PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘Resepi Antara Bangsa’ Category


LABU MANIS BERKENTANG PEDAS BEREMPAH.

LABU MANIS BERKENTANG PEDAS BEREMPAH.

RESPI BENGALA : KUMRO ALU DOOM – LABU MANIS BERKENTANG PEDAS.

Bahan-Bahan Diperlukkan:
– Labu Manis dalam 500gm.
– 2 biji kentang agak besar.
– 1 helai daun salam India (daun beriani) potong dua.
– 3 biji buah pelaga, 1 keping kayu manis dan 5 kuntum cengkih.
– 1 biji bawang labu merah besar dihiris halus.
– 1 sudu besar pes halia bawang putih.
– 1 tangkai cili hijau di hiris.
– 2 sudu kecil serbuk kunyit.
– 1 sudu besar serbuk cili. (kalau pedas tambah 1 sudu kecil lagi).
– 2 biji buah tomato di potong kiub.
– 1 sudu kecil gula pasir.
– 1/2 sudu kecil garam masala.
– 2-3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.
– Sedikit daun ketumbar untuk taburkan diatas hidangan.

CARA MENYEDIAKAN:
1. kupas kulit labu manis, bersihkan bijinya dengan sudu, potong dadu dengan kepingan agak 1″ atau 1 1/2 inci. Basuh dan toskan.
2. Kupas kulit kentang, potong kiub agak sedikit kecil dari potongan labu manis kerana labu lebih cepat masak dari kentang.
3. Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali, bila panas layukan potongan kentang dalam kuali. Tabur sedikit garam. Biarkan gorengan kentang keperangan sedikit selama 4-5 minit dalam api dapur yang sedehana. Bila siap keluarkan. lakukan sama juga pada potongan labu manis.
4. Panaskan kembali kuali dan masukkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar. Bila minyak panas masukkan daun salam India (Indian Bay Leaf), di ikuti dengan kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Bila mula kelaurkan aroma, masukkan hirisan bawang, tumis sehingga warna hirisan bawang bertukar warna kepada kuning kemasan, masukkan pes hali bawang putih, sekira melekit dikuali tambah sedikit air, masukkan hirisan cili hijau. Sentiasa kacau sebatian ini semasa tumisan.
5. Masukkan tomato, masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili. kacau sebati dalam 1-2 minit atau pecah minyak.Kawal api dapur takut hangus.
6. Masukkan pula labu dan kentang. Adunkan sebati dengan rempah. Masukkan 1/2 ke 1 cawan air supaya labu dan kentang masak secukup. Tutup denga tudung supaya labu dan kentang cepat masak. Air jangan masukkan sekali kalau kering sgt baru tambah. Masa masak terpulang pada saiz yg disediakan biasanya dalam 9-10 minit dah siap empuk. Tambah garam secukup rasa. Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar. Hidangan ini sangat sesuai juga makan bersama dengan roti nan, tosei atau capati. Sentiasa mencuba yang baru dalam dunia masakkan akan ceriakan hidup anda.


Ayam masak dengan terung goreng 'ala masakan Nepal.

Ayam masak dengan terung goreng ‘ala masakan Nepal.

RESPI: AYAM MASAK TERUNG NEPAL.

Bahan-bahan diperlukan:
– 6 ketul ayam dibasuh dan dibersihkan (1/2 ekor ayam).
– 1 cawan bawang dihiris.
– 1 cawan air stok ayam atau stok ayam knorr.
– 1 cawan tomato di kiubkan.
– 1 sudu kecil bawang putih dicincang. Kalau ada pes halia bawang putih -1 sdb.
– 1 sudu kecil halia dicincang.
– 1 sudu kecil halba.
– 2-3 tangkai cili kering dipotong dua.
– 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
– 1 sudu besar serbuk cili. Boleh kurangkan kepedasan 1/2 besar.
– 1/2 sudu kecil garam.
– 2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak saja untuk menumis.
– minyak untuk goreng hirisan terung.

Cara Menyediakan:
1. Potong hiris terung dan adunkan dengan garam, serbuk lada dan tepung dan goreng. Asingkan.
2. Panaskan kuali dgn minyak utk tumis (2 sudu besar), bila minyak panas masukkan biji halba dan masukkan cili kering tumis sehingga menjadi kehitaman sedikit.
3. Masukkan pes halia bawang putih, bila naik aroma, masukkan hirisan bawang dan tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan.
4. Kecilkan api dapur masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan serbuk cili. Bila naik aromanya (jgn hangus) masukkan ketulan ayam dan adun bersama semua rempah. Tinggikan api dapur. Biarkan isi ayam tergoreng sedikit untuk menjadi keras sedikit.
5. masukkan tomato dan air stok ayam dan kecilkan api dapur untuk renehan. Tutup kuali dan biarkan ketulan ayam masak sempurna.
6. Bila ketulan ayam masak dan kuah mula pekat. Masukkan gorengan hirisan terung. kalau cuma 1 atau 2 kali dan keluarkan dan dihidangkan dengan daun ketumbar diatas hidangan. Selamat mencuba.


kita lihat respi kerabu dari Mynmar /Burma. Respi ini dlm golongan kerabu atau salad org Asia yg sangat lazat, mudah disediakan dan punyai khasiat semula jadi.

RESPI: KERABU TOMATO BURMA. 

Kerabu / salad tomato dari Mynmar/ Burma.

Kerabu / salad tomato dari Mynmar/ Burma.

Bahan-Bahan Di Perlukkan:

  • 4 biji tomato kalau dpt yang muda hijau lagi terbaik.
  • 1 sudu besar minyak bawang putih (nanti diterangkan bagaimana menyediakan).
  • 1 biji bawang labu kecil dihiris halus dan direndam dan dibilas dgn air ais.
  • 2 sudu besar kacang tanah goreng, kalau nak beli – beli yg tanpa garam.
  • 1 atau 2 sudu besar cuka serai atau 1 btg serai dihiris halus bhg putih dan di rendam bersama 2 sudu besar cuka.
  • 1 sudu kecil minyak bijan – sesame oil.
  • 1/2 sudu kecil biji bijan hitam – boleh juga guna biji bijan biasa.
  • Berapa titis sos ikan keasinan kerabu anda.

Cara Menyediakan:
Masukkan semua bahan-bahan ini ke dalam sebuah bekas (salad dressing). Gaul rata dan masukkan hirisan tomato. Adun rata. Lepas itu tuangkan ke atas pinggan hidangan. Hias dengan daun ketumbar, 1 tangkai cili hijau dan cili merah dibuang biji dihiris memanjang. Selamat mencuba.

Cara Menyediakan: Minyak Bawang Putih / Garlic Oil:

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 3 ulas bawang putih telah dibuang kulit.
  •  1/2 cawan minyak masak (kalau minyak olive oil terbaik).

Cara-Cara: Menyediakan:

1.Panaskan kuali api sederhana. Masukkan minyak dan panaskan dengan lembut.
2. Masukkan 3 ulas bawang putih.Biarkan bawang putih itu dalam minyak selama 10-15 minit.
3. Keluarkan bawang putih, bila sejuk sedikit hiris bawang putih dan masukan dalam botol disediakan. Tuang minyak hasil gorengan dlm botol.
4. Minyak ini boleh simpan selama 2-3 minggu diluar. Sangat berguna untuk “salad dressing” , minyak pencicah/dipping sos dgn tambah flakes cili, serbuk lada hitam dan sedikit cuka atau boleh digunakan dalam bubur nasi utk membuka selera. Nilai perubatan bawang putih banyak manfaat pada tubuh badan.


IKAN SIAKAP SWEET & SOUR

CARA MENGKELAR IKAN UNTUK DIDUDUKAN DI PINGAN HIDANGAN

RESEPI: IKAN SIAKAP MASAK MASAM MANIS / SWEET & SOUR:

iKAN SIAKAP MASAK MASAM MANIS

IKAN SIAKAP MASAK MASAM MANIS

Respi ini asalnya dari bahagian Timur Negara Cina tetapi melalui arus moden telah mengubah respi ini berbagai-bagai mengikut selera masa kini..Ikan yg sering digunakan dlm respi ini ialah Ikan kerapu dan Ikan Siakap..berat ikan yang sesuai sekitar dlm 1kg..kalau ikan itu besar sangat isi nya tak molek. Ikan yang ingin masak untuk respi ini perlu goreng garing bertepung. Keadaan biasa ialah celur telur dan salut tepung kering tetapi mamak suka ikut cara “Manhattan Fish Market” dimana..celup tepung kering dan celup kembali dgn tepung di adun dengan air bergas seperti ginger ‘ale atau air soda untuk garingan maksima seperti respi Fish & Chip. Cara menyediakan hidangan, ikan tidak dibaringkan didalam pingan hidangan tetapi di dudukan di pinggan hidang untuk mudah di jamu selera dan cantik..respi ini mudah dan siap cepat..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • Ikan siakap lebih kurang berat 0.8 – 1.0 kg berat. Dibuang sisik, bersihkan dan kelar mengikut gambar. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa makanan, serbuk lada putih dan jus limau nipis. Peramkan dipeti sejuk sekurang-kurang 2 jam.
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus.
  • 1 inchi halia dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu di hiris dadu.
  • 1 btg celery di hiris dadu
  • 1/2 biji lada benggala /bell pepper merah di potong dadu.
  • 1/2 biji lada benggala hijau didadu.
  • 1 cawan buah nenas didadu / guna nenas dlm tin pun boleh.
  • 2 helai daun bawang dihiris halus utk hiasan.
  • sedkit garam dan serbuk lada putih cukup rasa.Minyak masak secukup untuk goreng ikan – deep frying.

PENYEDIAAN TEPUNG UTK GORENG IKAN:

  • 1 cawan tepung gandum untuk dijadikan tepung kering salutan pada ikan tujuannya mengeringkan dari kelembabpan. Tepung ini diadunkan dengan 1 sudu besar tepung beras ditambah garam, serbuk lada putih.
  • 1 cawan tepung gandum, diadunkan dengan 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung beras /ubi.Di jadikan adunan cair untuk dicelup ikan dan digoreng. Tepung di tambah 1/2 sudu kecil baking powder, 1/4 sudu kecil serbuk lada putih dan garam. Air biasa boleh digunakan atau yg terbaik air dalam tin ginger ‘ale atau pun air soda – bicarbonate water akan berikan hasil gorengan rangup yang terbaik.

PENYEDIAAN SOS:

Bahan- Bahan diperlukan:

  • 4 sudu besar sos cili produk bumiputra.
  • 3 sudu besar sos tomato produk bumi putra.
  • 2 sudu besar sos “plum”.
  • 1 sudu besar sos berperisa tiram.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu besar kicap cair / kicap berperisa maggi.
  • 1 sudu kecil minyak bijan/sesame oil (kalau ada).
  • 1/2 cawan air.
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.Asingkan.

CARA-CARA MEMASAK IKAN MASAK MASAM MANIS:

1. Adunkan semua bahan-bahan untuk sos dalam sebuah bekas.
2. Sediakan ikan seperti diterangkan.
3. Sediakan tepung salutan kering dan tepung celup goreng seperti diterangkan di atas.
4. Goreng ikan sehingga garing dan toskan di atas kitchen towel. Di pingan hidangan susun daun salad bunga dan letakan ikan di pingan hidangan.
5. Panaskan kuali masukkan 2 sudu besar minyak masak dan goreng hirisan bawang putih diikuti dengan hirisan halia dan bawang. Bawang cuma perlu dilayukan saja. Masukan lada benggala, celery,nenas. Masukan sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng (saute) selama 1 minit. Tak perlu masak habiis..cuma takat layu saja bagi mengekal kegaringan sayuran ini.
6. Tuangkan sos yang telah sediakan dalam kuali. Adunkan sos serata dengan sayuran tadi. Kalau sos anda pekat masukan sedikit lagi air utk kepekatan diperlukan.  jadinya. Masa masak sos dengan sayur cuma 1-2 minit saja. Jangan sampai sayuran anda layu
7. Masukkan bancuhan air dan tepung jagung ke dalam kuali dan kacau rata. Bila sos mula mendidih matikan api dapur. Tuang sos yang telah sedia ke atas ikan goreng yg telah sediakan. Hiaskan hidangan. Jamu selera panas-panas. Selamat mencuba.


RESPI ALU TAMA /KARI AYAM REBUNG BERSAMA KENTANG:

Respi ini sangat terkenal di Negara Nepal. Masakan ini bagi pengemar kari yang lembut dan tidak pedas. “Alu” /aloo bermakna kentang dan “Tama” bererti Rebung. Yang istimewa respi ini ialah tambah dengan “kacang duduk”..dlm istilah bahasa english digelar “black eye pea”. Boleh cuba untuk sedikit perbezaan respi..dan katerer kilang yg ada pelangan pekerja Nepal..boleh mencuba.

Kari rebung, kacang duduk dan kentang Nepal atau Alu Tama digelar bahasa Nepal

Kari rebung, kacang duduk dan kentang Nepal atau Alu Tama digelar bahasa Nepal

Biasanya kacang ini digunakan dlm ketupat daun palas Utara..

Biasanya kacang ini digunakan dlm ketupat daun palas Utara..

Bahan-Bahan Perlukan:
– 1 kg daging ayam di potong sederhana kecil.
– 1 cawan rebung dihiris.
– 2 cawan ubi kentang dikopek kulit, dipotong dadu 1/2 inchi.
– 1 cawan kacang pool. Direndam semalaman.
– 1/2 cawang bawang labu dihiris.
– 3 tangkai cili kering.
– 1 sudu besar pEs halia bawang putih. (3 ulas bawang putih + 1 inchi halia dihiris).

Bahan Rempah Kari Untuk Respi ini:
– 1 sudu kecil jintan putih.
– 1 sudu kecil serbuk cili.
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
– 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
– 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar.

Bahan Tambahan:
– 1 cawan stok ayam atau 1 kiub stok segera dengan air suam.
– 1/2 cawan yogurt atau susu cair tin.
– 1 cawan tomato di hiris kiub.
– 2 besar minyak.
– Garam dan gula secukup rasa.
– Hiasan diatas daun ketumbar.

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili kering, biarkan sehingga menjadi kehitaman.
2. Masukkan pes halia bawang putih goreng sekejap. Masukkan pula bawang hirisan dan goreng sehingga layu dengan api dapur sederhana.
3. Masukkan semua rempah-rempah dan goreng dalam 30 saat atau sehingga naik bau dengan api dapur keadaan kecil.
4. Masukkan daging ayam, rebung, kentang dan kacang pool. Kacau sebati seketika. Biarkan daging ayam tergoreng sedikit dengan rempah.
5. Masukkan stok/air secawan dan kembali api dapur keaddan sederhana. Masak beberapa menit sehingga mendidih.Bila mendidih kecilkan api dapur dan bawa kepada keadaan mereneh/simmering dan tutup kuali dengan penutup selama 15-20 minit atau kentang, kacang dan ayam masak secukup. Tentukan kelikatan kuah yang diperlukan dengan tambah air sedikit. Masukkan tomato.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hidang dengan daun ketumbar dihiris.Selamat mencuba.

Nota: Nak dapatkan rebung segar kini amat payah di bandar-bandar..mamak haji gunakan rebung jeruk…rebung jeruk ini masalahnya baunya tidak enak..utk hindarkan ini mamak haji selalunya , peram rebung jeruk yg telah ditebuk-tebuk dengan hujung pisau serata bahagian rebung itu dan rendam dalam air basuhan beras selama dua hari..selepas dua hari mamak haji basuh dan buang airnya dan rendam balik dgn air beras baru semalaman sebelum gunakan rebung jeruk ini..ia boleh kurangkan bau kuat rebung ini…


SELEPAS  SALUT KRAMEL

SELEPAS SALUT KRAMEL

SEBELUM DISALUT KRAMEL

SEBELUM DISALUT KRAMEL

Respi: Bertih Jagung / Pop Corn:Bahan-Bahan :

  •  1/ 2 cawan biji jagung kering.
  •  1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.

Bahan-Bahan Untuk Kramel:

  • 125 gm butter mamak haji pakai Majerin felda je..dlm 85gm.
  • 1 cawan gula pasir.

Cara Penyediaan:

1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.

2. Dapatkan satu periok agak dalam (mamak haji guna periok pressur cooker) yang ada penutup yang baik.

3. Masukkan minyak masak dan pansakan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung., kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. orang latah duduk jauh sikit.

4. Masukkan 1/2 cawan jagung. Bila dengar jagung meletop-letop, goncang perlahan periok untuk biji jagung yang atas turun kebawah.

5. Bila bunyi meletop-letop dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan kramel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih.

PENYEDIAAN KRAMEL:

1. Adunkan butter/majerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter/majerin cair dengan gula.

2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.

3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati kramel dengan bertih sehingga salut betul.

4. keluarkan pop corn yang elah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan kramel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.


AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

RESEPI: AYAM VARUVAL

Bahan-Bahan yang diperlukan:
1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di sinkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.

Bahan untuk peram isi ayam:

 

  • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
  • 2 sudu besar jus limau nipis.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu kecil garam atau cukup rasa.
  • 1 sudu kecil garam masala.

Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

Bahan-bahan untuk menumis:

  • 4 sudu besar minyak masak.
  • 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 4 tangkai cili kering dipotong dua.
  • 2 kpg. kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum cengkih.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 15 helai daun kari.
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.


CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga bau aromanya naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.

3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebatian ayam dengan segala rempah-rempah tadi. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak. Tetapi gunakan ayam bersama tulang biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak menjadi kerak. Dalam proses ini sekiranya masakkan anda kering sangat tambahkan sedikit air dalam tiga sudu besar untuk ketulan ayam masak sempurna.

4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varual” anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda suka.


AYAM MASAK BUTTER

AYAM MASAK BUTTER

RESEPI: BUTTER / CHICKEN. (MURGH MAKHANI).

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 1 kg isi daging ayam , potong kiub agak besar sedikit. Kalau separuh ayam jadikan dalam 5-6 enam bahagian.
  •  75 gm butter, dalam 3 sudu besar (butter asli yea bukan butter cup pulak, ia nama saja butter tapi majerin).
  • 2 sudu besar minyak masak untuk goreng sikit ayam dan tumis bawang.
  • 135 gm Yogurt asli ( Yogurt asli Nestle yang kecil) jangan yang masam.
  • 50gm badam direbus, buang kulit dan dikisar halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili ikut kepedasan – boleh kurangkan 1/2 sdb.
  • 1/2 kecil garam masala.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  •  400gm tomato puri (lebih kurang 3/4 tin yg berat 430gm).
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 1 cawan susu cair / sejat dalam tin.
  • 2 cawan stok ayam kalau ada, tak ada pakai air biasa dengan 1 kiub ayam knorr.
  • Garam secukup rasa.daun ketumbar untuk ditaburkan di atas.
  • Jangan lupa daun ketumbar untuk dirabur di atas


Cara Menyediakan:
1. Masukkan daging ayam dalam sebuah bekas (bowl) bukan jenis logam. Masukkan jus limau, sebuk cili sedikit garam diperam selama 30 minit.

2. Selepas 30 minit masukkan rempah kari daging, garam masala dan yogurt dan peram kembali dalam 30 minit lagi.

3. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan bunga cengkih dan pelaga, selepas itu masuk hirisan bawang dan layukan (warna bawang bertukar menjadi cerah dan kuning keemasan). Masuk pes halia bawang putih tumis selama 2-3 minit lagi.

4. Selepas pes halia bawang putih mula keluarkan aroma, masukkan ketulan ayam (kalau takut melekat dalam kuali tambahkan satu sudu besar minyak masak dalam daging ayam yang peram). Goreng (seperti grill) ketulan ayam sehingga warna bertukar kepada putih dan mula keras sedikit. Tujuan nya untuk keluarkan jus ayam dalam daging dan keraskan ketulan ayam untuk tidak lerai semasa masakan.

5. Masukkan tomato puri, sos cili, air stok ayam, kisaran badam dan susu sejat. Masak sampai kuahnya jadi pekat dan isi ayam masak sempurna dengan api dapur yang sederhana.

6. Ambil kuali satu lagi, panaskan kuali dengan api dapur sederhana, masukkan butter dan cairkan. Tuang hasil cairan butter dalam ayam yang telah masak.

7. Hidangan telah siap…seperti biasa tabur daun ketumbar diatas hidangan (mamak haji tak suka). Kalau warna nya tidak dapat yang diharapkan masukkan sedikit pewarna merah-oren..settle.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Bahan Diperlukan:
– 1 batang karot sederhana besar – potong dadu.
– 2 biji kentang dikupas dan dipotong dadu,
– 1 biji tomato dibelah 6 keping.
– 100 gm daging ayam tanpa tulang dipotong kiub dan di gaul (seasoned) dengan sedikit kicap cair, tepung jagung dan serbuk lada hitam.
– 1 biji bawang labu sederhana besar dipoting kiub besar sedikit.
– 1 pokok kecil daun bawang dihiris halus.
– Garam dan gula secukup rasa.

Cara Penyediaan:
1. Panas air dalam 1 liter , masukkan kentang diikuti karot dan bawang.
2. Masuk daging ayam yang telah seasoned. Bila gak kentang sudah masak, masukkan tomato.
3. Reneh selama 30 minit. Masukkan garam dan 1/2 sudu kecil gula pasir.
4. Hidangkan dengan panas-panas dengan taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang yang telah hiris halus.Selamat mencuba.

Label:

YONG TAU FOO

YONG TAU FOO

Salam..sebenarnya mamak haji dari lima tahun lalu  suka luahkan perasaan dalam setiap resepi yg di tulis diblog tetapi di fb mamak haji tukar sedikit format. Ini cuma luahan seorang mamak teh tarek..maka itulah mamak haji gelar politik mamak haji cuma, “politik Teh Tarek”..tidak ada bersangkutan dengan mana-mana parti politik dan kerajaan, cuma satu keluhan ikhlas yg amat boring bila mana pelanggan di kedai menghabiskan tiga empat teh tarek hanya bertekak siapa yang betul..hahaha!. Biaasanya siapa yang bercakap banyak itu lha akan settle bill. Maka jangan ambil serius sangat cakap mamak haji tentang politik. Ia cuma selingan untuk hilangkan kebosanan untuk membaca resepi.

Resepi Sup Yong Tau Foo ini pernah mamak haji pernah rasa sangat lazat di sebuah kedai makan astaka di Kg.Melayu. Johor Bahru pada tahun 1986. Ia amat lazat bukan kerana intinya tetapi sup..dan berkali kali mamak cuba dptkan formula..dan inilah hasilnya kita kongsi sama.

CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP YONG TAUFU SINGAPURA:

BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.

  • 3 liter air.
  • 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
  • 1 sudu besar biji lada putih.
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
  • 5 ulas bawang putih diketuk.
  • 2 ketul kiub stok ayam.
  • 2 inci Halia diketuk.
  • 1 sudu besar gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak masak.

Cara: Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya sedia sup yong tau foo yg lazat ‘ala singapura. Hidangkan dengan bebola ikan, Fucuk goreng, dan lain-lain bahan yg anda sukai. Selamat mencuba.

 SOS HITAM

Bahan-bahan:

  • 200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kicap pekat manis.
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
  • gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas.

3. SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.

RESEPI SOS PENCICAH THAI:

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

  • 3 ulas bawang putih di kopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4 cawan cuka.
  • 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.


CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba. Wassalam.

4. Sos Pedas (2)
Bahan-bahan:

  • 20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan bijan
  • 2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
  • garam, gula & cuka secukup rasa
  • 2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,642 hits
April 2021
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.