PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘KATERING DARI RUMAH’ Category


Sekiranya anda seorang katerer untuk satu tempuh yang lama dalam perniagaan ini mulai menyedari, makanan yang anda sediakan untuk sesuatu majlis perkahwinan adalah perkara yang terakhir yang akan difikirkan oleh pelangan anda. Maka isu makanan dalam sesuatu majlis bukanlah perkara yang mustahak bagi pelangan anda. Dalam banyak kes, bajet untuk majlis kahwin yang paling utama bagi pelangan anda ialah pakaian pengantin, hiasan tempat bersanding, kek lima tingkat, solekan, Muzik life, DJ, tempah lokasi majlis, jurugambar dari tv3,florist dan akhir sekali adalah tempahan katering. Duit baki cuma untuk bayar deposit tempahan untuk jamuan, itu pun pelangan anda akan tawar menawar kepada bayaran minima seperti bayaran balik hutang kredit card. Ini baru deposit dan belum lagi kos keseluruhan katering. Bagi bayaran penuh,pelangan yang mengadakan majlis perkahwinan pula akan harap wang sumbangan dari tetamu untuk membayar untuk perkhidmatan katering anda. Kalau tak cukup wang sumbangan yang diterima, hutanglah jawabnya kerana semua duit dah habis!.

Tak salah juga kita katakan bahawa hidangan hari perkahwinan bukanlah kenangan manis bagi pasangan yang naik pelamin, kerana ramai yang telah kahwin akan tergagap jawab untuk mengingat kembali, apa resepi hidangan katering pada hari perkahwinan mereka. Anda ingat?. Maka katering untuk majlis seperti perkahwinan bukanlah perkara asas dan penting bagi majlis perkahwinan. Jangan terlalu kritis terhadap apa yang mamak haji katakan. Sebagai katerer mamak haji ingatkan , jamuan makan adalah kriteria penting tetapi ramai yang tidak mengendahkan pun. Kebanyakan perbelanjaan yang mamak haji sebutkan untuk majlis adalah harga tetap, tiada kompromi untuk mendapatkan potongan harga tetapi perkhidmatan katering jadi medan untuk tawar menawar harga. Betapa sedihnya, bila kita sebagai katerer menjadi mangsa keadaan dalam majlis perkahwinan pelangan kita.


Salam, Seperti Mamak haji janjikan, alhamdullilah kita berjumpa kali ini dengan mengupas kembali cara-cara untuk mengurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan produk makanan yang siap untuk dijual. Mamak haji sering-kali ingatkan kepada peniaga-peniaga baru yang ingin mencuba terokai apa jua jenis perniagaan perlu ada rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan ini bukan dalam pemikiran anda tetapi ia mesti ditulis dan dibaca selalu untuk kita tidak sesat diperjalanan yang jauh ke arah kejayaan. Rancangan Perniagaan seperti peta atau GPS yang akan memandu kita ke arah kejayaan perniagaan. Ramai ambil mudah perkara ini dan tidak suka menulis atau baca dan rujuk apa lagi nak ubah-suai mengikut keperluan. Orang kita ini fikir, rancangan perniagaan ini cuma untuk pinjaman bank saja, ia tak lebih dari itu. Ini pendapat yang salah. Pastikan anda menulis sebuah rancangan perniagaan yang boleh membawa kejayaan untuk anda. Jangan kata, “dulu nenek saya tak buat pun rancangan perniagaan, dia boleh berjaya”. Itu dulu masa anak dara lagi. Dulu tak ada cabaran seperti sekarang, kini perniagaan apa jua penuh dengan cabaran yang anda tidak akan duga. Kalau tak boleh cara bersaing profesional, cara bomoh membomoh bayak ada.  Biar kita papa bayaq pii bomoh siam..kita bagi dia mampooss, jenis macam ini pun banyak. Akhir zaman ini apa saja pelik akan berlaku. Bila anda berniaga nasi lemak, ia laku dan punyai ramai pelangan, orang sebelah merah mata, dia akan buka sebelah warung anda seperti nasi lemak anda sebiji. Jual tak apa tapi dia akan jual lebih murah dari anda. Ini berlaku di mana-mana. Kalau kita bertanya mengapa buat macam ini, Dia kan jawab, “rezeki Allah ada di mana-mana”, itu orang yang ada ilmu agama singkat, ini kalau tak ada agama apa dia akan cakap< “saya abang long kawasan, ini kawasan suka hati sayalah”. hahahaha!. Apa awak nak buat?. Jumpa Ayahandalah jawabnya.hehehe!. .Dalam perniagaan, bila orang jalan kita kena lari, bila orang lari kita kena terbang. Anda lihat sendiri bagaimana restoren-restoren mamak-mamak ini berubah. Dari mengelar restoren mamak kotor jijik anda perhatikan sekarang restoren mamak yang begitu canggih sehingga air mineral, tisu, pingan dilabel dengan nama restoren mereka. Orang sibuk Wifi di KFC kedai mamak pun ada wifi. Nak tengok perlawanan bola dengan kawan-kawan, pergi saja restoren mamak yang sediakan layar perak yang besar. Makanan kalau dulu, kena tunggu berjam-jam, kini KFC atau McD akan kalah cara layanan restoren mamak. Makilah pelayan-pelayan restoren, mereka tetap akan senyum ( pasal bangla mana nak paham?) tapi kalau anda maki pelayan KfC anda akan dipukul keroyok ramai-ramai oleh pekerja-pekerja…hehehe!. Ini kenyataan tentang perubahan cara perniagaan mamak. Mungkin anda lihat taukehnya sengkek dan tak berpelajaran tinggi tapi tahu kah anda satu barisan pengurusan profesional bekerja di belakang tabir untuk mereka. Taukeh-Taukeh restoren mamak nasi kandar di Pulau Pinang yang punyai 3 atau 4 kedai, tak perlu sentiasa lawat restoren mereka, tapi dengan menggunakan perhubungan moden seperti web cam internet  mereka tahu apa yang sedang berlaku di restoren mereka dari rumah mereka…ini mamak haji kata benar. Ini bukan mamak haji kata mamak hebat kerana mamak haji pun golongan itu, tapi mereka mahu ubah, walau pun tak pandai mereka sanggup bergajikan orang yang pandai. Seperti seorang perdana menteri, perlulah seorang yang pandai dan miliki Phd dalam sains politik, bila jadi perdana menteri mampu upah ambil sepuluh orang yang punyai Phd itu untuk menasihati dia, tapi apa yang kita harapkan ialah seorang Perdana Menteri yang punyai moral atau sifat yang terpuji. Moral ini tak dapat beli. Ia sama bagi seorang peniaga, semangat dan sikap ingin berjaya tak dapat beli. Maka inilah sebabnya kita kena buat Rancangan Perniagaan untuk ingin maju dan berjaya. Ok melalut lagi mamak haji. kita ke tajuk asal.

KOMPONEN YANG PERLU ADA DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN:

  1. Penerangan ‘am tentang rancangan perniagaan atau dipanggil “executive Summary” – Biasanya ia dimuatkan dalam satu muka depan dalam rancangan perniagaan.
  2. Penerangan tentang Perniagaan Anda –  a. Termasuk produk yang AKAN dihasilkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. b. Bentuk perniagaan seperti enterprise atau Sendirian Berhad atau berbentuk koperasi.
  3. Objektif dan Matlamat Perniagaan. – contohnya seperti bagaimana anda akan mencapai objektif anda dan jangka masa (tarikh) matlamat anda  itu jadi kenyataan.
  4. Keterangan projek – bagaimana anda rancang operasi perniagaan untuk membantu capai matlamat asal.
  5. Penilaian pasaran – bagaimana anda aturkan rancangan pemasaran bagi produk yang anda hasilkan.
  6. Kajian tentang “trend” didalam industri ini – seperti terangkan persaingan yang akan dihadapi,  pelangan yang disasarkan dan terangkan bagaimana produk anda akan sampai kepada pelangan baru.
  7. Pengurusan dan pekerja – Melakarkan carta organisasi dan terangkan dengan jelas tugas-tugas dan juga latar belakang secara ringkas satff yang utama.
  8. Penyata Kewangan –  Termasuk Penyata Pendapatan dan balance sheet. Baget tahunan mula operasi dan bajet untuk 2 tahun akan datang.
  9. Punca Kewangan  untuk projek anda – punca kewangan termasuk ekuiti anda dalam syarikat dan jika anda punyai bantuan kewangan dari punca lain. Terangkan bantuan kredit yang dijamin.
  10. Sekiranya syarikat ini dikongsi senaraikan nama pengongksi, alamat, dan no.telipon.

LANGKAH-LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN SIAP:

1. Anda perlu ada produk yang anda ingin meniagakan secara komersial. Ia dalah contoh asal atau di gelar proto type. Anda perlu sediakan masakan proto-type sehingga betul-betul sempurna. Panggil saudara mara, sahabat-tolan, jiran tetangga untuk rasa masakan proto-type yang anda akan buat apa saja, seperti sejuk beku, tinkan atau jual begitu saja dalam bungkusan. Pada masa buat kenduri ini (ini bukan tolong orang, ini tolong diri sendiri)..hehehe,  ini anda perlu edarkan borang kaji selidik seperti rasa, texture dan penonjolan masakan. Ini kena buat dengan borang kerana orang kita jarang buat komen depan tukang masak dan juga benda free memang sedap.

2. Selepas itu anda pastikan bagaimana anda ingin simpan sebelum dijual?. Adakah anda ingin simpan dalam peti sejuk beku, atau di rak, atau ingin tinkan. Bagaimana dengan tempat simpanan itu?.

3. Pastikan pada permulaan jumlah produk yang anda ingin hasilkan untuk komersial. Biasanya untuk makanan cecair seperi cili sos  50 – 100 liter memadai, bagi produk pepajal 10 kg – 25 kg adalah terbaik.

4. Sebelum anda terjun ke gelanggang pastikan contoh resepi anda dikemukakan kepada bahagian penguatkuasa makanan untuk diuji untuk mendapatkan kelulusan mengikut akta pemakanan 1983 dan peraturan makanan 1985 dengan pihak berkuasa yang bertanggung-jawab adalah terbaik. Kita tak mahu ada syarikat yang punyai produk sama yang berkelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki) akan membuat lapuran bila didapati produk anda laku dan produk mereka lingkup dalam pasaran. Orang Melayu tentang adu mengadu ini memang no.1. Tak boleh lihat saudara seagama dia berjaya. Maka eloklah persiapkan diri sebelum terjun ke gelanggang.

5. Mungkin resepi anda perlu ubah mengikut kepiawaian pihak berkuasa, selepas resepi akhir mendapat kelulusan, kaji kembali harga bahan-bahan masakan mengikut resepi yang telah diluluskan. Buat kaji selidik kepuasaan pelangan sebelum mula di komersialkan.

Mamak haji dah penat, terpaksa sambung esok tentang cara cipta label, pemasaran dan pengeluaran . Kalau baca banyak sangat pun boring dan cepat lupa. Biar kita perlahankan sedikit. Harap tunggu bahagian 3 dan akhir. Wassalam.


Salam,  untuk memenuhi permintaan dari seorang pengunjung blog ini, mamak haji perlu menulis tentang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan katering dari rumah. Katering dari rumah yang mamak haji maksudkan ialah untuk permualaan pernigaan dan biasanya bersekala kecil, yang menerima tempahan dari pelangan untuk 50 – 100 orang dalam satu-satu masa. Jumlah ini adalah paling mudah untuk dikendalikan untuk katerer-katerer yang baru melangkah masuk dalam perniagaan katering. Blog ini pasti memberi keutamaan untuk golongan peniaga baru dan juga yang ingin buka perniagaan katering. Anda tak perlulah segan-silu meminta pandangan dan juga buah fikiran dari pengalaman Mamak haji. Bila niat itu sudah ada, janganlah “U” turn. Teruskan impian anda sehingga berjaya. Cabaran itu perlu ada dalam diri setiap insan. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam perjuangan hidup yang sentiasa memerlukan semangat juang yang tinggi. Cabaran orang politik bagaimana nak menang dalam pilihanraya akan datang untuk tambahkan kekayaan dari tugas sebenar untuk membantu aspirasi dan permasalahan pengundi-pengundi yang mengundi. Cabaran orang macam kita yang berniaga ialah bagaimana nak cari rezeki untuk menampung keluarga untuk teruskan hidup. Bidang Perniagaan adalah cabaran untuk majukan diri kita didunia tumpangan semenatra ini dan Iman adalah cabaran kita untuk akhirat yang kita kekal selam-lamanya. Ada kalanya hidup kita ini seperti ikut arus sungai yang deras dan untuk menyeberang ia amatlah mudah untuk lakukan. Ia umpama apa saja kita lakukan ia akan berhasil. Ada kalanya hidup kita ini seperti perlu mengharungi arus yang sentiasa berlawanan dan  terpaksa hempas pulas berenang untuk mengharungi sungai itu. Kita perlukan semangat juang yang tinggi untuk mengharungi arus yang deras,  sekiaranya kita patah semangat semasa berenang dalan sungai itu maka akan lemas dan hanyut dibawa arus deras.  Sebelum terjun ke sungai persiapkan semangat, kuatkan daya berjuang, tajamkan akal fikiran dan sediakan life jaket (pelampung kecemasan). Beginilah caranya bila kita nak mulakan berjuang dalam bidang perniagaan. Cuma yang berjaya adalah orang yang mempunyai kecekalan semangat waja.

Apa juga jenis perniagaan, kita perlukan peralatan untuk  menjalankan perniagaan. Begitu juga sekiranya ingin memasuki bidang katering dari rumah. seperti dalam posting-posting yang lepas, katering ini mempunyai banyak cabang, anda perlu memilih jenis katering yang bersesuaian untuk anda.Baca posting ini, “cara untuk mulakan perniagaan”. https://balannambiar.wordpress.com/2012/01/29/cara-untuk-mula-berniaga/

sila klik untuk memahami cara memilih jenis katering: https://balannambiar.wordpress.com/2011/12/13/perniagaan-katering-memileh-jenis-katering-yang-terbaik/

Langkah kedua : Selepas memilih jenis katering yang perlu, anda perlu memilih, Menu yang bersesuain untuk perkhidmatan katering yang anda telah pilih. Segala peralatan katering atau pun perancangan perniagaan anda perlu berkisar dalam linkungan ini. Ukur badan dulu sebelum menjahit baju. Kalau anda ingin membuat “box Lunch katering” (rujuk posting mamak haji berkenaan), kebanyakan peralatan yang perlukan sudah pun siap berada di dapur anda. Cuma anda perlukan cuma kotak untuk bekal makanan, sudu garpu plastik dan kenderaan untuk membawanya. Motor kapcai pun dengan ikat bakul dibelakang sudah memadai sekiranya kurang dari 50 bungkus.  Peralatan masak juga boleh ditambahkan mengikut keperluan semasa. Tak perlulah mencari modal dari ajensi ‘tekun’ atau bahagian ‘icu’ untuk tujuan ini. Kalau dapat alhamdulillah. kenapa perlu pulak tolak rezeki. Cuba mohon peruntukan kerajaan ini melalui ketua bahagian UMNO atau cawangan, itu pun kalau anda ada kabel yang kuat. Takat mintak pakai air lior, balik nanti pun bawa air lior juga. Ini sudah jadi kebudayaan kita sekarang. Jenis katering yang biasa ialah : Majlis keluarga seperti kenduri tahlil, doa selamat, hari jadi dan sepertinya. Katering untuk mesyuarat, katering untuk peserta kursus, dan juga jamuan makan dan pilih dan tetapkan harga dan menu anda.

Langkah 3: Memilih menu yang bersesuain dengan kemampuan.

Omputih panggil, “Jack of Trade trade”. Semua boleh. Iktizam dengan slongan “Malaysia Boleh”. Asalkan dapat pesanan kita nak serbu dengan buta tuli. Mamak haji masih ingat lagi kisah masa susah dulu. Ada satu keluarga VVIP menempah “mee goreng mamak” cuma untuk 7 orang pada pukul 11.00 malam. Pada masa itu mamak haji cuma berniaga mee goreng mamak di tepi jalan.  Untuk 7 orang mamak haji kena masukan mee gorenag itu dalam tray, asingkan cili , daun sup, bawang dan juga bawang goreng. Yang teruk mencari pinggan yang canggih untuk hidangan untuk VVIP ini..hahaha. Memang ini satu kejayaan bagi kita yang peniaga seperti kucing kurap mendapat pesanan dari keluarga VVIP, tapi implikasinya ia amat sukar untuk lakukan. Jadi Mamak Haji dengan beradab tolak pesanan keluarga itu. Esok tengah hari pulak, pekerja majlis tempatan angkut kereta sorong mamak haji dan tolak masuk dalam lori sampah untuk menempatkan di muzium negeri….hahaha!. Kadang-kala hidup dengan berprinsip ini sukar sekali.  Jadi moral cerita mamak haji ingin sampaikan, fikir secara rasional setiap tempahan yang perlu terima atau menolak. Apabila dapat tempahan fikir keupayaan kita dari segi kemampuan kewangan, kepakaran dan kemahiran menyediakan menu yang dipohon, peralatan masakan atau peralatan untuk menghidangakan, cara pembayaran pelangan, kos pengangkutan, masa untuk mula memasak dan lain-lain lagi. Sila baca posting mengenai “bila dapat pesanan tempahan katering”.

Di sini mamak haji gariskan peralatan yang membabit sedikit kos untuk memulakan perniagaan katering dari rumah. Peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan katering dari rumah (50-100 tetamu).

1. Periok nasi Gas LPG (boleh muat 5kg atau 10 kg). Periok ini amat mudahkan kerja masak apa juga jenis nasi. ia berharga sekitar RM300 – RM400).

2. Kuali bertelinga dalam ukuran 45cm – 60cm. Ia amat memudahkan masak segala jenis lauk dan kalau lauk ayam boleh muat sehingga 100 ketul. – 1 unit

3. Dapur Gas satu tunku ( Dapur rumah tidak sesuai untuk masakan yang banyak). 1 unit.

4.  Tray atau Full size Chafing dish berukuran 50cm X 30cm – sekurang-kurangnya 3-5 set (selalunya katerer gelar tray panjang). Ia untuk hidangkan lauk.

5. Tray pendek 30cm X 24cm – 5 unit.

6. Flask Nasi untuk 100 org  (50cm X 31cm)  – 1 unit.

7. Flask nasi untuk 50 org ( 35cm X 30cm) – 1 unit.

8. Bekas air plastik 100 orang – 1 unit.

9. Pingan makan* – 100 keping. (gunakan pakai buang).

10. Sudu garpu* – 100 +100. (gunakan pakai buang).

11. periok besar kalau nak hidang nasi kandar ( 3 unit).

Mamak haji rasa kalau peralatan ini ada lebih dari cukup. Tambahkan sedikit demi sedikit mengikut kemampaun anda. * itu lebih baik gunakan pingan, sudu garpu jenis pakai buang ia lagi sesuai. Kalau peralatan lain sekiaranya diperlukan dan kos pembeliannya diluar jangkauan kita,  kita pinjam di surau atau pun orang yang menyewakan peralatan. Sekiranya dapat beli barangan terpakai lagi menjimatkan kos, tetapi pastikan ia  “samak” dulu sebelum gunakan peralatan yang dibeli dari kedai-kedai bukan Islam. Tidak ada masalah membeli peralatan itu. Kalau risau juga guna Hot Line Jakim untuk pengesahan HALAL yea!.

Akhir sekali Mamak haji ingin nasihat para pengunjung blog ini, sekiranya anda ingin membeli atau menjual peralatan, boleh lah iklankan dalam kotak komen pembaca, tapi jangan gunakan sebagai platform untuk perniagaan tetapi berniatlah tolong menolong di antara saudara Islam yang terkial-kial mencari modal untuk mencapai cita-cita. Mamak haji juga akan publishkan dalam komen atau kumpul banyak-banyak buat posting khas untuk anda sama. Tetapi jangan gunakan blog mamak haji untuk mencari keuntungan peribadi. Sekiranya kita sesama kita berkerja-sama di antara kita, banyak kemudahan dam manfaat yang setiap pengunjung blog boleh dapat dari blog ini. Purata pengunjung blog mamak haji setiap hari sudah melebihi 2,000 pengunjung. Maka gunakan blog mamak haji untuk iklankan restoren atau gerai makan anda diblog ini dengan percuma, sekurang-kurangnya mamak haji berpuas hati dan bersyukur dapat membantu anda semua. Insayllah kita jayakan program ini diblog mamak haji dengan kerjasama dari anda semua. Wassalam.


Salam, Seperti yang janjikan dalam siri 1, perniagaan katering bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dari rumah. Cuma rajin dan usaha dengan cara yang tepat kita boleh berjaya apa saja perniagaan yang kita ceburi. Mulakan berniaga, Kita tak perlukan pejabat hawa dingin dengan lap top atau pun black berry untuk urusan perniagaan. Asas perdagangan ialah keperluan dan kehendak. Keperluan untuk berniaga katering cuma perlukan dapur untuk masak, kenderaan untuk membawa masakan ke lokasi yang diminta oleh pelangan, dan lokasi perniagaan yang strategik di mana ada permintaan pelangan. Sedikit modal juga diperlukan untuk membeli barang keperluan masakan dan peralatan. Ia bukan sesuatu yang mustahil dilakukan oleh sesiapa saja yang berminat dan rajin. Kejayaan yang ingin dicapai bukannya datang dengan mudah. Ia memerlukan ketabahan, rajin dan sedikit pengetahuan dalam perniagaan. Tak ada ‘short cut’ atau cara pintas dalam memperolehi kejayaan dalam perniagaan. Orang Cina selalu berkata, “bukan senang, mahu jadi senang mah”.

Sebelum anda menerokai lebih dalam bidang katering “Box Lunch”, mamak haji sarankan agar ambil pesanan yang kurang dari 100 bungkusan kebawah adalah selamat dan mudah untuk diuruskan. Untuk membungkus 100 bungkusan kebawah, masa adalah faktor yang amat penting. Masa untuk membeli barangan masakan, masa untuk membungkus, masa untuk menghantar adalah amat penting.  Perancangan masa perlu diberi perhatian serius dalam perniagaan katering. Tanpa perancangan masa yang betul anda akan jadi kelam-kabut dan mengelabah bukan saja penat tapi akan membosankan dengan perniagaan “Box Lunch” ini. Ia juga akan menyebabkan kualiti  masakandan perkhidmatan pelangan akan terjejas. Katakanlah anda dapat sebuah pesanan Lunch Box untuk 100 orang. Setiap pesanan anda menerima itu pastikan diberi waktu sekurang-kurang 3 hari sebelum penghantaran pesanan. Anda boleh merancangkan persediaan seperti berikut:

Langkah Pertama:

Hari Pertama apabila menerima tempahan:

Beli semua barang keperluan bekalan masak kering seperti beras, rempah, gula dan lain-lain mengikut menu masakan yang telah ditetapkan. Perlu juga dapatkan bekalan kotak untuk dibungkus yang bersesuian, sudu/garpu, kertas tisu, dan lain-lain.

Langkah kedua:

Hari Kedua:

Beli bekalan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran. Perlu dibersihkan, sekiranya perlu diperam, peramkan dan persiapkan semua bahan-bahan yang diperlukan masak untuk hari esoknya. Kopek bawang, bawang putih, Halia . Awas dengan sayuran hijau, sekiranya dibasuh perlu disimpan di peti sejuk. Sediakan semua pes yang diperlukan mengikut resepi anda. Anda perlu simpan didalam peti sejuk, semua bahan-bahan yang mudah rosak. Sebelum tamat tugasan hari kedua, pereksa dengan teliti semua yang diperlukan telah sedia ada untuk hari keesokan.

Langkah ketiga:

Hari terakhir dan Hari yang menghantar pesanan:

Anda perlu sediakan jadual waktu yang ketat. Masa penghantaran akan mengejar anda setiap minit. Jangka masak setiap masakan anda perlu tahu. Jangan masak terlalu awal dan jangan terlambat. Di sini kemahiran memasak amat diperlukan. Masak jangan kelam-kabut. Sekiranya anda masak dengan dua dapur katakan mengambil masa empat jam. Tetapi dengan empat dapur anda boleh masak dengan dua jam, separuh dari jumlah waktu memasak. Peralatan dapur mainkan peranan utama dalam masakan dan masa. Tetapi sayangnya ramai katerer tidak memandang serius tentang kemudahan dapur. Kalau anda ingin menceburi bidang katering lebih profesional anda perlu adakan dapur yang serba lengkap dengan peralatan yang terbaik dan paling hygienic atau bersih dari aspek kesihatan. Bersih saja tidak mencukupi sekiranya tidak memandang kepada aspek kesihatan dapur anda. Bagi permulaaan berniaga, dapur rumah sudah mencukupi dengan inilah mamak haji sarankan agar anda ambil pesanan kurang dari 100 pakej untuk permulaan. Pakej kecil ini amat sesuai untuk lakukan di rumah. Sekiranya lebih seratus pakej anda perlukan dapur khas untuk menguruskan pesanan seperti ini. Biaq bermula dari kecil, dengan bina asas tapak perniagaan yang kukuh dan bersistematik untuk anda maju kehadapan dalam perniagaan “box Lunch” ini. Bermula dari besar belum pasti anda boleh berjaya. setiap usahawan yang paling berjaya di dunia bermula dari kecil-kecilan.

Menjalankan perniagaan katering secara bersistematik bukan saja memudahkan segala urusan perniagaan anda tetapi ia adalah pemangkin untuk anda berjaya di masa akan datang. Ramai beranggapan, ” Saya cuma menghantar 50 bungkus, apa perlu bersistem-sistem ini?”. Ini adalah pemikiran orang yang tidak mempunyai visi dan misi untuk majukan diri dalam perniagaan ini. Lihatlah di sekeliling anda peniaga-peniaga yang berpuluhan tahun masih lagi berniaga cara yang sama selepas bertahun berniaga. Bila mana kawasan perindustrian diwujudkan untuk usahawan, ia tidak wujud untuk orang Melayu tetapi untuk kaum lain dan pelabur dari luar negara, Namun kita berdabek dada mengatakan kita telah berjaya majuukan negara. Anak Melayu cuma jadi kuli untuk mencari sesuap nasi dari pembinaaan yang indah dari tanah bangsanya. Kita tanam pokok tetapi hasilnya diambil orang lain. berapa ramai anak Melayu berjaya memiliki kilang-kilang di kawasan perindustrian ini?. Mamak haji cukup segan dengan Pengedar buah kurmak Datuk Yusuff Taiyub, dah ada kilang tersergam indah dan besar yang dapat dilihat di bersebelahan Highway Utara Selatan Juru asalnya penjual rempah saja. Taukeh Sunkist dari Barakath Store dari kedai runcit punyai kilang-kilang paling moden termasuk kilang buat karipap dan roti canai sejuk beku. Siapa tak kenal taukeh kueh kek lapis Sarawak, Jutawan Dayang Salhah?. Anda tahu jutawan pasar malam, penjaja mee di lorong-lorong belakang kedai, taukeh restoren nasi kandar telah lama menjadi jutawan yang tidak kenali atau senyap. Adek mamak haji seorang pegurus bank tidak heran baginya peniaga seperti ini datang menemui terus ke biliknya setiap minggu hari Isnin dengan wang tunai beratusan ribu ringgit dalam beg plastik dengan berpakain kotor mereka yang berbau kari. Ini bukan cerita tetapi kenyataan. Anak saudara mamak haji berniaga di kantin perusahaan sebulan untung bersih RM45,000, bayangkan kalau kontraknya cuma dua tahun?. Pendapatan Restoren Nasi kandar sehari minima RM25,000.00. Restoren segera ayam goreng satu bulan jualan mencecah lebih sejuta. Mereka ini boleh lakukan kenapa tidak kita?. Apakah orang Melayu sudah dijadikan “buta” pemikiran sehingga tidak boleh bergerak tanpa tongkat dari kerajaan?. Anak-anak kita tidak boleh ke universiti tanpa biasiwa dari kerajaan?. Tidak boleh buka warung makan tanpa bantuan ICU dan pinjaman TEKUN, tak boleh berniaga tanpa menghadiri kursus usahawan MARA?. Duit dan bantuan telah mengongkong pemikiran orang Melayu. Bantuan ini bukan membantu orang Melayu tetapi membantu yang beri bantuan. Kalu bntu orang Melayu, dah lama dah orang Melayu telah terajui ekonomi negar ini tak payah gaduh 30 peratus. Apakah orang Melayu telah dilatih beraggapan wang ringgit menjadi segala-galanya dalam hidup, tanpa bantuan kerajaan tak mahu mulakan perniagaan, tak mahu ke Universiti, tak mahu undi?. Kenapa jadi begini?. Apakah orang Melayu tak sedar yang ada kuasa ingin kekal berkuasa, yang tak ada kuasa inginkan kuasa dan mereka ini mudah manipulasikan minda orang Melayu dengan wang ringgit?. Lihatlah pada setiap kali pilihan raya umum atau kecil, berguni-guni duit tunai bertukar tangan. sampai tahap, “No Money No talk”. Kita punyai sedikit hak bersuara, iaitu melalui undi..itu pun dah kena beli dengan duit?. Maka generasi masa depan apa yang kita harapkan untuk membina Tanah Melayu ini?. Sebenarnya duit itu duit siapa?. Duit kerajaan. Siapa kerajaan?. Kerajaan itu adalah kita!. Dari rakyat kepada rakyat????…hahahaha!. Malas nak mengulas panjang. Ubahlah pemikiran anda untuk membangunkan generasi “Melayu Baru”. Hegemony Politik tidak bersama dengan hegemony ekonomi, seperti tubuh badan yang tak bernyawa. Tanpa penguasaan ekonomi negara dibawah penguasaan orang Islam…kita ini seperti mayat yang tak bernyawa. Wassalam.

P/S: Insyallah, dalam siri 3 nanti mamak haji akan terangkan bagaimana mengira hidangan vs jumlah bahan mentah masakan yang diperlukan seperti beras, sayur lain-lain. Termasuk juga cara mengira kos hidangan. Sementara itu ada yang ingin bertanya soalan yang khusus sila e-mailkan mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com.


Satu masa dulu kehidupan kita yang dilalui amat perlahan, kenderaan di jalan raya boleh dihitung dengan jari, tidak ada lampu isyarat jalan yang untuk dikejar, tidak ada polis trafik bersembunyi dalam semak untuk saman kita, tidak ada budak-budak liar merempit, tidak ada puspakom untuk jaga kenderaan kita, keadaan amat tenang, mudah dan tidak perlu berebut-rebut dan bersaing hebat seperti sekarang.  Pagi pergi kerja, buat apa yang patut perlu buat dan terus balik rumah. Tidak perlu dipaksa kerja lebih masa oleh majikan yang berlumba ingin cepat kaya tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Dulu majikan amat gerun dengan Kesatuan Pekerja atau orang dulu panggil ‘union’. Pekerja tak perlu berfikir apa perlu buat esok hari. Yang paling terbaik ialah tidak ada talipon bimbit black berry…sebagai opis kecil yang bawa balik kerumah untuk sambung kerja dirumah pula dah. Rakyat pulak bersatu dalam segala hal seperti  menuntut kemerdekaan dan menyangi pemimpin yang diplilih oleh mereka. Keluarga sentiasa bahagia, isteri kebanyakan duduk rumah menjadi suri rumah, basuh kain di tepi sungai, jahit baju yang koyak, dan didik anak-anak dengan didikan moral dan agama yang tak ternilai untuk generasi akan datang.  Masyarakat dibentuk, anak-anak muda disayangi dan yang tua dihormati. Kini semuanya telah ubah…dan kita juga ubah?. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Hendak atau tak nak, dunia sedang berubah dan kita juga perlu berubah. Suami dan isteri sekarang perlu memikul beban hutang rumah-tangga seperti hutang sewa-beli rumah, hutang kereta, hutang bil-bil segala macam tok nenek yang ada. Sehinggakan banyak institusi kewangan antara-bangsa sudah mula menyuarakan kebimbangan “hutang rumah tangga” (house-hold Debt) di Malaysia paling tinggi sampai mencecah kelebihan 70 peratus. Keadaan kini memaksa wanita perlu berkerja. Ramai pilih jadi operator di kilang-kilang yang dimiliki oleh pelabur asing yang melabur di negara ini kerana dapat bekalan pekerja upahan yang murah, taat pada majikan, tidak boleh tubuhkan Kesatuan Pekerja Elektronic tetapi dibolehkan pula menubuhkan Kesatuan-kesatuan Majikan seperti Kesatuan taukeh-taukeh Restoren India Muslim (Mamak) yang bertujuan naikan harga roti canai dan teh tarek yang pelangan tetapnya terdiri dari rakyat yang POKAI..bukan dari TOKAI…hahaha!. Kemungkinn janji-janji pilihan raya akan datang, kerajaan berjiwa rakyat ini akan membuka..RESTOREN MAMAK 1 Malaysia, tujuan untuk rakyat pendapatan kurang dari RM3,000 saja boleh nikmati hidangan Roti Canai dan teh tarik secara harga subsidi dari kerajaan…. hahaha!. Kedai Runcit 1 Malaysia Mamak Maidin sudah rembat.  Yang kaya Mamak jugalah akhirnya…Melayu terlopong juga. Jangan marah cik adik!. hehehe!. Mamak Haji pun tumpang gumbira kerana kerabat kitul dan mandeliar jadi kaya raya lagi…ish lari tajuk pulak Mamak haji ini. Biasalah Mamak kalut dan melalut…hehehe!.

KATA-KATA SEMANGAT DARI MAMAK HAJI BAGI YANG BARU MULAKAN PERNIAGAAN ATAU BERCADANG MULAKAN PERNIAGAAN KATERING:

“Amat  sukar berjaya dalam apa jua bidang pun, sekiranya kita tidak merasai keseronakan apa yang kita lakukan”. Kita perlu berasa seronok bila lakukan apa saja yang kita suka buat, seperti bersolat, membantu orang lain, bersedekah atau pun belajar. Kita perlu merasai keseronokan bila berniaga seperti katering. Kita perlu rasa seronok kerana kelam-kabut nak menyediakan jamuan tetapi rasa paling seronok bila telah siap pada masa yang tepat untuk penghantaran. Segala kepayahan, segala penat-lelah akan bertukar menjadi keseronakan bagaikan berpesta. Belajar merasai keseronkan dalam kepenatan dan kekeciwaan atau pun kegagalan.

  • Kegagalan terbesar dalam hidup kita ialah “tidak mencuba” lakukan apa yang kita kehendaki sebenarnya dalam hidup kita. Bila mana anda berfikir untuk membuka perniagaan sendiri, perlukah anda dengar apa yang orang sekeliling kata pada anda, “awak tidak mampu lakukan”, “awak tidak akan berjaya”, “kenapa awak susah payah, “makan gaji sekarang apa kurangnya, cukup bulan cucuk kad keluar duit”, berbagai-bagai kenyataan negatif akan disebarkan ke telingga anda. Anda fikir sendiri, “perlukah saya perlu dengar semua itu untuk berjaya?“. Jika jawapanya, “tidak”, maka teruskanlah cita-cita anda itu.
  • Kehebatan yang paling besar kita, “bukan berdabik dada mengatakan kita tidak pernah gagal, tetapi “bangun” dari setiap kali kita “jatuh”. Jatuh bukan untuk tiarap terus tapi bangun dengan lebih kuat dab berazam “kita tidak akan jatuh lagi”.
  • Kalau anda mahu berjaya dalam perniagaan yang diceburi, anda tidak boleh berjaya cuma berbekalkan dengan idea-idea yang hebat tetapi anda perlu menJUAL  idea-idea itu untuk berjaya. Sebagai contoh: Sekiranya anda ada idea yang hebat berniaga Nasi Ayam,  yang penting bukan idea hebat itu, tetapi anda perlu JUAL  Nasi Ayam itu untuk berjaya dalam perniagaan Nasi Ayam anda. Maknanya anda bukan saja perlu menjadi seorang taukeh yang bagus tetapi perlu juga mempelajari kemahiran sebagai pegawai PEMASARAN yang hebat. Bagi sesetengah orang “pemasaran” ini wujud dalam dirinya secara semula-jadi tetapi bagi kebanyakan orang pemasaran akan menjadi sukar pada permulaan tetapi akan menjadi biasa setelah keperluan mendesak. Jangan ambil mudah tentang pemasaran ini dengan memberi /melantik orang lain sebagai penganti anda pada permulaan berniaga. Anda akan keciwa kemudian hari. Baik susah, baik senang, anda perlu jadi salesman untuk perniagaan anda.
  • Perlu anda ingat, ” Bukan semua jenis perkhidmatan katering ini untuk anda” dan “bukan semua pelangan bukan pelangan anda”. Pilih yang termampu saja dan jangan gelojoh dan tamak.
  • Perasaan “Malu” pasti ada pada permulaan berniaga tetapi ingat, ” saya mencari rezeki yang halal dan perniagaan adalah pekerjaan yang mulia, kenapa saya malu terhadap diri saya?”. Jangan risau perasaan malu ini akan hilang dengan sendirinya bila anda mula layan pelangan anda dan mendapat pujian dan terima kasih dari pelangan anda. Tidak apa yang harus kita malu, malu pada Allah SWT kerana kita insan kerdil tak mamapu berbuat sesuatu tanpa izinnya. Malu pada manusia seperti ini cuma jadikan diri kita “Inferiority Complex” yang membawa makna, ‘ merendah diri yang terlampau’ dan sentiasa berfikir orang lain hebat dari dirinya. Mengikut pakar sakit jiwa ia adalah penyakit emosi. Jangan biarkan ‘penyakit’ ini  mempengaruhi diri anda. Hindarkan dengan segera.
  • Keunikan dalam perniagaan katering bukan sentiasa berfikir ingin lakukan yang terbaik untuk pelangan tetapi jadikan “terbaik” itu sebagai tabiat atau sikap semula-jadi pada diri anda. Sikap lakukan terbaik ini akan sentiasa dihormati oleh orang lain terhadap diri kita.
  • Jangan ambil risiko yang belum pasti berjaya. Ambilah risiko yang telah dikira kebaikan dan keburukan (calculated Risk).  Jangan terburu-buru dengan slongan-slongan ‘rheotoric’ ahli-ahli politik seperti “Malaysia Boleh”. Latih diri anda menghadapi risiko yang telah dikira buruk baiknya tetapi jangan lari dari hadapi risiko, lebih tinggi risiko dalam perniagaan lebih banyak untung perniagaan, Kadangkala mengambil risiko menjadi kunci kejayaan perniagaan anda. Ia akan membantu anda bila menghadapi risiko perniagaan yang lebih besar akan datang.
  • Kejayaan dalam perniagaan adalah cuma satu harapan yang belum pasti, tetapi tanpa ‘harapan”,  ini anda tidak boleh harapkan sebarang kejayaan dalam perniagaan anda. Harap, berfikir akhir sekali jangan lupa minta bantuan dari Allah SWT seperti solat tahjud. Insyallah haarpan anda akan didengar dan makbulkan oleh Allah SWT. Jangan putus harapan, anda akan keciwa. Harapan yang tak tertunai itu, anggap sajalah tidak direstui oleh yang Maha mengetahui dan pemerintah sekian alam Allah SWT. Pasti ada kebaikan dalam keburukan yang cuma anggapan kita itu.
  • Sekiranya anda tidak putus asa apa saja anda lakukan, anda tidak akan gagal. Sentiasa kejayaan menanti anda dihujungnya.
  • Emosi adalah musuh bgi setiap peniaga. Emosi perlu dikawal untuk berjaya dalam perniagaan. Sedih, malu, marah, keciwa, putus-asa, takabur, tamak dll perlu dikawal dan mengatasinya dengan meletakan pada tempat yang betul dan gunakan dengan bijaksana melalui akal dan fikiran yang waras.

P/S: Banyak Mamak Haji menulis nasihat-nasihat  dalam e-mail-email dihantar oleh pembaca. Ada yang mamak tak jawab e-mail lagi kerana ingin menulis dalam posting-posting akan datang. Kadang-kala Mamak Haji sebenarnya malu pada diri sendiri dan malu juga untuk memberi nasihat pada hampa semua kerana Mamak Haji bukanlah seorang kooperat yang bergelar jutawan. Ramai di luar sana beribu kali lebih berjaya dari Mamak Haji dalam hidup. Anggap sajalah nasihat Mamak Haji ini sebagai cetusan dari hati yang melalui pengalaman yang sama seperti anda semua yang melalui sekarang. Peniaga picisan seperti kita tidak ada tempat mengadu keresahan hati dan kekeciwaan yang dialami, maka Mamak Haji jadikan blog ini untuk peniaga picisan seperti kita untuk berjaya dan tempat meluahkan perasaan. Alhamdulillah blog Mamak Haji yang buruk ini dapat sambutan yang di luar jangkaan dari pembaca. Mamak haji ucapkan ribuan terima kasih atas galakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh ramai pembaca.  Kadangkala kata-kata semangat ini seperti “komunikasi dua hala”,  sama seperti kasih sayang yang terjalin di antara dua insan yang memerlukan dan yang diperlukan. Bagi peniaga baru terus e-mail kepada Mamak haji untuk luahkan perasaan anda. Apabila meluahkan perasaan pada seseorang, sekurang-kurangnya hati kita rasa tenteram dan sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan perasaan yang ditanggung keseorangan. Semua e-mail anda adalah rahsia dan tidak sekali-kali dedahkan identiti. Ada juga pembaca memberikan no.tel untuk menghubungi tapi Mamak Haji belum bersedia menerima keikhlasannya kerana ia menjadi terlalu peribadi..lagi pun Mamak haji tak sihat sangat. Maka jadikanlah blog dan e-mail sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Mintak maaf banyak noo!.Wassalam. e-mail : mohd.roslan99@gmail.com.


Komen dari Pembaca:
Assalamualaikom Tuan Hj. Mamak saya selalu mengikuti tulisan mamak ni,sangat bagus, haji ada banyak kemahiran berniaga, dan memasak. Saya ada pengalaman memasak selama lebih dua puluh tahun (makan gaji), ada diploma pengurusan hotel, sijil catering, sijil kemahiran malaysia, umur didalam 45 tahun, saya ingin memasuki bidang perniagaan makanan,tetapi bila nak mula saya rasa down,boleh kiranya tuan hj mamak beri sikit tips dan galakkan.
JAWAPAN:
Mualaikum wasalam Waramuthullah Cef Kharul Bahari,
Izinkan Mamak gelarkan saudara “cef” kerana mengambil kira kelulusan dan pengalaman saudara..sepatut saudara digelar seorang cef yang berpengalaman dan profesional dalam bidang katering. Coretan di blog mamak itu cuma satu coretan luahan hati saja. Mamak cuma seorang usahawan picisan. Perbezaan di antara kita ( orang makan gaji dan usahawan) ialah usahawan seperti mamak ini seperti burung helang yang berlegar di angkasa yang mencari makan. Helang ini akan memerhatikan setiap pergerakan di bumi dan sentiasa bersedia untuk menyambar bila peluang wujud. Dalam bahasa perniagaan ini dipanggil “peluang perniagaan”.  Usahawan ini sekali hidu terdapat peluang untuknya, dia akan cuba mengambil peluang itu untuk menjadikannya nilai duit dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada dirinya. Saudara cef khairul Bahari seorang profesional yang lakukan kerja harian dan makan gaji berlawanan dengan karektur seorang usahawan seperti Mamak ceritakan. Kerja makan gaji yang mengikut jadual waktu yang ketat dan sifat kesetiaan pada majikan amat sukar bagi menghidu “peluang perniagaan” terbentang luas diluar sana. Kalau pun peluang perniagaan ini perolehi ia secara kebetulan saja.

Ini lah Perbedzaan di antara seorang usahawan dan seorang yang makan gaji. Ini bukan saja di bidang katering tetapi ia meliputi di semua bidang perniagaan.
Mamak minta, jangan salah anggap tafsiran Mamak di atas sebagai mamak, menetang makan gaji atau tak perlu jadi profesional yang makan gaji. Apa yang Mamak selalu tekankan ialah, “Orang Melayu” perlu lebih ramai ceburkan diri dalam dunia perniagaan. Kenapa orang Melayu perlu berniaga?. Kita perlu memilih perniagaan sebagai wadah untuk keluar dari kemiskinan dan mengubahkan nasib generasi akan datang. Maksud berniaga bukan cuma untuk mencari kekayaan, ia punyai rangkaian maksud yang berbedza. Kekuatan bagi sesuatu bangsa (ummah) adalah ekonomi. Orang Melayu di negara meliputi 65 peratus dari jumlah penduduk tetapi  kenapa selepas 53 tahun sehingga kini belum mencapai 30 peratus untuk berkongsi kekayaan negara ini?. Ramai ahli politik Melayu berkata, ” kita tolong orang Melayu dengan segala kemudahan, wang ringgit dan latihan untuk berniaga”. Tetapi masih gagal?. Bagi pendapat Mamak, yang dikatakan ‘Tolong’  ini ada dua perkara, satu yang tolong orang dan satu lagi tolong diri sendiri. Mamak tak tahu jenis tolong yang sebenarnya ahli politik ini semua maksudkan. Tentang tolong orang ini, ada satu falsafah confisius dari Cina yang terkenal untuk direnungkan bersama, ” Sekiranya seorang yang lapar datang kepada kamu yang menjual ikan di pasar meminta-minta, Jangan beri dia ikan yang kamu ada saja tetapi beri dia mata kail dan mengajar dia cara memancing ikan sekali. Moral pepatah ini ialah bila kamu beri se ekor ikan untuk orang yang lapar ini , dia cuma boleh hilangkan kelaparan untuk sekali itu saja, tetapi kalau kamu berikan dia mata kail dan mengajar dia ilmu memancing ikan, dia boleh mendapatkan ikan sepanjang hayatnya dan juga boleh menjual ikan yang berlebihan itu di pasar untuk dapat sara diri dan keluarganya sekali. Maka bantuan material itu perlu dan juga ilmu itu penting bagi kehidupan seseorang. Begitu juga jangan pandang remeh ilmu perniagaan sekiranya anda ingin menceburi dalam bidang katering ini.
Tentang ilmu ini, “kenapa harus belajar sampai ke universiti?”. Apa yang dimaksudkan dengan orang yang berilmu?. Ada juga pelajar kita nak belajar ilmu, tak sempat nak cari pengalaman dari ijazah terus belajar ke pringkat sarjana dan ada yang ambil Phd seterusnya. Apa yang dimaksudkan sebenarnya “seorang berilmu” (Learnt Person)?. Bagi pandangan Mamak yang dikatakan orang berilmu atau llmuan ialah, seorang yang boleh buat keputusan atau pun punyai idea baru tanpa dipengaruhi oleh pihak luar. Dia boleh buat keputusan sendiri. Apa saja pendapat yang dikeluarkan adalah dari pemikiran yang terpelajar itu sendiri. Ilmuan ini boleh menghasilkan karya yang asli atau pun idea-idea yang asli yang datangnya dari kebebasan berfikir tanpa pengaruh luar. Maka dengan sebab inilah kita cuma dapat hasilkan graduan atau pun professor-profesor yang jenis kangkong goreng belacan. Kita jarang dapati mereka cetuskan idea-idea baru atau pun hasilkan karya-karya agung dunia yang kreatif untuk generasi akan datang. Minda mereka tidak boleh pisahkan dengan pengaruh pihak luar. Orang melayu masih lagi sukar keluar dari minda penjajahan. Bagaimana kita nak maju?. Kalau orang barat telah membuka Francise goreng ayam, kita sibuk nak bawa anak-anak kita merasa ayam goreng masakan ‘ala barat. Orang melayu mencipta sos cili yang terbaik “Aminah Hasan” kita tak yakin beli produk orang melayu tapi cari Maggie yang dikeluarkan oleh Nestle syarikat Yahudi. Bila zaiton keluarkan produk ubat gigi kita masih pergi kedai minta bukan ubat gigi tapi “Colgate”. Pemikiran kita masih dijajah oleh barangan orang barat. Mamak dah melalut dah…ok. Mamak cuma ingat satu saja, Orang melayu perlu tanamkan minat berniaga kepada generasi baru mereka sekiranya mahu merasai segala kemewahan yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Islam (Melayu) berkekalan di tangan orang Melayu untuk dirasai oleh cucu-cicit kamu. Berniaga ini ibarat sebuah pokok buah-buahan yang baru kita tanam, anak-anak, cucu-cucu atau cicit-cicit akan merasa buah yang ranum dan manis dari usaha kita yang menanam dulu. Maka sesiapa yang berminat berniaga itu, jangan tangguh-tangguh dan was-was menjalankan perkara yang baik. Kerana was-was itu adalah bisikan syaitan was-wasil. Hindarkan syaitan ini dengan solat istikarah. Kita cuma pandai saja merancang kselalunya tak bijak. Yang maha bijak dan Maha Pandai cuma Allah SWT.
TIP-TIP CEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN KATERING
1. Bila disudut hati kita berkata, “saya boleh buat lebih baik dari keadaan sekarang sekiranya berniaga sendiri”, maka hati anda sudah pun berbelah bahagi. Anda inginkan kebebsan (Freedom) yang tidak ternilai bagi setiap insan. Anda mulai matang tentang kehidupan ini. Makan, Minum, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas fizikal bagi manusia.  Sebagai manusia kita juga punyai kerohanian yang meronta dalam setiap manusia. Kekuatan rohani ini adalah sumber untuk manusia rasa gembira seperti Agama (Islam), Kebebasan asas (human rights), dan lain-lain. Jika anda perhatian perbedzaan di antara seorang banduan meringkok dalam penjara dan diri anda . Yang membezakan ialah cuma kebebasan. Di penjara ada beri makanan dan minuman, beri pakaian dan juga tempat tinggal dan juga diberi upah. Apa yang banduan tidak perolehi ialah kebebasan. Betapa bernilainya kebebasan. Perniagaan sendiri walau pun tidak menjanjikan kebebasan sepenuhnya tetapi anda akan berpuashati dengan kebebasan yang terdapat dalamnya. Anda ingin bebas?. Mulakan perniagaan sendiri.
2. Kesedaran ingin ‘Berniaga’ wujud dalam jiwa untuk ingin mengubah cara hidup kerohanian atau pun kerana materlistik atau pun kesenangan. Apa pun kita ingin ubah itu perlu bererti dengan niat yang ikhlas. Orang berniaga yang senang-lenang itu kebanyakannya mengalami keperitan hidup yang suatu masa dulu. Mereka mengubah hidup  mereka dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Harus ingat pernigaan bukan jalan pintas untuk kita senang-lenang tetapi perlu dan sanggup mengalami kesukaran, susah, penat dan berbagai-bagai cabaran untuk menghadapinya. Yang penting semangat untuk berniaga jangan luntur sama sekali. kayuh dan kayuh terus sehingga kita temu garis penamat yang menentukan kejayaan kita.
3. Kewajipan terhadap keluarga akan menghantui pemikiran kita bila saja berfikir ingin memulakan perniagaan sendiri. Keyakinan diri akan luntur sedikit sebanyak, “boleh kah saya berjaya”, kalau linkup bagaimana nak sara keluarga?. Cuba anda bayangkan beribu-ribu di luar sana berniaga. Apakah keluarga mereka merempat di tepi jalan. Sekiranya jawapan anda tidak, kenapa anda mesti ragui diri anda. Rezeki dari Allah Ta’allah yang tentukan, katakan walau pun rezeki kita tiada bagaimana dengan rezeki isteri atau anak-anak kita?. Rezeki dari Allah SWT tidak akan terputus selagi kita tidak lakukan dosa besar. Risiko yang dihadapi meninggalkan gaji bulan kepada perniagaan sendiri perlu diambil kira. Kerisauan tetap ada di hati kecil namun bagaimana tingginya semangat nak berniaga untuk hadapi ini kita perlu ambil risiko yang yang telah dikira (calculated). Caranya ialah tentukan simpanan perbelanjaan untuk keluarga disimpan dahulu sebelum berhenti kerja. Sekiranya perniagaan anda diceburi tidak memberi keuntungan yang dijangkakan atau menghadapi kesukran pada mula membuka tak perlulah risau sangat tentang menyara keluarga. Isteri kita pun akan merasa lega dan tidak berlaku konflik keluarga. Pada kebiasaanya kita perlu simpan 10 peratus dari gaji kita untuk tujuan ini. Cakap memang senang tetapi ini perlukan komitmen yang tinggi dari seluruh ahli keluarga.
4. Apa-apa perniagaan pun memerluka pelangan. Di mana anda mencari pelangan untuk perniagaan anda?. Mencari pelangan bukan tugas mudah seperti kita fikirkan. Ada juga mamak terima e-mail dari pembaca, bila dia buka kedai tak pelangan singgah di kedainya. Walau hebat macam mana perniagaan anda tanpa pelangan tak ada makna. Cara terbaik untuk orang mula kecimpung dalam perniagaan katering ialah dengan free of charge dengan modalkan mulut anda. Biasanya orang yang inginkan perkhidmatan katering akan bertanya kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk memilih katerer. Apa yang anda lakukan, beritahu kepada semua kawan-kawan anda dan saudara mara anda tentang perniagaan anda.  Janjikan perkhidmatan terbaik dan harga dicount akan diberikan untuk semua tempahan mereka kerana anad menghargai mereka. Buat yang terbaik. Ada juga mamak terima e-mail dari seorang pembaca blog ini, buah mulut kawan-kawan jadikan perniagaan katering bertambah maju hari kesehari. Ini iklan percuma yang amat meyakinkan. Buat yang terbaik pada permulaan, rugi sedikit tak apa, anggap saja untuk modal iklan.
5. Gunakan internet sebagai wadah untuk iklan anda di face book, tweeter atau pun diblog-blog. Jangan terburu membuka web site berbayar. Belum tentu pelayar internet singgah di web-site kita. Mamak juga akan siarkan komen yang berbentuk iklan kedai makan, warung, atau pun perkhidmatan katering, sekiranya  anda masukkan dalam tempat komen. Iklankan perniagaan anda di tempat komen. Mamak akan bantu. Kalau di Pulau Pinang mungkin Mamak singgah di kedai makan anda dan kalu sedap mamak masukan dalam posting. Ini pertolongan ikhlas mamak pada pengunjung blog yang ingin berjinak dengan perniagaan.
Nota P/S: Banyak lagi e-mail mamak belum jawab. harap maaf kerana keadaan cuaca yang tak menentu memburukan keadaan kesihatan Mamak. Sekiranya kesihatan izinkan mamak jawab soalan-soalan tuan dan puan. Kalu yang inginkan jawapan segera beritahu mamak..mungkin Mamak akan gunakan perkhidmatan anak Mamak untuk menaip. Posting akan datang Mamak sedang menumpukan kepada “Masakan sayur-sayuran” ‘ala nasi kandar dan ‘ala masakan Cina”. harap beri sokongan dan semangat kepada mamak terus menulis. Wassalam.

Resepi NASI AYAM HAINAN ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina. Hidangan Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di negara kita dan Singapura atau di Thailand adalah versi yang telah mengalami proses pengubah-suaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing.  Asal-usul Menu Nasi Ayam Hainan di negara Cina adalah dari hidangan Daerah Hainan di negeri Cina yang membawa maksud ayam tua atau “Ayam Weng Chang”.  Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di Malaysia dan Singapura adalah hidangan gabungan dua suku masyarakat Cina, Hainan dan Kantonis. kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam (air rebusan ayam segar). Dalam menu ini “Stok Ayam” adalah bahan asas yang digunakan untuk masak nasi, sup dan juga cicah sos cili yang lazat. Cara masakan tradisi Hainan, ayam yang digunakan adalah dipilih lebih tua untuk mendapatkan minyak ayam yang lebih sedikit dari gunakan ayam yang muda tetapi pengaruh suku kaum Cina kantonis telah mengubah resepi asal ayam tua kepada ayam muda yang punyai lebih padat isi ayam dari ayam tua.

Hidangan ini sekali lagi bertukar bila orang Melayu peminat masakan nasi ayam. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut cita-rasa penggemar Hidangan Nasi Ayam. Tak salah Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang penting ialah, resepi yang diubah perlu disukai ramai dan punyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan.

Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk ‘diet seimbang’. Maka hidangan “Nasi Ayam Hainan” adalah  satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Kali ini Mamak Haji ingin kemukakan resepi hidangan lebih besar untuk saudara-saudari kita yang ingin mencebur dalam perniagaan Bazar Ramadhan yang tak lama lagi. Suri Rumah yang ingin mencuba resepi ini sila bahagikan dengan 10 untuk hidangan 10 orang di rumah.

RESEPI NASI AYAM HAINAN. (50- 60 hidangan).

CARA- CARA MENYEDIAKAN STOK AYAM:

  1. 10 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 – 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan 2 sudu besar hirisan halia dan daun bawang putih (scallions/ leek) yang telah dihiris ke  dalam rongga badan ayam. Lumurkan ayam dengan 1 sudu besra garam untuk setiap satu ekor ayam.
  2. Isikan air secukup dalam periok besar (kalau tidak muat semua ayam, boleh rebus dua kali).
  3. Masukkan 3 sudu biji lada putih pada air, Biarkan air mendidih.
  4. Tenggelamkan ayam dengan bahagian dada ke bawah.  Air rebusan perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Apabila semua ayam telah masukan dengan segera rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan. rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45-60 minit. Sediakan air ais dalam sebuah besin.
  5. Apabila semua ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais/  air biasa yang telah disediakan. Rendam semua ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam masak lagi isi ayam.
  6. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong untuk dihidangkan semasa pelanngan meminta.
  7. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM (5KG).

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg. beras 5% hancur. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
  • 1/4 cawan hirisan bawang putih (chopped).
  • 1/2 cawan hirisan halia.
  • Garam secukup rasa. (1/2 senduk besar).
  • 1 senduk besar minyak masak (1/2 cup).
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • 3 1/2 jug (2 liter) air rebusan ayam (stok) yang telah disimpan. Paling mudah ukuran air ialah sukat beras dan air ikut sukatan beras. Air stok ayam dan Beras dalam nisbah 1:1.
  • 3 kiub stock ayam segera sebagai penambah rasa.

CARA-CARA MEMASAK NASI:

  1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
  2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi, sekiranya lemak amat sedikit boleh tambahkan satu senduk besar minyak masak.
  3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10-15 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
  4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan kiub stok ayam. Rasa Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering dan nasi anda keluarkan gelembung. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.

SOS SEBAGAI PENCICAH:

Tentang sos ini untuk komersial gunakan cili kering dan cuka ia jimat kos anda. Tapi untuk kelazatan yang sebenar gunakan Cili Masak Hidup dan Air limau kasturi. Ini terpulang pada anda. Ada yang kata cuka tiruan mudaratkan perut tetapi Mamak rasa semua jenama sos cili gunakan cuka maka mungkin ia cuma dari segi alahan (alergi) induvidu. Dalam posting yang lepas Mamak ada resepi sos cili sila gunakan resepi sos cili ini.

Sos kicap boleh didisediakan dengan menggunakan kicap pekat lemak manis dan ditambah dengan sos tiram dan juga bawang putih. Cairkan sos anda dengan menggunakan stok ayam (rebusan ayam) yang anda sediakan. Anda boleh sediakan sos mengikut cita rasa anda. Tak sos yang standard dalam resepi Nasi Ayam atau anda boleh gunakan sos sedia yang dijual. Kepada peniaga yang ingin dapatkan resepi sos Mamak yang lengkap sila e-mailkan kepada: mohd.roslan99@gmail.com


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,687,880 hits
Mac 2017
M T W T F S S
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.