PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Februari 2016


RESEPI: IKAN BAKAR PARI BERSAMBAL.

RESEPI: IKAN BAKAR PARI BERSAMBAL.

RESEPI: IKAN BAKAR PARI BERSAMBAL.

Bahan-bahan diperlukan:
– 3 keping ikan pari (basuh bersih dan peram dengan sedikit jus limau nipis dan garam selama 30 minit…lepas itu basuh kembali dan toskan).
– 5-6 helai daun limau purut (keluarkan tulang tengah)..hiris halus untuk taburkan di atas ikan.
– 1/2 cawan (8 sudu besar) minyak bawang putih. Minyak bawang putih disediakan dengan panaskan sederhana 1/2 cwn minyak masak, bila minyak agak panas sederhana masukkan 5-7 ulas bawang putih yang telah ketuk. tutup api dapur dan biarkan minyak itu sejuk.
– Daun pisang secukup – perlu balut dibawah dan atas ikan.
– Aluminium foil untuk elak api sambar daun pisang.
Penyediaan Sambal :
Bahan-bahan diperlukan:

– 15 tangkai cili merah kering (kerinting) dipotong dan direbus untuk lembutkan. Kisar halus dan asingkan.

SAMBAL

SAMBAL

– 5 tangkai cili merah segar, dihiris kasar*
– 7 tangkai cili padi (terpulang kepedasan yang diperlukan)*
– 10 biji bawang merah kecil @ 3 biji bawang labu sederhana besar.*
– 1 inci panjang kunyit hidup.
– 1 inci lengkus.
– 3 batang serai hiris ambil putih saja.
– 1 sudu kecil belacan*.
– 3-5 biji buah keras*
– 1 sudu besar gula pasir.
– Garam secukup rasa.
– 2 sudu besar jus limau nipis / kasturi.
Nota: Semua bahan-bahan bertanda* dilayukan dengan sedikit minyak dalam kuali dan kisar halus.
Cara Penyediaan Sambal:
1. Masukkan 3 sudu besar minyak dalam kuali, bila minyak mula panas masukan cili kering kisar yang ditepikan. Masak sehingga pecah minyak.
2. Bila cili kering mula pecah minyak masukkan semua bahan-bahan yang telah kisar bertanda*. Masak sehingga pecah minyak atau minyak mula timbul disekeliling sambal.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Matikan api dapur dan akhir sekali masukkan jus limau nipis. Sejukan. Sambal anda telah tersedia.

Cara Menyediakan ikan bakar:

SEDIA UNTUK BAKAR

SEDIA UNTUK BAKAR

1. Ambil sehelai daun pisang yg bersesuain saiz untuk ikan. Percikan sedikit minyak bawang putih tadi..sapukan sambal yg telah sediakan. tempatkan ikan itu atas sambal.
2. Seterusnya di atas ikan itu sapukan sambal sekali lagi di atas ikan itu dan percikan sedikit minyak bawang putih. Seterusnya lapiskan sehelai lagi daun pisang. Bungkus kemas ikan itu.

1. Menyediakan dan menulis Rancangan perniagaan dengan mengambil kira setiap aspek perniagaaan anda dengan mengambil kira berjaya menghasilkan keuntungan perniagaan yang idamkan dan juga untuk perniagaan anda akan bertahan lama yang berdaya maju. Rancangan Perniagaan ini perlu sentiasa di ulang-kaji, jika perlu ubah untuk kebaikan perniagaan anda. Rancangan Perniagaan ini bukan terpahat atas batu batu yang tidak boleh ubah-suai mengikut keadaan.

2. Anda perlu ada minat terhadap bidang perniagaan yang anda menceburi bukan ala kadar untuk kaya cepat kerana terdengar khabar orang. Khabar seperti ini biasanya diberikan oleh orang yang buat perniagaan cara MLM atau pun cara system Piramid. Itu bukan berniaga namanya itu jenis cari pelangan tamak. Anda perlu ada kesungguhan untuk bertumpu pada perniagaan, berani ambil risiko, bersikap bersabar dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan. Bukan senang nak jadi senang.
3. Sentiasa ingin pertingkatkan kemahiran atau kepakaran berkaitan perniagaan anda dengan bersungguh-sungguh. Sebelum mencebur diri dalam perniagaan yang anda minat, sekurang-kurangnya anda perlu ada kepakaran yang perlu ada pada diri anda. Perniagaan yang anda menjalankan perlu berdasarkan pada kepakaran yang ada pada anda dan sewajarnya perniagaan yang dimulakan itu perlu lah dari kecil-kecilan dulu.
4. Rela dan sanggup belajar dari orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang anda ceburi. Jangan sekali berlagak bodoh sombong dalam perniagaan, perniagaan bukan tempat siapa yang pandai bertiori tetapi banyak benda praktikal perlu belajar dari orang yang ada pengalaman dalam bidang perniagaan anda. Jangan jadi , “cakap tak serupa bikin”.
5. Bersedia menghadapi masalah atau risiko . Sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah dari segi kewangan, pemasaran dan juga bersedia menyelesaikan masalah.
6. Kebolehan dalam bidang pemasaran produk anda atau perkhidmatan anda. Bila boleh keluar produk tak dapat jual produk itu, tak guna juga. Kalau pandai masak tak guna untuk makan sendiri saja, perlu mencari pelangan untuk membeli hasil masakan anda.

7. Jangan sekali cepat keciwa bila kali pertama gagal dalam perniagaan. Gagal dalam perniagaan anggap lah ia satu pengalaman bukan rugi tetapi anda telah mempelajari Ilmu yang termahal dari hasil kocek anda sendiri. Jatuh bukan untuk meniarap tetapi bangun dengan kuat dan sukar nak jatuh kembali kerana anda sudah tahu kenapa anda jatuh pertama sekali. Bila mula berniaga ramai yang puji tetapi bila anda gagal ramai yang keji anda.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,018 hits
Februari 2016
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
29