PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI-RESEPI MENU KANTIN DARI BUKU CATITAN MAMAK HAJI: AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP.

Posted on: Mei 22, 2013


AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAPAssalamualaikum, hari ini sibuk sikit layan sahabat-sahabat dari fb, Cara guna fb lebih mudah sedikit dari menulis diblog. Dengan ini mamak haji mohon sila addkan mamak haji sebagai rakan di facebook anda. Dalam siri kedua ini mamak haji berikan resepi Ayam Masak Halia bersoskan kicap. Menu ini adalah dalam kategori masakan cina yang  termasyor. Resepi ini gunakan ketuhar (oven) tetapi kalau payah sangat boleh juga gunakan kuali leper dengan api yg sederhana untuk masak resepi ini. Sekiranya resepi ini menggunakan ikan kerana mungkin ada yang tak suka makan ayam boleh juga gunakan ikan kayu atau di selatan digelar ikan tongkol atau ikan bawal yang bersaiz sederhana. Cuma ikan-ikan ini perlu digoreng dulu seperti kita buat sambal pedas ikan tongkol. Resepi ini sudah pasti anak-anak anda amat gemarkan kerana rasa kicap yg berlemak dengan haruman halia yang sangat menyelerakan sekiranya dimakan dengan nasi panas. Seperti kita ketahui halia adalah khasiat herba semulajadi yang terbaik untuk tubuh badan manusia. Resepi ini amat mudah dan gunakan bahan yang paling minima. Jangan lupa mencubanya..terutamanya untuk ibu-ibu yang dalam pantang lagi, tambahkan menu ini dalam senarai resepi pantang jumpa anda.

RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg – 1.8kg. Potong 1o bahgian dan tentukan dadah ayam itu dibelah dua untuk masak sekata dengan bahagian-bahagian lain semasa membakar. Dada yang kalau tebal memerlukan masa yang lama dari bahagian lain.
  • 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
  • 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
  • 5 tbsp halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai leper dan cincang lebih mudah.
  • 1 tsp atau sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
  • 1 tbsp kicap ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
  • 2-4 tsp minyak bijan (seasame oil).

CARA-CARA MASAK:

  1. Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan diantara satu sama lain ketulan ayam itu dalam bekas pembakar.
  2. Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
  3. Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
  4. Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, larskan semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
  5. Anda boleh hidangkan dipingan hidangananda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan. Selamat mencuba. Kalau ada pertanyaan boleh e-mamak haji : Mohd.roslan99@gmail.com atau akaun facebook: Mamak Haji. Selamat mencuba.
Advertisements

3 Respons to "RESEPI-RESEPI MENU KANTIN DARI BUKU CATITAN MAMAK HAJI: AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP."

salam mamak haji. boleh share tak psl kantin sekolah. mcm mana nak tingkatkn jualan dikantin sekolah? terima kasih.

Salam, apa saja jenis perniagaan seperti perlu tepuk dua tangan belah hasilkan bunyi.Dlm perniagaan kantin pun seperti itu juga. Sebenarnya pihak sekolah pun perlu ada tanggung-jawab pada katerer, tanpa sokongan dan dukungan pihak pengurusan sekolah perniagaan kantin sekolah sukar utk dimajukan. Dlm sesi perjumpaan murid-murid tahun satu untuk masuk alam persekolahan pihak sekolah kena bawa topik peranan kantin sekolah kepada murid-murid.Saya pernah baca di surat khabar, timbalam perdana menteri merangkap menteri pelajaran sarankan supaya sesi persekolahan boleh lewatkan sedikit utk murid-murid menjamah sarapan pagi di sekolah. Kita ini terlalu ikut sistem penjajah yg mana kita utamakan tea time pukul sepuluh. Bila nak-anak ini lapar tunggu 3 atau 4 jam apa kah ia berfaedah. Pihak sekolah boleh peruntukan sarapan pagi 8:00 apa salahnya 15 minit itu. dlm 15 minit apakah kecerdikan kanak-kanak akan terganggu?. Makanan penting utk anak-anak..di rumah anak-anak ini tak belajar apa pun dgn ibu bapa mereka tentang makanan.
Mcm inilah kalau mamak haji rekomen mcm-mcm menu utk anak-anak ini, dan anda sediakan tapi tak ada org nak beli?. apa kah anda nak buat?. Jadi selagi kesedaran tentang pentingnya “[eranan kantin sekolah” diperlekehkan payahlah..kita kena jual utk huidup makanan junk food seperti nugget, mee goreng atau nasi lemaklah..ini yg laku pun kalau anda buat burrito, spaggehti, buah-buahan, salad sayuran tak ada yg nak beli.Kalau nak akat pro-aktif and junpa guru besar dan mintak beri 20 minit utk terangkan peranan kantin kepada guru-guru dan kelurkan menu khas setiap hari dan terangkan tentang khasiat menu dgn pamlet dan edarkan kepada murid-murid supaya disampaikan kpd ibu bapa..untuk mereka membawa wang saku utk membelinya. Tak tahu mamak haji nak kata apa…wassalam.

saya kecik2 tak pernah jumpe pun nugget..la ni penjual xmo pikir panjang, goreng je nugget yg murah..senang kerja. Pasai tula anak2 la ni pun macam nugget gak.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Mei 2013
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: