PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Perniagaan Restoren’ Category


Salam, Dalam siri pertama Mamak Haji telah terangkan mengenai sifat hasad dengki yang hina, peranan sifat mulia Ghibah dan juga persaingan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut lunas-lunas Islam. Dalam bahagian kedua ini kita belajar sedikit mengenai startegi bagaimana kita memulakan ‘perang’ terhadap pesaing perniagaan kita, apabila perniagaan kita digugat oleh pesaing yang tidak beretika. Dalam dunia perniagaan semua perniagaan ada risiko, dan juga jangan heran, banyak perniagaan gulung tikar sebelum usia setahun. Persaingan ini bukan saja dari restoren, syarikat-syarikat katering yang berada disekitar tempat perniagaan anda tetapi harus ingat persaingan hebat juga masih berlaku melalui warung-warung makanan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, kedai-kedai makan dan juga gerai-gerai yang canggih yang terdapat didalam pasar-pasar raya terbesar yang terdapat di kawasan anda berniaga. Memahmi dan bersaing denga pesaing-pesaing juga adalah faktur penting untuk menyediakan “Rancangan Perniagaan”, sebelum anda ingin buka perniagaan.  Jangan hanya mengalisa perniagan makanan yang sedang maju tetapi perlu juga kaji premis-premis dan juga syarikat restoren yang telah gulung tikar. Ini nasihat untuk yang ingin membuka perniagaan restoren, katering atau pun gerai-gerai makanan.

Bagi peniaga-peniaga yang sedang berniaga dan menghadapi persaingan hebat, tidak boleh hanya peluk tubuh dan serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu ada sifat marah. Sekiranya tiada sifat marah, atau yang lemah sifat kemarahan itu adalah tercela dari segi agama Islam. Seperti Firman Allah SWT dalam surah al-Fath: 29 yang bermaksud, “Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.” Allah SWT juga berfirman dalam Al-Quran, surah at-Tahrim:9 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” Bersikap keras bermakna ada tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, ia itu menyebabkan wujudnya sifat marah. ‘Marah’ bukan bermaksud kita perlu lakukan perkara-pekara yang ditegah oleh Agama Islam seperti jumpa bomoh, menjerumus diri dalam perkara keji atau merampas secara kekerasan hak orang lain.  Kita perlu marah bermaksud, kita perlu bangkit dengan memberi persaingan yang sihat dalam perniagaan. Kita jangan ada hasad dengki tetapi perlu ada sifat “ghibah” yang terpuji untuk menjadi peniaga yang lebih baik dari pesaing untuk majukan perniagaan kita.

Seni peperangan Sun Tze,  ini terkenal untuk melawan musuh dan menang dalam peperangan. Membuka perniagaan bukan sukar sangat tetapi mempertahankan perniagaan yang sedia adalah sangat sukar. Dunia perniagaan bukan seperti  10 tahun dulu seperti cuma golongan tertentu saja menceburkan diri dalam perniagaan, tapi kina siapa saja boleh memulakan perniagaan dan boleh memberi persaingan yang hebat kepada peniaga lama. Peniaga lama yang tidak akan tahan dengan cabaran dan kehendak atau trend baru pelangan, akan gulung tikar. Seni Peperangan Sun Tze yang terkenal dalam memenangi setiap peperangan boleh diadapsikan kepada perniagaan, politik atau pun ekonomi. Strategi ini juga digunakan oleh ramai peniaga-peniaga Tiong Hua yang berjaya dalam perniagaan di negara ini. Di sini Mamak haji menerangkan sedikit mengenai Falsafah Strategik Peperangan Sun Tze. Bila disebutkan “peperangan” anda perlu berfikir ia sebagai “persaingan”. Apa yang Sun Tze berkata, Sebelum kita memenangi pertempuran(persaingan) ini, perlu ada perancangan. Perancangan ini perlu digariskan melalui,  5 faktur utama, kedudukan dan Muslihat. Jangan terkejut bila kata “Muslihat”. Anda perlu tahu, semua peperangan dimenangi dengan cara muslihat.

1. 5 FAKTOR YANG MENENTUKAN KEJAYAAN.

  1. Pemimpin.
  2. Langit.
  3. Bumi.
  4. Moral
  5. Doktrin dan Disiplin.
2. Lima Faktor utama ini kita pecahkan kepada 3 kumpulan utama:
  • Pemimpin.
  • Langit dan Bumi.
  • Hukum Moral, Doktrin  atau cara dan Disiplin.

a. Pemimpin atau Diri Usahawan itu sendiri.

Apa kah ciri-ciri utama yang perlu ada pada setiap pengusaha atau peniaga:

  • Memahami semau aspek mengenai perniagaan yang diceburi.
  • Memahami mengenai persaingan yang bakal dihadapi.
  • Memahami mengenai makanan dan kesihatan.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat
  • Jujur dan ikhlas.
  • Berdaya kreatif.
  • Mahir berkomunikasi.
  • Berani menanggung risiko.
  • Pandai keputusanyang mengikut keperluan dan masa.
  • Cita-cita yang kuat untuk berjaya.
  • Sentiasa mengamalkan disiplin yang tegas dan juga seorang yang penyayang terhadap pekerja.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
  • Sentiasa membuat hubungan baik diantara peniaga-peniaga dan juga masyarakat setempat.
  • Jangan lupa sikap ushawan perlu seperti “peniaga 1000 Dinar” dan sentiasa taqwa pada Agama.

2. LANGIT DAN BUMI.

seperti anda tahu langit dan keadaan muka bumi akan berubah-ubah. Langit dan Bumi ini dikaitkan dengan faktor-faktor luaran yang sentiasa berubah bagi kedua-dua pihak. Faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan politik negara, kedudukan premis kita, dan keadaan Geography pelangan. Faktur luaran seperti tempat letak kereta, Jalan trafik sibuk, kepadatan penduduk dan jenis pelangan, trend pelangan  yang beriring dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda. Faktur luaran ini juga termasuk undang-undang Majlis Tempatan. Setiap peniaga perlu berubah dan mengikut faktor luaran ini. Jika anda tidak berubah maka perniagaan akan gagal seperti Dinosor yang mati kerana tidak ubah mengikut cuaca bumi yang berubah. Anda juga sentiasa perlu kaji perubahan yang dilakukan oleh pesaing anda.

3. Hukum Moral atau sikap keperibadian.

Moral adalah bermaksud semangat. Semangat anda perlu sentiasa tinggi untuk berjuang dalam perniagaan. Anda perlu sentiasa yakin, “apa juga anda buat itu adalah betul dan amat diperlukan survival perniagaan. Sentiasa perlu “benar” terhadap diri sendiri. Untuk mempastikan anda benar, boleh boleh menguji berapa soalan pada diri anda seperti:

  • Adakah saya betul apa yang saya lakukan?.
  • Adakah saya mempunyai sebab yang betul?
  • Adakah orang lain akan setuju apa yang saya lakukan?

Disiplin pulak amat penting dalam organisasi perniagaan. Pengurusan Masa perlu sentaiasa ditepati. Sekiranya waktu kerja bermula pada pukul 6:00 pagi, sebagi pemimpin perlu ada pada pukul 5.30 pagi, jangan pekerja pulak tunggu kita. Jangan membazirkan waktu, “masa itu emas” dalam prniagaan perkhidmatan makanan. Etika kerja juga perlu disemaikan kepada semua pekerja. Perkara ini anda boleh lihat kepada pesaing anda.  Sekiranya anda sendiri gagal mengetahui kesilapan anda, bagaimana anda boleh cari  kesilapan dari pesaing anda?. Untuk mengetahui kelemahan pesaing kita perlu mengetahui dulu kelemahan kita. Dengan sebab itu Sun Tze ingatkan, “sebelum kenali musuh anda, kenali diri anda dahulu, nescaya anda dapat harungi seratus peperangan tanpa kalah”. Seperti orang beragama kata, ” Maka siapa yang akan kenal dirinya, maka kenal lah tuhannya”. Yang Mamak Haji kata kenali diri ini tak payah, bukak-bukak oleh tuan guru. Kena bukak sendiri. Ingatkan nak habiskan tajuk ini tapi masih panjang lagi namapak gaya nya kena berhenti setakat ini saja. Nanti cuba sambung dalam bahgian 3 nanti, itu pun kalau ada yang minat …kalau benda logik ini memang bosan membaca. Kalau Mamak Haji menulis kisah, ” Adengan porno karpal DAP”, meletup blog Mamak haji ini…hahaha!. Dunia..dunia. Teringat, Bekas Perdana menteri yang terkenal Winston Churchill pernah berkata, “Sesuatu cerita bohong boleh sampai kepada ke separuh  dunia,  sebelum orang itu pakai seluar dan beritahu perkara itu tidak benar”. Mamak haji stop setakat ini saja. Ada perkara-perkara yang nak tanya mengenai perniagaan makanan, katering, atau kantin secara peribadi boleh hantaq e-mail kat: mohd.roslan@gmail.com. Wasaalam.


Salam,  Sebelum Mamak Haji meneruskan bab mengenai bagaimana mengatasi persaingan dalam perniagaan, mari kita menghayati Firman Allah SWT dalam Al Quran dan Hadis Rasulallah s.a.w mengenai hasad dengki sesama peniaga-peniaga beragama Islam supaya pegangan agama kita tidak tersasar menerusi persaingan dalam perniagaan. Persaingan yang sihat dan bersih tanpa hasad dengki di hati adalah amat perlu sebelum kita mempelajari teknik dan cara bersaing dalam perniagaan makanan ini. Jangan sekali-kali anggap peniaga lain sebagai musuh perniagaan kita. Sehinggakan ada peniaga yang sama jenis perniagaan yang dijalankan sebelah-menyebelah tidak tegur-sapa bila berjumpa.  Penting bagi kita yang bersaing ialah hindarkan perasaan “HASAD DENGKI” dari hati kita.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda (maksudNya): “Pintu-pintu syurga itu akan dibuka pada Hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan seseorang yang diantara dirinya dengan saudara itu ada rasa kebencian – dalam hati, lalu dikatakan – yakni Allah berfirman kepada malaikanya: “Nantikanlah dulu kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali.” (Riwayat Muslim).

Dari Anas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda (maksudnya): “Janganlah engkau semua saling benci-membenci, saling dengki-mendengki, saling belakang-membelakangi dan saling putus – memutuskan – ikatan persahabatan atau kekeluargaan – dan jadilah engkau semua hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidaklah halal bagi seorang Muslim kalau ia meninggalkan – yakni tidak menyapa – saudaranya lebih dari tiga hari.” (Muttafaq ‘ alaih).

Firman Allah di Al-Quran: “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Al-Fat-h: 29.

Sila memahami Firman Allah di Al-Quran: MaksudNya: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).  Surah an-nissa:79

Mari kita memahami apa itu maksud sebenar dikatakan, “perasaan dengki” . Dengki bermaksud , seseorang yang tidak gembira sekiranya orang lain mendapat sesuatu, sedangkan dia lebih gembira bila dia yang dapat. Menurut Imam Ghazali ‘Dengki’ itu ada tiga jenis:

1. Rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu terlalu mengharapkan  agar nikmat itu terputus darinya.

2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekali pun dia tidak dapat mengantikan untuk dirinya. Orang jenis ini akan gembira bila orang yang dapat kenikmatan itu jatuh. Ini sifat paling keji dari yang pertama.

3. Tidak mengharapkan-harapkan nikmat itu hilang dari orang lain tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri dengan cara berusaha dengan lebih gigih. Biasanya sifat ini dinamakan, “Ghibah”. Maksud Ghibah ialah satu kesedaran atau keinsafan yang terhasil dari akal fikiran manusia yang berjiwa besar dan luhur. Ia sedar dan insaf akan kekurangan dan juga kemunduran yang ada didalam dirinya untuk memperolehi kenikamatan yang sama ada pada orang lain, selepas menyedarinya kekurangan ini, dia berkerja keras, berusaha mati-matian agar dapat sampai kepadanya apa yang dicapai orang yang senang tadi, niatnya ini tanpa disertai kedengkian dan iri hati. Biarpun menginginkan mendapatkan apa yang telah didapati oleh orang lainkenikmatan yang melimpah, namun hatinya tetap bersih, sedikit pun  tidak mengharapkan agar kenikmatan orang lain akan hilang daripadanya. Orang yang  bersifat ghibah ini sentiasa menginginkan pertunjuk dan nasihat, bagaimana dan cara yang perlu ditempuhinya untuk menuju mencapai cita-citanya seperti orang mendapat kenikmatan tadi.

Jangan samakan sifat ghibah ini dengan perkara dengki. Peniaga yang luhur budi, dan kental imanya akan memiliki sifat ini. Mereka jenis ini apabila mengetahui sesuatu kenikmatan dan kebaikan dan apa juga kebaikan ada di diri peniaga lain tidak hanya berangan-angan kosong tanpa berusaha dan tidak mempunyai sedikit pun hasad dengki terhadap mereka, dan tidak berharapkan supaya lenyap kenikmatanya atau kebaikan dari peniaga-peniaga tadi, atau pun berniat kenikmatan orang itu berpindah kepada dirinya. Sebaliknya peniaga bersifat Ghibah ini cuba mengandakan usahanya lebih gigih dari peniaga berjaya itu untuk mencapai taraf lebih tinggi kejayaan dari peniaga tadi.

Peniaga yang bersifat Ghibah akan memakmurkan persaingan yang sihat dalam perniagaan, sebab jalan yang dilaluinya adalah sangat wajar untuk majukan dirinya melalui perniagaan yang diceburi. Dikatakan persaingan yang tidak wajar dalam perniagaan ialah seperti merosakan harga pasaran secara umum, menghasut pembeli dengan mengatakan  bahawa barang yang dijual oleh peniaga pesaing dengannya tidak berkualiti berbanding dengan kualiti barangnya, makanan yang dijual tidak halal atau bersih, tomahan peniaga seturunya gunakan Jin atau sihir terhadap pelangan,  sentiasa mencari jalan untuk mencuri pekerja yang terbaiknya dari pesaing dengan ingin menjatuhkan perniagaannya dan berbagai cara lain untuk bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan pesaing. Ada juga peniaga mengaku ia adalah, sebagai  peperangan persaingan dalam perniagaan, tetapi mereka tak sedar perasaan bersifat dengki telah dimiliki mereka yang akan dilaknati oleh Allah SWT. Dari apa yang mamak haji terangkan setakat ini , kita sebagai golongan peniaga perlu faham “dengki” itu hanya kepunyaan peniaga-peniaga yang berjiwa rendah dan mendorong mereka ini untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain dengan cara yang ditegah agama. Peniaga-peniaga yang memiliki sifat ghibah pula mempunyai sifat yang bertentangan dengan sifat dengki. Sifat ghibah adalah yang amat baik, murni dan menjadi pendorong utama untuk beramal dan berusaha memperolehi kebaikan dan kenikmatan dunia dan akhirat yang di cita-citakan, tidak sama sekali disertai rasa ingin melakukan sesuatu keburukan pada peniaga lain. Peniaga bersifat ghibah ini sentiasa akan ingin berniaga bersama-sama dan akan berkerjasama dengan baik diantara satu sama lain. Biasanya kita senag kenali peniaga seperti ini.

Sifat yang dengki dihukumkan “Haram” dalam segala segi, kecuali nikmat yang diperolehi oleh seseorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah S.W.T., membuat kerosakan-kerosakan di atas muka bumi dan menyakiti orang lain. Maka dalam perkara ini , tidaklah terlarang bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu dari orang yang derhaka itu supaya terhenti kerosakan-kerosakan itu terhenti. Kita tidak boleh membenci seseorang yang dapat kesenangan seseorang Islam yang dianugerahkan Allah SWT kerana ia bukan menyentuh diri kita, ia seperti perbuatan yang murkai ketentuan Allah. Al-Quran membidas orang bersifat seperti ini dengan firmanNya di surah Al-i-Imran:120  (Bermaksud)

“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”

Mengikut Islam berlumba-lumba atau pun bersaing dengan cara sihat dalam mencari kesenangan atau kekayaan dan kenikmatan dunia tidak dilarang, malah ada kalanya dituntut oleh syariat: Allah telah berfirman Al- Mutaffifeen : 26 , MaksudNya, “Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;”.

Setelah pembaca faham mengenai perbezaan mengenai persaingan dalam perniagaan mengikut lunas-lunas tuntutan agama Islam, barulah kita mempelajari strategi persaingan. Mamak haji pernah membaca buku, “Strategi peperangan Sun Tze” yang terkenal diaplikasi dalam dunia perniagaan, politik. Ada yang banyak pendapat “Strategik Perang Sun Tze” ini yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Mamak haji akan sentuh bab ini dalam siri 2 nanti.

Dalam siri satu ini , mamak haji cuma terangkan apa itu persaigan yang tak terbabit dengan hasad dengki yang bersifat haram dalam Islam dan sifat ghibah yang terpuji. Maka molek benar kita memahami apa makna, “persaingan dalam terminologi perniagaan”. Satu perkara penting anda perlu mengetahui tentang persaingan ialah, “bukan semua perniaga adalah pesaing dalam perniagaan anda”.  Dikatakan pesaing perniagaan ialah peniagaan yang menjual jenis perniagaan yang sama seperti anda. Maka maksud persaingan dalam perniagaan ialah, “satu atau lebih peniaga yang terbabit dalam perebutan pelangan yang sama.” Persaingan dalam perniagaan bukan selalunya tidak baik tetapi ada kebaikannya seperti mengajar kita erti ketabahan menghadapi ujian, lebih inovotif dalam menguruskan perniagaan dan juga meninggikan lagi kualiti produk dan perkhidmatan kita.  Dalam aplikasi Seni Perang Sun Tze dalam perniagaan untuk menghadapi pesaing (musuh) perlu mengenali perniagaan yang diceburi dan juga keadaan sekeliling yang semakin berubah. Peniaga juga perlu mengenali dan memahami perubahan pasaraan, kehendak pelangan dan juga apa kelebihan pesaing dan apa kelemahannya. Kelebihan ini akan memantapkan perniagaan kita ceburi. Di siri 2, Mamak Haji akan sentuh sedikit mengenai aplikasi strategi Peperangan Sun Tze  dalam perpektif persaingan perniagaan. Dah panjang sangat pun posting kali ini..nanti bosankan pembaca. Wassalam.


Salam, Mamak haji terpaksa menulis atikal ini kerana permintaan melalui e-mail oleh pengunjung blog. Box Lunch siri 3, yang berkaitan  cara mengira kos hidangan terpaksa tunda lagi. Kadang-kala ilham tenggelam, bila membaca e-mail dari pembaca blog mamak haji yang sedih, hampir putus asa untuk menyambung perniagaan yang diceburi. Bukan satu atau dua e-mail diterima, kadang-kala berpuluh e-mail perlu baca setiap hari dan selami hati penulis e-mail. Paling gembirakan hati ialah apabila ramai yang telah menceburkan diri dalam perniagaan dan ada yang sangat berjaya.Jawapan-jawapan  e-mail mamak haji bukanlah yang terbaik tetapi ia di tulis dengan seikhlas hati dengan sedaya upaya. Sekali lagi mamak haji ingin tegaskan, anda tak perlu bimbang dengan segala maklumat peribadi yang anda kirimkan, seperti no.telipon atau alamat e-mail anda. Mamak haji berjanji segala maklumat peribadi anda tidak akan disalah gunakan atau pun membocorkan apa saja maklumat kepada pihak ketiga.Dengan itu, pembaca budiman sekiranya anda mengalami kekusutan dalam perniagaan, untuk meredakan hati yang gusar dan terlalu stress,  tulislah kepada mamak haji. Masalah yang kita hadapi itu kalau kita simpan dan simpan, semakin lama ia akan menjadi semakin berat. Dengan memberitahu kepada orang lain masalah kita bukannya selalu  jalan penyelesaian tetapi sekurang-kurangnya hati kita akan berasa lega dan ringan apabila kita ceritakan kepada yang kita percayai. Mamak haji seorang yang pendengar baik. Mamak haji rasa senang dan berbesar hati sekiranya blog ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk bakal dan usahawan baru Melayu dalam bidang perniagaan restoren dan katering. Inilah tujuan asal blog yang kendalikan oleh mamak haji.Sekali lagi mamak haji ucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pengunjung blog mamak haji yang paling terbaik dengan budi pekerti dan juga mempunyai wawasan jitu yang ingin majukan diri, keluarga, Bangsa Melayu, Agama dan juga Negara yang kita tercinta. .

Ramai yang ingin terjun ke alam perniagaan restoren, kataering atau pun ingin berniaga kecil-kecilan adalah sangat baik. Sekiranya kita memusatkan keseluruhan pemikiran kita untuk berjaya bukan saja perniagaan kecilan malah mampu menceburkan diri dalan perniagaan besar seperti pengilangan makanan. Perniagaan kecil atau besar dasarnya sama, kadang menjalankan perniagan besar lebih mudah dari yang kecil yang rumit. Ada juga dengan tiada pengalaman terus ingin menceburkan diri dalam perniagaan yang melibatkan modal yang besar seperti membuka restoren atau kafe. Pernigaan kecil membawa keuntungan yang kecil dan risiko perniagaan juga kecil. Yang besar keuntungannya besar tetapi harus ingat risiko juga amat besar. Jangan pulak kita terlalu takut mengambi risiko besar dengan berpuluh tahun masih berniaga di tepi jalan dan pasar malam. Perniagaan perlu berkembang mengikut kemampuan kita.  yang mamak haji kata terjun kedalam perniagaan berisiko tinggi ialah orang yang tidak mempunyai pengalaman atau terlalu ghairah ingin menjadi taukeh yang glamour.  Memang buka perniagaan memang mudah seperti dapat duit dari KWSP, jual harta tanah atau rumah dengan harapan kalau perniagaan yang diceburi sekiranya maju, boleh beli berganda-ganda, kalau lingkup pun tak apa, tanah itu bukan kita yang beli, kerajaan kasi atau pun ia cuma harta pusaka. Ini bukan guraun tapi realiti yang mamak haji  pernah jumpa dengan ramai peniaga melayu jenis ini. Kalau isteri taukeh restoren duduk kat kaunter bayaran dengan mekap tebal dengan pakaian mahal kalahkan pelakon dan macam taukeh kedai emas itu adalah spesis ini. Anda boleh fahamkan maksud mamak haji bila anda buat bayaran dengan orang seperti ini. Kalau nak tunjuk kaya raya duk kat rumahlah buat apa bukak restoren?…hahahaha!. Mereka jenis ini akan memulakan perniagaan restoren canggih-mungeh, selepas enam bulan tutup perniagaan.

Kenapa ramai peniaga restoren amat takut dengan perkatan “PEMASARAN”?. Bila saja orang kata pemasaran kita anggap pemasaran adalah “iklan” yang akan membabitkan kewangan. Ya!. memang betul, apabila kita inginkan keuntungan terpaksa mengeluarkan perbelajaan.Tapi bukanlah iklan yang anda sangkakan menelan beribu-berbu ringgit.Pemasaran restoren sebenarnya mudah tapi bukan senang. Tidur pun mudah tapi bukan nak senang tidur nyenyak bukan begitulah pemasaran restoren ini. Dalam pemasaran restoren anda perlu fokuskan tiga sasaran, untuk meningkatkan keuntungan restoren anda. Pertama: Cuba dapatkan seberapa ramai pelangan baru berkunjung ke restoren anda. Kedua: Tentukan Pelangan yang pertama kali berkunjung ke restoren anda kerap kali berkunjung.Ketiga: Tentukan anda tingkatkan keuntungan melalui setiap pelangan dengan jualan. Takat pelangan minum air kosong dan guna WiFi percuma buat apa bukan?. Pendekan formula strategi pemasaran restoren ialah F+ R + M = $$$$. F ialah First Customer, R adalah Returning customer dan M adalah profit Margin. Mudah tapi bukan senang?. Mamak haji pernah menulis mengenai tajuk di atas itu mengikut pengalaman lampau mamak haji diblog ini. Tetapi tengah duduk memikirkan setelah membaca e-mail dari pengunjung blog yang sedih mengatakan telah buat segala-galanya seperti mamak haji sarankan itu dalam blog untuk menambahkan jualan harian tetapi jualan si pengirim e-mail ini semakin hari semakin merosot. Dok pikiaq apa yang tengah berlaku dengan perniagaan sekarang, mamak haji teringat tentang cara memandu kenderaan. Perniagaan juga sama seperti kita memandu kenderaan. Kalau perniagaan besar, maka besarlah kenderaan kita seperti sebuah bas. Perlu ada penumpang. Penumpang ini seperti pekerja kita. Sikap pekerja ini sama seperti penumpang bas, kalau dia nak turun, dia boleh tekan loceng dan kita perlu turunkan pekerja, lain pula kita sebagai pemandu mempunyai destinasi yang perlu sampai. Perniagaan juga mempunyai destinasi untuk dicapai. Kita tidak boleh berhenti bas kita sesuka hati atau pun meninggalkan bas itu. Kita perlu sampai ke destinasi terakhir. Nampak persamaan tak. Yang mamak haji memikirkan ialah cara memandu bas itu!. Untuk memandu bas kita perlu lihat ke hadapan bukannya sepanjang masa memandu bas itu gunakan cermin belakang saja. Cermin belakang kita perlu lihat sekali-sekala untuk menentukan keselamatan bukan untuk memandu ke hadapan. Perniagaan juga kita perlu lihat kehadapan bukan sentiasa ikut pengalaman yang kita telah lalui. Asyik tengok cermin belakang bila nak sampai?. Maka rumusannya untuk memandu perniagaan kita perlu lihat kehadapan maka strategi pemasaran restoren jua perlu maju kehadapan. Dunia semakin pesat ke arah modenisasi atau Tok Najib kata, “transformasi”. Maka kita perlu transform atau mengubah cara strategi pemasaran perniagaan kita mengikut transfomasi. Kita tak perlukan robot transfomer – “Autobot” untuk lakukan transfomasi strategi pemasaran restoren ini tetapi cuma perlukan idea yang baru.Cuba anda teka, apa yang orang paling minat dan tak boleh rengang sekarang?. Jawapannya ialah “Hand Phone” atau telepon bimbit (mamak haji suka guna nama Hand phone, minta maaf). Hand Phone tak renggang dengan si pemakainya walau pun dalam tandas tengah lepas pun boleh sembang.Bayangkan kesan dalam hand phone kepada si pemakai.  Minta maaf mamak haji tak pakai hand phone kerana berpendirian othrodoks, ” No news is good news”. Ramai dalam rumah ini pakai. Lagi pun tak berani keluar rumah berseorangan takut di Fitnah “khalwat” nanti..hahaha!.Rakyat Malaysia kini malas nak bawa ke mari lap top atau pun note book. Mereka lebih suka membawa smart phone yang memberikanperkhidmatan sehebat computer peribadi.Mengikut Nielson survey pada tahu 2010 golongan muda berumur 20-24 tahun menggunakan internet melalui hand phone lebih 19 peratus. Semakin ramai rakyat memeliki hand phone adalah dijangkakan penggunaan hand phone akan mencapai sehingga 29 juta yang melebihi jumlah keseluruhan penduduk negara ini 117.6 peratus. Anda cuba bayangkan. Hand phone cuma sampai ke negara ini pada tahun 1998 yang menggunakannyaa golongan elite yang membawa seperti peti peluru askar kesana kemari yang boleh dengar dan cakap saja.Harga seunit mencecah puluhan ribu. Maka wujudlah nama Telepon bimbit. orang bimbit ini selalu beg kalau masukan dalam poket bukan namanya bimbit.Yang sebetulnya telepon bergerak atau mobile phone. Oleh kerana takut salah tafsir sebagai “mobil”, makan nama bimbit itu berkekalan sehingga hari ini.Bila internet dimasukan dalam hand phone maka jadilah ia smart phone atau phone pintar.  Anda cuba bayangkan pengguna internet di negara ini pada desember 2011 adalah 17,723,000 pengguna dan orang malaysia menggunakan Face Book saja 12,060,340 pengguna dari jumlah penduduk negara ini 28,728,607. Internet jalur lebar telah meliputi 61.7 peratus keluasan negara. (sedutan dari http://www.internetworldstats.com/asia.htm). Apa maksud mamak haji ialah gunakan hand phone sebagai strategi pemasaran perniagaan restoren adalah paling tepat untuk masa depan perniagaan anda. Kini tak perlu buat web-site mahal-mahal kerana siapa yang nak tengok web-site anda?. Orang dah tak ada masa duduk rilex tengok web site memualkan dengan cara angkat bakul naik lif ini.Orang malaysia gilakan offer atau tawaran stimewa. Tanaa tawaran orang malaysia tak minat. Ini bukti. Kalu BN tak tawarkan potongan harga tol atau offer yang baik kemungkinan akan gagal pada PRU13 nanti. Kita tunggu pulak offer dari pakatan rakyat nak offer apa lagi?. Maka lawan tawar menawar begitu jugalah tawaran istimewa jamu selera direstoren anda. Bila hari itu perniagaan suram dan kurang pelangan, lauk banyak lagi. Ambil telipon sms kepada semua kenalan atau pelangan dengan tawaran istimewa dan potongan harga atau pun buat permainan apa yea..nanti jatuh haram pulak. Macam buat kat tv lah senang..sah JAKIM luluskan kalau kena dengan JAIPP kata kat TV ada..habis cerita!. Jadi dari sekarang mula kumpulkan no.talipon bimbit sebanyak mungkin dan berhentilah kumpul namA web-site atau pun e-mail.

Perniagaan restoren atau katering ini yang memberi perkhidmatan kepada pelangan ini, yang penting bukan, “apa yang kita ingin perkatakan tentang perniagaan kita tetapi yang penting ia lah apa yang orang lain memperkatakan tentang perniagaan kita”. Tak perlu kita iklan cara lama, dengan cerita kita boleh buat macam ini dan macam itu, lauk pauk kita paling sedap, paling bersih atau layanan diberi paling istimewa untuk pelangan. Kita berhenti sekejab dengan idea iklan seperti ini yang berbentuk “angkat bakul sendiri naik lif”, ini. Ada tak pernah kita fikir apa pendapat orang lain tentang apa yang kita iklankan di brocer atau di kain rentang atau memberi borang untuk pelangan isi atau meletakan peti cadangan?. Apa kah kita boleh dengar kritikan dengan hati terbuka?.Jangan lupa orang Asia ini sikapnya suka berdendam, ingat apa yang terjadi di restoren KFC di KL?. Di mana pelangan kena rembat?. Jadi bagaimana dan di mana pelangan yang tidak berpuas hati ini akan menyalurkan ketidak kepuasan hatinya tentang restoren kita?. Bila internet diperkenalkan, pelangan mula cetuskan perasaan mereka dengan mudah dalam media sosial seperti blog, tweeter atau pun Face Book. Sekiranya komen dari pelangan dibaca oleh pengunjung blog atau rakan FB mereka, ia akan menjadi buah mulut. Seorang akan sampaikan kepada 10 orang, anda kira saja 10,100 atau seribu!. Sekiranya anda punyai FB untuk restoren anda sekurang-kurangnya anda dapat memberi penjelasan yang baik untuk pengadu dan juga orang lain. Ia mudah dan senang kenapa tidak mahu menggunakan. Kalau anad tidak ada masa mintak anak anda mengelolakan Face book ini. Keadaan berniaga berlandaskan perkhidmatan bukan seperti dua atau tiga tahun dahulu, masa depan semakin mencabar. Sekiranya kita tidak menyesuaikan diri dengan transfomasi sedang melanda, kemungkinan kita akan ketingalan bas. Sekarang anda faham apa yang mamak haji maksudkan dengan memandu kenderaan jangan suka sangat gunakan cermin belakang kenderaan. Strategi pemasaran sudah mula berubah mengikut rentak pelangan. Anda juga perlu berubah mengikut perkembangan di sekeliling anda. Maka cuba fikir strategi pemasaran menggunakan telepon bimbit ini. Berbagai cara kita boleh lakukan untuk menarik pelangan ke restoren kita seperti menghantar kupon potongan harga, boleh buat tempahan meja atau sebagainya untuk pelangan, bila tahu hari kelahiran pelangan anda juga boleh hubungi dengan menawarkan tempat khas untuk menyambut hari kelahiran dengan tawaran kek hari jadi percuma atau minuman percuma, menyambut hari ibu atau bapa, hidangan istimewa harian atau apa saja anda fikirkan boleh membawa pelangan anda ke restoren anda.Wassalam.


Mamak Haji amat tertarik dengan komen seorang dari pembaca blog ini: “saya mahu berniaga, tapi saya perlukan ‘cara’. akhirnya saya mencari ‘cara’ dengan memohon belas ehsan dari kerajaan yang mendabik dada mengatakan mahu membantu dari segi kewangan dan buah fikiran. akhirnya saya mengambil peluang tersebut. saya mengizinkan diri saya untuk dilatih oleh pihak tertentu yang dianggap ‘berjaya’ oleh pihak kerajaan selama enam bulan. pihak yang berjaya ini hanya berniaga di foodcourt di damansara, sementara satu lagi di bangsar. pada satu hari saya ditugaskan untuk berada di outlet bangsar, saya sangat kecewa bila dalam masa sehari saya berada disitu satu pun order tidak masuk. adakah ini yang dimaksudkan berjaya oleh pihak kerajaan, adakah pihak ini layak melatih saya untuk menjadi usahawan yang berjaya??.

Mamak Haji tiga atau lima kali ulang baca tulisan yang tercetus dari hati yang ikhlas. Apa rumusan tentang mengetahui cara berniaga sebelum mula berniaga?. Apakah betul orang kata, “cakap bukan serupa bikin”.  Ramai yang boleh cakap tapi sukar nak lakukan apa yang dicakapkan. Ia seperti kerajaan meminta siswa yang mengangur menjadi petani moden menanam jagung. Memang bagus idea ini, kerana dari menggangur lebih baik jadi petani berstatus siswa tanam jagung di kampung untuk dapatkan sumber pendapatan untuk membayar pinjaman PPTN. Tetapi masalahnya timbul pada siswa petani ini ialah, bila jagung yang ditanam itu mengeluarkan hasil dengan siapa kita nak menjual?. Dengan FAMA?. FAMA itu nak jual dengan siapa?.Mamak haji pun kurang pasti, FAMA itu ada lagi atau sudah bungkui!. Ia  sama ceita dengan kawan mamak haji seorang yang sibuk sangat buka kebun sayur kangkong. Bila hasil itu tuai, masalah dia dengan siapa dia nak jual kangkong itu?. Kalau sedikit tak mengapa, mamak haji boleh beli. Ini tanam sampai bertan-tan beratnya. Perniagaan mana pun perlu ada rangkaian. Orang Cina bertani, atau berniaga bermacam-macam perniagaan jadi kaya raya kerana ada rangkaian perniagaan. Pekebun orang Cina yang tanam sayur ini sudah lama telah ada rangkaian ini. Cara mereka mendapatkan rangkaian amat mudah. Setiap pekebun bermula dengan peniaga sayur. Mereka menjadi penjual sayur di pasar-pasar awam bukan di pasar tani. Sayur mereka dapat bekalan dari orang tengah.  Sasaran atau strategi peniaga sayur ini bukannya suri rumah yang beli seringgit kangkung tetapi pengusaha-pengusha katering, kantin atau restoren. Pengusaha ini memerlukan bekalan sayur sama setiap hari dengan kuantiti yang besar. Maka harga yang ditawarkan si penjual sayur dipasar kepada pengusaha ini lebih murah berbanding harga yang dijual kepada suri rumah. Maka penjual sayur ni membuat ikatan perniagaan (bisness link) dengan berbagai-bagai tawaran (sales strategi) seperti menghantar sayur ini kepada tempat perniagaan pengusha, berikan kredit jangka pendek, boleh mengambil pesanan melalui talipon dan penghantaran yang percuma dan berbagai-bagai cara lain untuk menambat hati pengusaha-pengusha ini. Sebenarnya dalam perniagaan ini adalah cara yang dikatakan pengurusan perkhidmatan. Maka pengusaha-pengusaha ini terikat dengan taukeh sayur ini. Semakin lama semakin ramailah pengusaha mula berurusan dengan peniaga sayur ini. Maka dalam sehari kangkung yang diedarkankepada pengusha-pengusha ini berjumlah berat bertan. Peniaga sayur di pasar ini, tidak lagi perlukan orang tengah untuk membekalkan sayur kangkung. Dia boleh membuka kebun sayurnya sendiri yang tanam kangkung untuk bekalkan kepada pelangan-pelangannya. Dia boleh buka kebun cuma dapatkan tiga atau empat pekerja pendatang asing Bangla dengan pajak tanah orang kampung yang terbiar. Kepakaran tanam kangkung dia booleh daptkan dari pekebun mahir. Dia tak perlukan pegawai pertanian atau pegawai MARDI. Semakin lama semakin besarlah kebun kangkungnya kerana orang tengah yang bekalkan sayur-sayuran lain dipaksanya dapatkan bekalan kangkung dari kebunnya. Kenapa terpaksa orang tengah perlu ambil sayur dari si pekebun kangkong ini?. Kerana dia bukan saja bekalkan sayur kangkung saja untuk pelangannya tetapi perlu bekalkan berbagai sayur maka kalau dia nak membeli sayur jenis yang lain dari orang tengah ini, perlu juga orang tengah itu membeli sayur kangkung kebunnya. Dengan ini penjual sayur ini akan menjadi kaya raya kerana lingkaran perniagaan yang begitu unik. Kalau kita ingin nak tanam kangkung dan menjual kepada orang tengah seperti ini, harga kangkung kita dibeli dengan harganya lebih berkali ganda murah dari harga pasaran. Inilah sebab orang Melayu sukar menjadi petani, bukannya malas tetapi di mana mereka nak jual produk mereka?. Di Pasar Tani…hmmm!. yang jual kat pasar tani itu bukan petani tapi beli sayur dengan orang tengah dan jual lebih mahal dari pasar harian. Dengan sebab itulah cuma Pasar tani di Johor Bahru yang paling berjaya. Bukan kerana Johor bahru itu punyai bekas Menteri Pertanian dan kini Timbalan Perdana Menteri yang cekap tetapi kerana pelangannya datang dari negara jiran Singapura yang termampu beli. Perniagaan perlu ada rangkaian, rangkaian yang paling mudah ialah melalui Persatuan. Di negara-negara eropah persatuan petani ini begitu aktif untuk menjaga kepentingan petani. Tetapi sayangnya di negara kita, persatuan lebih aktif dalam politik dari menjaga kaum petani. Di Negara Barat, Harga pasaran hasil pertanian ditetapkan oleh persatuan bukannya kerajaan. Kerajaan cuma menjadi orang tengah di antara persatuan dan pengguna yakni rakyat. Kerajaan menjaga kepentingan rakyat, persatuan pula menjaga kepentingan petani. Inilah sistem ideal dalam negara demokratik. Tetapi apabila kerajaan dikawal oleh segolongan pengusaha-pengusaha yang kaya raya maka “empathy” kerajaan untuk rakyat akan tercabul. Kerajaan pulak mengikut telunjuk taukeh-taukeh besar. Bila taukeh ayam kata, Daging Ayam tak naik”, taukeh ayam pulak naikan harganya. Ini Menteri kata, gula kena kerajaan tanggung subsidi banyak sangat..ini semua cerita basi!. Nak pilihanraya ini macam-macam timbul. Mamak haji dah masak sangat dengan politik ini. Bila kata tak naik..dia naik.  Oklah mamak haji dah terbawa-bawa kepada politik pulak dah?. Cuma mamak haji takut harga gula naik lagi!. Kita tengaok apa yang dikatakan “cara” oleh penulis komen ini.

Bila ingin mulakan perniagaan perlu ada “nawaithu” atau niat yang baik mengikut lunas-lunas dianjurkan agama. Cara orang Islam berniaga dengan orang bukan Islam berniaga banyak perbedzaan. Jangan jadikan peniaga bukan Islam sebagi rujukan untuk orang Islam berniaga. Salah caranya. Takat ingat “berniaga” boleh menjadi kaya-raya, itu cara pemikiran yang tidak gunakan iman. Akal atau pemikiran manusia perlu sentiasa disalut dengan iman. Iman adalah oditor kita untuk bezakan yang baik dan buruk dalam perniagaan. Nabi Besar S.A.W pernah bersabda:

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

 Perkara kedua kita perlu ketahui sebelum buka perniagaan adalah, “Pengurusan Perniagaan”. Pengurusan yang tidak cekap merupakan salah satu masalah dalam operasi perniagaan. Kita sebelum mulakan perniagaan perlu mengetahui sedikit sebanyak ilmu pengurusan perniagaan. Pada umumnya majoriti pengusaha katering atau restoren yang ingin mulakan perniagaan, mempunyai pendidikan formal yang rendah tetapi ini bukan batu penghalang untuk mempelajari sedikit pengetahuan pengurusan perniagaan. Perniagaan zaman kini memerlukan  sistem pengurusan yang lebih moden dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk kekal dalam dunia perniagaan. Kita tidak lagi boleh bergantung cara perniagaan cara yang lama. Apa saja kejayaan lampau dalam perniagaan kita bukan jaminan untuk kita terus boleh maju di masa akan datang. Apa itu pengurusan perniagaan?. Pengurusan Perniagaan secara ‘amnya melibatkan empat fungsi pengurusan utama seperti “Pemasaran”, “Kewangan”, “Pengurusan pekerja” dan juga “Pengurusan Perkhidmatan”. Inilah kunci kejayaan sesuatu perniagaan dalam ‘alaf baru ini. Inilah sebab Mamak haji banyak menulis tentang perkara-perkara ini dalam blog ini. Tulisan Mamak Haji adalah dari pengalaman yang telah lalui bukan dari buku-buku teks “Pengurusan Perniagaan”.  Mamak haji juga seperti peniaga-peniaga lain pernah buat kesilapan dan pernah gagal banyak kali dalam perniagaan. Kegagalan perlu dipelajari untuk terus memperbaiki diri kita. Kita jangan takut dengan kegagalan, setiap kegagalan adalah untuk kita maju ke arah kejayaan. Berniaga memerlukan keberanian, rajin, cekal, sabar, ikhlas dan kemahuan ingin belajar. Di bawah ini Mamak Haji menulis sedikit nasihat untuk menaikan semangat untuk mereka yang ingin mulakan perniagaan dan ingin berjaya dalam perniagaan.
  1. Ramai di antara kita mempunyai idea untuk berniaga tetapi sedikit yang membuat keputusan untuk realisasikan sesuatu sekarang. Sekiranya anda ingin berniaga… bukan esok. Bukan juga minggu depan atau tahun depan tetapi lakukan hari ini. Peniaga yang tulin ialah merealisasikan idea bukan seorang yang suka berangan-angan.
  2. Untuk menjadi pengusaha makanan yang terbaik, sentiasa meletakan diri anda ditempat pelangan anda.
  3. Perniagaan makanan anda, tidak wujud untuk diri anda tetapi untuk berkhidmat untuk orang lain.
  4. Untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi, sentiasa tempatkanya dihati anda, untuk beroleh kejayaan.
  5. Pelajaran terbaik yang akan terima dalam perniagaan katering ialah daripada pelangan yang paling terburuk yang pernah anda memberi perkhidmatan.
  6. Peluang berniaga tidak akan mencari kita, kita yang perlu mencarinya.
  7. Kejayaan anda yang lepas, bukan jaminan untuk kejayaan masa akan datang.
  8. Sekiranya kita ingin berniaga kerana sayangkan kemewahan duniawi, kita tidak akan berjaya dalam perniagaan atau dalam kehidupan.
  9. Setiap peniaga perlu buat perubahan, dan sekiranya perubahan itu menjadikan kita gagal, sedia mengaku kesilapan dan membaikinya pada perubahan yang anda lakukan kemudian. Dalam perniagaan perubahan amat perlu.
  10. Sekiranya anda cuma berusaha mencari kejayaan hidup cuma melalui perniagaan, anda pasti akan menemui kegagalan dalam hidup anda dan juga dalam perniagaan. Tetapi anda sayangkan perniagaan ini sebagai sunah Nabi Besar S.A.W sudah pasti anda beroleh kejayaan didunia ini dan akhirat nanti. Insyallah.

Wassalam.


Kali ini Mamak haji ingin beri sedikit penjelasan mengenai pengurusan kewangan dalam perniagaan restoren dan katering yang Mamak haji memahami. Mengurus dan mengawal aliran tunai adalah paling sukar dalam perniagaan restoren yang sentiasa wang tunai masuk dan keluar.  Sekiranya pengurusan aliran wang tunai atau cash flow tidak difahami betul-betul dalam perniagaan restoren atau katering, akan menyebabkan sesebuah perniagaan restoren atau katering kemungkinan besar mengalami masalah kewangan yang serius untuk tidak mampu lagi membayar upah pekerja, membayar sewa, mengantikan peralatan perniagaan yang rosak atau membeli stok bahan-bahan mentah untuk masakan. Jika keadaan ini berlaku, terpaksalah pengusaha restoren atau katering itu tutup perniagaannya atau pun kena jumpa “abang along” atau ceti haram. Bagi Pengusaha dan Peniaga makanan ini pinjam dari along bukan perkara jenaka tetapi ia serius dan telah pun menjadi penyakit sosial dalam negara kita. Kredibiliti kerajaan dalam membantu golongan peniaga-peniaga kecil terutama bagi golongan orang Melayu masih boleh dipersoalkan. Kenapa peniaga-peniaga ini mengambil pinjaman dari Along atau “loan Shark” ini?. Jangan mengambil jalan pintas dengan menuduh golongan pemimjam ini malas berusaha atau kurang memahami risiko yang akan mereka hadapi. Pemimjam dari along ini sebenarnya putus  “aliran wang tunai” untuk menjalankan perniagaan yang sedia ada yang menjadi periok nasi mereka. Tanpa perniagaan yang mereka ceburi, keluarga dan diri mereka kemungkinan manjadi papa-kedana. Ini keadaan terpaksa!. Bukan suka atau pun hobby memimjam dengan “along”. Siapa yang boleh bantu peniaga seperti ini?. BANK?. Alahai Bank komersial negara ini selalunya, “Bila tak hujan mereka ini hulur payung, Bila hujan mereka tarik kembali payung dan biarkan anda basuh Kuyup”. Maksud Mamak haji bila banyak duit tersimpan dibank mereka ini hari-hari talipon kita untuk memaksa ambil pinjaman, bila tak ada duit, ingin pinjam dari bank minta dokumen itu dan ini. Setiap kali jumpa pegawai bank, bila tanya kedudukan pinjaman kita; jawapannya senang, permohonan pinjaman dalam perhatian KL. Selepas enam bulan anda akan dapat jawapan yang paling menyeronokan, ” Duka citanya dimaklumkan permohonan anda telah gagal..hahaha!. Maka nak pinjam dengan Kerajaan?. Tunggu pilihanraya umum atau pilihanraya kecil maka Menteri Pusat akan berbesar hati pertama kali melawat kawasan anda bersama Bakal YB yang macam “rusa masuk kampung akan hulurkan cek pinjaman di Majlis besar-besaran yang dianjurkan parti politik. Bagi derma tak apa juga, tapi nak bagi duit rakyat kepada rakyat pun nak pancing undi dulu macam duit emak bapak depa punya pulak. Oh lupa, anda juga termasuk golongan yang layak terima bantuan wang zakat Baitulmal kerana menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikan dan bukankah anda juga termasuk dalam 8 asnaf yang layak terima – golongan A-Gharimin?. Nanti dulu, nanti pegawai baitulmal beri jawapan, Duit zakat Baitulmal dah habis kerana bayaran kos Peguam untuk bela Menteri Agama dan telah pun melabur dalam buat bangunan baitulmal 10 tingkat…hahahaha!. Akaun masuk kita tahu, keluar allahhualam. Bantu ummah jual minyak urat?. Apa yang peniaga Melayu yang berniaga seperti, “kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang”, perlu buat?. Fardu”Ain itu penting dan Fardu Kiffayah juga penting untuk ummah. Ummah tidak lagi dipentingkan.  Ramai yang jadi hipokrit. Peniaga seperti ini tidak ada pilihan dan terpaksa masuk ke dalam mulut along kapir laknatullah yang menjadi kayu api dineraka jahanam. Yang menjadi isu ialah bukan pinjaman itu tapi kemampuan membayar balik pinjaman itu dengan kadar bunga yang tinggi?. Bagaimana anda boleh bayar along kalau bunganya sampai mencecah 20 peratus sebulan?. Perniagaan yang mereka ceburi untungnya cuma 15-18 peratus. Jumlah peniaga ini pinjam dengan along bukan bilangan yang sedikit. Di Pulau Pinang ada seorang “along” yang kena cekup dengan PDRM. Rupanya along ini mempunyai 1,700 pelanggan tetap dan nilai jumlah perniagaan untuk tiga bulan saja melebihi dari RM15 juta!. Bila Mamak Haji temu dengan rakan – dari golongan pengusaha restoren, selalu ingatkan mereka jauhi dari memimjam dengan along kerana kita tak mampu membayar dengan bunga yang dikenakan.

Memang kebanyakan Restoren mengikut penyata akaun tahunan tidak akan rugi. Sekiranya di Penyata kewangan tahunan untung tak semestinya restoren itu untung. Mamak haji ingin tegaskan kepada sesiapa yang mahu mencebur diri dalam perniagaan restoren dengan membeli restoren yang sedia ada. Jangan terlalu ghairah dengan Akaun Penyata KEUNTUNGAN Kewangan Tahunan Syarikat restoren itu. Tanya sekali penyata analisa “cash flow” syarikat dan baru buat keputusan. Bank-Bank komersial cuma akan luluskan pinjaman anda dari analisa “cash Flow” bukannya dari Penyata keuntungan Kewangan tahunan syarikat. Ingat, ” PERNIAGAAN ANDA AKAN JATUH, WALAU PUN PERNIAGAAN ITU MEMBERI KEUNTUNGAN TETAPI TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN (CASH FLOW) YANG BAIK”. Keuntungan adalah pendapat, wang tunai adalah keyataan. Tanpa wang tunai yang cukup..habis perniagaan anda.

Pengurusan kewangan paling penting dalam perniagaan restoren atau katering adalah pengurusan “Aliran wang Tunai”. Tanpa anda mengetahui apa makna “aliran wang tunai”, sudah pasti anda akan gagal menjalankan perniagaan. Jangan peningkan kepala anda dengan berbagai-bagai andaian tentang aliran wang tunai ini. Cara mengira aliran wang tunai ialah, berapa banyak wang masuk melalui jualan dan tolak dengan jumlah wang keluar (maknanya perbelanjaan) pada setiap bulan. Jadikan ia sebagai amalan setiap akhir bulan. Di setiap akhir bulan anda akan mengetahui tahap kedudukan kewangan aliran wang tunai anda, adakah ia selesa atau buruk. Kalau buruk tanya diri anda di mana silapnya?. Mudah bukan?.

Tujuan kita berniaga ialah, ingin bebas dari masalah kewangan, bukankah kita perlu mengukur kedudukan kewangan kita sama ada kita berada dalam kedudukan ke bebasan kewangan atau berada dalam masalah kewangan?. Kalau masalah kewangan kita perlu menjaga perbelanjaan kita untuk memastikan kita merancang segala bentuk perbelanjaan untuk bulan hadapan dengan kaedah-kaedah penjimatan dan pengasingan dan membetulkan pembaziran dan meminumkan pengeluaran wang tunai. Dalam perniagaan kalau tak ada hutang bukanya dikatakan perniagaan. hutang dalam perniagaan memang  biasa tetapi untuk menghapuskan semua hutang-piutang kita juga perlu mencapai matlamat kewangan kita. Setiap akhir tahun, kita perlu pasang niat atau matlamat untuk memperbaiki aliran wang tunai kita untuk tahun berikut kepada kenaikan sekurang-kurangnya 15 – 20 peratus setiap tahun. Aliran wang tunai amat perlu untuk tabungan untuk masa depan. Tabung ini boleh dirancang untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

Mamak haji bukan nya seorang accountant, tetapi belajar dari pengalaman dengan jatuh-bangun dalam perniagaan ini. Masa jatuh terlantar itu, Mamak Haji tanam semangat untuk bangun dengan lebih kuat supaya tidak jatuh lagi. Kita perlu sentiasa insaf kesalahan kita dan jangan sekali menuding jari kepada orang lain, dengan berbagai tomahan seperti kena tipu, kena sihir, kena main dan macam-macam lagi. Akuilah, kita kena tipu kerana yang tipu itu lebih cerdik dari kita dan kita ini masih bodoh dalam peniagaan, kalau kena sihir, katakan pada diri anda, “saya tak mengamalkan kaedah yang agama mengajar kita untuk selamat dari terkena sihir”, kalau rasa kena main, Ingatkan diri anda, “saya meniaga suka main-main dan tak serius”. Agama kita mengajar kita untuk menilai diri kita sendiri. Kita nilaikan diri kita sendiri, apa yang menyebabkan kita gagal?. Kita menuding satu jari kepada orang lain, empat jari yang lain itu menuding ke arah diri kita. Sekiranya jatuh dalam perniagaan, terima hakikat kesilapan kita yang lampau supaya kita boleh membaiki diri untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan.

Sedikit lagi Mamak haji nak sambung tentang cash flow ini. Ia dipanggil, “Cash flow Gaps”. Gaps itu bermakna ruang yang berlaku semasa wang tunai masuk dan wang tunai keluar tidak sama dengan satu sama lain. Sekiranya wang tunai keluar lebih banyak dari wang masuk dari perniagaan, ini akan menyebabkan perniagaan anda akan mengalami kekurangan wang tunai. Perkara ini kerap kali berlaku pada restoren yang baru buka kerana untuk membuka restoren kita perlu belanjakan wang tunai yang berjumlah besar. Perbelanjaan seperti deposit sewa bangunan restoren, papan-iklan, semua peralatan restoren, pendaftaran perniagaan, lesen yang berbagai, dan lain-lain. Bila kita boleh dapat kembali wang tunai telah dikeluarkan itu?. Sebulan atau 10 Tahun?. Maka semasa membuka restoren pandai-pandai atau bijak membelanjakan setiap ringgit wang tunai. Kita amat perlukan wang tunai itu untuk operasi restoren itu kelak. Jangan habiskan semua wang tunai anda hari ini, semata-mata harapkan dari jualan harian esok. Rancang dengan baik.

Bagi yang membuka katering kantin atau katering untuk kerajaan, masalahnya ialah kredit/ hutang. Ada juga pengurusan kantin kilang memberi kupon subsidi untuk pekerjanya untuk meringankan perbelanjaan pekerja untuk beli makanan yang dijual dikantin. Pengurusan kilang pula mensyaratkan kupon ini hanya boleh dituntut pada akhir setiap bulan. Itu baru tuntutan tapi bayarannya entah bila. Pengusaha kantin perlu amat berwaspada dengan hutang cara profesional ini. Jangan terlalu ghairah dengar, nilai kupon ini boleh cecah kepada puluhan ribu diakhir bulan. Tapi mampukah anda menyediakan sejumlah wang tunai untuk membayar gaji pekerja dan beli bahan makanan?. Apa hal sekiranya pekerja makan dalam dikantin anda cuma dalam lingkungan nilai kupon itu saja. Anda akan kekeringan wang tunai masuk. Anda perlu ada wang tunai yang secukup untuk setiap bulan atau anda juga boleh berhutang dengan pembekal. Jadi dalam hal ini untuk mengawal aliran wang tunai, cuba cari perbedzaan di antara jumlah hutang yang belum anda belum bayar kepada pembekal anda dengan keseluruhan jualan anda di setiap akhir bulan. Jangan pulak nanti hutang anda kepada pembekal lebih banyak dari wang yang belum terima dari jumlah hasil jualan. Sekiranya pemiutang anda lambat membayar, dibulan hadapan anda perlukan lebih banyak wang tunai sehingga anda sukar untuk membayar gaji pekerja-pekerja anda. Inilah banyak kes majikan mintak hutang dengan pekerja.

Mamak haji sejak tiga tahun membuka blog ini, tak pernah dapat sebarang soalan dari golongan katerer kantin kilang. Harap katerer kilang yang hadapi masalah, bolehlah kita berkongsi pendapat mencari penyelesaian. Pengusaha Katerer kantin yang 99 peratus dari daripada pengusaha Melayu perlu ubah wadah perkhidmatan katering kantin ini kepada lebih profesional dan dihormati oleh pengurusan kilang. Pengusaha katering kilang perlu berubah dari cara berfikir lama kepada cara baru dan profesional. Perlu adapsi pembahruan dalam dunia perniagaan. sekiranya anda sebagai pengendali kantin berpuluh tahun tapi masih lagi mengejar tender baru dengan lebih murah harga dari tahun-tahun yang lepas bukan seorang yang profesional.  Kini perlu ubah cara katerer merayu untuk mendaptkan tender kantin dari pengurusan kilang kepada pengurus kilang merayu kepada katerer untuk dapatkan perkhidmatan mereka. Setiap kali katerer baru dilantik, setiap kali pihak pengurusan kilang minta harga diturunkan tetapi nak kualiti perkhidmatan yang tinggi. Mampukah anda lakukan. Mat salleh kata, “if you give peanut, only monkey will come to you”. Apakah nasib golongan katerer kantin Melayu di Pulau Pinang ini tidak terbela?. Kenapa tidak satukan semua pengusaha katerer kantin Melayu Pulau Pinang dan tentukan harga makanan yang dijual dikantin kolej, sekolah menengah, sekolah rendah, kantin bangunan kerajaan, kantin kilang?. Ayam, beras ada harga ceiling kenapa tak letak harga ceiling untuk ayam goreng, nasi sepinggan atau ikan?. Restoren mamak ada persatuan yang menentukan harga. Jangan terlalu harapkan sangat bantuan kerajaan untuk bela nasib golongan pengusaha katerer Melayu Pulau Pinang. Kalau tak percya satu hari nanti ada syarikat gergasi dari pusat yang rapat dengan orang atas akan mengambil tender seluruh sekolah-sekolah Malaysia. Nanti Raja beras, Raja Gula, Raja Roti akan buat kertas kerja untuk jadikan Raja kantin pulak dah!. Di hospital dulu ramai kontractor kecil bumi cari makan dengan cleaning service tapi sekarang satu malaysia siapa yang dapat kontrak?. Bukan anak ???. Kononnya nak beri peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Bukan untuk anak tempatan tapi untuk rakyat Bangla yang golongan kapatalis suka…hahahha!. kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan. Satu masa nanti semua kantin sekolah penuh dengan Mat bangla je!. Taukeh satu…Inilah Mamak haji faham tentang erti kata sebenar satu Malaysia. Satu Taukeh untuk satu Malaysia. Dasar kapatalis!. Mamak haji teringin juga ke Kedai runcit Satu Malaysia..dengaq khabaq beras murah..hahaha!…tapi itulah yang jual itu Mamak Mydin . Mamak Mydin ini ada juga cita-cita nak jadi Raja Kedai runcit???. Tapi Mamak haji ada juga minat nak bukaq “kedai rempah satu malaysia” dan mahu jadi Raja Rempah dan papadam. Kena tanya kat pengunjung ke blog Mamak haji, ada cadangan kerajaan nak bukak kedai rempah satu malaysia ke???. hahahaha… Seperti biasa kalau ada masalah e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Komen dengan e-mail ini lain. Mamak Tak suka jawab komen sebab komen di blog ini terlalu open. Kalau anda tanya mamak haji, “rempah yang paling best brand apa?”. Mana boleh mamak haji jawab..kecilkan hati pengilang lain pulak. Lagi pun Mamak haji tak mahu layan komersial. Ramai yang ingin letak iklan. Mamak haji tak mahu kerana ilmu bukan barangan jual beli. Lagi pun mamak haji dah puas dengan duit…tapi kurang kaya dari Bill Gates..hahaha!. Maksud mamak setiap hari dulu asyik kira duit je selepas jualan. Sekarang nak rest dan seronok dengan layan e-mail yang banyak setiap hari..hehehehe!.Mamak Haji tulis apa yang terlintas di pemikiran tak tapis..kadang-kala celaru.tapi itulah style Mamak haji yea!. Tak berniat singgungkan perasaan orang lain. Insyallah kalau ada pengunjung yang sukar tidur bolehlah baca atikal ammak haji diblog ini untuk cepat..zzzzzz!. Wassalam.


Salam, Tahun 2011 akan meninggalkan banyak peristiwa dalam lipatan sejarah dalam perniagaan tuan-tuan dan puan-puan. Tahun 2012 sudah pun menjelma. Dengan tekanan ekonomi dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat di sepanjang tahun 2011, sudah pasti masalah ini akan berterusan sepanjang tahun 2012. Mungkin ia lebih teruk atau sama seperti tahun 2011 masihmenjadi igaun peniaga tempatan, tetapi yang pasti harga barangan tidak akan turun, naik adalah. Bagi seorang usahawan restoren atau katering, setiap lembaran tahun baru adalah penting kerana setiap peniaga perlu berazam dan memikirkan cara-cara atau teknik baru yang berinovatif untuk mempertingkatkan Jualan (sales) bagi tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. Peniaga juga perlu ambil perhatian serius dalam masalah “aliran tunai” (cash flow) dalam situasi kenaikan harga kos barangan keperluan harian. Mengikut kaedah peniagaan setiap tahun berniaga, aliran tunai perlu meningkat kepada 16 peratus setahun. Tanpa aliran tunai yang baik, perniagaan akan terbantut untuk berkembang atau maju. Mendapatkan aliran tunai yang baik perlu juga membaiki prestasi pekerja, segala tambahan jumlah pekerja perlu diteliti, terutamanya cuba mengawal dan mengurangkan pembaziran “man-hours” atau upah masa kerja. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 5 pekerja tetap di restoren anda yang bergaji harian RM40.00 sehari. Jumlah gaji pekerja ialah RM40.00 X 6 = RM240.00. Sekiranya semua pekerja perlu kerja 8 jam sehari bermakna upah kerja untuk sejam ialah RM240.00 bahagi 8= RM30.00. Ini bermakna setiap satu jam anda belanjakan RM30.00 untuk upah pekerja dan setiap minit pula anda membelanjakan 0.50 sen. sekiranya anda  lambat membuka restoren anda sejam bukan saja anda menghadapi masalah jualan, tetapi  anda membuka dengan kerugian tetap pada hari tersebut dengan RM30.00. Maka gunakanlah tenaga pekerja dengan cara terbaik. Setiap waktu terbuang dalam upah kerja, sebenarnya boleh menjana pendapatan sampingan seperti membuat kueh-mueh, nasi lemak atau goreng papadam dan membungkus untuk mendapatkan hasil.

AMALAN- AMALAN TERBAIK UNTUK KATERER:

Jangan sekali lupa pada pencipta dan pemberi rezeki yang esa Allah SWT. Sentiasa ingakan dia dalam segala urusan pernigaan anda. Walau sesukar kehidupan yang anda lalui dalam perniagaan dan walau betapa kelimpahan kesenangan menghampiri anda, jangan lupa padanya. Nak pandu kereta yang laju perlu ahu tekan brek bila keadaan memerlukan. Tanpa brek kereta yang mahal tidak bermakna. Kereta umpama kehidupan dan brek adalah Iman kita. Tanpa Iman tidak bererti sebuah kehidupan. Ini kunci kejayaan seorang insan.

  • Mendapatkan pembekal yang menawarkan harga rendah dan perkhidmatan yang terbaik.
  • Cara mendapatkan tawaran harga murah dengan membeli stok yang banyak boleh membantu tetapi ia juga mempunyai masalah seperti ini memerlukan keluasan bilek setor yang agak luas, kemungkinan kerosakan pada stok dan risiko tamat tempoh produk yang jangka pendek dan juga pembaziran. Anda juga perlu ketahui stok itu cuma bernialai sifar dan hanya berharga selepas di masak, dijual dan dibeli oleh pelangan.
  • Sebagai katere setiap kali perlu membaiki sitem penghantaran  kepada pelangan.
  • Syarikat anda perlu mempunyai program latihan yang komprensif dab berkualiti untuk meyuntik semangat setiakawan dan menghasilkan skill terulung dalam setiap diri pekerja anda dalam bidang kemahiran teknikal, perhubungan manusia dalam setiap kerja yang diamanahkan oleh pelangan anda.
  • Sebagai katerer suka atau tidak suka, perlu mempelajari teknologi baru dalam perniagaan katering seperti boleh menggunakan komputer peribadi, Internat, seni kulinari yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa, dan produk-produk berteknologi dalam perkhidmatan katering. Perniagaan katering semakin maju dan cuma katerer-katerer yang ingin belajar teknologi baru dan dan ingin berubah sahaja boleh bertahan.

Selamat berjuang dalam tahun 2012. Mamak haji harap ramai anak muda Melayu yang lepasan universiti mencuba dalam bidang restoren dan bidang katering. Harapan Mamak Haji, Orang Melayu Islam akan menjadi pemangkin dalam menguasai bidang restoren atau pun katering secara global seperti Restoren rantain KfC atau McD. Walau pun Islam tak menggalakan sistem kapatalis untuk menguasai bahan makanan tetapi sekurang-kurangnya di Malaysia kita boleh membantu petani, penternak, nelayan, profesional pengurusan, pekerja yang perlu pekerjaan dan menyediakan makanan halan yang berintergeriti kepada kaum muslimin. Menanm sayur atau menjadi penternak bukan susah tetapi nak menjual kepada siapa yang menjadi susah. Boleh bina kilang tetapi dengan siapa kita nak jual produk yang payah, Boleh keluarkan beribu-ribu graduan tetapi dengan siapa mereka nakan bekerja yang jadi masalah. Kalu orang Melayu ingin nak kelaur dari kepompong kemiskinan perlu berniaga. tak guna kita berdabik dada dengan mengatakan kita adalah tuan tanah tetapi kita tak rasa malu bila anak kita meminta-minta kerja dengan orang yang menumpang Tanah kita. Tak lama lagi, tak mustahil anak tempatan Melayu akan berkerja di restoren yang dimilki rakyat Bangladesh!. Perniagaan restoren atau katering dimiliki yang dah tua sukar menghadapi cabaran alaf baru dimana negara sedang mengejar status Maju. Bidang perniagaan restoren atau katering memerlukan tenaga baru dari golongan anak muda yang berpelajaran dan dapat menguasai informasi teknologi baru. Maka anak muda Melayu tak perlu segan dan silu memasuki bidang Restoren dan Katering. “Perjuangan Tanpa Pengorbanan Bukan Perjuangan Namanya” – Mamak Haji. Wassalam.


Dalam apa saja jenis perniagaan, masalah menagih hutang setelah perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelangan membawa mimpi yang buruk. Dalam bidang katering ini kita perlu menghadapi berbagai-bagai ragam pelangan yang suka berhutang di luar kemampuan mereka. Ada juga pelangan yang jujur dan ikhlas dan memahami kedudukan kewangan katerer yang sering dalam kesempitan. Bagi mereka yang seperti ini kita doakan, Allah SWT memberi keberkatan di dunia ini dan di akhirat. Mamak Haji teringat pada sebuah Hadis dari Jabir r.a bahawanya Rasulullah s.a.w bersabda, Maksudnya: “Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang bemurah hati ketika menjual, juga ketika membeli dan pada ketika meminta haknya – yang menagih hutang.” (Riwayat Bukhari). Menagih hutang adalah hak kita yang telah menyediakan perkhidmatan katering yang terbaik kepada pelangan, maka kenapa kita sebagai katerer pulak yang perlu malu atau segan menagih hutang dari pemiutang?.

Sikap pelangan yang ingin perkhidmatan katering ini gelagatnya berbagai-bagai ragam. Selaunya katerer yang telah lama berada dalam bidang ini dapat membaca setiap gelagat pelangan dan sedia hadapi risiko apabila terima pesanan pelangan seperti ini untuk perkhidmatan katering. Bagi katerer yang baru dan ingin mencuba ini, memang bersemangat tinggi dan juga kadang-kala semangat ini menjadi pula kegelojahan dalam membuat keputusan. Katerer seperti ini selalunya akan terperangkap dengan pelangan yang jenis, “pandai berhutang tapi tak pandai bayar”.  Pelangan seperti ini biasanya kerap kali bertukar katerer dan selalunya memburukan katerer-katerer yang terdahulu dengan berbagai-bagai momokan dan juga memberikan berbagai alasan kenapa dia tak bayar katerer tersebut. Alasan-alasan yang diberikan cuma alasan yang direka-reka untuk mempertahankan dirinya kerana dia memang tak mampu membayar hutang kepada perkhidmatan katerer yang terdahulu. Pelangan seperti ini bukan orang susah atau miskin tetapi suka menunjuk-nunjuk dia hebat dari orang lain. Ada juga karier hidup mereka suka menipu orang lain. Satu perkara tentang pelangan seperti ini ialah, suka mengelakan diri dari menda-tangani surat kontrak perjanjian dengan katerer dengan memberi segala macam kata-kata manis pada permulaan dan mengluarkan segala macam kata-kata nista dan berbagai alasan ketika perlu membayar kepada katerer. Katerer baru akan terjebak dengan pelangan seperti ini yang suka menanam tebu dibibir dan apabila manis dirasai, hampasnya dibuang ke muka kita setelah selesai majlis. Katerer yang baru menceburi dalam katering perlu awasi dan berjaga-jaga dalam setiap perjanjian mulut yang dilakukan kepada semua pelangan yang inginkan perkhidmatan. Takuti nanti berniaga buluh kasap pulak!. Bagi katerer baru, surat perjanjian adalah mustahak kerana ia adalah jaminan untuk perjanjian yang telah dimeterai antara katerer dan pelangan. Mengikut pandangan Islam dalam transaksi perniagaan terang sekali disebutkan di dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpiutang dengan sesuatu dengan sesuatu piutang, hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu tuliskan, dan hendaklah melantik seorang penulis diantara kamu menuliskannya, sebagimana Allah telah mengajarkan kepadanya, sebab itu hendaklah menuliskan, dan hendaklah membacakan orang yang berhutang dan hendaklah ia takut pada Allah, Tuhannya, dan janganlah dikurangkan sedikit pun. Kalau orang berhutang itu bodoh, lemah atau tiada kuasa membacanya, hendaklah walinya membacakan dengan keadilan. Persaksikanlah piutang dengan dua orang saksi laki-laki, dan jika tidak ada dua orang laki-laki, cukuplah seorang laki-laki dan dua orang perempuan antara orang-orang yang kamu sukaimenjadi saksi-saksi, kerana jika lupa salah seorang antara keduanya, teringat oleh yang lain. Jangan enggan saksi-saksi itu, bila mereka dipanggil orang. Jangan kamu malas menuliskan piutang itu, baik sedikit ataupun banyak, hingga sampai janjinya”. Dari keterangan ayat tersebut, begitu penting menulis hutang bukan berjanji dengan mulut. Kenapa katerer payah sangat nak buat surat perjanjian. Biasanya katerer terima deposit sebagai lakukan kerja yang diberikan. Selepas kerja sepatutnya pembayaran selesai. Ini tidak ia menjadi hutang pulak dan yang lagi menyakitkan berbagai persoalan timbulkan oleh pelanggan semasa membayar. Kenapa ini terjadi?. Kebanyakan katerer tidak membuat perjanjian tertulis dengan pelangan.

Kali ini Mamak Haji ingin beri sedikit nasihat dan maklumat yang perlu disertakan dalam contoh surat perjanjian perkhidmatan katering, terutamanya berkenaan dengan Pembatalan Perkhidmatan katering yang sering membawa masalah kepada katerer baru. Menyediakan surat perjanjian katering memang mudah tetapi apabila berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga kita perlukan maklumat tertulis yang boleh menyelesaikan masalah. Surat perjanjian perkhidmatan katering selalunya mengandungi Tajuk, Jenis Majlis, Tarikh Majlis, Masa Majlis, Nama Pelangan dan alamat penuh, Jumlah Tetamu, Lokasi Majlis dan nombor talipon atau e-mail untuk kemudahan berhubung. Ia adalah informasi yang umum dan tidak ada sebarang perjanjian mengenai deposit, cara pembatalan surat perjanjian dan lain-lain kos atau kehilangan harta benda katerer. Perkara seperti ini adalah mustahak bila timbul sesuatu tuntutan di antara katerer dan pelangan. Isi surat perjanjian juga perlu disertakan perkara-perkara seperti di bawah ini:

1. Pelangan anda perlu memahami seluruh isi surat kontrak ini, kerana isi surat kontrak ini keseluruhannya terletak pada tanggung-jawab pelangan sekiranya kontrak ini dibatalkan oleh pelangan.

2. Pelangan juga perlu memahami kedudukan katerer apabil ingin batalkan majlis, apabila tarikh majlis semakin hampir, katerer telah pun membuat perjanjian dengan agensi pekerjaan mengambil pekerja tambahan (event satffing), telah pun membeli bekalan masakan dan lain-lain persiapan seperti khemah, kerusi meja dan lain-lain peralatan untuk majlis. Dengan ini sekiranya berlaku sebarang pembatalan, pelangan perlu bertanggung jawab kepada kos yang katerer terpaksa tanggung. Apa yang katerer inginkan ialah pelangan berkongsi kerugian kos katerer.

3. Faktor tetamu adalah penting dalam perkiraan keseluruhan kos majlis oleh katerer. Dengan itu sekiranya pelangan ingin mengurangkan tetamu yang hadir untuk majlis jatuh kepada lebih dari 40 peratus dari jumlah asal tetamu, satu harga baru akan diperkenalkan oleh katerer kepada pelangan. Sekiranya tidak diberitahu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum majlis kekurangan tetamu oleh pelangan sehingga hari yang tetapkan majlis, jumlah kos tidak akan dikurangkan dari kos asal.

4. Sekiranya pelangan ingin membatalkan majlis selepas dua minggu hanya 50 peratus dari deposit dipulangkan kepada pelangan. Jika majlis dibatalkan sebelum 30 hari deposit penuh akan dipulangkan (di sini anda memberikan sesuatu yang menarik kepada pelangan anda untuk mengikat kontrak lebih awal untuk anda mempunyai waktu secukup).

5. Pelangan juga perlu bertanggung-jawab kepada peralatan atau harta benda katerer yang ditinggalkan oleh katerer untuk Majlis. Pelangan juga perlu pastikan seluruh peralatan katerer yang digunakan dalam majlis seperti pemasangan bunga, skirting, alas meja atau apa-apa perhiasan perlu dibuka sendiri oleh katerer selepas saja tamat majlis. Sekiranya di buka oleh pelangan atau tetmu dan selain dari staff katerer, kehilangan atau kerosakan darinya perlu ditanggung oleh katerer.

6. Katerer telah sediakan keselamatan yang terbaik untuk majlis pelangan, tetapi sekiranya berlaku sesuatu insiden buruk seperti tercurah kuah panas, sup panas kepada tetamu, katerer tidak bertanggung-jawab terhadap apa-apa tuntutan dari bagi pihak tetamu dan pelangan. Seluruh keselamatan adalah tanggung-jawab pelangan sendiri.

Banyak perkara lagi boleh disertakan sebagai syarat-syarat perjanjian. Surat Perjanjian bukan saja membantu katerer tetapi hak pelangan juga dapat dipertahankan. Pelangan juga akan pandang tinggi terhadap pengurusan syarikat katering anda.


MacDonald's

Rahsia kejayaan McDonal's

Salam. Mamak kali ini ingin kongsikan rahsia kejayaan restoren McDonald’s untuk kita memperkembangkan perniagaan kita dan juga berfikir pengurusan restoren dari diluar kotak (out-side box) melalui cara pengurusan  pengusaha antara-bangsa yang telah berjaya dalam bidang restoren. Minggu lepas Mamak ke Singapura untuk melawat anak perempuan Mamak yang berkerja sebagai pengurus di salah sebuah restoren antara-bangsa yang terkenal “MacDonald’s”. Mamak juga dipelawa anak untuk melawat restoren MaCDonald’s tempat dia bekerja. Anak Mamak tahu, mamak tidak suka ke restoren orang putih ini. Sebagai orang tua yang berpenyakit apa yang kita boleh makan di sana?. Tetapi kali ini Mamak bersetuju kerana katanya ingin menunjukkan cara pengurusan yang membawa kejayaan restoren McDonald’s. Kemungkinan anak saya ini secara tak langsung ingin beritahu, kenapa dia tak berminat berkerja di Restoren mamak Abang-abang dia dan munkin juga sindir cara pengurusan di restoren mamak. Memang mamak akui cara pengurusan restoren McDonald’s ini menakjubkan. Banyak juga Mamak berbicara tentang cara pengurusan restoren McDonald’s dengan anak mamak ini kerana dia pernah ke Universiti Hamburger di aras bawah restaurant McDonald’s, Elk Grove Village, Illinois, USA. Universiti ini sejak 1961, telah menghasilkan sejumlah 80,000 graduan dalam bidang pengurusan restoren. Memang menakjubkan MaDonalad’s punyai universiti sendiri!. Kata anak saya, pengasas McDonald’s pernah berkata, “Sekiranya kita ingin perkembangkan perniagaan, kita perlu ada kemahiran (talent). Dan, saya tidak akan ragu-ragu masukkan wang untuk kemahiran ini”. Berapa ramai usahawan kita ingin ikut cara Ray Kroc berfikir untuk majukan perniagaan?.

Adalah dikatakan seperti perniagaan lain McDonald’s juga pernah menghadapi kemelesatan perniagaan enam tahun yang lalu, McDonald’s seperti syarikat-syarikat lain di Amerika, nilai sahamnya merundum jatuh dalam pasaran pelaburan di Amerika. Saham McDonald’s jatuh ke paras 13 dollar. Kini saham McDonald’s cecah sehingga 90.2  Dollar selama 56 bulan berterusan adalah satu yang amat memeranjatkan. Bagaimana McDonald’s boleh memulihkan syarikatnya begitu cepat?. Apa yang berlaku pada MaDonald’s ialah kebijaksanaan CEO baru yang bernama Jim Skinner. Jim Skinner bukanlah seorang yang asing di McDonald’s. Jim Skinner ialah bekas pekerja pemanggang di restoren McDonald’s dan naik ke tangga ke atas melalui usahanya sendiri. Adalah dikatakan Jim Skinner sepanjang bekerja dengan McDonald’s, tidak pernah menjamu-selera di luar restoren MaDonald’s. Bagaimana dia lakukan untuk rangkaian restoren seluruh dunia, untung perniagaannya berlipat kali ganda keuntungan?. Apa yang skinner lakukan ialah seluruh rangkaian McDonald’s memahami dan memfokuskan erti “Empathy” dalam restoren-restorennya terhadap pelangan. Apakah makna “empathy” itu?. Perkataan “empathy” adalah perkataan pinjaman dari bahasa Jerman. Empathy membawa makna, memahami dan berkongsi perasaan seperti kesedihan atau kegembiraan atau kesusahan yang di alami oleh seseorang (pelangan). Contoh yang nyata ialah apabila barangan keperluan harian naik, pasti rakyat(pelangan juga) rasa kesusahan, maka pemilik restoren perlu ada “empathy” terhadap pelangan-pelangannya. Dari menaikan harga jualan makanan, cari cara lain untuk mengurangkan kos operasi Kerana kita perlu berkongsi dengan kesusahan yang dihadapi pelangan kita. Satu lagi ialah, masa menunggu pesanan makanan perlu cepat kerana nilai masa menunggu pesanan kadangkala amat memosankan pelangan. Bila kita mula mencari idea baru untuk mengelakan pembaziran masa pelangan sebenarnya ia membantu pelangan. Dalam pada itu, makanan yang dijual oleh kita perlu mengambil kira kesihatan pelangan dan mengikut keadaan ekonomi pelangan. Makanan yang dijual juga perlu panas, menggunakan kualiti bahan makanan yang bermutu tinggi dan pulangan nilai wang yang terbaik untuk pelanggan. Kalau Udang besar sekilo cuma RM30-35 dan takakanlah seekor udang itu dijual  cecah sampai RM15 di restoren Nasi kandar?. Ramai pelangan luar dari Pulau Pinang kena dengan Mamak Penang?….hahahaha!.

McDonald’s juga yakin kepada, “pimpinan melalui tauladan”, tak kira anda seorang eksekutif atau pengurus restoren, bila tiba masa sibuk di Restoren McDonald’s, anda boleh lihat pengurus atau eksekutif ini bertukar menjadi pekerja biasa. Inilah mamak ingin lihat sikap pada taukeh-taukeh restoren kita terutamanya untuk anak-anak mamak yang jadi taukeh sekarang. Kita tak mahu restoren kita tidak ada yang mengambil pesanan pelangan walau pun pelangan telah duduk selama 10 minit, Kadang-kala restoren ditutup tanpa pemberitahuan awal, Meja tidak dibersihkan walau pun pelangan telah duduk lama, sinki cuci tangan paipnya rosak, sinki sumbat dan kotor, makanan yang dihidangkan sejuk, makanan yang terlalu masin, banyak gunakan perasa makanan, minyak yang terlampau, pingan dan sudu yang kotor dan berbagai masalah dalam restoren tempatan.

Selain dari itu Restoren McDonald’s ini mempunyai cara pengurusan dan terkenal dipanggil QSCV. Q – Quality (kualiti),  S – Service (perkhidmatan), C – Cleaning (kebersihan), V – Value (nilai). Tentang perkara-perkara yang tersebut ini, banyak mamak telah menulis dalam blog ini. Memang kita sukar amalkan apa yang diamalkan oleh restoren-restoren bertaraf antara-bangsa dan ada out-let McDonald’s di sni, layanan dan perkhidmatannya lebih buruk dari restoren mamak. Mamak pernah juga alami bila cucu teringin makan pizza, restoren piza ini lebih teruk kebersihannya teruk dari kedai makan kita yang tak kenakan cukai jualan dan cas perkhidmatan. Ini bukan kehendak syarikat ini atau pemilik francaise, tetapi sikap pengurus dan juga pekerjanya sudah tak boleh betulkan lagi. Kepada pemilik restoren  perlu waspada dengan setiap pekerja kerana pekerja kita,  “cuma sebagai penumpang dalam sebuah bas, bila dia nak turun perlu picit saja loceng, tetapi kita sebagai pemandu bas ada destinasi yang perlu dituju. Kita pemilik perniagaan adalah seperti pemandu bas. Keadaan perniagaan semakin geting dan sukar bernafas sekarang,  dengan kenaikan harga barangan. Bila kerajaan kita kata tak naik harga barang khusus, barang itulah tetap akan naik hari esoknya. Kuasa pengguna dan persatuan pengguna di negara kita tidak berfungsi. NGO-NGO ini giat berpolitik untuk dapatkan nama dan pingat kebesaran untuk pemimpinnya, maka jagalah perniagaan dengan baik. Wujudkan sikap membaca dan belajar untuk sentiasa berubah mengikut keadaan. Pengalaman lampau semakin hari semakin tidak dapat gunakan lagi. Pelangan semakin berpelajaran tinggi dan inginkan kualiti dalam semua bidang. Sekiranya kita tidak mengejar ilmu baru dalam perniagaan kita akan ketinggalan. Perbedzaan banyak ketara di antara kita dan negara jiran di Selatan yang semakin maju. Kadang-kala Mamak rasa, fikiran  kita telah dibonsaikan oleh media kita yang tak tahu yang perkara mana perlu bodek kerajaan dan perkara yang perlu menghebahkan kepada rakyat. Ramai ahli politik tidak punyai “Empathy” terhadap rakyat yang beri kuasa pada mereka. Mereka cuma berpura-pura empathy apabila tiba musim pilihanraya untuk meraih undi. Selepas dapat kuasa dari pengundi, kita jarang menemui mereka dan perlu buat temu-janji. Tumpukan pada perniagaan dan jangan berpolitik berlebihan seperti Mamak-Mamak di Pulau Pinang yang cuma mengundang kegelisahan rakyat dan menyusahkan peniaga-peniaga.  Mamak-Mamak yang berpolitik ini cuma nak tukar nama di kad pengenalan dari anak lelaki kepada bin dan dapatkan my kad untuk isteri-isteri yang telah nikah di India. …hahahaha!. Hidup Mamak Penang!. Wassalam.


Cacing Sayur

Pada kali ini Mamak ingin menulis tentang resepi sayur yang ramai tak minat tetapi ia adalah satu dari makanan yang amat perlu di ambil perhatian.  Ramai anak-anak sekarang sudah tak mahu makan sayuran kerana mungkin cara kita masak sayur ini amat membosankan dan atau cara menu yang tidak begitu kreatif. Sayur-sayuran ini punyai nutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral, protin dan karbohiderat yang amat memerlukan oleh tubuh badan kita.  Sayur-sayuran juga adalah ubat mujarab semula-jadi yang amat mujarab. Adalah dikatakan secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi kadar tinggi vitamin C, glutimine dan asid amino. Sekarang anda tahu kenapa tak perlu risau jamu hidangan nasi kandar yang dikatakan tinggi kolestrol. Seperti mamak katakan dalam posting rahsia rempah, setiap hidangan nasi kandar ada rahsia sebaliknya. Nasihat Mamak jangan lupa mengambil sayur kobis goreng nasi kandar setiap kali anda menjamu hidangan nasi kandar. Yang tak berminat nasi kandar itu, para pengkaji pemakanan syorkan dalam seminggu 2-3 kali anda perlu ambil sayur kobis.

Khasiat sayur Kobis:

  • Rendah lemak tepu.
  • Tinggi kalsium.
  • Kandungan serat yang tinggi.
  • Zat besi yang tinggi.
  • Galian Manganese yang amat tinggi.
  • Zat Potasium yang tinggi.
  • Kandungan Thiamin yang tinggi.
  • Vitamin B6 yng amat tinggi.
  • Vitamin C yang amat tinggi.

petikan: Daily fitnessmagz.com

Tip-Tip Masakan Sayur Kobis:

  1. Biasanya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, Mamak temui ” cacing sayuran” di dalam bahagian dalam kobis terutamanya dari bekalan tempatan. Dengan ini apa yang mamak sarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak pelangan anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat dia. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah, buka sehelai ke sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukan dedaun kobis itu ke dalam besin yang berisi air garam (garam secekak)  atau air cuka untuk membersihkan telur cacing atau pun serangga yang lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masukkan ke dalam penapis supaya kobis dikeringkan. Cara kebersihan ini anda akan yakin 100 peratus bersih.
  2.  Memotong kobis perlu gunakan pisau diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) sekiranya gunakan pisau besi (carbon steel) biasa, kobis anda bertukar warna kepada kehitaman.
  3. Selepas potong kobis jangan biarkan lebih dari 20 minit, kerana vitamin C yang terdapat dalam kobis akan rosak. Terus masak kobis selepas saja proses pembersihan. Mamak juga ingatkan kepada suri rumah yang ingin jimat sedikit perbelanjaan, jangan sekali beli kobis yang telah dipotong bersaiz di pasar.  Elakan membeli kobis yang telah kopek, hinggakan kobis sekilo jadi setengah kilo itu.

RESEPI KOBIS GORENG.

BAHAN-BAHAN:

  • Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.  Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 3-4 cili kering.
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 3-4 sudu minyak masak.
CARA-CARA:
1. Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan  bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia (Ini kena lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak . Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.
3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
Cuba resepi ini bersama ayam masak , lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang cantik. Halba campur boleh digantikan denagn biji sawi tapi awas janagan goreng sampai hangus. Kalau tak pandai main api..biasakan dengan api sederhana. Walau bagaimana pun anda perlu belajar main api dapur bila mamak ke resepi masakan sayur cina kerana ada sayur cuma masak dengan 30 saat saja.
P/S:  Cara Mamak Haji tulis resepi lain sikit. Banyak penerangan diberikan, kadang-kala Mamak Haji masukkan tip-tip sekali. Ini cara Mamak Haji menulis resepi jangan samakan dengan resepi cef-cef handal Mamak Haji cuma tukang masak Nasi kandar dapur kayu. Seperti Mamak haji selalu katakan blog Mamak haji bukan untuk orang profesional tetapi untuk orang yang minat buka perniagaan walu pun di tepi jalan. Maka yang anak muda di luar sana yang minat membuka perniagaan kalau ada masalah dalam masak ersepi mamak e-mailkan pada Mamak Haji tanpa segan. Mamak haji bukan profesional tapi seorang yang biasa meniaga tepi jalan pakai payung, pasar malam, buka warung, lewat belajar ..kerja di hotel dan buka restoren. Sekarang pencen sebab anak-anak dah besar dan pandai berniaga. Melalut pulak dah…e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com…jangan hantar spam..kesian kat Mamak yea!. Wassalam.

Walau pun tajuk kali ini “DAPUR” bukanlah Mamak nak menghuraikan tentang bangunan Dapur yang canggih. Dapur yang mamak maksudkan cuma mengenai dapur gas yang terdapat dalam dapur. Dari dulu hingga sekarang masalah dapur ini mamak sering dengar. “Kenapa nasi jadi mentah?”, kerana dapur tak bagus, “kenapa gas bulan ini pakai banyak?”, “kerana dapur gas rosak”. “kenapa dinding dapur kotor?”, “kerana dapur gas rosak”, “kenapa delivery lambat?” , “kerana dapur rosak”. Pendek kata dalam dapur yang paling peningkan kepala kita ialah “Dapur Gas”. Masalah ini rumit?. Tak juga, cuma kita tak kisah dan ambil tahu tentang dapur ini. Bila tukang masak kata, “rosak”,  kita ganti yang baru. Masalah tak akan selesai sampai bila-bila pun tentang dapur ini.

Sebab ini lah mamak sengaja bawa tajuk ini supaya kita kongsi pendapat dan pengalaman mengenai dapur ini. Mamak nak menguraikan sedikit masalah, cara memperbaiki dan kegunaan dapur gas LPG.  Walau pun tenaga letrik telah banyak mengambil alih tempat kegunaan dapur gas asli di rumah-rumah, tetapi untuk kegunaan perniagaan katering atau kedai makan, dapur gas menjadi paling mustahak  untuk memasak. Tarif Letrik yang semakin meningkat dan perbelanjaan untuk gas lagi murah kalau dibandingkan dengan letrik, cuma gas kita kena bayar tunai setiap kali kita membeli dan bayaran kegunaan letrik pula cuma kita kena bayar akhir bulan. kkadangkala bil letrik, sembelih kepala kita. Lagi pun untuk masakan orang asia ini dapur gas adalah paling sesuai kerana api yang kuat dan jimatkan masa. Kalau nak masak sayur dapur letrik sukar digunakan kerana kita pelukan api yang kuat dan masakn perlu lakukan dengan pantas. Masalah dapur gas ialah bila ia tak selenggara dengan betul atau cuai dalam pemasangan atau kegunaan, nyawa pulak jadi taruhan. Gas dapur gas dibukak dan terbiar semalaman dan esok pagi datang memasang api..tu dia bedebom!. Hangus satu dapur sekali dengan orang yang menghidupkan api itu. Ini terjadi bukan gurauan. Maka inlah sebab dipasang “LPG detector” atau pun alat pengesan api yang canggih di kantin bangunan-bangunan canggih. Api yang besar cuma akan datang dari dapur bangunan. Minta jasa baik pengurus-pengurus bangunan ambil perhatian sewajarnya. Melawatlah sekali-sekala kantin anda dan jangan terlalu harapkan bomba memberi nasihat. Bila terbakar tuding menuding dan jawatankuasa ini dan itu akan ditubuhkan. Ini cara orang Malaysia. Sebagai peniaga kita pulak pastikan sebelum balik, tutup semua injap gas dan bukak sekali semua kepala botol gas dan bila nak hidupkan pada keesokan hari, pastikan kipas dapur dihidupkan terlebih dahulu atau pun buka segala tingkap untuk pegudaraan yang baik. Barulah hidupkan api dapur sambil banyakan, “selawat untuk nabi besar s.a.w kita”. Insyallah kita akan selamat.

Satu lagi mamak cuma ingatkan ialah di setiap dapur gas ada ” pilot burner” atau pun ada api kecil yang sentiasa mennyala untuk kemudahan kita hidupkan api dapur tanpa gunakan api percikan lagi. Ini untuk tukang masak yang malas. Kebanyakan kebakaran di dapur berlaku kerana benda ini. Sekiranya kuali yang terbiar di atas dapur terdapat bekas minyak gorengan  yang sudah tentu sentiasa dipanaskan oleh api pilot ini. Minyak ini yang tersedia panas akan bertambah panas dan menyambar api bila sampai pada suhu ignition atau pun “takat penyambaran api”. Kebakaran akan berlaku. Maka Mamak dari pengalaman, biasanya tutup ketat dan buang punat pembukanya api pilot ini supaya tukang masak yang malas tidak dapat menggunakannya. Seeloknya matikan saja paip tembaga ini dengan kepit ketat dengan player. Jangan tinggalkan api dapur yang sedang nyala tanpa penghuni didapur walau pun anda rasa cuma sekejap. Api ini kadangkala kalau bersendirian dia merajuk..hahaha!.

Satu perkara mamak nak ingatkan ialah sekiranya gunakan dandang atau boiler untuk kegunaan bancuhan minuman, tentukan guna dapur yang punyai dua mata. Mamak selalu perhatikan kedai makan orang kita, bila pagi membuka kedai kena tunggu dua jam untuk bancuh teh tarik, kedai mamak tak apa mereka jalankan niaga 24 jam, air boiler sentiasa panas dan bayar sewa pun cuma 15 hari sahaja untuk sebulan, yang mamak maksudkan yang membayar sewa 30, pagi pukul lapan buka kedai dan tutup pada 8:00 malam. Untuk peniaga seperti ini tugas pertama anda selepas buka kedai ialah memanaskan air. Adakalanya tukang bancuh air yang malas. Apa dia buat ialah isi penuh air dalam boiler dan air cuma mendidih selepas satu jam. Bukak kedai pukul 8:00 agi..semua dah sedia dihidangkan untuk sarapan tapi air tak mendidih. Maka tentukan cuma isikan air separuh dan bila air mendidih buat teh tarik dulu untuk pelangan yang sedak cekik. kemudian masukan sedikit demi sedikit air untuk memanaskan air sehingga penuh. Bila air penuh dalam boiler mendidih, pastikan dapur gas anda jenis punyai dua mata. Untuk mendidih air pakai dua mata, bila sudah mendidih tutup mata apai yang besar dan biarkan yang kecil. Ini akan banyak menjimatkan kegunaan gas. Pastikan tukang bancuh air ikut cara ini. Dengan cara ini bukan saja anda jimatkan gas tetapi pelanggan di waktu pagi tidaklah kering tekak menunggu air dalam boiler mendidih.

Kegunaan dapur gas dan api yang betul perlu menitik beratkan. Api dapur yang baik adalah biru dan api kemerahan cuma membazirkan gas anda dan semua perkakas masak anda menjadi karbon yang hitam legam. Suhu masak juga akan menurun dan ambil masa yang panjang. Kadangkala gorenan tak menjadi dan minyak masak akan diserap dalam bahan gorengan. Keadaan ini berlaku apabila saluran angin dapur telah sumbat disebabkan minyak dan karbon terkumpul disaluran udara dapur gas. Keluarkan dapur dan buka bahagian burner dan bakar di atas dapur lain. semasa panas, ketuk dengan pemukul supaya minyak yang sumbat yang telah menjadi karbon itu boleh dikeluarkan. Pastikan saluran udara tidak tersumbat. Tak perlulah anda panggil pakar dapur untuk membaiki dapur anda, kerana belum tentu dia datang dalam 2 minggu atau pun anda telah kaya sangat dan beli dapur baru. Jimat apa yang boleh dalam keadaan kenaikan harga barangan masakan yang tak menentu ini.

Kalau ada masalah mengenai dapur gas boleh e-mailkan kepada Mamak di: mohd.roslan99 @gmail.com , tapi jangan hantar spam..hehehe!. Berniaga cara menghantar spam cuma kerja orang kurang agama. Kita peniaga jangan susahkan orang lain tapi menyenangkan dapat pahala. Kalau boleh Kita kongsi pengalaman mengenai dapur gas ini. Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,643 hits
April 2021
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.