PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Perniagaan Restoren’ Category


TIP-TIP MASAKKAN RESIPI ASAL BERIYANI HYDERABAD / “DUM BERIYANI”.

  1. TIP MELEMBUTKAN DAGING.

Masakan keturunan mamak yang terbaik dan asli kalau tak salah, kita katakan ia dari Pulau Pinang. Walau pun masakan di Pulau Pinang ini terkenal dengan “nasi kandar” tetapi lauk-lauk yang lazat masakan ‘ala Munghal India seperti Nasi Beriyani, Nasi Tomato, Nasi dalca, Nasi Daging sangat terkenal di sini.

Ramai sahabat-sahabat bertanya apa istimewa nasi kandar ini?. Ia cuma masakan kari seperti biasa saja, seperti masakan kebanyakan masyarakat berketurunan Tamil di negara ini. Betul itu…tetapi keistimewaan nasi kandar ini terletak pada cara masakan nasi yang beraroma rempah yang harum, nasi dibuang kanji dan juga lauk-pauk yang kuahnya pekat (jenis gravy). Ciri keistimewaan nasi kandar yang dihidangkan di restoren Nasi Kandar ialah keunikan cara adunkan kuah-kuah berbagai ini kepada satu rasa yang unik oleh tukang ceduk ini.

Restoren Nasi Kandar

Cara adunan kuah pelbagai lauk ini, cuma boleh lakukan oleh orang yang betul-betul ada kemahiran Ilmu masak yang tinggi. Inilah keistimewaan yang tersendiri pada masakan nasi kandar ini, dimana  hasil percampuran dari bebagai lauk dijadikan satu resii yang tidak ada resipi bertulis.

Namun demikian kita perlu ingat, apabila sesuatu masakan atau resipi itu jadi terkenal, resipi asal itu akan hilang sedikit demi sedikit dengan peredaran masa dengan timbulnya berbagai versi baru yang digelar “Fussion”.  Lauk-pauk nasi kandar adalah resipi asalnya dari Negeri Pulau Pinang ia tidak kena mengena dengan resipi- resipi gunakan kari dalam masakan dari India Selatan. Kini ramai tukang masak mahir nasi kandar ini telah menjadi pengusaha restoren yang kaya-raya maka tugas masak ini telah diserahkan pada tukang masak pekerja asing dari Tamil Nadu, India.  Bila berubah tukang masak maka berubahlah resipi asal. Di Pulau Pinang sendiri setiap restoren digelar restoren nasi kandar punyai resipi dan cara masakan versi yang berlainan. Sehingga kita tidak tahu, “mana satu resipi asal atau resipi fussion (ubah-suai).”

Diantara resipi masakkan nasi kandar yang paling banyak diubah-suai ialah “Resipi Beriyani Ayam”. Masakan asal nasi beriyani yang asli dan paling popular ialah , “Nasi Beriyani Hyderabad” atau nasi beriyani Dum”. Berbagai versi nasi beriyani ini telah terhasil di negara ini, masing-masing kata ia adalah resipi asal. Ramai ubah-suai resipi ini untuk mudah untuk masak dan ikut selera pelanggan. Sehingga Nasi minyak pun dikatakan nasi beriyani walau ia cuma mampu digelar, “Nasi Goreng” ‘ala India.

Dengan ini bagaimana anda mampu menilaikan, Nasi beriyani yang betul mana satu?. Anda tak perlu cari restoren mana satu masak “nasi beriyani” yang asli dan betul. Cuma anda kena masak sendiri di rumah atau pun bersahabat dengan cef-cef tua yang mahir dalm masakkan Munghal atau di India digelar ,”Cef Nawab Sahab”. ..Beriyani Masters.

Dalam masakan nasi kandar terutamanya masakan daging, kambing dan ayam perlu lembut hasil masakan bukan sampai lerai dan tidak keras sampai liat. Keadaan bentuk fizikal daging dan juga kelazatan asli daging itu sendiri akan sudah tentu berikan kelazatan tambahan masakan itu sendiri

Tapi bagaimana anda boleh dapatkan masakan daging lembut dan rasa sedap asli jika gunakan dalam masakan anda daging beku ais dari daging yang segar?.lagi sukar untuk menentukkan keadaan daging itu.Kalau dapatkan daging segar dinegara kita terutamanya daging kambing memang sukar. Mana satu “lamb”, “Mutton” atau “Goat Meat” kita memang keliru..bagaimana dengan bahagian badan yang bersesuain untuk masak Nasi beriyani…lagi keliru.

“Daging lamb”, adalah daging kambing biri-biri yang berumur 1 tahun…kalau lebih dari setahun digelar “Mutton”. Perkataan mutton ini cuma gunakan untuk gelarkan untuk daging saja bukan utk kambing biri-biri..namanya tetap lamb juga. Kalau Goat meat bermakna daging kambing tempatan tak kira umuq..pakai bantai je..kadang-kadang terkena daging kambing betina tua dah habis monopause..itu dia daging liat macam tayar goodyear.

Dengan ini orang tua-tua dulu gunakan “Betik Muda” sebagai pelembut daging dalam masakan daging, kambing atau ayam kampung tua.. omputih gelar sebagai “meat tenderizer” atau betik muda itu bergelar “Papain”. Betik muda ini digunakan melembutkan daging lembu, daging kambing tetapi untuk ayam biasanya dalam masakan India guna “yogurt” atau tairu. Keadaan bakteria asid baik yang terdapat dalam yourt itu mampu pecahkan protin daging dan melembutkan.

Dalam bahagian dalam kulit hijau buah betik muda, dan daun betik mengandungi sejenis “enzim” yang bergelar papain. Papain juga terdapat dalam susu getah pokok betik. Biasanya buah betik muda ditoreh dan dapatkan getahnya dan dikeringkan, dijadikan tepung dan digunakan sebagai “meat tenderizer”. Tetapi dalam masakan India, kopek kulit betik muda sedalam 3-5 mm , untuk dapatkan 2 sudu besar dan ditambah 1/4 sudu kecil garam dan diblender halus dijadikan pes. Biasanya utk 500gm berat daging gunakan 2 sudu besar pes ini.

Enzim papain ini mampu pecahkan urat penyambungan dalam daging yang jadikan liat. Sebelum kita gunakan papain ini kita perlu

PAPAIN

juga tahu sedikit sebanyak untuk enzim ini bertindak optima keatas daging. Papain akan berfungsi dgn terbaik dalam keadaan nilai pH keadaan nuetral (kebanyakan daging nilai pH adalah nuetral) dan sedikit asidik nilai pH6. Dalam keadaan lain ia tidak berfungsi baik.

Keadaan suhu juga sangat penting bagi enzim papain ini berfungsi baik. Suhu yang sesuai adalah 140F – 160F dan tidak aktif pada suhu 170F – 185F. Dengan ini mamak haji ingatkan bila kita gunakan enzim papain untuk melembutkan dging jangan sekali masukkan dalam peti sejuk. Tempuh masa yang sesuai ialah 60 minit.

Sekiranya anda dapati terlalu banyak daging ini berurat, ingin rebus. 1. Potongan kepingan daging itu koyak-koyakan dangan garpu 2. Masukkan dalam kuali atau periok yang tebal, masukkan air rebusan sama cukup paras daging. 3. Masukkan pes betik muda yang telah sediakan. 4.Rebus dengan api dapur yang kecil. Rebusan ini jenis “renehan/simmering”. Jangan suhu air renehan jangan lebih dari 165F. Ini untuk tentukan enzim tidak rosakan oleh haba panas. Jangan lupa baca komen mamak haji yea.

                PES BETIK MUDA

Dalam masakan nasi beriyani selepas pandai melembutkan daging, seterusnya kita kena faham rempah-rempah yang digunakan untuk dapatkan rasa dan aroma yang terbaik. Ikuti SIRI:2

 

Advertisements

1. Menyediakan dan menulis Rancangan perniagaan dengan mengambil kira setiap aspek perniagaaan anda dengan mengambil kira berjaya menghasilkan keuntungan perniagaan yang idamkan dan juga untuk perniagaan anda akan bertahan lama yang berdaya maju. Rancangan Perniagaan ini perlu sentiasa di ulang-kaji, jika perlu ubah untuk kebaikan perniagaan anda. Rancangan Perniagaan ini bukan terpahat atas batu batu yang tidak boleh ubah-suai mengikut keadaan.

2. Anda perlu ada minat terhadap bidang perniagaan yang anda menceburi bukan ala kadar untuk kaya cepat kerana terdengar khabar orang. Khabar seperti ini biasanya diberikan oleh orang yang buat perniagaan cara MLM atau pun cara system Piramid. Itu bukan berniaga namanya itu jenis cari pelangan tamak. Anda perlu ada kesungguhan untuk bertumpu pada perniagaan, berani ambil risiko, bersikap bersabar dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan. Bukan senang nak jadi senang.
3. Sentiasa ingin pertingkatkan kemahiran atau kepakaran berkaitan perniagaan anda dengan bersungguh-sungguh. Sebelum mencebur diri dalam perniagaan yang anda minat, sekurang-kurangnya anda perlu ada kepakaran yang perlu ada pada diri anda. Perniagaan yang anda menjalankan perlu berdasarkan pada kepakaran yang ada pada anda dan sewajarnya perniagaan yang dimulakan itu perlu lah dari kecil-kecilan dulu.
4. Rela dan sanggup belajar dari orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang anda ceburi. Jangan sekali berlagak bodoh sombong dalam perniagaan, perniagaan bukan tempat siapa yang pandai bertiori tetapi banyak benda praktikal perlu belajar dari orang yang ada pengalaman dalam bidang perniagaan anda. Jangan jadi , “cakap tak serupa bikin”.
5. Bersedia menghadapi masalah atau risiko . Sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah dari segi kewangan, pemasaran dan juga bersedia menyelesaikan masalah.
6. Kebolehan dalam bidang pemasaran produk anda atau perkhidmatan anda. Bila boleh keluar produk tak dapat jual produk itu, tak guna juga. Kalau pandai masak tak guna untuk makan sendiri saja, perlu mencari pelangan untuk membeli hasil masakan anda.

7. Jangan sekali cepat keciwa bila kali pertama gagal dalam perniagaan. Gagal dalam perniagaan anggap lah ia satu pengalaman bukan rugi tetapi anda telah mempelajari Ilmu yang termahal dari hasil kocek anda sendiri. Jatuh bukan untuk meniarap tetapi bangun dengan kuat dan sukar nak jatuh kembali kerana anda sudah tahu kenapa anda jatuh pertama sekali. Bila mula berniaga ramai yang puji tetapi bila anda gagal ramai yang keji anda.


Dalam keadaan ekonomi yang tak tentu hala sekarang, harga barangan yang melambung tinggi, kos sara diri yang tinggi, nilai mata-wang Ringgit kita jatuh teruk berbanding dengan Dollar Amerika, reputasi negara tecelar akibat rasuah dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan telah banyak jatuhkan moral pekerja kakitangan awam. Ramai pekerja makan gaji sekarang ini menerima tekanan kerja yang tinggi dan akibatkan tekanan perasaan di tempat kerja yang berlebihan. Perkara seperti ini mungkin kita tidak kepedulian tetapi ia adalah salah satu sebab wujudkan kesan negatif terhadap semangat bekerja bagi pekerja awam dan swasta. Masalah di tempat kerja lebih merumitkan lagi dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga kerana harga barangan dan berbagai perkhidmatan awam juga telah naik  seperti GST, Tol dan baru lagi Ta’arif Elektrik. Maka ini akan tetap akan wujudkan kos sara hidup yang tinggi dibandar-bandar. Gaji yang diperolehi setiap akhir bulan tak cukup yang mana satu masa dulu masih berasa selesa. Kebosanan untuk bekerja mula pengaruhi semangat bekerja. Kewujudan tidak kepuasan hati sehingga tidak dapat bekerja dengan ikhlas lagi. Tidak ada jalan lain kecuali ingin berhenti kerja dan ingin mulakan perniagaan sendiri. Sebelum anda buat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri, mamak haji ingin berikan 6 soalan untuk anda jawab sendiri dengan jujur untuk menentukan anda layak atau tidak memulakan perniagaan sendiri.

1.MEMOTIVASI DIRI SENDIRI:

Bila anda digelar, “Usahawan” atau pun “Peniaga” (anda perlu mengetahui siapa usahawan dan siapa peniaga itu?.Usahawan lazim mencipta produk-produk atau perkhidmtan baru untuk keperluan pasaran yang kian maju dan sentiasa punyai idea-idea baru dan berinovasi dalam produk-produk yang dihasilkan. Makna, “peniaga”, pulak cuma beli dan menjual produk untuk dapatkan keuntungan perniagaan, contohnya seperti peniaga kedai runcit). Tak kira lah anda seorang usahawan atau peniaga, anda tetap jadi golongan peniaga. Bila menjadi peniaga anda akan seringkali rasa keeseorangan dan sunyi. Segala keputusan untuk perniagaan, perlu lakukan sesuatu atau pun anda bijak dalam menyelesaikan masalah dengan penuh kepercayaan diri anda sendiri.

Bila dah masuk dalam perniagaan, anda bukan boleh lagi tunggu arahan dari “boss” untuk lakukan sesuatu tindakan yang lazimnya untuk pekerja makan gaji. Ini berkenaan perniagaan anda sendiri, keputusan bakal yang anda kena buat berkenaan duit dari kocek anda sendiri bukan dari orang lain. Maka anda perlukan, “Motivasi Diri Sendiri” yang amat tinggi. Anda perlu selalu sanggup memotivasikan diri anda sendiri. Jika anda seorang yang suka tunggu arahan dari orang lain, tidak punyai motivasi yang tinggi dalam diri anda, baik lupakan jadi usahawan atau peniagaan. Teruskan makan gaji saja.

2.PENYEDIAAN KEWANGAN UNTUK KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA:

Sebelum anda bercadang untuk berkerja pekerjaan tetap yang bergaji dengan amalan akhir bulan, “cucuk kad di mesin ATM Bank, mesin itu akan keluarkan duit”.  Perbelanjaan bulanan untuk diri sendiri dan keluarga terlepas walau pun tak cukupi dengan makan gaji sekarang, sekurang-kurangnya anda selamat dari masalah kewangan. Tapi bila anda mula lompat masuk dalam bidang perniagaan sendiri,  jangan terlalu letak harapan anda dapat wang berlebihan berlipat kali ganda dari gaji makan gaji dulu. Dalam perniagaan sendiri ini, apa saja situasi keadaan bakal akan berlaku, kita sukar untuk mentafsirkan keadaan.

Bila kita berhenti kerja dari gaji tetap, anda perlu punyai perancangan  kewangan . Maksud mamak haji anda perlu punyai simpanan wang yang boleh digunakan untuk keadaan perlukan kewangan bila berlaku sesuatu pada diri anda atau ahli keluarga. Simpanan asas untuk kecemasan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pengurusan perancanga simpanan wang amat penting bagi yang ingin berhenti kerja. Jika perniagaan anda yang bakal ingin anda mencuba, perniagaan itu terdesak dalam krisis kewangan, adakah anda akan membuat pinjaman dari lintah darat durjana seperti “along?”.  Ini yang berlaku kepada ramai peniaga baru dan lama bumiputra dalam negara kita. Kebanyakan pinjaman wang dari along ini bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk perbelanjaan terdesak untuk kelaurga. Kalau untuk perniagaan kalau 20% bunga yang dikenakan along itu mampu bayar kerana keuntungan bersih perniagaan biasanya dari 23% – 40%. Ramai kawan-kawan mamak haji masih gunakan perkhidmatan along ini terutama peniaga perniagaan besi lusuh/buruk. Peniaga ini lebih minat pinjam dari along kerana keperluan wang tunai yang cepat. Tapi ramai lingkup dari yang berjaya bial beurusan dengan along ini.

Menguruskan simpanan wang ini perlu punyai daya kekuatan mengawal atau “willing power” yang kuat. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman tentang pentingnya simpanan wang untuk waktu memerlukan terutama semasa kecemasan untuk diri dan keluarga.

Sebelum berhenti kerja makan gaji untuk menceburkan dalam perniagaan, segala hutang peribadi anda atau bakal nak berhutang perlu dikawal dari sekarang. Hutang ini adalah bidang kewangan peribadi yang menyebabkan ramai peniaga baru kita terjebak dalam masalah kewangan yang serius.. Uruskan hutang peribadi anda denagan cara yang terbaik sebelum berhenti bekerjaDari sekarang anda perlu minumkan berhutang dan hutang yang boleh dikawal. Masalah yang berat dalam menghadapi kehidupan normal adalah hutang. Jangan teruja sangat nak berhenti kerja dan mulakan perniagaan tanpa persediaan kewangan untuk diri dan keluarga semasa kecemasan. Orang boleh kata, “saya mulakan perniagaan dengan kocek kosong”, itu untuk dia, untuk kita ia mungkin bukan mudah untuk lakukan tanpa ada duit dalam kocek.

3.PENYEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL:

Sebagai usahawan atau peniaga, tekanan kehidupan akan menghantui kita sepanjang masa. Kesihatan amat perlu dijaga dalam menjalankan perniagaan, maka jagalah kesihatan yang baik sebelum memulakan perniagaan sendiri. Bila mula berniaga tekanan mental tetap akan berlaku pada setiap usahawan baru atau yang lama. Tekanan perniagaan akan menghantui kita datang dari segala sudut yang kita tidak tahu. Sekiranya anda seorang yang tidak boleh terima tekanan dan stress, anda harus fikir dua kali sebelum ingin menjadi usahawan/peniaga.

4. KEPENTINGAN KAJI SELIDIK PEMASARAN PERNIAGAAN:

Sebelum memulakan perniagaan anada, setiap perniagaan perlukan “kaji-selidik”, bila cakap saja kaji-selidik pemasaran untuk perniagaan yang anda bakal ceburi perlu dapatkan perkhidmatan syarikat survey yang profesional. Terus tergamam kerana takut fee yang dikenakan pasti mahal dan tak termampu kita. Kajiselidik pasaran kini begitu mudah dengan adanya internet dan juga sosial media. Kajiselidik pemasaran menerusi Internet ini khasnya dalam facebook seharusnya dilihat sebagai satu cara merevolusikan tatacara perniagaan kecil zaman sekarang. Banyak data anda boleh perolehi dengan hujung jari anda.

Contoh terbaik baru-baru ini keluar berita mengenai pelajar-pelajar dari Univerti awam, “hasil kaji selidik sebuah badan NGO… 3 dari 4 penuntut di IPTA tak mampu untuk makan hidangan yang baik. Ini dari kaji selidik yang dilakukan ke atas 25,632 penuntut dari 6 universiti awam. UTM, UM, UIA, UKM, UUM and Universiti Tun Hussein Onn. 57%. Ramai penuntut peruntukan RM5 sehari untuk makanan, 44 % bergantung dengan mee maggie cepat masak, 41 % cuma makan nasi kosong, kicap dan telur, 96% berkata dalam tekanan kewangan, 97% dari mereka ini gunakan bantuan kewangan dari kerajaan.” maka anda kena fikir dua kali sekiranya produk atau perkhidmatan anda berkaitan dengan pelangan penuntut universiti.

5.SEMANGAT BERJUANG:

Semangat berjuang ini adalah salah satu faktor yang penting dalam perniagaan walau pun bukanlah faktur yang boleh menjanjikan kejayaan perniagaan kita. Semangat berjuang kita perlukan bila kita tersungkur dalam perniagaan. Orang kata kita bersungkur itu adat dalam perniagaan. Biar kita tersungkur kehadapan bukan kebelakang. Kalau tersungkur tersembab muka, kita tahu apa yang menyebabkan kita jatuh. Kita jatuh untuk bangun kembali dan bukan tertiarap, yang bangunkan kembali itu ada lah “semangat berjuang” kita. Tanpa semangat ini tertiarap kita selamanya.

Perniagaabn ini sebenarnya seperti bangun pagi pergi ke medan perang, kerana menjalankan perniagaan ini kerja teruk, penat, memerlukkan kerja lebih masa  atau lebih banyak kekecewaan dari yang gembirakan. Ia bukan seperti makan gaji, pagi masuk petang balik kerja. Jadi uutuk melaksanakan ini anda perlukan semangat kental. Apa kah anda punyai semangat yang kental dan sedia untuk berjuang?.

6.MEMAJUKAN PERNIAGAAN:

Sekiranya bakal perniagaan yang anda ceburi itu, sekiranya maju akan menyeronokan. kalau tidak maju akan membosankan dan mungkin anda putus asa dan menyesal berhenti kerja makan gaji. Anda perlu ingat bila saja sesuatu jenis perniagaan maju, semua orang ingin tiru jual produk yang sama atau cara berniaga yang sama dari orang-orang yang yang telah berjaya dalam bidang itu. Contohnya jika anda selidik punya selidik pasaran, kawasan yang anda tidak ada peniaga nasi ayam, anda mulakan perniagaan nasi ayam> sertamerta perniagaan nasi ayam anda mendapat sambautan yang hangat dan perniagaan anda kian maju. Tetiba ramai peniaga baru akan membuka perniagaan nasi ayam dikawasan itu. Perkara seperti ini tidak boleh elak dalam setiap perniagaan.

Anda perlu yakin dengan rezeki. Ketentuan rezeki untuk hamba- hamba Allah tidak sama.  Ada yang dapat lebih ada yang dapat kurang., tetapi setiap orang ada rezeki Allah anugerahkan. Jadi jika anda ingin buat apa yang orang yang telah berjaya buat dalam perniagaan, jangan terlalu letak harapan anda juga boleh berjaya. Kemungkinan rezeki dia letak kat situ dan bukan untuk kita. Sekiranya anda ingin buat apa yang orang telah berjaya itu buat, pasti anda belum sedia untuk berniaga.

RUMUSAN:

Mamak Haji suka berniaga sendiri dan perniagaan seperti ini memberikan kepuasan dan kebebasan. kehidupan peniaga bukan mudah dan boleh jadi senang sekelip mata. Bila ingin mulakan perniagaan ini, jadilah orang yang jujur dengan diri sendiri untuk menjawab enam soalan di atas dan sebelum bersedia untuk berniaga. Jangan terburu dalam buat keputusan ikut hati dan perasaan yang tertekan dengan kemelut kewangan. Bidang perniagaan yang anda ingin menjalankan juga banyak mainkan peranan dalam menjawab soalan mamak haji di atas. Setaip orang kena ada impian. Impian perlu ada untuk majukan diri tetapi yang sukar ialah menjadikan impian itu menjadi kenyataan. Kalau terburu dalam impian dijadikan kenyataan, kadangkala impian itu menjadi mimpi buruk untuk kita. Maka rancanglah kehidupan masa depan anda betul-betul. Wassalam.


PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

PERNIAGAAN ON-LINE MAKANAN

Hari ini mamak haji berfikir tentang sahabat-sahabat mamak haji yg berminat berniaga dalam bidang makanan. Dlm perniagaan yang penting bukan apa yang kita boleh buat (produk) tetapi bagaimana kita nak jual produk kita. Perkembangan teknologi telah perbolehkan peniaga menggunakan internet dalam perniagaan utk memperluaskan lagi dlm pasaran global.Hari ini semua syarikat perniagaan mempunyai halaman web tetapi malangnya web yg digunakan oleh syarikat tempatan tidak banyak sgt menepati keperluan pelangan tempatan.
Perniagaan di Internet semakin popular dan mula diterima oleh masyarakat tempatan tetapi kesannya masih kurang memuaskan.

Perniagaan di Internet atau E-Dagang atau e- perniagaan dibahagikan 4 jenis.1) perniagaan dengan perniagaan 2) perniagaan dgn pelangan 3) perniagaan dgn kerajaan 4) pelangan dgn pelangan.
Isu penghalang bagi perniagaan ini yang pelangan tidak minat ialah keselamatan atau sekuriti kerana perniagaan melalui on-line ini memerlukkan maklumat-maklumat tertentu seperti no.kad kredit. Pelangan biasanya rasa risau bila data peribadi yg diberikan adakah selamat dari capaian atau pengubahsuain oleh pihak yg tidak tanggung-jawab. Jika pelangan tidak yakin terhadap keselamatan yg diberikan oleh peniaga on-line maka pelangan akan jauhkan diri dari penggunaan perniagaan on-line. Peranti keselamatan yang teguh dengan kod rahsia diperlukan utk meningkatkan lagi kepercayaan pelangan. Sekiranya peniaga on-line boleh bekalkan satu cara pelindung kpd pengguna on-line kemungkinan perniagaan on-line akan maju di negara kita.

Masalah hackers menjadi masalah utama perniagaan on-line tidak diminati oleh pengguna. Pencerobohan hackers ke dlm web-site perniagaan on-line bukan yg baru. Kalau hackers boleh keluarkan wang berjuta dari mesin ATM bank..ia bukan perkara mustahil hackers boleh menceroboh web on-line anda utk dapatkan maklumat kad kredit pelangan yg berurusan dgn pembelian.


Salam, lama juga tak up-date blog. Entah kenapa kesihatan Mamak haji setiap hari merosot sekali. Kemungkinan kepanasan Pulau Pinang semakin hangat. Jangka suhu ketika ini menunjukkan 33 celsius. Panas ini. Klinik kesihatan penuh dengan pesakit batuk dan demam. kemungkinan bahang pilihan-raya umum agaknya. Berita dari Lahat datu lagi panas. Kita doakan semoga askar-askar kita itu sentiasa dalam keadaan selamat.

MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG YANG TELAH TERKORBAN MEMBELA KESELAMATAN NEGARA.

Pengorbanan mereka untuk negara adalah sangat besar harap kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan askar kita kepada keselamatan dan kedaulatan tanah Air sentiasa diberi keutamaan. Ini bukan saja untuk yang terkorban dalam insiden Lahat Datu tetapi yang telah berkorban di tangan komunis lebih ramai itu juga diberi ganjaran dan penghargaan yang sama. Kali ini pertama kali mamak haji dah tak larat nak berfikir dan menulis dan buat posting copy dan paste. Ini pun ada sahabat mamak haji hantar melalui e-mail. Memang terbaik artikal ini dibaca dan direnungkan. Harap anda semua baca dan fahamkan. kepada empunya posting ini mamak haji minta maaf banyak- banyak kerana tak dapat minta kebenaraan, tetapi dari nada penulisannya kita tahu beliau ini rela untuk berkongsi demi untuk kemajuan ummah negara dalam bidang ekonomi.

Bisnes & Nikmat Sabar

Ditulis oleh Azzah AR
Assalamualaikum, salam kebahagian buat Tuan Puan pembaca Majalah Niaga yang disayang Tuhan. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Seringkali saya ditemukan dengan orang-orang yang begitu ingin menjalankan bisnes sendiri, namun kurang memiliki sifat sabar yang tinggi. Akhirnya, mereka putus asa kerana hasil yang dikehendaki, tidak berada di tangan dalam jangka waktu yang diinginkan dan terus angkat bendera putih – malah ada yang kembali kerja bermajikan!
Kalau diikutkan hati dan emosi lemah, diterjah pula situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, saya sendiri pernah berfikir mahu menutup perniagaan. Apa yang menghalang saya daripada berbuat demikian adalah keinginan bagi mencapai impian kerjaya saya yang terbesar iaitu mengusahakan perniagaan sendiri, dan ketidakinginan untuk kembali bekerja di bawah seorang majikan.. oh tidak!
Apa Yang Membuatkan Saya Bertahan?
Jadi, saya memilih bagi meneruskan perjuangan ini walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa dahsyat cabaran bagi mendapatkan job, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang merengsakan. Zaman semua orang berkata, “Kami tidak ada duit!”
Ya. Saya hanya bersandar dengan keyakinan terhadap pilihan yang telah saya ambil. Saya amat percaya bahawa bumi ini luas dan Tuhan menyediakan peluang rezeki itu di mana-mana, pada bila-bila masa.
Saya, dan mungkin ada di antara Tuan Puan juga, memulakan bisnes dengan tiada wang simpanan dalam tangan. Atau simpanan cukup-cukup bagi dibuat modal. Tidak mahu dibebankan dengan pinjaman bisnes, atau tidak layak membuat pinjaman. Jadi, tempoh awal bisnes, adalah tempoh yang paling sukar.
Perlu ikat perut, kerana wang yang ada hanya dapat digunakan bagi tujuan bisnes. Lebih-lebih lagi, bagi yang ada tanggungan keluarga, hutang, dan sebagainya. Jujurnya, saya sendiri pernah ada sebuku roti sahaja untuk dimakan selama seminggu. Namun, baca semula perenggan kedua artikel ini, maka saya bertahan dengan tabah.
Apakah yang diperlukan pada waktu-waktu sesak, terutama apabila bisnes baru sahaja hendak bertapak?
Satu kata, ‘sabar’.
Masih Ingat, Bagaimana Kita Boleh Pandai Berlari?
Selepas lahir, daripada berbaring, kita meniarap. Kemudian, kita mula mengengsot perut. Selepas itu, kita merangkak, bertatih, berjalan, dan akhirnya kita pandai berlari.
Kita bersabar dengan kuat dan bertatih dengan gigih. Bangkit, walau terjatuh berkali-kali. Kita melalui proses itu langkah demi langkah, dengan sabar. Jadi hasilnya hari ini, kita sudah mampu berlari, malah melompat dan memanjat!
Lihat kembali, beberapa pengalaman yang pernah kita sendiri alami. Peristiwa yang terjadi atau keputusan yang terhasil, disebabkan ketidaksabaran dan kegopohan kita dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan.
Apakah yang berlaku kepada perasaan kita pada waktu itu? Adakah kita bermurung, menyesal, dan berfikir… ‘Kalaulah….’?
Contoh. Semasa kecil, ibu meminta kita ke kedai membeli gula. Sebaik ibu memberikan wang, kita terus berdesup keluar kerana sukanya kita pergi ke kedai, walaupun ibu berteriak, “Nanti dulu!”
Tiba di kedai, saat tauke bertanya berapa kilo gula yang mahu dibeli? Kita menggaru kepala, kerana tidak menunggu ibu kita memberitahu maklumat lengkap pembelian gula. Kemudian, kita beli gula sekilo, berdasarkan agakan.
Pulang ke rumah, teruk dileteri ibu kerana dia sebenarnya hendak membuat banyak kuih yang ditempah orang, dan memerlukan tiga kilo gula! Waktu sudah lewat, kedai sudah tutup. Akibat tidak sabar, telinga panas dileteri, dan ibu gagal menyiapkan kuih berdasarkan tempahan.
Kalaulah Begitu & Kalaulah Begini
Hanya disebabkan kita tidak mahu sabar walau sedikit! Lalu kita murung, dan berfikir, “Kalaulah saya menunggu arahan ibu tadi, tentu ibu tidak akan rugi dan dimarahi pelanggannya.”
Guru saya pernah berkata, “Perkataan paling sedih di dunia, bukanlah ‘sedih’, tetapi ‘kalaulah’.”
Kalaulah kita bersabar sedikit. Kalaulah kita tidak gopoh. Kalaulah kita tidak membuat sesuatu keputusan berdasarkan emosi pada waktu itu…, tentu… oh!
Justeru, supaya kekesalan itu tidak berulang, ayuh sama-sama kita tingkatkan tahap kesabaran kita dalam bisnes. Rugi sekarang, tidak bermakna akan rugi selamanya. Tiada job sekarang, mungkin ada job yang lebih baik sedang menanti. Ditipu sekarang, boleh jadi Tuhan sedang menunjukkan kepada kita, siapa kawan dan siapa lawan.
Rujukilah rentetan pengalaman tokoh-tokoh bisnes yang cemerlang di negara kita. Mereka tidak sukses dan kaya raya dalam sekelip mata. Ada antara mereka yang sama seperti kita, mengikat perut bertahun-tahun demi menaikkan bisnes. Kesemua tokoh bisnes ini adalah orang-orang yang sabar, dan hari ini mereka memperoleh nikmatnya!
Berita gembira, apabila kita bersabar. Bukan sahaja Tuhan akan anugerahkan nikmat keuntungan dalam bisnes, malah anugerah pahala bagi mendapatkan nikmat penginapan yang terbaik di syurga!
Tuhan mengikut sangkaan kita. Jika kita bersangka baik kepadaNya, maka baiklah yang akan diberikan kepada kita. Jika kita bersangka buruk kepadaNya, maka buruklah jadinya.
Salam kebahagiaan sampai sorga. Jumpa lagi!
iklan

Salam, dah lama mamak haji tak posting ke blog. Sejak kebelakangan ini mamak haji sibuk perihal dua nak lelaki yang menjadi tulang belakang perniagaan mengalami kemalangan. Seorang mengalami kemalangan jalan raya teruk sehingga patah tulang kaki dan separa lumpuh tangan kanan. Alahmdulillah kaki sudah pun 70 peratus pulih. Rawatan saraf tangan pula mamak haji terpaksa membawanya ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Selepas adiknya mula pulih, abangnya yang mengantikan adiknya pula timpa kemalangan di tangan kanan di dapur. Sepihan gelas yang pecah hampir memutuskan urat tangan sehingga perlu dibedah. Alhamdullilah kedua mereka semakin pulih. Inilah sebab utama mamak haji tak dapat tumpukan pada blog dan menjawab e-mail saudara-saudari dengan cepat. haerap maaf yea.

Kali ini mamak haji ingin kongsi membaca sepucuk e-mail dari saudari dari Sarawak yang bertanyakan tentan bagaimana bancuh kopi yang terbaik. Sementara mamak haji menulis resepi istimewa nasi kandar, kita layan e-mail ini. Harap kita dapat juga sedikit pengetahuan dalam penyediaan minuman di kedai makan kita.

E-Mail:

Salam Mamak Haji, 

Saya Puan Siti dari Kuching,Sarawak. Follower blog Mamak yg setia. Saya akan buka kedai makan dlm masa yg terdekat. Harap mamak dpt bagi nasihat macam mana nak buat kopi yg sedap dan jimat?. Terimakasih mamak haji.
JAWAPAN:
Salam, minta maaf kerana agak lama sikit membalas e-mail chek siti.

Sebelum mempelajari “Bancuh kopi” ini perlu juga memahami jenis-jenis serbuk kopi yang terdapat dalam pasaran tempatan. Kopi yang dimaksudkan ialah serbuk kopi yang dikeluarkan oleh kilang IKS tempatan atau pun Industri serbuk kopi tempatan yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat bumiputra atau pun kaum Cina yang menggunakan resepi terun-temuran. Kopi ini dipopularkan di Negara ini se awal kurun ke-19 (1896) oleh penjajah British. Adalah dikatakan Serbuk kopi biasa atau panggil biasa kopi kampung ini mula diniagakan secara kedai kopi awal tahun  1900 yang digelar kopitiam. Kesegeran kopi lebih bergantung kepada tarikh diproses biji kopi  itu tidak melebihi enam minggu dari tarikh mula digoreng biji kopi bersama majerin dan gula. Harus ingat kesegaran wangi kopi bukan terletak pada tarikh luput yang terdapat di bungkusan kopi. Jadi anda kena pilih serbuk kopi yg baik, bukan murah tapi agak sesuai untuk perniagaan. Mamak Haji sarankan anda membeli terus serbuk kopi dari kilang kopi lebih murah dan dapat kopi yang segar. Setiap kilang kopi ini biasanya menjual secara runcit kepada pembeli. Kopi yang anda beli di pasaraya enath tahun berapa di sediakan tak pulak nanti. Tarikh luput juga kadang-kala berubah-ubah dinegara kita ini. Pada permulaan anda boleh cuba dgn bermula dgn serbuk kopi yg berjenama popular atau pembekal kopi yang biasa digunakan peniaga kawasan perniagaan anda. Serbuk kopi yang dibungkus bila dibuka akan menyerap udara. Kopi bila menyerap udara akan kehilangan aroma dan menjadi keras, dengan sebab ini bila bungkusan dibuka perlu di simpan di bekas kedap udara.
Anda jangan terkejut apabila anda memesan “KOPI”, anda akan dapat kopi susu. Kopi susu Kopi ialah edisi di ubah-suai oleh pemilik-pemilik kedai kopitiam untuk menghilangkan aroma pahit kopi yang sebenar dan lebih berkrim. Penyediaan air kopi mempunyai beberapa nama seperti: kopi bermakna kopi + susu manis, kopi -0 bermakna kopi hitam  + gula, kopi kosong bermakna kopi tidak ada campuran susu manis atau pun kandungan gula, kopi kaw bermakna kopi dan susu yg agak berlebihan dan kopi ‘peng’ bermakna kopi ais. Untuk menyediakan air kopi biasanya  serbuk kopi 3-4 sudu masukkan dlm penapis kain kopi dan masukkan air panas dalam ‘koleh’ kopi. Untuk mendapatkan pati air kopi yg pekat perlu dibiarkan 1-3 minit untuk kopi meresap kedalam air melalui penapis. Kopi meresap agak lama bukan mcm teh yg cepat meresap. Biasanya disinilah masalah bagi pembancuh kopi. Kalau  nak cepat perlu tambah serbuk kopi yg banyak maka rugilah serbuk itu. Kalau membiarkan kopi itu meresap pulak pada masa yang sama air pati kopi akan sejuk dan kalau ditambah air panas dalam bancuhan kopi itu akan menjadi air kopi suam dan mungkin rasa kopi akan hilang. Biasanya untuk mengelakan pati kopi jadi sejuk, bancuhan dalam koleh itu perlu sentiasa dipanaskan diatas  penutup “boiler” air panas yg bertutup sebelah tetapi pastikan pati kopi anda tidak cepat sejat.Kalau sejat tambahkan air panas. Harus ingat segala perkakas bancuhan kopi dan teh tidak baoleh dicampur aduk. Sekira bercampur maka aroma teh akan menjadi aroma kopi campur teh.Anda perlu sediakan satu peralatan bancuhan kopi dan satu lagi set bancuhan teh.
Untuk membancuh kopi anda perlu masukkan susu manis dulu dalam cawan. Biasa untuk kurang pengalaman mereka akan masukkan susu  dalam cawan dengan sukatan paras gelas. Pembancuh air minuman boleh cuba segelas untuk mencuba kemanisan dan juga kepekatan.Susu pekat manis kini lebih bergula dari berlemak kerana banyak gunakan pati kelapa sawit bukan susu sebenar. Kemanisan dan lemaknya berlainan dari jenama ke jenama lain. Maka pemilihan susu pekat ini perlu diberi perhatian. Pada kebiasaannya tukang pembancuh akan memilih jenama yang dia mahir. Berikan sedikit keleonggaran dlm hal ini. Kepekatan air pati kopi biasa tidak lut sinar dan kehitaman. Mamak Haji rasa inilah teknik perlu perbetulkan. Yang lain pembancuh kopi perlu cari kesesuain bancuhan ikut selera pelangan dan pandai menyesuaikan kedaan permintaan sibuk. Bancuhan air kopi peng biasa satu perempat air kopi dan 3/4 ais. Air kopi panas akan cairkan 1/4 dan jadikan air kopi. Maka air kopi anda anda rasa sejuk bila diminum. Ini sajalah mamak haji nak berkongsi, pengalaman dan masa akan mengajar akan mengajar cara terbaik untuk kita. Jangan risau bancuh saja…dlm business ini kena tahan maki…hahahaha!. Lama-lama eloklah bancuhan air kopi anda.Wassalam.


Salam, Sebenarnya Mamak haji tidak sihat sangat nak menulis posting baru. Cuaca di Pulau Pinang semakin tinggi sehingga malam hari terlalu hangat.  Cuaca mainkan peranan yang amat penting kepada yang punyai daya ketahanan fizikal yang lemah. Terutamanya kepada kanak-kanak dan orang yang lanjut umur. Biasanya cuaca panas begini mamak haji ingin berehat dancuma buat kerja-kerja ringan. Mamak Haji juga minta maaf kerana banyak e-mail belum balas lagi, insyallah bila sihat nanti mamak haji akan balas tetapi kalau e-mail yang inginkan perhatian mamak haji tolong beritahu. Ada juga  pengusaha makanan e-mail kepada Mamak bertanyakan bagaimana mengatasi pelangan yang semakin kurang berkunjung ke premis jualan makanan mereka. Ada yang tanya mungkin tak terkena sihir atau perbuatan jahat dari pesaing mereka. Sebenarnya sebelum membuka apa juga perniagaan anda perlu memahami  bila, kenapa, bagaimana dan di mana orang ramai ini membeli atau tidak beli sesuatu produk yang kita jual kepada mereka. Ini adalah cara dalam percubaan untuk memahami keputusan yang bakal dibuat oleh pembeli induvidu atau dalam satu kumpulan. Dalam bahasa Inggeris ia digelar, “Customer Behaviorism” atau pun kalau dialih bahasa lebih kurang digelar, “Tingkah laku Pelangan”. Menghasilkan sesuatu produk memang mudah tetapi untuk menjualnya kepada pelangan sangat sukar dan perlu memahami dan bagaimana menilai dan membuat keputusan untuk membeli produk yang kita hasilkan.

Sebelum mamak haji teruskan, bagaimana pelangan membuat analisa tentang produk perniagaan kita, elok juga kita memahami tentang maksud “perception” atau persepsi atau pun dalam bahasa yang mudah kita gelar, “tanggapan”. Jadi mamak haji lebih suka gunakan perkataan “persepsi” kerana ramai ahli politik di negara suka gunakan perkataan persepsi rakyat atau penggundi terhadap parti politik yang mereka mewakili. Kadang-kala kita juga ingin tahu bagaimana pelangan membuat persepsi tentang  restoren, atau perniagaan katering yang kita jalankan. Tiga Faktor yang mempengaruhi persepsi secara umumnya ini ialah:

  1. Motivasi yang diwujudkan melalui pengalaman yang akan menjadikan persepsi. Sebenarnya jenis mereka ini ingin lihat apa yang sedia wujud di pemikiran mereka yang telah terbentuk persepsi. Golongan ini seperti selalu ke luar negera yang maju, ingin lihat kemajuan di negara ini.
  2. Kumpulan ini adalah telah menjadi sasaran-sasaran iklan melalui media massa. Persepsi mereka telah diwujudkan oleh iklan. Ia sama seperti media massa di negara ini membentukan “persepsi pengundi” melalui berita-berita negatif terhadap pembangkang. Kumpulan pelangan ii memerlukan iklan.
  3. Keadaan atau situasi sesuatu perkara akan banyak mempengaruhi persepsi pelangan. Dalam politik biasanya pihak yang sedang memerintah akan menunggu keadaan atau situasi politik yang akan mempengaruhi persepsi penggundi yang biasanya duduk di atas pagar. Pengundi yang “duduk atas pagar”,  ini bermaksud pengundi yang belum lagi membuat keputusan untuk memilih parti mana mereka ingin mengundi. Pengundi-pengundi seperti inilah yang “membawa tsunami Politik PRU 2008. Di mana parti memerintah telah kehilangan 2/3 undi majoriti diparlimen. Maka pihak kerajaan yang sedang memerintah akan menunggu kedaan dan situasi yang tepat untuk mendapatkan kemenangan. Dalam politik situasi atau kedaan ini digelar, “mementum politik”. Biasanya untuk memenangi pilihanraya setiap parti politik perlukn tiga faktur. 1. Kewangan yang cukup 2. Media massa yang digunakan sebagai propaganda politik. 3. Mementum Politik. Seperti anda mengetahui tarikh pembubaran parlimen dirahsiakan pihak yang memerintah kerana mementam politik yang tidak menentu bagi kemenangan mereka. Tetapi terlalu bergantung kepada memontum politik kadang-kala membazir masa dan duit rakyat.

Persepsi yang mamak haji terangkan dengan contoh politik adalah mudah difahami. Persepsi UMNO yang ingin disuntik dalam pemikiran orang Melayu ialah persepsi ketakutan. Ketakutan ini dieloberasi kepada “ketuanan Melayu akan hilang sekiranya parti pembangkang akan mengambil alih kerajaan”. Maka anda tidak rasa pelik “cerita-cerita hantu” yang karut dihidangkan dalam bentuk filem, drama dan cerita mulut kemulut untuk membina “bingkai” ketakutan dalam pemikiran orang Melayu. Ia adalah satu propaganda politik yang amat licik dan berkesan dalam kempen politik. Pembangkang pula siang malam adakan ceramah politik memburukan kerajaan memerintah dengan “persepsi rasuah”. Supaya rakyat menganggap kerajaan yang memerintah 100 peratus korupsi. Apa yang mamak haji ingin terangkan disini ialah “persepsi boleh dibentuk dan boleh digunakan” ia tidak boleh kawal oleh pemikiran biasa.  Dalam perniagaan “persepsi dibentuk melalui iklan”, mulut ke mulut dan juga melalui pengalaman pelangan itu sendiri. Persepsi sebenarnya teknik ekploitasi pemikiran manusia, ia seperti “camouflage” atau penyamaran yang digunakan oleh haiwan yang lemah untuk menunjukkan mereka hebat dlam bentuk fizikal untuk mengaburkan mata musuh. Kalau anda perhatikan burung seperti “burung hantu” punyai mata dan bahagian muka yang sangat mengerunkan yang melihhatnya tetapi cara logik burung hantu ini tidak pernah menyerang manusia. Begitu juga “hantu” diterjemahkan dalam bentuk hodoh untuk menakutkan kanak-kanak. Dengan sebab inilah Allah SWT jadikan golongan Jin yang sangat hodoh tetapi tidak memperlihatkan kepada manusia. Allah SWT tidak mahu wujudkan persepsi ketakutan manusia pada jin, kerana Allah SWT lebih berkuasa. Jadi kenapalah kita patut takutkan jin dan sihir sekiranya kita yakin yang Maha Berkuasa adalah Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak memperlihatkan jin itu pada mata kasar manusia, kenapalah kita gatai sangat nak lihat jin?. Kerja bodoh bukan?. Jadi lupakan sihir atau pun kerja-kerja jahat jin ini dan tumpukan kepada ketakwaan pada Allah Yang Maha besar (takbir). Insyalallah kita selamat bukan saja didunia ini tetapi di akhirat juga kita akan selamat.

Kesimpulan makna, “persepsi” ialah sesuatu informasi yang sengaja dirangsangkan untuk dijelamakam  dalam pemikiran manusia untuk mengawal pemikiran manusia. Persepsi ini bukan kekal, ia boleh ditukarkan atau boleh di olah dengan pembelajaran, ingatan (memori) dan ekspetasi. Maka persepsi adalah penting untuk rangsangkan produk anda dibeli oleh pelangan. Inilah perkara yang asas dalam memformulakan strategi perniagaan. Setiap analisa mengenai perniagaan dan pelangan berdasarkan kepada 6W + 1H. What, Where, When, Which, Who, Why, and How. Dalam bahasa kita:  Apa?, Dimana?, Bila?, Mana satu?, Siapa?, Kenapa? dan Bagaimana?.

Mamak haji berhenti setakat ini dan kalau sihat akan kembali kepada tajuk bagaimana analisa sesuatu produk atau perkhidmatan yang pelangan boleh diterima oleh pelangan. Ramai di antara kita membuka perniagaan tanpa menganalisa terlebih dahulu perniagaan yang kita ingin ceburi akan di terima atau ditolak oleh pelangan. Wassalam. e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,503,334 hits
Januari 2018
I S R K J S A
« Dis    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.