PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for April 2014


 

NASI BERINGIN

NASI BERINGIN

RESEPI: NASI BERINGIN.

Bahan-Bahan:
– 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45 minit.
– 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
– 1 sudu besar pes halia bawang putih.
– 1 batang serai diketuk perdunya.
– 1 sudu kecil garam masala.
– 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga, 5 cengkih.
– 1 sudu besar minyak sapi.
– 2 sudu besar minyak masak.
– 1/2 tin susu cair.
– 2 sudu besar air mawar.
– 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar, bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
– Air untuk masak nasi sama paras dengan beras. Kaedah Nisbah 1:1.
– sedikit pewarna kuning telur.
– Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat mencuba.


YONG TAU FOO

YONG TAU FOO

Salam..sebenarnya mamak haji dari lima tahun lalu  suka luahkan perasaan dalam setiap resepi yg di tulis diblog tetapi di fb mamak haji tukar sedikit format. Ini cuma luahan seorang mamak teh tarek..maka itulah mamak haji gelar politik mamak haji cuma, “politik Teh Tarek”..tidak ada bersangkutan dengan mana-mana parti politik dan kerajaan, cuma satu keluhan ikhlas yg amat boring bila mana pelanggan di kedai menghabiskan tiga empat teh tarek hanya bertekak siapa yang betul..hahaha!. Biaasanya siapa yang bercakap banyak itu lha akan settle bill. Maka jangan ambil serius sangat cakap mamak haji tentang politik. Ia cuma selingan untuk hilangkan kebosanan untuk membaca resepi.

Resepi Sup Yong Tau Foo ini pernah mamak haji pernah rasa sangat lazat di sebuah kedai makan astaka di Kg.Melayu. Johor Bahru pada tahun 1986. Ia amat lazat bukan kerana intinya tetapi sup..dan berkali kali mamak cuba dptkan formula..dan inilah hasilnya kita kongsi sama.

CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP YONG TAUFU SINGAPURA:

BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.

  • 3 liter air.
  • 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
  • 1 sudu besar biji lada putih.
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
  • 5 ulas bawang putih diketuk.
  • 2 ketul kiub stok ayam.
  • 2 inci Halia diketuk.
  • 1 sudu besar gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak masak.

Cara: Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya sedia sup yong tau foo yg lazat ‘ala singapura. Hidangkan dengan bebola ikan, Fucuk goreng, dan lain-lain bahan yg anda sukai. Selamat mencuba.

 SOS HITAM

Bahan-bahan:

  • 200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kicap pekat manis.
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
  • gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas.

3. SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.

RESEPI SOS PENCICAH THAI:

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

  • 3 ulas bawang putih di kopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4 cawan cuka.
  • 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.


CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba. Wassalam.

4. Sos Pedas (2)
Bahan-bahan:

  • 20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan bijan
  • 2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
  • garam, gula & cuka secukup rasa
  • 2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.


 

ROTI BUN SARDIN

ROTI BUN SARDIN

RESEPI: BUN BERINTI SARDIN (TUNA) BERMAYONIS:

Jom kita tengok resepi..mamak haji terus ke resepi..kalau ada soalan bubuh pii kat comment nanti mamak haji balas..kalau segan bertanya email..kalau segan juga mai kat Fb.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 sudu besar Yis kering segera.
  • 2 sudu besar air suam.
  • 1/2 cawan susu dutch lady penuh krim (beli kotak kecik je).
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 2 dan 1/4 cawan tepung berprotin tinggi.
  • 1 biji telur telah dipukul.
  • 1/4 cawan gula pasir.

Untuk hiasan di atas..bagi wangi, daun kering oregano (Flake) dan 1 biji telur ambil putih telur.

Bahan-Bahan Untuk Inti bun:

  • 1 tin sardin..cari yang paling murah..biasanya yang murah itu ikan dalamnya besar. Basuh kuah dia buang tulang jadikan Flake..
  • 1/2 cawan celery dihiris halus..beli sebatang dah cukup kat pasar.
  • 3 sudu besar mayonis..mamak pakai mayonis buatan mamak sendiri.
  • 1 biji bawang labu besar..di dadukan halus.
  • 1 sudu kecil mustard kalau ada ok..tak ada tak apa.
  • 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa masin anda.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada.
  • 1 biji cili merah buang bijinya.

Cara menyediakan inti:
Panaskan kuali masuk minya satu sudu besar..goreng bawang layu, masukan semua bahan lain kecuali mayonis. Goreng. Bila sejuk masukkan mayonis dan kacau. Kalau lebih simpan dan esok buat sandwich.

CARA MENYEDIAKAN DOH ROTI BUN:

1. Cairkan 1 sudu besar yis dengan 2 sudu besar air suam , 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung. Kacau serata supaya semua dia adun dengan baik. Biarkan selama 10 minit.

2. Didihkan susu dan biarkan ia menjadi suam / yang kepanasan boleh rasa dengan jari. Masukkan 1/4 cawan gula, 1/2 cawan minyak dan garam. Adun campuran ini sehingga larut dan bentuk satu larutan. Bila gula telah larut masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit sehingga anda perolehi satu pes yang yang licin kilat yang tidak bergentel.

3. Masukkan 1 biji telur yang pukul, yis dan kacau sebati. Masukkan tepung yang baki dengan sedikit demi sedikit untuk jadikan doh.

4. Doh tadi melekit sapuan sedikit teung di kedua tapak tangan anda dan buat ulian. Uli dengan tapak tangan tekan ke bawah doh. Uli selama 10 minit. Ada akan dapat doh yang licin permukaan. Boleh tambah sedikit tepung masa ulian ini.

5. Biarkan doh rehat selama 1 jam dengan di tutup dengan kain yang lembab. Biarkan doh naik 2 kali size asalnya.

6. Bila doh dah naik selepas 1 jam, leper kembali ke asa dengan tekan lembut dengan tapak tangan pada doh tadi dan mula membahagikan doh kepada size yang dikehendaki dengan sama-rata. Mamak haji buat 10 biji bola.

7. Seperti isi inti pau, leperkan bola doh tadi dan isi inti dan bulatkan kembali. Taburkan Daun kering oregano di atas permukaan doh yang telah isi inti.

8. Membiarkan selama 20 minit.

9. Panaskan oven pada 200 darjah C.

10. Susun bun yang perlu di bakar di atas bekas pembakar dengan lapik dengan kertas minyak baking. Kita tak mahu keras sangat di bahagian bawah bun nanti. Set suhu oven 200C dan selama 10 minit.

11. Bila permukaan bun mula bertukar warna perang, keluarkan tray dan sapu putih telur di permukaan bun. Dan masukkan kembali selama 2 minit dengan menggunakan pembakaran bawah oven. WASSALAM.


Mamak haji ingin terangkan sedikit pengetahuan menegenai sains masakan asas dengan cara yang paling mudah untuk anda semua memahami. Tentang kegunaan Yis, Baking Powder atau serbuk penaik dan Baking Soda.

Ketiga-tiga bahan ini di gunakan dalan tepung gandum. Sebelum kenal dengan bahan-bahan penegembangan ini, kita kena faham tentang apa itu tepung gandum?. Apa sifatnya?. Biji gandum yang tepung itu ada tiga jenis: 1. Gandum lembut – digunakan untuk roti dan batters 2. Gandum keras – digunakan untuk roti yang gunakan telur dan yis 3. Drum – terkeras, digunakan buat pasta.

Jenis-jenis tepung gandum untuk masak –

*Tepung serba-guna (all purpose flour) biasanya digunakan kebanyakan resepi dan memekat sup dan sos barat. Kandungan protein 10 – 12%.

*Tepung Roti (Bread Flour) peratus kandungan protein 12 – 14%. kandungan gluten yang tinggi.

*Tepung Kek 6-8% protein kandungan gluten yang paling rendah. *Tepung seminola/Durum – kandungan gluten yang paling tinggi. Setiap jenis tepung mempunyai ciri dan sifat yang berlainan. Apa yang di maksudkan dengan “gluten”?.


Gluten bermakna –  protein yang panjang dan paling besar yang mengandungi atom sulfur (belerang). Protein yang bergulung antara satu sama lain dengan bantuan atom belerang. Protein ini boleh bergerak dengan mudah dibantu oleh Gliadins yang bertindak sebagai pelincir diantara dua protein ini. Dengan sebab ini gluten digelar, “urat tepung”. Gluten juga bantu simpan udara di dalam roti dan doh.

Sekarang Anda dapat jawapan, kenapa tepung untuk roti canai itu perlu di uli betul?. Bila kita lakukan ulian sebenarnya kita pindahkan atom belerang (sulfur) ke penghujung rantaian protein dengan ini tepung jadi lebih kental dan berelastik. mcm Lastiklah tu.  Lagi lama kita uli  lagilah jadi elastik tepung itu..maka bila ia ditebar ia tak akan koyak dan mudah untuk kembang. Hasil roti bertambah sedap. Taiap bahan tambahan didlam doh ada fungsinya seperti:

  • Garam – Apa fungsi di dalam doh tepung? – garam membantu rangkaian gluten dengan merapatkan kedua-dua protein tepung yang panjang dan yang besar.
  • Gula – membantu untuk hadkan aktivit gluten dalam doh.
  • Minyak atau Butter _ melemahkan kekuatan bonding antara gluten. Senang cerita melembutkan doh.

Ok kita pergi kepada bahan leavening atau bahan pengembangan tepung dan hasil gorengan kita menjadi ringan. Bahan mana satu yang perlu digunakan Yis atau soda atau baking powder..sebelum kita buat keputusan, kita kena tahu sifat ketiga-tiga bahan ini. Tanpa mengetahui sifatnya, kita tidak boleh meraba untuk dapatkan keputusan baik.

1. Pengenalan kepada Yis:
Yis adalah kulat..kulat adalah tumbuhan yang hidup. Ingat ini. Sebenarnya menggunakan yis dalam tepung untuk masakan kita sebenarnya hidupkan yis atau di gelar proses fermentasi. Yis sebenarnya akan gunakan kabohiderat (gula) dalam tepung dan membebaskan gas karbon dioksida. Karbon dioksida yang dibebaskan yis akan meninggalkan ruang udara dalam doh atau tepung. Ruang ini yang menjadikan tekstur kueh atau roti kita ringan. Bila yis gunakan gula dalam tepung, gula akan bertukar menjadi alkohol. Alkohol inilah memberikan kesedpan kueh atau roti kita. Tapi jangan fikir sangat pasal alkohol ini, kerana bila kenakan haba panas dalam oven atau goreng alkohol ini akan sejat dan hilang dalam makanan itu.
Yis untuk hidup perlukan gula atau kanji untuk hidup dan akan biak cepat. mka dengan sebab inilah bila guna yis disarankan ambil sebuah bekas masukkan yis + gula dan sedikit air suam dan bancuh. Bila selepas 10 minit anda akan perolehi cecair air berbuih, maka cecair ini lah perlu masukkan dalam tepung dan di bancuh dan peram. Ini seperti kita beri booster pada yis supaya doh kita cepat kembang elok.

Seperti mamak haji katakan yis ini satu tumbuhan hidup maka ia perlukan keadaan sekeliling yang lembab dan suhu yang terbaik ia itu suhu di antara 42C – 46C. jadi anda dah tahu kenapa bancuhan itu kita gunakan air suam. Suhu yang terbaik gunakan yis untuk buah doh atau bancuhan dalam suhu sekeliling 26C – 35C darjah, Maknanya waktu pagi sejuk tidak sesuai.Yis tidak akan membiak dengan baik. kalau air panas suhunya tinggi dari 60C darjah Yis akan mati. Ok faham yea, kalau kita gunakan yis sebagai pembangkit kueh tidak boleh gunakan air didih untuk bancuhan tepung bertujuan melembutkan kueh cucur anda.

2. Baking Powder:

Perbedzaan di antara baking powder dan baking soda sebenarnya tak ada perbedzaan banyak. cuma kedua-duanya bertindak balas dengan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh atau adunan kembang naik. Cuma baking soda ialah sodium bicarbonate tulin tetapi baking powder adalah campuran baking soda dan cream of tartar yang asid dan bahan kekeringan seperti tepung jagung atau beras. Maka perlu faham ialah baking powder cuma perlukan air atau kelembaban udara untuk bertindak balas. Dengan sebab inilah bila anda gunakan baking powder cepat tutup tudung dan simpan. Kalau tak pakai )stok lama) perlu di uji dulu sebelum menggunakan. Ujian seperti ini: Ambil satu sudu kecil baking powder dan masukkan dalam 1/3 cawan air panas. Campuran perlu keluarkan bueh yang seperti mendidih sikit..kalau buehnya sedikit saja baking powder anda telah rosak. Jangan gunakan nanti hasilnya leper saja..jgn mengadu resepi orang bagi salah..salah ialah baking powder anda gunakan dalam bahan kek itu dah rosak.
Anda tahu kegunaan baking powder adalah tindakan kimia yang segera, maka anda tidak boleh peram bagi baking powder anda telah bebaskan gas kesemuanya sia-sia dalam buat doh, Tip keempat: Bila gunakan baking powder cepat goreng cucur anda.
Baking powder ini ada dua jenis satu single action dna satu lagi double action. Double action ini bila kenakan kepanasan seperti baking atau goreng akan bertindak balas lagi untuk keluarkan gas.

3. Baking Soda:

Kita sambung sikit saja tentang baking soda…Seperti mamak haji katakan baking soda ialah sodium bbicarbonate yang tulin. Bahan kimia ini adalah alkali. Seperti kita belajar di sekolah setiap bahan alkali yang bertindak dengan asid akan hasilkan gas karbon dioksida..karbon dioksida inilah akan mengembangkan kek atau kueh anda. Seperti baking powder dua bahan asid dan alkali telah sedia ada cuma perlukan air untuk bertindak balas. Tapi bagaimana pula baking soda ini?..dia ini perlukan keadaan asid untuk bertindak balas. Maka keadaan reaksi dan hasilan gas tergantung pada bahan asid yang kita gunakan…jadi dalam cucur jagung mana kita nak cari asid..boleh kah kita guna soda ini?..sekarang anda dah tahukan..bila guna soda tanpa perantara asid..maka datanglah serbuk krim of tartar. atau yogurt atau krim.dah anda dapat tau sendiri sekarang jawapan.
Untuk ujian soda ok tak ok…ambil setengah sudu kecil soda..dan titiskan air limau atau cuka satu atau dua titik..anda boleh luhat tindak balas kimia..kalu tak maka soda anda telah rosak. Orang suka guna soda kerana ruang atau gas yang dihasilkan oleh soda lebih banyak dari baking powder..dan ruang udara terbentuk dalam adunan atau doh lebih baik dan kental dari yis..tapi ia tidak gemari kerana berupaya tukar warna tepung dan bau yg tidak menyenangkan.

Soalan: ada sahabat bertanya, “mamak haji lupa tulis tentang kegunaan baking soda..betul juga. Mamak Haji berikan sedikit pencernahan tentang baking soda ini:
Baking soda ini sama seperti baking powder fungsinya memberi pengembangan dalam menghasilkan roti, kueh dan lain-lain bahan masak seperti goreng ayam bersalut tepung seperti kfc. Perbedzaan di antara baking powder dengan baking soda..baking soda menghasilkan pengembangan yang lebih dan ruang udara yang besar dari baking powder. Baking soda juga kembang semua hala, tetapi baking powder cuma mengembang naik ke atas saja. Kalu anda ingin ruang rongga besar dalam kuih seperti kueh anda pilih baking soda. Kalau nak yang halus pilih baking powder. Kalau anda pilih yis untuk kembangan lebih besar terpulang. Tapi perlu ingat..pengembangan besar dengan rongga udara besar tak boleh kekalkan masa kueh anda sejuk..maka anda kena ada baking powder juga membantu wjudkan rongga kecil untuk bertahan rongga-rongga udara besar itu semasa kueh anda sejuk nanti. Jadi anda pilih lah bahan pengembangan yang sesuai untuk kuih anda. Tetapi jangan pilih yang salah.


cendol yang telah siap

cendol yang telah siap

Assalamualaikum..salam sejahtera untuk rakyat 1 Malaysia..tengah hari ini cuaca panas..macam mana kita pekena cendol istimewa hari ini?. Buat cendol sendiri ini amat mudah dan cepat..cuma bahan-bahan kena ada. Tapi tak apa ambil resepi, beli bahan-bahan, buat bila ada cuti…makan puas-puas cendol buatan sendiri bersama dengan keluarga. Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa bukan Hak Mutlak Mamak yea. Di India tak ada cendol..ini resepi rumpun Melayu. Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Tanah Melayu atas galakan Penjajah British dalam memajukkan Pulau Pinang dengan cara membawa masuk golongan peniaga. Dari dulu lagi orang Melayu suka bantu bangsa lain berniaga dan suka sangat kutip duit Tol. Walau pun resipi Cendol telah berubah mengikut peredaran zaman dan ia tetap menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, Thailand dan lain-lain negara di asia tenggara. Dalam resepi cendol mamak haji perkenalkan dua jenis tepung untuk bahan asas satu menggunakan tepung kacang hijau dan satu lagi,  menggunakan tepung BERAS bersama dengan tepung ” HOEN KWE “..sahabat kenal kan tepung ini?. Tepung sangat popular untuk buat kuih di Indonesia seperti kueh pelita. Kalau takat berniaga tak perlu gunakan sangat tepung ini..ganti dengan tepung ubi atau jagung pun ok juga. Tapi biaq cendol kita buat makan di rumah, “Biaq sama tapi tak serupa”…hahaha!.

AIR KAPUR : 
Bila sebut air kapur ramai yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi  Indonesia sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2 bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea. Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau kapur atau lidas lidah anda.  Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.

Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.

Cendol guna alat pembuat muruku

Cendol guna alat pembuat muruku

  • 125gm tepung beras (1 cawan).
  • 20gm tepung Hoen Kwe.
  • 50gm tepung ubi/kanji.
  • 200ml air pandan (2 cawan).
  • 3/4 sdm. Air Kapur.
  • 1 sudu kecil garam.
  • secubit pewarna hijau.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Untuk mendapatkan Air Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.

 

Label:

 

GARAM AMONIA DAN ALLUM (TAWAS)

GARAM AMONIA DAN ALLUM (TAWAS)

RESEPI: CAKOI:
Seperti mamak haji katakan versi pengubai-suai dari resepi asal banyak terdapat di negara ini..terutama nya resepi kueh Melayu seperti Pak Tongko atau Batang koh yang di makan bersama dengan sambal kacang, ada yang terlalu manis seperti roti manis. Jadi jangan keliru dengan resepi asal ini. Kalau anda suka cara kueh Melayu..dipersilakan yea..tak semestinya resepi orang lain sedap. Lain Padang Lain belalang..lain orang lain cara masaknya..lain selera nya.BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 250gm. Tepung Gandum.
– 1 cawan air suam.
– 1/4 sudu kecil yis segera (mauripan).
– 1/2 sudu kecil baking soda.
– 3/4 sudu kecil Allum (tawas).
– 1/2 sudu kecil garam amonia.
– 1 sudu besar minyak masak.
– 1 sudu kecil gara.
– Minyak cukup untuk goreng, Sekurangnya 2-3 inci dalam kuali.

1. Anda memerlukan dua mangkok untuk adunkan bahan-bahan ini. Dalam satu mangkuk anda isikan dua sudu besar air suam ( dari 1 cawan air). Isikan kristal allum dan cairkan menjadikan larutan. Kristal yang tak larut dibuang.
2. Dalam satu mangkok yang lain anda masukan air suam dalam 2 besar (air suam dari 1 cawan), isikan baking powder, soda dan juga garam. Tindak balas akan berlaku menjadikan larutan ini berbueh. Masukkan sekali larutan allum yang disediakan dalam mangkok pertama garam amonia.
3. Dalam bekas lain masukkan yis, gula dan 1 sudu besar air suam. Tunggu dalam 5 minit.
4. Buatkan kolam ditengah tepung dan masukkan larutan dari mangkok Baking powder, soda, allum, garam dan garam amonia. dan juga yis dan gula. Kita buat proses ini untuk tepung tidak melekit semasa uli.
5. Mulakan ulian. Ulian perlu cepat cuma dalam 2-3 minit saja kerana kita tidak mahu gas dibebaskan di udara. Sebenarnya kita perlu gas itu berada di dalam tepung sehingga kita goreng.
6. Bila doh dibentuk..bahagikan kepada dua bahagian yang sama. Sapu minyak pada kedua-dua permukaan doh dan masukkan dalam bag plastik dengan ketat. Supaya gas dari tindak-balas tidak terkeluar. BIARKAN SELAMA 4 JAM. Sekali sekala dalam 30 minit picit-picitkan bekas plastik.

CARA PENYEDIAAN:
CAKOI CUBAAN PERTAMA

CAKOI CUBAAN PERTAMA

Jom kita sambung sikit lagi cara penyediaan doh untuk goreng:

1. Selepas keluarkan dari bungkusan tarik doh itu jadikan 4 inci panjang dan 3 inci lebar. Kedua doh yea.

2. Letak doh leper itu di papan golek dengan di salut tepung supaya bila golek tak melekat. Leperkan doh itu dengan pengolek ke 1/2 inci ketebalan, 4 inci lebar dan 12 inci panjang. Biarkan ia rehat dalam 10 minit dengan ditutup dengan kain yang lembab. Saiz sama juga sama dengan satu lagi doh.

3. Panaskan minyak dalam kuali sekurang-kurang dalamnya 2-3 inci.

4. Potong 3 keping secara lintang kedua doh yang telah leperkan pada 12 inci. Salatu doh yang leper itu bruskan dengan air. Dan tindihkan kedua-dua doh yang telah leperkan. Kita sebenarnya melekatkan kedua doh itu.

5. Potong selebar 2 inci setiap potongan tadi. Anda akan perolehi 6 keping doh yang leper bersaiz 2 inci lebar, 4 inci panjang dan 1/2 inci tebal. Saiz terpulang anda. Potongan lebar dua inci itu, ambil sebuah lidi yang telah basah (kalau kayu penyepit lagi terbaik) dan tekan di tengah-tengah. Doh anda siap untuk digoreng.

6. Sebelum goreng tentukan minyak di kuali betul-betul panas (180C). Tarek doh anda dari 4 inci kepada 8 inci dan masukkan dalam minyak panas. Apabila timbul saja gorengan anda cepat-cepat terbalikkan dia..begitulah seterusnya . Masa gorengan cuma 2-3 minit saja. Insha kali pertama mingkin bentuk tak berapa jadi..dengan sebab itu mamak haji berikan kuantiti yg kecil. Bila dah mahir tambah saja nisbah yang sama..selamat mencuba..ini gambar mamak haji mula-mula try buat cakoi ini..setahun lepas. Alah bisa tegal biasa.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,164 hits
April 2014
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930