PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Pengurusan Katering/Restoren/Kantin

Assalamualaikum para pengunjung Ke Weblog Mamak ini!

Blog ini semata-mata disediakan untuk pengetahuan berkenaan perniagaan yang berasaskan dalam bidang Katering,Restoren atau pun kantin.Pada pendapat mamak marilah kita bersama berkongsi pengetahuan dalam perniagaan ini terutama untuk orang-orang Melayu yang baru ingin mencuba dalam bidang ini.Di blog ini para peminat makanan boleh berkongsi idea dan resipi-resipi dan keseluruhan bidang penyediaan Makanan.

Perniagaan Restoren,Kafeteria Dan Katering bukan lagi bidang perniagaan kelas tiga.Kebanyakan usahawan kita masih lagi berfikiran sempit dan negative terhadap peluang-peluang begitu luas terdapat untuk merebut kekayaan dan nama dibidang ini.KFC ,Macdonel,Dan lain-lain adalah contoh yang nyata kejayaan dalam industri makanan yang berorientasikan pada layanan pelanggan.Jangan berpendapat perniagaan ini adalah untuk tempat orang yang gagal dalam perniagaan.Skop perniagaan ini perlu dipandang luas dan terbuka.Pada zaman di mana suami isteri dikehendaki berkerja untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga , perniagaan makanan membuka ruang untuk kebanyakan mereka makan di luar.Dengan menitik beratkan perniagaan yang sedang berkembang maju saya ingin memberi sedikit pengetahuan untuk menguruskan perniagaan ini secara professional dengan mengajak para usahawan yang baru dan dah lama kecimpung untuk mempelajari cara-cara yang mudah untuk menguruskan perniagaan Anda.Cara pengurusan yang ditampilkan adalah dari pengalaman penulis di bidang Kantin,Kafeteria dan Restoren.Penulis juga sedia menerima segala komen dan cadangan yang baru dari pembaca untuk mengembangkan perniagaan ini dikalangan pembaca Bahasa Melayu yang kurang mempunyai bacaan Ilmiah tentang perniagaan ini.

 

17 Respons to "Pengurusan Katering/Restoren/Kantin"

assalamualaikum haji..
sy baru mulakan katering..nak tanya dari pengalaman hj jika untuk penyediaan makan 800pax berapa ekor ayam yang diperlukan dan berapa kilo daging perlu dibeli?
terima kasih..

Salam, Mamak Haji selalunya buat katering menu nasi kandar Ayam 1.7kg – 1.8kg potong 10 ketul seekor. Kalau lapan ratus maknanya 80 ekor ayam. Berat ayam tentukan dgn betul. Kerana kita beli kira kg…jual pulak pakai ketul. Jaga kilo masa order. Daging nasi kandar masakan itam mamak haji selalunya buat kiraan daging ais bermutu tinggi 1 kg potong 14 ketulan. Setiap ketulan untuk seorang. Pesan dgn pembekal daging, seperti berikut, ” ptong daging 1 kg 14 ketul, sebanyak 800 ketul. Pembekal daging faham maksud anda. Di PUlau cakap saiz nasiq kandaq..mereka tahu. Di selatan mamak haji tak tahu pulak cara potong daging ini.Harap faham penerangan mamak haji yea..kalau ingin tanya soalan terperinci e-mail mamak haji. Wassalam.

assalamualaikum haji….
saya masih bekerja di syarikat swasta,sy berminat nk menjalankan perniagaan makanan nasi campur, dari mana nk mulakan?takut jugak kalau nk bhenti kerja tiba2…
tq

Mualaikum salam,
Mulakan perniagaan yg mamak haji sarankan dlm blog ini bukanlah perniagaan yg gunakan modal puluhan ribu atau ratusan ringgit. Mulakan perniagaan yg mamak haji sarankan ada kecil-kecilan seperti bermua dari rumah. Tak semestinya anda perlu berhenti kerja yg beri pendapatan tetap bagi keluarga. Kita boleh berhenti kecuali kita ada simpanan selama 6 bulan gaji kita yg terima. Perniagaan kerja sambil banyak..ramai lakukan juga seperti peniaga pasar malam, mereka siang kerja tapi masa yg terluang dari 5:00ptg sehingga 10:00 mlm itu mereka gunakan utk mencari rezeki. Ada juga org pagi buat nasi lemak atau kueh-kueh hantar ke kantin pejabat mereka kerja atau jual untuk kawan-kwan pejabat kerana tak keudahan kantin atau tempat jualan sarapan. Ada juga pekerja mengambil pesanan katering dihari rehat sabtu dan ahad menjalankan katering kecil kecilan utk jamuan majlis hari jadi, majlis syukran atau jamuan hari raya. Tak semestinya kita berhenti terus berniaga. Mulakan mcm mamak haji terangkan di atas, sekiranya anda dah cipta nama dah..dan order bertimbun dan anda dah pastikan pendapatan dari perniagaan boleh menampung perbelanjaan isi rumah maka eloklah angkat kaki. Perniagaan seronok tang kalau kuat kerja banyak boleh dapat rezeki lebih, tapi kalau kita kerja dgn org mcm mana pun rezeki sampai kepada taukeh kita. Inilah lain sikit. OK yea..baca atikal Nasi Bungkus atau lunch box anada akan faham maksud mamak haji ini..kalau keliru dan ingin berhubung mamak haji on line mamak haji selalu kat FB..Mamak Haji..cuba cari yea.

Assalamualaikum! saya nak tanya, jika masak ayam masak merah dalam jumlah yang banyak. Apa cara untuk elakkan isi ayam seperti bahagian paha tidak hancur? Terima kasih!

mualaikumwassalam..peha ayam yg hancur ini biasanya berlaku pada peha ayam yg kalau goreng mcm sarung kaki yg longgar..biasanya ini didebabkan ayam yang sudah pencen atau tua..pembekal ayam kdg tak amanah seperti kita sangka dlm dunia yg serba mengejar harta duania ini..kerap kali dan masa mengadunkan dgn kuah kacau tidak cermat. Perlu sabar dlm masakan. Ia seperti menceduk ikan dan ayam dalam gulai.

Salam Mamak Haji, maaf sy baru disini. Bolehkah sy dptkan email mamak haji utk sy cerita niat sy untuk menceburkan diri dlm perniagaan ini dengan kaedah yang sy fkirkan. Besar hati sy nk mendpatkan sedikit pandangan dari mamak haji.

Mualaikumwasalm…e-mail mamak haji…mohd.roslan99@gmail.com…lebih elok ke page Face book mamak haji..bukan LIKE page itu..saudara cuma kena follow..kerana page mamak haji tidak boleh add friend lagi kerana kuota Fb dah penuh..yg menunggu beribu..hahaa. PM mamak haji katakan dari blog mamak haji..insya allah mamak haji akan melayan segala pertanyaan saudara dengan terus menerus yea..kalau e-mail..berpuluh e-mail mamak haji terima sehari..berlambak mamak haji tak balas..kerana kesuntukan masa dan juga kesihatan mamak haji kebelakangan ini tak berapa baik..wassalam

Assalamualaikum Haji, saya nk tanya,

Situasi:-
Sy ingin memulakan perniagaan katering bersama dengan makcik sy. Dimana Makcik sy ni adalah pengusah kecil kantin, jadi dengan niat untuk membantu beliau dan juga diri saya, saya ingin berniaga bersamanya untuk meluaskan perniagaan beliau. Beliau pernah mengajar saya masak nasi lemak waktu saya berniaga dulu. Jadi sekarang ni sy nk bantu beliau dari segi marketing dan production kalau ada projek.

Soalan:-
Adakah patut atau tidak sy teruskan niat saya ini sebb ada orang kata bahaya bisnes dengan keluarga? takut bergaduh san sebagainya…

Mualaikumwasalam…saudara-mara ini bermaksud orang yang paling terdekat, yang paling dipercayai dalam perniagaan. Saudara-mara ini bukan sebagai pekerja tapi lebih dari pekerja. Maksud mamak haji kalau pekerja kerja 12 jam…yang dianggap saudara pada pemilik itu perlu kerja 14 jam..2 jam itu untuk yg digelar saudara. Pemilik pulak saudara itu jangan anggap pekerja mcm pekerja bangla..lanyak tapi imbuhan sepatutnya tidak diberi memadai dgn usaha saudara itu yg berniat majukan perniagaan anda. Gaji mungkin sama dgn pekerja lain tetapi imbuhan yg diterima seperti belikan kenderaan, rumah atau pun melatih jadikan bakal pengganti untuk perniagaan baru yang anda ingin mencebur akan menyuntik semangat pada saudara mara yg menjadi tonggak utk perniagaan. Pada kebiasaan nya ini tak berlaku dlm perniagaan..keadaan menang-menang tak wujud..kerana perkara kecil dlm perniagaan boleh terguris hati dan sebelah pihak keciwa. Nasihat mamak haji begini..anda boleh mencuba tapi kuatkan diri sekiranya berlaku perkara yang tidak ingini..insya allah kalau kita ikhlas demi allah..dan semua nya akan berlaku dgn molek. Jangan rasa keciwa sekiranya keikhlasan anda tidak diterima baik..sekurang-kurang kita perolehi pahala dari allah apa yg kita lakukan itu dapat ganjaran darinya…JADI KENAPA TIDAK?..CUBA DULU..WASALAM.

assalamualaikum mamak haji saya nak tanya
1.macam mana saya nak selesaikan masalah saya yang mana ade ke katering yang menyediakan kuih muih sahaja,dan buat brand pulak katering kuih?
2.macam mana pulak kalau saya nak supply ke sekolah2,kilang2,dll,adakah saya menganggu dari segi,contoh diorang dah tender dgn kilang atau kerajjan adakah saya menganggu????
3.kami dah buat kuih hantar dalam 2-3 tempat dah 20 tahun macam mana nak selesaikan masalah ni mintak sangat2 tuan haji tolong……….

Mualaikumwasalam,
Dari pengalaman mamak haji sebagai katerer untuk kantin…sebenarnya kita katerer tidak punyai masa dan kepakaran dalam buat kueh-muih untuk dijual dalam kantin. Buat kueh ini mcm tak praktikal untuk sarapan pagi dan juga petang. Kalau buat sikit dengan banyak masa terluang ada lah sama kecuali perlukan kuantiti besar lain cerita. Dalam buat kuih nak berbagai jenis..satu dua jenis saja pelangan jemu. Dengan sebab itu kiya mencari gile orang yyg buat kueh ini untuk kantin. Harga sama pun tak janji ada kueh pun ada. Sebagai katerer kita perlukan perkhidmatan bekalan kueh yg profesional bukan takat buat kat rumah utk penuhkan masa lapang (hobby). Rasa nya ia tidak ada masalah untuk majukan perniagaan buat kuih muih ini…buat cara production profesional pagi dan petang sudah ada van menghantar di merata tempat.

Di kilang membekal kuih – muih dan juga berurusan perniagaan biasanya dipertanggung-jawabkan pada katerer yg dapat kontrak itu. Cuma seperti kebenaran masuk itu perlu melalui proses biasa pengurusan kilang. Ada kilang memperuntukan sehari dalam seminggu untuk jualan berbagai seperti pakaian, alat solek, atau makanan ringan seperti kuih dikawasan kilang utk kemudahan pekerja yg tinggal di asrama. Anda boleh hubungi pihak HR untuk mendapatkan kebenaran untuk mengadakan sales kiosk ini. Biasanya dikenakan bayaran sewa tapak. Cuba juga ini yea.Bangunan kerajaan juga lakukan sama.

Keluar dari kepompung atau berfikir diluar kotak dlm perniagaan kuih ini. Anda juga boleh lihat kedai kek diusahakan peniaga Cina sediakan cage dlm kedai kek mereka..tetapi orang kita bukak kedai kek cuma untuk jual kek hari jadi atau kahwin saja. Rangkaian pembuat kueh peniaga Cina besar…tapi org kita jarang bersatu dlm perniagaan..sama seperti dlm politik. Sikap ini kena ubah..

assalamualaikum mamak haji..
saya baru berjinak untuk berniaga kecil-kecilan.modal saya pun tidakla sebesar untuk memulakan perniagaan katering.saya membuat sandwich dan meletakkan di stesyen minyak.

Tp penjualan kurang memberasangkan.Apa pendapat mamak haji..adakah perlu diteruskan atau tunggu sehingga jualan memberansangkan.

Terima kasih.
Ida_eyda1206@yahoo.com.my

Mualaikumwassalam…sebenarnya perniagaan ini bagi mamak haji..yg penting mula dulu…tak kiralah apa saja perniagaan. Pengalaman sehari berniaga sama dgn 1 minggu kita hadiri kursus perniagaan. Dlm berniaga ini pengalaman penting. Bukak lagi pasaran jgn bertumpu di satu tempat saja. Di kantin sekolah atau di kilang-kilang pun boleh letak. Taukeh kantin tak ada masa utk buat sandwich ini semua.Apa juga perniagaan anda perlu ingat strategi pemasaran produk penting. Insya Allah anda boleh berjaya. Mamk Haji juga doakan utk kejayaan anda.

Salam…Tuan, saya mendapat tender membekal makan tengahari Dan malam untuk 300 org atau 300 pek selama 2 bln, menunya lauk ayam atau Ikan, sayur, buah dan nasi. Saya nak tanya pd tuan berapa kilo sayur yg patut saya guna kalau saya guna sayur kobis Dan lobak, dan jika Kari ayam, berapa byk Kari, bawang Dan Santan yg patut saya gunakan. Harap tuan dpt membantu.

Assalamualaikum
boleh saya tahu anggaran budget untuk kantin sekolah bagi pelajar seramai 640, di mana makanan disediakan adalah untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang. berapa RM / pelajar untuk sehari?

Assalamualaikum Haji, Saya berhajat untuk membuka restoran. Satu persoalan yang saya belum dapat kaedah penyelesaian ialah mengenai tukang masak. Macamana kaedah dilakukan di restoran mamak mempastikan restoran tetap beroperasi walaupun tukang masak berhenti.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,087 hits
Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031