PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Mac 2013


Salam, lama juga tak up-date blog. Entah kenapa kesihatan Mamak haji setiap hari merosot sekali. Kemungkinan kepanasan Pulau Pinang semakin hangat. Jangka suhu ketika ini menunjukkan 33 celsius. Panas ini. Klinik kesihatan penuh dengan pesakit batuk dan demam. kemungkinan bahang pilihan-raya umum agaknya. Berita dari Lahat datu lagi panas. Kita doakan semoga askar-askar kita itu sentiasa dalam keadaan selamat.

MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG YANG TELAH TERKORBAN MEMBELA KESELAMATAN NEGARA.

Pengorbanan mereka untuk negara adalah sangat besar harap kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan askar kita kepada keselamatan dan kedaulatan tanah Air sentiasa diberi keutamaan. Ini bukan saja untuk yang terkorban dalam insiden Lahat Datu tetapi yang telah berkorban di tangan komunis lebih ramai itu juga diberi ganjaran dan penghargaan yang sama. Kali ini pertama kali mamak haji dah tak larat nak berfikir dan menulis dan buat posting copy dan paste. Ini pun ada sahabat mamak haji hantar melalui e-mail. Memang terbaik artikal ini dibaca dan direnungkan. Harap anda semua baca dan fahamkan. kepada empunya posting ini mamak haji minta maaf banyak- banyak kerana tak dapat minta kebenaraan, tetapi dari nada penulisannya kita tahu beliau ini rela untuk berkongsi demi untuk kemajuan ummah negara dalam bidang ekonomi.

Bisnes & Nikmat Sabar

Ditulis oleh Azzah AR
Assalamualaikum, salam kebahagian buat Tuan Puan pembaca Majalah Niaga yang disayang Tuhan. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Seringkali saya ditemukan dengan orang-orang yang begitu ingin menjalankan bisnes sendiri, namun kurang memiliki sifat sabar yang tinggi. Akhirnya, mereka putus asa kerana hasil yang dikehendaki, tidak berada di tangan dalam jangka waktu yang diinginkan dan terus angkat bendera putih – malah ada yang kembali kerja bermajikan!
Kalau diikutkan hati dan emosi lemah, diterjah pula situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, saya sendiri pernah berfikir mahu menutup perniagaan. Apa yang menghalang saya daripada berbuat demikian adalah keinginan bagi mencapai impian kerjaya saya yang terbesar iaitu mengusahakan perniagaan sendiri, dan ketidakinginan untuk kembali bekerja di bawah seorang majikan.. oh tidak!
Apa Yang Membuatkan Saya Bertahan?
Jadi, saya memilih bagi meneruskan perjuangan ini walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa dahsyat cabaran bagi mendapatkan job, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang merengsakan. Zaman semua orang berkata, “Kami tidak ada duit!”
Ya. Saya hanya bersandar dengan keyakinan terhadap pilihan yang telah saya ambil. Saya amat percaya bahawa bumi ini luas dan Tuhan menyediakan peluang rezeki itu di mana-mana, pada bila-bila masa.
Saya, dan mungkin ada di antara Tuan Puan juga, memulakan bisnes dengan tiada wang simpanan dalam tangan. Atau simpanan cukup-cukup bagi dibuat modal. Tidak mahu dibebankan dengan pinjaman bisnes, atau tidak layak membuat pinjaman. Jadi, tempoh awal bisnes, adalah tempoh yang paling sukar.
Perlu ikat perut, kerana wang yang ada hanya dapat digunakan bagi tujuan bisnes. Lebih-lebih lagi, bagi yang ada tanggungan keluarga, hutang, dan sebagainya. Jujurnya, saya sendiri pernah ada sebuku roti sahaja untuk dimakan selama seminggu. Namun, baca semula perenggan kedua artikel ini, maka saya bertahan dengan tabah.
Apakah yang diperlukan pada waktu-waktu sesak, terutama apabila bisnes baru sahaja hendak bertapak?
Satu kata, ‘sabar’.
Masih Ingat, Bagaimana Kita Boleh Pandai Berlari?
Selepas lahir, daripada berbaring, kita meniarap. Kemudian, kita mula mengengsot perut. Selepas itu, kita merangkak, bertatih, berjalan, dan akhirnya kita pandai berlari.
Kita bersabar dengan kuat dan bertatih dengan gigih. Bangkit, walau terjatuh berkali-kali. Kita melalui proses itu langkah demi langkah, dengan sabar. Jadi hasilnya hari ini, kita sudah mampu berlari, malah melompat dan memanjat!
Lihat kembali, beberapa pengalaman yang pernah kita sendiri alami. Peristiwa yang terjadi atau keputusan yang terhasil, disebabkan ketidaksabaran dan kegopohan kita dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan.
Apakah yang berlaku kepada perasaan kita pada waktu itu? Adakah kita bermurung, menyesal, dan berfikir… ‘Kalaulah….’?
Contoh. Semasa kecil, ibu meminta kita ke kedai membeli gula. Sebaik ibu memberikan wang, kita terus berdesup keluar kerana sukanya kita pergi ke kedai, walaupun ibu berteriak, “Nanti dulu!”
Tiba di kedai, saat tauke bertanya berapa kilo gula yang mahu dibeli? Kita menggaru kepala, kerana tidak menunggu ibu kita memberitahu maklumat lengkap pembelian gula. Kemudian, kita beli gula sekilo, berdasarkan agakan.
Pulang ke rumah, teruk dileteri ibu kerana dia sebenarnya hendak membuat banyak kuih yang ditempah orang, dan memerlukan tiga kilo gula! Waktu sudah lewat, kedai sudah tutup. Akibat tidak sabar, telinga panas dileteri, dan ibu gagal menyiapkan kuih berdasarkan tempahan.
Kalaulah Begitu & Kalaulah Begini
Hanya disebabkan kita tidak mahu sabar walau sedikit! Lalu kita murung, dan berfikir, “Kalaulah saya menunggu arahan ibu tadi, tentu ibu tidak akan rugi dan dimarahi pelanggannya.”
Guru saya pernah berkata, “Perkataan paling sedih di dunia, bukanlah ‘sedih’, tetapi ‘kalaulah’.”
Kalaulah kita bersabar sedikit. Kalaulah kita tidak gopoh. Kalaulah kita tidak membuat sesuatu keputusan berdasarkan emosi pada waktu itu…, tentu… oh!
Justeru, supaya kekesalan itu tidak berulang, ayuh sama-sama kita tingkatkan tahap kesabaran kita dalam bisnes. Rugi sekarang, tidak bermakna akan rugi selamanya. Tiada job sekarang, mungkin ada job yang lebih baik sedang menanti. Ditipu sekarang, boleh jadi Tuhan sedang menunjukkan kepada kita, siapa kawan dan siapa lawan.
Rujukilah rentetan pengalaman tokoh-tokoh bisnes yang cemerlang di negara kita. Mereka tidak sukses dan kaya raya dalam sekelip mata. Ada antara mereka yang sama seperti kita, mengikat perut bertahun-tahun demi menaikkan bisnes. Kesemua tokoh bisnes ini adalah orang-orang yang sabar, dan hari ini mereka memperoleh nikmatnya!
Berita gembira, apabila kita bersabar. Bukan sahaja Tuhan akan anugerahkan nikmat keuntungan dalam bisnes, malah anugerah pahala bagi mendapatkan nikmat penginapan yang terbaik di syurga!
Tuhan mengikut sangkaan kita. Jika kita bersangka baik kepadaNya, maka baiklah yang akan diberikan kepada kita. Jika kita bersangka buruk kepadaNya, maka buruklah jadinya.
Salam kebahagiaan sampai sorga. Jumpa lagi!
iklan

Assalamualaikum,
Kali ini mamak haji siarkan e-mail yang mamak haji terima dari pengunjung blog..kalau ikutkan banyak lagi e-mail tapi ini pengunjung istimewa sikit dari belum berniaga sehingga dia dah berniaga sentiasa menghubungi mamak haji. Mamak haji kali ini minta anda para pembaca tolong jawab soalan ini. Jawapan yg terbaik mamak haji bagi hadiah. Hadiah taklah mahal tapi mamak haji terasa nak beri sesuatu kenangan untuk pembaca mamak haji yang sentiasa SETIA mengikuti blog ini. Jawapan yang terbaik mamak haji siarkan bersama soalan ini.Kalau ada yang berat nak beri alamat dalam ruang komen, berikan alamat melalui e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Tapi tolong jangan hantar spam.  Tarikh tutup seminggu dari sekarang. Siapa cepat dia dapat hadiah..hahaha. e-mail atau komen pertama juga dapat hadiah Top-up RM5.00 percuma…hahaha!. Ini bukan hadiah Seperti BR1M. Ini hadiah untuk mengalakan anda mahir dalam masakan. Idea ini mamk haji dapat dari Cikgu kelas cucu mamak haji. Wassalam.
SOALAN SESI PERTAMA:
1. Macamana / tips memasak nasi beriani yg sedap? Nasi yg saya masak tawar je rasanya. Apa rempah / ingredients yg perlu saya lebihkan? sya dah ikut resepi beriani Tn Hj. Mungkin sya perlu sedikit masa lagi utk master cara masakan.
2. Baru baru ini saya masak ayam masak merah 17 ekor. Akibat overcooked, ayam manjadi hancur. Sejam selepas itu, ayam masak merah sya menjadi busuk dan berbuih. Busuk macam dah basi seminggu. Tn Hj. pernah tak ada pengalaman mcm nih?
3. Ada couple minta quotation nasi beriani untuk 1000 orang bulan 8 nanti. So saya ada 5 bulan untuk preparation. Masalahnya saya kurang yakin dengan kemampuan sya untuk handle masakan for 1000 orang. Tapi saya ada 5 bulan untuk belajar dan sya rasakan ini adlah peluang baik utk saya majukan diri dlm bidang ni. Kalau Tn Hj di tempat apa Tn Hj buat? ambik tempahan itu atau tidak? .

Sekiranya anda seorang katerer untuk satu tempuh yang lama dalam perniagaan ini mulai menyedari, makanan yang anda sediakan untuk sesuatu majlis perkahwinan adalah perkara yang terakhir yang akan difikirkan oleh pelangan anda. Maka isu makanan dalam sesuatu majlis bukanlah perkara yang mustahak bagi pelangan anda. Dalam banyak kes, bajet untuk majlis kahwin yang paling utama bagi pelangan anda ialah pakaian pengantin, hiasan tempat bersanding, kek lima tingkat, solekan, Muzik life, DJ, tempah lokasi majlis, jurugambar dari tv3,florist dan akhir sekali adalah tempahan katering. Duit baki cuma untuk bayar deposit tempahan untuk jamuan, itu pun pelangan anda akan tawar menawar kepada bayaran minima seperti bayaran balik hutang kredit card. Ini baru deposit dan belum lagi kos keseluruhan katering. Bagi bayaran penuh,pelangan yang mengadakan majlis perkahwinan pula akan harap wang sumbangan dari tetamu untuk membayar untuk perkhidmatan katering anda. Kalau tak cukup wang sumbangan yang diterima, hutanglah jawabnya kerana semua duit dah habis!.

Tak salah juga kita katakan bahawa hidangan hari perkahwinan bukanlah kenangan manis bagi pasangan yang naik pelamin, kerana ramai yang telah kahwin akan tergagap jawab untuk mengingat kembali, apa resepi hidangan katering pada hari perkahwinan mereka. Anda ingat?. Maka katering untuk majlis seperti perkahwinan bukanlah perkara asas dan penting bagi majlis perkahwinan. Jangan terlalu kritis terhadap apa yang mamak haji katakan. Sebagai katerer mamak haji ingatkan , jamuan makan adalah kriteria penting tetapi ramai yang tidak mengendahkan pun. Kebanyakan perbelanjaan yang mamak haji sebutkan untuk majlis adalah harga tetap, tiada kompromi untuk mendapatkan potongan harga tetapi perkhidmatan katering jadi medan untuk tawar menawar harga. Betapa sedihnya, bila kita sebagai katerer menjadi mangsa keadaan dalam majlis perkahwinan pelangan kita.


As-salamualaikum, kali ini kita bersantai dan tonton video yang dimuat-turunkan di youtube, tukang -tukang masak yang punyai skil penyediaan hidangan yang amat kagumkan. Tukang masak ini, penghibur jalanan seperti ini seringkali berikan hiburan unik  ini secara percuma untuk pelangan, pengunjung biasa atau pun pelancung dari luar negara. Video-video ini dah lama tapi ia boleh digunakan untuk cara penyediaan resepi yang mamak haji menulis diblog ini.

http://youtu.be/N14sM6Irwk   

http://youtu.be/bD-EznoOcb0

http://youtu.be/3nJbtsG80lQ

http://youtu.be/0jFCkVO5jTM

Kadang-kala mamak haji juga suka makan di kedai-kedai makan atau restoren orang lain bila ada masa dan sihat. Mamak haji obses tentang cara penyediaan makanan dan juga cara pengurusan sesebuah restoren. Empat tahun  yang lampau, mamak haji tak kisah semua ini sebelum buka blog ini. Mamak haji bukan buka blog ini. Blog ini adalah blog sahabat mamak haji. Cuma masa itu mamak haji tulis posting dan lama-kelamaan sahabat saya terus berikan blog ini pada mamak haji. Dengan sebab inilah mamak haji masih tidak tukar nama blog sehingga sekarang, apa yang penting bukanlah nama dan nama bukan segala-galanya.  Nak kendalikan blog bukan mudah, terutama kita yang tukang masak tepi jalan berbanding dengan chef-chef yang popular. Mamak haji amat terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana tetap berikan doa dan juga sokongan padu untuk mamak haji teruskan menulis. Mungkin tahun ini mamak haji kurangkan tulis resepi kerana kebanyakan resepi asal nasi kandar memang dah pun mamak haji tulis. Tahun ini mamak haji ingin tumpukan kepada pengurusan perniagaan restoren dan katering, katering termasuk kendalikan kantin-kantin. Cuma anda perlu bantu mamak haji kerana mamak haji kendalikan blog ini dengan keikhlasan yang ingin membantu peniaga-peniaga makanan orang Melayu yang selalu saja ketinggalan dalam arus ekonomi di Pulau Pinang, jadi janganlah jadikan mamak haji ini sebagai mengejar iklan komersial TV3. Mamak Haji ini ingin menjadi sahabat anda dalam maya ini, maka cuma yang ada masalah saja hubungi mamak haji. Yang dah pandai itu tak payah lah uji mamak haji. Mamak haji pun bukan pandai sangat, yang pandai dan bijak cuma Allah SWT. Kalau anda mahu teman untuk berkongsi pengalaman anda dalam perniagaan e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Kalau ada yang inginkan resepi yang tidak terjumpa di internet boleh juga minta dengan mamak haji. Kalau tak terjumpa dengan rempah pun boleh mintak tolong. Mamak Haji sungguh kesal ada saudara dari Langkawi minta hantar resepi rempah, mamak haji sudah beli dan dah pun bungkus tapi alamat pos mamak haji dah terdelete dlm fail email..maka kalau sadar itu baca ini dan ada mamak haji janjikan sila email mamak haji yea. Janji tetap ditunaikan..hahaha!.

Masa ekonomi tengah baik, apa saja perniagaan anda jalankan boleh hidup, tetapi kalau anda ingin lihat peniaga-peniaga yang betul-betul berjaya ialah peniaga yang gah semasa ekonomi kecundang. Mamak Haji bukan pakar ekonomi, tetapi tahulah apa yang akan berlaku selepas PRU-13 kali ini. Dua perkara yang penting tetap akan berlaku ialah, bolehkah UMNO/BN releven untuk rakyat atau akan berakhirkah perjuangan reformasi Datuk Anwar Ibarahim, orang kuat Ceruk To’Kun, Pulau Pinang ini yang dikatakan hebat. Klau PR kalah Datuk Anwar kena tutup kedai cepat-cepat. Di Pulau Pinang ini seperti musim durian sekarang, Durian runtuh disana dan di sini bukan di kebun durian  Balik Pulau. Durian runtuh merata. Tak lama lagi sebelum sehari Pilihanraya restoren nasi kandar di Pulau Pinang akan beri nasi kandar free dengan tiga ekor udang saiz XXL kalau anda memakai T shirt cop parti yang mereka suka. Seperti mamak haji selalu katakan, “There is no such thing as free lunch”, Kalau ada orang beri, perlu ada pemberi. Siapa pemberi itu?. Sudah pasti, pemberi itu adalah rakyat. Selagi ada minyak di pam keluar Petronas oklah tu. Tapi kita lupa anugerah minyak petroleum ini cuma diberikan kepada umat Islam, Di kawasan kita cuma negara Islam saja memiliki pelantar minyak seperti negara Indonesia, Brunei dan Malaysia. Bila Anwar kata, Malaysia mampu beri pelajaran percuma, ramai yang kata Malaysia boleh bangkerap. Mamak haji kesian juga kat budak-budak kat universiti ini yang perlu ditanggung hutang berpuluh ribu dalam usia muda ini. Bila banyak hutang itu boleh berjurumus kepada hidup kepapaan, kepapaan ini boleh menyebabkan iman seseorang juga menjadi papa, kecuali iman orang itu seperti iman ahli zuhud. Mamak haji bukan lah seorang ahli ekonomi, cuba anda kira, setahun Petronas yang cari gali minyak negara ini, membelanjakan sebanyak 30 juta euro bersamaan dengan RM120,729,204.39 cuma untuk “nama petronas” dicantumkan kepada Mercedes AMG dijadikan, “MERCEDES GP PETRONAS” (title sponsor). Cuma untuk nama ini Petronas bayar lebih RM120 kepada syarikat mat salleh Formula One ini. 120 juta untuk bubuh nama dibelakang nama mereka, tetapi di Pulau Pinang, Mendiang Low Boon Siew, gunakan nama BOON SIEW di atas nama HONDA..hahaha. Jadi PETRONAS ini joli duit kah , kalau joli itu, duit siapa?. Lantak pii lah, kalau fikir kita pening, nanti depa kata ia adalah promosi nama Petronas di Eropah, untuk membantu orang Melayu bukak stesyen minyak petronas kat Paris, London dan New York. Malas nak layan politik ini. Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,197 hits
Mac 2013
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031