Posts Tagged ‘SOS BOLOGNEESE’
Resipi Sos Spaghetti Bologneese Mamak Haji:
Banyak cara buat sos ini..utk katering mamak haji pilih cara ini.Masalah besar semasa katering ialah..spagheeti yg kita hidangkan dlm display tray cepat berair..utk elakan ini..bila spaghetti ini telah di rendam air selepas masak utk matikan haba..toskan dan satu step mamak haji buat..panaskan kuali, masukkan butter dan goreng balik spaghetti dgn butter utk keringkan lagi air..supaya masa hidang tak berair. Ingat lagi cara buat sos barat ini..sos bolognesse ini tergolong dlm sos tomato yg tidak boleh gunakan pemekat tepung gandum atau roux yea.
4-6 org:
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 1 kg isi daging ayam dikiubkan kecil. Kalau ada perencah TACO diperapkan 1-2 jam.
- 1- 1.5kg Tomato segar.
- 1 biji bawang besar kuning.
- 1 cawan puri tomato.
- 1 sudu besar gula.
- 3 ulas bawang putih dibelah dua..keluarkan pucuk dan diketuk.
- 2 sudu besar sos cili.
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 1/2 cawan minyak zaiton.
- 1 sudu besar serbuk oregano kering.
- Garam secukup rasa.
Cara Menyediakan:
1. Kupas bawang dan potong hiris kiub halus.
2. Didihkan air dlm periok , bila iar didih masukkan tomato dan rebus dalam 3-5 minit. Kulit akan terkupas.Kelaurkan tos dan masukkan dalam air sejuk. Kupas kulit tomato dan buang bijinya. Kisar kasar / jadikan puri.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton, bila minyak panas masukkan bawang putih, layukan.
4. Masukkan hirisan bawang kuning, masak sehingga menjadi layu dan lembut.
5. Masukkan ketulan ayam yg perap tadi, goreng sehingga keras sedikit isinya (masa masak kuah supaya tidak hancur).
6. Masukkan puri tomato, masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk rempah. Masak kuahnya sehingga pekat (kepekatan sos tomato secara dihiderasikan kandungan air) selama 45 minit-2jam. Kuah yg pekat bila diceduk dan dituang tidak putus alirannya..dan terlekat dibelakang senduk menandakan kuah dah pekat. Selamat mencuba.
Komen Terbaru