PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Jun 2014


Sambal kelapa untuk pencicah tosei

Sambal kelapa untuk pencicah tosei

Sambal Kelapa / Tengai Thuvayal / Coconut Chutney:

Bahan – Bahan diperlukan: 

  • 1 cawan Kelapa parut,
  • 3 sudu besar Kacang gram dal (kacang kuda dikupas) yg telah goreng kering- tidak kemestian).
  • 2 atau 3 cili merah atau hijau (ini tentukan warna chutney anda).
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih*.
  • 1/4 sudu kecil jintan manis*.
  • 1/4 sudu kecil biji sawi*.
  • 1/4 sudu kecil kacang tosei / urad dal*.
  • 1/2″ Halia dicincang,
  • 1-2 tangkai Cili kering. untuk menumis.
  • 5- 6 helai daun kari.
  • sedikit perahan jus air asam jawa.
  • 1 cubit besar serbuk astoefida/ hing powder.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • garam secukup rasa.


Nota: Rempah yang bertanda (*) bermakna anda boleh terus gunakan 1 sudu kecil “halba campur” yang mengandungi semua bahan rempah ini.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar halus Kelapa parut, Kacang Dhal (yg telah goreng kering- tidak kemestian), halia, cili merah hidup, dengan sedikit air asam. Masukkan dalam blender dan kisar. Kisar pekat sedikit yea..kalau giling ia menjadi paling sedap. Masukkan garam secukup. keluarkan dan asingkan ke dalam bekas.

2. Tumis Darat (tampering) – masukan minyak masak ke dalam kuali untuk menumis.

3. Bila minyak panas, masukkan biji sawi, cili kering, biji jintan putih (atau short-cut masukkan 1 sudu kecil halba campur), daun kari…apabila bau harum mula keluar matikan api dapur. Masukkan semua bahan yang telah ditumis bersama minyaknya ke dalam bekas yang tersimpan kisaran kelapa tadi. Kacau rata..dah pun dah sedia…sambal nyioq…kalau nak pedas tambah cili padi merah saja dan berwarna hijau boleh lah masukkan cili hijau gantikan cili merah dlm kisaran. kepedasan terpulang. Ada juga suka masukkan yoghurt ke dalam sambal ini…mamak haji rasa orang kita tak suka bau mentah yogurt itu. Selamat mencuba.


AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

RESEPI: AYAM VARUVAL

Bahan-Bahan yang diperlukan:
1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di sinkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.

Bahan untuk peram isi ayam:

 

  • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
  • 2 sudu besar jus limau nipis.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu kecil garam atau cukup rasa.
  • 1 sudu kecil garam masala.

Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

Bahan-bahan untuk menumis:

  • 4 sudu besar minyak masak.
  • 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 4 tangkai cili kering dipotong dua.
  • 2 kpg. kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum cengkih.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 15 helai daun kari.
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.


CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga bau aromanya naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.

3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebatian ayam dengan segala rempah-rempah tadi. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak. Tetapi gunakan ayam bersama tulang biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak menjadi kerak. Dalam proses ini sekiranya masakkan anda kering sangat tambahkan sedikit air dalam tiga sudu besar untuk ketulan ayam masak sempurna.

4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varual” anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda suka.


AYAM MASAK BUTTER

AYAM MASAK BUTTER

RESEPI: BUTTER / CHICKEN. (MURGH MAKHANI).

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 1 kg isi daging ayam , potong kiub agak besar sedikit. Kalau separuh ayam jadikan dalam 5-6 enam bahagian.
  •  75 gm butter, dalam 3 sudu besar (butter asli yea bukan butter cup pulak, ia nama saja butter tapi majerin).
  • 2 sudu besar minyak masak untuk goreng sikit ayam dan tumis bawang.
  • 135 gm Yogurt asli ( Yogurt asli Nestle yang kecil) jangan yang masam.
  • 50gm badam direbus, buang kulit dan dikisar halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili ikut kepedasan – boleh kurangkan 1/2 sdb.
  • 1/2 kecil garam masala.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  •  400gm tomato puri (lebih kurang 3/4 tin yg berat 430gm).
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 1 cawan susu cair / sejat dalam tin.
  • 2 cawan stok ayam kalau ada, tak ada pakai air biasa dengan 1 kiub ayam knorr.
  • Garam secukup rasa.daun ketumbar untuk ditaburkan di atas.
  • Jangan lupa daun ketumbar untuk dirabur di atas


Cara Menyediakan:
1. Masukkan daging ayam dalam sebuah bekas (bowl) bukan jenis logam. Masukkan jus limau, sebuk cili sedikit garam diperam selama 30 minit.

2. Selepas 30 minit masukkan rempah kari daging, garam masala dan yogurt dan peram kembali dalam 30 minit lagi.

3. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan bunga cengkih dan pelaga, selepas itu masuk hirisan bawang dan layukan (warna bawang bertukar menjadi cerah dan kuning keemasan). Masuk pes halia bawang putih tumis selama 2-3 minit lagi.

4. Selepas pes halia bawang putih mula keluarkan aroma, masukkan ketulan ayam (kalau takut melekat dalam kuali tambahkan satu sudu besar minyak masak dalam daging ayam yang peram). Goreng (seperti grill) ketulan ayam sehingga warna bertukar kepada putih dan mula keras sedikit. Tujuan nya untuk keluarkan jus ayam dalam daging dan keraskan ketulan ayam untuk tidak lerai semasa masakan.

5. Masukkan tomato puri, sos cili, air stok ayam, kisaran badam dan susu sejat. Masak sampai kuahnya jadi pekat dan isi ayam masak sempurna dengan api dapur yang sederhana.

6. Ambil kuali satu lagi, panaskan kuali dengan api dapur sederhana, masukkan butter dan cairkan. Tuang hasil cairan butter dalam ayam yang telah masak.

7. Hidangan telah siap…seperti biasa tabur daun ketumbar diatas hidangan (mamak haji tak suka). Kalau warna nya tidak dapat yang diharapkan masukkan sedikit pewarna merah-oren..settle.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,033 hits
Jun 2014
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30