn dengan mudah. Jika anda tidak mahir lagi menggunakan api dapur, goreng dengan api sederhana dan tentukan hirisan peria nada masak. Masa diberikan biasanya untukyang sudah pro dalam mengendalikan api dapur. Tak perlulah anda ikut sangat masa itu. Janji yang masak itu perlu masaka dan bila masak sayur perlu faham, haba yang terdapat dalam masakn itu akan masak 1/4 lagi bahan masakan itu. Dengan sayur yang masak di atas kuali dengan api dapur perlu dikelurkan 3/4 masak. 14 lagi ia masak dengan haba yang masih terdapat dalam masakan.

3. Ratakan semua hirisan peria dipermukaan kuali supaya telur yang akan dimasukkan ke atasnya akan diselaputi keseluruhan hirisan peria tadi.  Masukkan telur yang dipukul ke atas hirisan peria yang sedang digoreng. Biarkan selama 1/2 minit.  Selepas itu terbalikan keseluruhan peria supaya telur masak sama-rata.

4. Disini anda boleh hidangkan peria ini seperti cara telur bawang atau kacau kembali telur bersama hirisan peria. Tutup api dapur dankeluarkan dari kuali. Anda boleh hiaskan dengan hirisan cili merah dan bawang goreng ditabur di atas hidangan anda.Hidangan anda telah siap untuk dihidang. Masakan ini adalah sangat popular di restoren-restoren cina. Hidangan ini sangat cantik dan rasanya sangat menyelerakan sekiranya dimakan bersama nasi putih yang panas-panas.  Menu ini amat mudah jangan terkejut dengan penerangan mamak haji yang berjela itu. Mamak haji cuma terangkan berjela ini bagi yang baru dalam masakan. Kalu yang pro bila saja baca bahan-bahan masakan mereka sudah tahu apa yang perlu buat.

Sepatutnya mamak haji kepilkan bersama resepi peria goreng rempah ranggup menu nasi kandar. Posting ini dah panjang pun nanti memualkan pembaca pulak.  Mamak Haji akan sertakan resepi “peria goreng rangup berempah ini pada posting akan datang. Saudara yang bertanya tentang resepi ini harap bersabar yea!. Selamat Mencuba. Wassalam.


Salam, Maklumat  dari posting ini diperolehi dari buku Dr. Whitaker M.D seorang saintis dalam bidang Nutrient. Mamak Haji juga ceduk dari kertas penyelidikan “cornell”  dan dari buku, “Benefit of fruit on skin and body” by Iqbal Bhutta, Canada.

1. Hilangkan sakit otot dengan halia:

Halia mengandungi bahan sebatian yang dipanggil “gingerols” , di mana boleh menghalang penghasilan horman yang merangsangkan “sakit”.  Gunakan dalam masakan 1 sudu kecil serbuk halia atau 2 sudu kecil halia cincang sebagai minuman sebelum tidur, sekiranya anda sering mengalami kesakitan otot.

2. Hilangkan sakit gigi dengan bunga cengkih:

Sekiranya anda selalu menghadapi sakit gigi atau sakit gusi, kunyah bunga cengkih dengan perlahan selama dua jam. Pakar mengatakan bunga cengkih mengandungi “eugenol” yang mempunyai anestetik kuat semula-jadi. Bunga cengkih juga boleh stabilkan gula dalam darah dan boleh mengurangkan kadar kolestrol yang menyebabkan sumbat arteri.

3. Menghilangkan sakit telingga dengan bawang putih.

Melegakan sakit telingga untuk cepat, titiskan 2 titis minyak bawang putih ke dalam telinga yang sakit dua kali sehari selama lima hari. Ia bukan saja menghilangkan sakit yang serta-merta tapi boleh hindarkan infeksi cepat dari ubatan kimia yang biasa. Saintis mengatakan bahan aktif dalam bawang putih “germasium” dan selenium dan sebatian belererang (sulfur) secara semula jadi adalah pembunuh kepada banyak jenis bakteria yang menyebabkan sakit. Minyak bawang putih mudah disediakan dengan 3 ulas bawang putih yang diketuk (crash) dan dimasukan dalam minyak masak (kalau minyak zaiton lagi elok) dan dipanaskan sderhana. Biasanya masukkan cawan yang punyai bawang putih dengan minyak ini yang ditutup dan dipanaskan dalam bekas yang lebih besar dari cawan yang punyai air panas mendidih selama 2-3 minit. Tapis dan simpan minyak ini untuk masakan (tempuhnya kurang dari 2 minggu). Bila ingin titiskan kedalam telingga minyak ini perlu disuamkan (suam-suam kuku) sebelum titiskan di telingga.

4. Hilangkan sakit sendi yang kronic dengan kunyit.

Kunyit sebenarnya boleh hilangkan sakit, tiga kali dari parcentamol, ibuprofen atau naproxen. Kunyit juga boleh meredakan 50 peratus kesakitan penyakit kronik esperti sakit sendi. Kunyit dapat mengatasi sakit kronik ini disebabkan bahan aktif dalam kunyit digelar,” Curcumin” yang secara semula jadi menghalang enzim cyclooxygenase 2 (COX1 dan COX 2) yang menghasilkan horman kesakitan dalam sistem saraf. Kajian tentang cyclo0xygenase adalah kajian terbaru.

5. Menghilangkan sakit Endometrial  atau senggugut dengan mengambil secawan ‘oat’ setiap pagi dari makan roti atau sarapan yang banyak mengandungi lemak.

Oleh kerana ramai sahabat mamak haji ini dari golongan wanita , ingin terangkan sedikit tentang penyakit ini. Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit luar biasa. Semakin ramai wanita yang menghadapi sekarang. Masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran berulang kali. Ini disebabkan oleh satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh  di luar rahim. Selaput ini akan luruh bersama-sama  darah haid.  Tisu yang berkecai ini dengan darah haid berserta kuman-kuman bakteria akan menyebabkan kesakitan yang amat ditanggung. Kesakitannya biasanya di bawah perut dan pinggang biasanya sebelum atau selepas datangnya  haid. Keadaan ini adalah luar biasa. Mengambil setiap hari secawan oat sewaktu pagi selama 6 bulan akan melegakan 60  peratus dari sakit yang dialami . Ini disebabkan oat tidak punyai gluten, protin yang merangsang horman kesakitan.

6. Menghilankan sakit perut kerana masalah penghadaman makanan dengan Jus Nenas.

Sekiranya anda sering mengalami perut kembung dan masalah “gas”, ambil segelas jus nenas setiap hari. Jus nenas secara semula jadi mempunyai enzim proteolytic yang boleh membantu penghadaman dengan menghancurkan protien yang menyebabkan kesakitan terdapat dalam perut dan usus kecil dengan segera.

7. Menghilangkan “cramp kaki atau “kejang otot kaki” dengan Jus Tomato.

Ramai di antara kita menghadapi cramp kaki yang sangat menyakitkan. Apa puncanya?. Punca sebanr ialah kekurangan “pottasium” yang mana garam galian ini disingkirkan melalui sistem diuretik atau dalam bahasa senang faham sistem pembuangan air kencing yang disebabkan seringkali mengambil minuman berkafein, kerja yang berat atau latihan senaman yang banyak mengeluarkan peluh. Biji kopi banyak mengandungi kafein. Dengan itu kurangkan minum nescafe. Minum segelas jus tomato yang kaya dengan pottasium setiap hari akan melegakan cramp kaki ini dalam masa tempuh 10 hari kata kajian dari UCLA.

8. Menghilangkan kepenatan dan keletihan dengan makan timun.

Timun mengandungi hampir semua vitamin yang diperlukan tubuh badan kita.  Sebiji Timun mengandungi  Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C, Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and Zinc. Sekiranya anda terasa terlalu penat atau tidak bermaya dari mengambil tonkat ali yang mengandugi campuran kopi, ambil sebiji timun. Timun mengandungi vitamin B dan carbohydrates  yang tinggi akan memberi tenaga yang mencukupi berjam-jam. Takut muka cepat kedut seperti orang tua, pytochemicals yang terdapat dalam timun akan menyebabkan collegen didalam kulit anda akan rapat dan megetatkan kulit anda dengan mengurangkan kekecutan kulit.

Sekiranya anda mengalami stress dan tidak ada masa untuk ke spa, potong keseluruhan sebiji timun, masukkan kedalam bekas yang mengandungi air mendidih, ambil tuala basah tutup keseluruhan kepala bersama dengan bekas air panas. Wap yang dikeluaran oleh timun akan menyejukkan muka dan memberi aroma yang sangat menyenangkan. Ia juga boleh digunakan untuk anak-anak kita yang gementar mengambil peperiksaan. Ibu-ibu cuba lakukan kepada anak-anak sebelum annak-anak pergi menduduki peperiksaan, ia amat berkesan.

9. Melegakan kesakitan cagu kaki atau bengkak ibu jari kaki dengan rendaman air garam.

Ramai diantara kita, pernah mengalami kesakitan dikaki disebabkan “cagu” atau bengkak di ibu jari kaki atau pun cengkaman kuku yang tidak tumbuh sempurna yang kesakitan sangat menyeksakan. Sekirnya anda mengalami terlalu kerap masalah ini, air garam suam adalah jawapan yang terbaik untuk menghilangkan infeksi ini. Cuma anda mengambil sebuah basin yang boleh memuatkan kaki anda, masukkan air suam yang anda boleh tahan, masukkan garam dan larutkan. Kadar ukuran kuatiti garam ialah setiap secawan air satu sudu garam. Berdiri dalam basin air garam selama 20 minit dua kali sehari. Air garam ini banyak membantu anda.

Nota: Sebahagian catatan ini diambil dari berbagai sumber saintifik untuk kebaikan bersama. Jangan pulak kalau kesilapan berlaku menyalahkan mamak haji. Penyakit ini asal usul dari kesilapan dari manusia sendiri, Allah SWT tidak akan memberi keburukan dan kepayahan kepada hamba yang diciptaan kecuali kita yang merosakan apa yang diciptakan sebegitu sempurna olenya. Penyembuh terbaik ialah kuasa Allah SWT, kita cuma berikhtiar dengan akan yang semampu, selebihnya kita serahkan kepadanya. Sakit sebanrnya untuk menghilangkan dosa-dosa kecil yang kita pernah lakukan. Insyallah, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa kita telah lakukan dan memberikan kesihatan yang terbaik untuk kita. Mamak Haji cuma berusaha menghebahkan apa yang terbaik untuk kita.

“Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada  kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya”. ( Ali  ‘Imran : 104 ) .

Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,771,443 hits
April 2017
M T W T F S S
« Feb    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.