Posts Tagged ‘JAGUNG REBUS’
JAGUNG MANIS REBUS
Posted Oktober 2, 2014
on:JAGUNG MANIS REBUS:
Jagung manis adalah kesukaan ramai orang kita. Jagung yang sedap perlu berlemak dan lembut isinya. Jagung juga di kategorikan dalam kumpulan sayur-sayuran kerana mengandungi zat Vitamin A, Magnesium dan Potassium. Dalam rebus jagung ramai dari kita buat silap, anggap jagung yang masak lama dalam air akan lembut. Tanggapan ini adalah salah. Jagung yang segar perlu masak cuma 10 minit saja. kalau jagung ini rebus lama hasilnya jagung jadi kering dan keras isinya kerana gula semUla jadi yang terdapat dalam jagung akan bertukar menjadi kanji. Dengan itu kemanisan asli jagung akan hilang dan menjadi keras isinya.
TIP-TIP MEREBUS JAGONG:
- Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. - Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
- Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
- Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
- Kalau anda ada tanam jagung peting waktu awal pagi dan kalau simpan, simpan dipeti sejuk.
Komen Terbaru