PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Mei 2013


Jom Like Pages Mamak Haji Di Facebook untuk mendapatkan resipi-resipi yang istimewa dan info-info katering yang berguna ! Mamak Haji baru berjinak dalam Pages Facebook , diharap semua dapat memberi sokongan ! hehe

https://www.facebook.com/MamakHaji

Like_1


AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAPAssalamualaikum, hari ini sibuk sikit layan sahabat-sahabat dari fb, Cara guna fb lebih mudah sedikit dari menulis diblog. Dengan ini mamak haji mohon sila addkan mamak haji sebagai rakan di facebook anda. Dalam siri kedua ini mamak haji berikan resepi Ayam Masak Halia bersoskan kicap. Menu ini adalah dalam kategori masakan cina yang  termasyor. Resepi ini gunakan ketuhar (oven) tetapi kalau payah sangat boleh juga gunakan kuali leper dengan api yg sederhana untuk masak resepi ini. Sekiranya resepi ini menggunakan ikan kerana mungkin ada yang tak suka makan ayam boleh juga gunakan ikan kayu atau di selatan digelar ikan tongkol atau ikan bawal yang bersaiz sederhana. Cuma ikan-ikan ini perlu digoreng dulu seperti kita buat sambal pedas ikan tongkol. Resepi ini sudah pasti anak-anak anda amat gemarkan kerana rasa kicap yg berlemak dengan haruman halia yang sangat menyelerakan sekiranya dimakan dengan nasi panas. Seperti kita ketahui halia adalah khasiat herba semulajadi yang terbaik untuk tubuh badan manusia. Resepi ini amat mudah dan gunakan bahan yang paling minima. Jangan lupa mencubanya..terutamanya untuk ibu-ibu yang dalam pantang lagi, tambahkan menu ini dalam senarai resepi pantang jumpa anda.

RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg – 1.8kg. Potong 1o bahgian dan tentukan dadah ayam itu dibelah dua untuk masak sekata dengan bahagian-bahagian lain semasa membakar. Dada yang kalau tebal memerlukan masa yang lama dari bahagian lain.
  • 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
  • 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
  • 5 tbsp halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai leper dan cincang lebih mudah.
  • 1 tsp atau sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
  • 1 tbsp kicap ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
  • 2-4 tsp minyak bijan (seasame oil).

CARA-CARA MASAK:

  1. Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan diantara satu sama lain ketulan ayam itu dalam bekas pembakar.
  2. Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
  3. Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
  4. Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, larskan semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
  5. Anda boleh hidangkan dipingan hidangananda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan. Selamat mencuba. Kalau ada pertanyaan boleh e-mamak haji : Mohd.roslan99@gmail.com atau akaun facebook: Mamak Haji. Selamat mencuba.

Assalamualaikum, mamak haji mohon maaf kerana lama up-date blog ini. Seperti biasa kesihatan mamak haji semakin merosot. Walau bagaimana bila sihat tetapi bila dah pulih seperti ini, Insyallah, mamak haji akan terus berada dengan anda semua.  Banyak e-mail mamak haji tak dapat balas dan kebanyakan e-mail adalah memohon resepi mengikut kuantiti besar untuk perniagaan. Mamak haji faham kesulitan bila masak masakan dalam kuantiti besar bukan mudah untuk pertama kali kerana banyak andaian akan bermain dalam kepala kita. Lagi pun kuantiti besar ini bukan boleh main-main seperti kita menonton program masakan dalam tv. Dengan memikirkan  semua ini, mamak haji telah membuka akaun Facebook untuk interaksi secara spontan dengan anda semua. Boleh masuk chat dengan mamak haji tentang masakan nasi kandar atau sebarang masalah yang perlu ingin tahu mengenai sesuatu resepi atau pun masalah perniagaan. Akaun facebook mamak haji ialah :Mamak Haji. Jadi cepat-cepatlah “friend” dengan mamak haji..hahahaha!. macam kelaku budak-budak pulak dah mamak haji tua kerepot ini.

Sebelum kita ke resepi menu kantin, kita perlu memahami cara perniagaan di kantin yang tidak sama dengan perniagaan makanan diluar. Perniagaan kantin perlukan resepi-resepi yang bersesuain dengan pekerja permis anda berniaga. Kantin sekolah tidak sama menu dengan menu kantin pejabat, menu kantin pejabat pula tidak sama dengan menu kantin kilang. Banyak Kali mamak haji akan menulis tentang, “perniaagan kantin kilang”. Banyak juga mamak haji posting tentang perniagaan kantin diblog ini. Cuma cara menullis mamak haji tentang sesuatu perkara bertabur di sana-sini seperti lepas makan passembur tersembur keluar kacang bila bercakap. Mamak haji tidak mahu menulis resepi-resepi untuk aggaran pekerja yang beribu-ribu di kantin kilang walau pun mamak haji kendalikan sehingga 7 ribu pekerja. , itu untuk katerer kantin yang sudah profesional. Boleh lantik cef untuk lakukan semua itu. Resepi mamak haji kali ini ialah untuk peniaga yang baru mencuba untuk berniaga dengan anggaran pekerja 100 -300 org. Bagi orang baru ingin mencuba nasib dalam perniagaan kantin ia akan banyak membantu. Masalah besar dalam perniagaan kantin sekarang ialah yang pertama selera pekerja dan juga pekerja-pekerja impot seperti Indonesia, Bagladesh, Nepal, Burma, Vietnam. Betul kah dia orang kata pekerja-pekerja ini ada my kad dan undi. Ada saja orang politik kita ini. Selera dan resepi mereka tidak sama. Dalam pada itu kilang juga tidak kurang mempunyai pekerja tempatan seperti orang Melayu, Cina dan India. Jadi masalah akan timbul kalau punyai pekerja campuran dalam memilih menu tempatanyang kita sememangnya mahir. Maka dengan sebab ini, menu kita sentiasa perlu diterima baik oleh semua pekerja kilang tersebut. Kalau tidak ada sambutan pekerja kilang, perniagaan kita akan terjejas.

Satu lagi perkara penting dalam perniagaan kantin kilang ialah,  kita tidak boleh keluarkan menu yang sama setiap hari. Menu masakan setiap hari perlu berubah kecuali seperti ayam goreng atau nasi putih. Rehat sat…adakah kali ini mamak haji nak beri resepi atau pun berceloteh memanjang mengenai perniagaan kantin ini?. Takat resepi banyak berlambak di internet noo, tapi ilmu perniagaan tentang kantin kurang, jadi mamak haji rasa kita sembang pasal perniagaan kantin dari pengalaman mamak haji sendiri. Tujuan asas diadakan kantin di kilang ialah, majikan punyai komitmen untukmenjaga  pekerjanya mendapatkan rehat, makanan yang bersih dan berzat untuk pekerjanya dengan harga yang berpatutan. Harga berpatutan dengan harga murah dua perkara yang berlainan. Ia seperti omputih kata, “give and take”, maka maksud tugas majikan ialah menyediakan tempat rehat yang baik untuk pekerja rehat dalam tempoh masa rehat kerja biasanya ialah bangunan kantin yang sempurna dari segi cahaya, pengedaran udara, kerusi-meja makan dan suasana. Komitmen tentang makanan bersih ialah majikan perlu sediakan tempat masak yang sempurna untuk katerer yang dilantik, punca air yang bersih, pantau cara penyediaan makanan oleh katerer dan juga cara hidangan seperti bainemerry dan lain-lain. Mamak haji sebutkan juga tentang komitmen majikan tentang harga makanan yang berpatutan untuk pekerja. Bagaimana harga yang berpatutan boleh diberikan oleh katere kantin?. Dalam hal ini majikan dan katerer buat perjanjian bersama mengenai harga yang ditawarkan mengikut  perjanjian majikan dengan tawaran pemberian  subsidi seperti berupa wang tunai, kupon atau kemudahan seperti gas masak, air, letrik, tempat tanpa sewa, peralatan masak dan hidangan. Ia lebih kurang seperti subsidi minyak petrol yang diberikan oleh kerajaan. Kalau kerajaan ingin nak naikan harga petroleum, dia cuma akan kata, subsidi dikurangkan, maka rakyat pun gembira harga tak naikan kerajaan tapi cuma subsidi yang kurangkan. Esok pagi isi minyak kereta, biasa isi RM50.00 meter dashboard tunjukkan setengah tank, tapi  ini tak sampai setengah tank. Orang macam tak tahu, harga dah naik, dia pun pii sembang dengan kawan, “lain kali awak janagan isi minyak kat stesyen minyak anu tau, kerana dia tipu kita, teka nozel cuma angin saja keluar”…hahaha!. Bagi dia masih kerajaan yang betul yang salah dan tipu itu taukeh pam minyak. Malam nanti dia pun bukak berita tv3, maka wartawan pun interview pelangan di stesyen pam minyak, “apa pandangan encik tentang subsidi kerajaan untuk minyak dikurangkan?”. Pelangan itu pun menjawab, ” kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung-jawab tentang alam sekitar perlu kurang memakai kereta, kita perlu kongsi kereta ke pejabat. Langkah kerajaan kurangkan subsidi ini adalah sangat baik, kerana orang kaya saja mampu pakai kereta, baik kerajaan salurkan wang subsidi ini kepada fakir miskin”. Yang tengok berita ini pun lopong..dalam hati dia berkata, “betul apa!”. Dia tak tahu pelangan itu bukan pelangan tapi pelakon tambahan yang membaca skrip yang telah disediakan. Apa pulak pasal subsidi kantin mamak ke subsidi minyak..hahaha!. Kalau tentang subsidi gula ok apa. Gula dinaikan harga kerana ramai orang Malaysia menghidap kencing manis. Kalau mahal orang pakai kurang. Mamak jual Teh tarek harga teh tarek naik harga secawan tapi teh jadi kurang manis, kalau tanya, “oi mamak ini teh tarek kah, air longkang lepas hujan?”. Dia pun selamba menjawab, “encik, kerajaan suruh kurangkan manis, lebihkan senyuman manis encik!”.hahaha betul apa?.

Oklah mamak tutup  kali ini, kita sambung esok OK. Nanti mamak haji mengarut pasal Geng Mamak Pulau Pinang buat Perhimpunan Black-out digantikan dengan orang pakai baju hitam pulak dah!. Betul jugakan orang kata, “hitam itu menawan”. Jangan lupa kita ke Facebook lepas ini yea..mudah saja page Mamak Haji. Wassalam.

Label: ,

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,018 hits
Mei 2013
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031