PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 2013


IKAN YG HARGA MURAH JADI IKAN YG EKSKLUSIF

IKAN YG HARGA MURAH JADI IKAN YG EKSKLUSIF

Kenapa kita perlu belajar memasak?. Apa faedah kita belajar masak ini?, wal-hal dlm keluarga kita cuma ada suami isteri saja. Beli makan kat kedai lagi untung dari masak sendiri bukan gitu?..betul ke?. Sebenarnya dlm proses belajar masak ini banyak manfaatnya yg anda sendiri tak nampak. Belajar memasak sebenarnya membina keyakinan diri (self confident). Kalau tidak ada keyakinan diri yg tinggi sanggupkah kita nak pegang dan guna pisau tajam, minyak panas, api dan banyak lagi episod bahaya menanti anda di dapur. Maka sesiapa saja ingin belajar memasak sebenanrnya punyai keyakinan diri yg tinggi. Memasak ini juga melatih anda untuk merancang dan menggunakan skil organisasi. Tanpa perancangan teliti anda tidak dapat keluarkan hasil resepi. Dari segi apa yg anda makkan, jaga kesihatan ahli keluarga, jimat kos untuk keluarga besar tidak lagi masuk kepentingan belajar memasak ini. Belajar Memasak juga akan membina daya kreativiti anda..maka ajaklah anak-anak anda dan suami sama-sama belajar memasak. Hari ini kita belajar masak ikan paling murah dan jadikan resepi yg terbaik, dan rasa yang paling hebat.

RESEPI: IKAN GORENG SELAYANG MASAK TAUCU. taucu

BAHAN-BAHAN:
– 5-6 ekor Ikan selayang.
– 4-5 sudu besar taucu..basuh dan bersihkan taucunya.
– 2 biji bawang labu dihiris bulat.
– 3 ulas bawang putih dihiris.
– 1 inci halia dihiris halus.
– 5 tangkai cili api dibelah-dua memanjang.
– 1 tangkai cili merah..belah-dua memanjang.
– 1 biji lada benggala/ capsicum – dihiris.
– 1 biji tomato dibelah empat.
– 1 btg serai dibelah dua..atau diketuk.
– 1 sudu besar gula pasir.
– 1 sudu besar asam jawa dijadikan satu cawan air asam.
– 2-3 sudu besar minyak masak.

CARA MEMASAK:
1. Ikan selayang dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan garing sedikit.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 2 sudu besar. Masukkan serai dan tumis serai hingga naik baunya, masukkan bawang, putih, bawang, halia, cili api, cili merah dan lada benggala. Bila tumisan mula keluarkan bau haruman (layu saja) masukkan taucu 4 sudu besar dan diikuti dengan air asam jawa secawan. Tunggu hingga air asam mendidih. Masukan gula secukup rasa (untuk matikan keasinan taucu).
3. Tuangkan di atas ikan goreng. Hidangkan.


APOM LENGGANG

                                       APOM LENGGANG

Salam..ada sesiapa teringin resepi apom lenggang atau Apom India atau pun apom manis kah?..Apom ini adalah sarapan pagi yg amat di minati kaum India. Kebelakangan ini apom ini sudah sinonim dgn orang Melayu sebagai kueh. Biasanya orang India lebih suka makan apom ini dengan santan cair dan gula, ada-kalanya mereka makan dengan sambal kelapa/ chutney atau dal. Kalau nak buat apom ini kena ada kuali kecil biasa atau pun kuali tak melekat/ non-stickable. T

KUALI CAST IRON WARISAN MAMAK HAJI.

KUALI CAST IRON WARISAN MAMAK HAJI.

akat buat kueh ini mamak haji cuma tau buat kueh-muih yg kesukaan golongan Mamak je…terutama org kerala atau Malabari amat suka apom ini. Sila perhatikan kuali 8″, warisan mamak haji yg dah hampir 30 tahun ini. permukaan kuali ini licin seperti cermin..tapi kini kuali tak melekat banyak dipasaran dgn harga yang murah sekarang.

RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIA/ THENGAI PAL APPAM.

Bahan-bahan perlukan;

2 cawan beras.
3/4 cawan nasi sejuk.
1 cawan kelapa parut.
1/2 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil yis segera kering.
1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. Selepas tempoh rendaman, basuh kembali beras, mulakan kisar dengan 3/4 cawan nasi sejuk dengan 1 cawan kelapa parut, air dalam 3/4 cawan, gula dan yis. Jadikan adunan tepung yang halus betul. Kisaran perlu lakukan dgn air sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom ‘merekah’.

2. Ambil sebuah bekas yang boleh menampung 11/2 kali adunan tepung (tepung akan bangkit) masukkan Adunan anda kedalamnya dan tutup. Adunan tepung sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurang-kurangnya 5-6 jam.

3. Adunan yang telah peram akan menjadi pekat sedikit dari asal. Tentukan adunan anda dikacau betul dan kalau perlu dicairkan sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan sedikit santan jika perlu. Masukkan garam secukup rasa.

4. Panaskan kuali lenggang kalau ada..sapu minyak, kalau tak ada boleh gunakan kuali non-stick. Tuang satu senduk adunan tepung di tengah kuali. Dengan memegang telingga kuali dgn kain cuba putarkan tepung sekeliling kuali. Tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api untuk bahagian tengah yg tebal masak selama 3-4 minit. Bila dibahagian tengah masak dan tepi apom mula terkopek sendiri..dengan perlahan keluarkan apom.

APOM LENGGANG

KUALI NON-STICK KHAS

5. Dalam apom lenggang ini paling penting ialah kelikatan adunan tepong dan kuali yang anda gunakan, kalau apom anda melekat di kuali tambahkan sedikit santan pekat dalam adunan tepung anda. Santan boleh bantu sedikit..kalau masih melekat buat apa-apa yg patut petua bagi kuali tak melekat..kalau tak jadi jugak jangan risau jadikan kueh ‘serabai’..hahahaha..Selamat mencuba.


Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.
Nota:  Semua Pahala dan kredit diberikan pada penulis asal.

Dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki apabila sudah sampai usia dan waktunya.  Rezeki yang dicari ini pula boleh dengan pelbagai cara, cara yang baik boleh dan cara yang buruk juga boleh.   Tepuk dada tanyalah iman kita.  Tuntutan hidup dan kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap dari kita melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian, bil-bil, ansuran rumah dan kenderaan, yuran dan keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya.  Ada yang berniaga pasar malam, menjual nasi lemak dan pisang goreng, menceburkan diri dalam perniagaan MLM, dan sebagainya.  Bagi mereka yang malas melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk menambah pendapatan seperti pecah amanah, menipu dan rasuah.  Walau pun cara itu salah, demi keseronokan dan janji dunia, mereka sanggup dan berani melakukannya.

Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu.  Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Kalau selalu sangan Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.

Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1)   Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2)   Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.

3)   Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4)   Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.

5)   Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6)   Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.

7)   Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.

Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat.  Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti yang haram.  Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan rezeki.  Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah.  Insya Allah, apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,035 hits
September 2013
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30