Posted by: Mohammad Roslan on: Januari 21, 2012
Salam, Kali ini Mamak Haji nak tulis sebuah resepi dari keluarga sebelah pihak Mami. Di Pulau Pinang ini kalau lelaki mamak yang berumur digelar, “Mamu” dan isterinya pulak digelar, “Mami“. Ia sama seperti panggilan, “Pak Cik” dan “Mak Chik” atau “Uncle dan Aunty”. Jadi mamak haji gunakan nama mami itu bermaksud isteri mamak haji. Mami ini adalah seorang tukang masak “wonder women”. Bukan saja mami miliki wajah , “dari jauh macam pelancung kalau dekat cuma hidung mancung saja”. Bagi mamak haji mami adalah wanita yang sangat cantik dan juga seorang tukang masak yang amat mamak haji kagumi. Walau pun sifat semula jadi mami lemah lembut tapi kesungguhan dalam berniaga bersama mamak haji masa susah dan senang mengeratkan lagi kasih sayang kami. Tanpa sokongan isteri dan komitmen terhadap usaha suami, sukarlah si suami berjaya. Maka setiap kejayaan si suami ada seorang isteri yang sentiasa disampingnya. Maka bila berjaya nanti jangan pulak mencari yang baru untuk mengantikan tempat isteri yang bersama kita. Ini pengkhianat namanya. Jadikanlah isteri yang sentiasa berada dalam keadaan susah dan senang ini sebagai teman hidup sepanjang hayat. Kadang-kala si suami yang telah berjaya dalam perniagaan lupakan “Bang” 5 kali sehari tetapi ikut yang “Bang”, seribu kali sehari itu. Tahu apa “Bang” lima kali sehari?. Bang lima kali sehari itu maksudnya azan. Yang “bang” seribu kali itu, perempuan genit yang comel loteh dari seberang yang sentiasa basahkan bibir dan memanggil “abang” dengan singkatan “Bang”. Ramai lelaki yang kecapi kesenangan duniawi ini cepat tergoda dengan panggilan manja “bang” ini. Tanpa mami, mamak haji tidak mampu mengelolakan perniagaan. Mami ini bukanlah Mami yang tamak haloba mencari kekayaan dunia dengan memaksa suaminya membuka ladang ternak lembu dan dapat pinjaman berjuta kerana ada pengaruh politik. Mami, mamak haji juga tahu kecerdikan mamak haji cuma pandai masak daging lembu masak itam saja. Mami bukan tak tahu Mamak Haji ini tak pandai bela lembu!. Kalau mami paksa juga mamak haji buka ladang lembu, mamak haji lebih suka ambil duit pinjaman itu dan beli kondo kat tepi pantai Batu Ferringhi. Itu nasiblah..mami nak kata apa katalah. Lebih cakap mamak haji akan kata, “see you in court”. Apa hal suruh bela lembu , pii beli kondo lebih untung. Aduhai..apa pulak mamak haji ke tajuk bela lembu dan beli kondo?. Teringat pulak wajah mami yang lain pulak dah….hahahaha!. Ok mamak haji zip mulut dulu.
Resepi kali ini, adalah untuk pengemar-pengemar kari yang berperisa bawang. Mamak haji tak tahu kenapa orang India dan orang Cina ini tidak boleh pisahkan dari penggunaan bawang merah dan putih dalam resepi masakan mereka. Orang India bukan saja gunakan bawang merah untuk masakan tetapi yang mentah pun mereka bedal juga. Apa rahsia bawang merah ini?. Ada yang kata bawang bagus untuk mengawal kolestrol ditubuh badan dan ada juga mengatakan ia memberi kuasa umpph! untuk lelaki seperti khasiat tongkat ali. Pada ‘amnya bawang merah atau putih ini memang punyai rahsia perubatan yang tersendiri. Maka resepi ini boleh puan-puan masak khas untuk suami yang cepat lesu…hahahaha!. Resepi yang mamak haji berikan ini ialah untuk katerer-katerer yang bosan dengan resepi yang sama. Kali ini mamak haji bagi resepi untuk 250-300 orang. Kadang kena adil juga, asyik resepi untuk suri rumah je!. Kali ini resepi untuk katerer pulak.
RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Masakan untuk 250 -300 orang.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.
Komen Terbaru