PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘BAHULU


Assalamualaikum..selamat pagi..Ramai sahabat pm mintak resipi “Kueh Bahulu”. Resipi Bahulu ini ialah resipi tradisional kita yang perlu tahu oleh semua yang minat dalam baking kek. Boleh dikatakan ia adalah asas dalam bidang “baking kek”.

Dalam membuat kueh-muih tradisional ini elok kekalkan resipi yang asal kerana masakan ada lah satu satu cabang kebudayaan bangsa yang penting. Ramai tak sedar perkara seni masak dan kebudayaan. Kemajuan negara bukan saja bergantung pada sains dan teknologi tetapi paling asas untuk sesuatu negara dikatakan maju ia lah maju kebudayaan.

Kebudayaan bermakna, “Keseluruhan cara hidu

KUIH BAHULU

KUIH BAHULU

p serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat atau bangsa”, maka ini termasuk lah bidang seni masakan bangsa Melayu. Jadi kekalkan kueh-kuih asli Melayu ini setakat boleh yea. Tolong jangan, “Fusion” kan kuih-muih tradisional ini dengan masakan barat. Ini seperti kita malukan nenek-moyang kita sendiri.

Resipi kueh Bahulu ini paling mudah disediakan dengan tiga saja bahan masakan. Telur, Gula dan Tepung gandum. Tiada baking powder, tak ada pewarna semuanya asli. 1. Telur – Putih telur sebagai bahan penaik (leaving agent) dan juga berikan bentuk atau struktur bahulu. 2.kuning telur – untuk warna dan juga aroma yang wangi dan juga penuh dengan khasiat pemakanan.

Gula digunakan bukan saja untuk rasa manis tetapi gula berfungsi dalam baking sebagai melembutkan kek dengan melambatkan proses perubahan ‘gluten’ dalam tepung. (gluten ada lah protein dalam tepung yang memberikan elastic / kekejalan tepung). Bila anda pukul gula dengan telur ia bermakna anda sedang membantu mewujudkan beribu-ribu poket udara seperti belon dalam adunan tepung itu untuk tepung itu naik bila bakar nanti. Dengan sebab itu cara pukul tepung perlu betul. kalau terlampau banyak gula, bahulu anda akan jadi keras, kerana terlampau banyak poket udara dan bentuk fizikl gluten akan berubah menjadi lebih kental.

RESIPI: KUEH BAHULU.

BAHULU

                                     BAHULU

Bahan-Bahan diperlukan:

– 1 cawan telur
– 1 cawan gula
– 1 cawan tepung + 2 sudu besar.

Cara-cara Menyediakan:

1. Pukul telur dengan gula sekata (satu arah saja). Pukul atau guna mesin tangan sehingga gula cair dalam telur.

2. Tepung disagai kejap untuk hindarkan kelembabpan atau moisture. Ini akan buatkan bahulu anda menjadi ringan. Sagai jangan sampai hangus pulak takat kering Ok, Ayak tepung. Masukkan garam dlm 1/4 sudu kecil.

3. Masukan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan telur+gula sambil putarkan mesin ‘hand whipper’ atau pukul dengan pemukul telur tangan saja. Adunkan rata seperti baut kek jugak.

4. Hidupkan oven dan panaskan dalam suhu 170C (preheat). Pembakaran dilakukan di ruang tengah oven. Kepanasan ini bagi oven yang bersaiz normal kalau anda gunakan oven bersaiz besar atau kecil..laraskan suhu ini pada kali kedua pembakaran. Ia cuma panduan saja. Panasakan dulu dalam 10-15 minit acuan bahulu. Sapukan minyak nipis pada lubang acuan setiap kali sebelum isi adunan. Acuan juga perlu panaskan dulu setiap kali sebelum isi adunan untuk acuan tidak melekat. Bila terasa macam bahulu melekat sajam ia bermakna acuan tidak cukup panas. Masa pembakaran biasa dalam 15-20 minit. Anda tentukan masa ini dalam pembakaran dalam oven anda sendiri keana haba oven besar dan kecil kadang tak sama.

5. Penting sekali anda beranikan diri buat, pada kali pertama anda dapat belajar banyak perkara dengan sendiri yang tidak diceritakan buku resipi atau sahabat-sahabat.kalau tak cuba anda tidak belajar apa-apa pun. Selamat mencuba..kalau masih belum menjadi mai kita bincang lagi..apa yang anda khuatir?. Bukan mahal sgt pun nak cuba kan?. Tukang masak selalunya berfikiran postif dan tinggi keyakinan diri.

 

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,526,847 hits
Oktober 2021
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.