Posted by: Mohammad Roslan on: Mei 9, 2009
Salam,
Masakan Mamak Pulau Pinang ini berasal dari tukang-tukang masak yang tak diktiraf dikalangan kelasi tongkang-tongkang yang banyak terdapat di pelabuhan Pulau Pinang untuk angkut bahan-bahan mentah yang di impot untuk proses di Kilang-kilang yang terdapat di sepanjang Sungai Perai. Tongkang-Tongkang ini masih lagi beroperasi untuk membawa gula Mentah ke Kilang gula penapis “Gula Perai ” . Masakan Mamak Tongkang ini adalah masakan warisan turun- temurun, senang di masak dan tahan lama dan masakan mamak ini jangan salah ertikan dengan masakan India. Masakan mamak cuma terdapat di negara ini.Ia adalah warisan Pulau Pinang.Walau pun pada dasarnya masakan mereka di selaputi minyak yang berlebihan di permukaan atas setiap lauk yang telah dimasak tetapi selaput minyak dan kegunaan minyak boleh dikurangkan tanpa menyentuh keenakan lauk tersebut. Selaput minyak yang berlebihan ini hanyalah untuk pengawetan makanan (food preservation) kerana di tongkang tidak mempunyai kemudahan peti sejuk untuk menyimpan makananan yang telah masak. Maka hindarkan kegunaan minyak masak berlebihan ini untuk menjaga kesihatan anda sekiranya anda mencuba resepi Mamak penang. Keenakan lauk mamak penang bukanlah tergantung pada minyak masak berlebihan tetapi tergantung penuh kepada kemahiran memasak mengikut kaedah, kualiti rempah, dan juga pengawalan api untuk memasak. Inilah kemahiran asas yang perlu ada untuk mempelajari masakan mamak penang atau nasi kandar. Nasi yang dimasak mestilah nasi sejat.Memasak nasi sejat memerlukan kemahiran tertentu dan pengalaman untuk mengawal api yang digunakan supaya nasi yang dimasak tidak hangus atau mentah.Pada kali ini kerana ramai e-mailkan tanya resepi “daging masak hitam” yang amat popular di Pulau Pinang mamak sedia berkongsi resepi keluarga mamak dengan anda semua.Sekiranya terdapat sebarang keraguan jangan keberatan e-mailkan soalan anda pada : mohd.roslan99@gmail.com untuk keterangan lanjut. Sebarang kemusykilan Mamak sedia membantu anda.wassalam.
Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Bahan-bahan :
1.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
2.Bawang besar 2 biji dipotong hiris memanjang.
3.Rempah kari Daging 5 pkt.kecil atau 2 senduk besar.
4.Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil
5.Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil
6.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
9.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
10.Santan pekat 250 gm jika kehendaki.
Bahan untuk kisar / Tumis:
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala) , daun pandan, daun kari, dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
7. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir dan satu kecil perasa makanan (jika perlukan). masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.
Hidangan untuk : 10 orang
Kos :RM20.00
*NOTA:
Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.
salam sy ucapkn trima kasih krana syer resepi resepi ini..may allah je balas kebaikn u…nak tanya mee goreng mamak cammana nak buat ..dia ada kuah kn tnx
[...] lauk ini untuk makan dengan nasi serai, resepi asal sekodeng dari sini tapi i dah bega-bega sikit ikut selera dan apa yang ada di dapur i. Sedap lauk ni, tak rugi [...]
yg ni betoi ori daging masak itam>had yg depa lain buat tu ialah daging masak toyu…trima kasih
1 | 2010 in review « PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN
Februari 22, 2011 pada 6:22 pm
[...] RESEPI DAGING MASAK ITAM May 2009 3 [...]