PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Oktober 2011


Mamak kalau boleh tidak mahu menulis mengenai resepi-resepi masakan ini. Resepi seperti ini memang banyak terdapat dalam website. Menulis resepi pula perlu ada kepakaran yang tersendiri seperti menguji berkali-kali untuk membetulkan menjadikan resepi yang sempurna. Tetapi ada masa Mamak terpaksa menulisnya kerana memenuhi permintaan oleh pengunjung blog yang ingin memulakan perniagaan baru. Perasaan peniaga ingin membuka perniagaan baru, Mamak Haji memang memahami perasaan yang seribu tanda tanya dalam pemikiran. Salah satunya resepi-resepi yang dipersembahkan kepada pelangan diterima atau pun tidak. Sekiranya kita ingin tahu semua resepi masakan dan baru nak mulakan perniagaan, memang tak jadi berniaga ini. Semangat untuk berniaga itu timbul apabila mempunyai keyakinan diri dan ingin mengubah kehidupan yang sekarang kepada yang lebih baik. Kebanyakan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang berniaga ini, bukanlah hanya bergantung kepada masakan mereka. Kadangkala karipap yang dijual oleh peniaga baru, klim karipap pun lintang pukang dan menu masakan kari seperti masak lemak tetapi mereka ini punyai keyakinan diri dan semangat berniaga itu yang kita kagumkan. Kalau perhatikan, seorang tukang masak handal atau cef sukar sekali melibatkan diri dalam perniagaan makanan kerana mereka rasa diri mereka belum cukup lagi ilmu masakan. Mereka ini semangat dan keyakinan diri amat kurang. Berniaga makanan ini paling mudah, buat apa yang kita tahu masak dan cuba menjual. Buat dan jual ini amat berbeza sekali. Buat ini siapa-siapa boleh buat tetapi kemahiran berniaga adalah bagaimana kita nak jual. Mamak haji ceritakan kisah seorang anak muda Melayu yang bijak lama bersama Mamak. Dia ini tidak tahu masak atau apa pun hal-hal dapur. Dia minta kerja dengan Mamak Haji sebagai pembantu dapur. Mamak Haji tak nampak sebarang bakat dia dalam memasak dan dia dipindahkan dari dapur ke counter depan. Apabila diberada front desk kecekapan dia mula menyerlah. Dia ini punyai perhubungan yang unik dengan pelangan. Dia cepat mesra dan boleh dikatakan semua pelangan kenali dia. Memang dia menjadi anak emas pelangan dan bagi Mamak Haji di Restoren. Satu hari dia datang jumpa Mamak Haji, “Mamak Haji saya bercadang nak berhenti dan berniagalah”, Mamak Haji memang memahami hasratnya dan tahu dia akan lebih berjaya sekiranya libat diri dalam berniaga. Mamak Haji tanya dia, “kamu nak berniaga apa?”. ” Mamak haji kalau boleh mamak haji tolong saya beri diskaun untuk nasi bungkus, saya ambil seratus bungkus sehari dengan harga RM2.50. Menunya Nasi, Ayam dan sayur. Mamak haji saya nak jual satu bungkus RM3.50 kepada pelangan saya pekerja kilang yang buat overtime”. Hahahaa…memang bijak budak ini, Mamak yang membuat cuma untung satu bungkus 0.50 sen saja dan dia pulak untung satu kali ganda seringgit. Kalau seratus bungkus sehari untung bersih RM100.00 X 20 hari = RM2,000.00. Pendapatan bulanan dia RM2,000.00 dengan cuma berkerja ambi dan hantar 1 hingga 2 jam. Akhirnya Mamak Haji salam tangan dia, “OK .. deal on!”. Inilah dikatakan peniaga yang berinnovasi. Sampai kini Mamak Haji amat sayang dia..kerana dia yakin dengan mulut bukan dengan pisau dengan kuali. Seperti seorang ejen insurance yang bermodalkan mulut. Siapa yang kata kita perlukan modal besar untuk berniaga makanan ini. Kini budak ini sudah jadi, “event organizer” dan kerap kali Mamak Haji pulak kerja untuk dia untuk membuat katering untuk majlis-majlis. Semangat dan keyakinan diri mendorong kita mencebur diri dalam perniagaan. Kebanyakan peniaga yang berjaya dalam bidang makanan bukanlah terdiri dari tukang-tukang masak handal tetapi orang punyai kemahiran pentadbiran perniagaan dan bersemangat dan bercita-cita. Kemahiran dalam masak cuma satu kelebihan dalam perniagaan makanan bukan kemestian.

Tetapi apabila kita sebut peniaga kecil atau orang yang berkerja sendiri anda perlu ingat, anda juga tuang masak,pekerja dan boss. Dengan itu anda memerlukan kemahiran dalam semua lapangan untuk maju. tanpa kemahiran anda tidak dapat bekerja sendiri. Inilah golongan sasaran Mamak Haji dalam blog ini. Dengan ini terpaksalah Mamak Haji memenuhi apa saja permintaan golongan peniaga seperti ini memahirkan mereka dalam masakan mengikut perpektif perniagaan. kadangkala kita perlukan satu dua resepi untuk merangkaikan perniagaan yang diceburi untuk memperbanyakan menu.  Baik Mamak Haji cuba huraikan apa kah itu, “rangkaian masakan”. Sekiranya anda ingin berniaga masakan mamak seperti nasi kandar anda perlu tahu sekurang-kurangnya atau  mahir dalam masakan asas nasi kandar. Resepi nasi kandar asas ialah: Nasi Putih, Dua jenis kari (kari ayam dan kari ikan), dua jenis gorengan ‘ala Mamak (ikan dan ayam), Daging (masak itam). Sayur (kobis/ Kacang Panjang). Inilah asas lauk nasi kandar yang meniaga secara mengandar menu-menu masakan ini di dalam bakul diperbuat dari rotan oleh peniaga asal nasi kandar. Tetapi Nasi kandar ini digemari ramai,  maka wujudlah kedai makan Nasi kandar dengan lauk-lauk sampingan untuk  menambahkan lagi hidangan asas itu. Nasi (dalca/beriani/tomato), Ayam (ayam masak merah/ madu/kurma/bawang/kapitan) dan ikan  (ikan masak masala) , lauk sampingan telur rebus/telur masin/telur bawang/ telur ikan/ telur sotong) kambing (kurmak/dan perut kambing). Bila orang yang berada mula berkunjung, tambahan lauk (sotong putih/udang besar/ ketam/ ayam tandoori) mula diperkenalkan dalam resepi nasi kandar. Kini Restoren nasi kandar ada menu Barat dan TomYam sekali. Peniaga perlu majukan perniagaan mengikut selera dan permintaan dan suasana kemajuan iklim ekonomi pelangan. Begitu juga dengan perniagaan Mee. Maka wujudlah versi mee rebus, mee goreng, dan rojak mamak. Sekiranya ingin berniaga cucur udang saja memang kurang perniagaan kita akan sama selepas berpuluh tahun. Majukan perniagaan kita, perlu berniaga mee dan passembor atau rojak sekali. Kenapa perlu anda berniaga mee dan passembor sekali. Cucur udang adalah bahan asas dalam ketiga-tiga perniagaan ini sama juga kentang rebus goreng atau pun lain-lain bahan perencah. Ia berkait mengai dengan satu sama lain. Kita buat mee mamak jangan pulak gunakan daging ayam atau daging kerana ia adalah kos tambahan. Bahan masakan ini dirangkaikan satu sama dengan yang lain. Ini dikatakan menu berangkai. Cipta menu rangkaian ini untuk mengawal kos bahan masakan.  Sebenarnya apa yang menjadi perencah dalam mee goreng mamak adalah bahan sampingan menu yang lain. Dalam mee goreng Mamak anda akan dapati cucur udang, tauhu goreng dan juga kentang rebus digoreng. Bahan-bahan ini sekiranya kita sediakan untuk mee goreng saja tak pulang modal. Masa yang diambil untuk penyediaan bahan perencah pula ambil masa. Inilah kejayaan rahsia perniagaan Mamak-Mamak ini di Pulau Pinang.  Kalau anda kurang yakin kajilah menu-menu restoren Melayu dan Restoren Mamak. Dengan sebab itulah Mamak menulis tentang resepi cucur udang dan juga selitkan kegunaan cucur udang ini. Kalau ingin cucur udang ini rangup ‘kruk- krak’ untuk kegunaan passembor tambahkan sedikit kapur masakan. Caranya sama seperti tepung pisang goreng. Kalau nak berniaga tak akan pii cari tepung siap pisang goreng?. Belajar buat sendirilah tepung itu. Bukan nak buat roket bukan?. Mudah cuma perlu berminat untuk belajar. Oklah banyak songel pulak Mamak haji ini. Tulis tajuk resepi..dia pukul keliling..tapi, pii..pii mai..tang itu ja!. Tak apa bagi can kat orang tua.. Mami kata makin tua Mamak haji makin kuat sembang…dah jadi darah daging. kalau tak sembang macam tak seronok pulak.OK…..OK!.

Mamak Haji kepenatan tetapi hari ini Mamak Haji terima e-mail yang kali kedua dari pengirim sama yang memohon resepi Mee Goreng Mamak. Ingat resepi mamak ini berkait. Tak perlulah mamak tulis resepi perlu terangkan satu persatu tentang penyediaan bahan asas.

Seperti Mamak Haji katakan tiada resepi khas untuk resepi mee goreng mamak ini. Mamak Haji layar web untuk resepi “mee goreng mamak” , secara rambang tetapi kebanyakannya resepi tidak memahami rangkaian masakan Mamak ini dan juga rsepi mee goreng mamak. Kalaulah mee goreng mamak tak ada cucur dan rasa kacang ia bukan mee goreng mamak tetapi ia mee goreng ‘ala Mamak yea. Jangan keliru seperti mee rebus mamak pakai kicap jadikan ia hitam, kononnya ikut warna mamak ini berkulit gelap…hahahaha!. Rahsia mee goreng Mamak tak sama dengan mee goreng lain-lain kerana ia menggunakan perencah untuk senang digoreng seperti mee segera. Pes atau perencah ini yang membezakan mee goreng mamak dengan yang lain. Perencah ini perlu disediakan dulu. Pes ini pulak kalau tak habis boleh disimpan dan tak rugi. Cara goreng Mee goreng Mamak sama seperti mee gorang resepi lain-lain. Tetapi gunakan api keras supaya mee tak lembik. Cara mengambil mee untuk satu hidangan adalah mencekak satu genggam sudah mencukupi. 500 gm mee anda perlu berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 6-8 pinggan. Kuantiti mesti sama. Memang anda rasa ini mustahil tetapi disinilah peranan sayur taugeh mainkan peranan. Sayur sawi cuma cantikan hidangan. Sayur taugeh sayur yang paling murah tetapi sekarang mahal sedikit. Sekarang anda tahu rahsia taugeh dalam goreng mee atau kuoy teow???. hahaha..”Mamak, Mee goreng satu taugeh tak mahu tarok”..mamak kelam-kabut tambah mee sikit lagi..hahahaha!. Hampa jangan bagi tahu mamak itu ada mamak bukak rahsia nooo…ini penderhakaan kepada perniagaan namanya. Ini rahsia khas untuk peniaga saja.

RESEPI MEE GORENG MAMAK:

Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 150 gm cili kering
  • 100 gm udang kering geragau/ kepal
  • 1 gengam kacang dhal (paruppu)
1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.
  • 1 cekak mee kuning.
  • 1cekak tuageh.
  • 1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1″.
  • 1 biji telur.
  • 1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
  • 2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
  • 1 sudu kecil kicap cair.
  • air garam yang dilarutkan dalam botol.
  • Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
  1. Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis…hahaha).
  2. Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
  3. Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
Nota: Untuk peniaga mee goreng Mamak, jangan lupa ketuk kuali dengan sudip sampai orang lalu-lalang dengar sampai satu Km, untuk ambil perhatian pelangan. Kalau tak ketuk kuali itu bukan Mee Goreng Mamak…(gurau saja) hehehehe!. kalau anak dara yang goreng mee mamak jangan ketuk kuali yea!. orang kata, nanti dapat suami tua gayut…hahahaha!. OK…kalau ada yang ada masalah membuat pes/perencah mee goreng Mamak ini atau lain-lain perkara ini sila e-mail kat Mamak. Kalau anda ingin berniaga menu makanan mamak beritahu mamak haji supaya boleh Mamak layan cepat masalah anda. Untuk saudara yang bertanyakan tentang perniagaan masakan asas nasi kandar mamak telah selitkan dalam atikal ini. Kepada pengirim e-mail yang atas mamak mohon maaf kerana lupa  dan banyak sangat e-mail yang perlukan perhatian segera. Wassalam.
e-mail mamak haji:  mohd.roslan99@gmail.com

Mamak tak tahu nak kata apa tentang kenaikan harga barangan masakan terutama kepada peniaga-peniaga makanan. Tahun 2011 semakin tamat, dan tahun 2012 sedang menghampiri dan apa yang akan berlaku seterusnya pada tahun 2012 menjadi seribu tanda tanya di kepala otak Mamak. Banjir di Negara Thailand sedang berterusan sekurang-kurangnya dua minggu lagi. Banjir di Thailand telah menyebabkan negara Thai merupakan pengekspot utama beras terbesar Asia Tenggara sedang menghadapi kekurangan bekalan beras pulak.  Hutang negara-negara Eropah sedang meruncing menyebabkan ekonomi dunia menjadi lembab. Di Negara kita harga sayur,  seperti cili, kobis dan bayam kangkong dan lain-lain ikut melambung. Harga ayam tidak menentu. Harga beras kerajaan, tidak dapat bertahan lama. Harga beras tetap akan naik. Mungkin kerajaan kekalkan harga beras 15 peratus kira ok juga. Barangan harga naik kerana bekalan semakin kekurangan dan permintaan semakin bertambah. Kita perlu memahami kita tidak boleh menyalahkan pembekal. Memang kita boleh gunakan segala undang-undang untuk menyekat kenaikan harga ini tetapi ia bukan keputusan yang baik. Siapa nak berniaga rugi?. Masalah ini adalah paling parah bagi peniaga kecil. Orang Makan gaji lain, cukup bulan dapat gaji. Orang berniaga?. Bila makanan restoren dinaikan harga makanan, pelangan ke restoren semakin berkurangan. Perniagaan restoren tidak mengapa kerana boleh naikan harga guna nama persatuan tetapi bagaimana pula dengan katerer kantin yang membuat perjanjian kontrak ketetapan harga makanan dengan pihak pengurusan kilang?. Sebagai contoh, Mami seorang katerer yang menjalankan perniagaan katering dengan kontrak terikat selama 1 tahun dengan harga makanan yang ditetapkan (selama 4 tahun Mami jalankan perniagaan katering di syarikat ini) di salah sebuah kantin di kawasan perindustrian Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang. Kontraknya akan tamat pada Disember 2011 ini. Pihak pengurusan syarikat tidak nak ambil tahu kenaikan harga barangan. Mungkin juga pengurus dan bossnya tidak pernah ke Pasar atau pun beli barangan harian. Kemungkinan isteri mereka guna pakai kad kredit dan tak ambil pusing dengan kenaikan harga barangan ini. Pekerja mereka tidak akan dapat kenaikan gaji kerana ramainya terdiri dari pekerja impot dari Bangladesh atau Nepal. Pekerja tempatan mulai krang terutama pekerja Melayu yang dikenakan berbagai cara tidak akan diterima bekerja di kebanyakan kilang-kilang Industri orang tempatan. Kalau ada pun pakai kontrak saja.  Sekiranya kilang itu penuh dengan pekerja Bangla dan Nepal bolehkah katerer yang menjalankan perniagaan itu bertahan?. Nasi masak berapa guni tetap akan habis tetapi bagaimana dengan lauk?. Kalau anda tengok si mat bangla dan Nepal ini makan nasi putih anda akan terkejut. Kita boleh makan dua hari jumlah nasi yang mereka mentakadarah menghadap satu pingan dalam satu waktu. Mereka ini tak perlukan lauk cuma kari paruppu  sudah mencukupi kalau tak kedekut mereka ambil labu air masak paruppu juga. Kalau berniaga, nasi putih pun kalau tak untung tak perlulah berniaga kantin-kantin yang dipenuhi Mat bangla dan Mat Nepal ini. Percayalah tak lama lagi majikan kilang-kilang ini akan meminta supaya katerer impot dari Bangla atau Nepal diberi permit untuk menjadi katerer dikilang mereka.  Pesatuan majikan kilang akan meminta demi menjaga untuk Mamat-mamat ini. Mamak percaya katerer kantin kilang yang ada sekarang satu demi satu akan, “gulung tikar tidak lama lagi”. Apa yang berlaku ialah pihak pengurusan syarikat tempatan hisap darah katerer tempatan dan dermakan kepada pekerja impot untuk mengemokan mereka untuk kegunaan mereka. Maka betullah pepatah Melayu itu, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Masalah Dihadapi Katerer Kantin kilang:

1. Menu, Pilihan dan Harga:

Sebagai katerer kantin, perlu ambil kira keperluan pelangan yang semakin cerewet dan rumit seperti mereka mahu makanan kesihatan, masakan pelbagaian etnik di negara ini, rasa makanan dan juga harga makanan. Contohnya bila sediakan menu telur goreng mata lembu atau di utara orang pangil telur goreng mata kerbau. Ada pelangan akan merungut dgn minyak digunakan goreng telur berlebihan (makanan kesihatan), ada pelangan yang mahu goreng garing dan ada yang mahu kuning telur tidak masak, Ada yang jenis lain pula merungut, ” sebiji telur baru tiga kupang, jual sampai enam kupang”. Kita perlu menghadapi semua kerenah pelangan ini dengan muka senyum kalau cakap terlebih esok hari mereka ini akan menghantar e-mail macam-macam mengenai masakan kita.

  • Menu yang sediakan sekurang-kurang 15 jenis dan sentiasa perlu ubah untuk pelangan. Menu yag tidak popular perlu digantikan dengan menguji menu baru. Menu di kantin tidak seperti menu nasi kandar. Menu nasi kandar adalah menu yang terbaik untuk berniaga untuk dapatkan keuntungan maksima.  Menu Nasi kandar, sSayurnya cuma dua jenis kobis goreng atau kacang panjang goreng. Kadang-kala adakan bendi rebus. Nasi putih, ayam goreng, kari ayam dan kari ikan. Kurma ayam atau kambing, menu tambahan.  Daging masak itam kemestian. Pesanan tepi, Ayam masak madu atau merah. Menu menarik, Telur rebus ayam dan masin dan telur dadar tebal kalau perlukan. Udang dan ketam untuk pelangan yang mampu. Tetapi menu di kantin ..alahai sedih mamak nak terangkan. Sekarang mungkin anda tahu kenapa restoren mamak untungnya berlipat kali ganda dari restoren Melayu nasi campur?.
  • Selain menu ala Buffet sekurang-kurangnya 15 jenis, menu ‘ala carte dan Table hot’e perlu disediakan di kantin kalau ingin dapatkan lebih sedikit pulangan jualan. Menu ”ala carte biasanya adalah menu masakan Thai seperti tom yam, Nasi goreng atau pun masakan ayam. Ada juga menyediakan masakan barat seperti chicken chop atau fish and chips. Menu ini adalah terpaksa untuk memenuhi kehendak pelangan lebih eksklusif.
  • Menu Table d’hote: Walau pun menu ini adalah hidangan set yang perlu dihidangkan di atas meja tetapi di kantin-kantin biasanya diletakan diatas meja khas untuk pelangan mengambil terus. Set seperti nasi ayam, nasi goreng pataya, bubur nasi atau pun pelbagaian sup amat popular.
  • Menu Cafe’ : Menu cafe ini amat diminati oleh pelangan golongan muda ia seperti sandwich, hot dog, burger atau lain-lain menu yang diminati golongan muda perlu diadakan untuk menarik golongan pekerja muda.

Maka rumusan dari atas bukanlah  mudah kendalikan sebuah kantin. Jumlah masakan perlu ditetapkan sekiranya berlebihan adalah kerugian. Kalau kekurangan perlu menghadap pihak pengurusan ntuk mendengar bebelan tak cukup dengan bebelan oleh pelangan. Sekiranya seorang dari jumlah terdiri 1,000 pelangan membuat aduan,  ia menjadi serius kemungkinan katerer menghadapi tindakan surat amaran. Kenapa peniaga katering mengejar kontrak kantin?. Mungkin Mungkin harapan 100 peratus pekerja menjadi pelangan mereka, atau kerana subsidi diberi oleh pihak pengurusan seperti kemudahan tempat berniaga, utility air, letrik atau gas percuma. Namun ia dianggap kemudahan tetapi katerer kantin ini perlu faham, “tiada apa yang percuma” atau omputih kata, “nothing Is Free”. Dengan subsidi yang diberikan, pihak pengurusan akan memaksa katerer mengikut telunjuk mereka seperti penyediaan menu, Harga yang makanan paling minima dan lain-lain mengikut selera hati pengurus. Anda juga terbabit dalam odit dalaman dan luaran bila sistem ISO diamalkan oleh syarikat tersebut. Paling menyedihkan, anda juga perlu membuat kontrak yang disediakan oleh pihak pengurusan kilang cuma untuk menjaga kepentingan mereka. Jangan harap sangat kontrak itu berpihak pada katerer diakhir surat kontrak segala perubahan dalam kontrak adalah budi bicara pihak pengurusan kilang. Maknanya anda timun dan pengurusan durian. Katerer juga tidak ada hak dan peluang untuk perbincangan atau mengubah kontrak asal untuk menjadikan kontrak itu  berkeadaan situasi “menang-menang”. Sikap keadilan tidak dipedulikan dalam kontrak seperti ini. Kalau anda mahu, bersetuju dan tanda-tangan kalau tak, ramai katerer akan menunggu diluar. Inilah dasar pengurusan kepada katerer. Apabila katerer menandatangi kontrak seperti ini, ia sama dengan menjerut leher sendiri. Pihak pengurusan akan meletakan syarat deposit beribu untuk mengikat anda. Apabila tamat tempoh kontrak jangan terlalu harap anda akan dapat kembali wang deposit ini. Ada saja alasan untuk mencari jalan tidak membayar kembali deposit itu. Mamak tak faham undang-undang mana yang mereka pakai untuk mengambi depsit yang tinggi dan pegang beberapa tahun tanpa membayar faedah ke atas deposit itu. TNB atau Talikom pun membayar faedah untuk deposit walau ia cuma RM100 tetapi pengurusan kilang memegang deposit orang ramai tanpa membayar kembali wang deposit atau pun faedah dan lupuskan adalah perbuatan sangat keji dan jahat. Katerer kilang perlu tubuh persatuan yang betul-betul menjaga kepentingan mereka. Pengurusan kilan yang kurang ajar kepada katerer perlu disisihkan dan jangan adanya katerer  ingin menjalankan perniagaan di kantin mereka. Peniaga-peniaga katerer orang Islam perlu bersatu membantu dan menghadapi pengurusan kilang kilang yang bongkak dan sombong.

Walau pun seorang katerer ikut 100 peratus kemahuan pengurusan tetapi ada pengurusan kilang tidak mengambil sebarang langkah untuk  untuk mengalakan para pekerja atau staff nya mengutamakan makan di kantin. Mereka tidak berupaya mengahalang pekerja atau staffnya membawa bekal dan makan di kantin atau pun keluar waktu makan untuk makan di luar. Ada juga pekerja kilang yang bukan beragama Islam biasanya pekerja dari negara Vietnam, membawa makanan haram seperti daging babi, atau daging anjing makan di kantin menggunakan peralatan kantin seperti pingan, sudu-garpu tidak langsung dapat perhatian dari pihak pengurusan kilang. Kadang-kala katerer terpaksa menangis dalam hati kerana kebanyakan pengurus sumber manusia dalam kilang adalah orang Melayu Islam. Ada yang sudah bertukar menjadi orang Jepun atau pun omputih. Kemudahan Katering yang perlu adakan diambil sambil lewa oleh pihak pengurusan kilang. Ini kerana pengurus sendiri tidak memahami keperluan asas kantin dan juga tidak ambil bahagian dalam semasa proses reka cipta bangunan khas untuk kantin. Kadang-kala kantin yang ditawarkan kepada pekerja kilang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ditentukan oleh pihak penguatkuasa keselamatan bangunan atau pihak Bomba. Reka cipta kemudahan asas seperti sinki, bekalan air bersih, penyaliran air kumbahan, punca letrik untuk kegunaan peralatan kantin, sistem penyimpanan stor barangan kering, peti sejuk, pengudaraan dalam dapur yang baik untuk mengeluarkan bau masakan atau pun udara segar tidak diendahkan. Yang mereka tahu katerer perlu sediakan makanan yang harga murah dan mencukupi untuk pekerja. Banyak lagi kepincangan dalam pengurusan menguruskan kantin kilang. Tetapi apakan daya kita sebagai peniaga katerer yang cari makan, semua rungutan kita akan habis macam itu juga. Sikap tunjuk pandai sesetengah pengurus lebih dari katerer akan mengecewakan katerer yang baik. Bagi pengurusan kilang, sekiranya seorang katerer tidak minat menjalankan perniagaan di kantin mereka, sepuluh lagi katerer yang di luar akan melutut untuk mencari peluang berniaga di tempat mereka. Perkara sama akan berlaku berulang-ulang dan berulang. Ada katerer yang lari malam, ada katerer yang gulung tikar selama-lamanya kerana lari dari hutang along yang tak mampu bayar selama-lamanya.

Akhir sekali bagi peniaga katering yang baru  ingin menceburkan perniagaan katering kantin perusahan atau bangunan kerajaan awaslah dengan kenaikan harga barangan dan iklim ekonomi yang tak menetu. Kadang-kala perniagaan katering kantin kilang “indah dari rupa”. Perasaan kata memang rasa senang dan hasil jualan yang lumayan tetapi ia cuma seperti bueh-bueh sabun yang dipegang akan hilang entah ke mana. Selagi pengurusan kilang tidak memikirkan situasi menjalinkan keadaan menang menang di antara pengurusan kilang dan pihak katerer untuk menyemak harga baru. Jika tidak jadikanlah katering kantin sebagai pilihan terakhir untuk sementara waktu.


Kemajuan sesuatu perniagaan banyak bergantung kepada ‘peluang perniagaan baru’ di pasaran terbuka. Walau pun berbagai-bagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan peluang perniagaan tetapi dalam perniagaan katering mendapatkan sumber peluang perniagaan baru adalah paling mencabar dan bila berjaya mendapatkannya pulak, kadang-kala melakasanakannya perniagaan baru itu satu lagi persoalan besar kerana kekuatan dalaman syarikat untuk mengendalikan peluang itu kadang-kala menghadapi kesukaran dan bermasalah. Akhirnya bukan saja kita mengalami kerugian malah nama syarikat akan tercalar dari tidak memahami kedudukan syarikat.  “Peluang Perniagaan”, menentukan kita boleh terus berada dalam perniagaan katering dan masa depan syarikat. Bukan mudah untuk mendapatkannya peluang perniagaan baru (orders/pesanan) atau sekiranya kita berjaya dapatkan pun,  mampukah kita mengendalikan?. Dengan secara tak langsung setiap peniaga katering perlu menghitung/analisa kemampuan syarikatnya berdaya saing dipasaran terbuka. Setiap syarikat yang inginkan kemajuan dan berkembang perlu mengamalkan Analisa SWOT atau dikenali “SWOT Analysis”.  SWOT telah mampu majukan syarikat-syarikat katering yang besar. Walau pun analys SWAT ini digunakan untuk syarikat-syarikat besar tetapi ia amat berguna untuk syarikat kecil atau pun perniagaan katering dirumah. Dalam pengurusan perniagaan katering, SWOT digunakan sebagai pendekatan untuk ‘Pengurusan Strategik’ (Strategic Management Tool). Seringkali tuan punya syarikat katerering menggunakan strategi ini untuk  analisa kekuatan dalaman atau kemampuan perniagaan yang dijalankan dengan keperluan peluang pasaran di luar.  Singkatan kata S.W.O.T membawa erti dan mamak cuba mengupaskannya satu-persatu:

S –   Strength (kekuatan). Ia untuk mengetahui kekuatan dalaman yang terdapat dalam syarikat yang dikendalikan.

WWeak (kelemahan). Kelemahan dalaman yang terdapat dalam syarikat yang dikendalikan.

O –  Opportunity ( peluang). Peluang yang terdapat di luaran yang patut diambil.

TThreats (cabaran). Cabaran yang terdapat di luaran.

Dengan mengetahui keadaan sebenar perkara-perkara yang disebutkan di atas, kita dapat menilai sendiri keseluruhan kedudukan syarikat untuk berkembang untuk merebut peluang perniagaan di pasaran terbuka yang sangat mencabar sekarang.

Apakah yang dikatakan ‘Kekuatan’ Dalaman’ syarikat’ katering?.

  1. Makanan Berkualiti – Makanan yang disediakan perlu ditetapkan ‘kepiawaian’ tersendiri.  Ia meliputi tempat penyediaan makanan, cara pengendalian makanan yang terbaik termasuk dengan melatihkan pengendali makanan yang tahu dan praktikan mengendalikan makanan secara kebersihan diri dan juga hygenic yang paling tinggi.
  2. Menu makanan yang diunjurkan perlulah yang “unik” dan berlainan dari  katererkaterer persiang anda dalam pasaran.
  3. Kecemerlangan. Perlu ada sikap memeberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan melebihi kehendak yang diharapkan oleh pelangan.
  4. Katerer perlu punyai cita-cita, visi dan misi yang jelas untuk majukan perniagaan perlu difahami oleh semua yang terlibat dalam perniagaanya. Perniagaan katering perlukan dukungan dan kerjasama dari semua yang terlibat. Setiap anggotanya adalah mustahak sebagai satu pasukan bola sepak. Gol yang diperlukan untuk kemenangan pertandiangan seperti kejayaan syarikat.
  5. Keghairahan untuk kejayaan tanpa realiti kedudukan dalam syarikat cuma tempuh singkat. Jangan jadikan cita-cita sebagai keghairahaan.
  6. Keperibadian yang luhur perlu ada pada setiap pengusaha. Islam mengajar kita keperibadian mulia. Orang Islam sepatutnya amat berjaya dalam perniagaan tetapi sayangnya bila berjaya ramai yang lupakan keperibadian yang mulia ini. Ramai pedagang Islam lampau berjaya kerana keperibadian mulia Islam ini.
  7. Pasukan pekerja anda perlu punyai skil-skil atau kemahiran yang istimewa. Kemahiran ini akan bantu syarikat anda untuk kejayaan.
  8. Mempunyai komitmen berterusan untuk mempelajari segala ilmu yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan dan juga menghadapi cabaran-cabaran yang semakin mencabar sebagai katerer.
Faktor-Faktor yang menyebabkan seorang katerer tidak berjaya untuk memperkembangkan atau majukan perniagaan:
Pengalaman dalam menjalankan perniagaan katering ini, Mamak selalu sangat berjumpa dengan katerer yang lain-lain dalam perjuangan katering ini. Paling ketara ialah walau pun mereka mula lakukan katering dah hampir setengah abad masih perniagaan katering mereka tidak ubah. Masih lagi lakukan di rumah dan masih lagi dengan cara niaga yang sama. Bagi mencari peluang perniagaan, ada katerer seperti ini masih kekalkan harga sepuluh tahun dahulu. Anggapan harga menjadi alasan kukuh untuk bertahan dalam perniagaan adalah meleset sama sekali.  Mereka ini lupa keperluan dan harapan pelangan sekarang, katerer mampu memberi perkhidmatan yang terbaik  dan juga berkualiti tinggi. Pelangan sekarang bukan pelangan 20 tahun dulu, mereka tahu apa itu perkhidmatan terbaik dan kualiti makanan. Dimensi Pasaran telah lama dan terus berubah. Fungsi katerer perlu berubah mengikut dimensi pasaran. Ramai di antara katerer ini berpegang kepada pepatah lama Melayu, “secupak tak akan jadi segantang“, tetapi mereka tidak sedar sistem timbang metrik lama telah diperkenalkan di negara ini tapi kita masih lagi berdegil dengan cupak, gantang dan relong. Kadang-kala bila kita sudah tua..pemikiran di selubungi dengan semata-mata pengalaman dan wujudkan sikap negatif terhadap tindakan kita. Apa yang peniaga tua seperti Mamak perlu lakukan ialah, “lepaskan perniagaan kepada anak-anak yang ingin mencuba dalam perniagaan dimensi baru”. Orang muda lebih memahami perniagaan sekarang dari kita yang tua. Perniagaan sekarang perlukan pembelajaran. Tanpa pendidikan sukar bagi kita menghadapi cabaran baru dalam perniagaan katering. Walau pun penulisan Mamak Haji banyak berkisar dalam pengalaman tetapi Mamak Haji sedaya upaya ‘up-datekan’ pengetahuan dalam bidang katering. Idea perniagaan perlukan “pemikiran kritis” dan innovasi untuk maju dan perkembangkan perniagaan. Ini bermaksud, tukang masak yang handal, boleh menjadi peniaga yang handal dan seorang yang tidak mempunyai pengalaman masak, tidak boleh menjadi seorang peniaga katering yang baik. Ilmu kemahiran atau skil masak cuma satu dari kelebihan tetapi ilmu pengurusan yang innovatif akan menjadikan anda usahawan yang terbaik. Mamak Haji mengupaskan sedikit kelemahan yang terdapat pada diri usahawan katering atau kedai makan yang membantutkan perniagaan mereka gagal dan tidak berupaya untuk maju:
  • Sukar dapatkan pekerja.
  • Suka membeli stok barang keperluan untuk sesuatu majlis katering pada saat-saat terakhir.
  • Membuka perniagaan dengan pinjaman dari pihak luar seperti along atau ajensi kerajaan. Pinjaman dalam perniagaan bukan tak boleh tetapi buka dengan modal sendiri dan bila perlu berkembang, membuat pinjaman tidak salah. Contoh seperti berikau: Sekiranya kita perlu membayar kembali RM100/=  sebulan pinjaman, untuk kita majukan perniagaan yang boleh perolihi lebih keuntungan 50% dari membesarkan perniagaan itu, maka tidak salah kita berhutang. Mamak haji maksudkan tidak berhutang ialah sebelum berniaga untung rugi kita tidak tahu tetapi yang tetap ikut perniagaan ialah hutang.
  • Kadangkala untuk keghairahan, kita sanggup berhutang keliling pinggang. Ada juga bila sudah jadi taukeh dan tunjukkan kehebatan “boss”nya, ghairah membeli rumah besar, kereta besar dan ada juga pasang isteri dua atau tiga. Orang tua-tua dulu selalu berkata, “peniaga Melayu lingkup kerana ingin berbini lebih satu, peniaga Cina lingkup kerana suka berjudi dan peniaga India lingkup kerana arak!”. Perniagaan awal tidak akan janjikan apa-apa. Tak salah punyai impian nak berkereta besar atau rumah besar tetapi pembayaran balik hutang perlu di kira dengan mengambil kira kemampuan kita. Hutang adalah keberanian tetapi jangan sampai hutang ini sampai meragut kebahagian diri dan keluarga.
  • Over-head atau kos pengendalian perniagaan yang terlalu tinggi. Ada juga sayrikat katering atau kedai Makan tidak pernah praktikan langkah-langkah mengurangkan kegunaan letrik, gas masak, air, minyak kenderaan yang semakin hari semakin naik. Tentang penyelenggaran langsung O. Rosak peralatan diganti baru. Bagaimana pulak sekiranya kerajaan luluskan gaji minima pekerja di negara ini RM1,500 sebulan. Maka kita perlu sensitif terhadap kenaikan overhead syarikat. Awasilah dengan segala overhead dalam perniagaan anda.
  • Marah yang tidak dapat kawal dan punyai emosi yang tak stabil. Ini kena belajar dengan taukeh restoren Mamak yang sentiasa ‘cool’. Dalam perniagaan kita ini keperluan sabar cukup siksa kerana kita sentiasa perlu menghadapi pelangan yang lapar yang marah. Pepatah Inggeris kata, “The Hungry Man Always, an Angry Man”. Maka kita perlu sentiasa mengawal situasi kemarahan yang melampau dari pelangan. Bila letak kaki kat tempat berniaga lupakan segala masalah peribadi dan tumpukan pada perniagaan hari itu. Jangan beri peluang emosi mengawal pemikiran. Anak-anak muda perlu awasi perkara ini dan latih diri belajar bersabar.
  • Tidak punyai kepimpinan (leadership), sebagai taukeh anda perlu ingat perniagaan seperti “lancang Kuning Belayar Malam”…anda sebagai nakhoda. sekiranya hilang haluan lancang anda tenggelamlah seluruh. Kepimpinan ini kadangakala ada pada diri semula jadi atau pun boleh mempelajarinya melalui kursus. Ingat kepimpinan melalui tauladan. Ramai dari kalangan taukeh-taukeh ini gagal mengawal syarikat kerana tiada kepimpinan terhadap orang bawahan. Kita tak perlu menjadi “pemimpin aggresif seperti general dalam tentera dan jangan jadi amat lembut dan pasif. Ambil jalan tengah antara dua keras dan lembut.
  • Skil komunikasi yang lemah. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik dengan pelangan dan juga pekerja.
  • Tidak ambil peduli dengan masalah yang diutarakan oleh pelangan. Cuba bertegang leher apabila pelangan utarakan kelemahan atau merungut tentang harga, servis atau punmutu makanan sajian. Jadi Toh Pekong di meja counter. Anda perlu pandai menyelesaikan masalah yang timbul dengan kadar segera.
  • Tidak pedulikan akaun syarikat, tidak tahu untung-rugi jualan, dan tidak amalkan sistem kewangan “kos berkesan”, dan ramai peniaga kita amalkan ambi duit perniagaan, beli barangan keperluan esok hari dan beranggapan wang yang tinggal itulah keuntungannya. Ramai diantara peniaga ini langsung tidak punyai akaun perbankan, cukai pendapatan jauh sekali. Kalau nak beli kereta atau rumah gelabah tak tahu apa yang perlu beri pada bank untuk meluluskan pinjaman dan alasan yang kita akan dengar, Orang melayu sukar mendapatkan Pinjaman”. Orang Cina pandai berniaga, mereka ada akaun bank, dan pembayar cukai. Tapi bila mereka membayar cukai perniagaan. Kalau tahun depan mereka nak beli kereta, tahun ini mereka menunjukkan akaun untung dan bayar cukai pendapatan. Bila dapat borang J, tahun depan mereka dapat pinjaman dari bank. Selepas itu sampai tujuh tahun mereka menunjukkan akaun rugi. Alahai, nak buat akaun enterprise ini bukan payah, selepas tujuh tahun ahabis bayar kereta, mereka mula untung pulak..nak beli kereta baru lagi!. Inilah sistem yang mereka makan. Ini juga mempermudahkan ambil kredit card berpuluh-puluh. Ambil hutang di pasaraya bila barangan potongan harga banyak-banyak dgn kad kredit (1.78% intrest), jual di kedai runcit mereka dengan keuntungan 40-50 peratus. Yang beli cuma orang Melayu. Anda pernah ke kedai runcit?..siapa pelengan?. cuba perhatikan. Surat khabar Cina umumkan jualan murah di pasar raya..surat khabar kita cuma umumkan jualan ubat kuat dan jamu!..hahaha!. Peniaga Cina 1 bulan awal tahu kenaikan barangan, kit ketahui bila nak beli saja!. Menteri melayu kita kata, “kerajaan jamin tiada kenaikan harga barangan” Peniaga Cina selalunya bace terbalik kenyataan Menteri Melayu, yang kata, “tak naik itu bermakna “naik” ,yang kata, “stok cukup”, itu tak cukup… apa salah jawatan menteri kawal harga barangan itu beri pada “Parti MCA atau Gerakan” baru kita berpeluang hentam depa ..cukup..cukup.Mamak dah bebel dah…pasai ke politik pulak dah!.
P/S:    Mamak Haji kadang-kala bosan juga dengan politik di negara kita baik pemerintah atau pun pembangkang. Bagi Mamak Haji “politik” bukannya semata-mata pertempuran ‘ala guerilla di antara siapa baik dan siapa jahat?. Apa yang perlu berfikir adalah politik membawa kebaikan pada negara atau Mat salleh panggil “state craft”. Kita perlukan pemikiran kritikal untuk memahami politik. Politik bukan Insitusi moral baik atau jahat, atau pun pertempuran di antara perasuah dan bukan perasuah, Politik sebenarnya adalah Insitusi perkhidmatan untuk Rakyat!. Mamak Haji sebenarnya “give-up” dengan Mamak-Mamak Pulau Pinang sekarang yang terlalu ghairah berpolitik setiap kali solat Jumaat di Mesjid Negeri. Apakah generasi golongan orang muda dari golongan Mamak akan datang luput dari bidang perniagaan dan kembali ke zaman Empayar Melaka yang memasuki dalam kancah politik orang Melayu?.

Satu masa dulu kehidupan kita yang dilalui amat perlahan, kenderaan di jalan raya boleh dihitung dengan jari, tidak ada lampu isyarat jalan yang untuk dikejar, tidak ada polis trafik bersembunyi dalam semak untuk saman kita, tidak ada budak-budak liar merempit, tidak ada puspakom untuk jaga kenderaan kita, keadaan amat tenang, mudah dan tidak perlu berebut-rebut dan bersaing hebat seperti sekarang.  Pagi pergi kerja, buat apa yang patut perlu buat dan terus balik rumah. Tidak perlu dipaksa kerja lebih masa oleh majikan yang berlumba ingin cepat kaya tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Dulu majikan amat gerun dengan Kesatuan Pekerja atau orang dulu panggil ‘union’. Pekerja tak perlu berfikir apa perlu buat esok hari. Yang paling terbaik ialah tidak ada talipon bimbit black berry…sebagai opis kecil yang bawa balik kerumah untuk sambung kerja dirumah pula dah. Rakyat pulak bersatu dalam segala hal seperti  menuntut kemerdekaan dan menyangi pemimpin yang diplilih oleh mereka. Keluarga sentiasa bahagia, isteri kebanyakan duduk rumah menjadi suri rumah, basuh kain di tepi sungai, jahit baju yang koyak, dan didik anak-anak dengan didikan moral dan agama yang tak ternilai untuk generasi akan datang.  Masyarakat dibentuk, anak-anak muda disayangi dan yang tua dihormati. Kini semuanya telah ubah…dan kita juga ubah?. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Hendak atau tak nak, dunia sedang berubah dan kita juga perlu berubah. Suami dan isteri sekarang perlu memikul beban hutang rumah-tangga seperti hutang sewa-beli rumah, hutang kereta, hutang bil-bil segala macam tok nenek yang ada. Sehinggakan banyak institusi kewangan antara-bangsa sudah mula menyuarakan kebimbangan “hutang rumah tangga” (house-hold Debt) di Malaysia paling tinggi sampai mencecah kelebihan 70 peratus. Keadaan kini memaksa wanita perlu berkerja. Ramai pilih jadi operator di kilang-kilang yang dimiliki oleh pelabur asing yang melabur di negara ini kerana dapat bekalan pekerja upahan yang murah, taat pada majikan, tidak boleh tubuhkan Kesatuan Pekerja Elektronic tetapi dibolehkan pula menubuhkan Kesatuan-kesatuan Majikan seperti Kesatuan taukeh-taukeh Restoren India Muslim (Mamak) yang bertujuan naikan harga roti canai dan teh tarek yang pelangan tetapnya terdiri dari rakyat yang POKAI..bukan dari TOKAI…hahaha!. Kemungkinn janji-janji pilihan raya akan datang, kerajaan berjiwa rakyat ini akan membuka..RESTOREN MAMAK 1 Malaysia, tujuan untuk rakyat pendapatan kurang dari RM3,000 saja boleh nikmati hidangan Roti Canai dan teh tarik secara harga subsidi dari kerajaan…. hahaha!. Kedai Runcit 1 Malaysia Mamak Maidin sudah rembat.  Yang kaya Mamak jugalah akhirnya…Melayu terlopong juga. Jangan marah cik adik!. hehehe!. Mamak Haji pun tumpang gumbira kerana kerabat kitul dan mandeliar jadi kaya raya lagi…ish lari tajuk pulak Mamak haji ini. Biasalah Mamak kalut dan melalut…hehehe!.

KATA-KATA SEMANGAT DARI MAMAK HAJI BAGI YANG BARU MULAKAN PERNIAGAAN ATAU BERCADANG MULAKAN PERNIAGAAN KATERING:

“Amat  sukar berjaya dalam apa jua bidang pun, sekiranya kita tidak merasai keseronakan apa yang kita lakukan”. Kita perlu berasa seronok bila lakukan apa saja yang kita suka buat, seperti bersolat, membantu orang lain, bersedekah atau pun belajar. Kita perlu merasai keseronokan bila berniaga seperti katering. Kita perlu rasa seronok kerana kelam-kabut nak menyediakan jamuan tetapi rasa paling seronok bila telah siap pada masa yang tepat untuk penghantaran. Segala kepayahan, segala penat-lelah akan bertukar menjadi keseronakan bagaikan berpesta. Belajar merasai keseronkan dalam kepenatan dan kekeciwaan atau pun kegagalan.

  • Kegagalan terbesar dalam hidup kita ialah “tidak mencuba” lakukan apa yang kita kehendaki sebenarnya dalam hidup kita. Bila mana anda berfikir untuk membuka perniagaan sendiri, perlukah anda dengar apa yang orang sekeliling kata pada anda, “awak tidak mampu lakukan”, “awak tidak akan berjaya”, “kenapa awak susah payah, “makan gaji sekarang apa kurangnya, cukup bulan cucuk kad keluar duit”, berbagai-bagai kenyataan negatif akan disebarkan ke telingga anda. Anda fikir sendiri, “perlukah saya perlu dengar semua itu untuk berjaya?“. Jika jawapanya, “tidak”, maka teruskanlah cita-cita anda itu.
  • Kehebatan yang paling besar kita, “bukan berdabik dada mengatakan kita tidak pernah gagal, tetapi “bangun” dari setiap kali kita “jatuh”. Jatuh bukan untuk tiarap terus tapi bangun dengan lebih kuat dab berazam “kita tidak akan jatuh lagi”.
  • Kalau anda mahu berjaya dalam perniagaan yang diceburi, anda tidak boleh berjaya cuma berbekalkan dengan idea-idea yang hebat tetapi anda perlu menJUAL  idea-idea itu untuk berjaya. Sebagai contoh: Sekiranya anda ada idea yang hebat berniaga Nasi Ayam,  yang penting bukan idea hebat itu, tetapi anda perlu JUAL  Nasi Ayam itu untuk berjaya dalam perniagaan Nasi Ayam anda. Maknanya anda bukan saja perlu menjadi seorang taukeh yang bagus tetapi perlu juga mempelajari kemahiran sebagai pegawai PEMASARAN yang hebat. Bagi sesetengah orang “pemasaran” ini wujud dalam dirinya secara semula-jadi tetapi bagi kebanyakan orang pemasaran akan menjadi sukar pada permulaan tetapi akan menjadi biasa setelah keperluan mendesak. Jangan ambil mudah tentang pemasaran ini dengan memberi /melantik orang lain sebagai penganti anda pada permulaan berniaga. Anda akan keciwa kemudian hari. Baik susah, baik senang, anda perlu jadi salesman untuk perniagaan anda.
  • Perlu anda ingat, ” Bukan semua jenis perkhidmatan katering ini untuk anda” dan “bukan semua pelangan bukan pelangan anda”. Pilih yang termampu saja dan jangan gelojoh dan tamak.
  • Perasaan “Malu” pasti ada pada permulaan berniaga tetapi ingat, ” saya mencari rezeki yang halal dan perniagaan adalah pekerjaan yang mulia, kenapa saya malu terhadap diri saya?”. Jangan risau perasaan malu ini akan hilang dengan sendirinya bila anda mula layan pelangan anda dan mendapat pujian dan terima kasih dari pelangan anda. Tidak apa yang harus kita malu, malu pada Allah SWT kerana kita insan kerdil tak mamapu berbuat sesuatu tanpa izinnya. Malu pada manusia seperti ini cuma jadikan diri kita “Inferiority Complex” yang membawa makna, ‘ merendah diri yang terlampau’ dan sentiasa berfikir orang lain hebat dari dirinya. Mengikut pakar sakit jiwa ia adalah penyakit emosi. Jangan biarkan ‘penyakit’ ini  mempengaruhi diri anda. Hindarkan dengan segera.
  • Keunikan dalam perniagaan katering bukan sentiasa berfikir ingin lakukan yang terbaik untuk pelangan tetapi jadikan “terbaik” itu sebagai tabiat atau sikap semula-jadi pada diri anda. Sikap lakukan terbaik ini akan sentiasa dihormati oleh orang lain terhadap diri kita.
  • Jangan ambil risiko yang belum pasti berjaya. Ambilah risiko yang telah dikira kebaikan dan keburukan (calculated Risk).  Jangan terburu-buru dengan slongan-slongan ‘rheotoric’ ahli-ahli politik seperti “Malaysia Boleh”. Latih diri anda menghadapi risiko yang telah dikira buruk baiknya tetapi jangan lari dari hadapi risiko, lebih tinggi risiko dalam perniagaan lebih banyak untung perniagaan, Kadangkala mengambil risiko menjadi kunci kejayaan perniagaan anda. Ia akan membantu anda bila menghadapi risiko perniagaan yang lebih besar akan datang.
  • Kejayaan dalam perniagaan adalah cuma satu harapan yang belum pasti, tetapi tanpa ‘harapan”,  ini anda tidak boleh harapkan sebarang kejayaan dalam perniagaan anda. Harap, berfikir akhir sekali jangan lupa minta bantuan dari Allah SWT seperti solat tahjud. Insyallah haarpan anda akan didengar dan makbulkan oleh Allah SWT. Jangan putus harapan, anda akan keciwa. Harapan yang tak tertunai itu, anggap sajalah tidak direstui oleh yang Maha mengetahui dan pemerintah sekian alam Allah SWT. Pasti ada kebaikan dalam keburukan yang cuma anggapan kita itu.
  • Sekiranya anda tidak putus asa apa saja anda lakukan, anda tidak akan gagal. Sentiasa kejayaan menanti anda dihujungnya.
  • Emosi adalah musuh bgi setiap peniaga. Emosi perlu dikawal untuk berjaya dalam perniagaan. Sedih, malu, marah, keciwa, putus-asa, takabur, tamak dll perlu dikawal dan mengatasinya dengan meletakan pada tempat yang betul dan gunakan dengan bijaksana melalui akal dan fikiran yang waras.

P/S: Banyak Mamak Haji menulis nasihat-nasihat  dalam e-mail-email dihantar oleh pembaca. Ada yang mamak tak jawab e-mail lagi kerana ingin menulis dalam posting-posting akan datang. Kadang-kala Mamak Haji sebenarnya malu pada diri sendiri dan malu juga untuk memberi nasihat pada hampa semua kerana Mamak Haji bukanlah seorang kooperat yang bergelar jutawan. Ramai di luar sana beribu kali lebih berjaya dari Mamak Haji dalam hidup. Anggap sajalah nasihat Mamak Haji ini sebagai cetusan dari hati yang melalui pengalaman yang sama seperti anda semua yang melalui sekarang. Peniaga picisan seperti kita tidak ada tempat mengadu keresahan hati dan kekeciwaan yang dialami, maka Mamak Haji jadikan blog ini untuk peniaga picisan seperti kita untuk berjaya dan tempat meluahkan perasaan. Alhamdulillah blog Mamak Haji yang buruk ini dapat sambutan yang di luar jangkaan dari pembaca. Mamak haji ucapkan ribuan terima kasih atas galakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh ramai pembaca.  Kadangkala kata-kata semangat ini seperti “komunikasi dua hala”,  sama seperti kasih sayang yang terjalin di antara dua insan yang memerlukan dan yang diperlukan. Bagi peniaga baru terus e-mail kepada Mamak haji untuk luahkan perasaan anda. Apabila meluahkan perasaan pada seseorang, sekurang-kurangnya hati kita rasa tenteram dan sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan perasaan yang ditanggung keseorangan. Semua e-mail anda adalah rahsia dan tidak sekali-kali dedahkan identiti. Ada juga pembaca memberikan no.tel untuk menghubungi tapi Mamak Haji belum bersedia menerima keikhlasannya kerana ia menjadi terlalu peribadi..lagi pun Mamak haji tak sihat sangat. Maka jadikanlah blog dan e-mail sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Mintak maaf banyak noo!.Wassalam. e-mail : mohd.roslan99@gmail.com.


Cacing Sayur

Pada kali ini Mamak ingin menulis tentang resepi sayur yang ramai tak minat tetapi ia adalah satu dari makanan yang amat perlu di ambil perhatian.  Ramai anak-anak sekarang sudah tak mahu makan sayuran kerana mungkin cara kita masak sayur ini amat membosankan dan atau cara menu yang tidak begitu kreatif. Sayur-sayuran ini punyai nutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral, protin dan karbohiderat yang amat memerlukan oleh tubuh badan kita.  Sayur-sayuran juga adalah ubat mujarab semula-jadi yang amat mujarab. Adalah dikatakan secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi kadar tinggi vitamin C, glutimine dan asid amino. Sekarang anda tahu kenapa tak perlu risau jamu hidangan nasi kandar yang dikatakan tinggi kolestrol. Seperti mamak katakan dalam posting rahsia rempah, setiap hidangan nasi kandar ada rahsia sebaliknya. Nasihat Mamak jangan lupa mengambil sayur kobis goreng nasi kandar setiap kali anda menjamu hidangan nasi kandar. Yang tak berminat nasi kandar itu, para pengkaji pemakanan syorkan dalam seminggu 2-3 kali anda perlu ambil sayur kobis.

Khasiat sayur Kobis:

  • Rendah lemak tepu.
  • Tinggi kalsium.
  • Kandungan serat yang tinggi.
  • Zat besi yang tinggi.
  • Galian Manganese yang amat tinggi.
  • Zat Potasium yang tinggi.
  • Kandungan Thiamin yang tinggi.
  • Vitamin B6 yng amat tinggi.
  • Vitamin C yang amat tinggi.

petikan: Daily fitnessmagz.com

Tip-Tip Masakan Sayur Kobis:

  1. Biasanya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, Mamak temui ” cacing sayuran” di dalam bahagian dalam kobis terutamanya dari bekalan tempatan. Dengan ini apa yang mamak sarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak pelangan anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat dia. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah, buka sehelai ke sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukan dedaun kobis itu ke dalam besin yang berisi air garam (garam secekak)  atau air cuka untuk membersihkan telur cacing atau pun serangga yang lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masukkan ke dalam penapis supaya kobis dikeringkan. Cara kebersihan ini anda akan yakin 100 peratus bersih.
  2.  Memotong kobis perlu gunakan pisau diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) sekiranya gunakan pisau besi (carbon steel) biasa, kobis anda bertukar warna kepada kehitaman.
  3. Selepas potong kobis jangan biarkan lebih dari 20 minit, kerana vitamin C yang terdapat dalam kobis akan rosak. Terus masak kobis selepas saja proses pembersihan. Mamak juga ingatkan kepada suri rumah yang ingin jimat sedikit perbelanjaan, jangan sekali beli kobis yang telah dipotong bersaiz di pasar.  Elakan membeli kobis yang telah kopek, hinggakan kobis sekilo jadi setengah kilo itu.

RESEPI KOBIS GORENG.

BAHAN-BAHAN:

  • Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.  Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 3-4 cili kering.
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 3-4 sudu minyak masak.
CARA-CARA:
1. Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan  bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia (Ini kena lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak . Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.
3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
Cuba resepi ini bersama ayam masak , lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang cantik. Halba campur boleh digantikan denagn biji sawi tapi awas janagan goreng sampai hangus. Kalau tak pandai main api..biasakan dengan api sederhana. Walau bagaimana pun anda perlu belajar main api dapur bila mamak ke resepi masakan sayur cina kerana ada sayur cuma masak dengan 30 saat saja.
P/S:  Cara Mamak Haji tulis resepi lain sikit. Banyak penerangan diberikan, kadang-kala Mamak Haji masukkan tip-tip sekali. Ini cara Mamak Haji menulis resepi jangan samakan dengan resepi cef-cef handal Mamak Haji cuma tukang masak Nasi kandar dapur kayu. Seperti Mamak haji selalu katakan blog Mamak haji bukan untuk orang profesional tetapi untuk orang yang minat buka perniagaan walu pun di tepi jalan. Maka yang anak muda di luar sana yang minat membuka perniagaan kalau ada masalah dalam masak ersepi mamak e-mailkan pada Mamak Haji tanpa segan. Mamak haji bukan profesional tapi seorang yang biasa meniaga tepi jalan pakai payung, pasar malam, buka warung, lewat belajar ..kerja di hotel dan buka restoren. Sekarang pencen sebab anak-anak dah besar dan pandai berniaga. Melalut pulak dah…e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com…jangan hantar spam..kesian kat Mamak yea!. Wassalam.

Komen dari Pembaca:
Assalamualaikom Tuan Hj. Mamak saya selalu mengikuti tulisan mamak ni,sangat bagus, haji ada banyak kemahiran berniaga, dan memasak. Saya ada pengalaman memasak selama lebih dua puluh tahun (makan gaji), ada diploma pengurusan hotel, sijil catering, sijil kemahiran malaysia, umur didalam 45 tahun, saya ingin memasuki bidang perniagaan makanan,tetapi bila nak mula saya rasa down,boleh kiranya tuan hj mamak beri sikit tips dan galakkan.
JAWAPAN:
Mualaikum wasalam Waramuthullah Cef Kharul Bahari,
Izinkan Mamak gelarkan saudara “cef” kerana mengambil kira kelulusan dan pengalaman saudara..sepatut saudara digelar seorang cef yang berpengalaman dan profesional dalam bidang katering. Coretan di blog mamak itu cuma satu coretan luahan hati saja. Mamak cuma seorang usahawan picisan. Perbezaan di antara kita ( orang makan gaji dan usahawan) ialah usahawan seperti mamak ini seperti burung helang yang berlegar di angkasa yang mencari makan. Helang ini akan memerhatikan setiap pergerakan di bumi dan sentiasa bersedia untuk menyambar bila peluang wujud. Dalam bahasa perniagaan ini dipanggil “peluang perniagaan”.  Usahawan ini sekali hidu terdapat peluang untuknya, dia akan cuba mengambil peluang itu untuk menjadikannya nilai duit dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada dirinya. Saudara cef khairul Bahari seorang profesional yang lakukan kerja harian dan makan gaji berlawanan dengan karektur seorang usahawan seperti Mamak ceritakan. Kerja makan gaji yang mengikut jadual waktu yang ketat dan sifat kesetiaan pada majikan amat sukar bagi menghidu “peluang perniagaan” terbentang luas diluar sana. Kalau pun peluang perniagaan ini perolehi ia secara kebetulan saja.

Ini lah Perbedzaan di antara seorang usahawan dan seorang yang makan gaji. Ini bukan saja di bidang katering tetapi ia meliputi di semua bidang perniagaan.
Mamak minta, jangan salah anggap tafsiran Mamak di atas sebagai mamak, menetang makan gaji atau tak perlu jadi profesional yang makan gaji. Apa yang Mamak selalu tekankan ialah, “Orang Melayu” perlu lebih ramai ceburkan diri dalam dunia perniagaan. Kenapa orang Melayu perlu berniaga?. Kita perlu memilih perniagaan sebagai wadah untuk keluar dari kemiskinan dan mengubahkan nasib generasi akan datang. Maksud berniaga bukan cuma untuk mencari kekayaan, ia punyai rangkaian maksud yang berbedza. Kekuatan bagi sesuatu bangsa (ummah) adalah ekonomi. Orang Melayu di negara meliputi 65 peratus dari jumlah penduduk tetapi  kenapa selepas 53 tahun sehingga kini belum mencapai 30 peratus untuk berkongsi kekayaan negara ini?. Ramai ahli politik Melayu berkata, ” kita tolong orang Melayu dengan segala kemudahan, wang ringgit dan latihan untuk berniaga”. Tetapi masih gagal?. Bagi pendapat Mamak, yang dikatakan ‘Tolong’  ini ada dua perkara, satu yang tolong orang dan satu lagi tolong diri sendiri. Mamak tak tahu jenis tolong yang sebenarnya ahli politik ini semua maksudkan. Tentang tolong orang ini, ada satu falsafah confisius dari Cina yang terkenal untuk direnungkan bersama, ” Sekiranya seorang yang lapar datang kepada kamu yang menjual ikan di pasar meminta-minta, Jangan beri dia ikan yang kamu ada saja tetapi beri dia mata kail dan mengajar dia cara memancing ikan sekali. Moral pepatah ini ialah bila kamu beri se ekor ikan untuk orang yang lapar ini , dia cuma boleh hilangkan kelaparan untuk sekali itu saja, tetapi kalau kamu berikan dia mata kail dan mengajar dia ilmu memancing ikan, dia boleh mendapatkan ikan sepanjang hayatnya dan juga boleh menjual ikan yang berlebihan itu di pasar untuk dapat sara diri dan keluarganya sekali. Maka bantuan material itu perlu dan juga ilmu itu penting bagi kehidupan seseorang. Begitu juga jangan pandang remeh ilmu perniagaan sekiranya anda ingin menceburi dalam bidang katering ini.
Tentang ilmu ini, “kenapa harus belajar sampai ke universiti?”. Apa yang dimaksudkan dengan orang yang berilmu?. Ada juga pelajar kita nak belajar ilmu, tak sempat nak cari pengalaman dari ijazah terus belajar ke pringkat sarjana dan ada yang ambil Phd seterusnya. Apa yang dimaksudkan sebenarnya “seorang berilmu” (Learnt Person)?. Bagi pandangan Mamak yang dikatakan orang berilmu atau llmuan ialah, seorang yang boleh buat keputusan atau pun punyai idea baru tanpa dipengaruhi oleh pihak luar. Dia boleh buat keputusan sendiri. Apa saja pendapat yang dikeluarkan adalah dari pemikiran yang terpelajar itu sendiri. Ilmuan ini boleh menghasilkan karya yang asli atau pun idea-idea yang asli yang datangnya dari kebebasan berfikir tanpa pengaruh luar. Maka dengan sebab inilah kita cuma dapat hasilkan graduan atau pun professor-profesor yang jenis kangkong goreng belacan. Kita jarang dapati mereka cetuskan idea-idea baru atau pun hasilkan karya-karya agung dunia yang kreatif untuk generasi akan datang. Minda mereka tidak boleh pisahkan dengan pengaruh pihak luar. Orang melayu masih lagi sukar keluar dari minda penjajahan. Bagaimana kita nak maju?. Kalau orang barat telah membuka Francise goreng ayam, kita sibuk nak bawa anak-anak kita merasa ayam goreng masakan ‘ala barat. Orang melayu mencipta sos cili yang terbaik “Aminah Hasan” kita tak yakin beli produk orang melayu tapi cari Maggie yang dikeluarkan oleh Nestle syarikat Yahudi. Bila zaiton keluarkan produk ubat gigi kita masih pergi kedai minta bukan ubat gigi tapi “Colgate”. Pemikiran kita masih dijajah oleh barangan orang barat. Mamak dah melalut dah…ok. Mamak cuma ingat satu saja, Orang melayu perlu tanamkan minat berniaga kepada generasi baru mereka sekiranya mahu merasai segala kemewahan yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Islam (Melayu) berkekalan di tangan orang Melayu untuk dirasai oleh cucu-cicit kamu. Berniaga ini ibarat sebuah pokok buah-buahan yang baru kita tanam, anak-anak, cucu-cucu atau cicit-cicit akan merasa buah yang ranum dan manis dari usaha kita yang menanam dulu. Maka sesiapa yang berminat berniaga itu, jangan tangguh-tangguh dan was-was menjalankan perkara yang baik. Kerana was-was itu adalah bisikan syaitan was-wasil. Hindarkan syaitan ini dengan solat istikarah. Kita cuma pandai saja merancang kselalunya tak bijak. Yang maha bijak dan Maha Pandai cuma Allah SWT.
TIP-TIP CEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN KATERING
1. Bila disudut hati kita berkata, “saya boleh buat lebih baik dari keadaan sekarang sekiranya berniaga sendiri”, maka hati anda sudah pun berbelah bahagi. Anda inginkan kebebsan (Freedom) yang tidak ternilai bagi setiap insan. Anda mulai matang tentang kehidupan ini. Makan, Minum, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas fizikal bagi manusia.  Sebagai manusia kita juga punyai kerohanian yang meronta dalam setiap manusia. Kekuatan rohani ini adalah sumber untuk manusia rasa gembira seperti Agama (Islam), Kebebasan asas (human rights), dan lain-lain. Jika anda perhatian perbedzaan di antara seorang banduan meringkok dalam penjara dan diri anda . Yang membezakan ialah cuma kebebasan. Di penjara ada beri makanan dan minuman, beri pakaian dan juga tempat tinggal dan juga diberi upah. Apa yang banduan tidak perolehi ialah kebebasan. Betapa bernilainya kebebasan. Perniagaan sendiri walau pun tidak menjanjikan kebebasan sepenuhnya tetapi anda akan berpuashati dengan kebebasan yang terdapat dalamnya. Anda ingin bebas?. Mulakan perniagaan sendiri.
2. Kesedaran ingin ‘Berniaga’ wujud dalam jiwa untuk ingin mengubah cara hidup kerohanian atau pun kerana materlistik atau pun kesenangan. Apa pun kita ingin ubah itu perlu bererti dengan niat yang ikhlas. Orang berniaga yang senang-lenang itu kebanyakannya mengalami keperitan hidup yang suatu masa dulu. Mereka mengubah hidup  mereka dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Harus ingat pernigaan bukan jalan pintas untuk kita senang-lenang tetapi perlu dan sanggup mengalami kesukaran, susah, penat dan berbagai-bagai cabaran untuk menghadapinya. Yang penting semangat untuk berniaga jangan luntur sama sekali. kayuh dan kayuh terus sehingga kita temu garis penamat yang menentukan kejayaan kita.
3. Kewajipan terhadap keluarga akan menghantui pemikiran kita bila saja berfikir ingin memulakan perniagaan sendiri. Keyakinan diri akan luntur sedikit sebanyak, “boleh kah saya berjaya”, kalau linkup bagaimana nak sara keluarga?. Cuba anda bayangkan beribu-ribu di luar sana berniaga. Apakah keluarga mereka merempat di tepi jalan. Sekiranya jawapan anda tidak, kenapa anda mesti ragui diri anda. Rezeki dari Allah Ta’allah yang tentukan, katakan walau pun rezeki kita tiada bagaimana dengan rezeki isteri atau anak-anak kita?. Rezeki dari Allah SWT tidak akan terputus selagi kita tidak lakukan dosa besar. Risiko yang dihadapi meninggalkan gaji bulan kepada perniagaan sendiri perlu diambil kira. Kerisauan tetap ada di hati kecil namun bagaimana tingginya semangat nak berniaga untuk hadapi ini kita perlu ambil risiko yang yang telah dikira (calculated). Caranya ialah tentukan simpanan perbelanjaan untuk keluarga disimpan dahulu sebelum berhenti kerja. Sekiranya perniagaan anda diceburi tidak memberi keuntungan yang dijangkakan atau menghadapi kesukran pada mula membuka tak perlulah risau sangat tentang menyara keluarga. Isteri kita pun akan merasa lega dan tidak berlaku konflik keluarga. Pada kebiasaanya kita perlu simpan 10 peratus dari gaji kita untuk tujuan ini. Cakap memang senang tetapi ini perlukan komitmen yang tinggi dari seluruh ahli keluarga.
4. Apa-apa perniagaan pun memerluka pelangan. Di mana anda mencari pelangan untuk perniagaan anda?. Mencari pelangan bukan tugas mudah seperti kita fikirkan. Ada juga mamak terima e-mail dari pembaca, bila dia buka kedai tak pelangan singgah di kedainya. Walau hebat macam mana perniagaan anda tanpa pelangan tak ada makna. Cara terbaik untuk orang mula kecimpung dalam perniagaan katering ialah dengan free of charge dengan modalkan mulut anda. Biasanya orang yang inginkan perkhidmatan katering akan bertanya kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk memilih katerer. Apa yang anda lakukan, beritahu kepada semua kawan-kawan anda dan saudara mara anda tentang perniagaan anda.  Janjikan perkhidmatan terbaik dan harga dicount akan diberikan untuk semua tempahan mereka kerana anad menghargai mereka. Buat yang terbaik. Ada juga mamak terima e-mail dari seorang pembaca blog ini, buah mulut kawan-kawan jadikan perniagaan katering bertambah maju hari kesehari. Ini iklan percuma yang amat meyakinkan. Buat yang terbaik pada permulaan, rugi sedikit tak apa, anggap saja untuk modal iklan.
5. Gunakan internet sebagai wadah untuk iklan anda di face book, tweeter atau pun diblog-blog. Jangan terburu membuka web site berbayar. Belum tentu pelayar internet singgah di web-site kita. Mamak juga akan siarkan komen yang berbentuk iklan kedai makan, warung, atau pun perkhidmatan katering, sekiranya  anda masukkan dalam tempat komen. Iklankan perniagaan anda di tempat komen. Mamak akan bantu. Kalau di Pulau Pinang mungkin Mamak singgah di kedai makan anda dan kalu sedap mamak masukan dalam posting. Ini pertolongan ikhlas mamak pada pengunjung blog yang ingin berjinak dengan perniagaan.
Nota P/S: Banyak lagi e-mail mamak belum jawab. harap maaf kerana keadaan cuaca yang tak menentu memburukan keadaan kesihatan Mamak. Sekiranya kesihatan izinkan mamak jawab soalan-soalan tuan dan puan. Kalu yang inginkan jawapan segera beritahu mamak..mungkin Mamak akan gunakan perkhidmatan anak Mamak untuk menaip. Posting akan datang Mamak sedang menumpukan kepada “Masakan sayur-sayuran” ‘ala nasi kandar dan ‘ala masakan Cina”. harap beri sokongan dan semangat kepada mamak terus menulis. Wassalam.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,012 hits
Oktober 2011
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31