PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Posts Tagged ‘Yong Tau Foo


YONG TAU FOO

YONG TAU FOO

Salam..sebenarnya mamak haji dari lima tahun lalu  suka luahkan perasaan dalam setiap resepi yg di tulis diblog tetapi di fb mamak haji tukar sedikit format. Ini cuma luahan seorang mamak teh tarek..maka itulah mamak haji gelar politik mamak haji cuma, “politik Teh Tarek”..tidak ada bersangkutan dengan mana-mana parti politik dan kerajaan, cuma satu keluhan ikhlas yg amat boring bila mana pelanggan di kedai menghabiskan tiga empat teh tarek hanya bertekak siapa yang betul..hahaha!. Biaasanya siapa yang bercakap banyak itu lha akan settle bill. Maka jangan ambil serius sangat cakap mamak haji tentang politik. Ia cuma selingan untuk hilangkan kebosanan untuk membaca resepi.

Resepi Sup Yong Tau Foo ini pernah mamak haji pernah rasa sangat lazat di sebuah kedai makan astaka di Kg.Melayu. Johor Bahru pada tahun 1986. Ia amat lazat bukan kerana intinya tetapi sup..dan berkali kali mamak cuba dptkan formula..dan inilah hasilnya kita kongsi sama.

CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP YONG TAUFU SINGAPURA:

BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.

  • 3 liter air.
  • 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
  • 1 sudu besar biji lada putih.
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
  • 5 ulas bawang putih diketuk.
  • 2 ketul kiub stok ayam.
  • 2 inci Halia diketuk.
  • 1 sudu besar gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak masak.

Cara: Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya sedia sup yong tau foo yg lazat ‘ala singapura. Hidangkan dengan bebola ikan, Fucuk goreng, dan lain-lain bahan yg anda sukai. Selamat mencuba.

 SOS HITAM

Bahan-bahan:

  • 200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kicap pekat manis.
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
  • gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas.

3. SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.

RESEPI SOS PENCICAH THAI:

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

  • 3 ulas bawang putih di kopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4 cawan cuka.
  • 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.


CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba. Wassalam.

4. Sos Pedas (2)
Bahan-bahan:

  • 20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan bijan
  • 2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
  • garam, gula & cuka secukup rasa
  • 2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Advertisements

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 7,760,218 hits
September 2019
I S R K J S A
« Nov    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Advertisements