PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘ACAR LIMAU NIPIS ‘ALA MAMAK


PENYEDIAAN LIMAU NIPIS UNTUK ACAR

PENYEDIAAN LIMAU NIPIS UNTUK ACAR

SELEPAS TUMIS

SELEPAS TUMIS

Pagi ini terpaksa buat “Acar Limau Nipis ‘ala mamak” dalam bahasa tamil digelar,  ‘urukai’. Kalau ada sahabat di kampung yg ada pokok limau nipis dan berbuah lebat, tak tahu nak buat apa boleh mencuba respi ini.

Dalam menu makan tengah hari dari India, acar ini seperti satu kemestian dalam sistem “Tali”. Berbagai-bagai acar disediakan seperti Acar Halia, Bawang putih, Pelam muda, timun dan termoden apel hijau atau nenas. Sebenarnya acar ini memberi imbangan rasa dilidah kita, masam, manis, pahit dan masin Maka ia satu cara untuk penambah rasa yg semula jadi. Ia sama dengan perasa makanan tambahan Jepun MSG..Nak tak cuba???.

RESPI SEGERA ACAR LIMAU NIPIS ‘ALA MAMAK:
Penyediaan Limau:

  • 6-7 biji limau nipis yang berwarna kuning (hijau pahit sikit) dan tidak ada bintik-bintik hitam di kulit luarnya.
  • Basuh bersih. Kalau cara penyediaan tradisi, Potong buang bhg tangkai dan potong empat bahagian di atas sedalam 1/2″ – 3/4″. Jangan putus pulak potongan anda. Sumbatkan garam dalam potongan tadi. Biasanya limau ini dijemur diluar kepanasan matahari selama satu atau dua minggu untuk ia lembut.
  • Bila kita nak sediakan segera, panaskan air dlm sebuah bekas, bila air mendidih masukkan limau dan biarkan 15-20 minit untuk kulitnya masak. Biasanya mamak haji gunakan pressure cooker. Bekas rebus limau perlu ditutup dengan tudung. Bila kulit limau ini lembut dan boleh tekan dengan jari, masakannya sudah cukup. Jangan terlalu lembut atau over-cooked, nanti limau anda akan pahit.
  • Angkat dan toskan. Biar ia sejuk sendiri. Bila sejuk masukkan dalam bekas (elak jus terkeluar) hiriskan lapan bahagian dan 8 bhg itu hiris lagi kepada dua lagi (satu biji limau 16 bhg). Keluarkan biji limau seberapa yang boleh.
  • Lumurkan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu besar garam dan 2 sudu besar jus limau dari perahan limau berasingan. Gaul sebati adunan ini dan biarkan dalam 15-20 minit sebelum mula langkah seterusnya.

Tumis Darat Hirisan Limau:

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 6 sudu besar minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil biji jintan putih.*
  • 1/4 sudu kecil jintan manis.*
  • 1/4 sudu kecil biji sawi.*
  • 2-3 sudu besar serbuk cili.(boleh kurangkan).
  • 1/4 sudu kecil biji sawi (tambahan).
  • secubit serbuk Astoefida – kalau ada.
  • secubit serbuk halba – goreng kering halba kat kuali sikit.kisar atau tumbuk je.
  • 6 helai daun kari.
  • 3 tangkai cili kering di potong dua.
  • Garam dan Gula secukup.

Nota: Rempah yg bertanda *, itu boleh gunakan 1 sudu kecil “halba Campur”.

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, bila minyak panas masukan biji jintan putih, biji sawi dan ‘halba campur’. Bila biji sawi meletup kecil, segera TUTUP API DAPUR, dan masukkan serbuk asafoetida, cili kering, serbuk halba, dan daun kari.

2. Masukkan juga penyediaan limau tadi, Kacau serata. Bila campuran ini sejuk, boleh lah masukkan serbuk cili, garam dan gula secukup rasa. Adunkan dengan sempurna. Masukkan dalam botol dan simpan di peti sejuk. Acar ini mampu bertahan selama 3 bulan dipeti sejuk anda. Selamat mencuba.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,544,506 hits
Disember 2021
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.