PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Resepi Antara Bangsa’ Category


AYAM PENYET SURABAYA

                                          AYAM PENYET SURABAYA

RESIPI AYAM PENYET SURABAYA – MASAKAN JAWA TIMUR:

Bahan-Bahan yg diperlukan untuk rebusan / penyediaan ayam:
– 1 ekor ayam (1.8kg-2.0kg) dipotong 10 bahagian.
– 2 batang serai diketuk perdu nya:
– 2 inci lengkuas diketuk rata.
– 1 inci halia kupas kulit dan diketuk.
– 3 helai daun salam Indonesia.
– 2 helai daun limau purut yang dibuang tulang daun tengah.
– 2 sudu besar jus perahan limau nipis / lemon atau 1 sudu besar cuka.
– 1.5 liter air atau air takat tenggelamkan ketulan ayam.
– 1/2 cawan santan pekat. (tak pakai pun tak apa).

Bahan-Bahan perencah yang perlu dikisar / tumbuk halus untuk rebusan ayam:

– 7 ulas bawang putih:
– 2 inci kunyit hidup.
– 7 biji buah keras, disagai (goreng tanpa minyak).
– 1 sudu besar garam.
– 1 kiub stok ayam segera.

Cara buat rebusan ayam aroma:

1. Bersihkan ketulan ayam, toskan airnya. Masukan garam dan jus limau nipis atau cuka. Perapkan selam 30 minit. Ini bertujuan untuk menghindarkan bau hamis ayam (kalau ayam kampung) dan cuka boleh melembutkan daging ayam. Basuh bersih kembali ketulan ayam dan toskan.

2. Sediakan sebuah bekas yang menampung ketulan ayam. Masukkan 1.5 liter air dan didihkan air. Bila air mendidih masukan serai, lengkuas, halia,daun limau purut dan daun salam.

3. Masukkan juga perencah bawang putih, kunyit hidup, buah keras, garam dan kiub ayam segera yang telah kisar. Biarkan air mendidih dan masukkan ketulan ayam. Perlu juga ingat ketulan air sendiri akan mengeluarkan air/ jus ayam tambahan, maka jangan terlalu banyak air digunakan,

4. Biarkan air mendidih dan masukkan 1.2 cawan santan untuk tambahkan kemanisan ketulan ayam berlemak sedikit. Kalau fobia dgn santan tak perlu gunakan yea.

5. Bila air mendidih semula kecilkan api dapur dan bawa kepada rebusan renehan / simmering sehingga ketulan ayam masak sempurna dan bukan terlalu masak (hancur kecai pulak nanti).Keluarkan ketulan ayam dan toskan.

6. Bila dah sejuk goreng ayam sehingga garing. Angkat dan letakan sambal di atas daun pisang (atas papan pemotong) dan berikan tekanan / penyek dengan parang atau dengan piring yg leper. Perlu akukan masa ayam keadaan panas.Sedia untuk hidangan.

7. Air rebusan ayam tadi anda boleh tapis dan gunakan sebagai air untuk tanak nasi. Ia akan berikan aroma istimewa untuk nasi anda.

Resipi Sambal belacan ayam penyet:

– 8 biji bawang kecil merah.
– 5 ulas bawang putih.
– 15 biji cili padi berwarna merah /siam.
– 5 biji cili merah biasa.
– 2 biji tomato dipotong empat.
– 2 sudu kecil belacan atau belacan bakar 1″ X1″
– 1/2 sudu kecil garam.
– 1/2 sudu gula pasir.
– 4 sudu besar minyak.

Cara Penyediaan Sambal:

1. Panasakn kuali. masukkan minyak, bila minyak panas, masukkan bawang kecil, layukan. Bila keluar aroma angkat. Goreng dan layukan ikut urutan satu persatu diakhiri dengan belacan digoreng.

2. Bila bahan-bahan di atas sejuk, kisar halus dengan air sedikit. Hasil kisaran tadi masukkan dalam kuali yg ada baki minyak dan masak sehingga mendidih atau ikut kepekatan yang anda kehendaki. Sambal ini lebih harum dan sedap..tak perlu peras jus limau kasturi kerana kemasaman tomato memadai.


GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

                                GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

RESIPI: GULAI DAGING DARI JAWA TIMUR.

Bahan- Bahan Diperlukan:
– 500gm daging lembu.
– 500ml santan atau hasil santan dari perahan 2 biji kelapa.
– 2 btg serai diketuk perdu.
– 5 helai daun salam Indonesia.
– 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah.
– 1 inci lengkuas dihiris tebal.
– 1 liter / 4 cawan air.
– 5 kuntum bunga cengkih.
– 1 keping kayu manis (1″ panjang).
– 3 biji buah pelaga
– 3 biji kentang dipotong dadu – digoreng hingga masak dan di asingkan.
– 1 batang karot dipotong dadu – digoreng hingga masak dan asingkan.
– Gula dan garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk perencah: Dikisar halus dengan sedikit air / pes.

– 5 – 6 tangkai cili masak biasa.
– 7 tangkai cili padi merah – ikut kepedasan anda perlukan.
– 6 biji bawang merah ros.
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 6 butir buah keras disagai dan ditumbuk.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil ketumbar.
– 1/2 sudu keci1 serbuk jintan putih.
– 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
– 1/2 sudu kecil serbuk biji buah pala. pecahkan rong dan tumbuk bijinya.
– Minyak masak secukup untuk menumis.

Cara-Cara Penyediaan Pes Tumisan.

Kisar halus semua bahan-bahan di atas. Panasakan kuali masukkan minyak masak secukup untuk menumis. Tumis pes atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbu disekeliling pes). Keluarkan dan asingkan.

CARA MASAK RESIPI INI:

1. Rebus daging sehingga masak / empuk. Air rebusan daging ditapi dan asingkan dan simpan.

2. Sukat air rebusan daging 1 liter kalau tak cukup tambah air. Masukkan dalam periok dan didihkan.

3. Masukkan 2 btg serai diketuk perdu, 5 helai daun salam Indonesia, 5 helai daun limau purut dikeluarkan tulang daun tengah, 1 inci lengkuas dihiris tebal, 5 kuntum bunga cengkih, 1 keping kayu manis (1″ panjang) dan 3 biji buah pelaga. Biarkan air mendidih.Bila mendidih kecilkan api dapur dan reneh dalam dalam 15-20 minit.

4. Masukkan Pes yang telah tumis dan disediakan dalam air herba di atas, gaulkan rata dan biarkan dalam 10 minit. Masukkan santan dan daging yang telah rebus. Kacau rata.

5. Masukkan kentang goreng dan karot goreng yang telah disediakan. Kacau rata adunan. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sekali-kala kacau rata adunan ini supaya santan tak bergentel dan pecah minyak.. Bila gulai mula mendidih matikan api dapur. Hidangan sedia utk dinikmati. Taburkan bawang goreng di atas hidangan anda.


NASI GORENG

NASI GORENG

RESIPI: NASI GORENG NENAS ‘ALA THAI.

Bahan-Bahan Diperlukan:
– 2 cawan nasi.
– 8 ekor udang besar sedikit,
– 2 biji telur ayam.
– 4 sudu besar bawang labu merah dihiris dadu.
– 1 sudu besar kicap cair.
– 1 sudu kecil sos ikan.
– 1 sudu kecil gula.
– 1 sudu kecil serbuk kari ikan.
– 1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
– 1/2 cawan nenas dipotong kiub.
– 1/2 cawan hirisan tomato dibuang biji.
– sedikit gajus digoreng tanpa garam.
– sedikit hirisan daun ketumbar / daun bawang untuk hiasan di atas.
– 1 sudu besar pes nam Phrik Pao – kalau tak ada masukkan sedikit belacan bakar.
– 3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. 4 ekor udang biarkan kepala dan ekor. Buang kulit udang tengah dan belah isinya dan keluarkan urat tunjang. 4 ekor udang lagi buang kepalanya dan kulit badan dan potong kecil. Goreng udang ini dalam minyak panas 2-3 minit. Keluarkan dan asingkan. Isi udang juga perlu goreng dan asingkan.

2.Gunakan minyak gorengan udang tadi. Kalau kurang tambahkan sedikit minyak. Pukul dua biji telur dgn secubit garam dan masukkan dalam minyak panas. Kacau serata dan biar sehingga masak. Keluarkan telur goreng hancur dan asingkan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan bawang dihiris dadu. Goreng bawang sehingga layu,masukkan nasi diikuti dengan telur dan isi udang yang siap goreng (4 ekor udang penuh goreng itu cuma hiasan diatas nasi).

4. Masukkan semua bahan-bahan kicap cair., sos ikan, gula , serbuk kari ikan. serbuk lada putih, nenas, hirisan tomato, dan gajus digoreng

5.Goreng nasi 3 – 5 minit dan keluarkan dari kuali dan hidangkan dengan udang, Hidang dengan hirisan daun ketumbar / daun bawang, timun dan cili merah. Selamat mencuba.


AYAM BERCENDAWAN

AYAM BERCENDAWAN

Assalamualaikum…dua hari lepas mamak haji beli cendawan kat supermarket EcoSale Bukit Mertajam… harga agak murah juga..kerana promosi Pesta Cendawan dia kata. Ingat nak buat Chicken Mushroom Cream Soup..dan Roti Garlic..tapi anak nak Roti Tuna. Jadi simpan mushroom di peti sejuk tak terusik.. setiap seminggu , pada Hari Jumaat biasanya mamak haji “clear” kan semua simpanan peti sejuk. Tanpa tak sedar banyak duit kita duduk dlm peti sejuk..setiap benda yg rosak dlm peti sejuk itu seperti duit kita dah hangus. Kalau dua kupang jatuh dilantai kita kutip balik..cuba bayangkan banyak duit kita terbuang di rumah tapi tak pernah kita kutip..mcm air..letrik..gas dapur..Hand Phone…minyak kereta…masak makanan berlebihan…Ini lah duit terbuang dalam rumah tanpa kita sedar. Kalau lah kita kutip semua duit yang terbuang setahun terkumpul menjadi ratusan atau pun cecah ribu juga.

RESIPI: AYAM BERCENDAWAN

Bahan-Bahan untuk perap untuk gorengan daging ayam:

  • 2 dada ayam dipotong kiub atau 500gm daging ayam.
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu.
  • 2 sudu kecil kicap cair/ mamak haji gunakan kicap maggie.
  • 1 sudu kecil sos ikan – utk asinan.
  • 1 sudu kecil minyak bijan.
  • 1/2 jus limau nipis / lemon.
  • 1 sudu besar halia cincang.
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus.
  • Garam dan sedikit gula secukup rasa.

Resipi ini kalau nak berkuah sedikit ayam bercendawan anda:

  • 2 sudu besar kicap Cair.
  • 1 sudu besar halaia dihiris halus memanjang bersaiz batang mancis.
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu kecil kicap pekat mee.
  • 1/2 sudu kecil jus lemon.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 kiub stok ayam segera.
  • 1/2 sudu kecil gula.
  • 1 sudu besar tepung jagung (ikut kepekatan kuah yang anda kehendaki).
  • 4 sudu besar air (terpulang pada kepekatan kuah yang anda diperlukan).

CARA GORENG KETULAN AYAM:
1. Perapkan daging ayam dengan perencah, selama sekurang-kurang 30minit. Masukkan minyak secukup dalam kuali (2-3 sudu besar). Kita sebenarnya bukan nak seperti biasa ketulan ayam ini.  Sebenarnya gorengan kita seperti “Grill Daging”ayam itu. Minyak itu cuma bagi tak melekat saja.

2. Masukkan halia cincang 1 sudu besar …bila mula kelaurkan bau yang harum, masukkan 3 ulas bawang putih yang telah cincang. Bila bawang putih mula bertukar warna kuning emasan…masukkan ketulan ayam. Jangan goreng daging ayam terlalu garing tetapi cuma ketulan ayam itu biar masak dengan lembut saja.

3. Keluarkan ketulan ayam dan hindarkan minyak berlebihan (menggunakan kitchen towel) dan asingkan.

Penyediaan Cendawan.

Cendawan biasanya dalam 200-300 gm (2 paket). Dibasuh dan dibersihkan. Guna cendawan butang, boleh juga potong dua atau size yang anda suka. Masukkan sedikit minyak dalam kuali…goreng macam goreng sayur. Bila air cendawan mula keluar..kecilkan api dapur..tutup kuali dgn tudung. Biarkan ia masak sepenuh lebih kurang dalam 15 minit.

Cara Penyediaan Ayam Bercendawan:

1. Masukkan daging ayam siap telah goreng kedalam gorengan cendawan..masukkan air tambahan kalau kehendaki.

2. Sediakan air tepung jagung dengan 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air. Bancuh rata. Bila air mula mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau rata.

3. Biarkan sekejap..masukkan daun bawang dihiris 1 inci panjang..beberapa helai..dan rasa kemasinan…dah siap resipi anda.

 


Speghetti Bologneese sauce

Speghetti Bologneese sauce

Resipi Sos Spaghetti Bologneese Mamak Haji:

Banyak cara buat sos ini..utk katering mamak haji pilih cara ini.Masalah besar semasa katering ialah..spagheeti yg kita hidangkan dlm display tray cepat berair..utk elakan ini..bila spaghetti ini telah di rendam air selepas masak utk matikan haba..toskan dan satu step mamak haji buat..panaskan kuali, masukkan butter dan goreng balik spaghetti dgn butter utk keringkan lagi air..supaya masa hidang tak berair. Ingat lagi cara buat sos barat ini..sos bolognesse ini tergolong dlm sos tomato yg tidak boleh gunakan pemekat tepung gandum atau roux yea.

4-6 org:

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 1 kg isi daging ayam dikiubkan kecil. Kalau ada perencah TACO diperapkan 1-2 jam.

    Speghetti Bologneese sauce dibotolkan

    Speghetti Bologneese sauce dibotolkan

  • 1- 1.5kg Tomato segar.
  • 1 biji bawang besar kuning.
  • 1 cawan puri tomato.
  • 1 sudu besar gula.
  • 3 ulas bawang putih dibelah dua..keluarkan pucuk dan diketuk.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
  • 1/2 cawan minyak zaiton.
  • 1 sudu besar serbuk oregano kering.
  • Garam secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. Kupas bawang dan potong hiris kiub halus.
2. Didihkan air dlm periok , bila iar didih masukkan tomato dan rebus dalam 3-5 minit. Kulit akan terkupas.Kelaurkan tos dan masukkan dalam air sejuk. Kupas kulit tomato dan buang bijinya. Kisar kasar / jadikan puri.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton, bila minyak panas masukkan bawang putih, layukan.
4. Masukkan hirisan bawang kuning, masak sehingga menjadi layu dan lembut.
5. Masukkan ketulan ayam yg perap tadi, goreng sehingga keras sedikit isinya (masa masak kuah supaya tidak hancur).
6. Masukkan puri tomato, masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk rempah. Masak kuahnya sehingga pekat (kepekatan sos tomato secara dihiderasikan kandungan air) selama 45 minit-2jam. Kuah yg pekat bila diceduk dan dituang tidak putus alirannya..dan terlekat dibelakang senduk menandakan kuah dah pekat. Selamat mencuba.


BRAISED CHICKEN

BRAISED CHICKEN

RESIPI: CHINESE BRAISED CHICKEN – AYAM BERKICAP MASAKAN ‘ALA CINA

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1/2 ekor ayam dipotong 6-8 ketul dengan kulit ayam telah dihindarkan.
  • 1 cawan kicap manis – 250ml.
  • 2 keping bunga lawang/star annise.
  • 1 kpg kulit kayu manis.
  • 4 sudu besar gula.
  • 4 sudu besar cuka.
  • 1 inci halia dihiris bulat nipis.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1/2 sudu kecil cili flakes – (cili kering di buang biji dan digoreng kering dan dikisar kasar).
  • 1 sudu besar biji bijan digoreng kering untuk ditaburkan di atas hidangan.
  • 4 cawan/ 1liter air.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:
1. Adunkan 1 liter air dengan kicap, bunga lawang, kulit kayu manis, gula, cuka, halia, bawang putih dan cili flakes dalam kuali dan mendidihkan. Selepas didih kecilkan api dapur dan bawa kepada renehan (simmering) dengan ditutup tudung selama 5 minit.
2. Masukkan ketulan ayam. masih dalam renehan dan masak selama 45 minit atau sehingga ayam masak.
3. Di pingan hidangan letakan batang celery dan karot atau lain sayur hijau kekacang yang telah kukus. Letakan ketulan ayam di atas sayuran ini dan tuang kuahnya.
4. Taburkan bijan telah goreng ke atas hidangan anda. Jamu selera dengan nasi panas. Selamat mencuba.


ONION RING

ONION RING

“Onion Ring” atau Gelang Bawang Goreng bersalut tepung ranggup ini, resipi sangat mudah disediakan di rumah. Entah kenapa dia orang jual mahal mamak haji pun tak tahu. Cuma nama dia macam glamour dan ia menu barat kot?..Jom kita tengok resipi dia…

RESIPI ONION RING:

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 2 biji bawang kuning (Holland) yang besar, kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2″.. Pisahkan gelungnya satu persatu.
  • 1/2 cawan tepung jagung untuk salutan kering.

Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter) untuk digoreng.

ONION RING- SALUT HABUK ROTI

ONION RING- SALUT HABUK ROTI

 

  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil garam.*
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
  • 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 cawan tepung gandum serba-guna.
  • 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.

Cara Penyediaan:
1.Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sebuah bekas, diikuti dengan garam, serbuk cili, serbuk kasar lada hitam, serbuk bawang, serbuk bawang putih dan baking powder. Adunkan semua bahan, dan gaulkan sempurna semua bahan di atas dengan menggunakan “hand whisker atau pemukul telur tangan.

2. Masukkkan tepung dan diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan bancuh/ pukul dengan sekata (gunakan pemukul telur tangan). Bila dah siap..bungkuskan dengan bag plastik dan simpan di peti sejuk..sekurangnya 1 jam atau terbaik simpan semalaman.

Nota: Air yang digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (3/4 dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji guna air biasa saja.

Cara Goreng:
1. Panasakan kuali dan masukkan minyak secukup dalam 2 inci, Minyak perlu panas (350 darjah F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalam 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan gelang bawang ke dalam tepung jagung (salut nipis) , hindarkan tepung berlebihan terus masukkan dalam adunan tepung goreng yang telah sediakan. Hindarkan lelehan lebihan tepung adunan dan masukkan dalam minyak panas dengan berhati-hati.
3. Kepanasan minyak perlu di kawal selalu supaya suhunya tidak naik mendadak dan turun. Kalau terlalu panas kecilkan api dapur atau masukkan sedikit minyak baru. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak dengan menukar warna pada warna kuning keemasan sempurna. Keluarkan dan letak di atas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu di masukkan satu persatu gelang bawang dan jangan terlampau banyak masukkan bawang. Goreng batch by batch (dalam 4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan campuran sedikit garam dan serbuk lada putih. Boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dengan adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus, tapi biarkan serbuk roti rehat dalam 30 minit di atas grill tray untuk menyerap air adunan tepung dan kering permukaan habuk roti itu. Baru lah goreng yea..

7. Onion ring kena makan panas-panas. Guna serbuk roti boleh kekalkan lama sikit keranggupan. Kalau nak makan lambat, simpan dalam oven yg panas 200 Fdarjah atau 95 C supaya sentiasa ranggup. Selamat mencuba.

Label:

“taco” ialah masakan tradisional org Mexico untuk makan bersama dengan tortilla (sila lihat cara buat roti tortillas yang mudah di sini: http://wp.me/pf5pQ-kB )

tortilla dengan taco

tortilla dengan taco ayam goreng keringyang dihidangkan cara di lipat dua, di gulung atau berbentuk kon. Intinya pelbagai rasa, termasuk ayam dan daging cincang, sayuran, cheese di tambah dgn salsa, avocado, daun ketumbar, tomato, bawang atau lettuce (salad bulat). Untuk buat respi taco ini yang penting sekali ialah, “Perencah Rempah Taco atau Taco Seasoning” dan juga “Sos Taco” . Tanpa perencah rempah ini, sos taco anda tak jadi. Dan anda tidak dapat buat taco yang sempurna. 

RESPI : TORTILLAS TACO AYAM CINCANG BERSOS KERING.

Bahan-bahan diperlukkan:

  • 2 sudu besar minyak masak kalau minyak zaiton lagi terbaik.
  • 1 biji bawang holland/kuning dibelah dua dan hiris halus.
  • 2 biji lada bengala atau green capsicums dihiris halus memanjang.
  •  3 isi putih daging ayam bahagian dada potong memanjang/stripe 1 inci.
    Bawang, Lada Nemgala Ditumis

    Bawang, Lada Bengala D itumis

     

  •  2 sudu besar perencah taco. (*2)
  •  1 cawan sos taco yg telah disediakan. (*3)
  •  5 kpg roti tortillas.(*1)
  •  150gm mayonis.

Nota: Tanda “(*1), (*2), (*3)” ada lah nota cara penyediaan disertakan dibawah. Sila baca cara menyediakan di rumah sebelum anda cuba memasak respi ini.

Cara Penyediaan:
1. Masukkan 1 sudu besar minyak, bila minyak panas masukkan hirisan dan lada bengala hijau, dengan api dapur sederhana, layukan dlm 5 minit. Bila siap asingkan.
2. Masukkan baki minyak 1 sudu besar dlm kuali, bila panas masukkan daging ayam yg telah sediakan. Nota: mamak haji sarankan masukkan sedikit serbuk lada putih, garam dan sedikit minyak masak dan gaulkan rata dan peramkan dlm 30 minit. Minyak untuk da

Taco Seasoning  Buatan Di Rumah

Taco Seasoning Buatan Di Rumah

ging kisaran itu tak melekat kat kuali – kalau ada kuali tak melekat tak perlu guna minyak.
3. Bila minyak panas masukkan isi ayam dam masak dlm 4-5 minit. Masukkan bahan perencah atau perisa taco, bawang hirisan dan hirisan lada bengala. Adunkan serata dan goreng dlm masa 1 minit saja. Masukkan sos taco dan adunkan rata. Jika sos melekat kat kuali, kikiskan supaya tidak berkerak. kerak akan pahitkan. Kita nak buat kering yea. Ok inti anda siap.
4. Aturkan roti tortillas dan ambil inti taco ini dlm satu dan bubuh disebelah roti bersama dengan 1 sudu besar mayonis. Gulung atau lipat roti. Dah siap pun.

A: (*2) CARA PENYEDIAAN PERENCAH TACO:

BAHAN-BAHAN:

  • 1.4 cawan serbuk cili.
  • 1/4 cawan serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih / Garlic powder*. (sila lihat di bawah cara menyediakan sendiri
  • 1 sudu kecil daun kering kisar oregano.
  • 1 sudu kecil paprika.
  • 1/4 cawan garam.
  • 1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam.

Caranya:
Masukkan dalam botol tutup tudung dan goncang sehingga adunan ini sebati. Ia boleh simpan selama 6 bulan dengan botol yg tutup rapat kedap udara.

B. *Cara Buat Sendiri Serbuk Bawang Putih, Bawang Dan Halia – Garlic, onion and ginger powder.

Caranya:

Hiris halus bawang dan bawang putih. Masukkan dlm oven dalam suhu 75 darjah C. Bakar agak dalam 2 jam (sehingga menjadi rapuh) dan pecah kalau diramas dgn tangan. Kisar menggunakan anak blender. Bila siap biarkan ia berada dlm balang pengisar dlm 10 minit..utk kekalkan bau haruman bawang. impan dlm botol kedap udara. Kalau nak buat garam bawang putih / Garlic salt aau Onion salt ..1 bahagian serbuk bawang kepada 3 bahagian garam. Jadi lah dia garlic salt atau onion salt.

C: (*3) CARA PENYEDIAAN SOS TACO DI RUMAH.
Bila dah ada perencah taco kita terus ke sos taco.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 cawan sos tomato.
  • 1/4 cawan air.
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili (tambah 1 sudu kecil saja ..kitta suka pedas).
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar bawang kuning hirisan.
  • 1/2 sudu serbuk halia.
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih.
  • 1 sudu besar cuka.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1/2 paprika.
  • 1/2 sudu kecil gula.
  •  1/2 sudu kecil lada benggala merah ditumbuk – tak perlu sgt.

Cara Menyediakan Sos:
Adunkan semua dalam kuali dan masak hingga pekat dlm api dapur sederhana selama 15-20 minit.
NOTA: Sepatutnya  dah siap perencah taco, sos taco…baru menyediakan “tortillas ayam masak goreng kering”.

 


RESPI DAGING MASAK MERAH:

RESPI DAGING MASAK MERAH ‘ALA THAI

RESPI DAGING MASAK MERAH:
Mula sekali rebus daging dengan sedikit warna merah..nak merah sgt pun boleh. Kalau rebus biasa makan masa 1 jam lebih kalau guna pressure cooker sat je..dlm 1/2 jam. Air rebusan jgn pulak buang..buat stok.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 1/2 kg daging.
– 2 cawan air rebusan daging.

Untuk Dikisar dan Tumis:
– 2 biji bawang labu merah sederhana besar.
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 2 sudu besar cili kisar.
– 2 batang serai dihiris.

Bahan-bahan untuk penyediaan sos.
– 1/4 cawan sos tomato.
– 3 sudu besar sos cili.
– 2 sudu besar sos tiram.
– 1 sudu kecil sos kicap ikan.
– 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
– 3 helai daun limau purut dibuang tulang tengah.
– 1 sudu kecil gula, garam secukup rasa.
– 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air. Kalau kuah nak banyak

Untuk hiasan:
– 2 biji bawang labu sederhana besar dipotong wedges / bulat.
– 1 tangkai cili hijau/merah / cili padi.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging yg telah rebus empuk, dihiris.
2. Masukkan minyak dalam kuali panas, tumis bahan kisaran sehingga pecah minyak sama seperti sambal tumis.
3. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Sekiranya kuah nak banyak sikit masukkan stok daging. bila mendidih tambah air bancuhan jagung.
4. Masukkan daun limau purut, hirisan bawang, tomoto atau apa saja anda suka sayuran seperti lada benggala juga boleh.
5. Masukkan jus limau, rasa manis ( kalau pedas tambah gula), asin (tambah sos kicap ikan) dan keasaman, Bila semua ok..keluarkan dan hidang. Mudah.


RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM - LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM – LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM – LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

Bahan-Bahan Diperlukkan:
– Labu Manis dalam 500gm.
– 2 biji kentang agak besar.
– 1 helai daun salam India (daun beriani) potong dua.
– 3 biji buah pelaga, 1 keping kayu manis dan 5 kuntum cengkih.
– 1 biji bawang labu merah besar dihiris halus.
– 1 sudu besar pes halia bawang putih.
– 1 tangkai cili hijau di hiris.
– 2 sudu kecil serbuk kunyit.
– 1 sudu besar serbuk cili. (kalau pedas tambah 1 sudu kecil lagi).
– 2 biji buah tomato di potong kiub.
– 1 sudu kecil gula pasir.
– 1/2 sudu kecil garam masala.
– 2-3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.
– Sedikit daun ketumbar untuk taburkan diatas hidangan.

CARA MENYEDIAKAN:
1. kupas kulit labu manis, bersihkan bijinya dengan sudu, potong dadu dengan kepingan agak 1″ atau 1 1/2 inci. Basuh dan toskan.
2. Kupas kulit kentang, potong kiub agak sedikit kecil dari potongan labu manis kerana labu lebih cepat masak dari kentang.
3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali, bila panas layukan potongan kentang dalam kuali. Tabur sedikit garam. Biarkan gorengan kentang keperangan sedikit selama 4-5 minit dalam api dapur yang sedehana. Bila siap keluarkan. lakukan sama juga pada potongan labu manis.
4. Panaskan kembali kuali dan masukkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar. Bila minyak panas masukkan daun salam India (Indian Bay Leaf), di ikuti dengan kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Bila mula kelaurkan aroma, masukkan hirisan bawang, tumis sehingga warna hirisan bawang bertukar warna kepada kuning kemasan, masukkan pes hali bawang putih, sekira melekit dikuali tambah sedikit air, masukkan hirisan cili hijau. Sentiasa kacau sebatian ini semasa tumisan.
5. Masukkan tomato, masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili. kacau sebati dalam 1-2 minit atau pecah minyak.Kawal api dapur takut hangus.
6. Masukkan pula labu dan kentang. Adunkan sebati dengan rempah. Masukkan 1/2 ke 1 cawan air supaya labu dan kentang masak secukup. Tutup denga tudung supaya labu dan kentang cepat masak. Air jangan masukkan sekali kalau kering sgt baru tambah. Masa masak terpulang pada saiz yg disediakan biasanya dalam 9-10 minit dah siap empuk. Tambah garam secukup rasa. Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar. Hidangan ini sangat sesuai juga makan bersama dengan roti nan, tosei atau capati. Sentiasa mencuba yang baru dalam dunia masakkan akan ceriakan hidup anda.

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,268,346 hits
November 2020
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.