PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Perniagaan Katering’ Category


Dalam dimana-mana organisasi perniagaan memang ada SOP ini. Dalam bahasa Melayu kita boleh gelar, Sistem Operasi Perniagaan yang standard. Ia bukan saja penting untuk restoren anda itu beroperasi dengan lancar tetapi ia juga boleh membantu untuk mengembangkan perniagaaan anda. Manalah tahu satu hari nanti anda akan memiliki lebih dari atau berpuluh restoren. Untuk mengawal semua restoren dibawah satu sistem memang perlukan SOP yang baik. Tapi anda kena ingat yea…bukan semua perniagaan dapat manfaat dari SOP ini. Bagi permulaan anda tak perlulah buat SOP yang canggih dan setebal kitab. SOP ini sebenarnya terpulang pada anda sebagai pemilik restoren, atau pengurus yang menguruskan restoren anda itu. Biasanya SOP ini begitu manfaat untuk organisasi yang besar dimana pekerja dan pengurusan menjalankan tugasan harian dengan bersistematik. Kalau anda mulakan perniagaan restoren dengan anda sebagai pengurus dan aka tukang masak dan isteri anda sebagai cashier dan anak-anak sebagai pelayan…SOP apa pun payah nak menjadi.

Bagaimana pun jika anda rasa SOP itu penting untuk kemajuan perniagaan anda untuk masa depan …eloklah buat satu…Mamak haji cuma bagi kerangka yang perlu ada dalam SOP itu.

  1. Pengenalan.
  2. Keselamatan Makanan.
  3. Kebersihan Premis Restoren.
  4. Perkhidmatan Pelangan.
  5. Kualiti Produk/masakan.
  6. Keselamatan Di Tempat Kerja.
  7. Pengenalan Peralatan.
  8. Pemasaran / Marketing.
  9. Pengurusan Pekerja / Human Resources.
  10. Lain-lain penerangan penting seperti penggunaan  “Point Of Sales System atau POS, Cara strategi pemasaran seperti memahami keperluan pelangan atau penyelidikan pemasaran.

Kalau takat nak tulis panjang mengenai keselamatan makanan…di negara kita, ia adalah salah satu syarat untuk menjadi pekerja dipremi makanan perlu menghadiri kursus, “pengendalian makanan”. Premis kebersihan restoren “jabatan kesihatan” ditempat anda akan memberikan maklumat lengkap. Takat perkhidmatan pelangan itu..kita ini orang yang sopan-santun.

Kualiti produk itu penting sangat, kerana setiap masakan anda untuk dijual perlu ada “standard” yang betul dan sama (rasa, hidangan, kuanti dan kualiti masakan kena sama). Dengan itu sebelum anda buka restoren kena adakan “Kitab resipi di dapur”.Mamak haji dalam posting lepas telah banyak ceritakan tentang “Kitchen Bible” ini.

 

Advertisements


TIP-TIP MASAKKAN RESIPI NASI BIRYANI.

  1. TIP MELEMBUTKAN DAGING.

Masakan keturunan mamak yang terbaik dan asli kalau tak salah, kita katakan ia dari Pulau Pinang. Walau pun masakan di Pulau Pinang ini terkenal dengan “nasi kandar” tetapi lauk-lauk yang lazat masakan ‘ala Munghal India seperti Nasi Beriyani, Nasi Tomato, Nasi dalca, Nasi hujan panas dan Nasi Daging sangat terkenal di sini.

Ramai sahabat-sahabat bertanya apa istimewa nasi kandar ini?. Ia cuma masakan kari seperti biasa saja, seperti masakan kebanyakan masyarakat berketurunan Tamil – “Kari Ke Papadam” . Betul itu…tetapi keistimewaan nasi kandar ini terletak pada cara masakan nasi yang beraroma rempah yang harum, nasi yang dibuang kanji dan juga lauk-pauk yang kuahnya pekat (jenis gravy). Ciri keistimewaan nasi kandar yang dihidangkan di restoren Nasi Kandar ialah keunikan cara adunkan kuah-kuah berbagai ini kepada satu rasa yang unik oleh tukang ceduk ini. Adunan kuah ini tidak dapat kita lakukan di rumah.

Restoren Nasi Kandar

Cara adunan kuah pelbagai lauk ini, cuma boleh lakukan oleh orang yang betul-betul ada kemahiran Ilmu masak yang tinggi. Inilah keistimewaan yang tersendiri pada masakan nasi kandar ini, dimana  hasil percampuran dari bebagai lauk dijadikan satu resipi yang sukar dijadikan resipi bertulis.

Namun demikian kita perlu ingat, apabila sesuatu masakan atau resipi itu jadi terkenal, resipi asal itu akan hilang sedikit demi sedikit dengan peredaran masa dengan timbulnya berbagai versi baru yang digelar “Fussion”.  Lauk-pauk nasi kandar adalah resipi asalnya dari Negeri Pulau Pinang ia tidak kena mengena dengan resipi- resipi kari dalam masakan dari India Selatan. Kini ramai tukang masak mahir nasi kandar ini telah menjadi pengusaha restoren yang kaya-raya maka tugas masak ini telah diserahkan pada tukang masak pekerja asing dari Tamil Nadu, India.  Bila berubah tukang masak maka berubahlah resipi asal. Di Pulau Pinang sendiri setiap restoren digelar restoren nasi kandar punyai resipi dan cara masakan versi yang berlainan. Sehingga kita tidak tahu, “mana satu resipi asal atau resipi fussion (ubah-suai).”

Diantara resipi masakkan nasi kandar yang paling banyak diubah-suai ialah “Resipi Beriyani Ayam”. Masakan asal nasi beriyani yang asli dan paling popular ialah , “Nasi Beriyani Hyderabad” atau Nasi Beriyani Dum”. Berbagai versi nasi beriyani ini telah terhasil di negara ini, masing-masing kata ia adalah resipi asal. Ramai ubah-suai resipi ini untuk mudah untuk masak dan ikut selera pelanggan. Sehingga Nasi minyak pun dikatakan nasi beriyani walau pun ia cuma mampu digelar, “Nasi Goreng” ‘ala India.

Bagaimana anda mampu menilaikan, Nasi beriyani yang betul mana satu?. Anda tak perlu cari restoren mana satu masak “nasi beriyani” yang asli dan betul. Cuma anda kena masak sendiri di rumah atau pun bersahabat dengan cef-cef tua yang mahir dalam masakkan Munghal atau di India mereka ini digelar ,”Chef Nawab Sahab”. ..Beriyani Masters.

Dalam masakan nasi kandar terutamanya masakan daging, kambing atau ayam isi daging perlu lembut dan mudah dileraikan dengan dua jari..tapi bukan sampai lerai dalam lauknya. Keadaan bentuk fizikal daging yang dimasak dengan deria sentuhan dan juga kelazatan asli daging itu sendiri akan sudah tentu berikan kelazatan tambahan masakan itu sendiri

Tapi bagaimana anda boleh dapatkan masakan daging lembut dan rasa sedap asli jika gunakan dalam masakan anda daging beku ais dari daging yang segar?.lagi sukar untuk menentukkan keadaan daging itu.Kalau dapatkan daging segar dinegara kita terutamanya daging kambing memang sukar. Mana satu “lamb”, “Mutton” atau “Goat Meat” kita memang keliru..bagaimana dengan bahagian badan yang bersesuain untuk masak Nasi beriyani…lagi keliru.

“Daging lamb”, adalah daging kambing biri-biri yang berumur 1 tahun…kalau lebih dari setahun digelar “Mutton”. Perkataan mutton ini cuma gunakan untuk gelarkan untuk daging saja bukan utk kambing biri-biri..namanya tetap lamb juga. Kalau Goat meat bermakna daging kambing tempatan tak kira umuq..pakai bantai je..kadang-kadang terkena daging kambing betina tua dah habis monopause..itu dia daging liat macam tayar goodyear.

Dengan ini orang tua-tua dulu gunakan “Betik Muda” sebagai pelembut daging dalam masakan daging, kambing atau ayam kampung tua.. omputih gelar sebagai “meat tenderizer” atau betik muda itu bergelar “Papain”. Betik muda ini digunakan melembutkan daging lembu, daging kambing tetapi untuk ayam biasanya dalam masakan India guna “yogurt” atau tairu. Keadaan bakteria asid baik yang terdapat dalam yourt itu mampu pecahkan protin daging dan melembutkan.

Dalam bahagian dalam kulit hijau buah betik muda, dan daun betik mengandungi sejenis “enzim” yang bergelar papain. Papain juga terdapat dalam susu getah pokok betik. Biasanya buah betik muda ditoreh dan dapatkan getahnya dan dikeringkan, dijadikan tepung dan digunakan sebagai “meat tenderizer”. Tetapi dalam masakan India, kopek kulit betik muda sedalam 3-5 mm , untuk dapatkan 2 sudu besar dan ditambah 1/4 sudu kecil garam dan diblender halus dijadikan pes. Biasanya utk 500gm berat daging gunakan 2 sudu besar pes ini.

Enzim papain ini mampu pecahkan urat penyambungan dalam daging yang jadikan liat. Sebelum kita gunakan papain ini kita perlu

PAPAIN

juga tahu sedikit sebanyak untuk enzim ini bertindak optima keatas daging. Papain akan berfungsi dgn terbaik dalam keadaan nilai pH keadaan nuetral (kebanyakan daging nilai pH adalah nuetral) dan sedikit asidik nilai pH6. Dalam keadaan lain ia tidak berfungsi baik.

Keadaan suhu juga sangat penting bagi enzim papain ini berfungsi baik. Suhu yang sesuai adalah 140F – 160F dan tidak aktif pada suhu 170F – 185F. Dengan ini mamak haji ingatkan bila kita gunakan enzim papain untuk melembutkan dging jangan sekali masukkan dalam peti sejuk. Tempuh masa yang sesuai ialah 60 minit.

Sekiranya anda dapati terlalu banyak daging ini berurat, ingin rebus untuk melembutkan.

1. Potongan kepingan daging itu koyak-koyakan dengan garpu atau gunakan meat hammer atau mallet.

2. Masukkan daging itu dalam kuali atau periok yang agak tebal, masukkan air rebusan sama cukup paras daging.

3. Masukkan pes betik muda yang telah sediakan.

4.Rebus dengan api dapur yang kecil. Rebusan ini jenis “renehan/simmering”. Jangan suhu air renehan jangan lebih dari 165F. Ini untuk menentukan enzim tidak dirosakan oleh haba panas.

PES BETIK MUDA

Dalam masakan nasi beriyani selepas pandai melembutkan daging, seterusnya kita kena faham mengenai rempah-rempah yang digunakan untuk memperolihi rasa dan aroma yang terbaik. Ikuti SIRI:2 nanti yea…

 


1. Menyediakan dan menulis Rancangan perniagaan dengan mengambil kira setiap aspek perniagaaan anda dengan mengambil kira berjaya menghasilkan keuntungan perniagaan yang idamkan dan juga untuk perniagaan anda akan bertahan lama yang berdaya maju. Rancangan Perniagaan ini perlu sentiasa di ulang-kaji, jika perlu ubah untuk kebaikan perniagaan anda. Rancangan Perniagaan ini bukan terpahat atas batu batu yang tidak boleh ubah-suai mengikut keadaan.

2. Anda perlu ada minat terhadap bidang perniagaan yang anda menceburi bukan ala kadar untuk kaya cepat kerana terdengar khabar orang. Khabar seperti ini biasanya diberikan oleh orang yang buat perniagaan cara MLM atau pun cara system Piramid. Itu bukan berniaga namanya itu jenis cari pelangan tamak. Anda perlu ada kesungguhan untuk bertumpu pada perniagaan, berani ambil risiko, bersikap bersabar dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan. Bukan senang nak jadi senang.
3. Sentiasa ingin pertingkatkan kemahiran atau kepakaran berkaitan perniagaan anda dengan bersungguh-sungguh. Sebelum mencebur diri dalam perniagaan yang anda minat, sekurang-kurangnya anda perlu ada kepakaran yang perlu ada pada diri anda. Perniagaan yang anda menjalankan perlu berdasarkan pada kepakaran yang ada pada anda dan sewajarnya perniagaan yang dimulakan itu perlu lah dari kecil-kecilan dulu.
4. Rela dan sanggup belajar dari orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang anda ceburi. Jangan sekali berlagak bodoh sombong dalam perniagaan, perniagaan bukan tempat siapa yang pandai bertiori tetapi banyak benda praktikal perlu belajar dari orang yang ada pengalaman dalam bidang perniagaan anda. Jangan jadi , “cakap tak serupa bikin”.
5. Bersedia menghadapi masalah atau risiko . Sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah dari segi kewangan, pemasaran dan juga bersedia menyelesaikan masalah.
6. Kebolehan dalam bidang pemasaran produk anda atau perkhidmatan anda. Bila boleh keluar produk tak dapat jual produk itu, tak guna juga. Kalau pandai masak tak guna untuk makan sendiri saja, perlu mencari pelangan untuk membeli hasil masakan anda.

7. Jangan sekali cepat keciwa bila kali pertama gagal dalam perniagaan. Gagal dalam perniagaan anggap lah ia satu pengalaman bukan rugi tetapi anda telah mempelajari Ilmu yang termahal dari hasil kocek anda sendiri. Jatuh bukan untuk meniarap tetapi bangun dengan kuat dan sukar nak jatuh kembali kerana anda sudah tahu kenapa anda jatuh pertama sekali. Bila mula berniaga ramai yang puji tetapi bila anda gagal ramai yang keji anda.


Dalam keadaan ekonomi yang tak tentu hala sekarang, harga barangan yang melambung tinggi, kos sara diri yang tinggi, nilai mata-wang Ringgit kita jatuh teruk berbanding dengan Dollar Amerika, reputasi negara tecelar akibat rasuah dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan telah banyak jatuhkan moral pekerja kakitangan awam. Ramai pekerja makan gaji sekarang ini menerima tekanan kerja yang tinggi dan akibatkan tekanan perasaan di tempat kerja yang berlebihan. Perkara seperti ini mungkin kita tidak kepedulian tetapi ia adalah salah satu sebab wujudkan kesan negatif terhadap semangat bekerja bagi pekerja awam dan swasta. Masalah di tempat kerja lebih merumitkan lagi dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga kerana harga barangan dan berbagai perkhidmatan awam juga telah naik  seperti GST, Tol dan baru lagi Ta’arif Elektrik. Maka ini akan tetap akan wujudkan kos sara hidup yang tinggi dibandar-bandar. Gaji yang diperolehi setiap akhir bulan tak cukup yang mana satu masa dulu masih berasa selesa. Kebosanan untuk bekerja mula pengaruhi semangat bekerja. Kewujudan tidak kepuasan hati sehingga tidak dapat bekerja dengan ikhlas lagi. Tidak ada jalan lain kecuali ingin berhenti kerja dan ingin mulakan perniagaan sendiri. Sebelum anda buat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri, mamak haji ingin berikan 6 soalan untuk anda jawab sendiri dengan jujur untuk menentukan anda layak atau tidak memulakan perniagaan sendiri.

1.MEMOTIVASI DIRI SENDIRI:

Bila anda digelar, “Usahawan” atau pun “Peniaga” (anda perlu mengetahui siapa usahawan dan siapa peniaga itu?.Usahawan lazim mencipta produk-produk atau perkhidmtan baru untuk keperluan pasaran yang kian maju dan sentiasa punyai idea-idea baru dan berinovasi dalam produk-produk yang dihasilkan. Makna, “peniaga”, pulak cuma beli dan menjual produk untuk dapatkan keuntungan perniagaan, contohnya seperti peniaga kedai runcit). Tak kira lah anda seorang usahawan atau peniaga, anda tetap jadi golongan peniaga. Bila menjadi peniaga anda akan seringkali rasa keeseorangan dan sunyi. Segala keputusan untuk perniagaan, perlu lakukan sesuatu atau pun anda bijak dalam menyelesaikan masalah dengan penuh kepercayaan diri anda sendiri.

Bila dah masuk dalam perniagaan, anda bukan boleh lagi tunggu arahan dari “boss” untuk lakukan sesuatu tindakan yang lazimnya untuk pekerja makan gaji. Ini berkenaan perniagaan anda sendiri, keputusan bakal yang anda kena buat berkenaan duit dari kocek anda sendiri bukan dari orang lain. Maka anda perlukan, “Motivasi Diri Sendiri” yang amat tinggi. Anda perlu selalu sanggup memotivasikan diri anda sendiri. Jika anda seorang yang suka tunggu arahan dari orang lain, tidak punyai motivasi yang tinggi dalam diri anda, baik lupakan jadi usahawan atau peniagaan. Teruskan makan gaji saja.

2.PENYEDIAAN KEWANGAN UNTUK KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA:

Sebelum anda bercadang untuk berkerja pekerjaan tetap yang bergaji dengan amalan akhir bulan, “cucuk kad di mesin ATM Bank, mesin itu akan keluarkan duit”.  Perbelanjaan bulanan untuk diri sendiri dan keluarga terlepas walau pun tak cukupi dengan makan gaji sekarang, sekurang-kurangnya anda selamat dari masalah kewangan. Tapi bila anda mula lompat masuk dalam bidang perniagaan sendiri,  jangan terlalu letak harapan anda dapat wang berlebihan berlipat kali ganda dari gaji makan gaji dulu. Dalam perniagaan sendiri ini, apa saja situasi keadaan bakal akan berlaku, kita sukar untuk mentafsirkan keadaan.

Bila kita berhenti kerja dari gaji tetap, anda perlu punyai perancangan  kewangan . Maksud mamak haji anda perlu punyai simpanan wang yang boleh digunakan untuk keadaan perlukan kewangan bila berlaku sesuatu pada diri anda atau ahli keluarga. Simpanan asas untuk kecemasan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pengurusan perancanga simpanan wang amat penting bagi yang ingin berhenti kerja. Jika perniagaan anda yang bakal ingin anda mencuba, perniagaan itu terdesak dalam krisis kewangan, adakah anda akan membuat pinjaman dari lintah darat durjana seperti “along?”.  Ini yang berlaku kepada ramai peniaga baru dan lama bumiputra dalam negara kita. Kebanyakan pinjaman wang dari along ini bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk perbelanjaan terdesak untuk kelaurga. Kalau untuk perniagaan kalau 20% bunga yang dikenakan along itu mampu bayar kerana keuntungan bersih perniagaan biasanya dari 23% – 40%. Ramai kawan-kawan mamak haji masih gunakan perkhidmatan along ini terutama peniaga perniagaan besi lusuh/buruk. Peniaga ini lebih minat pinjam dari along kerana keperluan wang tunai yang cepat. Tapi ramai lingkup dari yang berjaya bial beurusan dengan along ini.

Menguruskan simpanan wang ini perlu punyai daya kekuatan mengawal atau “willing power” yang kuat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman tentang pentingnya simpanan wang untuk waktu memerlukan terutama semasa kecemasan untuk diri dan keluarga.

Sebelum berhenti kerja makan gaji untuk menceburkan dalam perniagaan, segala hutang peribadi anda atau bakal nak berhutang perlu dikawal dari sekarang. Hutang ini adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai peniaga baru kita terjebak dalam masalah kewangan yang serius.. Uruskan hutang peribadi anda denagan cara yang terbaik sebelum berhenti bekerjaDari sekarang anda perlu minumkan berhutang dan hutang yang boleh dikawal. Masalah yang berat dalam menghadapi kehidupan normal adalah hutang. Jangan teruja sangat nak berhenti kerja dan mulakan perniagaan tanpa persediaan kewangan untuk diri dan keluarga semasa kecemasan. Orang boleh kata, “saya mulakan perniagaan dengan kocek kosong”, itu untuk dia, untuk kita ia mungkin bukan mudah untuk lakukan tanpa ada duit dalam kocek.

3.PENYEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL:

Sebagai usahawan atau peniaga, tekanan kehidupan akan menghantui kita sepanjang masa. Kesihatan amat perlu dijaga dalam menjalankan perniagaan, maka jagalah kesihatan yang baik sebelum memulakan perniagaan sendiri. Bila mula berniaga tekanan mental tetap akan berlaku pada setiap usahawan baru atau yang lama. Tekanan perniagaan akan menghantui kita datang dari segala sudut yang kita tidak tahu. Sekiranya anda seorang yang tidak boleh terima tekanan dan stress, anda harus fikir dua kali sebelum ingin menjadi usahawan/peniaga.

4. KEPENTINGAN KAJI SELIDIK PEMASARAN PERNIAGAAN:

Sebelum memulakan perniagaan anada, setiap perniagaan perlukan “kaji-selidik”, bila cakap saja kaji-selidik pemasaran untuk perniagaan yang anda bakal ceburi perlu dapatkan perkhidmatan syarikat survey yang profesional. Terus tergamam kerana takut fee yang dikenakan pasti mahal dan tak termampu kita. Kajiselidik pasaran kini begitu mudah dengan adanya internet dan juga sosial media. Kajiselidik pemasaran menerusi Internet ini khasnya dalam facebook seharusnya dilihat sebagai satu cara merevolusikan tatacara perniagaan kecil zaman sekarang. Banyak data anda boleh perolehi dengan hujung jari anda.

Contoh terbaik baru-baru ini keluar berita mengenai pelajar-pelajar dari Univerti awam, “hasil kaji selidik sebuah badan NGO… 3 dari 4 penuntut di IPTA tak mampu untuk makan hidangan yang baik. Ini dari kaji selidik yang dilakukan ke atas 25,632 penuntut dari 6 universiti awam. UTM, UM, UIA, UKM, UUM and Universiti Tun Hussein Onn. 57%. Ramai penuntut peruntukan RM5 sehari untuk makanan, 44 % bergantung dengan mee maggie cepat masak, 41 % cuma makan nasi kosong, kicap dan telur, 96% berkata dalam tekanan kewangan, 97% dari mereka ini gunakan bantuan kewangan dari kerajaan.” maka anda kena fikir dua kali sekiranya produk atau perkhidmatan anda berkaitan dengan pelangan penuntut universiti.

5.SEMANGAT BERJUANG:

Semangat berjuang ini adalah salah satu faktor yang penting dalam perniagaan walau pun bukanlah faktur yang boleh menjanjikan kejayaan perniagaan kita. Semangat berjuang kita perlukan bila kita tersungkur dalam perniagaan. Orang kata kita bersungkur itu adat dalam perniagaan. Biar kita tersungkur kehadapan bukan kebelakang. Kalau tersungkur tersembab muka, kita tahu apa yang menyebabkan kita jatuh. Kita jatuh untuk bangun kembali dan bukan tertiarap, yang bangunkan kembali itu ada lah “semangat berjuang” kita. Tanpa semangat ini tertiarap kita selamanya.

Perniagaabn ini sebenarnya seperti bangun pagi pergi ke medan perang, kerana menjalankan perniagaan ini kerja teruk, penat, memerlukkan kerja lebih masa  atau lebih banyak kekecewaan dari yang gembirakan. Ia bukan seperti makan gaji, pagi masuk petang balik kerja. Jadi uutuk melaksanakan ini anda perlukan semangat kental. Apa kah anda punyai semangat yang kental dan sedia untuk berjuang?.

6.MEMAJUKAN PERNIAGAAN:

Sekiranya bakal perniagaan yang anda ceburi itu, sekiranya maju akan menyeronokan. kalau tidak maju akan membosankan dan mungkin anda putus asa dan menyesal berhenti kerja makan gaji. Anda perlu ingat bila saja sesuatu jenis perniagaan maju, semua orang ingin tiru jual produk yang sama atau cara berniaga yang sama dari orang-orang yang yang telah berjaya dalam bidang itu. Contohnya jika anda selidik punya selidik pasaran, kawasan yang anda tidak ada peniaga nasi ayam, anda mulakan perniagaan nasi ayam> sertamerta perniagaan nasi ayam anda mendapat sambautan yang hangat dan perniagaan anda kian maju. Tetiba ramai peniaga baru akan membuka perniagaan nasi ayam dikawasan itu. Perkara seperti ini tidak boleh elak dalam setiap perniagaan.

Anda perlu yakin dengan rezeki. Ketentuan rezeki untuk hamba- hamba Allah tidak sama.  Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang., tetapi setiap orang ada rezeki Allah anugerahkan. Jadi jika anda ingin buat apa yang orang yang telah berjaya buat dalam perniagaan, jangan terlalu letak harapan anda juga boleh berjaya. Kemungkinan rezeki dia letak kat situ dan bukan untuk kita. Sekiranya anda ingin buat apa yang orang telah berjaya itu buat, pasti anda belum sedia untuk berniaga.

RUMUSAN:

Mamak Haji suka berniaga sendiri dan perniagaan seperti ini memberikan kepuasan dan kebebasan. kehidupan peniaga bukan mudah dan boleh jadi senang sekelip mata. Bila ingin mulakan perniagaan ini, jadilah orang yang jujur dengan diri sendiri untuk menjawab enam soalan di atas dan sebelum bersedia untuk berniaga. Jangan terburu dalam buat keputusan ikut hati dan perasaan yang tertekan dengan kemelut kewangan. Bidang perniagaan yang anda ingin menjalankan juga banyak mainkan peranan dalam menjawab soalan mamak haji di atas. Setaip orang kena ada impian. Impian perlu ada untuk majukan diri tetapi yang sukar ialah menjadikan impian itu menjadi kenyataan. Kalau terburu dalam impian dijadikan kenyataan, kadangkala impian itu menjadi mimpi buruk untuk kita. Maka rancanglah kehidupan masa depan anda betul-betul. Wassalam.


PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

Hari ini mamak haji berfikir tentang sahabat-sahabat mamak haji yg berminat berniaga dalam bidang makanan. Dlm perniagaan yang penting bukan apa yang kita boleh buat (produk) tetapi bagaimana kita nak jual produk kita. Perkembangan teknologi telah perbolehkan peniaga menggunakan internet dalam perniagaan utk memperluaskan lagi dlm pasaran global.Hari ini semua syarikat perniagaan mempunyai halaman web tetapi malangnya web yg digunakan oleh syarikat tempatan tidak banyak sgt menepati keperluan pelangan tempatan.
Perniagaan di Internet semakin popular dan mula diterima oleh masyarakat tempatan tetapi kesannya masih kurang memuaskan.

Perniagaan di Internet atau E-Dagang atau e- perniagaan dibahagikan 4 jenis.1) perniagaan dengan perniagaan 2) perniagaan dgn pelangan 3) perniagaan dgn kerajaan 4) pelangan dgn pelangan.
Isu penghalang bagi perniagaan ini yang pelangan tidak minat ialah keselamatan atau sekuriti kerana perniagaan melalui on-line ini memerlukkan maklumat-maklumat tertentu seperti no.kad kredit. Pelangan biasanya rasa risau bila data peribadi yg diberikan adakah selamat dari capaian atau pengubahsuain oleh pihak yg tidak tanggung-jawab. Jika pelangan tidak yakin terhadap keselamatan yg diberikan oleh peniaga on-line maka pelangan akan jauhkan diri dari penggunaan perniagaan on-line. Peranti keselamatan yang teguh dengan kod rahsia diperlukan utk meningkatkan lagi kepercayaan pelangan. Sekiranya peniaga on-line boleh bekalkan satu cara pelindung kpd pengguna on-line kemungkinan perniagaan on-line akan maju di negara kita.

Masalah hackers menjadi masalah utama perniagaan on-line tidak diminati oleh pengguna. Pencerobohan hackers ke dlm web-site perniagaan on-line bukan yg baru. Kalau hackers boleh keluarkan wang berjuta dari mesin ATM bank..ia bukan perkara mustahil hackers boleh menceroboh web on-line anda utk dapatkan maklumat kad kredit pelangan yg berurusan dgn pembelian.


Salam. Mamak Haji sendiri tidak tahu jawapan yang sebenar untuk soalan di atas yang selalu bermain di pemikiran setiap peniaga makanan. Anda tahu kenapa?, jawapan untuk soalan di atas ini sentiasa akan berubah mengikut perkembangan perniagaan. Sekiranya perniagaan kita berkembang kita terpaksa mengajikan lebih ramai pekerja, tanggungan kewangan pulak berubah, maka semakin bertambah pelangan, bila semakin ramai pelangan maka semakin banyaklah ragam dan telatah pelangan. Bagi syarikat besar dan kukuh seperti syarikat GLC di negara kita, bila anda dengar atau lihat iklan komersial mereka, anda akan teruja dengan mesej pemasaran, pelangan jadi keutamaan dan penting. Ini dalam bahasa Inggeris digelar, “customer come first”. Sehinggakan  kerajaan DS Najib pun yang baru saja dibubarkan juga gunakan slongan, “Rakyat didahulukan”. Benarkah syarikat-syarikat GLC ini dahulukan pelangan dari keuntungan atau nama syarikat mereka?.Pada dasarnya slongan-slongan pemasaran ini cuma satu gimik saja. Pada hal setiap syarikat pentingkan keuntungan dari pelangan dan kepentingan atau kebajikan pekerja menjadi pilihan terakhir. Contohnya, kalau anda dengar baru-baru ini kesatuan pekerja bank-bank telah adakan demonterasi besar-besaran di Kuala Lumpur kerana keuntungan bank ini walau pun mencecah berbillion ringgit setahun tetapi pekerja bawahan tidak terima manfaat dari keuntungan itu. Syarikat-syarikat GLC seperti TNB ini walau pun kerugian sedikit saja, sudah pasti melolong nak naikan takrif untuk mendapatkan keuntungan dari pelangan. Bagi syarikat besar seperti ini, syarikat datang pada tempat pertama dan pelangan dijadikan kedua untuk buat keuntungan, pekerja pekerja pulak tak perlu ambil tahu. Syarikat katering kecil seperti kita boleh berbuat demikian?. Bila harga bahan masakan naik melambung tanpa kita sedar seperti contoh harga ayam sekilo hari ini  RM7.40 dan dua hari lepas cuma RM6.50. Boleh kah anda naikan harga ayam goreng seketul?. Jangan kira beras atau gula lagi entah berapa kali dah naik dalam empat tahun ini kita tak tahu. Ada juga pelangan tanya mamak haji, sepuluh tahun dulu harga secawan teh tarik cuma tiga kupang saja. Sekarang mamak haji jual RM1.00. Mamak Haji tanya pelangan ini, “sepuluh tahun dulu harga emas 1 gm berapa?, Sekarang emas 1 gm berapa?”. Ramai tak faham peranan harga emas ini dalam kiraan mata wang atau pun purata gaji pekerja. Selepas  pilihanraya ini BN naik atau pun Barang Naik belum tentu lagi. Kita doakan saja, harga sebotol kicap kipas udang turun harga. Makan nasi panas dengan kicap dan ikan kering gelama belah goreng kesukaan mamak haji. Bila harga minyak naik, pembekal bahan makanan tentu sekali naikan harga, pembekal letrik pun naikkan harga dan boleh katakan semua teruja untuk naikkan harga tetapi bolehkah kita sebagai katerer naikan harga makanan?. tentu tidak. Bila harga bahan makanan naik sekupang pun pelangan jerit kepada kita tetapi bukan kepada kerajaan atau Melayu unggul syed Bukhairi naikan harga gula sesuka hati dia untuk mamak jual teh. Kita peniaga makanan menjadi mangsa keadaan seperti orang Amerika bom atom ke atas rakyat Jepun yang tak berdosa dan dalam bahasa politik digelar,”Collateral damage.” Bagaimana katerer menghadapi keadaan seperti ini?. Mamak haji harap anda sebagai katerer menghadapi keadaan harga naik seringkali ini dengan kaedah menang-menang dengan pelangan.Yang penting berhenti jangan melepaskan keuntungan semakin sedikit yang anda perolehi itu kepada pelangan anda. Bila keadaan terpaksa biar pelangan anda terima sedikit tekanan dari kenaikan harga barang bahan mentah masakan ini. Setiap kali anda tanda-tangani kontrak untuk bekalkan makanan siap masak atau pun katering kantin untuk sekolah, atau kantin Industri (kilang) tentukan dibawah kontrak anda itu tertulis, “semua harga tertaklok pada harga ditetapkan oleh kerajaan dan dari masa ke masa boleh berubah. Ada juga katerer masih menawarkan harga tahun 1990-an semata-mata untuk berjaya dapatkan kontrak. Fikir dulu masak-masak sebelum mendatangi sebarang kontrak sebagai katerer terutama harga hidangan. Ini taktik baru pelangan yang ingin mengadakan majlis kahwin pula ditempah seawal 10 bulan untuk dapatkan harga lama. Ini juga bahaya. Anda perlu beritahu pelangan, harga tidak ditetapkan sehingga sebulan tarikh majlis dilangsungkan.

Dalam bidang katering pekerja menjadi paling utama. Bayangkan tukang masak anda merajuk dan tak datang kerja. Apa akan jadi pada tempahan?. Ramai katerer termasuk mamak haji sering-kali pening dengan pekerja tempatan yang semakin tak minat dengan kerja berat. Polisi pekerja tempatan kini, “don’t work hard, work smart”. Betul jugakan. Dalam bidang katering ini, taukeh kena jaga hati pekerja, bukan pekerja jaga hati taukeh. Kalau tak jaga hati pekerja habis lari pekerja, siapa nak buat kerja nanti..bosslah. Ok nak jaga pekerja supaya tak lari ini, mamak haji cuma ada dua cadangan.

  • Cuba buat penilaian kepada pekerja yang sukar di cari ganti. Mungkin dua atau tiga pekerja ini menjadi tulang belakang syarikat.  Ikat mereka dengan gaji yang terbaik atau komisyen majlis yang berpatutan. Di setiap akhir majlis beri mereka imbuhan selain dari gaji tetap bulanan. Sekira ada pekerja gaji harian tidak hadir sekiranya mereka lakukan kerja tambahan berikan juga imbuhan di akhir bulan. Anda perlu menghargai mereka dan tentukan mereka dapat mesej kerja mereka di syarikat anda selamat dab berterusan.
  • Kita sebagai katerer punyai hati nurani yang terbaik. kita bukan saja mengembirakan pelangan tetapi harus pandai mengembirakan pekerja kita. jadi resmi padi, bila rezeki bertambah tunduk dan tawaduk selalu ingat pada Allah SWT yang cucuri rahmat dan jangan lupa orang yang bantu anda untuk mencapai kejayaan, jangan sekali jadi resmi lalang, sombong dan selalu menyusahkan orang lain terutama pekerja. Belajar apa makna, “empathy” itu. Sentiasa memahami pekerja anda dan bersama mereka dalam keadaan duka dan suka.

Sudah kah anda dapat jawapan soalan di atas?. Syarikat katering kecil seperti kita bukan mudah untuk buat keputusan. Ini kerana kita biasanya tak pentingkan nama syarikat kita. Kebanyakan pelangan cuma kenal nama taukeh bukan dengan nama syarikat. Nama syarikat amat penting. Contohnya nama restoren Nasi kandar yang popular Di Pulau Pinang seperti line clear, pelita, kassim mustapha, zubaidah, nasmir dan lain anda kenal taukehnya?. Sudah pasti tidak. Kita cuma kenal nama restoren, maka di mana saja mereka buka gunakan nama restoren, pemasaran jadi mudah. kalau nama taukeh saja terkenal, berapa lama taukeh itu boleh bertahan, seperti mamak haji lama dah tinggalkan perniagaan tetapi oleh kerana nama restoren dikenali, anak, menantu,isteri semua boleh menguruskan. Dalam perniagaan katering rumah anda jangan popularkan nama anda tapi popularkan nama perniagaan anda. Bila masa tiba mengembangkan sayap anda tak perlu iklan. satu lagi jangan sekali popularkan nama chef anda dalam perniagaan. chef ini akan lompat satu tempat ke suatu tempat yang lebih elok. Mereka ini bakal pesaing untuk perniagaan anda. Jangan sekali naikan nama chef anda jika tidak perlu. Harap chef-chef jangan kecil hati..ini perniagaan memang caranya begitu. Dah panjang lebar mamak haji dah terangkan maka terpulanglah pada anda buat keputusan untuk syarikat katering anda. Tepuk dada tanya selera anda. Akhir sekali mamak haji ingin kongsi sedikit pengalaman mamak haji dengan selera orang ini. Ramai e-mail mamak haji, banyak juga mamak haji jawab walau pun soalan yang ajukan ulang kali. bagi yang ingin mulakan perniagaan, jangan ragu-ragu tanya apa saja soalan yang boleh tenangkan fikiran anda. walau pun jawapan mamak haji tak tepat tapi sekurang-kurang kekusutan dalam pemikiran anda akan menjadi ringan. Berjaya dalam perniagaan tidak ada formula yang tepat, terpulang pada diri kita sendiri dan jangan lupa bantuan dari Allah SWT. Oh lupa tentang selera orang. Anda mungkin tahu kenapa restoren makanan fast food ‘ala barat, tom yam siam dan nasi kandar di negara ini berjaya dan bukannya restoren masakan asli melayu atau India beraga Hindu?. dalam kajian mamak haji, pelangan ini pelik sedikit. Bila pelangan ini datang ke restoren pertama kali dia ingin cuba rasa masakan. Rasa masakan pelangan biasa dia bezakan masakan ibu atau isterri dia. Kalau rasa masakan itu sama seperti masakan ibu atau isteri maka pelangan anggap ia sedap. 65% pelangan nasi kandar atau pun restoren mamak haji sebutkan adalah dari kalangan orang melayu. Pelangan ini rasakan makanan ini sedap kerana ibu atau isteri tidak tahu masak resepi nasi kandar, makanan ‘ala barat atau pun tom yam siam. Kalau mamak haji  masak masak lemak cili padi pasti restoren mamak haji lama dah tutup. Kalu di kantin perusahan ada Bangla atau Nepal tak perlulah masak masakan nepal atau bangla pasti mereka kata tak sedap bukan. Sama juga kalau ada pelangan Cina kalau anda cuba masak mee kari atau mee laksa pasti mereka kata tak sedap kerana apa?. Mee kari Cina atau mee laksa lain yang dicampurkan seperti darah kinzir. Maka mana boleh sama dengan masakan kita. jangan cuba, biasa anda akan gagal. Masak western bagi mereka..hahaha!. itu sajalah nak kongsi dengan anda semua. Bagi pertama kali mengunjung blog mamak haji e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 7,800,869 hits
Oktober 2019
I S R K J S A
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Advertisements