PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

APA ITU XANTHAN GUM?.

Posted on: Mei 23, 2016


Serbuk Xanthan Gum

                                      Serbuk Xanthan Gum

XANTHAN GUM:

Sedikit penerangan tentang xanthan gum – Mamak haji banyak menghabiskan masa untuk mengkaji teknik masak dari mencipta resipi baru atau pun buat ‘singature recipe”, jauh sekali cipta Resipi ‘Fussion’ tak minat utk cuba kerana mamak haji sendiri sudah “fussion” Melayu + India. Kalau anda baca resipi-resipi mamak haji seperti karangan BM spm disebabkan mamak haji teliti dengan teknik-teknik masak. Dalam kajian ini lah banyak bahan-bahan additif pemakanan dan juga bahan pencegah kerosakan makanan mamak haji temui. Penggunaan bahan-bahan aditif dalam masakan ini kebanyakannya dari sumber semula jadi juga, maka ia tidak lah bahaya sangat seperti yg kita anggap. Cuma kita perlu kawalan dalam kuantiti dalam kegunaan. Seperti pepatah India mengatakan, “Walau pun ia madu tetapi kalau terlebih makan ia tetap akan jadi racun.”

Aditif makanan, “Xanthan gum” ini telah diiktiraf sebagai aditif yang selamat untuk kegunaan dalam makanan oleh Kesatuan Eropah (EC) dan Amerika dengan membawa kod no: E405. Xanthan gum ini hasil dari fermentasi di antara sira gula jagung dan bakteria yg terdapat dalam sayur kobis atau barakoli yang bernama, “Xanthomonas campestris”. Maka nama Xanthan Gum ini diambil dari nama bakteria ini. Bakteria ini, anda boleh lihat dari tompokan hitam dipermukaan bunga kobis atau brokoli. Dalam kajian ‘rhelogy’ makanan, Xanthan gum ialah bahan aditif ajen pemekat atau pelikat. Ia akan wujudkan keadaan cecair menjadi pekat dan likat tanpa melibatkan sifat – sifat makanan itu terutamanya ‘rasa’.

Xanthan gum yang dijual di kedai bakeri tempatan

Xanthan gum yang dijual di kedai bakeri tempatan

Xanthan gum) biasanya digunakan sebagai aditif makanan, barangan kosmetik dan juga barangan kesihatan diri seperti dalam ubat gigi dan gel rambut (gel rambut itu ialah Xanthan gum). Biasanya ejen pemekat seperti Xanthan Gum ini bukan saja dapat memekatkan tetapi mampu menjadi ajen penstabil untuk larutan, bertindak sebagai emulsifier, dan suspensions. Seperti ‘sos cili’ keropok lekor yang gunakan cili kisar kasar bersama biji. Bila gunakan Xanthan gum akan kekalkan ‘flake cili dan biji’ terapungan dalam larutan sos itu kalau tidak kesmuanya mendak kebawah botol.

Jumlah kegunaan serbuk Xanthan gum biasanya ialah dari 0.5% ke 1% dari jumlah berat masakan itu…maknanya kalau anda gunakan air sebanyak 250 ml (atau 250gm) maka guna serbuk ini sebanyak 2.5gm atau 250mg. Tetapi pada kebiasaannya kita guna serbuk ini sepekat yang diperlukan kita tetapi bila guna lebih dari 1% cecair akan mula bertukar jadi gel. Minyak rambut gel itu dibuat cara ini. Xantan Gum ini kerap digunakan dalam penyediaan mmasakan moden atau digelar,”Modernist Cuisine.”

Kini kita tak perlu lagi berjam tunggu untuk menjadikan sos jadi pekat. Kalau nak sup pekat, ambil saja cecair yg ingin gunakan seperti stok, ukur dan masukkan kuantiti yang diperluakan dan terus masukan dalam mesin kisar dan kisar selama 1-2 minit. Cecair akan jadi pekat dan masukkan dalam masakan sup anda. Sahabat-sahabat yg ada bakery kecilan boleh cuba tambahkan Xanthan gum pada inti roti seperti ikan bilis, sardin dan yang lain yg basahkan dan lembabkan doh yang menyebabkan kurang kerangupan krust bawah roti itu.  Kalau tambah Xanthan Gum dalam ais krim buat sendiri…ais cream anda jadi lembut dan boleh elakan pembentukan kristal air batu. Dalam menyediakan sos “salad dressing” ramai cef barat suka gunakan Xanthan Gum ini untuk pemekat sos. 

Xanthan gum boleh digunakan dalam apa keadaan suhu pun…baik sejuk atau panas…ia tidak beri reaksi pada haba. Kecuali haba terlalu panas akan mencairkan keadaan sifat. Cuma dlm keadaan dlm cecair / larutan gula lebih dari 55% – 60% serbuk putih Xanthan Gum sukar untuk diadunkan. Bawah paras gula tersebut no problem. Kalau anda ingin dapatkan jus buah-buahan sejuk yang pekat likat, cuma taburkan satu atau dua cubit dan bancuh rata….degan segera jus anda anda jadi pekat dan enak untuk minum. Xanthan gum juga digunakan dalam tepung adunan goreng seperti, “tempura” untuk dapatkan kemelekatan yang baik pada bahan gorengan anda. anda boleh cuba dengan tepung pisang goreng sendiri…lepas itu

boleh jual…jadi pembuat tepung goreng pisang yg terbaik.

Sahabat-sahabat yg budiman kena tahu jugak yea..kenapa aku buat sos cicah rojak kat rumah cair je…tapi yg jual pekat likat…melekat kat hirisan buah dan menitis pulak…kalau buat macam ini boleh untung kah mcm ini?..ini semua trick sains…bukan menipu nama nya. Kalau untuk cili boh boleh guna ke mamak haji?. Boleh kalau nak pekatkan tapi jagan lupa guna benzoic Acid untuk tahan lama…biasanya benzoic asid ini berbau sedikit..kalau mamak haji lebih suka guna sodium benzoate..tapi jagan lebih 2% dari jumlah berat .Jangan lupa ramai yang buat sos pencicah buah…buat acar buah….buat ais krim malaysia…ini lah taktik-taktik mamak haji nak kongsi…tak percaya, baca belakang label pasti ada bahan tambahan E- 405…dia tak tertulis Xanthan Gum….

5 Respons to "APA ITU XANTHAN GUM?."

As salam Tuan Haji Saya berhasrat untuk membuat sambal belacan goreng, resipi dari pembantu rumah indonesia saya.Untuk di buat jualan.  Bagaimana untuk buat sambal ini tahan lama? Mungkin ada bahan pengawet? Mohon pencerahan dari Tuan Haji. Terima kasih. Warisan Sembilang Resort & Training Centre(Managed by WAJA URUS SDN BHD)03-32649577/03-41424335www.warisansembilang.comhttps://www.facebook.com/warisan.sembilangwsrtc_waja@yahoo.com

 

Mualaikumwasalam..sambal belacan goreng ini termasuk dalam bab cili juga, dengan itu serangan kulat (fungus) akan berlaku. Sila rujuk posting mamak haji tajuk “cili sos buat sendiri yea. Dalam komen itu mamak haji terangkan panjang lebar tentang pengawet sodium benzoate tetapi bahan Benzoic acid sgt baik untuk anti- microbial. Ia sgt murah dan sangat berkesan. ..jgn gunakan lebih dari 2% dari berat keseluruhan bahan makan.

Assalam tuan, adakah Xanthan Gum ini halal..tp kalau saya baca entry tuan ia dihasilkan dari tumbuhan.. tidak menimbulkan keraguan.. sebab saya pon perlu gunakan xanthum gum ni dalam penyediaan makanan yang gluten free..

Mualaikumwassalam,
Ikutkan Xanthan Gum ini produk halal tetapi cara proses jadikan xanthan gum ini ada celaru sedikit..Xanthan gum ini diperbuat dari bahan-bahan sumber seperti gandum, jagung atau pun sumber yg punyai glucose, sucrose atau lactose dan difermentasi menggunakan bakteria (Xanthomonas Campestris ) yg sama yg terhasil dari tompok kehitaman sayur kobis dan sayuran dedaun lain. Biasanya hasil dari cecair fermentasi ini dijadikan pepejal dgn menggunakan “isoprophl alkohol” dikeringkan dan dijadikan serbuk. Alkohol yg digunakan adalah “Haram” ini yg mamak haji kurang jelas..kegunaan alkohol dlm penyediaan ini. Tetapi kalau ikutkan sumber pembuatan ini kalau gunakan “gandum” adakah ia “gluten” free?. Terus terang mamak haji katakan..soalan anda ini soalan yg cuma ahli dlm kepakaran dlm bab makanan halal dan haram boleh jawab…sama dengan soalan Gluten Free …faham yea. Wassalam.

Assalammualaikum Tuan Haji.

Adakah penggunaan guar gum sama seperti xanthan gum? Dan kalau nak masukkan dalam makanan seperti air krim malaysia kena letak 0.5% ke 1% dari jumlah berat masakan juga ke? Terima kasih :)

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,028 hits
Mei 2016
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031