PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Ogos 2015


popia basah

popia basah

tepung sebelum dilayang

tepung sebelum dilayang

Tepung yang telah uli

Tepung yang telah uli

Resipi ini dapat sambutan luar biasa di Face Book Mamak Haji takat hari ini lebih 10,377 sahabat berkongsi resipi ini…Resepi Popia Basah Dari Cheq Norliah Kamaruddin dan mamak haji telah cuba sendiri. Terima Kasih Anakanda kerana sanggup Pm tunaikan permintaan ayah. Moga Allah SWT perluaskan rezki dan barakah ke atas mu…amiin.

Resipi Menyediakan Kulit Popia:
– 1 kg tepung gandum
– 41/2 cwn air
– 1 biji putih telur
– 7 sudu besar minyak masak.
– 5 sudu teh garam
– 2 sudu besar tepung ubi….

p/s:semua tu satukan uli smpai tangan tak melekit….perap 5 jam.

Resepi untuk sos:
– 3 kg cili boh (guna separuh jer).
– 1kg gula.
– 10 biji bwg besar.(blender)
– 2 gengam udang geragau.(blender)
– 3 labu bwg putih.(blender)
– garam ikut rasa dan sedikit perasa makanan (ajinomoto).
– masak sos ini dlm api kecik tapi lama dalam tempoh 6 jam….(tahan lama )

Resepi untuk inti…
– parutkan sengkuang …carot ….
– kacang goreng(tumbuk)
P/s: lia guna 2 bhn tu ajer ..kalau guna timun n togeh cepat basi…

selamat mencuba x payah beli buat sendiri lagi terjamin….

 


NASI GORENG

NASI GORENG

RESIPI: NASI GORENG NENAS ‘ALA THAI.

Bahan-Bahan Diperlukan:
– 2 cawan nasi.
– 8 ekor udang besar sedikit,
– 2 biji telur ayam.
– 4 sudu besar bawang labu merah dihiris dadu.
– 1 sudu besar kicap cair.
– 1 sudu kecil sos ikan.
– 1 sudu kecil gula.
– 1 sudu kecil serbuk kari ikan.
– 1/4 sudu kecil serbuk lada putih.
– 1/2 cawan nenas dipotong kiub.
– 1/2 cawan hirisan tomato dibuang biji.
– sedikit gajus digoreng tanpa garam.
– sedikit hirisan daun ketumbar / daun bawang untuk hiasan di atas.
– 1 sudu besar pes nam Phrik Pao – kalau tak ada masukkan sedikit belacan bakar.
– 3 sudu besar minyak masak.
– Garam secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. 4 ekor udang biarkan kepala dan ekor. Buang kulit udang tengah dan belah isinya dan keluarkan urat tunjang. 4 ekor udang lagi buang kepalanya dan kulit badan dan potong kecil. Goreng udang ini dalam minyak panas 2-3 minit. Keluarkan dan asingkan. Isi udang juga perlu goreng dan asingkan.

2.Gunakan minyak gorengan udang tadi. Kalau kurang tambahkan sedikit minyak. Pukul dua biji telur dgn secubit garam dan masukkan dalam minyak panas. Kacau serata dan biar sehingga masak. Keluarkan telur goreng hancur dan asingkan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan bawang dihiris dadu. Goreng bawang sehingga layu,masukkan nasi diikuti dengan telur dan isi udang yang siap goreng (4 ekor udang penuh goreng itu cuma hiasan diatas nasi).

4. Masukkan semua bahan-bahan kicap cair., sos ikan, gula , serbuk kari ikan. serbuk lada putih, nenas, hirisan tomato, dan gajus digoreng

5.Goreng nasi 3 – 5 minit dan keluarkan dari kuali dan hidangkan dengan udang, Hidang dengan hirisan daun ketumbar / daun bawang, timun dan cili merah. Selamat mencuba.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,028 hits
Ogos 2015
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31