PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘TIP UNTUK BUAT LABEL


Salam, harap maaf lambat sedikit untuk meneruskan siri ketiga ini. Walau pun mamak haji tidak menulis diblog tetapi setiap hari tetap menjawab e-mail e-mail yang dihantar pengunjung blog yang perlukan perhatian segera. Ada yang ucapkan terima kasih dan ada yang tidak pernah balas.Tapi yang paling gembirakan hati mamak haji ialah yang ramai balas dengan doa untuk mamak haji. Walau pun kadang tak larat sambung blog ini ke tahun kelima tapi mamak haji teruskan juga bila kesihatan pulih sekejap. Terima kasih kepada yang doakan untuk mamak haji. Ini yang amat mengembirakan sepanjang berbloging ini selama hampir 5 tahun ini. E-mail dari pembaca memberi ilham dan semangat untuk terus menulis diblog. Menulis sesebuah atikal mudah tetapi menjawab sesuatu yang ingin tahu dan perlu dipraktikan adalah amat sukar. Tahun ini banyak lagi mamak haji ingin tulis tentang penyediaan makanan untuk katering dan juga perniagaan sampingan dalam idustri makanan. Suka diingatkan, mamak haji bukanlah seorang chef yang berkalibar yang berkaki lebar. Mamak haji cuma seorang peniaga dan tukang masak picisan yang berbekalkan pengalaman memasak lebih tiga puluh tahun. Kalau ada perkara diluar pengalaman, mamak haji tak menjawab takut nanti salah. Apa yang mamak haji ingin beritahu kepada peniaga kecilan dan baru ingin bergiat dalam perniagaan ini, hidup sebagai peniaga ini umpama duduk di roda yang berputar, kadang di atas dan kadang-kala kita  ke bawah. Bila berada bawah tidak semestinya kita akan terus dibawah. Kita tetap ke atas jua bila rezeki itu sampai. Setiap orang yang berjaya itu bukannya semua golongan cerdik pandai, dan setiap orang cerdik dan pandai bukannya semua berjaya. Dalam perniagaan kita tak perlu ada ijazah perniagaan, tapi kalau ada ia seperti bonus tahunan tiga bulan . Tidak semestinya yang ada ijazah itu boleh berjaya dalam perniagaan. Perniagaan yang ada sekeliling kita sentiasa berubah dan meningkat dan perlukan ilmu yang secukup untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan seperti menawan puncak gunung yang tinggi. Puncak gunung tidak akan berubah ketinggian, ia tetap di sana untuk sesiapa yang mampu menawannya. Pendaki yang ingin menawan puncak gunung itu perlu berubah dan gunakan segala tenaga dan akal kepandaian untuk menjejak kaki ke atas puncak. Begitulah kejayaan dalam perniagaan, anda perlu mendaki setapak demi setapak mencapai kejayaan mutlak. Pendakian yang kita ingin mulakan itu bukannya senang, mudah atau ada jalan pintas. Kita cuma boleh berjaya dengan semangat waja seperti seorang pendaki gunung yang sedia hadapi berbagai risiko. Hidup tanpa cabaran ini, hidup yang amat membosankan. Hidup akan lebih bermakna sekiranya hidup diwarnai dengan visi,matlamat dan cabaran yang gerakan kita ke puncak kejayaan yang kita ingini.

 

LABEL UNTUK PRODUK ANDA:

  1. Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda. Jangan terburu-buru untuk  membuat keputusan untuk jenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda. Kemungkinan anda boleh  keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada. Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini digelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan. Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.
  2. Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara. Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak endahkan perkara ini. Agensi-agensi kerajaan seperti FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini.
  3. Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
  4. Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama adakah ia boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa anda.
  5. Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda.  Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk anda

KEPUTUSAN MENGENAI PEMASARAN:

  1. Tulis sebuah rancangan pemasaran yang baik. Di dalam rancangan pemasaran itu anda perlu memuatkan kajian mengenai harga , atau rancangan pemasaran pesaing dalam kategori sama dan apakah langkah-langkah untuk mengatasi pesaing anda.
  2. Buat keputusan, Apakah cara yang terbaik untuk mengedar produk anda seperti, secara runcit di pasar malam, pasar tani dan menghantar kepada kedai-kedai runcit atau jualan terus rumah ke rumah atau pun melalui pemasaran internet. Mamak haji sarankan agar anda lakukan cara moderate ia bukan saja senang untuk dijual bahkan anda boleh belajar reaksi pelangan dan maklum balas pelangan secara terus. Car ini lebih baik dari terjun terus untuk pengeluaran besar-besaran dan hanya tumpu kepada wakil-wakil yang anda lantik. Produk kita, kita yang kena pedulikan.
  3. Tentukan harga jualan produk anda melalui kajian ke atas harga pesaing yang ditawarkan untuk produk yang sama.
  4. Berusaha untuk mencipta satu sistem pengedaran produk anda yang betul dan baik. Anda boleh memilih menjual sendiri,melantik ajen pengedar atau pun pemborong.

Kali ini mamak haji mampu taip ini saja, dah tak larat dah. Bagi yang minat dalam bidang ini mamak haji sarankan baca Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di web-site : http://www.agc.gov.my /akta/vol%/206/Act%20281.pdf

Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,547,695 hits
Disember 2021
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.