PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI RAMADAN 2: NASI BRIYANI UDANG.

Posted on: Julai 31, 2012


Salam, Kali ini mamak haji ingin menulis tentang resepi nasi briayani udang. Nasi beriyani ini berasal dari masakan yang diperkenalkan zaman pemerintahan kerajaan Islam India Mughal. Asal usulnya resepi ini dikatakan tukang masak istana telah mengubahsuaikan lauk-lauk yang berlebihan yang terbuang dari jamuan Di Raja kepada sebuah resepi nasi beriyani yang sangat lazat . Cara masak beriyani ini perlukan kemahiran masak nasi yang tinggi terutama dalam mengawal api dan juga masakan. Seperti mamak haji katakan, resepi nasi beriani ini dicipta oleh tukang-tukang masak Istana Raja Moghul. Tukang masak untuk istana monghul ini adalah tukang masak-tukang yang paling terbaik di seluruh India dan Timur Tengah. Di katakan juga semasa pemerintahan Sultan Akhbar Khan, Dapur istana dianggap sebagai sebuah kementerian dan ketua dapur sama tarafnya dengan jawatan menteri kabinet kerajaan Raja Akhbar yang paling berkuasa di Asia satu masa dulu..hahahaha. Bayangkan raja-raja beragama Islam  ini joli harta rakyat!.  Saidina Umar al-Khatab Amirul Mukmin dan khalifah bagi jajahan takluk empayar Islam, Pada waktu mlam sekiranya di pejabat, mengaji Al-Quran guna cahaya bulan diluar pejabat, takut menggunakan lampu minyak di pejabat, minyak lampu yang digunakan adalah harta rakyat yang diamanahkan digunakan untuk kegunaan peribadi. Ini sambut hari jadi guna wang kerajaan  atau wang rakyat. Bayangkanlah pemimpin-pemimpin seperti ini. Harta kekayaan bukan dikumpul untuk anak beranak tetapi dikumpul untuk tujuh keturunan celaka mereka. Orang-orang Islam seperti inilah kita cium tangan dan angkat mereka menjadi Imam kita untuk dipimpin ummah. Sudah tentu mereka ini dilaknati Allah SWT tapi kita yang pilih dan sokong apa saja perbuatan pemimpin seperti ini akan terpalit juga laknat Allah SWT. Maka anda lihat sendiri satu persatu negara Islam dalam kontravasi perang saudara sesama saudara Islam. Inilah mat salleh ketawakan dengan sebutan “Arab Spring”. Spring maknanya dua, satu spring yang melantun dan satu lagi musim bunga untuk pemimpin kafir musuh Islam. Baru-baru ini Negara Syria. Ini adalah peringatan Allah SWT kepada ummah Islam. Kalau tak sedar juga lagi kita di negara ini, lepas solat terawih, pergilah hantuk kepala ke dinding mesjid. Semoga Allah memberkati dan membuka mata dan hati untuk kita semua berpatah balik ke tuntutan agama Islam yang sebenar di negara ini. Semoga Allah berkati kita semua sebelum pemimpin seperti ini timbang kati kita. Amiin.

Resepi Nasi beriyani yang mudah masak dengan asingkan nasi dan lauk seperti kebanyakan masakan nasi beriani di negara kita. Ini cara terbaik untuk perniagaan. Kaedah resepi yang betul masak beriyani ialah masak lauk dan nasi sekali. Ini cakap senang tapi nak masak..hahaha, tak tahu nak kata. Kalau sekilo oklah tapi kalau 100kg?. Pernah baca tulisan mamak haji tentang cara-cara masak nasi kandar?. Perkakas untuk masak beriani terutamanya periok  yang dibawah dilapis dua atau double bottom paling mustahak. Kalau nasi hangus, habis nasi beriayani punya bau harum. Ok, ingat dalam masak nasi beriyani yang ori yang mustahaknya ialah: 1. kualiti berasmathi 2. kualiti minyak sapi (kalau dlm internet resepi beriayani ditulis oleh chef dari Pakistan atau India “butter” itu bermaksud minyak sapi bukan butter mat salleh), penyediaan rempah beriani, periok yang sesuai, dan kawalan api (kalau pakai dapur api gas pastikan dapur yang punyai  api yang kembang atau mata dapur enam atau lapan), guna dapur kayu, mudah tapi sekarang Jabatan alam sekitar akan menyaman anda kerana melakukan pembakaran dedah..hahahaha!. Jerebu semakiin buruk di Pulau Pinang sekarang. Cara masak mudah masak nasi beriani sila baca posting mamak, tajuk beriani ayam ia itu masak nasi beriani berasingan dengan lauknya. Mamak haji tak berapa minat nak menulis tentang resepi nasi beriyani walau resepi dah lama dalam draft. Ini kerana takat nak masak 1 kilo beras lebih baik jimat belanja, beli saja dua atau tiga bungkus kat bazar ramadan. Tapi nak kata masakan di bazar ramadan, maaf nak katalah, hidangan yang jual tidak punyai mutu sebenar. Ini berlaku bukan sebab peniaga itu tidak pandai masak tetapi masalah, persaingan HARGA.  Agak-agak berapa nasi beriani sebungkus kalau kualitinya masakan yang terbaik boleh dijual?. Takat RM5.00 tidak dapat jual, kalau RM9.99 boleh?. Terlalu mahal kata pelangan. Ada beras basmathi yg murah begitu juga minyak sapi dan lain-lain bahan.  Kalau nak makan sedap buat sendiri, puas hati. Atau sekiranya tempat kita tak ada nasi beriyani dan terasa ingin nak buat sendiri buat saja. Di sini mamak haji berikan resepi untuk keluarga 5 atau 6 orang. Mamak haji jumpa resepi nasi beriani udang dari sahabat bloger. Dia ini memang cekap, dan chef handal. Dia tanya mamak haji berkenaan masak nasi beriayani udang ini tapi tunggu punya tunggu resepi mamak haji dia kayuh beca dulu. Tulisan mengenai masakan beriani sungguh mudah. Dalam bulan posa ini mamak haji tak mahu celarukan otak pembaca cara masak nasi beriayani mamak original tapi setakat belajar cara chef ini sudah cukup afdal ilmu beriyani ini. Cuma mamak haji modify sikit resepinya seperti kita beli engin kereta dari Jepun buat body dan namakan proton saga…terima kasih blogger supper chef D5  dilink ini http://delimazamrud79.blogspot.com/2012/07/briyani-udang-org-bujang.html mamak haji ucapkan terima kasih. Blog ini mempunyai masakan ala barat yang klasik, Pasti anda tak rugi berkinjung dan habiskan sedikit masa. Blog seperti ini baik untuk yang mula berjinak dengan dapur, kuali atau periok. Blog mamak haji ini anda perlu ikut dari awal lagi. Kalau mamak haji tulis garam masala pasti yang tanya bagaimana nak buat garam masala, kalau tulis pes halia bawang putih  mula dah blurr dan cepat-cepat undur ke google balik. Pandangan mamak haji lain sikit, kalau nak stok ayam mamak haji tak beli buat sendiri. nak pes tom yam mamak haji tak pakai pes segera, Ini beza sedikit. Kalau buat kurmak mamak haji tak pakai serbuk kurma adabi, walau pun kualiti rempah adabi bagi pandangan mamak haji baik dari segi rasa. Ini nak buat beriani kalau mamak tulis guna 1 sudu besar rempah beriani?. Mana pulak kat Sabah ini saya nak cari rempah ini. Tapi bagi yang lama ikut mamak haji dalam blog depa dah ada rempah-rempah ini. Bagi pengunjung dah lama dengan mamak haji kalau ada yang nak rempah-rempah seperti garam masala, rempah beriani, rempah kari, pes halia bawang putih, pes char kuoy teow, sos cili, kaya atau lain-lain buat dan jual. Mamak Haji halalkan dunia akhirat. Kalau pandai lagi buat pes basah untuk tom yam, daging masak hitam, yogurt dan lain-lain jual saja. Pendapatan yang perolehi itu belajar resepi baru atau ubah suaikan resepi mamak haji..hehehe!. Kalau ada yang ingin ikut mamak haji melalui tweeter addkan mamak haji : mohd.roslan99 atau  @mohdroslan. Setiap posting baru ada diposkan dalam tweeter.

RESEPI NASI BERIYANI MASAK UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmathi ( di cuci )
  • 500gm  udang besar ( bersihkan misai dan tanduk tajam dgn mengunting (kepala jangan buang). Kopek kulit tengah badan dan belah belakang buang urat.
Bahan-bahan untuk peram udang:
  • 1 biji limau nipis atai 1/2 biji lemon perah jusnya.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • garam secukup rasa.
4 biji bawang besar dihiris halus. Bahagikan sama rata kuantiti bawang hirisan ini kepada 3 bahagian.
1 helai daun pandan ( disimpul ),
3 biji tomoto di potong kiub kecil.
Bahan-bahan untuk menyediakan rempah/ masal kering.
  • 4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 2 sudu besar biji jintan manis.
  • 1 sudu besar biji kas-kas.
  • 2 inci kayu manis.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 5 biji buah pelaga.

Kesemua rempah di atas panaskan kuali dan masukkan. Goreng kering  sehiingga sedikit kehitaman dan asap mula dikeluarkan oleh rempah. Jangan sampai hangus. Buah pelaga itu kopek kulit, cuma mabil bijinya. kulit buang. Kisar semua rempah ini diblender kecil atau coffee blender sehingga halus.  Kta jangan pulak guna rempah beriani kerana udang dan daging atau ayam lain pula jenis rempahnya. Kalau beli rempah tersedia seperti baba’s atau adabi tentukan anda beli jenis  serbuk kari untuk daging atau ayam lain dengan ikan atau masakan kari hasil laut.

Bahan-bahan untuk menyediakan masala atau rempah basah:

  • 2 batang cili hijau.
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus.
  • 1/2 cawan daun pudina.
  • 1 sudu besar (tbsp) safron strands atau dalam bahasa kita stigma bunga kum-kum. Safron ini sangat mahal dan berikan rasa yang sangat pesona dengan warna yang ghairah, Kalu payah nak cari gunakan warna oren merah sedikit.
  • 3-5 sudu besar (tbsp) susu panas.
  • 5-7 sudu besar miinyak masak untuk goreng.
  • Sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

PENYEDIIAAN BERAS BASMATHI:

1. Basuh beras cuma sekalii atau dua. Toskan dan masukkan ke dalam air panas. Rendam selama 15-20 minit. Toskan dan simpan tepi dalam penapis.

2. Masak beras dalam periok nasi seperti biasa (kadar nisbah air dan beras 1:1) dengan masukkan sedkit garam dan 1/2 sudu kecil gula bersama dengan satu sudu kecil (tsp) minyak sapi. Masukkan susu bersama denga safron atau warna oren merah. Mamak haji ingin jadikan nasi beriani berwarna oren merah. Tetapi nasi beriayani tidak perlu diwarnakan cuma safron sudah cukup.

3.Masak nasi ini perlu takat masak nasi cukup masak saja. Bila switch rice cooker tendang terus matikan suisnya. Tak perlu ia ditanak sehingga kering keluarkan nasi yang masih berair itu dan tapiskan.Maksudnya ia cuma masak dalam lebih sedikit 3/4 bahagian beras.

PENYEDIAAN UDANG MASALA UNTUK NASI BERIYANI:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng udang dalam suhu panas untuk dapatkan warna kemerahan kulit udang. Tujuannya ia lah sekiranaya kita masukkan begitu saja udang, warna kulit udang cuma putih atau kuning dan tdak menarik. Selama 3 minit sudah mencukupi. Keluarkan udang yang telah goreng dan simpan.

2. Panaskan periok, goreng satu bahagian bawang hirisan dari tiga bahagian tadi. Goreng sehingga bawang ranggup dan kuning keemasan. Keluarkan kesemua bawang goreng dan tapiskanminyak dan diletakan diatas kertas tuala dapur. Minyak gorengan bawang kita perlu gunakan kembali. Bawang goreng rangup untuk hiasan diatas hidangan nasi beriyani kelak nanti.

3. Dengan minyak gorengan bawang tadi, masukkan lagi 1 bahagian lagi bawang hirisan. kali ini kita layukan saja bawang ini.

4. Masukkan rempah basah bersama dengan daun pandan. Goreng sehingga pecah minyak.

5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi kedalam periok. Masukkan sekali rempah kerng yang telah disediakan. Goreng sehingga udang anda masaqk cukup. Jangan terlalu lama nanti udang anda jadi kecut, kerana dalam ansi pun udang ini pasti masak lagi. dalam 4-5 minit cukup.

PENYEDIAAN TERAKHIR HIDANGAN NASI BERIYANI UDANG:

1. Sapukan minyak sapi sekeling perik bahagian dalam (mamak haji katakan periok kalau tebal dibahagian bawah amat sesuai seperti periok pressure cooker). Masukkan separuh dari nasi yang telah disediakan, dikuti dengan hidangan masala dan diatas sekali kembali nasi separuh yang lagi.

2. Masak nasi ini perlu berhati-hati, kita perluakan  setiap wap dihasilkan untuk masak nasi kali terakhir dengan sempurna. Maka anda perlu tutupkan setiap rongga dengan gam tepung. Inilah dipanggil nasi beriani gam. Ambil kain yang panjang , rendamkan dalam air tepung gandum yang pekat dan salut tudung diatas periok.

3, Sekiranya takut nasi jadi hangit kerana api kecil dapur gas adalah mungkin keras bagi masak nasi beriani ini, lapikan dengan kuali leper dibawah periok anda. Bagi peniaga yang punyai Baine Mary boleh masak nasi ini dengan guna tray di atas pemanas makanan ini. Kalau payah juga gunakan ketuhar / oven masak nasi ini dalam suhu pemanas makanan 60-70 C.

Akhir selamat mencuba dengan sabar…hahaha!. kalau ada soalan khusus mengenai boleh email mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. Mamak haji dah penat!. Wassalam.

6 Respons to "RESEPI RAMADAN 2: NASI BRIYANI UDANG."

hehehhehhe thanks mamak haji, manade chef handal just pandai masak ckit2 je eekekekkkeke nie bukan taraf chef lg br taraf commis cook … Wahhhhhh best nyerrr nak cuba lah nnt resepi mamak haji pulak musti sedap punyer :D..

Salam, rendah diri dan tawaduk adalah sifat terpuji. Mamak haji gembira dan sahabat maya seperti D5..hahahaha!. Wassalam.

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Hi, nampak sangat sedap, mesti try, kalau ada masa boleh share resipe nasi briyan ayam? maaf kalau mengangu :-)

Resepi Nasi briani ayam ada dalam posting mamak haji…tak sala ada tiga jenis masakan beriani…t.kasih untuk tinggalkan komen. Pls e-mail me kalau tak jumpa. mohd.roslan99@gmail.com.

saya mmg mencari resipi ini. teringin sgt nak mkn… selepas dpt mkn di Penang pd tahun lps….

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,887,259 hits
Julai 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031