PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for April 2012


Salam, mari kita bersantai dan rehatkan  diri pada hari Cuti Pekerja ini. Nak kata selamat hari pekerja, apa yang selamat?. Hari atau Pekerja itu sendiri?. Mulanya mamak haji ingat nak sembang perkara-perkara logik tetapi fikirkan di dalam negara kita ini ramai tak suka dengar cakap logik. Mereka suka dengar cakap yang bukan logik. Inilah sebab blog-blog seperti lucah, fitnah dan politik digemari ramai. Kalau filem atau drama logik selalunya  tidak dapat sambutan dari peminat hiburan, dengan sebab itulah penerbit-penerbit filem kita beralih pada filem-filem jalan cerita yang tak logik seperti cerita hantu. Senang dan mudah dan jarang dapat kritikan atau pun kena gam oleh RTM…hahaha!. Masyarakat kita semakin kabur apa yang logik dan apa yang tak logik. Ada yang tak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Media utama yang sepatutnya menjadi nadi untuk menceranakan minda rakyat, tidak sensitif terhadap membentuk masyarakat yang berimformasi dan mewujudkan generasi yang bijak berfikir. Bukak sajalah surat khabar atau tv, semuanya macam siaran propaganda parti politik zaman Nazi di German. Mana tidaknya, kita ini lebih sembang pasal politik dari perkara atau isu realistik. Maka dengan ini terbentuklah sebuah masyarakat yang banyakan berpolitik dan kurangkan berfikir. Kadang-kala pemerintah ini pun satu hal, takut sangat dengan bayang-bayang pembangkang dan takutkan juga bayangnya  sendiri. Kalau di kata pembangkang, mestilah kerja mereka itu membangkang apa saja kerajaan lakukan untuk rakyat baik atau pun tak baik. Tujuan dan misi mereka utama ialah sentiasa cari jalan kalahkan parti yang memerintah dalam PRU. Itu kerja mereka. Yang kita heran dan pelik buat apa?. Kerajaan yang sekarang ini dipilih rakyat, sekiranya parti politik yang memerintah sekarang ingin mandat lima tahun untuk memerintah, perlu berikan perkhidmatan yang terbaik untuk mengambil hati pengundi dan kenapa perlu takut?.  Berani kerana benar, takut kerana salah?. Kesilapan parti pemerintah yang berada selama lebih separuh abad ini, ialah gagal membentuk minda rakyat kepada memikir secara logik yang boleh membuat keputusan yang mana baik dan mana yang tak baik. Kegagalan ini berlaku kerana terlalu kawal media masa, dan sentiasa mencetuskan perasaan takut dalm pemikiran rakyat. ORang Melayu takut hilang kausa Hegemoni Politik, yang kerunan Cina pulak takut hilang kuasa Hegemoni ekonomi. Masing-masing saling tidak mempercayai satu sama lain. Dari segi agama pulak orang Melayu nak jadi lebih dari orang Arab, Mamak pulak nak jadi lebih  Melayu dari orang Melayu, Cina dan India pulak nak jadi lebih dari orang Amerika. Mereka nak Demokratik Liberal seperti di Amerika. Nak itu dan nak ini. Nak tubuhkan persatuan bapuk dan Lesbian seMalaysia tanpa memikirkan rakyat majoriti yang beragama Islam. Ada golongan bukan Islam ini langsung tak mahu memahami sensiviti orang Islam. Mereka fikir mereka duduk di Amerika bukan di negara yang agama rasminya Islam. Apabila segolongan rakyat bangun menentang parti pemerintah, parti pemerintah mulai gusar dan lakukan berbagai-bagai cara untuk menghapuskan dengan berbagai-bagai cara yang tidak baik lakukan oleh orang Islam. Bagi Rakyat tubuhlah berapa banyak parti politik, ini perbanyakan lagi pilihan, rakyat akan memilih pilihan yang terbaik bagi mereka. ekiranya ingin dipilih jadilah parti politik yang terbaik. Ia seperti kita nak beli barang dapur, sekiranya cuma ada sebuah saja  super market dikawasan kita, tuan punya supermarket akan berlagak dan sombong, apa saja harga ditawarkan itulah harganya. Cuab bayangkan sekiranya ada dua empat supermaket dalam kawasan itu, maka mulalah berlaku persaingan diantara mereka ingin memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelangan. Berlumba-lumbalah mereka cari berbagai kaedah untuk mendapatkan pelangan. Maka siapa yang untung?. Pelangan yang untung bila ada persaingan. Begitu jugalah parti politik, bila ada perasaingan ang untungnya rakayat. kenapa pulak kita nak bencikan persaingan. Inilah demokratik. Rakyat yang memutuskan pilihan yang terbaik melalui undi mereka di Pilihan raya Umum. Apa nak kecoh sangat. Sekiranya kita penyokong parti, jangan pulak lebih-lebih sangat. Beritahu kebaikan partinya. Bukan serang membuta tuli kepercayaan orang ke atas parti lain. Bila berpolitik berunsurkan fitnah dan bukan fakta inilah akibatnya. Ini bukan saja untuk parti yang memerintah tetapi pihak pembangkang apa kurangnya 2X5, 5X2 sama jawapannya. Kebangkitan rakyat tidak boleh elak dengan kuasa sementara yang diamanahkan oleh rakyat. Kuasa yang berada ditangan ini adalah amanah rakyat sekiranya gunakan ke atas rakyat. maka buruklah padahnya. Cuma kuasa Allah akan berkekalan. Pemerintah yang punyai kuasa yang diamanahkan rakyat, tidak akan gunakan kuasa untuk sakiti rakyat yang beri kuasa itu. Tangan yang menyuapkan makanan itu jangan gigit. Orang takut kehilangan kuasa yang selalu buat begini untuk mengekalkan kuasa untuk melindungi dirinya.

Baru-baru ini di Pulau Pinang sekatan jalan di sana sini, kononnya al-kisah Mat rempit dengan Polis. Ini berlaku bukan setahun dua dah berpuluh tahun. Kalau masalah Mat rempit pun tak dapat tangani berpuluh-puluh tahun apakah masalah sosial yang lagi teruk dapat ditangani. Kadang Mamak Haji tengokan tugas polis ini kesian mereka ini. Kena lanyak sana sini. Polis ini sebenarnya bantu saja menegakan undang-undang negara. Ramai yang salahkan mereka. Yang agensi yang meminta undang-undang baru dilaksanakan tidak ambil peduli selepas sesuatu undang-undang dikuat-kuasakan. Dah macam-macam polis kena buat untuk mengekang perbuatan Mat rempit. Tapi kenapa tidak dapat lagi sekang kegiatan anak-anak muda Mat rempit yang majoritinya adalah budak- budak Melayu. Kenapa perlu mereka merempit dan apa kepuasan mereka dapat sehingga mempertaruhkan nyawa dan membawa padah untuk pengguna jalan yang lain?.  untuk kepuasan apa ini?. Kenapa orang kita bila pegang stering saja menjadi ganas dan tidak bertimbang rasa terhadap pemandu lain?. Drebar bas pulak tak terfikir kah nyawa-nyawa penumpang yang bergantung kepada cara memandu dia di lebuh raya?.  Orang kita pegang stering saja lupa sebagai insan?. Cuba fikirkan sejenak?. Apa yang sedang berlaku di sekeliling kita?. Apakah kita sedang mengalami sindrom jiwa kacau. Perceraian rumah-tangga bertambah-tambah walau pun ramai uztaz dah kaya raya dari habuan  yuran kursus perkahwinan yang diwajibkan untuk pasangan bernikah dengan hanya bermodalkan air lior. Apa matlamatnya kursus itu pada persertanya?.  Bukankah lebih baik buat kursus, “cara mudah  nak kahwin lebih dari satu?”.  Sudah pasti laku macam goreng pisang panas. Mamak haji nak juga hadir kursus ini, walau pun kemampuan taida tapi nafsu kuat. Buang anak diluar nikah menjadi-jadi cuma kita tak dapat dengar atau baca dari media saja. Kena Black-out. Moral anak muda semakin jatuh, tak ada hormat pada orang tua dan tak pedulikan orang kedua ibu-bapa yang sengsara dikampung tetapi mewah dengan kehidupan dibandar metro-politan. Tekanan kerja, tekanan Hutang isi rumah, tekanan sosio-budaya ke arah masyarakat maju tidak termampu kita pikul. Jiwa nak bersenang bukan cari ketenangan dan faktur yang ingin menunjuk-nunjuk kemewahan seperti  pakai hand phone seribu ke atas, kereta-kereta di modify, jadi trend sekarang seperti ahli kooperat yang sibuk. Ini  bukan mamak haji mengata orang lain, tetapi anak mamak haji sendiri pun pakai hand phone berharga beribu tapi haram satu order pun orang tak pernah hantar melalui FB, Tweeter atau e-mail dari hand phonenya. Mamak Haji yang sibuk tulis blog dan sehari perlu layan berpuluh e-mail pun tak pakai hand phone cuma guna komputer desk top window XP yang lapuk saja, hahahaha!. Jangan ikut mamak haji yea.. anak -anak mamak haji kata, Mamak haji orang feudal tak ikut arus kemajuan sepatutnya hantar ke Afrika…hahahaha!.

Hari ini, Hari buruh atau sekarang lebih enak dipanggil Hari Pekerja, YAB Perdana Menteri umumkan gaji minima pekerja di Malaysia ialah RM900.00 hahaha!. Bagi taukeh restoren jangan risau tentang ini, kerana kita cuma usahawan mikro jadi penguatkuasaan ada tempoh setahun lagi. Dalam pada itu boleh buat rayuan juga. Percayalah dalam tempuh dalam setahun ini harga barangan akan naik kepada 30 – 40  peratus, Kita perlu juga naikan gaji pekerja ini dan perlu naikan juga aharga makanan dalam tempuh itu. Gaji pekerja ini cuma naik 10-20 peratus saja. Dulu gaji hari seorang pekerja restoren cuma RM25.00. sekarang kalau RM25.00 jawabnya taukeh buat kerja sendirilah. Gaji minima pekerja katering sekarang perlu RM40.00 – RM50.00. Kalau tidak sorry!.  Kerja seminggu cabut!. Kalau kali dengan 26 hari kerja berapa gaji mereka?. Jadi gaji minima ini langsung tak beri kesan kepada kita. Bagus juga ramai gigit jari yang pakai pekerja warga asing, yang penting kita jaga pekerja kita dan perihatin terhadap kesukaran hidup mereka. Pekerja kita adalah harta bagi perniagaan kita. Bagaiman kita jaga harta begitulah jaga pekerja. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada PM kita. Sekurang-kurangnya Perdana Menteri ini dengar keluhan pekerja tempatan. Inilah mamak haji kata, “kesan persaingan politik yang sihat akan menghasilkan sebuah negara yang terbaik”. Jangan sokong politik yang kacau-bilaukan negara. Kita peniaga susah dan rakyat dikampung pun susah. Kalu ada suruh merusuh fikir dulu apa akibatnya kepada rakyat. Bagaimana kita boleh merusuh begitu juga ada cara untuk penyelesaian cara yang terbaik dari meroskan negara.

Indeks harga pengguna dalam negara kalau naik bermakna kadar inflasi juga akan turut naik. Kadar inflasi dikira dari Indeks pengguna sebagai asas. Anda berasa heran tak?. Kenapa kadar inflasi negara kita tidak pernah naik walu pun barangan pengguna telah naik berkali ganda?.  Ia kerana indeks harga pengguna masih tetap dicarta, walau pun hakikatnya semua barangan telah naik…hahaha!. Bijak bukan. Yang paling ketara naik ialah indeks buruh, maka dengan inilah kerajaan boleh impot beribu pekerja dari luar dan menetapkan gaji rakyat tempatan sama paras dengan pekerja Bangla atau Nepal dengan nama gaji minima. Ini Amah Indonesia minta gaji berapa?. Memang patut pun permintaan mereka itu, kerana ada majikan dinegara ini buat mereka macam lembu. Ini mamak haji cakap ikut pengalaman. Pekerja asing ini lagi untung dari pekerja tempatan kerana mereka dapat tempat tinggal, makan bersubsidi dan kenderaan ke tempat kerja percuma…hahaha!. Yang pekerja dari kulim kerja kat Pulau Pinang apa yang dapat?. Pekerja mamak haji adalah pekerja yang paling terbaik. Semuanya pemuda-pemuda tempatan yang berwawasan tinggi dan mereka tahu satu hari nanti mereka akan jadi taukeh sendiri sekiranya dapat peluang. mamak Haji pilih mereka dari anak-anak yang malas.  Kita sebagai pengusaha perlu kasih kepada pekerja kita. Kasih-kasih juga tapi jangan terlalu terlebih  kasih sayang cuma dengan pekerja wanita saja, nanti rumah tangga runtuh, berniaga ke mana dan anda ke mana nanti..hahaha!.  Sekiranya ada pekerja yang baik dan berdaya maju, berilah mereka peluang berniaga sendiri dengan bantuan yang secukupnya atau jadikan rakan kongsi perniagaan anda. Insyallah bila kita sayang pekerja kita, Allah SWT akan mengasihi kita jua.  Inilah pesanan Mamak Haji untuk pengusaha-pengusaha gerai makan, kantin, restoren atau katering di hari sambutan pekerja ini. sebelum mamak haji berundur sila baca cerita mamak haji ini dan fikirkan apa yang mamak haji ingin sampaikan mengenai politik di negara ini yang suka menipu rakyat.

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang penternak kambing dengan anaknya. Anak pengembala kambing adalah seorang yang sangat malas dan suka tidur sehingga suatu hari banyak kambing-kambingnya hilang dalam hutan dan dihanyutkan arus deras sungai yang terdapat ditempat kambing-kambing peliharaanya meragut rumput. Bila dia sedar banyak kambingnya hilang maka untuk mengelakan dimarahi oleh bapanya di buat helah untuk menipu bapanya, maka diceritakan satu penipuan dengan mengatakan harimau telah menyerang kambing-kambingnya dan dia berjaya menyelamatkan kambing-kambing yang lain. Maka untuk mengelakan dia tertidur lagi semasa menjaga kambing, dia  terfikir ingin menghiburkan diri dengan cara hendak mempermainkan orang-orang kampung kerena dia bosan menjaga kambing-kambing kepunyaan ayahnya dan sering tertidur. Caranya ialah dengan menjerit meminta tolong.”Tolong, tolong! Ada harimau yang makan kambing-kambing saya!”. Orang kampung yang mendengar pekikan budak malas ini berkata, “Siapakah yang menjerit meminta tolong?” tanya salah seorang orang kampung apabila terdengar teriakan budak gembala kambing itu berulang-ulang kali. “Saya rasa suara itu datang dari arah padang rumput di sana . Kalau saya tidak silap, itu suara anak penternak kambing yang mengembala kambing-kambingnya di situ,” balas seorang lagi orang kampung. Maka berduyun-duyunlah orang kampung kearah budak itu. “Ayuh semua! Mari kita ke sana . Bawalah apa sahaja senjata yang kita ada untuk membunuh harimau itu,” teriak orang kampung itu kepada peladang-peladang yang lain. Tanpa berlengah lagi, mereka pun segera datang untuk membantu budak gembala kambing itu. Mereka membawa pelbagai jenis senjata seperti lembing dan parang. Apabila budak gembala kambing itu melihat orang kampung  itu datang berlari ke arahnya, dia tertawa terbahak-bahak. “Ha…ha…ha…kamu semua tertipu. Tiada harimau yang ada di sini.” kata budak gembala kambing itu. Dia berasa geli hati melihat gelagat orang-orang kampung itu. Maka orang-orang kampung sangat marah dan mereka telah rasa telah ditipu oleh anak penternak kambing itu. Esoknya, budak gembala kambing itu mengulangi perbuatannya lagi. Orang-orang kampung masih datang lagi untuk membantunya tetapi berasa sungguh hampa dengan sikap budak itu yang telah menipu mereka sekali lagi. “Adakah patut dia mempermainkan kita berulang kali?” kata salah seorang penduduk kampung.  Dia tak sedar sikapnya yang suka mempermainkan orang ramai akan mendatangkan kerugian kepada dirinya sendiri kelak.

Pada suatu petang, sedang budak gembala kambing itu duduk di tepi padang ragut, dia ternampak sekumpulan harimau mendekati kambing-kambingnya. Dia berasa amat takut melihat beberapa ekor kambingnya mati dibaham harimau-harimau itu dan takutkan dirinya juga diapa-apakan. Dia menjerit meminta tolong. “Tolong! Tolong!” jerit budak pengembala kambing itu beberapa kali. “Saya tidak berbohong. Harimau benar-benar datang!” jeritnya lagi tetapi tiada seorang pun yang datang untuk membantunya. Akhirnya, sehingga semua kambingnya dibunuh harimau. Inilah akibat kerap sangat bohongi orang lain dan anggap orang lain tersangat bodoh. Akhir sekali bohong itu akan makan diri. Wassalam.


Salam, kadang-kala kita golongan peniaga-peniaga bila mula berniat atau ingin kecimpung dalam bidang berniaga, kita turun ke medan perjuangan dengan segala macam idea dan rancangan ingin majukan perniagaan . Tapi bila dah mula berniaga kita  kadang-kala lupa pada objektif sebenar perniagaan itu sendiri. Dalam perniagaan seharian yang perlu menghadapi segala macam masalah dan kesulitan seperti kewangan, masalah pekerja, masalah membeli bekalan, masalah masak dan sebagainya, masa untuk berfikir amat singkat untuk berfikir keadaan perniagaan kita dan kadang-kala terasa sangat masa sentiasa mengejar kita. Walau pun banyak kali mamak haji telah menulis tentang ini, bagi segarkan kembali ingatan , mai kita memahami apa itu tujuan atau objektif perniagaan?.

1. MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN:

Objektif asas perniagaan adalah memperolehi keuntungan dari perniagaan yang diceburi. Keuntungan adalah faktur utama untuk perniagaan hidup atau perlu perkembangkan. Keuntungan juga menyuntik semangat untuk kita tetap berada dalam perniagaan yang diceburi. Secara amnya keuntungan perniagaan adalah pemacu untuk perniagaan maju dan berkembang. Apa pun kita lakukan perlu dapatkan keuntungan dari perniagaan.

2. PERKHIDMATAN:

Objektif  untuk mendapatkan keuntungan pasti perlukan, “Perkhidmatan” yang ditawarkan kepada pelangan sepatutnya perlu mencapai apa yang dikehendaki oleh pelangan. Kita tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut apa yang kita suka atau minat. Perniagaan restoren atau katering adalah perniagaan perkhidmatan untuk pelangan, maka kepuasan pelangan adalah kepuasan kita. Maka setiap pengusaha katering atau restoren menjadi “Role Model” (model contoh) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan dicapai. Setiap crew atau pelayan pelangan perlu buat hubungan mata (eye contact) dengan pelangan dengan muka yang manis semasa melayani pelangan sebagai tetamu. Jangan kedekut beri salam seperti pelayan-pelayan kedai mamak untuk pelangan Islam atau ucapan yang sebagainya untuk pelangan bukan Islam. Belajar berterima kasih, sila datang lagi, have good day sir, dan lain perkataan pada pelangan. Perkara seperti ini nampak kecil tetapi membawa impak yang besar untuk perniagaan. Setiap pelangan perlu dilayan dengan ambil berat dengan setiap keperluan atau pesananya. Pesanan pelangan perlu diperlu periksa dua kali seblum meninggalkan meja pelangan.  Setiap pelangan perlu rasa selesa dan yakin, mereka sentiasa dihargai dan dihormati. Perkhidmatan pelangan baik sentiasa akan memberi kemajuan pada perniagaan anda. Kunci kejayaan sesebuah restoren terletak pada perkhidmatan pelangan melalui sentiasa hormati pelangan dalam memenuhi dan mengambil berat tentang pesanan pelangan, komunikasi di antara pelangan dan pelayan perlu baik dan berkesan. Sentiasa baiki sistem pengurusan restoren yang betul dan baik.

Walau pun dalam bidang katering anda tidak k perlu lakukan apa yang restoren lakukan kepada pelangan tetapi anda perlu ingat dalam katering, tanggung jawab pelangan anda kepada tetamunya. Penilaian kejayaan sesuatu majlis pelangan anda terletak pada perkhidmatan katering yang terbaik. Bila anda memuaskan tetamu pelangan anda, maknanya anda juga telah memuaskan hati pelangan anda.

3. PERNIAGAAN YANG MAJU DAN BERKEMBANG:

Jangan fikir cuma keuntungan  dari kiraan akaun adalah objektif utama perniagaan, keuntungan akaun cuma asas untuk perniagaan tetapi untuk majukan perniagaan, anda perlu mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai kedudukan “keuntungan ekonomi perniagaan anda”. Apa benda lah Mamak haji cakap “keuntungan akaun” lah, lepas itu, “keuntungan ekonomi”, pulak dah. Oops! nanti dulu, Mamak haji terangkan dengan mudah kedua istilah yang perlu belajar untuk selama enam bulan ini  dengan contoh yang mudah untuk fahami. Katakan Mamak Haji kerja sebagai cef yang berpendapatan setahun RM50,000. Pada Jan 1, mamak haji berhenti kerja dan mulakan perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal RM100,000 dari simpanan peribadi. Pada Akhir tahun modal mamak haji RM100,000 telah dibelanjakan habis. Akaun pendapatan perniagaan menunjukkan pendapatan bagi akhir tahun itu ialah RM120,000. Maka untung akaun ialah Pendapatan RM120,000 – Perbelanjaan RM100,000 = RM20,000. Maka keuntungan mengikut akaun adalah RM20,000. Ia memang untung tetapi bila kita kira Keuntungan/ kerugiaan ekonomi lain pulak ceritanya. Sekiranya Mamak haji kerja dan pendapatan Mamak haji akan berada dalam RM50,000 tetapi bila berniaga, mamak haji cuma untung akaun cuma RM20,000.  Maka RM50,000 – RM20,000 = RM 30,000. Dengan itu RM30,000 adalah kerugian ekonomi bagi mamak haji. Ini yang mamak haji maksudkan akaun ekonomi. Kadang-kala dalam perniagaan cuma keuntungan akaun saja tidak memadai dan perlu juga untung dari kiraan ekonomi. Senang ceritalah untung kena ada sampai boleh  beli kereta BMW yang baru…hahahaha!. Untuk ini perniagaan perlu dimajukan dan diperkembangkan. Kemajuan dan mengembangkan perniagaan banyak bergantung perhubungan di antara perniagaan anda dengan pelangan, rakan kongsi atau pekerja dan juga bank perdagangan. Tanpa hubungan ini, sukar untuk kita maju atau mengembangkan perniagaan kita.

4. MENCIPTA PASARAN DAN PELANGAN BARU.

Perniagaan perlu dikembangkan atau sentiasa perlu mencari pasaran baru dan juga pelangan baru, adalah sangat mustahak untuk anda terus berada dalam perniagaan yang sedang berkembang. Tidak berguna sekiranya anda majukan dan kembangkan perniagaan tanpa pasaran yang baru  dan menambah pelangan tersedia ada.

5. INOVASI.

Perniagaan kini sentiasa maju dengan cepat dengan bantuan inovasi teknologi yang baru. Kita tidak boleh sentiasa bergantung pada cara yang lama kita lalui untuk capai kejayaan dihadapan. Kejayaan kita capai perlu sentiasa dikekalkan melalui inovasi pembaharuan dalam perniagaan.  Pelangan sentiasa inginkan perkhidmatan yang baru dan canggih. Kita perlu ikut peredaran masa. Dalam sistem ekonomi globalisasi ini setiap bulan ada saja syarikat-syarikat gergasi dalam restoren makanan segera yang baru ingin melabur di negara kita. Pelabur ini membawa sistem yang baru dan canggih dari negara asal mereka untuk menambat hati pelangan disini. Sehari ke sehari perniagaan kita yang kita ceburi seperti layak berada di kawasan pendalaman dari berada di bandar metropolitan. Pemikiran dan gaya hidup orang kita sedang berubah dengan pesat. Kita tidak boleh menahan arus kebudayaan baru. Bagaimana kita nak mengejar cara restoren – restoren makanan segera yang tumbuh di negara ini seperti cendawan selepas hujan ini?. Sampai bila pelangan sanggup beratur berjam untuk dapatkan Nasi Dalca?. Masa kini bagaikan emas. Semua ingin cepat, sekiranya lampu isyarat jalan lambat sedikit satu dua minit, pemandu tak sabar lagi. Sampai bila kita ingin berniaga di tepi jalan atau pasar malam diharungi hujan, panas dan taufan?. Adakah untung yang kita perolehi memadai dengan kenaikan harga barang sekarang?.  Kita akan ketinggalan bas sekiranya kita tak kejar..masa sedang mengejar kita. Apakah kita masih yakin dengan pepatah , “secupak tidak akan menjadi se gantang”. Ada juga generasi baru tidak tahu, apa itu cupak dan apa itu gantang?. Maka sama-sama kita duk sebentar dan fikir masa depan perniagaan kita. Wassalam.


Salam. Apa kena mengena worchestershire sauce dengan mamak haji?. Ceritanya senang, mamak haji memang suka sauce ini seperti orang lain yang suka masak masakan ‘ ala barat. Sauce ini bagi orang barat ia digunakan seperti penggunaan, “Aji tak ada motor” atau MSG di negara kita. Ini deria perasa lidah yang ke enam bagi manusia moden. MSG kalau dengar perkataan ini orang barat amat takut kerana kesan kepada sel otak amat buruk tapi mereka lebih gian dengan sos worchester ini. Biasanya orang barat tidak akan suka apa yang kita suka, tetapi sebaliknya kita suka apa yang mereka suka. Sebenarnya penjajah-penjajah dari barat bukan saja menjajah tanah air orang Asia tetapi telah menjajah pemikiran orang asia sekali sehingga kiamat agaknya. Kopiah atau songkok kita orang barat tidak akan memakainya, tetapi topi mereka kita suka pakai. Macam itulah cerita sos worchester ini. Orang semua kata sos worchestershire pengeluaran Lee & Perrin ini halal untuk digunakan orang Islam, tapi betulkah ia “Halal”?. Kenapa dibotol Lee & Perin ini tak pernah ada logo Halal dari JAKIM?. Tapi cuma ada tulisan Jawi tertera HALAL?. Tapi sekarang, cop halal dilabel botolnya telah tutup dengan label baru yang suruh kita lawati web-site tertera untuk mendapatkan hadiah misteri…hahaha!. Sila lihat janji manis halal diweb-site ini: http://www.gba.com.my/LP.htm dan lihat botol yang mamak haji terbeli ini semalam:

Dengan ini anda fikir sendiri tentang Halal atau haram sos ini. Tepuk Dada Tanya Iman. Maka inilah sebab utama mamak haji keluarkan resepi ini. Resepi mamak haji seakan-akan rasa sos ini  mempunyai ruang yang boleh perbetulkan. Resepi yang mamak haji bagi mungkin tak sempurna tetapi terserah pada anda untuk menentukan dan cuba ubah-suai untuk mendapatkan resepi yang terbaik. Resepi asal ini menggunakan “black Beer’ atau bir guiness staut cap anjing..hahah . Dulu selalu iklan dalam tv keluar masa tayangan gambar tamil..alhamdulillah sekarang tidak lagi. Ia patut dipuji RTM. Yang baik kita puji dan yang tak betul kita tegur. Jangan jadi pembangkang yang asyik bangkang je, itu bukan pembangkang namanya, itu bangang!. Kalau kita nak kritik orang, perlu ada fakta, tanpa fakta ia cuma berbentuk cacian, cemuhan atau jatuh pada hukum Fitnah. Jangan main dengan Fitnah ia adalah dosa yang perlu diampunkan oleh diri yang difitnah. Ia adalah urusan duniawi. Maka kalau boleh kita jauhkanlah fitnah ini. Ini yang orang kata “politik Kotor”. Manusia-manusia yang ingin atau pertahan kuasa akan lakukan apa cara pun untuk dihalakan untuk memperolehi kuasa ini dengan lupa yang berkuasa ke atas semua perkara cuma Allah SWT. Mereka ini berupa berbagai-bagai wajah dan sukar kita kenali. Mereka menggunakan platform agama atau meniupkan nasionalisma melampau untuk mendapatkan kuasa ke atas manusia lain. Gunakan wang ringgit, kekayaan dan pangkat atau jawatan untuk memesongkan umat Islam dari Jalan Yang benar walau berpuluh kali sehari membaca surah Al-Fatihah dalam solat tetapi lupa makna sebenarnya. Maka awaslah golongan-golongan ini dan tumpukan kepada banyak beramal pada Allah SWT dan pada perniagaan anda sebagai fardu kifayah. Insyallah kita cuba bersama lakukan perkara yang disuruh Allah dan nabi s.a.w dan apa yang larang kita tinggalkan dan sentiasa bertaubat.

RESEPI WORCHESTERSHIRE SOS (SEAKAN-AKAN RASANYA).

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1/2 cawan asam jawa (pekat).
  • 2 biji bawang Holland (kuning).
  • 2 sudu besar halia dicincang halus.
  • 2 sudu besar bawang putih dicincang halus.
  • 2 biji cili merah dicincang.
  • 1/4 cawan ikan sardin dlm tin yang dicincang.
  • 1/4 cawan pes tomato puri.
  • 2 kuntum bunga cengkih.
  • 2 sudu besar sebuk lada hitam (kasar).
  • 1/2 sirap gula jagung (corn syrup).
  • 1 cawan gula merah (yang warna kehitaman).
  • 3 cawan cuka.
  • 1 cawan stok daging atau minuman malta yang tidak beralkohol (JAKIM sahkan  minuman malt dari Iran “barbican” halal dalam mesyuarat Jawatan-kuasa bersidang 16-18 Jan 2011).
  • 1/2 cawan jus oren.
  • 1 biji lemon dihiris halus.
  • 1 biji limau nipis dihiris halus.
  • 2 cawan air.

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. layukan hirisan bawang (dlm 5 minit). jangan sampai garing. Cara ini digelar saute.

2. Masukan air asam jawa ke dalam bawang yang sedang layu bersama dengan halia dan bawang putih cincang. Maak dalam apai sederhana kecil selam 5 minit. Masukkan sardin,puri tomato, bunga cengkih, dan semua bahan-bahan lain dan mendidihkan.

3. Bila larutan ini mula mendidih kecilkan api, “reneh” selama 3 jam untuk mendapatkan kepekatan. Seperti mamak haji terangkan “reneh” atau “simmering” ini ialah bila kita panaskan cuma gelombong udara (bubbles) yang halus cuma berada di atas cecair yang dipanaskan. Mendidih atau boiling pulak, terdapat gelombong udara yang banyak dan bersaiz besar diterbitkan dari bawah bekas yang dipanaskan. Ini perbedzaan diantara reneh dan mendidihkan (simmering and boiling). Dalam proses simmeing bekas perlu ditutup untuk mengkekal cecair yang dipanaskan tidak sejat dengan cepat. Reneh juga adalah untuk mengeluarkan semua zat dan inti pati dari bahan kita reneh. Orang kampung reneh “akar tongkat ali” untuk mendapatkan khasiatnya dengan kaedah ini.

4. Dalam proses ini anda boleh dapatkan lebih kuran 6 cawan sos yang berperisa sama seperti sos worchester yang asli dan yang pentingnya ia adalah halal yang ternyata.

RESEPI MAYONIS (MAYONNAISE).

Mungkin ramai yang suka mayonis ini tetapi nak buat mayaonis sendiri apa hal pulak mamak haji ini?. Bila mamak Haji berjalan-jalan di pasar malam banyak sekali peniaga-peniaga menggunakan mayonis dari berbagai-bagai jenama. Buat mayonis sendiri bukanya mahal sangat pun. Ia mudah dan lonjakan keuntungan. Mayonese buatan sendiri bukan saja sedap tetapi ia tidak dicampur bahan pengawit dan lebih segar dari telur yang segar. Kalau anak-anak suka mayonis terutama kalau nak buat roti John, kebab, atau pun nak buat coleslaw, salad ia amat sesuai. Tak perlulah nak dua sudu mayonis kita pergi beli sebotol mayonis yang sudah peram bertahun, cuba mayonis buatan sendiri dalam kadar yang kecil. Sesiapa yang ingin berniaga boleh juga mencuba tetapi kena belajar bagaimana pengawetannya. Mayonise yang buat sendiri perlu disimpan peti sejuk. Jangka hayatnya cuma 1 atau 2 minggu. Ada masa suri rumah boleh mencubanya.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2 biji telur bersais “A”. Ambil cuma ‘Kuning Telur’ yang putih boleh disimpan untuk kegunaan lain.
  • 1 – 1 1/2 cawan minyak masak. Minyak biasa pun boleh tapi kalau guna minyak zaiton lagi sedap.
  • 1/2 sudu keci (tsp) garam.
  • 1 -2 sudu besar jus perahan lemon. (1 biji lebij lebih dari cukup).
  • 1/2 sudu kecil(tsp)  serbuk mustard boleh didapati pasar raya Jusco  atau kedai jual bahan-bahan masakan kek. Harga RM4.00 lebih sedikit.

CARA MEMBUATNYA:

1. Walau pun ada banyak cara membuatnya, mamak haji gunakan cara pengisar biasa (blender). Masukkan kuning telur kedalam blender. Cara menggunakan ialah ON – OFF – ON – OFF. Cara Hidupkan dan Matikan blendar anda.

2. Masukkan Minyak sedikit demi sedikit sambil hidup dan matikan pengisar anda.

3. Bila telur kuning mula adun dengan minyak, masukkan jus lemon. Dan putar lagi seperti dinjurkan. Sehingga anda akan dapat satu sebatian yang tidak dimendak minyak.

4. masukkan serbuk mustard dan putar kali terakhir.

5. mayonis anda sudah tersedia. Mudah bukan. mayonise boleh digunak 2-3 serving. Dan anda boleh gunakan samdwich telur yang lazat. Mamak haji bagi juga resepi telur sandwich sekali. Dah panjang posting kali ini.

RESEPI SANDWICH  TELUR BERMAYONIS.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur direbus., keluarkan kuning telur dan putih telur dicincang halus (boleh juga masukkan 1 kuning telur dan dua boleh diketepikan).
  • 1 biji tomato
  • sedikit daun sald bunga.
  • 2 sudu besra (tbsp) mayonis.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk mustard.
  • sedikit garam dan serbuk lada sula.
  • Majerin untuk selaputkan roti.

CARA-CARA:

1. Adunkan semua bahan kecuali majerin.

2. Sapukan majerin di atas permukaan dua keping roti dan letakan daun salad disatu keping roti dan letakan kepingan tomaota yang dihiris. Letakan satu sudu sebatian putih telur dan mayonis dan ratakan dipermukaan roti.

3. Tutupkan dengan satu keping lagi lagi kepingan roti. Potong dan hidangkan.

Resepi ini amat sesuai untuk dimakan sarapan pagi, mudah dan jimat belanja dan punyai zat yang tinggi. Kalau anak-anak tak suka daun salad boleh gunakan cheese atau lain-lain mereka suka. Harap anda cuba resepi ini bersama mayonis.

Nota: Telur mempunyai bakteria yang bahaya untuk tubuh manusia yang bernama, ” Salmonella”. Anda kalau terbaca KFC di Australia telah disaman berjuta-juta kerana tidak mengambil berat tentang bakteria salmonella yang mengakibatkan kecacatan kepada seorang kanak-kanak. Mamak haji nasihatakan para suri rumah yang sayangkan anak-anak yang gemar makan telur beli telur yang telah ” Pasteurized” dari pasar raya, walau pun ia mahal sedikit tetapi kebaikannya amat baik untuk kanak-kanak yang suka makan telur. Untuk katerer kantin sekolah awaslah gunakan telur ayam sebagai hidangan utama untuk kanak-kanak sekolah. Untuk mayonis buatan sendiri anda boleh tambah asam atau asid dengan jus lemon atau cuka dan lebihkan sedikit garamnya. Wassalam.


Salam,  untuk memenuhi permintaan dari seorang pengunjung blog ini, mamak haji perlu menulis tentang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan katering dari rumah. Katering dari rumah yang mamak haji maksudkan ialah untuk permualaan pernigaan dan biasanya bersekala kecil, yang menerima tempahan dari pelangan untuk 50 – 100 orang dalam satu-satu masa. Jumlah ini adalah paling mudah untuk dikendalikan untuk katerer-katerer yang baru melangkah masuk dalam perniagaan katering. Blog ini pasti memberi keutamaan untuk golongan peniaga baru dan juga yang ingin buka perniagaan katering. Anda tak perlulah segan-silu meminta pandangan dan juga buah fikiran dari pengalaman Mamak haji. Bila niat itu sudah ada, janganlah “U” turn. Teruskan impian anda sehingga berjaya. Cabaran itu perlu ada dalam diri setiap insan. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam perjuangan hidup yang sentiasa memerlukan semangat juang yang tinggi. Cabaran orang politik bagaimana nak menang dalam pilihanraya akan datang untuk tambahkan kekayaan dari tugas sebenar untuk membantu aspirasi dan permasalahan pengundi-pengundi yang mengundi. Cabaran orang macam kita yang berniaga ialah bagaimana nak cari rezeki untuk menampung keluarga untuk teruskan hidup. Bidang Perniagaan adalah cabaran untuk majukan diri kita didunia tumpangan semenatra ini dan Iman adalah cabaran kita untuk akhirat yang kita kekal selam-lamanya. Ada kalanya hidup kita ini seperti ikut arus sungai yang deras dan untuk menyeberang ia amatlah mudah untuk lakukan. Ia umpama apa saja kita lakukan ia akan berhasil. Ada kalanya hidup kita ini seperti perlu mengharungi arus yang sentiasa berlawanan dan  terpaksa hempas pulas berenang untuk mengharungi sungai itu. Kita perlukan semangat juang yang tinggi untuk mengharungi arus yang deras,  sekiaranya kita patah semangat semasa berenang dalan sungai itu maka akan lemas dan hanyut dibawa arus deras.  Sebelum terjun ke sungai persiapkan semangat, kuatkan daya berjuang, tajamkan akal fikiran dan sediakan life jaket (pelampung kecemasan). Beginilah caranya bila kita nak mulakan berjuang dalam bidang perniagaan. Cuma yang berjaya adalah orang yang mempunyai kecekalan semangat waja.

Apa juga jenis perniagaan, kita perlukan peralatan untuk  menjalankan perniagaan. Begitu juga sekiranya ingin memasuki bidang katering dari rumah. seperti dalam posting-posting yang lepas, katering ini mempunyai banyak cabang, anda perlu memilih jenis katering yang bersesuaian untuk anda.Baca posting ini, “cara untuk mulakan perniagaan”. https://balannambiar.wordpress.com/2012/01/29/cara-untuk-mula-berniaga/

sila klik untuk memahami cara memilih jenis katering: https://balannambiar.wordpress.com/2011/12/13/perniagaan-katering-memileh-jenis-katering-yang-terbaik/

Langkah kedua : Selepas memilih jenis katering yang perlu, anda perlu memilih, Menu yang bersesuain untuk perkhidmatan katering yang anda telah pilih. Segala peralatan katering atau pun perancangan perniagaan anda perlu berkisar dalam linkungan ini. Ukur badan dulu sebelum menjahit baju. Kalau anda ingin membuat “box Lunch katering” (rujuk posting mamak haji berkenaan), kebanyakan peralatan yang perlukan sudah pun siap berada di dapur anda. Cuma anda perlukan cuma kotak untuk bekal makanan, sudu garpu plastik dan kenderaan untuk membawanya. Motor kapcai pun dengan ikat bakul dibelakang sudah memadai sekiranya kurang dari 50 bungkus.  Peralatan masak juga boleh ditambahkan mengikut keperluan semasa. Tak perlulah mencari modal dari ajensi ‘tekun’ atau bahagian ‘icu’ untuk tujuan ini. Kalau dapat alhamdulillah. kenapa perlu pulak tolak rezeki. Cuba mohon peruntukan kerajaan ini melalui ketua bahagian UMNO atau cawangan, itu pun kalau anda ada kabel yang kuat. Takat mintak pakai air lior, balik nanti pun bawa air lior juga. Ini sudah jadi kebudayaan kita sekarang. Jenis katering yang biasa ialah : Majlis keluarga seperti kenduri tahlil, doa selamat, hari jadi dan sepertinya. Katering untuk mesyuarat, katering untuk peserta kursus, dan juga jamuan makan dan pilih dan tetapkan harga dan menu anda.

Langkah 3: Memilih menu yang bersesuain dengan kemampuan.

Omputih panggil, “Jack of Trade trade”. Semua boleh. Iktizam dengan slongan “Malaysia Boleh”. Asalkan dapat pesanan kita nak serbu dengan buta tuli. Mamak haji masih ingat lagi kisah masa susah dulu. Ada satu keluarga VVIP menempah “mee goreng mamak” cuma untuk 7 orang pada pukul 11.00 malam. Pada masa itu mamak haji cuma berniaga mee goreng mamak di tepi jalan.  Untuk 7 orang mamak haji kena masukan mee gorenag itu dalam tray, asingkan cili , daun sup, bawang dan juga bawang goreng. Yang teruk mencari pinggan yang canggih untuk hidangan untuk VVIP ini..hahaha. Memang ini satu kejayaan bagi kita yang peniaga seperti kucing kurap mendapat pesanan dari keluarga VVIP, tapi implikasinya ia amat sukar untuk lakukan. Jadi Mamak Haji dengan beradab tolak pesanan keluarga itu. Esok tengah hari pulak, pekerja majlis tempatan angkut kereta sorong mamak haji dan tolak masuk dalam lori sampah untuk menempatkan di muzium negeri….hahaha!. Kadang-kala hidup dengan berprinsip ini sukar sekali.  Jadi moral cerita mamak haji ingin sampaikan, fikir secara rasional setiap tempahan yang perlu terima atau menolak. Apabila dapat tempahan fikir keupayaan kita dari segi kemampuan kewangan, kepakaran dan kemahiran menyediakan menu yang dipohon, peralatan masakan atau peralatan untuk menghidangakan, cara pembayaran pelangan, kos pengangkutan, masa untuk mula memasak dan lain-lain lagi. Sila baca posting mengenai “bila dapat pesanan tempahan katering”.

Di sini mamak haji gariskan peralatan yang membabit sedikit kos untuk memulakan perniagaan katering dari rumah. Peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan katering dari rumah (50-100 tetamu).

1. Periok nasi Gas LPG (boleh muat 5kg atau 10 kg). Periok ini amat mudahkan kerja masak apa juga jenis nasi. ia berharga sekitar RM300 – RM400).

2. Kuali bertelinga dalam ukuran 45cm – 60cm. Ia amat memudahkan masak segala jenis lauk dan kalau lauk ayam boleh muat sehingga 100 ketul. – 1 unit

3. Dapur Gas satu tunku ( Dapur rumah tidak sesuai untuk masakan yang banyak). 1 unit.

4.  Tray atau Full size Chafing dish berukuran 50cm X 30cm – sekurang-kurangnya 3-5 set (selalunya katerer gelar tray panjang). Ia untuk hidangkan lauk.

5. Tray pendek 30cm X 24cm – 5 unit.

6. Flask Nasi untuk 100 org  (50cm X 31cm)  – 1 unit.

7. Flask nasi untuk 50 org ( 35cm X 30cm) – 1 unit.

8. Bekas air plastik 100 orang – 1 unit.

9. Pingan makan* – 100 keping. (gunakan pakai buang).

10. Sudu garpu* – 100 +100. (gunakan pakai buang).

11. periok besar kalau nak hidang nasi kandar ( 3 unit).

Mamak haji rasa kalau peralatan ini ada lebih dari cukup. Tambahkan sedikit demi sedikit mengikut kemampaun anda. * itu lebih baik gunakan pingan, sudu garpu jenis pakai buang ia lagi sesuai. Kalau peralatan lain sekiaranya diperlukan dan kos pembeliannya diluar jangkauan kita,  kita pinjam di surau atau pun orang yang menyewakan peralatan. Sekiranya dapat beli barangan terpakai lagi menjimatkan kos, tetapi pastikan ia  “samak” dulu sebelum gunakan peralatan yang dibeli dari kedai-kedai bukan Islam. Tidak ada masalah membeli peralatan itu. Kalau risau juga guna Hot Line Jakim untuk pengesahan HALAL yea!.

Akhir sekali Mamak haji ingin nasihat para pengunjung blog ini, sekiranya anda ingin membeli atau menjual peralatan, boleh lah iklankan dalam kotak komen pembaca, tapi jangan gunakan sebagai platform untuk perniagaan tetapi berniatlah tolong menolong di antara saudara Islam yang terkial-kial mencari modal untuk mencapai cita-cita. Mamak haji juga akan publishkan dalam komen atau kumpul banyak-banyak buat posting khas untuk anda sama. Tetapi jangan gunakan blog mamak haji untuk mencari keuntungan peribadi. Sekiranya kita sesama kita berkerja-sama di antara kita, banyak kemudahan dam manfaat yang setiap pengunjung blog boleh dapat dari blog ini. Purata pengunjung blog mamak haji setiap hari sudah melebihi 2,000 pengunjung. Maka gunakan blog mamak haji untuk iklankan restoren atau gerai makan anda diblog ini dengan percuma, sekurang-kurangnya mamak haji berpuas hati dan bersyukur dapat membantu anda semua. Insayllah kita jayakan program ini diblog mamak haji dengan kerjasama dari anda semua. Wassalam.


Salam hari ini mamak haji walau pun ingin menulis beberapa posting seperti mana pembaca minta, Mamak haji tangguhkan dulu kerana terasa kebanyakan elit-elit perniagaan besar di negara ini terlalu angkuh dan sombong terhadap permasalahan pengguna atau secara ‘amnya masalah rakyat. Kita juga tahu dalam sistem ekonomi kapatalis selalunya polisi kerajaan akan mengikut kehendak golongan kapatalis bukannya sebalik. Maka wujudlah keangkuhan melampau kaum pedagang kapatalis ini yang sukar dikawal oleh kerajaan yang dipilih rakyat. Terlalu banyak sangat masalah yang dihadapi oleh para pengguna di negara ini yang menemui jalan buntu dan tidak ada sebarang penyelesaian. Kebanyakan masalah yang dihadapi ini berlarutan bertahun-tahun masih tidak dapat selesaikan dan tidak akan ada penyelesaianya. Pengguna terus merasa merana dan sengsara dengan maslah yang dihadapi berbagai masalah seperti masalah rumah terbengkalai tapi masih perlu membayar faedah kepada pihak bank yang memberi pinjaman. Rumah tidak boleh diduduki tetapi kena bayar pulak. Tanya pemaju, dia kata, masalah majlis tempatan, tanya majlis tempatan, di kata masalah pemaju tak ikut spesifikasi yang ditentukan. Sebenar masalah sekarang masalah siapa?. Pembeli sudah lah kena bayar sewa yang didudukinya, tapi rumah idaman untuk memiliki sendiri tak siap tapi kena bayar dengan bank.  Buat penjanjian dengan bank dan pemaju menelan belanja beribu-ribu tapi apalah gunanya?. Peguam juga yang kaya. Nak tahu kerenah dan hipokrasi syarikat telekomunikasi negara ini?.  Dia ambil deposit, tapi lambat bayar perkhidmatan diberhentikan tetapi sewa asal kena bayar selagi tak bayar bil tertunggak untuk perkhidmatan yang tidak ada. Bila nak bayar, kena bayar denda pulak dah. Kesian kat yang bayar ‘pre-paid” masuk RM5.00 panggil dua tiga call habis disebat oleh syarikat telekomunikasi ini.  Ada yang walau pun kredit banyak lagi dalam kadnya tapi bila sampai tempuh tidak boleh gunakan. kena isi balik pulak dah. Ia seperti harga yang dibeli tidak bernilai kecuali ikut cara dan syarat mereka.  Kalau satu juta pengguna prepaid membeli kad telepon berharga RM5.00 berapa jumlahnya…RM5juta. Bayangkan dengan wang sebanyak itu boleh apa saja. Ada mereka ambil kisah dengan perkhidmatan yang terganggu?. Ada mereka kisah dengan kawasan liputan?.

Sistem perbankan di negara ini pulak satu hal. Suka hati mereka saja, kita seperti timun, mereka seperti buah durian. Golek mana pun kita yang kena. Anda mungkin tak tahu, semua bank di negara ini adalah terbaik di dunia kerana satu berita pun tentang kepincangan bank-bank keluar di teleivisyen atau surat khabar utama di negara ini. Keluar pun berita rompakan saja. Siapa berani menghentam mereka?.  Bank kita penuh dengan riba’ atau bahasa kita digelar “bunga”. Bunga ini kadangkala menjadi pokok yang lebih besar dari pokok yang hasilkan bunga itu sendiri.

Satu lagi permasalahan umat Islam ialah JAKIM dan Logonya “HALAL”. Kalau buatan orang bukan Islam itu kenapalah ia beria-ia sangat nak bagi sijil HALAL. Bukan kah perkara ini akan seperti mensabotaj dan membantutkan ekonomi orang Islam itu sendiri. Apakah sijil yang diberi itu telah jamin kehalalnya sepanjang tahun sehingga sijil luput?. Kalau “Guiness Malta” dikatakan halal semata-mata kerana tiada ada kandungan alkohol yang berlebihan, bagaimana pula dengan syarikat gergasi Bir Guiness yang menghasilkan minuman itu?. Bukan sumber masih satu cuma buatan yang lain. Kalau orang tanam anggur untuk membuat itu haram kerjanya bagaimana pulak dengan killang sama mengeluarkan minuman haram yang merosakan akhlak manusia. Kita sebagai pengguna pulak terlalu taksub dengan buatan barangan makanan orang bukan Islam. Sos worcheister itu sudah terang mengggunakan bahan alkohol seperti Wine dan Black Beer selama beratus tahun. Tapi kebelakangan ini saja nampaknya kita sedar ia bukan halal keran tempat cop halal dilapikan dengan nama pengimport. kenapa syarikat kita yang beragama Islam tak boleh mengeluarkan produk yang sama dengan bahan halal. Bukan tak boleh tetapi siapa yang nak beli. KFC atau MCD tak apa kerana taukeh Francise adalah orang Islam Melayu. Gardenia dulu taukeh bukan Melayu tapi kini dimiliki taukeh Melayu-Arab. Ramai bukan Melayu tak beli roti gardenia lagi dah. Kadang-kala kita tak faham kenapa restoren yang dimiliki taukeh bukan Islam beria-ia benar kita nak halalkan. Apa restoren Melayu tak ada kah yang resepi masakan Cina?. Logo halal ini adalah amat mengelirukan pengguna Islam. Kawan mamak haji taukeh kedai runcit terpaksa menyerokan serbuk rempah kari jenama babas dan semua jenama lain kecuali Alagappa. Ceritanya Kari babas dan lain-lain tidak ada lesen pendaftaran Halal dari  JAKIM..hahaha!. Maka selama ini bagaimana?.Ini betul-betul menyusahkan pengguna Islam. cerita ini seperti Judi halal dan haram. yang haram tak ada lesen, yang halal ada lesen judi…hahaha.

Satu lagi pengguna meluat ialah dengan fungsi Baitulmal..apa sebenarnya tujuan baitulmal ini untuk ummat Islam?. Mamak haji tak perlu cerita fungsi sebenanrnya, mungkin pembaca semua tahu ia adalah satu badan kebajikan untuk orang Islam yang membantu orang Islam tetapi badan ini berfungsi seperti bagaimana?. Baitumal ini cuma berfungsi sebagai lembaga Hasil dalam negeri dan bukanya berfungsi sebagai badan kebajikan untuk orang Islam.

Bagaimana syarikat GLC seperti Tenaga Nasional, Tmnet dan lain-lain yang dipenswastakan dalam sistem penswastaan kini berfungsi?. Apa tujuan kerajaan menswastakan?. Kerajaan ingin rakyat mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada penswastaan ini. Niat kerajaan memang murni dan terbaik. Apakah syarikat-syarikat GLC ini mendukung hasrat kerajaan atau rakyat?. Tidak sama sekali mereka ini merealisasikan harapan kerajaan dan rakyat tetapi niat mereka telah berubah kepada kejar keuntungan untuk mendapatkan bonus dan gaji beratusan ribu untuk orang yang berada di atas engan memerah pengguna sehingga kering-kontang kocek mereka. Kecewa kita. Bebanan-bebanan yang dihasilakan GLC dan elite-elite pedagang kapatalis  di salah ertikan oleh rakyat terhadap fungsi dan aspirasi kerajaan, “Dari rakyat kepada rakyat”. GLC dan pedagang kapatalis yang terima sekian banyak nikmat dari kerajaan sebenarnya “mensabotaj” rancangan kerajaan dan mereka ini cuma, “gunting dalam lipatan” dan “duri dalam daging”. Kini rakyat mulai menyalahkan kerajaan kerana kegagalan ambil berat tentang kebajikan rakyat. Bila kebajikan rakyat diabaikan, Parti Pembangkang pulak ambil isu ini dengan membawa slongan parti politik mereka kepada, “negara kebajikan”.  etul juga apa yang mereka laungkan. Jangan lupa rakyat juga ada pilihan untuk memilih apa yang mereka mahu. Kerajaan tidak ada kuasa untuk menepikan kemahuan rakyat dalam negara demokratik. Ia seperti “api dalam sekam” yang berada di dada rakyat. Pengguna atau rakyat tidak akan mendiamkan diri dan mengharap dengan jutaan janji semata-mata, tetapi mereka akan meluahkan perasaan ketidak puas hati ini di Pilihan raya umum kali 13 ini. Ini yang amat ditakuti. kementerian Pengguna ini telah digunakan oleh peagang kapatalis dan GLC seperti anak syarikat mereka.  Menterinya kaku dan tidak berwibawa untuk membantu masalah yang dihadapi pengguna. Maka jangan ingat pengguna tidak ada kuasa, kuasa rakyat kuasa menentukan kerajaan yang mereka mahu, dengan itu jangan abaikan pengguna.

 


Salam, Jangan terkejut dengan tajuk posting mamak haji kali ini, “Restoran Tuan Manis”. Sebenarnya mamak haji sangat teruja dengan kegigihan seorang pengunjung blog ini yang telah berjaya dalam cita-citanya, walau pun perjalanan untuk kejayaan daam perniagaan masih jauh lagi dan perlu ditempuhi onak dan duri sepanjang perjalanan yang perlu dilaluinya tetapi saudara kita ini telah berjaya membuktikan dengan melangkahkan kakinya ke dalam dunia perniagaan boleh dianggap satu kejayaan besar. Orang Melayu tidak boleh selama-lamanya bergantung pada kuasa politik yang ada pada tangan mereka. Kuasa politik dan ekonomi orang Melayu perlu silih bergantung. Apalah gunanya kuasa politik sekiranya ekonomi orang Melayu masih lemah dan kaku. Keadaan mengharap dari penguasa politik tidak akan ubah nasib bangsa Melayu. Sikap mengharapkan pertolongan orang lain untuk memajukan diri sukar untuk diubah. Sikap bergantung kepada orang lain ini akan berkekalan ke genarasi ke generasi akan datang. Sikap ini akan merantaikan diri kita daripada kebebasan berfikir. Orang politik akan menggunakan sikap “bantuan” ini untuk menjadikan “membantu” mengekalkan kuasa politik ke atas orang Melayu. Maksud, “Tolong”,  dikatakan ada dua jenis, satu ini betul-betul tolong orang lain, yang jenis satu lagi pulak, ia “tolong”  juga, tetapi tolong untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan yang rapat dan ada kepentingan dengan mereka. Sebenarnya tolong seperti ini selalunya tidak kesampaian kepada yang memerlukan pertolongan. Ini adalah dasar perhambaan diwarisi oleh orang melayu selama 400 tahun di bawah penjajahan orang barat ke atas bangsa Melayu. Entah kenapa Orang Melayu ini suka diperhambakan diri mereka kepada bangsa lain. Dulu cuma jadi hamba penjajah Potugis, Belanda, Inggeris, tetapi kini dengan nama pembangunan ekonomi orang melayu telah maju setapak dari istilah, “hamba” kepada “pekerja” di kilang-kilang kepunyaan bangsa lain. Maka nak keluar dari kepompong “penghambaan” ini adalah paling sukar dilakukan. Apakah kita memerlukan mukjizat seperti nabi musa a.s lakukan membebaskan Bani Israel dari penghambaan, dengan membelah laut merah untuk selamatkan Bani Israel dari Firaun?. Bila ada yang berjaya keluar dari kepompong,  “penghambaan” ini, ia bermakna satu generasi Melayu baru sedang bangkit. Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan seperti Tubuh dan roh. Ini telah dicuba oleh penjajah dari barat cuba mengkristiankan bangsa melayu selama lebih 400 tahun, tetapi mereka gagal. Maka kejayaan bangsa melayu ini terletak dalam agama Islam. Yang mamak haji teruja sangat ialah mengenai e-mail dibawah ini yang dihantar kepada mamak haji dan juga seorang pelajar lepasan universiti membuka gerai makan di kampungnya. Inilah mamak haji terpegun dengan kebangkitan melayu baru dalam bidang ekonomi. Kita bukan megah sangat pun ahli-ahli koperat Melayu yang jadi billionaire. Kita tahu bagaimana mereka jadi kaya-raya. bagi mamak haji kejayaan sesorang diukur hasil usaha sendiri buakannya kaya disebabkan bantuan berganda dari orang yang di tampuk kuasa politik.  Syabas! Taukeh Tuan Manis, tabek spring untuk tuan dan isteri tuan. Baca dan renungkanlah e-mail dari tuan punya restoren ini. JANGAN LUPA SEKIRANYA ANDA KE SG.PETANI kunjungi restoren saudara kita ini. Mungkin anda dapat tawaran atau layanan istimewa atau kedua-duannya sekali kerana anda juga peminat blog mamak haji…hahaha!. Boleh taukeh Restoren Tuan Manis?.

E-mail dari pengunjung blog:

Salam Mamak Haji,

Nama saya Mazli Bin Mansor, pemilik Restoran Tuan Manis yang baru dibuka 7 hari yang lalu..Restoran saya masih baru dan masih mencari identiti. Saya adalah pekerja kilang dan isteri saya adalah kakitangan kerajaan.Kami telah mencuba membuka sesuatu yang baru dan jauh dari bidang kami walau ada perasaan takut dan ragu ragu.

Tapi percayalah Mamak Haji, dengan membaca tulisan Mamak Haji, saya menjadi yakin dan bagi saya kepakaran mengurus restoran dan marketing juga sama penting dengan kepakaran memasak.

Kami suami isteri amat terhutang budi dengan keikhlasan yang ditunjukan Mamak Haji untuk bakal bakal pejuang di arena makanan ini.Banyak sungguh konsultan kedai kopi dan input negative yang kami terima, tetapi kami yakin dan bertambah yakin apabila membaca tulisan ikhlas mamak. Thank you very much…moga Allah membalas niat murni Tuan Mamak Haji.

 Restoran Tuan Manis menyediakan ikan bakar, dan masakan kampong + ulam ulaman untuk makan tengahari dan pada malam hari kami sediakan set bawal dan keli gulai atau goreng panas2…kari kepala ikan pun ada… Plan nak buat nasi Dalca, tapi tak tau mana style yang best…. Kalau sudi bolehlah mamak haji cerita mai..apa itu nasi Dalca.buat masa ini, banyak pelanggan datang berulang kali dan komen yg diberikan sgt positif. Kami yakin akan berjaya.

Tujuan saya menulis email ini kepada mamak haji adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana menanamkan keyakinan kepada kami.Kata2 Mamak Haji dapat memadamkan banyak unsur2 negatif dalam diri kami dan juga persekitaran.Kalau datang ke Sungai Petani, jemputlah ke Restoran Tuan Manis, Jalan Taman Ria Indah ( Jalan utama ke Cinta Sayang Golf resort ).Bersama ini juga saya sertakan gambar untuk berkongsi keseronokan dengan Tuan Mamak Haji…hehehe

 Terima Kasih.

 Mazli & Haiza

Restoran Tuan Manis

P.S : Sincere compliments I have received from the people I don’t know and respect have been given, the most meaningful for me to keep on writing. Thank You Friends, May Allah SWT  always bless you all. – mohd.roslan99@gmail.com

 


Assalamualaikum, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah SWT. Pada hari ini telah terjadi lima perkara 1. Penciptaan Adam. 2. Pada hari ini juga Adam a.s dikeluarkan dari syurga. 3. Pada hari ini  juga, Nabi Adam a.s wafat. 4. Pada hari ini juga terdapat suatu ketika tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. 5. Pada hari ini juga Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun akan berada di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. Dari Ibnu Majah & Al-Baihaqi.

Maka pada setiap hari jumaat mamak haji teringin  kongsikan sedikit pengertian pergertian perniagaan dari perpektif Islam. Ini akan memberikan kepada usahawan kaering atau restoren sedikit pengetahuan agama untuk kekuatan rohani.

Agama Islam sangat memberi keutamaan kepentingan perniagaan. Mengikut Badr al- Din al-‘Ayuni dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari sengaja memasukkan bab berkenaan dengan perniagaan ia itu “Kitab al-Buyu” didahulukan dari bab mengenai  topik lain seperti perkahwinan, kekeluargaan dan jenayah disebabkan perniagan amat penting untuk umat Islam. Ulama’ bependapat ramai manusia mampu tidak berkahwin tetapi semua manusia pastinya tidak akan terlepas daripada memasuki bidang perniagaan, sama ada sebagai penjual atau pembeli. Bidang perniagaan dianggap oleh para ‘ulama sebagai bidang yang afdal untuk menceburi.

Di Riwayatkan oleh al-Miqdam bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seseorang itu makan daripada makanan yang lebih baik daripada hasil apa yang diusahakan oleh tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s makan daripada hasil yang diusahakan oleh tangannya sendiri.”  

Mamak haji ingin fahamkan sedalam-dalamnya maksud yang dikatakan “REZEKI”. Apa kah rezeki itu cuma dikaitkan dengan wang ringgit atau kekayaan duniawi?. Tentu tidak. Kenapa Allah SWT banyak kali berfirman di Al-Quran tentang rezeki ini?. Apa rahsia Allah mengenai Rezeki ini?. Bagi Mamak haji rezeki adalah semua kebaikan yang dianugerahkan kepada semua makhluk ada disetiap alam. Kebaikan Allah kepada makhluk ciptaannya memang tersedia ada, Allah juga kurniakan akal untuk mencarinya dan mendapatkannya denganm cara yang telah digariskan. Setiap ciptaan dan pengkurniaan Allah adalah paling terbaik untuk makhluknya, tidak ada keburukan, cacat-cela dan cuma kita yang menjadi penyebab utama merosakan kebaikan Allah SWT seperti merosakan Alam Sekitar ciptaan Allah kerana kerakuasan kuasa dan tamak-haloba. Sila baca ayat Al-Quran ini mengenai rezeki:

Surah Saba’:  Ayat:36

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

MaksudNya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Cuba perhatikan Surah: Al Qasas;  Ayat: 82

وَأَصۡبَحَ ٱلَّذِينَ تَمَنَّوۡاْ مَكَانَهُ ۥ بِٱلۡأَمۡسِ يَقُولُونَ وَيۡكَأَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ

ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ‌ۖ لَوۡلَآ أَن مَّنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا لَخَسَفَ

بِنَا‌ۖ وَيۡكَأَنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

MaksusNya: Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”.

Apa yang kita fahami dari Firman Allah SWT ialah, sebagaimana Allah melapangkan rezeki dan Allah juga berhak menyempitkan rezeki seseorang. Allah SWT juga menerangkan di Surah At-Talaq di sebahagian ayat  kedua dan ketiga atau di kenali ramai peniaga sebagai ayat seribu dinar tentang apa yang perlu lakukan untuk melapangkan rezeki.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sila klik untuk mendengar bacaan dan juga terjemahan: Ayat seribu Dinar

Jangan lupa klik penerangan ustaz Azhar tentang ayat 1000 dinar disini :Ayat seribu Dinar

Kemujaraban amalan (bukan cuma bacaan)  ayat seribu dinar ini tidak boleh sangkal, tetapi kalau ia cuma ia menjadi hiasan untuk menampal atau di bingkaikan dengan bingkai yang termahal di premis perniagaan kita, ia tidak membawa apa-apa makna selain dari salah satu barang perhiasan untuk premis perniagaan. Amalan mengantungkan atau menampal ayat ini di premis perniagaan bukanlah salah kalau ia bermaksud untuk sentiasa mengingatkan kita, setiap waktu untuk mengamalkannya apa yang tersurat dalam ayat al-quran itu. Ayat seribu dinar yang dikatakan amat mujarab untuk perniagaan itu bukan terletak pada ayat itu tetapi maksud ayat itu. Inti-pati ayat tersebut ialah, ” Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah”. Bertaqwa bermaksud mengerjakan semua suruhan “Allah dan rasulnya” dan menghindarkan semua yang larang ia juga membawa kepada kesimpulan, “takut” pada dosa dan pembalasan di akhirat.  Seorang yang bertaqwa ialah menunaikan solat yang diwajibkan, membayar zakat perniagaan, jujur dalam urusan dengan pekerja, pembekal dan juga pelanggan dan tidak melibatkan diri dengan ‘riba, penipuan, sentiasa memahami halal dan haram mengenai makanan yang disediakan untuk pelangan mengikut hukum syarak. Setelah berusaha semua ini “Bertawakal lah” pada Allah. Seandainya perniagaan itu memberikan keuntungan, bersyukur dan berusaha lagi. Sekiranya perniagaanya rugi, bersabar dan berusaha lebih gigih dengan mendapatkan Ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan membetulkan kesilapan yang lampau dengan segera. Apa yang perlu ialah kita sebagai peniaga yang beragama Islam, perlu menjadi seorang, “Peniaga Seribu Dinar”. Ini yang telah dilakukan oleh peniaga-peniaga atau saudagar Islam terdahulu yang dikenali di serata dunia sebagai saudagar yang berintegeriti dan berprofessional.

Kadang-kala kejayaan dalam perniagaan akan melalaikan kita. Maka Allah SWT juga mengingatkan kita dalam surah An-Nur, ayat 37 hingga 38 : MaksudNya: ” Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli dari menyebut serta mengingati Allah, dan dirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Ayat 38: Bermaksud : “(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Ya! allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;

Jika ada dibumi, Keluarkanlah ia;

Jika ia berada di dalam lautan, munculkan lah ia;

Sekiranya rezeki kami berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia;

Jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkan lah ia. Amiin, ya rabbal alamin. 

Wasalam.


http://en.wikipedia.org/wiki/File:Pasembur.jpg

1. Tepung yang dibancuh 2. Tepung telah naik selepas 1 jam 3. Cucur jenis selinder 4. Cucur jenis leper.

Salam, Terpaksa juga menulis tentang resepi ini untuk menunaikan permintaan ramai peminat “passembur”. Mamak haji tak tahu apa yang penulis-penulis resepi yang lain menulis cara membuat cucur ini. Ada yang gunakan serbuk penaik (baking powder), ada juga gunakan baking soda untuk bahan asas untuk merangupkan dan mengembangkan cucur udang. Kembang memang semua boleh kembang sama seperti cucur pisang atau orang gelar cucur kodok. Tapi untuk perniagaan kalai guna telur, guna majerin, guna baking powder seperti anda boleh buat kek. Harga kek dan harga cucur udang banyak bezanya. Setiap resepi mamak haji berlainan sedikit dari penulis resepi yang lain bukan bermaksud resepi mamak haji terbaik dari mereka, tetapi resepi mamak haji sesuai digunakan untuk perniagaan. Mungkin kurang sedap resepi yang ditulis mamak haji kerana kurang gunakan bahan-bahan masakan yang mahal. Seperti resepi masakan barat, minyak perlu gunakan ialah “olive oil” atau pun minyak zaiton. Mampukah kita takat nak jual di kantin dengan harga yang murah sepinggan “Spaghetti Bolognese” menggunakan sos Prego atau minyak zaiton?. Seperti tomyam satu botol atau satu tin harganya kita tak ammapu, maka dengan itu mamak haji menulis bagaimana nak membuat sos NamPrik Pao. Kalau sarapan pagi nak menu roti bakar, mampukah kita beli Seri Kaya?. Jadi mamak haji keluarkan resepi buat seri kaya itu. Sama seorang penjaual nasi ayam menggunakan sos cili, mamapukah dia membeli sos cili?. Jadi mamak haji keluarkan resepi membuat cili sos. Ayam goreng ada juga beli tepung berkotak-kotak , mampukah dia?. Resepi mamak haji baisanya banyak berkaitan dengan perniagaan dengan sebab inilah blog ini jarang ada gambar dan sekali pandang memang jemu dan bosan. Ia seperti kulit durian, kena kupas kulit yang berduri barulah dapat rasakan buahnya. Resepi tidak boleh memuaskan semua pihak yang membaca. Apa yang mustahak dalam memperkenalkan resepi ialah sejarah resepi, asas resepi, penggunaan tujuan penggunaan bahan-bahan masakan, dan juga cara masak. Dalam resepi cucur udang mamak haji terangkan kenapa kita perlu gunakan yis segera, baking powder dan juga soda. Tentang yis mamak haji terangkan panjang lebar. Yis adalah sejenis kulat, ia membiak di adunan tepung tapi sukar nak kekalkan kembang tepong maka kita gunakan baking powder untuk mngekalkan kembangan. Baking powder mengeluarkan gas yang maka rongga didalam juga halus, sekiranya kita inginkan rongga-rongga yang besar kita perlu gunakan soda.  Dua bahan ini digunakan untuk mengekalkan rongga yg diwujudkan oleh yis. Baking powder pula ada dua jenis. Satu tindakan tunggal yang cuma melepaskan gas semasa tepung di peram(sejuk) bila goreng atau bakar gas tidak bebaskan. Baking powder jenis ini biasanya murah. Baking powder jenis double action pula, mengembangkan semasa sejuk dan kembangkan lagi tepung dengan membebaskan gas semasa digoreng atau dibakar. Maka baking powder jenis mahal sedikit seperti jenama “Royal”. kalau guna baking powder saja bagaimana cucur udang nak menjadi?. Kalau soda saja boleh tak?. Pasti tak boleh.  Jadi betul tak apa yang mamak haji kata, “mengenal bahan masakan amat perlu”.  Yis itu kulat maka kulat membiak pada suhu yang ditentukan, kalau nak cepat yis membiak gunakan air suam, oleh kerana yis adalah organisma bila terlalu panas ia kan mati. Yis ini membiak baik bila ada karbohiderat jadi kita gunakan larutan gula untuk ini. Kita bancuh yis dengan gula dan membiarkan dalam sepuluh baru masukkan dalam tepung. Ini cara menggunakan bahan masakan. Tepung dan baking powder perlu diadun supaya ia akan serata. Bukan lepas uli tepung baru teringat baking powder. Terjadi bukan tak jadi. Cara memasak juga amat perlu. Anda semua bagi tahu mamak hajilah, macam mana mamak haji nak tulis resepi pendek macam orang lain?. Dah tak boleh kerana mamak haji sendiri tukang masak tahu kepayahan ikut resepi-resepi ini. Semalam mamak haji ada pesanan 50 orang makan menu, “ayam percik”. Dulu memang dua atau tiga kali mamak pernah buat tapi lupa. Cara masak tahu, bahn-bahan dah lupa. Tapi kerana spesis mamak, yang mamak ingat wangi ayam percik itu lain sedikit dari ayam bakar kerana kuahnya menggunakan serbuk ketumbar dan serbuk Halba. Ah!, ini rahsia tukang masak ayam percik Hotel Merlin, hotel ini dah bungkus dah!. Maka mamak haji carilah resepi ini di internet, satu dengan lain tak pernah sama. Mamak haji cari inti-pati resepi itu..”halba”. Resepi yang gunakan halba dan serbuk ketumbar itulah yang tepat. Penat mencari rupanya di internet..hahaha!. Ingat nak ikut resepi Cef Wan tapi kena bayar..hahaha!. Dah kaya nak kaya lagi. Ada juga blog penuh dengan ikalan nak bukak kat setengah jam..hahaha!. Ingat kata-kata mutiara mamak haji, ” bila duit itu sedikit kita kawal dia, bila duit jadi besar dia kawal kita”..Jangan cari kesenangan, tetapi carilah ketenangan. Kalau duit tak ada pun tak tenang juga, duit kena cari tapi jangan lupakan ketenangan.hahaha!.

Resepi mamak haji boleh di olah dan disesuaikan untuk hidangan keluarga yang paling enak. Memikirkan inilah mamak haji selalu tulis resepi berjela-jela panjang supaya pembaca faham apa fungsi setiap bahan masakan digunakan. Resepi mamak haji boleh di olah dan reka lebih terbaik dari resepi asal mamak haji untuk sesuaikan untuk keluarga seperti kurangkan minyak, gula dan garam. Bahan inilah pembunuh besar di negara kita. Amalkan makanan kesihatan. Tapi tak lalu, lidah biasa nasi kandaq, nasi kandaq juga di cari. “Biar putus kawan, tapi jangan putus teh tarek.” Ini falsampah Mamak Haji!.  Macam mana yea nk berubah?. Mamak haji cakap saja..tak serupa bikin tentang makanan kesihatan. Selalu saja kena marah dengan Mami pasal makan ini. Cuma mamak haji ada pantang, “cuma pantangnya, “jumpa”;  kalau, “jumpa balun”. hahaha!.

Sebelum kita ke resepi cucur passembur, mamak haji ingin terangkan sedikit mengenai cucur ini. Cucur udang yang biasa di makan dengan sos kacang atau pun sos cili. Ia diluar keras sedikit dan keseluruhannya boleh dikatakan lembut. Cucur udang passembur atau di utara kita buang huruf ‘R’ diganti ‘K’. Maka jangan terkejut kalau singgah Pulau Pinang bunyinya menjadi “passembuq”. Passembur ini di Selatan Tanah Air di gelar “Rojak Mamak”. Pasembur adalah menu “salad” yang digabung resepi India dan Jawa. Ia diperkenalkan oleh peniaga-peniaga masyarakat “Jawi Pekan”. Bercakap tentang masyarakat ini, tidak ramai tahu sebenarnya selain tergoda kecantikan anak mami, mamak dan nasi kandarnya yang meleliaq ayaq liuq tetapi juga membabitkan satu lagi masyarakat besar di Pulau Pinang iaitu Jawi Peranakan, satu masyarakat yang terhasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu dengan lelaki dari India, Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh. Sebelumnya, Jawi Peranakan dikenali dengan pelbagai gelaran iaitu Jawi Pekan, Jawi Pukan dan Jawi Bukan tetapi bukan Jawi pedukang. Jawi membawa maksud Melayu dan istilah yang digunakan sebelum ini adalah untuk memberi gambaran masyarakat itu sebagai ‘Melayu bukan, India pun bukan. Terlajak pulak dah ke mamak pedukang..hahaha!. Resepi Passembur ini terdiri dari Cucur Udang yang keras, Tahu Goreng, Ubi kentang rebus digoreng tepung, hirisan timun, hirisan ubi sengkuang dan ditabur kacang tanah tumbuk di atas. Kalau di sebelah Negeri Kedah pulak ditambah mee kuning dengan “gelaran passembuq kodiang”. Kuah passembur adalah kuah manis dibuat dari udang dan kacang tanah dan dipekatkan dengan ubi keledek dilenyek. Rojak Singapura pulak sedkit berbeza dengan rojak mamak atau passembur ini. Asal rojak Singapura dalam tahun 80-an digelar “Rojak Asma”, lama kelaman nama itu hilang entah ke mana dan bertukar menjadi Rojak Singapura. Rojak ini perbedzaan adalah bahan-bahan yang digunakan dengan cara memilih seperti ketam goreng rangup, bebola ikan, kek ikan(fish cake), dan ditambah sayur daun salad dan di Johor tempeh goreng pun ada. Lain-lain bahan seperti passembur juga. Kuantiti setiap bahan gorengan yang dipilih oleh pelangan,  dan tidak seperti passembur datang dengan menu standard. Walau pun kuahnya seakan sama dengan kuah passembur tetapi ia tidak dituang di atas hidangan tetapi di asingkan untuk dicicah saja, maka cucur udang keras tidak dipentingkan. Yang paling penting bagi resepi passembur mamak ini ialah kuah dan cucur yang agak keras dan rangup. Cucur udang biasa lembut dan bila dituang kuah, cucur akan kembang dan hancur. Passembur perlu dimakan dengan kuahnya sekali kalau nak rasa kick (penangan) dia, dengan ini cucur yang digunakan perlu keras dan rangup. Ini yang membezakan passembur dengan hidangan lain. Tanpa cucur rangup ini passembor tak menjadi. Kali ini mamak haji berikan resepi cucur ranggup ini sekadar kecil untuk yang ingin mencuba masakan ini sebelum mulakan perniagaan passembur. Suri rumah boleh masak hari cuti minggu ini untuk keluarga tersayang. Mudah, ringkas dan amat menjimatkan. kalau malas nak buat set passembur, makan saja dengan sos cili. Untuk yang ingin berniaga dari ini anda cuba mendapatkan resepi yang terbaik dan jadikan resepi itu sebagai resepi rahsia anda. Mamak Haji tak mahu terlalu perincikan setiap resepi, terpulang pada anda bagaimana anda memahirkan mencipta resepi sendiri dan segala hasil usaha dan kejayaan akan menjadi hak milik anda.

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
  • 1 cawan tepung beras.
  • 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
  • 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
  • 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
  • 1/2 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
  • 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
  • Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.  Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.

5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka  terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain. Maka kita perlu punyai daya cipta dan kreativiti dalam perniagaan untuk terus maju.. Wassalam.


Salam. Mamak mohon maaf kepada semua pembaca blog, kerana posting-posting agak berkuranagan sejak kebelakangan ini. Ramai pengunjung ke blog ini kurang faham dengan tujuan asal mamak haji membuka blog ini. Blog ini bukanlah sebuah blog resepi masakan, walau pun resepi masakan boleh memikat pembaca yang ramai ke blog ini tetapi bukan itu tujuan mamak haji untuk mencari jumlah pembaca blog, jarang sekali mamak haji ambil kisah sangat mengenai jumlah pembaca di blog ini. Ada atau tak ada pengunjung tetap  mamak haji akan tulis. Blog ini sebenarnya adalah wadah untuk peniaga-peniaga makanan termasuk yang ingin mulakan perniagaan makanan atau menyimpan cita-cita ingin menjadi peniaga dan juga untuk peniaga kecil-kecilan yang buat aktiviti perniagaan kecilan dari rumah, peniaga makanan pasar malam, peniaga warung, peniaga kedai makan, peniaga restoren atau pun peniaga yang ingin mencebur diri ke dalam bidang makanan katering seperti katerer majlis-majlis, katerer kantin-kantin atau pembekal “Lunch Box”. Penulisan mamak haji selalunya berkisar kepada permintaan-permintaan pengunjung blog yang minta  bantuan sesuatu masalah dihadapi dalam menyediakan masakan atau pun masalah perniagaan dan ingin meluahkan perasaan keciwa yang terbuku sekian lama di hati mereka. Inilah sebab mamak haji lebih melayan e-mail dari komen diblog. Kadang-kala masalah yang dihadapi dalam perniagaan perlu meluahkan kepada yang kita percayai untuk menanggung kepedihan yang di rasainya. Masalah tetap disana tetapi memberitahu keluhan hati kepada orang lain, boleh meringankan sedikit keperitan yang dihadapi saban hari dalam dunia perniagaan. Mamak haji lebih suka masalah seperti ini dikirim melalui e-mail. Kadang-kala tulis secara umum dan secara peribadi sangat berbedza.

Menulis tentang resepi masakan bukanlah sukar sangat, tetapi menulis tentang masalah perniagaan amat sukar. Ia perlukan idea-idea baru. Untuk menterjemahkan idea-idea ini, perlukan masa yang panjang dan perlu dipraktikan dahulu dan cari keputusannya. Ini lah cara mamak haji sering lakukan. Walau pun mamak haji tidak aktif dalam perniagaan seperti zaman muda dulu tetapi kadang-kala sengaja ambil pesanan-pesanan katering untuk mencuba kaedah baru. Restoren-restoren yang diuruskn oleh anak-anak,  menjadi tempat uji kaji bagi mamak haji. Walau pun anak-anak tidak senang dengan kehadiran mamak haji ke restoren mereka tetapi mereka tahu, “bapak ada idea baru”, untuk majukan perniagaan mereka. Kawan-kawan seperjuangan juga sering mengajak mamak haji singgah di restoren atau di kantin-kantin mereka untuk mendapatkan pendapat mamak haji. Kalau dalam bahasa moden ini, hobi mamak haji kini seperti seorang “auditor” berkhidmat secara sukerela untuk sesiapa yang perlukan perkhidmatan. Hobi ini banyak memberi peluang untuk mamak haji memahami perniagaan ini.

Resepi masakan walau pun penting tetapi ia bukanlah tentukan kejayaan dalam perniagaan. Setakat ingin buka restoren atau gerai makan, cuma perlukan lima atau enam “killer” resepi sudah memadai. Dengan resepi masakan cuma satu jenis saja ramai yang boleh cari makan. Kita bukan nak berkerja dengan orang lain untuk mengetahui sebanyak mungkin resepi tetapi cuma kita nak berniaga dan cari pendapatan lebih. Mamak haji ingin tanya satu soalan kepada anda, “KENAPA PELANGAN PERLU BELI DARI ANDA?”. Jangan beri jawapan sepontan, fikir sebelum memberikan jawapan soalan mamak haji utarakan ini. Fikir sejenak. Mamak haji janji, jawapan yang bakal anda berikan itu akan mengubah corak perniagaan anda. Soalan ini akan memberi banyak manfaat. Sekiranya jawapan anda sekarang, ” Keenakan masakan atau resepi anda yang unik”, yang membuatkan pelangan kunjungi premis jualan makanan anda, tetapi sedihnya jawapan ini bukanlah jawapan yang paling betul. Hidangan makanan yang enak, baik atau yang terbaik bukanlah faktor utama untuk mencapai kejayaan perniagaan anda. Sekiranya anda masih mempertahankan jawapan yang mengatakan, pelangan membeli makanan dari anda cuma untuk kelazatan menu masakan anda, sudah pasti pelangan tidak akan langsung berkunjung ke Restoren segera seperti McDonald’s atau KFC. Cuba anda fikirkan sebiji Burger yang ‘Mat Burger’ sediakan di warung burger yang berada ditepi jalan itu lebih sedap dari burger McDonald’s. ‘Mat Burger’ ini juga boleh menyediakan burger lebih cepat, berkali-ganda murah dan ikut apa saja cita rasa pelangan seperti lebih sayuran, lebih garing, lebih mayo atau pun sos cili. Cuba anda samakan apa yang MCD’s menjual itu. Mamak haji tanya soalan lagi, siapa yang paling berjaya dalam peniagaan ‘burger’ ini?. Restoren segera McD’s atau pun perniagaan warung burger, “Mat Burger”?. Di setiap pelusuk dunia dalam tempuh 60 minit,  ada saja “restoren McD’s” buka perniagaan di muka bumi ini. Bayangkan perniagaan mereka, apakah mereka ini terlalu bergantung kepada ‘keenakan masakan’ mereka?. Tentu sekali tidak bukan?. Apa yang menyebabkan restoren-restoren ini sentiasa berkembang maju?. Mereka berjaya kerana mereka tahu dan memahami apa yang pelangan mereka inginkan. Mereka ini juga telah mempengaruhi pemikiran bakal-bakal pelangan mereka sejak dari kanak-kanak lagi. Berapa banyak restoren yang terkenal tempatan lakukan perkara seperti ini, anda ingat perniagaan mereka boleh bertahan?. McD’s atau KFC bukan saja memegang slongan, “Dulu, kini dan selamnya UMNO”..apa pulak mamak haji ke UMNO pulak dah!. yang betul, “Dulu, kini dan selamanya McDonald’s...hahahaha!. Mereka ini bukan saja mempengaruhi pemikiran pelangan tetapi telah menghambat hati pelangan dengan layanan mesra, dan telah mempelajari bagaimana anda akan sanggup membuka dompet duit anda untuk apa saja bil yang dikenakan tanpa rungutan kerana sayangkan anak anda!. Mereka ini juga tahu bagaimana membina ikatan (bonding) di antara pelangan dengan mereka.

Apa yang telah membuatkan restoren-restoren ini begitu berjaya disebabkan sistem pengurusan atau cara yang di gelar, “EMPATHY”. Mohon maaf  kerana tak dapat di Melayusasikan perkataan ini. Empathy membawa erti, memahami keadaan atau situasi perasaan seperti duka atau suka, keadaan senang atau susah orang lain. Empathy bukan saja ditujukan kepada pelangan tetapi ia dijadikan sebagai sistem pengurusan dalam syarikat mereka. Mamak haji memberikan 4 langkah yang asas dalam tanggani pelangan mengikut sistem pengurusan secara empathy ini.

Langkah 1:

Sentiasa senyum(jangan senyum memanjang nanti orang lain ingatkan anda sewel) dan selalu ingatkan nama orang lain dengan rujuk nama mereka bila berhadapan dengan mereka. Ini akan membuatkan orang itu senang didampingi, sedia berkongsi idea baru dengan anda atau mengambil berat tentang perniagaan anda dan sentiasa memberi pandangan (feedback).

Langkah 2: Lapangkan sedikit masa, walau pun anda terlalu sibuk untuk uruskan rungutan pelangan, dengar apa yang ingin diperkatakan dan sentiasa baca juga gerakan badannya (body language).

Langkah3: Jangan terlalu ramah sangat dengan pelangan kecuali dia adalah sahabat baik anda. Terlalu ramah kepada pelangan ini kadangkala membosankan pelangan dan mereka mungkin tidak selesa berada di tempat anada. Sentiasa menghormati pelangan dalam semua keadaan.

Langkah 4: Orang kata, “pimpinan melalui tauladan, sekiranya anda yang mulakansesuatu yang baru, sudah tentu pekerja anda juga lakukan perkara yang sama. Apa saja anda lakukan itu adalah seperti , memberitahu pelayan anda bagaimana nak melayan pelangan. Apa yang anda katakan ada orang lain itu perlu dikotakan. “Practice what you preach”. Wassalam. E-Mail Mamak Haji: mohd.roslan99@gmail.com


Kali ini mamak haji tulis mengenai resepi sup cendawan berkrim yang biasa seperti dijanjikan. Sup Cendawan berkrim ini amat sesuai makan bersama dengan roti garlic (roti perancis disapu butter dan direnjis dengan bawang putih yang dicincang dan dibakar). Sebenarnya ketiga-tiga resepi spaghetti blognese, sup bercendawan berkrim dan Roti Garlic, mamak haji sediakan untuk katering 100 orang makan tengah hari. Ramai juga yang minat pada masakan menu dari Barat. Sekali-sekala mengubah selera tidak ada masalah. Cuma makanan itu perlu halal mengikut syarak dan dari sumber yang halal juga.  Sebenarnya pemakanan sihat adalah amat penting untuk kemajuan masyarakat atau pun negara. Ramai di antara kita tak ambil berat tentang pemakanan ini, “Pantang cuma tak jumpa, kalau jumpa balun”. Kerajaan negara-negara yang maju terlalu ambil berat tentang  pemakanan yang terbaik untuk rakyatnya. Setiap pemakanan yang dijual untuk umum perlu melepasi kepiawaian yang sangat ketat seperti tarikh tempoh, kandungan garam, kandungan gula dan lemak tepu diberi perhatian khusus. Pemakanan yang baik, bukan sahaja untuk kesihatan tetapi diambil kira sebagai faktor penting untuk pembangunan negara. Di negara kita kantin-kantin perusahaan atau pun kantin sekolah pun tidak ambil peduli. Wal hal kantin di kilang memainkan peranan yang penting bukan saja untuk pekerja tetapi untuk kemajuan syarikat. Kantin sekolah adalah asas membina masyarakat yang maju berkaitan mendidik generasi akan datang tentang permakanan. Mamak haji telah banyak menulis tentang peri mustahak fungsi kantin-kantin untuk pennguna seperti kilang atau pun di sekolah-sekolah diblog ini. Sayangnya keadaan ini tidak akan berubah tanpa komitmen dari semua pihak. Masyarakat kita kini lebih pentingkan politik seks dari membina minda rakyat. Saban hari semuanya tentang politik dan tanpa segan silu critakan tentan scaldal seks di mass media aliran utama.  Google telah meletakan pelayar komputer negara kita adalah paling gemar membuat carian tentang seks ini. Apa nak jadi dengan masyarakat ini tak tahulah. Di sana sini menjual ubat kuat kononnya memperkenalkan produk tempatan. Di UK anda cuma dapat ubat-ubatan seks ini di pekan Soho yang terletak diluar kota London. Buang bayi sudah tidak boleh kawal lagi, perceraian semakin hari semakin melonjak, walau pun setiap pasangan baru yang ingin kahwin perlu menjalani kursus perkahwinan. Apakah kursus ini mengkayakan guru agama atau membantu masyarakat?. Anda fikirlah masa depan keluarga tersayang anda sendiri. Mamak haji bukan mempertahankan di sini “makanan ‘ala Barat” adalah makanan yang terbaik.  Sebenarnya makanan terbaik ialah “makanan tradisional”, kita yang sumber dari tumbuh-tumbuhan semula jadi. Sumber makanan barat cuma membawa pengaruh kepada kita cara pemakanan yang kebanyakannya memudratkan kesihatan seperti kegunaan  Gula, garam, lemak tepu yang berlebihan.Kemajuan yang kita memahami dari sudut kaca mata kita telah menjurumuskan kita kepada makanan yang berkalori amat tinggi berasaskan seperti gula, daging atau daging ayam. Perubahan cara pemakanan untuk menyesuaikan untuk menghadapi arus kemajuan negara telah membawa kita kepada masalah-masalah “kegemokan”, penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi , jantung semakin meningkat di negara ini. Ini mengharamkan penjualan nasi lemak di sekolah bukanlah jawapan tercerdik. Santan yang terdapat dalam nasi lemak bukanlah punca kegemokan murid-murid. Tentang santan ini Mamak Haji telah menghuraikan panjang lebar dalam posting terdahulu. Santan adalah makanan tradisi kita. Kalaulah  santan yang telah menyebabkan “kegemokan” atau “obseity” seperti gemburkan, dah lama generasi orang India dan Melayu telah menjadi “Bangsa yang tergemok didunia”. Satu lagi perkara Mamak haji ingin terangkan ialah tentang, “Evolusi Genetik berkaitan saiz tubuh badan manusia”. Cara pemikiran lama atau tiori “evolusi genetik” selalunya dikaitkan dengan tumbuhan tubuh badan manusia. Kononnya saiz tubuh bada atau intelektual manusia ini bergantung kepada genetik atau keturunan bangsanya. Ini seperti Hitler mangatakan “keturunan Aryan” lebih hebat dari keturunan lain. Ini rasis namanya. Apa jua keturunan Manusia sebenarnya boleh mengawal pertumbuhan tubuh badan atau intelektualitinya tanpa mengira asal usulnya keturunan. Manusia boleh membesarkan tubuh badan kepada lebih 50 peratus dengan ” sistem pemakanan”. Atlit-atlit Jepun pada satu masa dulu adalah bertubuh kecil dan dan rendah. Dengan sebab itulah gelaran bagi orang yang rendah, kita sering gelarkan dia” jepun”. Sekarang anda lihatlah tubuh badan Atlit-atlit Jepun yang mengusarkan atlit-atlit dari Negara Barat yang sememangnya bertubuh besar.  Inilah Mamak Haji katakan tiori evolusi genetik bukanlah yang tepat. Seperti ramai yang yakin pada “tiori genetik” menganggap bangsa Melayu adalah bangsa yang kerdil, dan tidak mampu bersaing  dengan bangsa barat dalam acara sukan. Cuma kita mampu ialah acara yang kurang gunakan tenaga fizikal seperti sukan badminton atau permainan wau atau gasing. Mutu sukan negara semakin bukan maju tetapi mundur wal hal mutu sukan negara Jepun atau Korea semakin maju. Selepas negara Merdeka cuma sekali pasukan bolasepak negara layak ke peringkat sukan olimpik. Tentang Bola Sepak Negara ini kalau nak cerita sakit hati. FAM ditubuhkan pada 1951 dan Presiden Pertama ialah Bapa Kemerdekaan kita, selepas itu beraleh kepada Perdana Menteri kedua dan dari tahun 1976 hingga kini DYMM Sultan Pahang masih menjadi Presiden FAM. Kita amat menyanjungi Seri paduka Sultan-Sultan tetapi kadang-kala terasa pulak seperti di negara ini tak ada yang layak memegang jawatan itu. Mamak haji dah lama berhenti ke Stadium dah, bukan tak sayang bolasepak negara tetapi sakit hati dengan kemajuan sukan itu.  Kita perlu memperbetulkan cara mengambil permakanan kita, kalau ingin bangsa Melayu ini ingin menjadi sebuah bangsa yang gagah dan perkasa. Jangan ambil enteng tentang permakanan. STOP!.

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan cendawan butang  dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya.
  • 1 cawan bawang besar (jenis kuning – Bawang Holland kalau ada) dihiris kiub.
  • 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
  • 8 cawan atau 2 liter air stok ayam.
  • 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
  • 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
  • sedikit ‘thyme’ segar.
  • 2 sudu besar butter (mentega).
  • 2 sudu besar tepung gandum (cairkan dengan air).
  • 1 sudu besar worcester shire sos.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.

CARA-CARA:

1. Panaskan mentega- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit).

2. Masukan cendawan dan tumis bersama dalam 2 minit  lagi. Masukan lada hitam, sos worcester shire dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan tak perlu kisar lama biar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan. 3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa supaya air tepungnya sebati dengan sup dan menjadi peka. (kepekatan terpulang kepada jumlah air tepung yang dimasukkan).

4. Di bekas yang berlaianan, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).

5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat “reneh” /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara dipermukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Selamat mencuba.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,180 hits
April 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30