PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

CARA UNTUK MULA BERNIAGA.

Posted on: Januari 29, 2012


Mamak Haji amat tertarik dengan komen seorang dari pembaca blog ini: “saya mahu berniaga, tapi saya perlukan ‘cara’. akhirnya saya mencari ‘cara’ dengan memohon belas ehsan dari kerajaan yang mendabik dada mengatakan mahu membantu dari segi kewangan dan buah fikiran. akhirnya saya mengambil peluang tersebut. saya mengizinkan diri saya untuk dilatih oleh pihak tertentu yang dianggap ‘berjaya’ oleh pihak kerajaan selama enam bulan. pihak yang berjaya ini hanya berniaga di foodcourt di damansara, sementara satu lagi di bangsar. pada satu hari saya ditugaskan untuk berada di outlet bangsar, saya sangat kecewa bila dalam masa sehari saya berada disitu satu pun order tidak masuk. adakah ini yang dimaksudkan berjaya oleh pihak kerajaan, adakah pihak ini layak melatih saya untuk menjadi usahawan yang berjaya??.

Mamak Haji tiga atau lima kali ulang baca tulisan yang tercetus dari hati yang ikhlas. Apa rumusan tentang mengetahui cara berniaga sebelum mula berniaga?. Apakah betul orang kata, “cakap bukan serupa bikin”.  Ramai yang boleh cakap tapi sukar nak lakukan apa yang dicakapkan. Ia seperti kerajaan meminta siswa yang mengangur menjadi petani moden menanam jagung. Memang bagus idea ini, kerana dari menggangur lebih baik jadi petani berstatus siswa tanam jagung di kampung untuk dapatkan sumber pendapatan untuk membayar pinjaman PPTN. Tetapi masalahnya timbul pada siswa petani ini ialah, bila jagung yang ditanam itu mengeluarkan hasil dengan siapa kita nak menjual?. Dengan FAMA?. FAMA itu nak jual dengan siapa?.Mamak haji pun kurang pasti, FAMA itu ada lagi atau sudah bungkui!. Ia  sama ceita dengan kawan mamak haji seorang yang sibuk sangat buka kebun sayur kangkong. Bila hasil itu tuai, masalah dia dengan siapa dia nak jual kangkong itu?. Kalau sedikit tak mengapa, mamak haji boleh beli. Ini tanam sampai bertan-tan beratnya. Perniagaan mana pun perlu ada rangkaian. Orang Cina bertani, atau berniaga bermacam-macam perniagaan jadi kaya raya kerana ada rangkaian perniagaan. Pekebun orang Cina yang tanam sayur ini sudah lama telah ada rangkaian ini. Cara mereka mendapatkan rangkaian amat mudah. Setiap pekebun bermula dengan peniaga sayur. Mereka menjadi penjual sayur di pasar-pasar awam bukan di pasar tani. Sayur mereka dapat bekalan dari orang tengah.  Sasaran atau strategi peniaga sayur ini bukannya suri rumah yang beli seringgit kangkung tetapi pengusaha-pengusha katering, kantin atau restoren. Pengusaha ini memerlukan bekalan sayur sama setiap hari dengan kuantiti yang besar. Maka harga yang ditawarkan si penjual sayur dipasar kepada pengusaha ini lebih murah berbanding harga yang dijual kepada suri rumah. Maka penjual sayur ni membuat ikatan perniagaan (bisness link) dengan berbagai-bagai tawaran (sales strategi) seperti menghantar sayur ini kepada tempat perniagaan pengusha, berikan kredit jangka pendek, boleh mengambil pesanan melalui talipon dan penghantaran yang percuma dan berbagai-bagai cara lain untuk menambat hati pengusaha-pengusha ini. Sebenarnya dalam perniagaan ini adalah cara yang dikatakan pengurusan perkhidmatan. Maka pengusaha-pengusaha ini terikat dengan taukeh sayur ini. Semakin lama semakin ramailah pengusaha mula berurusan dengan peniaga sayur ini. Maka dalam sehari kangkung yang diedarkankepada pengusha-pengusha ini berjumlah berat bertan. Peniaga sayur di pasar ini, tidak lagi perlukan orang tengah untuk membekalkan sayur kangkung. Dia boleh membuka kebun sayurnya sendiri yang tanam kangkung untuk bekalkan kepada pelangan-pelangannya. Dia boleh buka kebun cuma dapatkan tiga atau empat pekerja pendatang asing Bangla dengan pajak tanah orang kampung yang terbiar. Kepakaran tanam kangkung dia booleh daptkan dari pekebun mahir. Dia tak perlukan pegawai pertanian atau pegawai MARDI. Semakin lama semakin besarlah kebun kangkungnya kerana orang tengah yang bekalkan sayur-sayuran lain dipaksanya dapatkan bekalan kangkung dari kebunnya. Kenapa terpaksa orang tengah perlu ambil sayur dari si pekebun kangkong ini?. Kerana dia bukan saja bekalkan sayur kangkung saja untuk pelangannya tetapi perlu bekalkan berbagai sayur maka kalau dia nak membeli sayur jenis yang lain dari orang tengah ini, perlu juga orang tengah itu membeli sayur kangkung kebunnya. Dengan ini penjual sayur ini akan menjadi kaya raya kerana lingkaran perniagaan yang begitu unik. Kalau kita ingin nak tanam kangkung dan menjual kepada orang tengah seperti ini, harga kangkung kita dibeli dengan harganya lebih berkali ganda murah dari harga pasaran. Inilah sebab orang Melayu sukar menjadi petani, bukannya malas tetapi di mana mereka nak jual produk mereka?. Di Pasar Tani…hmmm!. yang jual kat pasar tani itu bukan petani tapi beli sayur dengan orang tengah dan jual lebih mahal dari pasar harian. Dengan sebab itulah cuma Pasar tani di Johor Bahru yang paling berjaya. Bukan kerana Johor bahru itu punyai bekas Menteri Pertanian dan kini Timbalan Perdana Menteri yang cekap tetapi kerana pelangannya datang dari negara jiran Singapura yang termampu beli. Perniagaan perlu ada rangkaian, rangkaian yang paling mudah ialah melalui Persatuan. Di negara-negara eropah persatuan petani ini begitu aktif untuk menjaga kepentingan petani. Tetapi sayangnya di negara kita, persatuan lebih aktif dalam politik dari menjaga kaum petani. Di Negara Barat, Harga pasaran hasil pertanian ditetapkan oleh persatuan bukannya kerajaan. Kerajaan cuma menjadi orang tengah di antara persatuan dan pengguna yakni rakyat. Kerajaan menjaga kepentingan rakyat, persatuan pula menjaga kepentingan petani. Inilah sistem ideal dalam negara demokratik. Tetapi apabila kerajaan dikawal oleh segolongan pengusaha-pengusaha yang kaya raya maka “empathy” kerajaan untuk rakyat akan tercabul. Kerajaan pulak mengikut telunjuk taukeh-taukeh besar. Bila taukeh ayam kata, Daging Ayam tak naik”, taukeh ayam pulak naikan harganya. Ini Menteri kata, gula kena kerajaan tanggung subsidi banyak sangat..ini semua cerita basi!. Nak pilihanraya ini macam-macam timbul. Mamak haji dah masak sangat dengan politik ini. Bila kata tak naik..dia naik.  Oklah mamak haji dah terbawa-bawa kepada politik pulak dah?. Cuma mamak haji takut harga gula naik lagi!. Kita tengaok apa yang dikatakan “cara” oleh penulis komen ini.

Bila ingin mulakan perniagaan perlu ada “nawaithu” atau niat yang baik mengikut lunas-lunas dianjurkan agama. Cara orang Islam berniaga dengan orang bukan Islam berniaga banyak perbedzaan. Jangan jadikan peniaga bukan Islam sebagi rujukan untuk orang Islam berniaga. Salah caranya. Takat ingat “berniaga” boleh menjadi kaya-raya, itu cara pemikiran yang tidak gunakan iman. Akal atau pemikiran manusia perlu sentiasa disalut dengan iman. Iman adalah oditor kita untuk bezakan yang baik dan buruk dalam perniagaan. Nabi Besar S.A.W pernah bersabda:

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

 Perkara kedua kita perlu ketahui sebelum buka perniagaan adalah, “Pengurusan Perniagaan”. Pengurusan yang tidak cekap merupakan salah satu masalah dalam operasi perniagaan. Kita sebelum mulakan perniagaan perlu mengetahui sedikit sebanyak ilmu pengurusan perniagaan. Pada umumnya majoriti pengusaha katering atau restoren yang ingin mulakan perniagaan, mempunyai pendidikan formal yang rendah tetapi ini bukan batu penghalang untuk mempelajari sedikit pengetahuan pengurusan perniagaan. Perniagaan zaman kini memerlukan  sistem pengurusan yang lebih moden dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk kekal dalam dunia perniagaan. Kita tidak lagi boleh bergantung cara perniagaan cara yang lama. Apa saja kejayaan lampau dalam perniagaan kita bukan jaminan untuk kita terus boleh maju di masa akan datang. Apa itu pengurusan perniagaan?. Pengurusan Perniagaan secara ‘amnya melibatkan empat fungsi pengurusan utama seperti “Pemasaran”, “Kewangan”, “Pengurusan pekerja” dan juga “Pengurusan Perkhidmatan”. Inilah kunci kejayaan sesuatu perniagaan dalam ‘alaf baru ini. Inilah sebab Mamak haji banyak menulis tentang perkara-perkara ini dalam blog ini. Tulisan Mamak Haji adalah dari pengalaman yang telah lalui bukan dari buku-buku teks “Pengurusan Perniagaan”.  Mamak haji juga seperti peniaga-peniaga lain pernah buat kesilapan dan pernah gagal banyak kali dalam perniagaan. Kegagalan perlu dipelajari untuk terus memperbaiki diri kita. Kita jangan takut dengan kegagalan, setiap kegagalan adalah untuk kita maju ke arah kejayaan. Berniaga memerlukan keberanian, rajin, cekal, sabar, ikhlas dan kemahuan ingin belajar. Di bawah ini Mamak Haji menulis sedikit nasihat untuk menaikan semangat untuk mereka yang ingin mulakan perniagaan dan ingin berjaya dalam perniagaan.
  1. Ramai di antara kita mempunyai idea untuk berniaga tetapi sedikit yang membuat keputusan untuk realisasikan sesuatu sekarang. Sekiranya anda ingin berniaga… bukan esok. Bukan juga minggu depan atau tahun depan tetapi lakukan hari ini. Peniaga yang tulin ialah merealisasikan idea bukan seorang yang suka berangan-angan.
  2. Untuk menjadi pengusaha makanan yang terbaik, sentiasa meletakan diri anda ditempat pelangan anda.
  3. Perniagaan makanan anda, tidak wujud untuk diri anda tetapi untuk berkhidmat untuk orang lain.
  4. Untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi, sentiasa tempatkanya dihati anda, untuk beroleh kejayaan.
  5. Pelajaran terbaik yang akan terima dalam perniagaan katering ialah daripada pelangan yang paling terburuk yang pernah anda memberi perkhidmatan.
  6. Peluang berniaga tidak akan mencari kita, kita yang perlu mencarinya.
  7. Kejayaan anda yang lepas, bukan jaminan untuk kejayaan masa akan datang.
  8. Sekiranya kita ingin berniaga kerana sayangkan kemewahan duniawi, kita tidak akan berjaya dalam perniagaan atau dalam kehidupan.
  9. Setiap peniaga perlu buat perubahan, dan sekiranya perubahan itu menjadikan kita gagal, sedia mengaku kesilapan dan membaikinya pada perubahan yang anda lakukan kemudian. Dalam perniagaan perubahan amat perlu.
  10. Sekiranya anda cuma berusaha mencari kejayaan hidup cuma melalui perniagaan, anda pasti akan menemui kegagalan dalam hidup anda dan juga dalam perniagaan. Tetapi anda sayangkan perniagaan ini sebagai sunah Nabi Besar S.A.W sudah pasti anda beroleh kejayaan didunia ini dan akhirat nanti. Insyallah.

Wassalam.

6 Respons to "CARA UNTUK MULA BERNIAGA."

niat mesti ikhlas bukan senang nak memenuhi citarasa semua orang tapi selain makanan yg sedap bagi saya apa yg penting pekerja terutama tokey mesti sentiasa manis muka dan manis mulut. jangan sekali kali ada double standard dalam melayan pelanggan.saya pun ada pasang niat utk berniaga dan sedang mengumpul sebanyak ilmu didada. ucapan berbanyak terimakasih pada mamak haji atas pandangan dan nasihat yg ikhlas dan amat berguna utk org seperti saya. doakan cita cita saya tercapai.

melayu ada persatuan peladang.. tapi hamba duk perati peladang tu duk cover hasil ladang ahli berpangkat dalam persatuan.. macam pasar tani .. objektif temukan petani (pengeluar) dengan pengguna .. konon.. tapi yg duk berniaga kat situ pegang cangkul pun tak pernah.. cuba suruh diorang bezakan baja subur dan baja buah agak2 tau tak..? bagi saya fama syok sendiri dan pasar tani gagal dari segi objektifnya.. sayur selalu ja mahal kat pasar.. tapi bila kita tanam nak jual tak laku .. bawak pi pasar borong belum subuh.. jual murah ckit dari org tengah siap kena warning plak dari lintah darat 2 ( pemborong , peraih , org tgh.. ) nak berniaga buat cara nak berniaga.. jangan rosakkan harga.. nak pecah muka ke atau nak bawak balik sayur tu bagi kambing makan.. terpaksalah bagi kambing makan..

[…] Apa juga jenis perniagaan, kita perlukan peralatan untuk  menjalankan perniagaan. Begitu juga sekiranya ingin memasuki bidang katering dari rumah. seperti dalam posting-posting yang lepas, katering ini mempunyai banyak cabang, anda perlu memilih jenis katering yang bersesuaian untuk anda.Baca posting ini, “cara untuk mulakan perniagaan”. https://balannambiar.wordpress.com/2012/01/29/cara-untuk-mula-berniaga/ […]

As Salam Encik Roslan,

skarang saya berkerja di syarikat swasta tetapi syarikat akan tutup lagi 2 bulan kerana mempunya masalah kewangan. oleh itu saya berfikir utk memulakan perniagaan sendiri menjual nasi dagang. saya ingin meminta pendapat dari encik roslan:

1. saya mempunyai modal dlm rm2 ribu. apakah lokasi terbaik utk memulakan perniagaan saya?
a. buka meja di tepi jalan di kawasan perumahan yg berdekatan dgn stesen minyak/giant/7-11
b. buka meja berdekatan dengan ofis2
c. sewa lot kecil di food court

2. masa yg di rasakan paling sesuai?
a. 7-10pagi (target org nak pegi keje)
b. 11-3ptg (target org ofis lunch)
c. 6-9malam (target org balik keje)

3. mana yang lebih elok?
a. bungkus nasi dan lauk siap2
b. bungkus apabila ada order

harap encik roslan dpt membantu saya dengan memberikan pendapat.

terima kasih.

Salam..mamak haji dah terangkan panjang lebar dlm e-mail kepada saudara. Selamat hari Raya maaf zahir dan batin.

Salam, hahaha!. mcm soalan objektif perdagangan SPM. Tapi apa pun mamak haji sangat terharu kerana jiwa saudara sudah mula rapat dalam perniagaan. Insyallah sekiranya rajin usaha, bersabar dan bijak berniaga saudara boleh berjaya. Mamak Haji ucapkan tahniah.

Soalan satu: Mamak haji dalam posting yang lama pernah menulis tentang memilih lokasi untuk perniagaan. Lokkasi amat penting walau apa pun perniagaan.Lokasi juga memainkan peranan dalam hala tuju strategi pemasaran dan juga jenis perniagaan. Soalan pertama anda perlu tanya ialah, “kenapa pelangan perlu datang dan membeli barang jualan saudara?” dan bukan di premis lain. Modal RM2K itu mamak haji rasa sudah mencukupi untuk perniagaan saudara.Cuma mamak haji takut ialah adakkah saudara telah buat persediaan untuk keluarga. Kalu bujang tak perlu risau. Tapi bagi menampung perbelanjaan keluarga harus difikirkan. Sudah tentu kita tak boleh menyusahkan orang-orang yg kita kasihi mengalami kemelut kewangan.

Perniagaan buka meja ditepi jalan walau pun mudah difikirkan tetapi ia perlu menghadapi kesukaran dlm berniaga.Kesukaran seperti Majlis tempatan, ribut dan hujan, kenderaan untuk angkut masakan dan peralatan berniaga. Mamak haji mulakan perniagaan ditepi jalan sebelum ke Restoren seperti sekarang. Kalau kkita sunguh-sunguh dan tabah hadapi jatuh bangun dlm perniagaan ..semua kesukaran ini boleh kita hadapi dgn mudah. Nasihat mamak haji cuma satu dlm berniaga di tepi jalan..sentiasa majukan diri. Jualan perlu ditarget kepada “titik pemulangan model”. Buat sales target sebelum mulakan perniagaan. Oleh kerana pendapatan anda sekarang dlm perniagaan,,gaji diri perlu dikira sekali.Satu saja nasihat mamak haji..ramai penjual makanan yang berjaya asalnya dari peniaga pasar malam atau penjaja makanan di tepi jalan. Cipta satu “killer produk”…insayllah ia akan membawa kejayaan.

katering makanan seperti nasi dagang punyai masa depan yg cerah di negara ini. Selepas hari raya ini boleh dikatakan di setiap pejabat ada majlis hari raya. Ini satu trend baru. Maka kalau saudara buka perniagaan dlm bulan syawal memang akan meletop. lepas raya bila mana kebanyakn warung tutup anda boleh mengambil peluang ini..tapi ini perlukan pengorbanan keluarga..hehehe!.

Kalau tak cuba kita tak tahu..cuba baru tahu. Rezeki serah pada Allah SWT..insyallah rezeki tak akan putus. Percaya dan yakin pada diri. Insyalla saudar berjaya jua. Eloknya buat kemudian baru baca dan minta nasihat. Ini saja mamak haji boleh beritahu tentang berniaga. Hati perlu cekal, jatuh utk bangun balik dgn lebih mantap..tapi jgn terbaring.Ini falsafah niaga mamak haji. Mamak Haji pernah tulis banyak atikal tentang perniagaan kalau sementara ada masa baca..bila mula berniaga nanti payah nak dapatkan masa lapang. Wassalam.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,888,000 hits
Januari 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031