PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘ROTI ARAB


RESIPI: ROTI ARAB.

ROTI ARAB

                                                                        ROTI ARAB

Bahan-bahan yang diperlukkan:

  • 500 gm Tepung Gandum (Berprotein Tinggi).
  • 1 sudu kecil Baking Powder.
  • 40gm Majerin.
  • 1 sudu besar Yis segera (1 paket mauripan).
  • 4 sudu besar susu cair atau susu pekat manis pun boleh.
  • 2 sudu besar gm gula pasir.
  • 1 biji telur dipukul kembang.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 cawan air suam.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Larutkan 1 sudu besar yis bersama 2 sudu besar air suam bersama 1/2 sudu besar gula pasir dan1/2 sudu tepung gandum. Kacau dan sebatikan adunan ini, tentukan yis larut. Biarkan adunan ini 10 minit. Adunan ini perlu kembang 2X ganda dari paras asal yis. Bekas guna perlu besar sedikit untuk ulian tepung nanti.

2. Dalam bekas yang lain masukkan telur, gula dan majerin. Pukul dan larutkan gula. Masukkan dalam bekas adunan yis (setelah yis kembang 10min) yg sebut di atas dan adunkan sebati dgn adunan yis.

3. 50gm susu pekat manis atau 4 sudu besar susu cair diadunkan dengan garam 1 sudu kecil dalam 1 cawan air suam yang telah sediakan. Masukkan juga bancuhan susu ini dalam bekas yis tadi dan kacau rata.

4. Masukkan tepung 500gm sedikit demi sedikit kedalam bekas Yis dan mula untuk jadikan doh. Untuk ulian yang baik anada boleh keluarkan doh melekit itu dari bekas yis tadi dan letak atas meja ulian dengan taburkan sedikit tepung. Kalau doh melekit di tangan anda gunakan tepun kering kedua tangan anda. Cara ulian sama dengan roti. Kalau ada mesin doh – buat adunan yis dalam bekas mesin dan putarkan mesin sambil itu masukkan sedikit demi sedikit tepung – mudah.

5. Biarkan doh selama 45 – 60 minit dengan dengan “dusting” dgn tepung dan bekas tertutup. Selepas perapan doh, tumbuk sekali kembangan itu supaya jadi leper dan mulakan buat bebola doh dengan satu berat dalam 50gm. Bebola doh yang telah siap, simpan dalam sebuah bekas tertutup dengan dusting tepung, perap selama 15-20 min.

6. Selepas 15 minit canai dan leperkan bebola dan perap sekali lagi dalam 10-15 untuk kembang kali terakhir sebelum goreng. Dalam pada menunggu, mula panaskan minyak dalam kuali.

7. Bila minyak panas (dalam suhu 60C – 70C), mulakan dengan gorengan dengan cara siramkan minyak panas ke permukkaan atas roti yang sedang goreng dan berikan sedikit tekanan pada gelumbung (bubble) pertama timbul dengan sudip.
Roti anda akan kembang seperti belun dengan sendiri. Terbalikan sekali dan roti anda cepat mask dengan itu tak perlu lah gunakan api yg keras dan gorengan yang lama. Keluarkan roti dan toskan minyak berlebihan dengan kitchen towel. Sedia untuk menjamu dengan lauk kari atau sambal tumis yang anda suka..selamat mencuba.

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,700,622 hits
Mac 2017
M T W T F S S
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.