PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 2010


Seri Kaya atau digelar “kaya”  ada dua jenis. Satu berwarna kuning kemasan dan satu lagi Kramel atau bewarna perang. Kaya keemasan ini selalunya hanya menggunakan telur, gula dan santan. Seri Kaya kramel gunakan tambahan tepung jagung untuk pekatkan kaya dan gula hangus atau kramel memberi warna dan rasa yang amat sedap. Pengusaha makanan terutamanya kantin atau restoren boleh buat seri kaya ini dari dapur mereka bila ada kelapangan. Ia amat menguntungkan. Resepi dibawah ini khas untuk suri rumah tangga (700gm) yang boleh jimatkan perbelanjaan Dapur. Anak-anak pasti suka seri kaya ini dengan roti potong.

 

 

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali dengan api dapur sederhana. Masukkan 1/2 cawan gula pasir dan jadikan gula hangus (kramel). Warna kramel inilah akan menentukan warna kaya anda, maka terpulang pada anda, nak lebih brownish masak lama sikit tapi jangan warna kulit mamak haji sudah. Bila warna mula bentuk tuangkan 1/2 cawan air kedalam kuali sedikit demi sedikit dan panaskan kembali. Awas yea air akan sejatkan dan wap panas akan keluar. Tentukan kramel anda tidak menjadi keras ia perlu seperti kepekatan madu. Madu tiruan dibuat seperti ini. Cuma madu tiruan dicampurkan perahan limau nipis. Biarkan kramel ini sejuk sebelum gunakan.
2. Dalam bekas yang lain, ambil 1 cawan gula dan masukkan 3 biji telur dipukul sehingga gula sebati dengan telur.

3. Dlm satu bekas satu lagi ambil 1 cawan santan pekat dan masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan bancuh.

4. Panaskan kuali kembali dan masukkan gula kramel dari bekas pertama dan panaskan. Sementara panas masukkan sebatian gula dan telur dari bekas kedua dlm kuali dan akhir sekali masukkan santan pekat yang dibancuh dengan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau dan sebatikan sehingga pekat.

5. Sederhanakan api dapur dan masak sehingga lebih kurang 15-20 minit.

Seri Kaya anda telah siap. Isikan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Selamat Mencuba… mohd.roslan99@gmail.com


SOALAN E-MAIL:

Mamak,

Saya silent reader. Amat menghargai penulisan anda yg jujur. Syabas.

Pertanyaan saya ada kah benar masak kari ni mesti letak paste tomato baru sedap. Kalau boleh saya nak resipi pelbagai masakan kari.

Harap membantu

 

Az

JAWAPAN:

Masak kari ayam atau daging berbeza dengan Masak Kari Ikan. Kari ikan selalunya masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul. Semasa bersihkan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan perlu basuh bersih selalunya terdapan di tengah tulang ikan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharia perlu dibersihkan). Rendamkan ketulan ikan dalam campuran limau nipis/ asam jawa(acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Bekas masak juga perlu diambil perhatian. Kuali yang hitam akan menyebabkan pertukaran warna kari. Gunakan periok keluli atau stainless steel.

Boleh masukkan “paste tomato”, boleh sedapkan kari. Tetapi kalau  kita gunakan tomoto segar lebih baik biasanya inilah dilakukan dlm masakan kari ikan. Terung dan kacang bendi juga boleh ditambahkan dalam kari Ikan. Tomato paste atau pun tomota segar boleh  digunakan dalam kari Ikan semata-mata untuk tujuan masamkan sedikit kari. Tetapi kari ayam atau daging kita perlukan pekat dan berlemak sedikit dengan itu kita gunakan kentang dan tomato segar. Paste tomato jarang digunakan dalam katering  kerana kos tambahan. tetapi mamak suka gunakan paste tomoto dan sup tomato yang dalam tin untuk masak DALCA dan Nasi beriani atau nasi tomato untuk mendapatkan complexion (warna) yang cantik. Boleh gunakan Paste Tomato tapi  nisbahnya perlu ditentukan jangan sampai masam seperti kari yang sudah basi.

Terima kasih feed back dari saudara. Tentang menu kari ini cuma kita perlu ketahui asas buat kari itu dan rempah yang perlu digunakan. Insyallah boleh masak apa saja kari mengikut asas kari ini dgn menambah atau mengurangkan rempah mengikut selera kita. Kena cuba…” practice make perfect”. Masakan kena cuba berulang kali baru akan mendapat satu menu yang khas untuk selera kita.


Banyak e-mail diterima dari pengunjung blog.  Ucapkan terima kasih kerana sudi mengunjung ke blog ini yang tak seberapa canggih. Peningkatan pengunjung hari sehari telah menyuntik semangat saya untuk terus bertulis. Sokongan anda amat perlukan penulis jalanan seperti saya yang baru. Saya sebenarnya tak berapa minat dalam komen yang disediakan kerana kadangkala ramai yang takut atau pun malu komen atau bertanya. Dengan sebab inilah saya selalu tinggalkan e-mail setiap atikal atau resepi yang saya tulis. Blog ini janganlah anggap sebagai blog Resepi. Blog ini sebenarnya ingin mencungkil bakat-bakat anda untuk mahir dalam memasak dan bila mahir masak bolehlah menjadi seorang pengusaha Restoren atau katering atau pun sekurang-kurangnya boleh berniaga di Pasar Ramadhan tahun depan di tempat anda. Di bawah ini adalah e-mail-email yang terpilih yang banyak tanyakan masalah masakan nasi kandar:

Daripada: Basir Harun,

Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pendedahan resepi nasi kandar yang menjadi rahsia kedai mamak. Saya sudah cuba masak mengikut resepi yang disediakan.cKejayaannya dalam lingkungan 60%. Kira ok juga la. Saya akan cuba lagi. Masalahnya bila saya buat kari ayam rasanya kurang manis dan kurang menyentap(bau dan rasa yang mengiurkan ) . Sekian.Terima kasih.

Jawapan:

Mualaikum Salam Saudara Basir Harun,

Kari ayam atau pun apa juga masakan kari,  wanginya atau pun kesedapannya bergantung kepada kualiti bahan rempah dan cara adunan rempah. Rempah ayam yang tersedia ada di pasaran seperti Baba’s atau Alagapa’s adalah adunan rempah disediakan untuk umum. Seperti baba’s mereka tumpukkan rempah kepada sasaran pengguna Melayu yang mahu rasa rempah berperisa dan pedas kurang sedikit, Jenama Alagapa’s pula mensasarkan pelangan orang India yang inginkan rempah kasar sedikit dan pedas dan berwarna merah. Maka secara am kita sukar menentukan cita-rasa induvidu.  Dalam perniagaan kami, selalunya tidak mementingkan kepada jenama kerana kita sebagai tukang masak perlu tentukan apa yang kurang dan perlu tambah dalam rempah tersedia ada itu. Rempah giling tidak digunakan lagi kerana masalah masa dan tenaga buruh. Jenama yang terdapat dalam pasaran telah dikaji dan diselidik oleh empunya syarikat untuk cita rasa umum maka ia lebih sesuai digunakan oleh peniaga dari rempah yang digiling untuk rasa induvidu.

Masalah kari yang  tidak wangi ialah masalah campuran rempah yang digunakan. Rempah Baba’s adalah terbaik dalam pasaran sekarang (hehehe Mamak bukan bodek Baba’s tapi dari segi kegunaan). Walau pun mahal tetapi ia punyai cita rasa yg baik. Apa yang Mamak haji cadangkan, saudara perlu menambah satu sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil Jintan manis, 1/2 sudu kecil jintan putih dan tambah serbuk kas-kas setengah sudu kecil dan 100gm (kurang 1/2 packet 250gm rempah baba’s kari daging) untuk seekor ayam sederhana besar 1.6 – 1.8 Kg. Gunakan santan sedikit untuk kelikatan tetapi jangan banyak ia akan pecah minyak. Buah keras yang telah dikisar juga boleh digunakan. Masalah kegunaan buah keras ialah kari saudara tidak tahan lama dan mula berbuih selepas 6 jam. Nasihat saya jangan gunakan terlampau bayak rempah ia akan menjadi kari pahit sedikit. Gunakan gula pasir sedikit kalau saudara takut gunakan MSG. MSG adalah tidak baik kalau dididihkan untuk kesihatan. Kuantiti kuah kari ayam adalah kisaran / blender bawang besar. Pengunaan  bawang besar ( ini kari Mamak bukan India Selatan!)  tidak melebihi kerana ia juga akan pahitkan kari anda . Bagi Mamak haji pengalaman amat mustahak untuk membuat kari yang terbaik. Buat kuantiti kecil dan cuba dan mencuba…penilaian pengunaan bahan resipi akan terpancar sendiri. Ilham adalah kurnia Allah s.w.t maka tak perlu khuatir kalau hidangan itu dibuat dengan Ikhlas untuk memberi pada pelanggan atau pun ahli keluarga. Ingat pesanan Mamak haji dalam masakan kesedapan adalah bergantung pada bahan yang Halal dan bersih, keikhlasan hati, dan pertimbangan (ilham). Maka sedaplah menu masakan apa pun. Mamak Haji sebenarnya ingin membantu orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan makanan yang terbentang luas ini untuk mencuba. Insyallah kalau ada kelapangan kita akan cuba buat kursus yang saudara minta ini tanpa sebarang bayaran. Kita buat kenduri, dgn belajar masak , dan kita makan bersama insyallah. Mamak Haji akan hubungi saudara nanti. Keep in touch. Wassalam.


E- mail dari saudarimAwin Awin,

 

 

 

 

 

 

 

 

Harap mamak memberi tunjuk ajar untuk membuat nasi tomato versi mamak…saya selalu mengikuti resepi mamak …mmg best laaa…..email dari Awin:

Kali ini terpaksalah mamak berikan resepi khas ini untuk  Awin-Awin dan pengunjung blog yang ingin buat Rumah Terbuka kadar 20 orang kebawah. Dan jangan lupa Nasi Tomoto ini perlu dihidang dengn set seperti Dalca, Ayam masak merah dan juga Kerabu Nenas. Sila baca posting cara masak nasi kandar, Resipi ayam masak merah atau masak madu dan dalca. Kerabu nenas tak payah kot…ia amat mudah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg.Beras Basmathi / Beras biasa 5% hancur. Cuci dan rendan 10 minit dan toskan supaya kering.
  • 1/2 cawan tin Kimball Tomato Sup.
  • 2 sudu besar Kimball Tomato Puree.
  • 1/2 tin susu cair.

*   Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1. kalau basmathi lebih 1/4 bhg lagi.(1:1 jangan lupa sukat)

Bahan Untuk Tumis.

  • 3   sudu besar minyak sapi blended.
  • 3   sudu besar mentega kalau tak suka minyak sapi lah.
  • 2   keping. kayu manis 3″.
  • 2   helai daun pandan dikerat 3 inci.
  • 3   kuntum bunga lawang.
  • 5   biji buah pelaga.
  • 7  kuntum bunga cengkih.
  • 2   biji bawang besar dihiris.
  • 2   sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
  • 1   sudu besar bawang kisar.
  • 1  sudu besar gula pasir / gula batu.
  • 25 gm buah kismis dan sedikit biji janggus.

Cara-Cara Memasak:

1.  Panaskan periok, masukkan mentega/ minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.

3.  Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan Kimball Tomato sup, Kimball Tomato puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampai wap mula cuba keluar dari tudung periok,  isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5.  Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. Kacang peas kalau menggunakan dlm tin pastikan air dikeringkan dahulu sebelum taburkan di atas nasi. Selamat mencuba.

Kalau masih keliru dan was-was mencuba atau ingin tahu lebih lanjut tentang apa saja masakan mamak email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com. Sila baca atikal-atikal berkenaan cara memasak nasi, cara membuat pes bawang putih dan halia atau cara mengisar bawang kisar. Kepada pengunjung baru jangan anggap blog ini cuma sekadar blog resepi tetapi  sebuah blog yang penuh dengan pengalaman memasak dan berniaga yang patut di pelajari dan boleh terus interaksi dgn penulis melalui email..




Label:

Resipi Nasi Daging Utara:

Resipi ini adalah versi Mamak Penang. Maka jangan keliru dengan resipi-resipi yang lain. Resepi Masakan ini adalah masakan orang Penang yang paling ringkas dan amat lazat sekiranya dimakan bersama “air asam” dan “Dalca”. Resepi yang diposkan kali ini ialah resipi keluarga Ibu mentua Mamak, Puan. Khalijah Bee Abdul Kadir. Setiap kali beliau masak Nasi Daging ini tak pernah lupakan Mamak untuk menjamu selera di rumahnya. Memang Resepi Nasi Daging beliau lain dari lain.  Amat Lazat. Tak rugi di cuba……kita berkongsi bersama:

 

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging – dipotong agak besar (12 – 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Daging segar adalah amat baik. Simpan menu ini untuk Raya Korban nanti.
  • 1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).
  • 3 sudu besar kimball tomato sup.
  • 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
  • Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.
  • Bawang Goreng untuk ditaburkan.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:

  • 1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5  sudu besar).
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 2  sudu besar rempah daging.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Manis.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Putih.
  • 1 sudu besar rempah beriani.
  • 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
  • sedikit buah kismis dan Jangus.
  • 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
  • 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
  • 1 sudu kecil Garam masala.-
  • Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:

1.  Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3.  Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5.  Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha…kalau mentah juga…kukus saja nasi itu…hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com.

AIR ASAM:

1. Cili Api, Belacan Bakar, lada merah – masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).

2. Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.

3. Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Boleh juga tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.


Malam Hari Raya adalah malam yang sungguh istimewa di mana anak beranak, saudara mara berkumpul. Sementara orang perempuan sibuk mengemas dan masak untuk menyambut Hari Raya, orang lelaki pula buntu fikiran dan tidak tahu apa yang nak buat. Pada masa zaman mamak muda-muda selalu Nana mengajak main meriam karbide atau pun mercun untuk memeriahkan malam hari raya sehingga menjelang pagi. Main Meriam buluh Karbide, mercun dan bunga api telah dilarang kerajaan untuk keselamatan. Suasana malam Raya masih boleh dijadikan kenangan dengan membakar Ayam atau barbeque yang lazat bersama anak-anak dan sanak saudara diluar rumah. Sambil bakar dan sambil menjemu selera membawa satu kenangan manis buat anak-anak. Sesiapa yang punyai halaman terbuka boleh jadikan “pesta barbeque” yang amat istimewa. Anda cuma perlukan satu bekas “Grill Barbeque” yang boleh dibeli dari pasar raya. Arang kayu (charcoal) juga boleh didapati dipasar-pasar raya atau kedai runcit. Kalau anda tidak mahu membeli anda juga boleh buat sendiri dan simpan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlukan. Lihat contoh “grill Buatan sendiri” dibawah ini. Boleh tiru dan masih belum dipatenkan..hahaha!.

Jangan lupa isikan separuh bekas pembakar ini dengn pasir kering untuk jimatkan arang kayu (charcoal). Kalau nak smoke atau salai tutup saja penutupnya. Kalau nak grill tak perlu tutup. Cara smoke tidak di gemari orang kita. Smoke perlu gunakan kayu yang mengeluarkan asap yang berwangi…di sini sukar diperolehi jenis cebisan kayu ini.

AYAM BARBEQUE:

Bahan-Bahan:

2 – ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut selera. Boleh potong dua atau empat bahagian. Kalau keluarga besar potong saja lapan bahagian.

Cara-Cara:

a. 2 biji bawang putih ditumbuk halus.

b. 4 sudu besar  cuka beras (cuka beras dapatkan  yang halal dan dikhuatiri punyai kandungan alkohol) kalau tidak dapat memperolehi yang HALAL, gunakan saja air perahan lemon.

c. 5 sudu besar Barbeque sos. (sekiranya tidak memperolehi barbeque sauce sila rujuk resepi barbeque sauce).

d. Gaulkan semua bahan di atas dengan ketulan ayam dan peram sekurang-kurangnya 3 jam.

e. Bakar ayam perlu dimulakan dengan permukaan isi ayam (bahagian kulit) untuk mendapatkan bekas bakaran yang cantik. Jangan sampai hangus. 2-3 minit sudah memadai kerana kita bukan ingin masak permukaan daging ayam itu.

f. Segera terbalikan ketulan ayam kepada permukaan yang punyai tulang. Tidak perlu balik-balikan ketulan ayam sehingga masak. Jaga bara api dan tutup kalau ada penutup grill.

Selamat mencuba. Resepi ini khas untuk peminat barbeque yang baru ingin  bakar ayam. Senang dan mudah.

Resipi “Barbeque Sauce”.

Bahan-Bahan:

1.   2 cawan sos tomato.

2.   1/2 tsp air perahan lemon.

3.   1 cawan gula merah (pastikan dicairkan dan ditapis).

4.   1 tsp sos seasoning maggie.

5.   2 tsp all spice (boleh didapati dalam botol keci di pasar raya).

6.   1 tsp Paprika atau serbuk cili.

7.   1 tsp sos Hot Spice atau sos cili pun boleh.

8.   1/2 cup Gula Perang (brown sugar).

9.   1 tsp Jintan Putih.

10. 1 tsp lada sula (white pepper).

Cara -Cara:

Masukkan semua bahan tersebut di atas dalam periok steel dan masak dengan api sederhana(medium) selama 30 minit sehingga gula perang cair dan sebati.

Selamat mencuba. SELAMAT HARI RAYA.


Salam,

Ramai hantar e-mail dengan berbagai-bagai soalan tentang masakan resipi Nasi Kandar dalam bulan ramadhan ini. Terima kasih. Mamak Haji sedaya upaya cuba balas e-mail pengunjung dengan kadar segera. Yang minta resepi baru, kena sabar dan Mamak Haji cuba tulis resepinya bila ada kelapangan. Dalam masakkan tidak ada resipi yang paling tepat atau pun paling standard. Resepi  yang anda perolehi dari mana pun sumbernya, boleh diubah-suai mengikut selera anda  seperti kuantiti rempah, rasa pedas, manis atau pun masin. Buat ikut selera anda, tak perlu terlalu taksub dengan resepi orang lain. Masak seperti bidang muzik perlukan yang baru, kalau sama biar beli yang asli. Ada yang ingin menjaga kesihatan, cuba kurangkan minyak, garam atau perisa makanan dan makanan. Hindarkan penggunaan santan yang berlebihan. Masak ini cuma teknik  yang harus dipelajari yang mana awal dan terkemudian. Tak perlu sangat keseluruhan  resipi pencipta itu. Jadikan masak ini sebagai hobi yang amat menyeronokkan. Seisi keluarga perlu berganding bahu untuk menyediakan sesuatu resipi-resipi yang baru, bila ada kelapangan. Apabila siap, hidang dan makan bersama ahli keluarga dengan ini wujud kasih sayang itu berwajah mirip hidangan. Keluarga anda akan rasa bahagia kerana penyertaan bersama untuk menjayakan resepi atau pun apa saja masalah keluarga dan jimat perbelanjaan satu hal yang lain. Bayangkanlah kalau keluarga lima atau enam orang berjamu di Restoren Nasi kandar…kosnya amat tinggi tetapi tidak dapat kegembiraan yang kita masak bersama dan jamu selera bersama di rumah.

Rumah bukanlah sebuah bangunan semata-mata atau kayu dengan tiada-mata dak ada perasaan kasih sayang. Setiap inci bahan binaan dicantum jadikan rumah yang indah seperti kasih sayang penghuni rumah yang telah dicantum dijadikan sebuah keluarga yang bahagia, Ia adalah mahligai indah walau pun cuma beratapkan zink. Rumah juga tempat gabungan terkumpulnya kasih sayang yang terjalin diantara suami isteri dan anak-anaknya. Jadikan rumah anda sebagai syurga anda di muka bumi ini.

 

YOGURT:

Yogurt atau nama tempatan di panggil “tairu” dibuat sendiri adalah lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya-pasar raya. Yogurt yang dibuat sendiri amat tergantung kepada kandungan lelemak susu yang digunakan, jenis pendahulu Yogurt (culture yogurt) yang digunakan. Kepejalan yogurt yang buat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu. Untuk mengelakan susu dan kandungan air kita perlu mendidihkan susu.

Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu.

1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 – 12 minit).

2. Biarkan sejuk susu yang telah didih kepada 40 C – 48 C atau 100F – 115 F. Suhu didapur cuaca panas memadai.

3. Masukkan “culture yogurt” dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan tuala dapur dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Suhu  40C – 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini.  Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini  yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.

4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 sebelum digunakan.

Nota: Resepi ini khas untuk Saudari yang berminat resepi nasi kandar tinggal di Sarawak yang sukar perolehi Yogurt asli. Saudari ini mengidam dengan resepi kurmak ayam dan ayam bakar tandoori nasi kandar ..semoga Mamak haji tak menghampakan keinginan beliau. * Cultured Yogurt boleh didapati dari penjual-penjual susu segar tempatan. Tidak galakan membeli dari yogurt dari pasar raya kerana dikhuatiri bercampur geletin.

SELAMAT HARI RAYA.

 

contoh yogurt yang boleh digunakan dalam resepi Nasi kandar

MAAF ZAHIR BATIN DARI MAMAK PENANG DAN KELUARGA.


Masak Nasi Putih adalah sangat kritis dalam seluruh masakan Resepi Nasi kandar. Kesedapan apa jua lauk-pauk nasi kandar bergantung kepada keadaan dan kesedapan nasi putih anda. Baru-baru seorang peminat Nasi Kandar dari UK (england) mengirim e-mail bertanyakan resepi masakan nasi putih nasi kandar yang sedap. Ramai diantara daripada kita memang tidak memandang berat dalam masakan nasi putih nasi kandar. Memang tepat saudari dari England itu bertanyakan Resepi Nasi Putih Nasi Kandar. Maka kali ini saya terpaksa kembali kepada asas yang perlu diketahui untuk menyediakan nasi putih nasi kandar yang wangi, tidak lembik atau keras, bergebu dan butir nasi yang tak melekat dan berderai cantik seperti mutiara. Maka asas masak nasi atau bertanak nasi adalah sangat mustahak.

Dalam masakan nasi kandar ada dua jenis beras yang selalu digunakan ia itu beras “basmathi” dan beras biasa.  Beras basmathi adalah beras yang paling sempurna kerana tidak punyai beras hancur dan tidak punyai kanji yang berlebihan tetapi ia adalah lebih mahal dari beras biasa. Beras Basmathi yang tinggi mutunya kadangkala mencecah 1 kg sehingga berbelas ringgit dalam pasaran. Maka beras seperti ini biasanya digunakan masakan nasi istimewa seperti Nasi Beriani. Inilah  sebabnya beras ini di gelar “Beras Beriani“.

“Beras biasa” mempunyai dua jenis iaitu beras baru dan lama. Kualiti beras biasa selalunya bergantung kepada kuantiti beras hancur dicampurkan. Biasanya ialah 5 peratus , 10 peratus dan 15 peratus (beras subsidi kerajaan). Beras biasa yang elok dan baik untuk masakan nasi kandar ialah beras yang punyai 5 peratus beras hancur.  Beras baru atau Beras lama  sukar untuk ditentukan sekarang. Maka kita ambil jalan mudah “beras baru”. Kenapa beras baru dan beras lama itu berbedza?. Ini kerana kandungan kelembabpan atau “moisture” itu berbedza. Beras lama kandungan kelembapan kurang maka kita perlu gunakan lebih sedikit air memasak. Kalau beras yang baru caranya kurangkan air. Untuk mengatasi masalah ini cara mudah ialah rendamkan beras yang ingin masak itu sebelum masak (basuh dengan air biasa sehingga bersih dua atau tiga kali sehingga air basuhan beras jernih sedikit, dan rendamkan dalam air selama 15minit).  JANGAN MERENDAM BERAS LAMA. Selepas beras direndam jangan sekali cuba meramas beras atau basuh;  ini akan memecahkan butiran beras. Sebelum masak tapis beras yang direndam dan terus masukkan dalam periok.

Cara masak nasi putih ada dua cara:

1. Cara buang kanjinya selepas nasi mulai masak 95% (kalau nasi masak kadar besar 90%).

2. Cara Sejat atau pun masak dengan Periok Nasi (Rice Cooker).

Walau cara “buang kanji”  adalah cara yang rumit dan sukar berbanding dengan cara sejat, tetapi ia baik untuk kesihatan. Masakan Nasi kandar asli ialah menggunakkan cara buang kanji nasi.

Cara-cara Masak nasi cara “buang kanji” “Ala Nasi kandar:

1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).

2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4  maknanya 1 cup beras 4 cup air.

3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih  1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).

4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).

5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).

6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.

7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.

8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.

Selamat mencuba. Kalu tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.


Kemunculan ramai peniaga Bumiputera setiap Ramadan amat menarik perhatian. Melihat kepada jumlah Bumiputera berniaga di pasar dan bazar Ramadan di merata tempat, memberi harapan kepada kita bahawa semakin ramai Bumiputera berani dan mampu menjadi usahawan. Namun apabila ditinjau, sebahagian besar peniaga Ramadan sebenarnya daripada golongan peniaga tetap. Mereka mengambil peluang berniaga di pasar dan bazar Ramadan untuk mencari keuntungan tambahan. Kebanyakan mereka mempunyai kedai atau gerai tetap dan sudah berpengalaman sebagai usahawan. Bilangan peniaga sambilan pada Ramadan sebenarnya tidak begitu ramai. Amat sedikit pula daripada kalangan peniaga sambilan ini menjadi peniaga tetap selepas Ramadan. Mereka berniaga di bulan puasa sekadar mencari pendapatan tambahan dan bukan sebagai proses latihan menjadi usahawan sepenuh masa.

Walaupun banyak usaha dilakukan untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera, kadar penambahan usahawan baru Bumiputera masih rendah. Kekurangan modal dan pengalaman mungkin antara faktor menghalang pembabitan lebih ramai Bumiputera dalam perniagaan. Masalah kekurangan modal dan pengalaman boleh diatasi dengan adanya pelbagai program pembangunan dan latihan keusahawanan oleh kerajaan. Namun mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya harus ingat kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan modal yang cukup. Ramai usahawan diberi bantuan modal tetapi masih gagal. Ada banyak faktor menentukan kejayaan usahawan dalam perniagaan. Antaranya ialah minat mendalam, tahap kesungguhan tinggi, rajin bekerja, bersedia dengan pengetahuan mengenai bidang diceburi, memahami bagaimana perniagaan berfungsi dan beberapa ciri lain. Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko.

Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbabit. Usahawan sendiri perlu tahu perkara asas mengenai risiko dan bagaimana mengurusnya. Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan. Untuk mengurus risiko, usahawan perlu mampu membayangkan setiap kemungkinan hasil sesuatu tindakan atau kegiatan yang ingin diputuskan. Oleh itu sangat penting mendapatkan semua maklumat sesuatu kegiatan dalam proses membuat keputusan. Dalam keadaan sebenar, usahawan jarang sekali mendapat semua maklumat dalam tempoh yang dikehendaki. Biasanya usahawan terpaksa membuat keputusan tanpa maklumat lengkap. Ini mendedahkan usahawan kepada risiko membuat keputusan salah dan merugikan. – Sumber : Bulletin PNB.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,039 hits
September 2010
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930