PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for the ‘TIP-TIP PENGALAMAN MASAK’ Category


Satu masa dulu kehidupan kita yang dilalui amat perlahan, kenderaan di jalan raya boleh dihitung dengan jari, tidak ada lampu isyarat jalan yang untuk dikejar, tidak ada polis trafik bersembunyi dalam semak untuk saman kita, tidak ada budak-budak liar merempit, tidak ada puspakom untuk jaga kenderaan kita, keadaan amat tenang, mudah dan tidak perlu berebut-rebut dan bersaing hebat seperti sekarang.  Pagi pergi kerja, buat apa yang patut perlu buat dan terus balik rumah. Tidak perlu dipaksa kerja lebih masa oleh majikan yang berlumba ingin cepat kaya tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Dulu majikan amat gerun dengan Kesatuan Pekerja atau orang dulu panggil ‘union’. Pekerja tak perlu berfikir apa perlu buat esok hari. Yang paling terbaik ialah tidak ada talipon bimbit black berry…sebagai opis kecil yang bawa balik kerumah untuk sambung kerja dirumah pula dah. Rakyat pulak bersatu dalam segala hal seperti  menuntut kemerdekaan dan menyangi pemimpin yang diplilih oleh mereka. Keluarga sentiasa bahagia, isteri kebanyakan duduk rumah menjadi suri rumah, basuh kain di tepi sungai, jahit baju yang koyak, dan didik anak-anak dengan didikan moral dan agama yang tak ternilai untuk generasi akan datang.  Masyarakat dibentuk, anak-anak muda disayangi dan yang tua dihormati. Kini semuanya telah ubah…dan kita juga ubah?. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Hendak atau tak nak, dunia sedang berubah dan kita juga perlu berubah. Suami dan isteri sekarang perlu memikul beban hutang rumah-tangga seperti hutang sewa-beli rumah, hutang kereta, hutang bil-bil segala macam tok nenek yang ada. Sehinggakan banyak institusi kewangan antara-bangsa sudah mula menyuarakan kebimbangan “hutang rumah tangga” (house-hold Debt) di Malaysia paling tinggi sampai mencecah kelebihan 70 peratus. Keadaan kini memaksa wanita perlu berkerja. Ramai pilih jadi operator di kilang-kilang yang dimiliki oleh pelabur asing yang melabur di negara ini kerana dapat bekalan pekerja upahan yang murah, taat pada majikan, tidak boleh tubuhkan Kesatuan Pekerja Elektronic tetapi dibolehkan pula menubuhkan Kesatuan-kesatuan Majikan seperti Kesatuan taukeh-taukeh Restoren India Muslim (Mamak) yang bertujuan naikan harga roti canai dan teh tarek yang pelangan tetapnya terdiri dari rakyat yang POKAI..bukan dari TOKAI…hahaha!. Kemungkinn janji-janji pilihan raya akan datang, kerajaan berjiwa rakyat ini akan membuka..RESTOREN MAMAK 1 Malaysia, tujuan untuk rakyat pendapatan kurang dari RM3,000 saja boleh nikmati hidangan Roti Canai dan teh tarik secara harga subsidi dari kerajaan…. hahaha!. Kedai Runcit 1 Malaysia Mamak Maidin sudah rembat.  Yang kaya Mamak jugalah akhirnya…Melayu terlopong juga. Jangan marah cik adik!. hehehe!. Mamak Haji pun tumpang gumbira kerana kerabat kitul dan mandeliar jadi kaya raya lagi…ish lari tajuk pulak Mamak haji ini. Biasalah Mamak kalut dan melalut…hehehe!.

KATA-KATA SEMANGAT DARI MAMAK HAJI BAGI YANG BARU MULAKAN PERNIAGAAN ATAU BERCADANG MULAKAN PERNIAGAAN KATERING:

“Amat  sukar berjaya dalam apa jua bidang pun, sekiranya kita tidak merasai keseronakan apa yang kita lakukan”. Kita perlu berasa seronok bila lakukan apa saja yang kita suka buat, seperti bersolat, membantu orang lain, bersedekah atau pun belajar. Kita perlu merasai keseronokan bila berniaga seperti katering. Kita perlu rasa seronok kerana kelam-kabut nak menyediakan jamuan tetapi rasa paling seronok bila telah siap pada masa yang tepat untuk penghantaran. Segala kepayahan, segala penat-lelah akan bertukar menjadi keseronakan bagaikan berpesta. Belajar merasai keseronkan dalam kepenatan dan kekeciwaan atau pun kegagalan.

  • Kegagalan terbesar dalam hidup kita ialah “tidak mencuba” lakukan apa yang kita kehendaki sebenarnya dalam hidup kita. Bila mana anda berfikir untuk membuka perniagaan sendiri, perlukah anda dengar apa yang orang sekeliling kata pada anda, “awak tidak mampu lakukan”, “awak tidak akan berjaya”, “kenapa awak susah payah, “makan gaji sekarang apa kurangnya, cukup bulan cucuk kad keluar duit”, berbagai-bagai kenyataan negatif akan disebarkan ke telingga anda. Anda fikir sendiri, “perlukah saya perlu dengar semua itu untuk berjaya?“. Jika jawapanya, “tidak”, maka teruskanlah cita-cita anda itu.
  • Kehebatan yang paling besar kita, “bukan berdabik dada mengatakan kita tidak pernah gagal, tetapi “bangun” dari setiap kali kita “jatuh”. Jatuh bukan untuk tiarap terus tapi bangun dengan lebih kuat dab berazam “kita tidak akan jatuh lagi”.
  • Kalau anda mahu berjaya dalam perniagaan yang diceburi, anda tidak boleh berjaya cuma berbekalkan dengan idea-idea yang hebat tetapi anda perlu menJUAL  idea-idea itu untuk berjaya. Sebagai contoh: Sekiranya anda ada idea yang hebat berniaga Nasi Ayam,  yang penting bukan idea hebat itu, tetapi anda perlu JUAL  Nasi Ayam itu untuk berjaya dalam perniagaan Nasi Ayam anda. Maknanya anda bukan saja perlu menjadi seorang taukeh yang bagus tetapi perlu juga mempelajari kemahiran sebagai pegawai PEMASARAN yang hebat. Bagi sesetengah orang “pemasaran” ini wujud dalam dirinya secara semula-jadi tetapi bagi kebanyakan orang pemasaran akan menjadi sukar pada permulaan tetapi akan menjadi biasa setelah keperluan mendesak. Jangan ambil mudah tentang pemasaran ini dengan memberi /melantik orang lain sebagai penganti anda pada permulaan berniaga. Anda akan keciwa kemudian hari. Baik susah, baik senang, anda perlu jadi salesman untuk perniagaan anda.
  • Perlu anda ingat, ” Bukan semua jenis perkhidmatan katering ini untuk anda” dan “bukan semua pelangan bukan pelangan anda”. Pilih yang termampu saja dan jangan gelojoh dan tamak.
  • Perasaan “Malu” pasti ada pada permulaan berniaga tetapi ingat, ” saya mencari rezeki yang halal dan perniagaan adalah pekerjaan yang mulia, kenapa saya malu terhadap diri saya?”. Jangan risau perasaan malu ini akan hilang dengan sendirinya bila anda mula layan pelangan anda dan mendapat pujian dan terima kasih dari pelangan anda. Tidak apa yang harus kita malu, malu pada Allah SWT kerana kita insan kerdil tak mamapu berbuat sesuatu tanpa izinnya. Malu pada manusia seperti ini cuma jadikan diri kita “Inferiority Complex” yang membawa makna, ‘ merendah diri yang terlampau’ dan sentiasa berfikir orang lain hebat dari dirinya. Mengikut pakar sakit jiwa ia adalah penyakit emosi. Jangan biarkan ‘penyakit’ ini  mempengaruhi diri anda. Hindarkan dengan segera.
  • Keunikan dalam perniagaan katering bukan sentiasa berfikir ingin lakukan yang terbaik untuk pelangan tetapi jadikan “terbaik” itu sebagai tabiat atau sikap semula-jadi pada diri anda. Sikap lakukan terbaik ini akan sentiasa dihormati oleh orang lain terhadap diri kita.
  • Jangan ambil risiko yang belum pasti berjaya. Ambilah risiko yang telah dikira kebaikan dan keburukan (calculated Risk).  Jangan terburu-buru dengan slongan-slongan ‘rheotoric’ ahli-ahli politik seperti “Malaysia Boleh”. Latih diri anda menghadapi risiko yang telah dikira buruk baiknya tetapi jangan lari dari hadapi risiko, lebih tinggi risiko dalam perniagaan lebih banyak untung perniagaan, Kadangkala mengambil risiko menjadi kunci kejayaan perniagaan anda. Ia akan membantu anda bila menghadapi risiko perniagaan yang lebih besar akan datang.
  • Kejayaan dalam perniagaan adalah cuma satu harapan yang belum pasti, tetapi tanpa ‘harapan”,  ini anda tidak boleh harapkan sebarang kejayaan dalam perniagaan anda. Harap, berfikir akhir sekali jangan lupa minta bantuan dari Allah SWT seperti solat tahjud. Insyallah haarpan anda akan didengar dan makbulkan oleh Allah SWT. Jangan putus harapan, anda akan keciwa. Harapan yang tak tertunai itu, anggap sajalah tidak direstui oleh yang Maha mengetahui dan pemerintah sekian alam Allah SWT. Pasti ada kebaikan dalam keburukan yang cuma anggapan kita itu.
  • Sekiranya anda tidak putus asa apa saja anda lakukan, anda tidak akan gagal. Sentiasa kejayaan menanti anda dihujungnya.
  • Emosi adalah musuh bgi setiap peniaga. Emosi perlu dikawal untuk berjaya dalam perniagaan. Sedih, malu, marah, keciwa, putus-asa, takabur, tamak dll perlu dikawal dan mengatasinya dengan meletakan pada tempat yang betul dan gunakan dengan bijaksana melalui akal dan fikiran yang waras.

P/S: Banyak Mamak Haji menulis nasihat-nasihat  dalam e-mail-email dihantar oleh pembaca. Ada yang mamak tak jawab e-mail lagi kerana ingin menulis dalam posting-posting akan datang. Kadang-kala Mamak Haji sebenarnya malu pada diri sendiri dan malu juga untuk memberi nasihat pada hampa semua kerana Mamak Haji bukanlah seorang kooperat yang bergelar jutawan. Ramai di luar sana beribu kali lebih berjaya dari Mamak Haji dalam hidup. Anggap sajalah nasihat Mamak Haji ini sebagai cetusan dari hati yang melalui pengalaman yang sama seperti anda semua yang melalui sekarang. Peniaga picisan seperti kita tidak ada tempat mengadu keresahan hati dan kekeciwaan yang dialami, maka Mamak Haji jadikan blog ini untuk peniaga picisan seperti kita untuk berjaya dan tempat meluahkan perasaan. Alhamdulillah blog Mamak Haji yang buruk ini dapat sambutan yang di luar jangkaan dari pembaca. Mamak haji ucapkan ribuan terima kasih atas galakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh ramai pembaca.  Kadangkala kata-kata semangat ini seperti “komunikasi dua hala”,  sama seperti kasih sayang yang terjalin di antara dua insan yang memerlukan dan yang diperlukan. Bagi peniaga baru terus e-mail kepada Mamak haji untuk luahkan perasaan anda. Apabila meluahkan perasaan pada seseorang, sekurang-kurangnya hati kita rasa tenteram dan sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan perasaan yang ditanggung keseorangan. Semua e-mail anda adalah rahsia dan tidak sekali-kali dedahkan identiti. Ada juga pembaca memberikan no.tel untuk menghubungi tapi Mamak Haji belum bersedia menerima keikhlasannya kerana ia menjadi terlalu peribadi..lagi pun Mamak haji tak sihat sangat. Maka jadikanlah blog dan e-mail sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Mintak maaf banyak noo!.Wassalam. e-mail : mohd.roslan99@gmail.com.


Komen dari Pembaca:
Assalamualaikom Tuan Hj. Mamak saya selalu mengikuti tulisan mamak ni,sangat bagus, haji ada banyak kemahiran berniaga, dan memasak. Saya ada pengalaman memasak selama lebih dua puluh tahun (makan gaji), ada diploma pengurusan hotel, sijil catering, sijil kemahiran malaysia, umur didalam 45 tahun, saya ingin memasuki bidang perniagaan makanan,tetapi bila nak mula saya rasa down,boleh kiranya tuan hj mamak beri sikit tips dan galakkan.
JAWAPAN:
Mualaikum wasalam Waramuthullah Cef Kharul Bahari,
Izinkan Mamak gelarkan saudara “cef” kerana mengambil kira kelulusan dan pengalaman saudara..sepatut saudara digelar seorang cef yang berpengalaman dan profesional dalam bidang katering. Coretan di blog mamak itu cuma satu coretan luahan hati saja. Mamak cuma seorang usahawan picisan. Perbezaan di antara kita ( orang makan gaji dan usahawan) ialah usahawan seperti mamak ini seperti burung helang yang berlegar di angkasa yang mencari makan. Helang ini akan memerhatikan setiap pergerakan di bumi dan sentiasa bersedia untuk menyambar bila peluang wujud. Dalam bahasa perniagaan ini dipanggil “peluang perniagaan”.  Usahawan ini sekali hidu terdapat peluang untuknya, dia akan cuba mengambil peluang itu untuk menjadikannya nilai duit dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada dirinya. Saudara cef khairul Bahari seorang profesional yang lakukan kerja harian dan makan gaji berlawanan dengan karektur seorang usahawan seperti Mamak ceritakan. Kerja makan gaji yang mengikut jadual waktu yang ketat dan sifat kesetiaan pada majikan amat sukar bagi menghidu “peluang perniagaan” terbentang luas diluar sana. Kalau pun peluang perniagaan ini perolehi ia secara kebetulan saja.

Ini lah Perbedzaan di antara seorang usahawan dan seorang yang makan gaji. Ini bukan saja di bidang katering tetapi ia meliputi di semua bidang perniagaan.
Mamak minta, jangan salah anggap tafsiran Mamak di atas sebagai mamak, menetang makan gaji atau tak perlu jadi profesional yang makan gaji. Apa yang Mamak selalu tekankan ialah, “Orang Melayu” perlu lebih ramai ceburkan diri dalam dunia perniagaan. Kenapa orang Melayu perlu berniaga?. Kita perlu memilih perniagaan sebagai wadah untuk keluar dari kemiskinan dan mengubahkan nasib generasi akan datang. Maksud berniaga bukan cuma untuk mencari kekayaan, ia punyai rangkaian maksud yang berbedza. Kekuatan bagi sesuatu bangsa (ummah) adalah ekonomi. Orang Melayu di negara meliputi 65 peratus dari jumlah penduduk tetapi  kenapa selepas 53 tahun sehingga kini belum mencapai 30 peratus untuk berkongsi kekayaan negara ini?. Ramai ahli politik Melayu berkata, ” kita tolong orang Melayu dengan segala kemudahan, wang ringgit dan latihan untuk berniaga”. Tetapi masih gagal?. Bagi pendapat Mamak, yang dikatakan ‘Tolong’  ini ada dua perkara, satu yang tolong orang dan satu lagi tolong diri sendiri. Mamak tak tahu jenis tolong yang sebenarnya ahli politik ini semua maksudkan. Tentang tolong orang ini, ada satu falsafah confisius dari Cina yang terkenal untuk direnungkan bersama, ” Sekiranya seorang yang lapar datang kepada kamu yang menjual ikan di pasar meminta-minta, Jangan beri dia ikan yang kamu ada saja tetapi beri dia mata kail dan mengajar dia cara memancing ikan sekali. Moral pepatah ini ialah bila kamu beri se ekor ikan untuk orang yang lapar ini , dia cuma boleh hilangkan kelaparan untuk sekali itu saja, tetapi kalau kamu berikan dia mata kail dan mengajar dia ilmu memancing ikan, dia boleh mendapatkan ikan sepanjang hayatnya dan juga boleh menjual ikan yang berlebihan itu di pasar untuk dapat sara diri dan keluarganya sekali. Maka bantuan material itu perlu dan juga ilmu itu penting bagi kehidupan seseorang. Begitu juga jangan pandang remeh ilmu perniagaan sekiranya anda ingin menceburi dalam bidang katering ini.
Tentang ilmu ini, “kenapa harus belajar sampai ke universiti?”. Apa yang dimaksudkan dengan orang yang berilmu?. Ada juga pelajar kita nak belajar ilmu, tak sempat nak cari pengalaman dari ijazah terus belajar ke pringkat sarjana dan ada yang ambil Phd seterusnya. Apa yang dimaksudkan sebenarnya “seorang berilmu” (Learnt Person)?. Bagi pandangan Mamak yang dikatakan orang berilmu atau llmuan ialah, seorang yang boleh buat keputusan atau pun punyai idea baru tanpa dipengaruhi oleh pihak luar. Dia boleh buat keputusan sendiri. Apa saja pendapat yang dikeluarkan adalah dari pemikiran yang terpelajar itu sendiri. Ilmuan ini boleh menghasilkan karya yang asli atau pun idea-idea yang asli yang datangnya dari kebebasan berfikir tanpa pengaruh luar. Maka dengan sebab inilah kita cuma dapat hasilkan graduan atau pun professor-profesor yang jenis kangkong goreng belacan. Kita jarang dapati mereka cetuskan idea-idea baru atau pun hasilkan karya-karya agung dunia yang kreatif untuk generasi akan datang. Minda mereka tidak boleh pisahkan dengan pengaruh pihak luar. Orang melayu masih lagi sukar keluar dari minda penjajahan. Bagaimana kita nak maju?. Kalau orang barat telah membuka Francise goreng ayam, kita sibuk nak bawa anak-anak kita merasa ayam goreng masakan ‘ala barat. Orang melayu mencipta sos cili yang terbaik “Aminah Hasan” kita tak yakin beli produk orang melayu tapi cari Maggie yang dikeluarkan oleh Nestle syarikat Yahudi. Bila zaiton keluarkan produk ubat gigi kita masih pergi kedai minta bukan ubat gigi tapi “Colgate”. Pemikiran kita masih dijajah oleh barangan orang barat. Mamak dah melalut dah…ok. Mamak cuma ingat satu saja, Orang melayu perlu tanamkan minat berniaga kepada generasi baru mereka sekiranya mahu merasai segala kemewahan yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Islam (Melayu) berkekalan di tangan orang Melayu untuk dirasai oleh cucu-cicit kamu. Berniaga ini ibarat sebuah pokok buah-buahan yang baru kita tanam, anak-anak, cucu-cucu atau cicit-cicit akan merasa buah yang ranum dan manis dari usaha kita yang menanam dulu. Maka sesiapa yang berminat berniaga itu, jangan tangguh-tangguh dan was-was menjalankan perkara yang baik. Kerana was-was itu adalah bisikan syaitan was-wasil. Hindarkan syaitan ini dengan solat istikarah. Kita cuma pandai saja merancang kselalunya tak bijak. Yang maha bijak dan Maha Pandai cuma Allah SWT.
TIP-TIP CEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN KATERING
1. Bila disudut hati kita berkata, “saya boleh buat lebih baik dari keadaan sekarang sekiranya berniaga sendiri”, maka hati anda sudah pun berbelah bahagi. Anda inginkan kebebsan (Freedom) yang tidak ternilai bagi setiap insan. Anda mulai matang tentang kehidupan ini. Makan, Minum, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas fizikal bagi manusia.  Sebagai manusia kita juga punyai kerohanian yang meronta dalam setiap manusia. Kekuatan rohani ini adalah sumber untuk manusia rasa gembira seperti Agama (Islam), Kebebasan asas (human rights), dan lain-lain. Jika anda perhatian perbedzaan di antara seorang banduan meringkok dalam penjara dan diri anda . Yang membezakan ialah cuma kebebasan. Di penjara ada beri makanan dan minuman, beri pakaian dan juga tempat tinggal dan juga diberi upah. Apa yang banduan tidak perolehi ialah kebebasan. Betapa bernilainya kebebasan. Perniagaan sendiri walau pun tidak menjanjikan kebebasan sepenuhnya tetapi anda akan berpuashati dengan kebebasan yang terdapat dalamnya. Anda ingin bebas?. Mulakan perniagaan sendiri.
2. Kesedaran ingin ‘Berniaga’ wujud dalam jiwa untuk ingin mengubah cara hidup kerohanian atau pun kerana materlistik atau pun kesenangan. Apa pun kita ingin ubah itu perlu bererti dengan niat yang ikhlas. Orang berniaga yang senang-lenang itu kebanyakannya mengalami keperitan hidup yang suatu masa dulu. Mereka mengubah hidup  mereka dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Harus ingat pernigaan bukan jalan pintas untuk kita senang-lenang tetapi perlu dan sanggup mengalami kesukaran, susah, penat dan berbagai-bagai cabaran untuk menghadapinya. Yang penting semangat untuk berniaga jangan luntur sama sekali. kayuh dan kayuh terus sehingga kita temu garis penamat yang menentukan kejayaan kita.
3. Kewajipan terhadap keluarga akan menghantui pemikiran kita bila saja berfikir ingin memulakan perniagaan sendiri. Keyakinan diri akan luntur sedikit sebanyak, “boleh kah saya berjaya”, kalau linkup bagaimana nak sara keluarga?. Cuba anda bayangkan beribu-ribu di luar sana berniaga. Apakah keluarga mereka merempat di tepi jalan. Sekiranya jawapan anda tidak, kenapa anda mesti ragui diri anda. Rezeki dari Allah Ta’allah yang tentukan, katakan walau pun rezeki kita tiada bagaimana dengan rezeki isteri atau anak-anak kita?. Rezeki dari Allah SWT tidak akan terputus selagi kita tidak lakukan dosa besar. Risiko yang dihadapi meninggalkan gaji bulan kepada perniagaan sendiri perlu diambil kira. Kerisauan tetap ada di hati kecil namun bagaimana tingginya semangat nak berniaga untuk hadapi ini kita perlu ambil risiko yang yang telah dikira (calculated). Caranya ialah tentukan simpanan perbelanjaan untuk keluarga disimpan dahulu sebelum berhenti kerja. Sekiranya perniagaan anda diceburi tidak memberi keuntungan yang dijangkakan atau menghadapi kesukran pada mula membuka tak perlulah risau sangat tentang menyara keluarga. Isteri kita pun akan merasa lega dan tidak berlaku konflik keluarga. Pada kebiasaanya kita perlu simpan 10 peratus dari gaji kita untuk tujuan ini. Cakap memang senang tetapi ini perlukan komitmen yang tinggi dari seluruh ahli keluarga.
4. Apa-apa perniagaan pun memerluka pelangan. Di mana anda mencari pelangan untuk perniagaan anda?. Mencari pelangan bukan tugas mudah seperti kita fikirkan. Ada juga mamak terima e-mail dari pembaca, bila dia buka kedai tak pelangan singgah di kedainya. Walau hebat macam mana perniagaan anda tanpa pelangan tak ada makna. Cara terbaik untuk orang mula kecimpung dalam perniagaan katering ialah dengan free of charge dengan modalkan mulut anda. Biasanya orang yang inginkan perkhidmatan katering akan bertanya kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk memilih katerer. Apa yang anda lakukan, beritahu kepada semua kawan-kawan anda dan saudara mara anda tentang perniagaan anda.  Janjikan perkhidmatan terbaik dan harga dicount akan diberikan untuk semua tempahan mereka kerana anad menghargai mereka. Buat yang terbaik. Ada juga mamak terima e-mail dari seorang pembaca blog ini, buah mulut kawan-kawan jadikan perniagaan katering bertambah maju hari kesehari. Ini iklan percuma yang amat meyakinkan. Buat yang terbaik pada permulaan, rugi sedikit tak apa, anggap saja untuk modal iklan.
5. Gunakan internet sebagai wadah untuk iklan anda di face book, tweeter atau pun diblog-blog. Jangan terburu membuka web site berbayar. Belum tentu pelayar internet singgah di web-site kita. Mamak juga akan siarkan komen yang berbentuk iklan kedai makan, warung, atau pun perkhidmatan katering, sekiranya  anda masukkan dalam tempat komen. Iklankan perniagaan anda di tempat komen. Mamak akan bantu. Kalau di Pulau Pinang mungkin Mamak singgah di kedai makan anda dan kalu sedap mamak masukan dalam posting. Ini pertolongan ikhlas mamak pada pengunjung blog yang ingin berjinak dengan perniagaan.
Nota P/S: Banyak lagi e-mail mamak belum jawab. harap maaf kerana keadaan cuaca yang tak menentu memburukan keadaan kesihatan Mamak. Sekiranya kesihatan izinkan mamak jawab soalan-soalan tuan dan puan. Kalu yang inginkan jawapan segera beritahu mamak..mungkin Mamak akan gunakan perkhidmatan anak Mamak untuk menaip. Posting akan datang Mamak sedang menumpukan kepada “Masakan sayur-sayuran” ‘ala nasi kandar dan ‘ala masakan Cina”. harap beri sokongan dan semangat kepada mamak terus menulis. Wassalam.

AYAM GORENG YG LAZAT

Kadang-kala kita bingung tentang resepi ayam goreng ini yang ada berbagai-bagai jenis resepi dan juga kaedah goreng. Ramai di antara kita dengan bangga dengan mengakui resepi kita, adalah resepi rahsia yang terbaik.  Cara penyediaan ketulan ayam untuk gorengan pula disediakan dengan berbagai cara untuk digoreng, seperti ada yang rendam dalam susu butter (butter milk) dengan ketulan ayam  diperap semalaman dengan susu butter (butter Milk) dan ada juga guna yogurt, sour krim dan tidak ketinggalan diadunkan dengan aroma rempah ketimuran seperti bawang putih, halia atau bahan rempah dari negara timur atau pun dari barat. Resepi penyediaan tepung untuk ayam gorengan ayam atau batter dengan gunakanbahan-bahan yang haram untuk orang Islam seperti menggunakan minuman beralkohol Bir atau bahan berunsurkan alkohol untuk mendapatkan keputusan gorengan yang terbaik. Apa yang anda perlu ingat tentang semasa gorengan ayam ialah: Dalam menyediakan apa jua resepi ayam goreng,  faktor paling utama ialah “Suhu Minyak” untuk gorengan dan juga langkah-langkah yang betul semasa goreng ayam itu. Mamak pernah menulis  diblog ini tentang resepi berjudul, “Ayam Goreng Berempah Mamak Penang“. Ramai di antara pengunjung email menyatakan, keputusan ayam goreng resepi Mamak tidak sama seperti Ayam Goreng yang dijual Restoren Nasi kandar serata  Negeri. Di sini mamak ingin terangkan Ayam Goreng KFC yang di gelar,” sehingga menjilat jari”,  tak sama dengan ayam goreng McD dan ayam goreng McD pula tak sama dengan ayam goreng si Kenny Roger. Pendek kata setiap resepi ayam goreng yang berkualiti tidak sama bentuk fizikal atau pun rasanya. Ayam Goreng di restoren nasi kandar juga tak sama di antara restoren.

Maka apa yang kita perlu fahami ialah asas gorengan bersuhu panas atau “deep Frying“.  Tentang minyak gorengan,  Mamak akan terangkan panjang lebar dalam tulisan yang akan datang yang bertajuk “cara jimatkan minyak masak”.  Suka juga mamak ingatkan dari anda cari resepi popular orang lain, biar reka resepi anda sendiri dan popularkan resepi anda. Resepi ini kelak akan menjadi Resepi Ayam Goreng Keluarga yang teristimewa….

TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.

1.  Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan itu untuk jadikan gam pelekat habuk roti .

2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik yang diperlukan kemudian masukan ketulan ayam yang ingin anda menyaluti.

3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaputi itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

4. Walau pun cara ini kira baik tapi dari pengalaman mamak haji sebelum isi ayam masak, habuk roti kan terbakar hangus.  Biasa mamak haji cuma rangupkan bread crumb ini dengan gorengan selepas itu masukan dalam oven dlm suhu 150 -160 C selama 30 minit. Hasilnya sangat cantik.

TIP UNTUK  MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG seakan KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :

1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Anak-anak kita pasti bangga dan suka resepi ibu mereka sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik untuk jadikan hak milik anda.

1. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya.  Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairkan ais nya Allahualam tapi yang pasti keadaan ini akan menyebabkan texture dagingnya rosak dan kadang-kala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga, maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menjaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.

2. Cara menyediakan bahan salutan untuk gorengan:

– 1 cawan susu penuh krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya.

3. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan.

Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan ditambah lagi 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda.

Anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2  cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.

4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.

Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan pes bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kunyit dan daun kari yang dihiris. Masukan  telur yang telah dipukul dalam adunan peraman. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung. Biasanya mamak haji gunakan perwarna merah oren untuk mendapat warna kemerahan hasil gorengan. Gunakan 1 sudu kecil baking powder.  Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba. “Practice Make Perfect”. Apa pun kena cuba dulu. Catitkan resepi yang anda cuba setiap kali. Mamak Haji harap anda ketemukan resepi rahsia ayam goreng anda sendiri. Dalam mempelajari seni kulnari ini tak boleh “give-up”. Sentiasa cuba untuk dapatkan resepi yang baru. Insyallah sekiranya ada yang kurang faham tulisan mamak yang bertabur ini, sila e-mailkan pada Mamak: mohd.roslan99@gmail.com pasti mamak akan jawap setiap e-mail. Kalau tak jawap itu bermakna mamak terlupa ( umuq dah lanjut memang macam itu) sila hantaq lagi.  Jangan kecil hati nooo. Tip untuk kemuliaan hidup pulak…sesiapa yang masih  belum hutang puasa bulan ramadhan tahun lepas, jangan lupa membayar hutang puasa anda itu segera…hahaha!. Wassalam.


Resepi NASI AYAM HAINAN ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina. Hidangan Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di negara kita dan Singapura atau di Thailand adalah versi yang telah mengalami proses pengubah-suaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing.  Asal-usul Menu Nasi Ayam Hainan di negara Cina adalah dari hidangan Daerah Hainan di negeri Cina yang membawa maksud ayam tua atau “Ayam Weng Chang”.  Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di Malaysia dan Singapura adalah hidangan gabungan dua suku masyarakat Cina, Hainan dan Kantonis. kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam (air rebusan ayam segar). Dalam menu ini “Stok Ayam” adalah bahan asas yang digunakan untuk masak nasi, sup dan juga cicah sos cili yang lazat. Cara masakan tradisi Hainan, ayam yang digunakan adalah dipilih lebih tua untuk mendapatkan minyak ayam yang lebih sedikit dari gunakan ayam yang muda tetapi pengaruh suku kaum Cina kantonis telah mengubah resepi asal ayam tua kepada ayam muda yang punyai lebih padat isi ayam dari ayam tua.

Hidangan ini sekali lagi bertukar bila orang Melayu peminat masakan nasi ayam. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut cita-rasa penggemar Hidangan Nasi Ayam. Tak salah Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang penting ialah, resepi yang diubah perlu disukai ramai dan punyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan.

Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk ‘diet seimbang’. Maka hidangan “Nasi Ayam Hainan” adalah  satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Kali ini Mamak Haji ingin kemukakan resepi hidangan lebih besar untuk saudara-saudari kita yang ingin mencebur dalam perniagaan Bazar Ramadhan yang tak lama lagi. Suri Rumah yang ingin mencuba resepi ini sila bahagikan dengan 10 untuk hidangan 10 orang di rumah.

RESEPI NASI AYAM HAINAN. (50- 60 hidangan).

CARA- CARA MENYEDIAKAN STOK AYAM:

  1. 10 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 – 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan 2 sudu besar hirisan halia dan daun bawang putih (scallions/ leek) yang telah dihiris ke  dalam rongga badan ayam. Lumurkan ayam dengan 1 sudu besra garam untuk setiap satu ekor ayam.
  2. Isikan air secukup dalam periok besar (kalau tidak muat semua ayam, boleh rebus dua kali).
  3. Masukkan 3 sudu biji lada putih pada air, Biarkan air mendidih.
  4. Tenggelamkan ayam dengan bahagian dada ke bawah.  Air rebusan perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Apabila semua ayam telah masukan dengan segera rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan. rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45-60 minit. Sediakan air ais dalam sebuah besin.
  5. Apabila semua ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais/  air biasa yang telah disediakan. Rendam semua ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam masak lagi isi ayam.
  6. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong untuk dihidangkan semasa pelanngan meminta.
  7. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM (5KG).

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg. beras 5% hancur. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
  • 1/4 cawan hirisan bawang putih (chopped).
  • 1/2 cawan hirisan halia.
  • Garam secukup rasa. (1/2 senduk besar).
  • 1 senduk besar minyak masak (1/2 cup).
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • 3 1/2 jug (2 liter) air rebusan ayam (stok) yang telah disimpan. Paling mudah ukuran air ialah sukat beras dan air ikut sukatan beras. Air stok ayam dan Beras dalam nisbah 1:1.
  • 3 kiub stock ayam segera sebagai penambah rasa.

CARA-CARA MEMASAK NASI:

  1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
  2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi, sekiranya lemak amat sedikit boleh tambahkan satu senduk besar minyak masak.
  3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10-15 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
  4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan kiub stok ayam. Rasa Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering dan nasi anda keluarkan gelembung. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.

SOS SEBAGAI PENCICAH:

Tentang sos ini untuk komersial gunakan cili kering dan cuka ia jimat kos anda. Tapi untuk kelazatan yang sebenar gunakan Cili Masak Hidup dan Air limau kasturi. Ini terpulang pada anda. Ada yang kata cuka tiruan mudaratkan perut tetapi Mamak rasa semua jenama sos cili gunakan cuka maka mungkin ia cuma dari segi alahan (alergi) induvidu. Dalam posting yang lepas Mamak ada resepi sos cili sila gunakan resepi sos cili ini.

Sos kicap boleh didisediakan dengan menggunakan kicap pekat lemak manis dan ditambah dengan sos tiram dan juga bawang putih. Cairkan sos anda dengan menggunakan stok ayam (rebusan ayam) yang anda sediakan. Anda boleh sediakan sos mengikut cita rasa anda. Tak sos yang standard dalam resepi Nasi Ayam atau anda boleh gunakan sos sedia yang dijual. Kepada peniaga yang ingin dapatkan resepi sos Mamak yang lengkap sila e-mailkan kepada: mohd.roslan99@gmail.com


Sebelum kita mengetahui  apa itu Perangkap Minyak (Grease Trap) dan Lemak? ,  Mamak ingin sentuh sedikit tentang pencemaran alam. Topik pencemaran alam ini memang satu topik yang tidak dapat perhatian dari golongan pengusaha Restoren, Katering atau pun pengendali kedai Makan. Pencemaran alam yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan lemak ke dalam peparitan awam secara langsung atau tak lansung menyebabkan perubahan kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Ia juga mencemarkan air, tanah dan udara. Pencemaran Minyak dan Lemak ini akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di Sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.  Secara langsung pencemaran minyak dan lemak ini akan mempengaruhi kualiti air minuman kita.

Dalam surah Ibarahim – ayat 34.  Allah telah berfirman: Maksudnya,

“Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari setiap-tiap apa juga yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah menentukan bilanganya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi. Sangat tidak menghargai nikmat Tuhanya.” (surah Ibrahim – ayat 34).

Menjaga Alam sekitar kita dari perpektif Islam amat jelas melalui surah Al-Quran tersebut di atas. Setiap orang perlu memahami, hubungan penjagaan dan mentadbir bukan untuk manusia semata-mata tetapi terhadap makhluk kejadian Allah yang lain. Allah menganugerahkan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dengan kebijaksanaan demi kebaikan manusia sejagat dan ihsan kepada makhluk lain, termasuk haiwan dan tumbuhan. Manusia cuma pelaksana. Manusia tidak mempunyai hak mutlak terhadap muka bumi tetapi hanya pemegang amanah dan akan disoal siasat pada hari kemudian mengenai amanah yang dianugerahkan. Dengan cara ini sumber alam perlu dijaga sebagai amanah Allah SWT dapat dipergunakan generasi kita masa akan datang. Kita bukan warisi bumi ini dari nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya memimjam daripada anak cucu kita maka pentingnya menjaga alam sekitar yang yang menjadi tanggung jawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi.

Apa itu Perangkap Minyak dan Lemak?.

Perangkap minyak perlu dipasang dan dilengkapi  dalam semua dapur restoren atau premis yang mengendalikan pemprosesan makanan. Biasa perangkap minyak ini dipasang di akhir persaliran keluar atau paip air kumbahan dari singki sebelum air kumbahan iti disalirkan ke longkang awam. Pemasangan perangkap minyak adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh Majlis Tempatan dalam proses untuk mendapatkan lesen perniagaan restoren, kantin atau pun semua jenis primis proses makanan. Restoran dan premis proses makanan adalah diktakan punca terbesar menyumbangkan pencemaran minyak kepada alam sekitar. Perangkap minyak bukan saja perlu di anggap sebagai syarat untuk berniaga tetapi sebagai pengusaha, kita perlu ada kesedaran pentingnya menjaga pencemaran alam sekitar. Perangkap minyak ini  juga akan membantu pengusaha untuk mengelak dari saluran paip yang sering tersumbat di dapur yang disebabkan pembentukkan lemak yang padat dalam saluran. Bila saluran keluar air kumbahan tersumbat didapur, air kumbahan yang kotor dari singki akan melimpah keluar ke lantai dapur. Lantai dapur bukan saja sentiasa basah tetapi seluruh dapur anda akan busuk dan kadangkala sehingga ketempat makan pelanggan. Pembaikan perlu mengeluarkan wang kos dan kadangkala perlu lakukan pemaipan baru untuk restoren anda. keadaan bukan berhenti di situ tetapi sumbat paip dapur ini akan berulang tanpa perangkap minyak yang berfungsi baik.

Bagaimana membersihkan perangkap minyak untuk berfungsi baik?.

Kebanyakan di restoren perangkap minyak memang telah tersedia pasang, tetapi kebanyakan dari pengusaha atau pekerja didapur tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan bagaimana lakukan penyelenggaranke atas perangkap minyak untuk ia berfungsi baik.  Perangkap minyak perlu di selenggara dan dibersihkan paling minima 2 minggu sekali. Cara-cara penyelenggaran ke atas alat perangkap minyak seperti berikut:

  1. Tutup semua injab masuk dan keluar. Buka penutup perangkap minyak.
  2. Sebelum memulakan pembersihan perlu sediakan bag plastic sampah untuk membuang sisa-sisa makanan dan juga lemak yang terbentuk di dalamnya.
  3. Bersihkan penapis bahan buangan dan perlu dicuci untuk untuk tidak berlaku sumbat. Ceduk lapisan lemak yang terapung di atas air dan masukkan ke dalam beg plastik sampah yang telah disediakan.
  4. Kikis seluruh dinding tangki perangkap minyak dengan “scrapper”.
  5. Dengan mengunakan penceduk keluarkan semua lemak yang mendak di bawah tangki penapis minyak. Sekirana lemak-lemak ini telah terlalu keras (kerana pertama kali dibersihkan) dan sukar untuk bersihkan cara manual , gunakan bahan kimia untuk pecahkan lemaknya.
  6. Setelah semua lemak telah dikeluarkan, buka injab masuk dan keluar. Buka air sinki dan masukkan kembali air bersih.
  7. Tutup kembali penutup tangki perangkap minyak.

Nasihat untuk pengusaha-pengusaha yang lakukan katering dari rumah.

Ramai di antara kita melakukan perniagaan katering dari rumah. Masalah besar yang hadapi perniagaan katering dari rumah ialah Parit yang disediakan di taman perumahan bukanlah hak milik kita.  Perniagaan katering dari ini  rumah ini masalah besarnya adalah ruang dapur yang kecil. Anda perlu masak di luar atau dibelakang rumah anda. Kerja masak saja tak ada masalah tetapi masalah paling besar adalah membersihkan bahan masakan mentah seperti ayam, ikan dan daging. Air yang hasil dari pembersihan yang dicampur dengan lemak, darah atau sisa-sisa buangan sekiranya disalirkan kepada longkang satu taman akan berbau busuk dan anda mungkin dikenakan tindakan “saman” dari pihak berkuasa dan anda akan menjadi cemuhan jiran tetangga saban hari. Bagi yang lakukan perniagaan katering dari rumah, Anda perlu sediakan sebuah sinki mudah alih. Anda beli singki yang besar sedikit dan beri pada bengkel pembuat grill rumah untuk menyediakan tapak untuk sinki anda. Pasang pemaipan pvc yang mudah dibuka dan dipasang di bahagian air mengalir keluar sinki dan disambung pada alat perangkap minyak yang punyai penapis. Dapatkan khidmat nasihat dari pembekal alat perangkap minyak, bahan kimia yang sesuai digunakan untuk rawat air kumbahan. Masalah longkang berbau ini boleh dielakan dan anda boleh jalankan perniagaan anda dari rumah dengan senang hati dan tanpa ganguan dari jiran dan juga pihak berkuasa tempatan.

MAKLUMAT MENGENAI ALAT PERANKAP MINYAK DAN KHIDMAT NASIHAT:

Mamak faham ramai antara pembaca teringin nak ketahui lebih lanjut mengenai “Alat Perangkap Minyak” ini. Berapa kosnya?, di mana boleh mendapatkan alat ini?, bagaimana ia berfungsi dan banyak lagi dalam pemikiran anda. Mamak bukanlah pakar tentang peralatan ini. Kepakaran Mamak cuma masak saja. Seperti mamak katakan, Blog ini adalah bertujuan untuk membantu semua yang berminat bidang katering dan restoren, untuk  menjadikan mereka sebagai katerer profesional dan boleh mencari rezeki lebih sedikit untuk diri atau keluarga mereka bukan untuk menjadikan kaya raya. Insyallah kalau menjadi kaya raya ..Alhamdullilah..syukran. Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi pakar pembuat peralatan di bawah ini. Mamak bukan promosi atau mencari keuntungan dari syarikat ini. Sila baca email ini:

Email
mohd.roslan99@gmail.com

Subject
Link your comapny web-site.

Message
I am a blogger write about catering and restaurant. I like to write about
grease traps in my next posting and like to link your web-site for
further information for my readers for purchasing or more information. My
blog is : https://balannambiar.wordpress.com. Kindly approve my request

JAWAPAN:

Hi, En.Mohd Roslan
We are welcome and allow you link or take any information from our
website.

Best regards,
Mr.TAN
(019-5589291)

BioGt Group (M) Sdn. Bhd. (875701-W)
19, Laluan Tupai 2, Jalan Tupai,
34000 Taiping, Perak, Malaysia.
TEL: 05-8058540 FAX: 05-8058541
Website: www.biogt.com.my

Mamak harap maklumat di atas boleh bantu anda. Wassalam.


Resepi Nasi Tomato Mamak Penang ini lain sedikit dari nasi tomato yang biasa dihidangkan di negeri-negeri lain. Cara masakan nasi tomato ini dimasak mengikut ‘ala masakan nasi kandar. Kosnya lebih sedikit dari nasi tomato biasa tapi insyallah lazat. Dengan itu jangan terkejut pulak dengan resepi yang Mamak perturunkan di sini. Walau pun resepi nasi tomato ini Mamak telah buat posting di blog ini, tetapi ramai pengunjung blog ini mohon resepi  masak nasi tomato ini khas untuk katering mereka. Dengan itu Resepi kali ini khas untuk katerer. Pengunjung yang ingin masak untuk keluarga, boleh rujuk posting yang lama. https://balannambiar.wordpress.com/2010/09/22/nasi-tomato/
OK masak untuk 1,000 (seribu) orang,  periok yang perlu digunakan ialah periok 6 (enam) gantang. untuk makluman orang muda yang pening tentang gantang, cupak dan kati ini, sedikit penerangan sukatan terun-temurun masyarakat kita  yang telah digunakan:
  • 1 Gantang sama dgn 6 kati.
  • 1 kati bersamaan dgn 600gm.
  • maka 1 gantang sama dengan (6X600) 3.6Kg.
  • sekiranya 6 gantang bermakna 21.6Kg.
* maka ambil mudah>> periok bersaiz  6 gantang, boleh digunakan untuk masak 20Kg beras. boleh menggunakan 2 pkt beras yg beratnya 10kg.
Dari pengalaman masak mamak, 1 kg. beras biasa boleh dihidang untuk 12 orang, tetapi sekiranya gunakan berasmathi cuma untuk 10 orang saja. Maka 20kg X 10 (orang) = 200 orang (untuk baru masak anggarkan kerak nasi 5% + 5% tambahan). Sekiranya untuk 1,000 orang, anda perlu masak 100kg. beras. Ini bermakna anda perlukan 10 paket beras beratnya 10kg sepaket. Maka untuk 1,000 (seribu) orang, anda kena masak 5 kali sekiranya gunakan periok 6 gantang. Jumlah periok akan jimatkan masa. Anggaran masa untuk masak ialah 45minit seperiok. Dapur gas dapur yang punyai enam mata..maknanya api perlu serata pada periok yang masak. Awas kawalan guna api dapur..jangan sampai hangit.
Resepi nasi Tomato biasanya gunakan beras hancur 5%. Beras ini elok sedikit dari 10% atau beras subsidi 15%. Jangan gunakan beras subsidi ini bukan kerana salah tetapi beras ini tidak sesuai langsung untuk masak nasi apa jenis pun. Beras Berasmathi pula terlalu mahal kosnya dan nasi tomato perlu nasi kembang sedikit untuk menyerap rasa tomatonya yang sedap. Berasmathi bila masak ia tak kembang dan lebih sesuai untuk masakan nasi minyak atau nasi beriani.
RESEPI UNTUK MASAK DALAM PERIOK BESAR 6 GANTANG ATAU UNTUK 200 ORANG:
BAHAN-BAHAN:
  • 20 kg. Beras biasa 5% hancur.
  • 3 biji bawang besar labu dihiris.
  • 1/2 kg bawang besar dikisar dgn air – hasilnya lebih kurang 5 mangkok.
  • Bawang putih 3 butir + Halia 4 inci (kisar lebih kurang 1 mangkok).
  • 1 tin Tomato Puri.
  • 3 tinTomato Kimball Soup.
  • Susu cair 6 tin.
  • Gula pasir 1 mangkok.
  • Rempah ratus, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga agak dlm RM1/= Jgn lebih nanti terlalu tengit baunya.
  • 500gn minyak sapi/ Ghee. (Kalau anda rasa bau minyak sapi tak menyenangkan gunakan minyak masak 60-40).
  • Garam enam cekak.
  • Boleh tambah buah badam dan gajus dibuang kulit, direndam dan kisar halus kalau nak sedap lagi. (tidak kemestian)
  • Bawang goreng dan daun pudina untuk tabur di atas nasi setelah masak. kalu tak kenan bau pudina gunakan saja kacang peas hijau atau kacang campur.
Cara masakan sila rujuk resepi nasi tomato mamak posting di blog ini yea..  https://balannambiar.wordpress.com/2010/09/22/nasi-tomato/
Wassalam.

MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DI RUMAH TANPA MODAL:

Bila Mamak mula menulis tentang, “ingin mulakan perniagaan katering dari rumah”, perniagaan  katering yang dimaksudkan adalah khas untuk suri-suri rumah yang sepenuh masa yang  menganggap masak sebagai hobi dan ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.  Ia juga maksud untuk meringankan tanggungan hutang rumah tangga yang semakin meningkat. Hutang dalam rumah tangga dalam negara kita khas golongan pendapatan rendah dan pertengahan telah menjadi sangat kritikal dan membimbangkan di negara ini. Bank Negara sendiri akui kebimbangan ini. Hutang keseluruhan kredit kad rakyat saja sudah melebihi 30 Billion. Bank Negara juga telah mula gunakan garis panduan baru untuk pelanggan baru kad kredit. Kalau hutang dalam rumah tangga dalam negara ini tidak dapat kawal lagi, kemungkinan ramai keluarga akan bankerap dulu diikuti dengan  negara bakal jadi bangkerap. Ada asas  juga amaran Datuk Idris Jala itu. Suami-Isteri sekarang perlu kerja dan berganding bahu melangsaikan hutang rumah tangga. Suami bayar hutang rumah, si Isteri pula kena bayar hutang kereta. Kita sekarang hidup dengan hutang. Tengok rumah ingat hutang ansuran rumah, petik lampu ingatkan bil TNB, buka pili air untuk mandi ingatkan hutang bil air, rehat nak tengok tv, ingatkan hutang tv plasma 42 inci, tengok muka anak, ingatkan yuran sekolah dan belanja sekolah. Di luar tengok kereta ingatkan hutang ansuran kereta, duduk dalam kereta terpandang  cukai jalan teringatkan insuran kereta beribu, tengok meter tanki minyak, perlu isi minyak…aduuuh apa nak jadi?. Kenapa kita jadi begini?. Hutang sudah pengaruhi hidup kita. Bagaimana kita kita harus lari dari cengkaman hutang ini?. Jawap sendirilah…pasal hutang ini.

Catitan kali ini adalah e-mail dari  seorang suri rumah dari Kedah yang ingin mencebur diri dalam membantu suami dan keluarga. satu niat yang murni. Sedih mamak baca kisah kesempitan kewangan kelurganya. Bahagian yang sedih itu mamak delete. yang Mamak menarik dengan e-mailnya ialah:

“cheq nak cari pendapatan sampingan xtau macam mana cara.dulu ada buat macam-macam tapi tak menjadi. la ni tak buat apa dah.suami saja kerja sorang..gaji alhamdulillah setakat rm1500..nak mintak pandangan mamak haji,oghang yang macam cheq ni,xdak modal langsung nak berniaga tapi nak tambah pendapatan..tu nak tanya mamak haji apa yang cheq patut buat?.”

Jawapan Mamak:

Kebanyakan perniagaan kecil yang paling berjaya bermula sebagai hobi dari rumah dan dimajukan dan diperkembangkan dari titik permulaan dari kegiatan hobi. Memulakan perniagaan dari rumah sebenarnya  tidaklah memerlukan modal yang besar beribu ringgit cuma perlukan modal yang sedikit. Modal yang maksudkan dalam katering ialah biasanya dalam penyediaan makanan yang dipesan pelangan dikira sebagai sudah pasti telah jual. Kebiasaaannya kita boleh mengambil wang pendahaluan (deposit 50%) dari pelangan sebelum sesuatu majlis dan selepas majlis selalunya dilangsaikan bayaran penuh.

Mamak ingin menceritakan kisah benar seorang sahabat Mamak yang menjalankan katerer dari rumah. Dia punyai kontrak-kontrak membekalkan nasi bungkus sekitar 100 bungkus sehari yang berharga RM3.50  kepada sebuah kilang di Mak Mandin untuk pekerja-pekerja yang lakukan kerja lebih masa yang dibekalkan oleh majikan kilang secara percuma. Kaedah bekal nasi bungkus kawan mamak ini amat mudah dan menunya cuma Nasi Putih, Ayam dan Sayur.  Secara kasar keuntungan dari sebungkus adalah RM1.00 – RM1.50.  Katakanlah sehari 100 bungkus, untung bersih dalam sebulan adalah RM150.00 X 20hari= RM3,000.00. hahaha!. Patutlah sahabat mamak ini ke sana ke mari pakai van buruk tapi anak dia pakai Honda Accord baru. Ini cuma kilang yang mamak tahu. Yang tak tahu?. Ini satu contoh cara berkatering dari rumah. Di luar sana beratus pelangan menunggu anda. Cara meniaga nasi bungkus jangan pandang rendah. Katering dari rumah kita tak perlukan dapur dan peralatan khas masakan dan sewa tempat khas untuk memasak atau pun pekerja profesional. Modal perniagaan apa yang kita perlukan?. Cuma tahu masak nasi, goreng ayam, kuah dan sayur kangkong dan bayam. Tak perlu berkursus membelanjakan beratus ringgit. Tak perlu belajar jadi chef dua tahun di kolej dengan perbelanjaan belajar  sekitar RM25 Ribu. Modal cuma RAJIN dan tak malu cari rezeki HALAL.  Katakanlah Kalau kita kembangkan perniagaan seperti kisah sahabat Mamak itu kepada 5 tempat. Sehari 500 ratus bungkus nasi, RM3,000 X 5 = ???. Berapa pendapatan anda sebulan?. Kenapa kita perlu jadi operator di kilang untuk gaji RM700/= sebulan. Pukul 5 pagi kelaur rumah lepas maghrib balik rumah?. Katakanlah anda punyai dua orang anak yang perlukan penjagaan. Upah jaga anak saja hampir 300 – 400 ringgit. Berapa baki pendapatan bulan anda yang tinggal?. Belum  dipotong kwsp, sosco dll. Kenapa anda tak mahu cebur dalam bidang katering?.

Ada juga mengadu kat Mamak, “bagaimana orang kenali saya sebagai seorang katerer”. Bagaimana anda boleh iklankan diri anda?. Sebenarnya ia amat mudah. Beritahu kepada sesiapa saja anda kenali atau berjumpa “saya seorang katerer”. Sediakan kad nama. Untuk dapatkan kad nama, 300 kad cuma dalam harga RM30.00. Beri kepada orang pengaruh dan orang yang berpotensi boleh kenalkan anda kepada ramai berpotensi sebagai pelangan. Kalau bertandang ke rumah saudara atau kawan, bawa contoh makanan contoh menu katering kepada mereka. Mereka akan perkenalkan diri anda kepada kawan-kawan mereka. Pendek kata cara ikutlah “Direct Selling” macam Amway!. Jangan malu dengan perniagaan HALAL anda. Kenapa patut malu?. Perniagaan adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Anda jangan sekali membuat keputusan untuk orang lain. Tugas anda cuma memperkenalkan produk anda. Ikut cara orang jualan terus. Sesiapa juga ingin tahu karier anda terangkan. Kadangkala orang yang tanya itu akan jadi pelangan potensi masa akan datang. Dengan ini mulakan iklan anda dari hari ini. Jangan tangguhkan perkara yang baik. Syaitan selalu mengoda hati kita dengan diisi was-was!. Sekali kehadapan jangan undur atau rehat. Kejayaan terletak di tangan anda sendiri. Keputusan hari ini adalah kejayaan masa hadapan anda. Kenapa orang lain perlu buat keputusan untuk anda?. Allah SWT akan membantu orang ingin bantu diri sendiri dan orang lain. Mengenyangkan orang yang lapar sangat besar pahala dari Allah SWT. Ketabahan, cara kendalikan perniagaan adalah kunci kejayaan katering dari rumah. Hubungi Mamak Haji melalui e-mail: mohd.roslan99@gmail.com sekiranya ada masalah atau mula lentur semangat. Kita akan kongsi pendapat. Blog ini adalah medan perjuangan untuk anda semua dalam bidang katering. Perjuangan adalah kasih sayang antara kita yang  ingin mencapai kejayaan sebagai ummah Nabi Mohammad s.a.w.  di dunia dan di akhirat. Insyallah anda akan berjaya!!!.


Harga Barangan Makanan semakin hari semakin meningkat tanpa kesudahan. Pengusaha Makanan semakin hari semakin pening dan cemas. Paling parah adalah pengusaha Kantin yang terikat dengan harga yang telah ditetapkan dengan pengurusan kilang atau sekolah dengan harga yang lama. Kalau anda ingin berhentikan perkhidmatan, keadaan serba-salah. Hutang anda di luar sudah semakin meningkat, kita tidak ada pilihan hendak atau tak mahu, perlu juga terus kayuh melawan arus kenaikan harga bahan makanan mentah ini. Kalau anda tak mahu,  ramai di luar sana sedang beratur menunggu peluang untuk ambil alih perniagaan anda dengan harga makanan masakan yang lebih murah. Peniaga jenis ini tak tahu risiko pakai redah saja janji cita-cita jadi usahawan mereka tercapai. Akhirnya selepas enam bulan nasib yang sama akan menimpa mereka apabila modal lesap, hutang melonjak keuntungan di bawah sifar. Akhirnya mereka juga lari dan giliran orang baru pulak. Ini tidak akan berubah pendirian pelangan yang berkeras mahu faktor “harga murah” dari yang katerer. Keadaan menang-menang tidak akan perolehi. Akhir mutu kantin akan jatuh ke paras seperti makanan di cook house kem tentera kita. Persaingan luar yang hebat memang baik untuk pelangan. Masalahnya bukan cemburu tetapi adakala katerer sendiri yang kurang berpengalaman merosakkan pasaran perniagaan, rosakan diri mereka dan orang lain. Kenapa golongan katerer kita ini mengalami keadaan sedemkian. Ini berlaku kerana kita kurang muafakat dalam perniagaan seperti kaum peniaga cina. Kita lebih ke arah politik. Suka pada  parti politik. Tidak berminat dalam persatuan-persatuan perniagaan. Kalau ada pun jenis yang suka berpolitik dari menjaga kepentingan ahli perniagaan. Inilah nasib indudstri penyedia-penyedia Industri Makanan Bumiputera di negara ini. Cop mohor yang diterima ahli perniagaan orang Melayu, “Melayu tak pandai Berniaga”. Orang Melayu bukan tak pandai tapi kurang penyatuan dalam perniagaan.  Oklah..Tak mahu mamak nak kata apa lagi….tepuk dada tanya Iman. Ambil contoh Restoren Mamak Nasi Kandar ini, gula naik dua kupang, teh tarik depa naik sekupang pulak dah. Teh ‘O’ dinaikan dua kupang. Dari tujuh kupang naik sembilan kupang. Apakah dalam satu cawan teh ‘O’ di pakai 1 kg gula?. Dalam teh tarik mana ada pakai gula?. Pakai susu pekat sekarang lebih manis dari berlemak. Susu pekat sekiranya ikut naik tiga kupang, wal hal susu itu cuma minyak kelapa sawit.  Mamak- Mamak Nasi Kandar yang pandai buat kira-kira dengan cuma tukar kualiti susu pekat yang harganya murah kurang tiga kupang. Harga secawan teh tetap naik sekupang. Pasal teh tarik ini, Mamak rindu kat kawan baik Mamak yang  suka teh tarik yang seorang  blogger di http: sekupangduas.blogspot.com.

Untuk menghadapi kenaikan harga bahan makanan, dalam blog ini banyak juga mamak tulis tentang bahan masakan yang boleh “Buat Sendiri”  seperti Rempah Beriani, Kaya Kramel, Sos Lada Hitam, Yogurt atau Tairu dan ada lagi kot?. Kali ini pulak mamak dedahkan pada pembaca bagaimana “Buat Sendiri Sos Cili”. Sekira ada pembaca rajin dan ingin berniaga sendiri, resepi-resepi ini boleh diambil untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1. Cili Kering 1 kg.

2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).

3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.

4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).

5. Tepong Jagung / modified starch 400gm ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).

6. Cuka Tiruan dalam 1 kg.

7. Air 5 liter. masa mengisar gunakan satu liter dan semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:

1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).

2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini  semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.


Salam,

Mamak amat bersyukur ke hadrat  Allah S.W.T, kerana masih lagi mampu meneruskn penulisan dalam blog ini tahun 2011 dengan lebih banyak post-post yang memberi manfaat pada pengunjung. Niat Mamak nak berkongsi Ilmu dalam perniagaan katering ini semakin mendapat sambutan dari para pengunjung blog tanpa berhenti. Pada masa Mamak mulakan blog ini tiga tahun yang lepas,  Mamak nak buat blog tidak tahu menahu maka seorang sahabat pakar IT sa kata,  Mamak don’t worry you take this password and user name and just write whatever you want write“. Inilah sebab blog mamak sehingga kini menggunakan nama asal beliau nambiahttps://balannambiar.wordpress.com. Mamak sehingga kini tidak menukar nama  blog yang baru. Kini Mamak cuma duduk di rumah dan tidak lagi kecimpung dalam perniagaan ini. Kelapangan ini Mamak gunakan untuk berblogging untuk memberi manfaat kepada peminat masakan Nasi kandar dan kepada yang mahu memulakan perniagaan ini secara profesional. Kali ini Mamak ingin poskan e-mail dari pengunjung blog ini yang dahagakan Ilmu Perniagaan. Mamak harap penghantar e-mail jangan kecil hati pulak kerana Mamak mempamirkan e-mail anda dan sudah semestinya mamak akan rahsiakan semua nama dan alamat e-mail anda.

e-mail dari Wan, Kula Lumpur:

assalamualaikum,
penulisan yg amat memberi manfaat kpd pembaca..
saya ingin meminta maklum balas penulis dengan cara pendapat atau pn nasihat ttg perniagaan restoran yg akan saya jalankn tidak lama lg..
perniagaan itu adalah bersebelahan dgn sebuah IPT yg mempunyai 1500 pelajar yg aktif..pada waktu ini sudah terdapat 2 buah restoran sedia ada
dan dijangka akan bertambah menjadi 5 buah restoran termasuk saya nnt.
saya bercadang untuk menyediakn menu nasi campur sbg produk utama memandangkan restoran yg lain tidak menumpukan kpd produk itu..
adakah wajar saya teruskannya?saya tahu kos untuk nasi campur adalah tggi berbanding menyediakan masakan ala carte kerana kita perlu memasaknya terlebih dahulu.. fixed cost untuk sebulan d anggarkn rm10 000,variable rm500x24hari= rm12000..
apakah pandangan penulis?apa perkara yg perlu d buat untuk mndapat keuntungan?
berikan cadangan untuk apa menu yg patut di buat dan bagaimana cara untuk kita menarik para pelajar makan d restoran kta.
Jawapan:
Mualaikum Salam Saudara, 

Niat berniaga adalah baik dan pintu rezeki saudara akan dibuka seluas-luas oleh Allah s.w.t. insyallah. Bagi Mamak haji paling utama dalam apa jua perniagaan adalah Nawaithu itu. Tanamkan nawaithu itu sebagai motivasi dalam perniagaan yang mencabar sekarang. Kenapa saya meniaga?.Apakah apa kah ia membantu keluarga saya?  atau pun untuk para pelangan yang mengunjungi restoren saya?. Keluarga adalah sumber rezeki kita dan juga pelangan pulak  membawa masuk rezeki kepada kita. Sekiranya apa saja kita membantu meringankan bebanan orang lain, Allah SWT nescaya meringankan beban kita kelak. Inilah perlu tanam dalam hati sampai bila-bila pun, walau pun insyallah sekiranya anda jadi jutawan satu hari nanti kelak. Allah berkati kesenangan untuk kita membantu orang lain. Walau pun Ilmu dan kekayaan besar mcm mana sekiranya ia tak bantu orang yang memrlukan ia tidaj berguna. Niat memulakan perniagaan adalah ilham dari Allah SWT. Kita cuma mengiktizamkan niat itu dengan segala ilmu yang perlu dipelajari. Ilmu perniagaan boleh dipelajari dengan mudah tetapi apa saja perlu ialah bergantung pada Allah secara total yang payah..ini jangan lupa semasa baru mulakan perniagaan. Inilah matlamat perniagaan. Jangan lakukan benda-benda kurafat mcm cari bomoh…perkara kurafat ini untuk sementara dan permainan syaitan. Perkara beginalh pintu rezeki kebanyakan peniaga-peniaga akan tertutup. Short-cut mencari teman syaitan dan Iblis.
Tentang Ilmu perniagaan: Tanya diri saudara kenapa pelangan harus kunjungi ke restoren anda?…wal hal ada dua lagi restoren. Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. Saudara mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot. Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen.  kilo tepung boleh buat 20 – 25  keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan. Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma  satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya  letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur. Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je. Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00  10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.
Nanti mamak Hj. nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan  sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.
Yang paling elok saudara soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok. Mamak Haji doakan kejayaan anda. Jangan segan E-mail lagi tanya soalan?. sehingga clear semua kekusutan. Mamak Haji harap orang Melayu perlukan semangat lebih daripada kewangan. All the best “Nasi campur Ekonomi” tapi first class restoran…wassalam. Jumpa lagi…
Jawapan kembali:
assalamualaikum,
Tidak pernah saya jumpa org seprti saudara yg tidak lokek ilmunya..trima kasih sgt2..alhamdulillah..
saya ada bnyak lg persoalan untuk saya tnya..harap saudara tidak kberatan..
jutaan trima kasih krn membantu..
Saudara Zaf dari Dari Kedah,
salam.. Saya Muhammad Zhafran bin Zainal Ariffin dari Alor Setar. Saya amat tertarik dengan tulisan mamak. Saya amat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang masakan kelak. Untuk pengetahuan mamak, saya masih seorang pelajar ipta dan bercadang untuk terus menceburkan diri dalam bidang masakan kelak. Saya amat memerlukan panduan dan nasihat mamak dalam bidang masakan ini. Sebagai langkah permulaan saya bercadang untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan dahulu.Memandanngkan kami diberitakan bahawa cuti semester hadapan agak panjang iaitu selama 15 minggu. Dalam tempoh cuti yang agak panjang itu, kira-kira 3 bulan saya ingin menjalankan bisnes kecil-kecilan dahulu. Seperti berniaga di pasar malam. Cadangkan awal ingin berniaga nasi tomato@ beriani@ kandar, dan beberapa jenis lauk yang ringkas. Saya berharap agar mamak dapat menberi sedikit sebanyak tips dan nasihat sebagai persediaan untuk memulakan bisnes ini. Saya masih kekurangan ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini, harap tunjuk ajar dari mamak ya..
Jawapan Mamak:

MualaikumWa Salam anak Zhafran,
Mamak Haji terasa gembira kerana blog Mamak dapat meyakinkan anak muda untuk memulakan perniagaan walau masih dalam IPT. Alhamdullilah syukran. kalaulah anak muda Melayu yang terpelajar memasuki bidang perniagaan kecil-kecilan insyallah perniagaan ini akan maju di negara kita. Berniaga di pasar malam adalah masa yang singkat ia itu dari  6:00ptg ke 10:00 mlm. Dan masa kemuncak adalah dari 5:00 ptg kepada 7:00 ptg. Anda kalau ingin berniaga inilah masa yang perlu dikejar. Tapak Pasar Malam juga mainkan peranan utama. Tapak perlulah bersesuain dgn Jualan Nasi kita. Sebelum anda mulakan perniagaan cuba buat survey ke pasar malam itu. Biasanya pii duk kat tempat orang jual nasi yang paling popular di pasar malam itu dan lihat ragam pelanggan.catat seperti berikut..masa yang paling ramai pelangan beli nasi, cara peniaga itu menjual, seperti lay-out meja dan lauk, jenis lauk popular, cara pembungkusan (polistrine atau kertas), dan lain-lain. Catitkan kekurangan dan kelebihan peniaga. Adakah perlu ambil pembantu?. kerana pelangan perlukan kecepatan dalam jualan makanan. The Hungry man is an angry man. ok. Apabila anak mulakan perniagaan nasi kandar perlu ada identiti nasi kandar itu sendiri. Paling mustahak bagaimana anda memberi identiti jualan anda adalah Nasi kandar. Kalau Mamak jual sudah pasti ia adalah nasi kandar.Identiti nasi kandar ialah periok besar perlu ada didepan. Sekurang-kurangnya 5 periok. Lauk utama dalam periok itu ialah Ayam masak merah, ayam masak madu, Daging masak itam, ayam masak kurmak ayam kari ikan bawal atau pilihan yang lain seperti kari ayam dan Dalca. Lauk ini adalah warna lauk yang akan memikat para pelangan. Lauk sampingan seperti satu kemestian ialah sotong masak nasi kandar, telur dadar, telur rebus, sayur kobis masak kuning, kerabu timun. Lauk seperti ini perlu diletakan dalam tray yang nipis. Tak perlu kuantiti yg banyak. ia adalah lauk yang pembuka selera. tujuan utama kita untuk keuntungan perniagaan adalah lauk dalam periok. Kita perlu habiskan lauk itu. Kalau pelangan ambil telur dadar dan kuah je…kita nak untung apa?. Mamak cadangkan buat lauk melayu sedikit seperti rendang, ikan bawal goreng, ikan belah belakang dan lain-lain yang kita dapati dari survey. Ini tentang Ayam Goreng Nasi kandar. Ayam goreng perlu panas semasa hidangan. maka ayam yang telah peram dgn rempah perlu goreng di sana. Kuatiti kita boleh kawal. Rahsia nasi kandar ialah hidangan yang panas. ingat itu. Ini cara kalau kita ingin berniaga besar-besaran…hahaha!.

Tetapi untuk berniaga dengan modal kecil..anak cuba jual nasi yang telah sedia dibungkus dan pamerkan dengan cantik..seperti bungkusan nasi polistrine dibuka penutupnya dan dihias daun salad, potongan tomato, timun dan daun pudina. Buat nasi masak tomato dalam anggaran dalam 50 bungkus dan naikan sampai 100 bungkus. Nasi beriani kos yang tinggi dan keuntungan kurang kerana harga berasmathi sekarang mencecah 5 kg dalam RM35.00 dlm pasaran. Nasi tomato gunakan beras yg kandungan hancur 5% sudah memadai. Ayam beli seekor dalam berat anggaran 1.6 kg (jgn melebihi berat ini atau kurang dari 1.5 kg) suruh penjual ayam itu potong dua belas ketul ‘ala nasi kandar. Goreng ayam menggunakan tepung seperti ayam goreng rempah tetapi cair sedikit tepung supaya nampak ketulan ayam anda besar bila dipamirkan. Kuah ayam masak merah asingkan dan jangan masak ayam sekali..cuma tuang kuah yang pekat untuk mengerlipkan ayam itu.bahagian kulit ayam itu akan kembang dan mempamirkan saiz yg besar dari yang asal. Ayam yang dipamirkan itu sentiasa perlu basahkan untuk dilihat seperti baru. Gunakan dua jenis masakan yang yang sesuai untuk nasi tomato adalah ayam masak madu. Madu tak perlu dibeli ..masak gula seperti sirap dan hanguskan sedikit untuk menjadi perang. Masukan air lemon atau limau. Gula akan menjadi seperti madu dan gual tidak akan menjadi keras. Madu yang dijual pasar malam sebenarnya madu yg dibuat cara begini..cuma dimasak dengan sarang lebah sekali untuk dapatkan wax. Ini rahsia, jangan beritahu orang. Ayam masak madu anda akan lebih hebat dari masakan mamak hahahaha!. Di samping itu anak juga boleh jual Mee Udang mengikut resepi mamak. Goreng udang dgn minyak supaya kulit menjadi merah menyala..beli udang yang berharga sekilo RM13.50 – RM15.00. (jumlah lebih kurang 40-50 ekor) Bungkusan plastic perlu adalah 6X9 yang jenis kilat. Udang yg telah goreng luruskan badan dgn mematahkan sedikit badannya. Pamerkan diluar mee bukannya di atas..udang ini akan menarik perhatian pelangan. di atas mee hidangkan dgn tiga warna…salad, ubi rebus dan cabai merah ..pasti laku gile. anggaran dalam 20 pada permulaan dan naikan setiap minggu tapi jgn dibawah ini. kalau tak laku pertama kali jgn putus asa..buat dalam 3X kalau masih tak laku juga ubah resepi lain.

Yang lain perkaks untuk niaga anda sedia maklum…meja pasar malam, payung, punca letrik, duit syling dan wang kecil yang mencukupi, kenderaan, peralatan bungkus. Walau pun kecil mamak fikir modal permulaan niaga dalam anggaran RM800-RM1000. Barang harga tinggi sekarang..persaingan pun hebat. Serahkan semua kepada Allah s.w.t dan mulakan niaga. Jangan terlalu negatif. Pengalaman niaga sehari seperti pengalaman belajar 100 hari. Kalau tak mula sekarang bila lagi… Jgn dengar nasihat negatif dari org luar..nanti mcm-mcm juru perunding akan beri nasihat…oleh kerana selalu nasihat itu kita charge..free…yang keluar modal kita…yg tanggung rugi kita…tak perlukan banyak nasihat cuma akan membantutkan usaha dan niat suci…niaga adalah seperti perjudian tetapi niaga telah dikira risiko adalah terbaik. Zhafran boleh buat…yakin dan doa..alalh s.w.t tak keciwakan hambanya..insyallah mamak iringi dgn doa untuk anak Zafran berjaya…amiiin.


1. Megekalkan warna asli Terung:

Kerap kali kita punyai masalah terung jadi lebam dalam masakan. Untuk mengelak lebam ini, terung yang telah dipotong perlu segera direndam dalam bekas air sehingga ia digunakan dalam masakan. Ini termasuk untuk keladi atau Pisang lauk.

2. Mengelak Sayur bendi berlendir dalam masakan.

Bendi perlu basuh sebelum dipotong. Jangan basuh selepas dipotong. Timun yang digugunakan dalam kerabu timun pun sama juga kaedahnya. Basuh dulu baru dipotong untuk mengelak kerabu timun anda terlampau berair.

3. kuah kari anda terlalu masin:

Basuh sebiji kentang. Potong dua bahagian, cara melintang. Masukkan dalam kari anda. Kentang yang belum masak itu akan serap kemasinan kari anda.

4. Cara Mengupas halia:

Gunakan sudu meja (table spoon) untuk mengupas kulit Halia. Cara ini amat cepat dari menggunakan pisau.

5. Memutihkan lagi Nasi Putih anda:

Titiskan dua atau tiga titis air limau yang segar. Ia akan memutihkan lagi nasi anda, dan nasi akan peroi dan tak melikat.

6. Kekalkan keranggupan karot dalam gorengan:

Basuh dan kupas kulit karot. Potong kehendak anda. Rendamkan potongan karot bekas air sejuk (air batu) untuk mengeluarkan warna karot supaya masakan anda tidak berubah warna asal.  Tekstur karot anda jadi keras diluar dan kekal rangup walau pun cukup masak.

7. Megekalkan kerangupan dan mengekalkan kehijaun semula jadi  sayur sawi atau sayur dedaun, kacang buncis , kacang panjang dan lain-lain.

Masak air didalam kuali atau periok dan masukkan sedkit garam. Apabila air mendidih masukkan sayur anda kedalam air panas 5-10 saat. Keluarkan serta-merta sayur anda dengan penapis dan masukkan terus ke dalam air ais yang tersedia. Biarkan sayur  dalam air campur ketul ais  5-10 minit. Tapis kembali air. Anda boleh goreng sayur dengan api keras cuma 2-3 minit saja. Hasilnya Sayur anda kelihatan hijau dan garing dan amat lazat. Proses ini digelar “vegetable bleaching“.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,643 hits
April 2021
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.