PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘KURMAK BANGLADESH


RESEPI KURMAK DARI PAKISTAN/BANGLADESH:
korma shahiResepi kumak atau korma ini untuk penggemar rempah dalam masakkan India yang lembut dan kurang berasa rempah. Maka kena ingat bila buat kurmak jgn fikir ia adalah masakan India yang perlu guna rempah yang banyak. Lauk kurmak perlu guna rempah yang paling minima ia itu bahan asas ketumbar saja.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 ekor ayam dipotong 10-12 bahagian.
  • 2 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 2 sudu besar pes bawang putih halia.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar. (sediakan serbuk ketumbar sendiri).
  • 3/4 cawan yogurt .
  • 1 kpg kulit kayu manis 2″ panjang.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 helai daun salam India.
  • 4-5 kuntum cengkih.
  • 4 tangkai cili hijau.
  • 2 sudu besar buah badam direndam air dan tumbuk lumat.
  • 2 sudu besar biji janggus.
  • 2 sudu besar buah kismis.
  • 1 sudu kecil gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar minyak sapi.

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam dan tos. Masukkan yogurt , pes halia bawang putih dan serbuk ketumbar – adunkan sama rata dan peram sekurang-kurangnya 1 jam.

2. Panaskan kuali masukan minyak. Masukan hirisan bawang dan goreng keemasan dan masukan biji janggus, kismis, kayu manis, pelaga, cengkih dan daun salam sentiasa kacau sehingga naik baunya.

3. Masuk segera ketulan ayam yang telah peram dan garam ke dalam kuali. Masak ayam ini dalam api sederhana besar (medium). Kacau sekali sekala ayam. Proses ini kita cuma ingin mengaringkan sedikit permukaan ayam supaya keras sedikit dan bila masak tak mudah hancur.

4. Masukkan 2 1/2 cawan air (kalau dapat stok ayam lagi sedap) dan buah badam yang ditumbuk halus. Reneh masakkan ini dengan api dapur kecil dan tutup dengan tudung. Sekali-sekala kacau adunan ini.

5. Masukkan gula, minyak sapi dan cili hijau. Rasa masakan ini kemasaman yogurt dan gula telah dimbangkan. Sekiranya masam tambah gula 1 sudu besar lagi. Nasak sehingga ketulan ayam masak sempurna. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Nota: Mamak Haji lebih suka tambah 1/2 kecil serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbuk cili untuk pedas sedikit.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,547,721 hits
Disember 2021
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.